Selasa, 31 Ogos 2010

Kafir HARAM Masuk Masjid!

0 komen pembaca

Org bukan Islam masuk masjid/surau SALAH....Orang Islam tak mau masuk Masjid/Surau...TAK SALAH!

Jumaat, 27 Ogos 2010

RAYUAN DERMA Ramadan untuk Famili Tahanan ISA

0 komen pembaca


Previously on : Pembebasan Abang Sudin dari Kem Kamunting

Semalam Bro DAP Melayu KL telah menulis kt wall den utk bagi sumbangan sama ado dlm bentuk sedekah atau zakat kpd salah seorang mangsa ISA yg dikonokan tahanan terhad dalam rumah. Den cek-cek, ado laie 20 tahanan ISA yg sedang dikurung bersamo-samo dgn Abg Sudin di kem Kamunting. Tapi tahanan yg paling lamo dah tontu la Abg Sudin (8 tahun). Yang lain-lain tu belum sampai 2 tahun (kalau salah tolong betulkan den).

1] Sumbang terus pada GMI

Jadi, den ingat baik terus sumbang kpd NGO GMI (Gerakan Mansuhkan ISA). Diorg pun dah pakar nak agih-agihkan duit pado famili tahanan ISA. Bendahari GMI yg dalam banner yg den cilok dari internet tu, den tag kan sekali dlm thread ni. Kalau ado apo-apo persoalan, korang terus ke facebook Nashita Md Noor. Jgn risau, dio lah org pertamo yg den tag dalam gambar ni. Korang nak sumbang Gold Dinar Nubex, Gold Dinar Kelantan, tanah, kereta, stall burger, beras, lori 2 tan dan lain-lain selain dari duit kertas RM boleh terus tanyo kt fb Puan Nashita Md Noor. Jgn tanyo den. Kalau den, barang-barang tu takkan sampai kt famili tahanan ISA, sampai kt rumah den dulu. Ha Ha Ha. Kalau bagi duit, terus bank in kan ke akaun Maybank macam dalam banner (gambar) kt atas. Kalau pemaleh copy paste nombor ni : Maybank 162209939776 atas namo Puan Nashita Md Noor.

2] Antara kelemahan ISA

Seperti yg diberitahu, nak sumbang/sedekah/zakat kalau boleh biarlah sebelum raya. Faham-faham la, kebanyakkan famili ni susah dan diorg pun teringin nak berhari raya mcm kita. Diorg menjadi susah bilo penyara utamo famili tu ditahan dan dikurung dalam kem Kamunting. So, hilang lah mata pencarian famili tu. Ini lah di antara kelemahan ketara ISA. Kalau seseorang itu pencuri atau pembunuh, dihadapkan ke mahkamah, lalu bukti mengatakan dia bersalah lalu dijatuhkan hukuman penjara atau gantung sampai mati, so kita tak heran. Ape nak jadi dgn famili dia tu dia punyo pasal. Sapo suruh jadi jahat.

Tapi bilo org tu kono ISA, ia tidak dibicarakan dalam mahkamah. Pihak kerajaan takdo bukti pun nak sabitkan dio bersalah atau tidak. Famili pun tak tahu apo salah dio. Yang kono tahan pun tak tahu apo salah dio. Tahu-tahu je kono tahan dalam Kamunting. Sudah lah dikurung tanpo bukti nak sabitkan dio bersalah, kos sara hidup famili org yg kono ISA tidak ditanggung oleh kerajaan. Kalau korang cakap kerajaan adil dlm bab ni, den tak tahu la apo bahaso yg sesuai utk korang.

