Jumaat, 30 April 2010

Catatan Pengalaman Himega '10: Pelenyap Kesolehan II

1 komen pembaca
Bersambung dari makalah sebelum ini.

4 . Ujub dan ghurur (keterperdayaan).

Ujub dan ghurur merupakan dosa awal yang dimiliki Iblis, iaitu apabila ia menolak perintah Allah untuk sujud kepada Adam. Sebab, ia merasa mempunyai kelebihan berbanding Adam. Ia merasa lebih baik, lebih kuat, dan lebih sempurna. Begitu lah halnya manusia yang memilki sifat ujub dan ghurur, ia merasa lebih segala-galanya dari pada orang lain. Ia akan lebih sibuk dengan urusan orang lain berbanding dengan dirinya sendiri, dan ia merasa tidak perlu lagi untuk melakukan pengembangan kebaikan. Perasaan ujub dan ghurur yang mendominasi jiwa seorang muslim akan mematikan langkah-langkah kebaikannya, dan akan menanam rasa jiddiyah (kerja keras) dalam usaha untuk menambah kesolehan peribadi.

"Apabila engkau melihat kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti, dunia yang diutamakan, dan takjub jika semua orang mengikut pendapatnya, maka selamatkanlah dirimu." (HR at-Tirmizi)

Bersamaan dengan ujub, akan muncul redha kepada hawa nafsu. Redha kepada hawa nafsu akan mengakibatkan banyak kekurangan dan penyakit, seperti ghurur, meremehkan orang lain, dan tidak pernah muhasabah diri sendiri. Oleh itu, Allah mencela sifat ini melalui pelbagai ayat-ayat-Nya.



لَقَدۡ نَصَرَڪُمُ ٱللَّهُ فِى مَوَاطِنَ ڪَثِيرَةٍ۬‌ۙ وَيَوۡمَ حُنَيۡنٍ‌ۙ إِذۡ أَعۡجَبَتۡڪُمۡ كَثۡرَتُڪُمۡ فَلَمۡ تُغۡنِ عَنڪُمۡ شَيۡـًٔ۬ا وَضَاقَتۡ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡأَرۡضُ بِمَا رَحُبَتۡ ثُمَّ وَلَّيۡتُم مُّدۡبِرِينَ

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.(at-Taubah: 25)

5. Lemahnya tarbiyah.

Rasulullah SAW diutuskan ke bumi dengan mendukung misi khas, iaitu untuk membacakan ayat-ayat-Nya, serta mentazkiah dan mengajarkan Al-Kitab dan Al-Hikmah kepada umatnya. Hal ini dilakukan agar mereka memahami visi dan misi kehidupannya, supaya mata mereka terbuka akan peradaban yang ada di sekitarnya, dan supaya mereka menjadi saksi-saksi kebenaran dan kebaikan atas umat yang lain.

Maka, ketika ta'lim dan tarbiyah (pendidikan dan pembinaan), yang sesuai dengan manhaj salafus soleh tidak dilirik kembali oleh umat Islam, dan bahkan ditinggalkan sama sekali, nescaya akan muncul syubhat pemikiran di tengah-tengah umat, merajalelanya syahwat dalam kehidupan, dan kebodohan mewarnai masyarakat. Inilah fenomena masyarakat muslim ketika tarbiyah, ta'lim dan dakwah tidak berperanan lagi dalam masyarakat, sebagaimana yang diisyaratkan ayat berikut ini.


فَخَلَفَ مِنۢ بَعۡدِهِمۡ خَلۡفٌ أَضَاعُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَٱتَّبَعُواْ ٱلشَّہَوَٲتِ‌ۖ فَسَوۡفَ يَلۡقَوۡنَ غَيًّا

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka), (Maryam: 59)

Oleh itu, Allah menyeru setiap yang beriman untuk selalu melakukan amar makruf dan nahi mungkar.


وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali 'Imran: 104)


6. Dominasi syahwat

Kesesatan dan jauhnya seseorang dari jalan petunjuk dan kebenaran kadangkala disebabkan oleh salah satu diantara dua faktor ini, iaitu syubhat dan syahwat. Syahwat yang mendominasi kehidupan seseorang akan memasung akalnya, menjadi raja kecil dalam dirinya, dan akan menjadikannya tunduk kepada setiap perintahnya. Semua organ tubuhnya digerakkan oleh keinginan hawa nafsu dan harapan duniawi, sekalipun ia sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai kebenaran dan kebaikan Islam.

Maka, apabila dominasi syahwat sangat kuat dalam jiwa dan diri seseorang, nescaya cahaya kebaikan dan kesolehannya akan semakin malap, dan bahkan sama sekali tidak tampak. Ia akan berjalan di tengah-tengah masyarakatnya dengan kegelapan, maksiat, dan kemungkaran. Sebaliknya, orang yang mampu menahan hawa nafsunya akan berjalan dengan cahaya kehidupan di tengah-tengah masyarakatnya. Hal ini telah Allah nyatakan dalam firman-Nya.


أَوَمَن كَانَ مَيۡتً۬ا فَأَحۡيَيۡنَـٰهُ وَجَعَلۡنَا لَهُ ۥ نُورً۬ا يَمۡشِى بِهِۦ فِى ٱلنَّاسِ كَمَن مَّثَلُهُ ۥ فِى ٱلظُّلُمَـٰتِ لَيۡسَ بِخَارِجٍ۬ مِّنۡہَا‌ۚ كَذَٲلِكَ زُيِّنَ لِلۡكَـٰفِرِينَ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ

Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayat petunjuk) dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat). (Al-An'aam: 122)


Rasulullah SAW mengkategorikan orang yang cerdas adalah orang yang mampu menahan hawa nafsunya, dan perhatikanlah pahala yang diberikan Allah kepada orang yang beramal seperti ini.


فَأَمَّا مَن طَغَىٰ (٣٧) وَءَاثَرَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا (٣٨) فَإِنَّ ٱلۡجَحِيمَ هِىَ ٱلۡمَأۡوَىٰ (٣٩) وَأَمَّا مَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفۡسَ عَنِ ٱلۡهَوَىٰ (٤٠) فَإِنَّ ٱلۡجَنَّةَ هِىَ ٱلۡمَأۡوَىٰ (٤١

Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya); Serta dia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata; Maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah tempat kediamannya. Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. (An-Naazi'aat: 37-41)

7. Berlebihan dalam mencintai dunia.

Sepatutnya, seorang muslim selalu berharap dalam kehidupannya kebaikan di dunia dan di akhirat, bukan hanya salah satunya sahaja. Ia hidup di dunia ini dan menikmati limpahan kurnia serta rezeki dari Allah untuk menegakkan nilai-nilai kebenaran Islam. Ia menguasai dunia untuk menebarkan nilai-nilai kebaikan di tengah-tengah masyarakatnya. Inilah suatu kebahagian tersendiri yang tidak pernah dirasakan hamba-hamba yang mengingkari kebenaran risalah ilahiah.

Tidak (dibenarkan) hasad dengki melainkan pada dua perkara, (iaitu): Seorang yang dikurniakan oleh Allah harta yang banyak, lalu dia menaburkan harta itu pada perkara-perkara yang benar, dan seorang yang diberikan oleh Allah ilmu, lalu dia mengamalkan ilmu itu serta mengajarkannya (kepada orang lain).” (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Namun, ketika jiwa seorang muslim sangat mencintai dunia, maka hal tersebut akan mematikan langkah-langkah kebaikannya. Ia akan mempunyai kefahaman bahawa hidup adalah untuk mengumpulkan harta yang sebanyak-banyaknya, bahawa dunia adalah sesuatu yang pasti dan akhirat adalah sesuatu yang belum pasti, dan bahawa dunia adalah kenikmatan segera dan di akhirat adalah kenikmatan yang tertunda. Kenyataan-kenyataan ini muncul kerana adanya talbis iblis pada jiwa seorang muslim. Oleh itu, Rasulullah sangat menakutkan fitnah dunia ini menimpa umatnya.