Dan lebih menyeksakan, orang yg kono ISA tidak tahu berapo lamo dio akan ditahan. Famili dio lagi la tak tahu. Untung lagi kalau dio jadi pencuri. Kalau dipenjarakan paling bangsat pun 5 tahun. Mcm Abg Sudin dah kono 8 tahun dan 1Malaysia tak tahu bilo dio akan dibebaskan. Tapi den ingat yg paling untung kalau korang makan rasuah. Tak kono jel bai. Paling koman boleh jadi Yb. Kalau pandai menipu rakyat, boleh jadi Menteri. Itu lah kelebihan korang kalau jadi rakyat Malaysia. Selamat Hari Merdeka yg ke-53! Jgn lupo kibarkan Jalur Gemilang anda :-)

3] Harta yg tak ternilai

Jikalau tuan-tuan sumbangkan RM 1 juta sekali pun pd famili tahanan ISA, ia masih tidak samo dgn kehilangan kasih sayang seorang anak kpd ayahnya. Den teringat satu kisah yg den baco dari satu buku. Buku apo den dah lupo tajuk. Ado seorang budiman telah ke pasar. Kat pasar tu dio nampak seekor ibu kucing bersamo-samo dgn 2 ekor anaknya. Ibu kucing dan anak2nya tu kurus kering.

Jadi org budiman tadi amik seekor anak kucing tadi utk dipelihara kt rumah. Ikut logic akalnya, kalau dio bela seekor, maka ibu kucing tadi sonang nak bela lagi seekor anaknya. Maka anak kucing tadi dibela dgn semahunya oleh orang budiman tadi. Di bagi makan dgn secukupnya. Sampai gemuk anak kucing tadi. Tapi tak lamo kemudian anak kucing tadi mati. Org budiman tadi terkejut. Lalu bodah post mortem dibuek. Doktor pakar dipanggil. Selesai post mortem, doktor mengesahkan yg anak kucing tadi mati bukan disebabkan oleh obesiti. Terpinga-pinga org budiman tadi. Wadehel?!

Satu hari, org budiman tadi kembali semula ke pasar. Dio terkejut bilo seekor ibu kucing mencakar kakinya. Oh, ini ibu kucing yg aku ambil anaknya aritu. Getus hatinya. Anak kucing yg lagi seekor juga mencakar kakinya. Insiden tersebut membuekkan org budiman tadi terfikir sesuatu. Oh rupanya anak kucing yg aku bela tadi mati krn tiada kasih sayang. Aku lah yg bersalah krn memisahkan mereka. Ibu dan anak kucing itu totap kurus sepertimano yg org budiman itu temui dahulu. Walaupun kurus, mereka kekal hidup. Moral of the story, kalau binatang pun mati disebabkan hilang kasih sayang dgn ibubapa mereka, apotah lagi dgn manusia. ISA ZALIM kerana MEMISAHKAN kasih sayang seorang anak dengan bapanya!

4] Sapa lu

Dalam thread yg lalu, ado mangkuk yg berhujah mempertahankan ISA. Berhujah la macam mano pun, ekau totap salah. Ini hujah den. Hari akhirat nanti, Allah S.W.T boleh je humban den dan korang semuo dalam nerako. Tapi dgn rahmat Allah, kito semuo dibicarakan di mahkamah Padang Mahsyar nanti. Di mahkamah itu Allah akan select sapo ahli nerako dan sapo ahli syurga. Kalau tuhan pun masih nak bagi maso utk membicarakan hambanya, jadi sapo kito nak halang pembicaraan yg adil bagi seorang warganegara Malaysia yg bebas merdeka. Takkan kerajaan Malaysia lagi hebat dari Allah S.W.T kot?

Untuk rayuan pembebasan Abg Sudin (tahanan ISA paling lamo, 8 tahun), tuan-tuan boleh klik link ni : Pembebasan Abang Sudin dari Kem Kamunting

* Sahabat-sahabat boleh kongsikan gambar/thread ini dengan klik ‘share’ di tepi kanan skrin anda. Dalam kotak share itu nanti anda boleh tag seramai 50-60 orang rakan-rakan anda yang lain. Jangan lupa letak tanda ‘@’ sebelum taip nama rakan anda. Sharing is caring. Janganlah sogan share amal kebajikan ni. Dio punyo pahalo berlipat kali gando. Nak-nak bulan poso ni :-)

Link thread ni: RAYUAN DERMA Ramadan untuk Famili Tahanan ISA


Sumber: Muhammad Ali bin Abu Bakar, kawan facebook den. Tanpa edit.