 "Demi Allah, bukanlah ujian kefakiran yang aku takutkan terhadap kamu, tetapi ujian kelapangan dunia sebagaimana yang telah diberikan kepada kaum sebelum kamu. Anda semua akan berlumba-lumba mendapatkannya, seperti mereka dan ia akan menghancurkan kamu, sebagaimana telah menghancurkan mereka. "(HR al-Bukhari Muslim)

8. Krisis identiti.

Ketika keadaan keimanan seseorang mendatar dan tidak mempunyai tenaga untuk melakukan perubahan dalam dirinya, serta keimananannya tidak memiliki pengaruh dalam melahirkan amal ibadah, maka ia akan mengalami izabat syakhshiat islamiah (krisis identiti keislaman). Ia menjadi rendah diri ketika disebut muslim, malu dan merasa terbelakang apabila ditanyakan tentang identiti dirinya sebagai muslim, ketika seharusnya mereka berani menunjukkan dengan jelas apa identiti dan siapa mereka. Mengapa? Hal ini disebabkan seorang muslim memiliki identiti yang khas, keperibadian bebas, dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Muslim adalah pemilik risalah bumi, serta pemikul panji dakwah sejagat yang berkarekter Rabbaniah, insaniah, dan akhlakiah.

Maka, seorang muslim yang tidak memahami hal ini akan kehilangan arah dan pegangan hidupnya, dan ia merasa tidak berharga dalam masyarakatnya serta tidak percaya diri sebagai muslim. Secara automatik, ia akan melakukan apa saja yang ia inginkan, tanpa berfikir apakah perbuatannya sesuai dengan ajaran Islam atau tidak. Ia beribadah sekadarnya, dan beramal Islam ala kadarnya. Akhirnya, lama-kelamaan, ia akan jauh dari jalan Islam, dan berjalan diluar rangka keIslaman yang sebenarnya.

Mesej Pluralisme dalam My Name Is Khan

1 komen pembaca
Semalam saya sempat menonton filem My Name Is Khan. Filem arahan Karan Johar yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Kajol ini mendapat sambutan luar biasa di Amerika dan Eropah. Filem ini secara umumnya digarap dengan baik dan hasilnya boleh dikatakan memuaskan. Namun dari apa yang hendak disampaikan menyimpang dari realiti.

Ramai yang memberi komen positif dari filem ini. Ada yang mengatakan ianya telah mengangkat martabat atau memperbaiki maruah umat Islam terutamanya di Amerika. Setelah merebaknya penyakit Islamophobia yang menimpa ke atas rakyat Amerika selepas peristiwa 9 September.

Ada mesej yang kuat hendak disampaikan oleh filem ini. Iaitu kejahatan dan kebaikan manusia jangan dilihat dari segi anutan agamanya, kerana setiap agama tidak mendorong kepada kejahatan. Sekaligus memberi mesej bahawa semua agama adalah sama dan ianya bukanlah punca berlakunya sifat ganas dan melampau.

Apatah lagi adegan Rizvan Khan lakonan Shah Rukh Khan yang beragama Islam berkahwin dengan Mandira seorang janda yang menganut hindu. Sekaligus menimbulkan satu perspektif yang salah kepada Islam dan syariatnya. Walaupun pada awalnya mendapat tentangan dari adik Rizvan iaitu Zakir yang menghalang perkahwinan mereka kerana Mandira penganut hindu, namun hal demikian tidak diendahkan oleh Rizvan kerana cinta itu adalah segalanya. Ini tidak melampau jika saya mengatakan bahawa cinta, kasih sayang dan seumpamanya merupakan doktrin kristianisasi.

Mesej yang disampaikan oleh filem ini mungkin boleh diterima bagi mereka yang berfikiran liberal, dan mereka yang bersetuju dengan konsep pluralisme. Namun bagi umat Islam yang fundamental ianya sangat-sangat bertentangan. Jika Mandira seorang yang beragama Yahudi atau Nasrani ianya mungkin tidak menjadi persoalan besar, kerana ada perbahasan syariat berkenaan dengan Nikah Ahli Kitab, namun Mandira seorang penganut Hindu, dan hindu merupakan agama penyembah berhala dan bukannya dari kalangan Ahli Kitab.

Filem ini hanya menyampaikan mesej lapisan pertama dan gagal dalam negosiasi mesej lapisan kedua. Maksud saya, lapisan pertama berjaya disampaikan dengan baik mungkin dan tujuan pluralisme itu diterima mungkin. Walaupun ianya bertentangan dengan Islam sebenar. Ada juzuk-juzuk yang diajar Islam memang disampaikan dan diadaptasi dengan baik.

Antaranya Islam bukan agama keganasan dan membantu manusia tanpa mengira warna kulit dan agama. Seterusnya berjaya menonjolkan Islam yang wajah satu lagi yang dimainkan oleh Dr Rahman, dan Rizvan mengaitkan Dr Rahman dengan aktiviti keganasan. Dan kelompok Dr Rahman digambarkan Muslim yang ekstrem dan Rizvan merupakan Muslim yang liberal.

Lapisan yang kedua, yang saya anggap gagal dinegosiasi oleh filem ini mungkin ialah teori berlakunya peristiwa 9 September. Sebenarnya sebelum berlakunya 9 September telah berlakunya apa yang dikatakan keganasan dari pihak Amerika dan Barat yang ditunjangi oleh Israel. Palestin telah bermula lama sejak tahun 1948, peperangan di Vietnam, Bosnia Herzegovina, Kashmir di India, Afghanistan yang tidak pernah aman sejak serangan Soviet Union, Perang Teluk di Iraq dan banyak lagi.

9 September pada saya merupakan perancangan licik Amerika dan Israel. Ianya merupakan kejayaan besar bagi Amerika dan Israel menjadikan batu loncatan mereka untuk memerangi Islam. Lihat sahaja selepas 9 September, istilah "Memerangi Keganasan" digambar dengan "Memerangi Islam" setelah mereka melancarkan perang terhadap Afghanistan dan Iraq, setelah manusia bernama Osama bin Laden dijadikan kambing hitam.

Bahkan kes 9 September ini masih tidak selesai dan Bush dianggap gagal, apatahlagi timbulnya kajian-kajian dari pemerhati bebas berkenaan dengan serangan pengganas terhadap WTC dan bangunan Pentagon bukan dari pihak yang dikaitkan bahkan ianya mungkin perancangan sulit dari Mossad Israel.

Khamis, 29 April 2010

Catatan Pengalaman Himega '10: Siri II

4 komen pembaca
Dalam artikel yang lepas ada dibincangkan tentang cabaran di IPT yang menyebabkan pelbagai masalah dalam kehidupan seorang mahasiswa dan mahasiswi Islam, kali ini kita akan tengok pula faktor pelenyap kepada kesolehan itu sendiri. Faktor pelenyap kesolehan yang dapat melalaikan seseorang dari jalan tarbiyah dan dakwah.

Mengapa? Kesolehan dan kemuslehan adalah aset penting bagi seorang da'ie dan aktivis dakwah.

Bahkan, setiap muslim pasti tidak menginginkan keimanan dalam relung kalbunya mengalami kelemahan. Kelemahan ini akan terlihat dari kualiti amal ibadah dan kesolehannya, satu hal yang merupakan kayu ukur keimanan. Hal tersebut menunjukkan kenaikan atau penurunan keimanannya.

Oleh itu, setiap muslim tentu menginginkan kesolehan dan kebaikannya sentiasa wujud dalam ruangan keperibadiannya, dan kemudian menjelma dalam ruangan sosialnya. Namun, kesolehan dan kebaikan ini boleh bertahan, atau bahkan berkembang dengan ditentukan oleh keadaan keimanannya. Sejauh mana ia berusaha menyuburkan keimanannya dengan ketaatan dan kesolehan. Oleh itu, Rasulullah dalam sebuah hadisnya mengajarkan kepada kita sebuah doa sebagai berikut.

"Ya Allah, Engkau lah teman dalam perjalanan dan khalifah dalam keluarga. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari beratnya perjalanan dan keburukan keadaan, dari kekurangan setelah kesetabilan, dari doa orang yang terzalimi, dan dari buruknya pemandangan terhadap keluarga dan harta. "(HR. At-Tirmizi, hadis hasan sahih)

Dalam hadis ini, makna berlindung dari kekurangan adalah isyarat kepada setiap muslim untuk khusyuk berdoa agar keimanannya tidak mengalami penurunan, dan supaya kesolehan dan kebaikannya dari hari ke hari semakin berkembang dan berbuah.


Faktor Pelenyap Kesolehan.


1. Lemahnya Iman.

Sesiapa yang pernah merasai dan mengacapi nikmat dan manisnya iman, ia tahu bagaimana beruntungnya perasaan itu bila berada dalam diri.

Namun, seseorang yang tidak pernah merasainya, ia tidak pula merasakan bahawa iman adalah sesuatu yang penting untuk dipelihara. Manusia sebegini selalu terumbang- ambing dalam menghadapi kehidupan, malah tidak memiliki jati diri sebagai seorang Muslim sebenarnya.