Rabu, 25 Ogos 2010

Hudud: Antara Fikrah UMNO dan DAP

3 komen pembaca

Orang Islam boleh laksana hudud: Seng Giaw

DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud kerana ia adalah perkara yang tidak disenangi oleh orang bukan Islam dan Barisan Nasional (BN) diminta tidak mengeruhkan perhubungan DAP dan Pas berhubung perkara ini.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, orang Islam boleh menggunakan dan melaksanakan hukuman ini, manakala orang bukan Islam mempraktikkan hukuman yang ditetapkan kepada mereka mengikut undang-undang yang dipersetujui bersama.

“Orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hukuman berkenaan hanya dijatuhkan kepada pesalah yang beragama Islam setelah melakukan penyiasatan dengan teliti.

“Hukum hudud adalah isu yang sangat sensitif dan memerlukan perbincangan yang teliti oleh semua pihak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, dalam beberapa dekad ini, hukum hudud disarankan oleh sebahagian individu yang terdapat di dalam parti BN.

Seng Giew berkata, dahulu BN menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan DAP dan Pas. Dan sekarang keadaan kedua-dua parti semakin tenang, kami sudah berjaya mengatasinya.

“Dalam Pakatan Rakyat (PR) isu-isu sensitif dan menyentuh agama dielakkan, umum mengetahui bahawa PR terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan hukum hudud bagi menggantikan undang-undang sivil adalah cara terbaik untuk menangani masalah jenayah dan sosial yang semakin berleluasa. -SH

Komen:

Ya, kenyataan seperti ini yang kita harapakan sebenarnya untuk mengurangkan political damages kepada Pakatan Rakyat. 

Untuk menegakkan Sistem Islam melalui UMNO, kita berhadapan dengan kematian, undang- undang rimba, penderitaan, segala agensi bagi menegakkan Sistem Islam. Dari Memali, Samad Gul, Padang Terap, Operasi Lalang, ISA, Al-Maunah, FRU, akta A to Z, fitnah, adu-domba perkauman dan sebagainya..Melalui PKR dan DAP, kita berhadapan dengan hujah dan laluan liku- liku demokrasi bagi mendapatkan Sistem Islam. Fikirkan.


Cara yang paling baik pada masa ini, pimpinan PR mengadakan dialog tertutup dengan pemimpin- pemimpin PR yang vokal menentang hudud seperi Karpal Singh.

Tak hairan kerana beliau bercakap atas kapasiti sebagai pengamal undang- undang yang dirujuk terus kepada perlembagaan. Menurut Karpal Hudud tidak boleh diperkenalkan di negara ini kerana Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud.

Tak hairan juga, kerana selama ini bukan sekadar bukan Muslim sahaja dikelirukan dengan hudud apabila ungkapan seperti "perlaksanaan hudud akan menyebabkan ramai yang tidak ada tangan", "kalau nak makan sup tangan, sila hadir di Kelantan" dan banyak lagi bahkan Muslim juga turut keliru apabila kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin UMNO yang beragama Islam.


Kalau yang bersuara itu adalah mereka yang tidak beragama Islam, maka itu agak kurang memberi kesan kepada rakyat dalam menolak hukum Islam tersebut. Tetapi, jika hukum Allah SWT itu dipersendakan oleh pemimpin-pemimpin negara yang beragama islam, sudah pasti ia melahirkan seribu satu kekeliruaan. Sama ada yang keliru itu adalah orang Muslim, malahan terlebih terkeliru itu adalah non Muslim.

Tetapi, UMNO, UMNO, dan UMNO yang mengaku beragama Islam itu. UMNO yang memegang kuasa pemerintahan itu, menentang hudud, itu yang kita pelik. Mereka menentang atas dasar apa? Kerana mereka itu pemipin yang korup, menelan duit rakyat dan rasuah!(mereka takut akan dipotong tangan)

Kepada Nik Nazmi, rakyat nasihatkan anda bertaubat kerana kata- kata anda- "mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai" seolah-olah merendahkan usaha perjuangan Islam yang diarahkan oleh Allah dan RasulNya. Ini adalah kenyataan yang jahil.

Mengikut kitab-kitab dari ulama' haraki seperti Said Hawa, Syed Qutb dan Abul A'la Maududi menjelaskan perkataan-perkataan yang meragukan hukum Islam boleh membawa kepada murtad.