Baginya, apakah pentingnya menjaga syaksiyah dalam mengajak manusia kepada Allah, apakah utamanya mengikut syarak dalam sesuatu perkara dan apakah pentingnya menjaga kesucian hati itu sendiri.

Imam Syafie Rahimahumullah berpesan, "Hati- hati yang tidak disucikan tidak boleh menyucikan hati- hati orang lain."

Maka, lemahnya iman ini sebenarnya berkadaran terus dengan kesolehan dan kebaikan seseorang.

Semakin kuat iman dalam jiwa seseorang, semakin kuat pula amal seseorang. Sebaliknya, semakin lemah iman seseorang, semakin lemah pula amalnya.

Apakah ini satu bala kepada jamaah dan aktivis dakwah itu sendiri. Tidak! Allah sesekali tidak memerlukan kita, tetapi kita lah yang rugi sebenarnya. Rugi kerana tidak menjaga keimanan kita melalui ilmu dan amal.


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلۡغَنِىُّ ٱلۡحَمِيدُ

(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.(Faatir:15)


Allah Maha Kaya, engkau tersilap, engkau yang faqir!

2. Tertinggal dalam Ilmu Pengetahuan.

“Demi Allah sesungguhnya jati diri seorang pemuda ada dalam ilmu dan ketakwaannya. Apabila keduanya tidak ada dalam dirinya, maka ia bukanlah pemuda sebenarnya.”(Imam Syafie)

Kekuatan dan kemenangan umat yang selalu dijanjikan Allah SWT kepada mereka, bukan hanya bertumpu pada sisi aqidah atau ibadah saja, melainkan harus diiringi dengan ilmu pengetahuan Islam dan pengembangan kebaikan atau amal islami dalam kehidupan. Namun, kekuatan dan kemenangan itu baru akan tegak kukuh jika berdiri di atas tiga pilar, yang satu sama lainnya tidak boleh terpisahkan, iaitu iman, ilmu, dan amal (ibadah).

Islam ditegakkan atas dasar ilmu. Masakan tidak, Nabi SAW bersabda:

 ( طلاب العلم واجيب على كل مسلم (رواه مسلم

Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim. (Riwayat Muslim)

Agama ini tegaknya kerana ilmu, bukan kerana sangkaan dan emosi semata- mata. Lihatlah berapa ramai yang tergelincir dati jalan ini(sunnah Nabi) kerana tidak mengikuti disiplin ilmu yang betul.

Ibn Taimiyah menyebut dalam Majmu'at al- Fatawa: " Sesungguhnya agama Allah adalah pertengahan antara yang melampau dan meninggalkannya(cuai). Allah tidak memerintahkan hambaNya sesuatu melainkan syaitan akan mengganggunya melalui dua cara. Syaitan tidak kisah mana satu dia berjaya. Sama ada secara ifrat(melampaui batasan agama) atau tafrit(cuai terhadap agama)

Oleh kerana Islam adalah agama Allah yang tidak bolehdiambil dari sesiapa pun selainNya, maka syaitan mengganggu kebanyakan mereka yang mengaku mengikuti ajaran ini. Sehinggakan syaitan berjaya mengeluarkan mereka dari syariat yang sebenarnya.

Bahkan syaitan berjaya menyesatkan sejumlah umat ini yang kuat beribadah dan warak daripada agama umpama anak panah meluru keluar dari busurnya."

Dunia Islam menghadapi dua keadaan. Pertama, si bacul yang enggan membela agamanya. Kedua, si berani yang tidak mahu mengikut peraturan ketika membela agama. Seorang muslim hendaklah berada di garisan yang betul dalam hal ini. Dia bukan seorang yang bacul sehingga rela agamanya dihina dan bukan juga seorang yang hanya bersemangat tinggi tetapi tidak berpandukan kepada pertauran dan strategi yang baik.

Hakikatnya, aktivis dakwah ramai dari golongan kedua. Mereka tercicir. Tercicir kerana kurangnya ilmu pengetahuan. Penyakit malas membaca menjadi punca.

Kalaupun mereka membaca tetapi mereka tidak membaca apa yang sepatutnya menjadi keutamaan sebagai seorang pejuang Islam. Mereka larut dalam Ayat- ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan sewaktu dengannya.

Almari buku pejuang Islam sewaktunya sarat dengan buku fikrah Islamiy, kalaupun tidak mampu membaca Tafsir fi Dzilal Quran karangan Syed Qutb, apakah berat menghabiskan Dakwah Fardhiyyah oleh Mustapha Masyhur?

Sedarlah kalian, rantai dakwah ini memerlukan prioriti yang mendalam dalam setiap tindakan. Semestinya membaca novel Habiburrahman el- Shirazy bukan satu dosa. Bukan juga cela membaca novel tulisan saudara Hilal Asyraf. Apa yang penting, kita utamakan apa yang lebih utama dari segalanya untuk maslahah umat.

3. Meremehkan Dosa dan Maksiat.

Ketika seseorang menganggap remeh dosa dan maksiat, maka kesolehan dan kebaikannya akan mengalami penurunan. Bahkan, dengan meremehkan dosa dan maksiat, ia akan mudah terjebak dalam kancah kemaksiatan. Kerana tabiat dosa atau maksiat adalah sentiasa mengajak dan menggoda manusia untuk melakukan dosa lagi. Tentang masalah ini, Rasulullah SAW bersabda,

"Takutlah kamu akan meremehkan dosa-dosa, kerana sesungguhnya dosa-dosa tersebut akan berkumpul, dan akhirnya mencelakakannya. Perumpamaan dosa-dosa ini seperti kaum yang menuruni lembah dan setiap orang membawa sebatang kayu api. Mereka mengumpulkannya dan menjadikannya tumpukan, kemudian dinyalakan api dan semua yang dilemparkan ke dalamnya menjadi matang. "(HR Ahmad dan at-Thabrani)

Selain menambah dosa dan maksiat, meremehkannya boleh menyebabkan seseorang jauh dari jalan taubat, melemahkan hati untuk berjalan menuju Allah, dan bahkan di Hari Akhirat nanti dapat menjadi penghalang menuju ke pangkuan-Nya.
Ibnu Abbas berkata, "Sesungguhnya kebaikan melahirkan kecerahan di wajah, cahaya di hati, kelapangan rezeki, kekuatan badan, dan kecintaan di hati manusia lain. Adapun maksiat menimbulkan kepucatan pada wajah, kegelapan di hati, kelemahan badan, serta kesempitan dan kebencian di hati manusia. "

    Abdullah bin Mubarak berkata dalam syairnya.

    Aku melihat dosa-dosa itu mematikan hati

    Membiasakannya boleh mewariskan kehinaan,

    Sementara, meninggalkan dosa-dosa adalah kehidupan bagi hati

    dan kebaikan bagi jiwa,

    Tidak ada yang membatalkan agama ini, kecuali para raja dan cendekiawan yang rosak

Rabu, 28 April 2010

Catatan Pengalaman di Himega '10.

4 komen pembaca


Salaam 'aleykum.

Pada ketika kawan- kawan sekolah saya menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang di SBPIKP, saya langkahkan kaki saya menuju ke Kolej Pendeta Za'ba di UKM. Tujuannya dalah untuk menghadiri Kem Hijrah Menara Gading '10(Himega '10) selama tiga hari.

Tanpa perlu saya panjangkan kalam, saya ingin menceritakan pengalaman bersama dakwah dan tarbiyah di sini.  Pertama kali saya sampai di sini, saya sudah tertambat kepada nilai ukhuwah yang ada. Saudara Pengiran yang pertama kali saya jumpa, walaupun dah lama kenal melalui internet, sangat mesra. Budaya yang diterapkan bersama ahli jemaah, apabila berjumpa mereka(kini kita, kerana sekarang saya adalah sebahagian dari mereka) akan bersalaman sambil melagakan pipi sebagaimana budaya Arab.


Slot pembentangan kertas kerja oleh Pakcik Rushdi Baharom dari KTD berkisar sekitar tajuk ISTIQAMAH DALAM TARBIYAH: Rahsia Memelihara Keimanan dan Kesolehan. Penceramah memulakan ceramah dengan menceritakan realiti kehidupan di IPT yang penuh dengan cabaran.

Dunia IPT disifatkan penuh dengan duri dalam perjalanan. Hampir kita tak dapat mengelakkan maksiat dalam sekeliling kita. Pergaulan antara lelaki dan perempuan tidak terjaga, penzinaan, masa tak dapat diselenggara dengan baik dan sebagainya. Pendek kata, remaja rata- ratanya akan tergelincir apabila tidak kuat menghadapi cabaran di dunia IPT.