Setentunya kesalahannya itu lebih besar lagi. Hampirkan diri dengan ulama' dan al- Quran, jangan melulu wahai Nik Nazmi.


Selamat beribadah, Allah tahu yang terbaik.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Diari Ramadhan | 10 Ramadhan 1431

0 komen pembaca
Dalam sebuah anekdot yang ditulis oleh ulama' terkenal, Ibnu al- Jauzi ada sebuah kisah menarik untuk direnungkan.

Sebelum itu, mari kita kenal sedikit siapa Ibnul Jauzi. Ibnul Jauzi adalah seorang ulama' besar yang bermazhab Maliki. Kepakaran beliau adalah dalam bidang Fiqh dan Sirah.

Diriwayatkan dalam anekdot beliau, ada seorang Badwi telah kehilangan keldainya. Badwi tersebut merasa sangat susah hati lalu beliau bernazar kepada Allah,

"Ya Allah, kalau Engkau menemukan aku dengan keldai aku, maka aku akan berpuasa tujuh hari."

Dengan izin Allah, Badwi tersebut menemukan keldainya semula... Demi menunaikan nazarnya kepada Allah, maka dia pun berpuasa selama tujuh hari.

Habis tempoh tujuh hari Badwi itu berpuasa, ditakdirkan Allah keldai tersebut menemui ajalnya. Lalu Badwi itu berkata,

"Aku akan berpuasa Ramadan pada tahun depan kurang tujuh hari dari sepatutnya kerana aku telah berpuasa sebelum ini."

Maknanya kalau puasa Ramadan selama 30 hari, Badwi tersebut hanya akan berpuasa 23 hari. :P

Itu sebuah kisah mengenai badwi dan puasanya.

Adapun kita, sudah tentulah taraf akal kita lebih baik dari badwi tersebut. Bulan Ramadan yang menjanjikan banyak fadhilat dan keutamaan kalau kita beramal, jangan disiakan.

Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dalam sunannya, sesungguhnya Nabi SAW bersabda:

"Ada empat perkara yang perlu direbut oleh seorang Muslim pada bulan Ramadan, dua perkara tersebut disukai oleh Allah iaitu kita mengucapkan La Ilaha Illa Allah dan memohon keampunan sebanyak- banyaknya."

Mohonlah keampunan sebanyak- banyaknya.  Kita diajar dengan sayyidul istighfar. Mohonlah, mohonlah. Inilah peluang yang Allah beri kepada kita

Dua perkara lagi adalah manusia sangat berhajat kepadanya, " Dimasukkan ke dalam syurga Allah dan dijauhkan dari api neraka."

Sabtu, 14 Ogos 2010

Alhamdulillah...- Senarai Pelajar Baru Universiti Islam Madinah Sesi 2010/2011.

12 komen pembaca
Den dapat senarai ni dari blog Ustaz Abu Umair. Mulanya Ustaz kesayangan den dok raso namo den silap eja. Ustaz den pun telefon la mama den untuk pastikan nama sebenar den betul ke tak. Den ingat den tak dapat la kot. Lepas tu, Ustaz Fathul Bari telefon ke Arab Saudi nun nak pastikan nama den ada ke tak.

"Tahniah anak makcik diterima,"

Rupa- rupanya pihak Universiti Islam Madinah silap taip nama den dalam website. Diorang tertinggal nama den paling penting; Muiz.

Den akan buat istikharah lagi. Dan hasil istikharah den setakat ni adalah den wajib pergi kalau nak mengelak dari riba PTPTN. Walaupun kerajaan kata akan halalkan pinjaman bagi student yang cemerlang, tapi den tak pasti lagi boleh cemerlang ke tak nanti dalam exam.

Kalau ke sana kerajaan Arab Saudi akan bagi biasiswa penuh. Den tak payah fikir untuk bayar 'faedah atas faedah' lagi.


Apapun, den masih tunggu surat tawaran dari sana untuk mengesahkan tarikh den bertolak ke sana. Doakan untuk den supaya surat cepat sampai. Penantian itu penyeksaan.

Berikut adalah senarai nama pelajar-pelajar yang terpilih untuk mendaftarkan diri ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi untuk sessi pengajian 1431/1432 bersamaan 2010/2011 telah pun keluar. Mohon kepada semua pelajar yang terpilih untuk menghubungi urusetia bagi urusan visa, tiket lain-lain. Urusetia yang boleh dihubungi ialah:

1- Mohd Firdaus: 0136358009
2- Hanif: 0162153045
3- Abd Rahman: 0132129051

Berikut adalah nama pelajar yang terpilih:

1-AHMAD AL-HAZZIQ IZZDDIN AZIZUL
أحمد الحاذق عز الدين عزيزول

2-AHMAD ZAIDUL KHAIR
أحمد زيد الخير بن ذو الكفل

3-’AHMAD SAKIR MOHAMED NASIR HARUN
أحمد شاكر محمد ناصر هارون

4-AHMAD FARIS ZAWAWI
أحمد فارس بن زواوي

5-Aiman bin Muhammad Syafei
أيمن بن محمد شافعي

6-AHMAD FATHI ADIL BIN MUHAMAD SUKRI
احمد فتحي عادل بن محمد شكري

7-Akmal mohamed bakri
اكمل محمد بكري

8-TAJUL FAIZ BIN MOHD SALLEH
تاج الفائز بن محمد صالح

9-KHALILULLAH AMIN BIN AHMAD
خليل الله أمين بن أحمد

10-ZULHELMIE BIN SAPIUDDIN
ذو الحلمي بن صفي الدين

11-SUFFIYAN B. SULAIMAN
سفيان بن سليمان

12-SALMAN B. SALAMAT
سلمان بن سلامة

13-ABD RAHMAN BIN RAHUNI
عبد الرحمن بن راهوني

14-ABDUL MUHAIMIN BIN MUSTAFA
عبد المهيمن بن مصطفى

15-Abdul Hadi bin Abu Bakar
عبد الهادي بن أبو بكر

16-ABDUL RAHIM JORET MENJEK
عبدالرحيم جوريت

17-AKILMUSYADAD BIN HILMAN
عقيل مشدد بن حلمان

18-MOHAMAD AZHAR BIN MOHAMAD NOOR
محمد أزهار بن محمد نور

19-Muhammad asyraf azharudin
محمد أشرف أنصر الدين

20-MUHAMMED ASYRAF MUHAMMED RUSLAN
محمد أشرف محمد روسلان


21-AZFAR BIN SUHAIMI
محمد أظفر بن سحيمي

22-MUHAMMED AKMAL ZAKARIA OTHMAN
محمد أكمل زكريا عثمان

23-Mohd Amiruddin bin Ibrahim
محمد أمير الدين بن إبراهيم

24-MOHAMMED ANAS MOHAMMED NAIM
محمد انس محمد نعيم

25-MUHAMMAD ABD RAZAK
محمد بن عبد الرزاق

26-MUHAMMAD HAZIM BIN HAMZAH
محمد حازم بن حمزة

27-MOHAMAD HAFIZ BIN DAPREN
محمد حافظ بن دارفين

28-Muhammad HAFIZIN JAMIL BIN MADRUS
محمد حافظين جميل بن مدروس

29-MUHAMMAD KHAIRUL AMRI
محمد خير الأمري بن حمزة

30-MOHD KHAIRUL IZZUDDIN BIN ABD RAFAR
محمد خير عز الدين بن عبد الغفار

31-MUHAMMAD ZULFIQRY B ZAKARIA
محمد ذو الفكر بن زكريا

32-Mohammad zubair bin mustapha
محمد زبير بن مصطفى

33-MOHAMMAD SYAFIQ BIN ISMAIL
محمد شافيق بن إسماعيل

34-MUHAMMAD SHAFIQ BIN ABDUL RASHID
محمد شافيق بن عبد الرشيد

35-MOHD SYAKIR BIN MD ALI
محمد شاكر بن مد علي

36-MUHAMAD SAUFI
محمد صوفي

37-MUHAMMAD ‘UMAIR
محمد عمير بن أحمد سحيمي

38-MOHAMED FARHAN MOHAMED NASIR BUYONG
محمد فرحان محمد ناصر بويوع

39-MUHAMMAD FARID BIN JAUHARI
محمد فريد بن جوهري

40-MOHD FARID BIN ONN
محمد فريد بن عون

41-MUHAMMAD FARID AFIFI ABDULLAH
محمد فريد عفيفي عبدالله

42-MUHAMMAD FITRI S/O ABDULLAH