Persoalannya bagaimanakah mahu menjaga kebersihan hati dalam suasana sebegitu?

Selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW, Aisyah yang masih muda remaja telah menjadi balu. Dalam usia 18 tahun, Aisyah RA mendidik para sahabat kerana keluasan ilmunya. lebih kurang 2000 hadis yang diriwayatkan oleh isteri muda Rasulullah yang cerdas ini.

Sirah juga menceritakan dalam usia 18 tahun juga Usamah bin Zaid telah ditaklifkan memimpin angkatan perang melawan Tentera Rom. Bukan calang- calang tentera yang melawan angkatan perang pimpinan Usamah melainkan tentera itu adalah tentera dari empayar yang hebat dan besar.

Sedangkan apa yang kita infaqkan pada jalan Islam pada usia sebegini? Jiwa? Harta? Atau Masa? Malulah kalian semua! Malulah diri yang hina dan kerdil ini! Astaghfirullah. Jadikanlah kami sebahagian dari mereka pada jalan ini.

Realitinya, hal yang terbalik berlaku pada hari ini. Kebanyakan IPT dilanda penyakit intellect without soul" . Sememangnya IPT adalah tempat menyuburkan budaya ilmu tetapi budaya akademik yang disuburkan tidak selari dengan rohani menyebabkan ilmu menjadi lesu.

Setiap muslim tentu menginginkan kesolehan dan kebaikannya senantiasa kekal dalam ruang syaksiyahnya, dan kemudian menjelma dalam ruang sosialnya. Namun, kesolehan dan kebaikan ini boleh berkekalan, atau bahkan berkembang   dengan ditentukan oleh keadaan keimanannya, yang bergantung kepada sejauh mana ia berusaha  menyuburkan keimanannya dengan ketaatan dan kesolehan.

Bagaimana untuk menjaga keimanan langsung menyuburkan kesolehan andai ditakdirkan berada dalam biah jahiliyah?

Kita semua sangat memerlukan pemeliharaan Allah SWT untuk mengekalkan keimanan dan kesolehan dalam menjalani perjalanan yang panjang dan sukar, terutama sekali dalam realiti zaman ini di mana kebenaran ditundukkan oleh nafsu; wahyu Allah SWT dikalahkan oleh pendapat dan pandangan manusia. Maka pohonlah perlindungan dari Allah SWT.

Namun, dalam realiti kehidupan muslim, tidak dapat dinafikan adanya kemerosotan keimanan, kesolehan, dan kebaikan. Pada akhirnya hal ini melahirkan penyimpangan dan kesesatan dalam kehidupan. Keadaan dan fenomena ini pernah dialami oleh kaum sebelum kita. Keadaan ini digambarkan dalam Al-Qur`an melalui ayat berikut ini. Ini sebagaimana yang telah ditulis oleh akhi Hilal Asyraf dalam artikelnya bahawa sifat Iman adalah Yazid wa Yanqus.


فَخَلَفَ مِنۢ بَعۡدِهِمۡ خَلۡفٌ أَضَاعُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَٱتَّبَعُواْ ٱلشَّہَوَٲتِ‌ۖ فَسَوۡفَ يَلۡقَوۡنَ غَيًّا
Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka) [Maryam: 59]

Nafsu Amarah bi al- su'



Menurut Pak Cik Roshdi, nafsu ini dibahagikan kepada tiga bahagian: nafsu kelembuan, nafsu pemangsa dan nafsu syaitan.

Mengapa dinamakan nafsu kelembuan? Bukankah sama seperti lembu kalau memandang kehidupan seharian hanya untuk makan, tidur dan berseronok?

Ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini adalah persinggahan sementara. Ia tidak kekal seperti dunia sana. Sementara masih diberi keizinan bernafas, mahu tidak mahu kantung amal mestilah dipenuhi dengan sedaya upaya. Tidak dapat tidak, jalannya mestilah melalui dakwah dan tarbiyah.

Generasi terkemudian adalah kita, bukanlah pemula kepada jalan mulia ini, bahkan kita adalah penerus kepada rantaian dakwah yang dimulakan oleh Rasulullah dan para sahabat. Malahan, jalan ini jugalah yang dilalui oleh para syuhada' yang berusaha meninggikan syiar Allah di tanah ini.

Beruntunglah kepada mereka semua yang terlibat dengan jalan ini. Merugilah mereka yang menganggap dunia ini kekal tiada berpenghujung.

Ada sebuah kisah yang menarik untuk dikongsikan bersama, kisah seorang balu kepada pejuang Hamas yang tidak asing dalam ingatan manusia jihad. Ummu Muhammad yang memberi ucapan di Masjid Shah Alam baruu- baru ini.  Isteri kepada Dr Abdul Aziz Rantisi ini menceritakan:

"Dua hari sebelum Dr Abdul Aziz menemui kekasihNya,  jiran datang bertandang ke rumahku dan beliau menanyakan mengapakah rumah aku berbau haruman yang sangat mempesona. Aku jawab bahawa aku tidak meletakkan apa- apa haruman pun di dalam rumah. Rupa- rupanya itu adalah petanda bahawa Dr Abdul Aziz akan menemui Allah sebagai syahid kemudiannya."

Ini sebenarnya hanya sedikit ganjaran kepada mereka yang berjuang di jalan Allah. Ditunjukkan di dunia supaya yang berakal memikirkannya. Banyak lagi ganjaran selepas tiba di akhirat kelak.

Di Himega '10 juga saya merasa sebak dan tersentuh dengan kebanyakan aktivis dakwah yang mewaqafkan diri mereka di jalan Allah melalui harta, jiwa dan masa mereka. Ucapan mereka menggetarkan jiwa aku kerana aku yakin mereka ikhlas. 


Ya Allah, tempatkanlah aku dalam kalangan mereka!


Khatimul: Sertailah Jemaah Islam Berdekatan Anda!

Renungkanlah firman Allah berikut:

  يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (١٠) تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (١١) يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً۬ فِى جَنَّـٰتِ عَدۡنٍ۬‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ 

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar.  (As Saff: 10- 12)

p/s: Post ke #100! Akan bersambung lagi catatan selepas ini~

Jumaat, 23 April 2010

Perutusan Mursyidul Am Untuk Pengundi Hulu Selangor

0 komen pembaca
 Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh, dan Salam Sejahtera. Firman Allah SWT (al-An'am 6:162),



Maksudnya, "Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."
Sesungguhnya, segala puji-pujian yang tidak terhingga kepada Allah Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Puji-pujian juga yang teramat tinggi kepada Nabi Muhammad Pesuruh Allah, Nabi pengakhir zaman. Didoakan kepada semua pengundi bagi pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor berada di dalam keselamatan dan kesejahteraan hendak-Nya. Tuan-puan, dan saudara-saudari yang dihormati sekalian.

Bersempena dengan musim kempen pilihan raya ini, sukacita saya mengingatkan diri saya dan menyampaikan ingatan sama kepada sidang pengundi sekalian yang bakal mengundi pada hari Ahad, 25 April 2010 nanti. Jadilah ingatan ini sebagai panduan utama untuk sidang pengundi sekalian menjadi seorang yang berhak mengundi, menunaikan tanggungjawab mengundi dan memangkah kertas undi dengan pasangkan niat , "sesungguhnya aku mengundi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat."

Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian. Perkara pertama kita kena tahu, betapa Umno telah menghancurkan simbol Bulan Bintang yang dipakai oleh PAS pada tahun 1971. Sedangkan pada PAS, Bulan Bintang itu mempunyai makna yang besar dari segi mendidik rakyat kepada cara hidup beragama.

Pertama, Bulan Bintang itu dipakai di atas menara masjid-masjid –– rumah Allah Tuhan yang Maha Kuasa. Kedua, Bulan Bintang adalah simbol bagi PAS untuk menghidup dan menghayati serta melaksanakan falsafah hidup beragama (muslim sejati) berteraskan doa iftitah yang selalu dibaca ketika permulaan sembahyang. Doa yang dimaksudkan ialah "sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (Lillahi Rabbi 'alami)."

Oleh sebab itu, melalui simbol Bulan Bintang apabila dilihatnya, maknanya seseorang diajak untuk mengingati tanggungjawab beragama –– sembahyang dan beribadat, serta memikirkan soal hidup dan mati.


Dengan cara itu, harapan PAS supaya rakyat sentiasa berada di dalam kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni. Akibat daripada larangan penggunaan simbol Bulan Bintang itulah dapat dilihat hari ini, bila mana rakyat hari ini begitu bercelaru amalan hidupnya –– terbabit dengan segala amalan maksiat dan kerosakan akhlak serta berlaku amalan hidup yang berlawanan dengan apa yang ucapkan di dalam solat.

Di samping berlaku tingkah laku yang di luar daripada sifat kemanusiaan seperti membuang bayi dan pembunuhan sesama insan. Perkara kedua yang perlu diingati ialah tindakan pemimpin Umno yang telah menghapuskan penggunaan tulisan jawi.

Tulisan jawi juga dihapuskan dalam pendidikan di sekolah. Ia berlaku zaman Almarhum Khir Johari, menghapuskan pengajaran dan penggunaan tulisan jawi itu. Kesannya ramai orang Melayu, khususnya generasi sekarang tidak pandai membaca dan menulis jawi. Sedangkan jawi adalah tulisan dan bahasa al-Quran, dan ia adalah warisan ilmu orang Melayu zaman berzaman. Maka, ia bukan sekadar menghapuskan budaya ilmu yang menjadi medium pendidikan utama orang Melayu, malah orang Melayu kini amat dangkal dengan pengetahuan al-Quran kerana mereka sudah tidak pandai membaca al-Quran.

Inilah bahananya dasar Umno. Rakyat kena persoalkan, kemana Umno nak bawa rakyat. Nak kata Umno nak bawa ke jalan agama, jelas Umno sudah buat banyak perkara yang bercanggah dengan kehendak Islam seperti melarang guna Bulan Bintang dan tulisan jawi. Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian. Pekara ketiga, layak juga dipersoalkan kepada pemimpin Umno, apakah tujuan sebenar Umno lawan sangat PAS ini? Sedangkan PAS sudah diakui sebagai parti yang berjuang untuk Islam, demi untuk melaksanakan pentadbiran dan mengamalkan sistem masyarakat Islam di Negara ini. Boleh jadi, Umno lawan PAS atas dasar demokrasi. Jika begitu, kaedah demokrasi sebenarnya mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua pihak. Apabila bertanding dalam pilihan raya, hendaklah mengamalkan pilihan raya yang adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok.

Jika PAS menang, kena terima itu mandat rakyat dan perlu dihormati. Persoalannya, apa pasal pula Umno begitu gah kononnya berjuang ikut demokrasi, tetapi prinsip demokrasi tidak sedikit pun dipatuhi? Tengok saja atas isu wang royalti petroleum. Sekian lama negeri Terengganu di bawah kuasa BN, royalti minyak dibayar kepada kerajaan negeri . Tetapi bila saja PAS menang di Terengganu tahun 1999, setahun selepas itu royalti sudah ditarik dan ditukar pula kepada wang ihsan. Itupun sudah tidak diberi kepada kerajaan negeri. Ia disalur terus kepada Umno bahagian.

Semuanya adalah bukti Umno sendiri tidak hormat, malah melakukan perkara yang bercanggah dengan prinsip demokrasi. Benarlah Umno yang mendakwa berpegang dengan prinsip demokrasi, hakikatnya Umno tidak mematuhi prinsip demokrasi. Cuba kita renungkan sedikit, bagaimana Islam pula mengajar umatnya berjuang. Sesungguhnya Islam adalah lebih bertamadun berbanding demokrasi, kerana demokrasi tidak mengajar soal dunia dan akhirat.

Namun, Islam dikatakan lebih bertamadun kerana mengajar kita dengan prinsip bahawa 'apa saja yang kita perjuangkan, semuanya akan disoal oleh Allah SWT di akhirat.' Prinsip seumpama ini adalah selari dengan prinsip 'sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku, semuanya kerana Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.' Barang ini (prinsip ini) tidak ada dalam perjuangan Umno. Sebab itulah kita berani katakan bahawa perjuangan Umno adalah perjuangan sekular.

Lebih-lebih lagi, Umno dilihat lebih mengutamakan pembangunan berteraskan kebendaan semata-mata. Maka, tidak ada bezanya perjuangan Umno itu dengan perjuangan parti politik di Barat yang mementingkan pembangunan dan kemajuan semata-mata.

Sebab itulah, perjuangan Umno mengasingkan prinsip agama dengan politik. Maka jadilah Umno sebagai parti sekular, iaitu sebuah parti yang mengamalkan politik suku, agama suku. Ia memberi makna, semacam kerja politik tiada kaitan dengan dosa dan pahala lagi. Sebab itulah ada pemimpin Umno berani melakukan segala amalan politik yang bercanggah dengan ajaran agama. Mereka mengamalkan politik wang, politik ugut dan politik paksa.

Sedangkan kesemuanya itu bercanggah dengan ajaran Islam dan dilarang keras oleh Nabi Muhammad SAW. Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi yang dikasihi sekalian. (Akhirnya), perkara keempat mengenai perjuangan Umno ialah amalan salah Umno yang sentiasa mengasing-asingkan rakyat dengan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum.

Akibat amalan salah Umno itu, akhirnya orang Melayu dibeza-bezakan dengan bukan Melayu. Dan paling salah membeza-bezakan antara Melayu yang sokong Umno sebagai Melayu-Umno dan yang sokong PAS sebagai Melayu-PAS. Kemudian berlaku pula pengasingan antara hak Melayu dengan hak bukan-Melayu, diikuti pula hak Melayu-Umno dengan hak Melayu-PAS.

Paling teruk juga, orang Melayu-PAS telah dibeza-bezakan dari segi jawatan dan kenaikan pangkat, subsidi dan bantuan, dan hak-hak antara negeri diperintah Umno-BN dengan negeri diperintah PAS-Pakatan Rakyat. Seperti juga berlaku pada akhir-akhir ini, bila mana persoalan wang royalti petroleum untuk Kelantan sendiri tidak diberikan kepada kerajaan negeri, sedangkan kepada kerajan negeri Sabah dan Sarawak terus diberi. Apa yang berlaku, 'royalti' ditukar kepada 'ihsan' dan pemberian ihsan pula adalah kepada Umno bahagian.

Demikianlah, buruknya amalan membeza-bezakan itu. Ia telah mendera rakyat Kelantan, kerana kerajaan negeri Kelantan hari ini adalah dipilih atas hak dan kehendak rakyat. Amalan Umno sebegitu telah menepikan langsung nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Sekaligus bertentangan dengan ajaran Tauhid Islam.

Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya. Hatta manusia yang berbagai-bagai bangsa itupun adalah disatukan di bawah satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam AS. Oleh itu, kembalilah kita kepada ajaran Islam dan mengamalkan cara hidup beragama. Sesungguhnya sistem Islam adalah benar dan adil untuk semua kaum. Ingatlah, firman Allah (surah Ali-Imran 3:102-103),



Bermaksud, "wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai ."

Sebenarnya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Menolak perjuangan Umno sudah pasti membebaskan diri kita daripada segala-gala amalan salah.

Sehubungan itu, saya menyeru dan merayu kepada sekalian pengundi Hulu Selangor yang budiman lagi bijaksana, undilah calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dari parti KeADILan. Saya penuh yakin dan percaya di atas pengalamannya selaku bekas ahli parlimen dan menteri kabinet, sesungguhnya beliau mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk membela dan menunaikan harapan rakyat di parlimen Hulu Selangor.

Keluarlah mengundi beramai-ramai, jangan hiraukan ugutan Umno-BN dan selamat mengundi. Semuga tuan-puan, dan saudara-saudari sekalian dirahmati Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. "Harapan Baru Malaysia"

*** PAS UNTUK SEMUA ***

Sekian.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS

Bohong lagi Kamal Bin Nathan!

0 komen pembaca
Kamalanathan pengundi hantu?

Exco kerajaan Selangor, Xavier Jayakumar pada ucapannya di sebuah ceramah malam semalam mendakwa P Kamalanathan sebagai pengundi hantu di parlimen Sungai Siput.

Sungai Siput merupakan kubu kuat MIC yang dipegang oleh presiden parti itu, Datuk Seri S Samy Vellu sejak sekian lama sebelum ditumbangkan oleh Jeyakumar Devaraj dari PSM pada pilihan raya umum 2008.

Ahli dewan undangan negeri Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dari PKR juga membuat dakwaan yang sama dalam twitter dengan mengemukakan nombor MyKad Kamalanathan (kiri).

Mesej twitter itu berbunyi: “Mengemparkan! Dr Xavier baru mendedahkan bahawa Kamalanathan adalah Pengundi Hantu di P62 Sungai Siput. Semak sendiri 651018-10-XXXX".

Malaysiakini menjalankan semakan melalui laman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan nombor yang dibekalkan dan mendapati Mykad itu milik seseorang yang bernama P Kamalanathan, yang merupakan pengundi di parlimen Sungai Siput dan juga dewan undangan negeri, Jelong.

Menurut data SPR alamat Kamalanathan adalah di Heawood Garden, dan dia mengundi di Simpang Tiga.

Xavier (kanan) kemudiannya memberitahu Malaysiakini bahawa Kamalanathan tinggal di Rawang,dan alamat di MyKadnya tertera alamat di Rawang itu.

Beliau sekarang adalah calon BN bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor.

"Saya fikir jika seseorang ingin menjadi ahli parlimen beliau harus berprinsip dan bertanggung jawab berhubung apa yang dilakukannya sebelum ini.

“Ini menujukkan bahawa beliau seorang yang tidak boleh dipercayai dan sanggup membelakangkan undang-undang.”

Malaysiakini menghubungi P Kamalanathan untuk penjelasannya tetapi beliau berkata akan menjelaskan perkara itu pada masa yang sesuai.

"Saya sedang fokus pada pilihan raya Hulu Selangor, saya mahu berjumpa pengundi dan bermesra dengan mereka. Saya tidak akan komen sekarang.

"Saya akan komen pada masa yang sesuai. Saya terpaksa menghadiri mesyuarat sekarang. Selamat tinggal.”- Mkini

Komen MN:
Mula- mula menipu tak cium tangan Muhiyyidin Yassin, akhirnya kantoi Muhiyyidin sendiri mengaku macamni:
"I did not ask him to kiss my hand but he did it because he understands... not just with me but to other elderly people as well"

Sekarang tipu pasal hal tempat pendaftaran pengundi pula?

Dey Tambi, belum menang sudah mau bohong ka?

APC, bukan APCO.

0 komen pembaca


Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa kerajaan bercadang membeli 257 kereta perisai 8X8 (APC) jauh melebihi harga pasaran.

Menurut Pua, kerajaan akan membelanjakan RM31.1 juta bagi setiap kereta perisai itu meskipun terdapat model yang jauh lebih murah dan canggih di pasaran.

"Malah, model terbaik dalam kelas kereta perisai .. M1 Abrams M1A2... boleh didapati kurang daripada RM 20 juta," katanya.

Pua mengulas laporan Kementerian Pertahanan yang telah memeterai surat pernyataan hasrat bernilai RM8 billion dengan Deftech Sdn Bhd, bagi membeli APC berkenaan semasa pameran Defence Service Asia (DSA) 2010 di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Deftech adalah anak syarikat milik penuh DRB Hicom, sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerajaan (GLC).




Komen MN: Lepas ni boleh la guna kereta kebal pulak nak suraikan demonstrasi kuasa rakyat. Rakyat bawa sepanduk, depa bawa kereta perisai. kah kah kah!

Ada seorang tentera yang jadi kenalan saya mengomentar: "Sebenarnya kita punya bnyak lagi pilihan kenderaan APC yg jauh lebih murah,tahan lasak dan bermobiliti tinggi,antaranya: PIRANHA III dan PIRANHA IV keluaran switzerland, BTR-90rusia, BTR-94ukrain.ROSOMAK-poland, BOXER-jerman, CENTAURO-itali, PATRIA AMV-finland dan beberapa lg buah lg kenderaan APC yg jauh lebih murah dan sesuai dgn muka bumi di negara kita berbanding gambar di atas PARS keluaran turki yg kurang sesuai...

Apalah kerajaan Malaysia ni, asal beli benda baru je mesti mau komisyen masuk poket sendiri punya. Undilah kerajaan BN untuk pilihanraya P94 Hulu Selangor supaya rasuah berleluasa dalam negara.

Khamis, 22 April 2010

UMNO- APCO- ZIONIS. Sokonglah mereka untuk kedaulatan Israel.

4 komen pembaca
MP Kota Belud kata "kita hanya bayar RM77 juta kepada APCO". Hanya? Ya Allah, lindungilah kami dari diperintah dan dijajah oleh talibarut Yahudi dan Zionis Laknatullah.

Kalau kalian redha rakyat Palestin disembelih saban hari, jangan segan silu untuk mengundi BN pada setiap pilihanraya akan datang.

LAMAN web APCO sendiri menunjukkan siapa sebenarnya yang terlibat dengan syarikat ini yang dibayar RM 23 million duit rakyat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk mengendalikan “strategi komunikasi” dan “membina imej” negara.

Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel – Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) – serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Baca penuh Bukti APCO, Zionis anti- Islam!

Rabu, 21 April 2010

Pulangan.

0 komen pembaca
Bila kita berkorban untuk sesuatu yang bermakna dan jarang sekali dilakukan, mestilah kita mengharapkan pulangan itu menepati nilaiannya kan? Kecewa kalau tidak dapat apa yang telah dilaburkan. Ahhh~~~ = =

Ikhlaskan diri kau Muiz!

Memang aku sedaya upaya cuba ikhlas, tetapi aku cuba mengajak manusia kepada jalan Islam yang diredhai! Islam adalah penyelesaian yang paling sempurna! Islam melengkapi ekoposial.(Ekonomi, Politik, Sosial) Mengapa susah sangat nak faham tiada perjuangan sebaik Islam?

Biarlah Muiz kalau dia tak mahu ikut pun, kau dah sempurnakan tanggungjawab kau. Perhitungan sama ada perjuangan engkau benar atau salah hanya di akhirat kelak.

(Terdiam sebentar.) Tapi, aku hampir putus asa!

Jangan bisa berputus asa dari rahmat dan kasih sayang Allah, sahabatku. Ganjaran untuk kau ada di sana jika benar kau orang yang bersabar. :)



Selasa, 20 April 2010

KESAH LAMA UNTUK DI INGAT KEMBALI

0 komen pembaca
Kalaulah aku adalah mahasiswa yang hidup pada masa itu... Mahasiswa sekarang???

MEREKA YANG TIDAK PERNAH BELOT - DIMANA MEREKA SEKARANG?





PETANG ITU - 38 TAHUN DAHULU


Ini cerita lama. Tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku puluhan tahun dahulu. Cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. Kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. Kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.

Ceritanya bagini:

Saya ingat lagi pada tahun 1972 - ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi. Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM ), saya telah dilantik untuk menjadi Setiausaha Agung. Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 - sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.

Ketika saya dilantik sebagai SU Agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.

Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China. Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.

Pada zaman itu gerakan mahasiswa cukup rancak. Saya adalah seorang ahli kelab sosialis yang aktif. Justeru pandangan politik saya adalah kiri. Buku dan akhbar yang saya baca adalah kiri. Negara dan pemimpin negara yang saya hormati adalah dari jalur kiri.

Berdasarkan resolusi PKPM yang anti-Amerika saya telah memasang poster-poster anti-perang Vietnam yang kami terima dari International Union of Students yang berpengkalan di Prague.

Rupa-rupanya ada juga kumpulan mahasiswa, terutama dari PMUKM yang yang tidak bersetuju dengan pemasangan poster ini. Lalu saya dikritik sebagai SU Agung PKPM yang tidak bertanggungjawab. Sebenarnya isu poster anti-perang Vietnam ini hanya alasan. Kritikan ini datang dari pelajar reaksionari bermazhab kanan.

Akhirnya satu persidangan tergempar telah diadakan. Persidangan ini diadakan di Dewan Majlis Persatuan Universiti Malaya. Saya ingat lagi petang itu – delegasi dari PMUKM, dari Serdang College, dari Institut Teknoloji Kebangsaan, KSITM dan tuan rumah PMUM turut hadir.

Saya dapat merasakan seolah-olah telah ada persetujuan untuk menyingkirkan saya dari PKPM. Idris Jusi, dari PMUKM mula bercakap membuka kes tentang saya yang dikatakan tidak mengikut dasar PKPM dan dilihat pro-komunis. Dari KSITM, presidennya Zahari tidak pula bercakap. Yang banyak bercakap ialah Ibrahim Ali.

Pandangan-pandangan kanan dan reaskioner bertaburan pada petang itu.

Sebelum keputusan dibuat untuk menyingkirkan saya dari PKPM - tiba-tiba seorang wakil delegasi dari KSITM mengangkat tangan untuk berucap. Saya masih ingat lagi anak muda itu. Dia kurus lansing dan kacak. Berkulit sawo matang. Anak muda ini memakai seluar hitam dan berbaju biru. Mustahil saya akan melupakan susuk ini. Sampai akhir hayat saya ingat apa yang berlaku pada petang itu. Tidak mungkin saya akan lupa kerana pada petang itu saya sedang disalib.

Masih terngiang di telinga saya hingga ke hari ini apa yang dikatakan oleh anak muda itu:

“Sebelum dia dibuang, dia berhak untuk diberi peluang bersuara. Ini adalah cita-cita demokrasi pelajar… dan ini adalah hak dia.”

Saya terperanjat kerana tidak ada sesiapa dari persatuan lain yang menyokong saya kecuali PMUM. Saya terperanjat kerana anak muda ini berani ‘pecah regu’ untuk menyokong saya. Saya kagum atas keberanian nya.

Saya tidak kenal anak muda ini. Tapi saya tahu anak muda ini datang dari KSITM – satu persatuan pelajar yang saya anggap reaksionari. Bila saya selidiki baru saya sedari anak muda ini ialah Zaid Ibrahim – pelajar jurusan undang-undang Institut Teknoloji Mara. Saya juga difahamkan si Zaid ini datang dari Sekolah Tuanku Abdul rahman (STAR) seteru kuat sekolah saya, MCKK.

Semenjak petang itu saya tidak bertemu dengan Zaid Ibrahim. Kami meneruskan keyakinan diri. Saya difahamkan Zaid telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya terus menjadi diri saya.

Lima tahun dahulu seorang kawan dari MCKK mengajak saya untuk menjadi ahli Civil Society of Malaysia. Ini badan hak asasi manusia yang cuba diwujudkan oleh Zaid Ibrahim. Cuma ada ‘catch’ - sesiapa yang ingin menjadi ahli wajib membayar RM250. Jumlah ini agak berat untuk saya - lalu saya menolak jemputan ini.

Seminggu sebelum Ngo ini berkumpul dan bersidang saya telah mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa RM250 telah dibayar oleh Zaid Ibrahim. Saya hairan kerana seumur hidup saya – saya belum pernah bercakap sepatah pun dengan susuk ini. Dari panggilan talipon - saya telah diberi kebenran untuk datang ke persidangan pertama Civil Society ini di Hotel Renaisance.

Inilah kali kedua saya melihat Zaid Ibrahim. Kali kedua ini agak berbeza. Anak muda kurus yang berbaju biru dan berseluar hitam dahulu telah agak bersisi. Rambutnya telah dicantikan oleh anyaman uban. Baju dan pantalon yang dipakainya kelihatan dari jenis yang baik dan bermutu. Nah! Pastilah dia telah berjaya hinggakan sanggup membayar yuran untuk orang yang tidak dikenalinya.

Dua hari sebelum nama Zaid Ibarahim dimahsyurkan sebagai calon di Hulu Selangor saya telah pergi menemuinya. Rumah kediaman si Zaid ini bukanlah sama seperti bilik sewa tempat saya menginap. Ini kawasan lumayan yang hanya 30 minit dari Serendah Hulu Selangor.

Mata saya memerhati dengan rapi untuk mengetahui lebih dalam lagi manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini. Rumahnya tidak mengancam tapi pastilah lebih luas dari bilik sewa saya. Dalaman tidak lucah dan bukan bermotifkan budaya ‘arriviste – horray henry’ yang sering kita temui di wilayah-wilayah mewah.

Tujuan saya datang kerana ingin bertanya apakah dia masih ingat lagi apa yang terjadi di Dewan Majlis PMUM 38 tahun dahulu. Zaid termenong sabentar sebelum mengakui yang dia pernah datang ke PMUM untuk bermesyurat. Tetapi tidak ingat apa tujuan dia hadir. Malah dia juga tidak ingat bahawa pada petang itu yang di salib ialah saya.

Saya tidak merasa kecewa kerana si Zaid tidak mengingati episod itu. Inilah perjalanan hidup kita sebagai manusia . Terpencar pencar - ada yang kita ingati dan ada yang kita lupakan. Untuk kita – pekara yang ini mungkin penting dan untuk orang lain pekara yang sama adalah ‘non event – tidak ada apa apa yang penting’.

Kenapa saya menulis kesah ini? Saya menulis kerana susuk yang bernama Zaid Ibrahim ini sedang berkempen untuk memenangi kerusi di Parlimen. Saya menulis ini kerana saya yakin bahawa manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini adalah manusia demokrat. Tiga puluh lapan tahun dahulu – ketika kami masih lagi anak pelajar - si Zaid ini telah memperlihatkan sifat jujur dan demokratnya.

Pada petang itu – 38 tahun dahulu - si Zaid telah tidak terpengaruh dengan tohmah anti-komunis, anti kiri dan anti sosialis. Sifat demokratiknya telah tertanam dalam sebelum dia meletakan jawatan sebagai menteri kabinet kerana menentang ISA. Susuk yang bernama Zaid Ibrahim dapat melihat salah dan benar.

Jika saya warga Hulu Selangor saya merasa senang hati untuk menobatkan Zaid Ibrahim sebagai wakil suara saya di Parlimen. (TT)

( sebarkan lah kesah ini - untuk kita membuat kebaikan)

Sumber:Pak Hishamuddin Rais

Isnin, 19 April 2010

Baca.

0 komen pembaca


Saban hari aku membaca.

Kadang- kadang aku menguliti helaian demi helaian pada setiap petang sambil memerhatikan matahari senja, begitu juga aku meneliti baris demi baris tatkala rembulan bercahaya. Paling banyak tentunya aku membaca tulisan statik di hadapan komputer.

Akhirnya, aku berfikir apa yang aku cari dari membaca?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢) ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.  (Al 'Alaq: 1-5)

Ahad, 18 April 2010

Menunggu Kata Dari Tuhan.

0 komen pembaca
Semalam, adalah tarikh yang saya tunggu- tungu dalam masa seminggu dua lepas.

Surau An- Nur yang dikenali sebagai 'Markas Utama'  Dr Haron bin Din(mungkin kerana berdekatan dengan Darus Syifa') telah menjemput Seniman Paksi Rakyat dan Teater Elit untuk menjayakan teater "Menunggu Kata Dari Tuhan".

Teater mono Islamik karya oleh Dinsman berdasarkan hadis Bukhari dan Muslim. Riwayat panjang yang menceritakan penyesalan Kaab bin Malik yang tak ikut berperang kerana musim kurma masak. Beliau dipulau para sahabat dan Rasulullah SAW sendiri, lebih dari 50 hari sehinggalah wahyu turun dari Allah membebaskan beliau.

Mengharukan dan menginsafkan. Kalian patut tonton sendiri.

Betapa pendosaan itu adalah manis sebenarnya. Manis bila pengampunan turun dari Allah membebaskan para pendosa.

Apa yang istimewanya semalam, teater yang kali ke- 35 ini(kali pertama dipersembahkan di hadapan Sultan Kelantan dan Menteri Besar Kelantan), inilah teater kali pertama yang menggunakan violin dalam surau!

Menurut Dinsman, pihak jawatankuasa surau sendiri telah mengeluarkan semula fatwa Syeikh Yusuf al- Qaradawi bahawa alat muzik bertali adalah haram lemah dalilnya.

Hadis menceritakan bahawa alat muzik bertali adalah terlalu lemah tarafnya, maka tidak boleh dijadikan hujjah.

Pembaharuan dalam agama. Tidak jumud lagi dan berpegang kepada dalil, tentunya. Alhamdulillah...

“Islam itu bermula dalam keadaan yang asing, dan akan kembali asing maka beruntung mereka yang asing.” Ditanya baginda: “Siapakah mereka wahai Rasulullah!”. Jawab baginda: “Mereka yang membaiki ketika manusia rosak”. (Riwayat Ahmad, sahih).

Khamis, 15 April 2010

GAMIS BANTAH PENDIRIAN NAJIB ISU AFGHANISTAN

0 komen pembaca

  Ya Allah, Engkau sebagai Tuhan Yang Maha Ego, tunjukkan kepada manusia yang buta mata hatinya bahawa kerajaan PM Najib telah menghina Islam dengan bersetuju memberi bantuan ketenteraan kepada US untuk menjajah negara umat Islam. Berikanlah kemenangan kepada Islam, Ya Jabbar Ya Mutakabbir!

GAMIS BANTAH PENDIRIAN NAJIB ISU AFGHANISTAN

Gabungan Mahasiswa Islam Se-malaysia (GAMIS) memandang serius keputusan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk menghantar bantuan ke Afghanistan setelah mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

GAMIS menandang isu ini perlu diberi perhatian, tindakan tersebut agak terburu-buru memandangkan isu Afghanistan yang belum selesai sehingga hari ini. Amerika dilihat seolah-olah terdesak mahukan Malaysia bersama terlibat setelah banyak negara menarik balik tentera pengaman mereka keluar dari Afghanistan. Malaysia seolah-olah akan menjadi mangsa keadaan di samping akan dilihat sebagai boneka Amerika dalam isu ini setelah krisis di Afghanistan masih tidak dapat diselesaikan.

Menurut Presiden GAMIS, Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, Dato' Seri Najib tidak boleh terburu-buru dalam isu ini. Walaupun atas nama kemanusiaan sekalipun, dunia akan melihat Malaysia seolah-olah ingin ditarik oleh Amerika dalam kes yang mereka sendiri cipta, ini kerana isu ini masih menemui jalan buntu untuk menyelesaikannya. Malaysia juga perlu mengambil berat aspek keselamatan negara serta wakil yang akan dihantar memandangkan ancaman dari al-Qaeda sebelum ini yang telah mengisytiharkan perang terhadap mana-mana negara yang mahu bersengkongkol dengan Amerika walaupun atas alasan bantuan kemanusiaan dan latihan.

"Amerika dilihat begitu tedesak dalam isu Afghanistan ini. Dalam keadaan negara-negara seperti Perancis, Kanada, Korea Selatan dan lain-lainnya menarik balik tentera pengaman di Afghanistan setelah mendapat tekanan dari masyarakat dunia yang mengutuk tindakan tersebut, tiba-tiba Perdana Menteri Malaysia telah membuat keputusan yang seolah-olah ingin menarik Malaysia untuk terlibat dalam isu yang dimulai oleh kezaliman dan kerakusan Amerika itu" berkata Idris lagi.

GAMIS berharap Perdana Menteri mempertimbangkan dalam aspek keselamatan wakil yang akan dihantar ke sana memandangkan masyarakat dunia pada hari ini dapat melihat ancaman yang diterima di sana. Jumlah askar negara luar yg maut atas alasan untuk tujuan pembangunan dan latihan adalah tinggi. Hal demikian termasuklah dari Australia seramai 11 orang, Britain 270,Kanada 140,Denmark 31,Belanda 43,Perancis 41,Jerman 43, Itali 22,Romania 12,Spannyol 17,Turki 3,Amerika Syarikat 951 dan ramai lagi yang tidak dinyatakan jumlahnya di sini.Manakala yang cedera dan cacat pula melebihi 5000 orang. Ini merupakan angka yang tinggi dan perlu dimaklumkan kepada umum.

Mengikut kajian oleh Pew Global Attitudes, menyatakan daripada 47 negara, hanya 2 negara yang rakyatnya menyokong peperang di Afghanistan melebihi 50% iaitu Israel 59% dan Kenya 60%. Yang lain semua majoriti rakyatnya tidak menyokong penuh. GAMIS juga yakin rakyat Malaysia juga tidak menyokong sama sekali.

GAMIS turut mengutuk pendirian bersama Perdana Menteri Malaysia serta Presiden Amerika Syarikat di Washington dalam isu pembangunan Nuklear Iran kerana Malaysia seolah-olah dilihat hanya mengangguk atas beberapa pendirian Amerika. Pendirian Amerika dalam isu nuklear ini dilihat tidak adil kerana seolah-olah memejam mata dalam isu yang melibatkan sekutunya termasuklah Israel.Begitu juga keadaannya isu APCO di Malaysia yang sedang hangat diperkatakan kerana bersangkut paut dengan agen Yahudi , perkara ini juga tiada jawapan yang jelas dari Perdana Menteri, pendirian-pendirian Perdana Menteri di Washington seolah-olah menambahkan lagi barah kepada rakyat Malaysia.

Datuk Seri Najib Razak dilaporkan masih berada di Washington untuk menyertai Presiden Barack Obama dan pemimpin dunia lain pada Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN GABUNGAN ISLAM SE-MALAYSIA

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami mohon kepadaMu wahai Tuhan Yang Memilki Keagungan Kerajaan Langit dan Bumi, Engkau hancurkanlah kerajaan Najib Al- Hantuya dengan kehinaan serendah- rendahnya. Betapa hancur leburnya hati anak- anak Palestin di Gaza... jika mereka tahu, yang bersekutukan Zionis itu... adalah saudara mereka jua...

Rabu, 14 April 2010

Sokongan Kepada Zaid Ibrahim!

1 komen pembaca
Semalam dalam pukul 1 pagi, ada seorang anak murid Ustaz Mat Ya(Ketua Pemuda PAS Kedah) beritahu saya sesuatu.

"Ni, ana nak turun ke Hulu Selangor, tak tau lagi pasai dengaq kata Ustaz Mat Ya tak restu kalau Zaid Ibrahim jadi calon"

"Pasaipa?," saya tanya.

"Dulu dia besa kes hudud dulu,"jawabnya.

Betul tak betul cerita ni, wallahua'lam. Saya peduli apa. Ini bukan masalah pokok.

Tapi dulu memang Zaid Ibrahim yang jadi peguam UMNO failkan saman terhadap Kelantan dalam kes undang- undang hudud negeri tersebut.

Itu cerita dulu. Masa dia dalam UMNO.

Ambillah ibrah dari cerita Ikrimah bin Abu Jahal. Penentang yang menjadi Pembela Islam pada akhirnya. Syahid di barisan Yarmouk.

Kita yakin Zaid Ibrahim sudah berubah bila keluar UMNO. Beliau baru sahaja mengerjakan haji dan mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Tuan Guru Nik Aziz.

Sabtu, 3 April 2010

Kenapa Bukan Sebat Syariah?

3 komen pembaca
Hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi di'ringan'kan kepada servis komuniti.

Nampaknya kuasa raja Melayu sekarang telah melampaui agama Islam.

Di Eropah, kita dapat lihat bangunan- bangunan bersejarah masih kekal dan elok dijaga sehingga hari ini.

Institusi beraja di Eropah sudah lama musnah. Mungkin mereka berasakan tidak ada gunanya lagi menyimpan institusi beraja. Lalu mereka menyimpan bahan bersejarah sebagai kenang- kenangan.

Ia adalah satu institusi yang menggambarkan bagaimana kezaliman, pembaziran dan penindasan dihalalkan atas nama kuasa, bahkan lebih buruk atas nama agama.


Sebelum kuasa pemerintahan dipisahkan dari agama oleh kebangkitan golongan reformis sekularis, para penguasa di Eropah memerintah atas nama agama. Gereja dan istana itu disepadukan. Tindakan-tindakan istana dianggap mendapat restu Tuhan kerana gereja sentiasa bersama istana. Inilah keburukan jika agama dijadikan alatan untuk kerakusan kuasa pemerintah.

Akhirnya kekejaman pemerintah dianggap kerestuan agama. Kerakusan dan ketamakan akhirnya dipalitkan kepada agama. Pemikiran bahawa agama berada di bawah kuasa pemerintah atau raja adalah pemikiran yang berasal dari Kristian Eropah.

Dalam Islam, agama mengatasi raja atau sultan atau pemerintah. Pemerintah bertanggungjawab membela agama, bukan mengongkong agama. Hukum-hakam agama tidak terikat di bawah kerestuan atau limpah perkenan pemerintah atau raja. Sebaliknya "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya".

Maka tidak pelik dalam sejarah Islam, para ulama' berkata tegas dan berani di hadapan raja atau sultan atau khalifah tentang sesuatu hukum sekalipun tidak mendapat restu istana. Hanya ulama'-ulama' cari makan sahaja di sepanjang sejarah menjadi alatan atau ‘hamba’ raja atau penguasa.

Ya, mungkin hikmah terjadi peristiwa sebegini adalah pengajaran untuk orang yang berakal waras. Mana satu ulama haq dan mana satu ulama' anjing.

Tetapi, implikasinya lebih besar selepas ini.

Manusia akan mula menghalalkan apa saja yang haram dalam agama atas nama raja, politik dan kekuasaan.

Hukum Allah di Malaysia, bukan semakin dekat kepada pelaksanaan. Malah makin menjauh.

مَا تَعۡبُدُونَ مِن دُونِهِۦۤ إِلَّآ أَسۡمَآءً۬ سَمَّيۡتُمُوهَآ أَنتُمۡ وَءَابَآؤُڪُم مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بِہَا مِن سُلۡطَـٰنٍ‌ۚ إِنِ ٱلۡحُكۡمُ إِلَّا لِلَّهِ‌ۚ أَمَرَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ
"Apa yang kamu sembah selain Dia, hanyalah nama yang kamu ada-adakan, baik oleh kamu sendiri atau nenek moyangmu. Allah tidak memberi suatu keterangan pun tentang hal itu. HAK MEMBUAT HUKUM ITU HANYALAH MILIK ALLAH. Dia memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." [Surah Yusuf,40]

Allah tahu yang terbaik.