محمد فطري بن عبد الله

43-MUHAMMAD MU’ADZ MD. SIDIN
محمد معاذ بن محمد سيدين

44-Muhammad Nabil bin Saupi
محمد نبيل بن صوفي

45-MUHAMMAD NORAIZUDDIN BIN NORDIN
محمد نور عزالدين بن نورالدين

46-MUHAMMAD FASHAN BIN AHMAD ZAIDI
محمد فصحان بن أحمد زيادي

47-MUSTHAFA MUADZ BIN MOHAMMAD MASRUH
مصطفى معاذ بن محمد مسروح

48-Muliyond bin Mussin
موليونو بن موسن

49-NABIL FIKRI MD RIDZWAN
نبيل فكري بن مد رضوان

50-NUR MOHD AZMI BIN ZAINAL ABIDIN
نور محمد عزمي بن زين العابدين

51-NIK IKRAMI BIN HAJI OMAR
نيك إكرامي حاج عمر نيك سعد

52-WAN HAFIZUDDIN BIN WAN YUSSOF
وان حفظ الدين بن وان يوسف

53-Wan Sufiyan bin Wan Sayed
وان سفيان بن وان سيد

54-WAN MUHAMAD NAZMI AIMAN BIN WAN NAPI
وان محمد نظمي أيمن بن وان نافي

55-YAZID BIN ISA
يزيد بن عيسى

Tahniah kepada semua pelajar yang terpilih. Semoga kalian dapat menggunakan peluang yang diberikan Allah untuk menimba ilmu syariat di bumi turunnya wahyu Allah Taala.

Rabu, 11 Ogos 2010

ESQ Sesat!

0 komen pembaca
ESQ satu ‘ideologi’ bukan ‘metodologi’Aizam Mas’od

Ketika menyampaikan kuliah Maghrib malam tadi (6 Ogos 2010, di Wilayah Persekutuan), kebetulan penulis sampai kepada bab berkenaan “Asma dan Sifat Allah SWT”, penulis mengambil kesempatan menjelaskan tentang penyelewengan ESQ dalam mentafsirkan nama-nama Allah SWT yang Maha Baik. Perkara ini bertepatan dengan ayat 74 di dalam surah al-Nahl. Bermaksud: “Maka janganlah kamu menjadikan perumpamaan-perumpamaan bagi Allah”.

Ayat ini menjadi hujjah kepada aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah seperti yang terkandung di dalam Sifat 20 yang mengajarkan kepada kita bahawa Allah SWT itu bersifat “al-mukhalafah lil hawadith” iaitu “bersalahan daripada segala yang baharu”.

Tetapi ESQ mengajar sebaliknya apabila cuba mengiyaskan semua sifat-sifat makhluk dengan nama-nama Allah. Kesannya, ada di kalangan alumni ESQ yang memahami bahawa gunung itu tinggi kerana Allah itu Maha Tinggi, alam itu luas kerana Allah itu Maha Luas, bunga itu cantik kerana Allah itu Maha Cantik dan pelbagai lagi.

Ini adalah hasil daripada ajaran ESQ yang mengatakan bahawa “seluruh alam mewakili sifat Allah”. Lihatlah betapa dangkalnya ajaran ini kerana ia tidak berpijak kepada kaedah mantiq yang betul, bagaimana mungkin gunung dan alam yang mempunyai isi padu, had dan mengambil ruang boleh dikatakan menyamai sifat Allah SWT yang qadim?

Malah gunung dan alam itu akan hancur apabila tiba masanya manakala bunga pula akan layu. Ini menunjukkan bahawa sifat alam ini “hadith” (baharu) dan tidak kekal (fana”) sedangkan Allah SWT itu bersifat baqa” (kekal) dan tidak binasa. Juga menjadi persoalan, bagaimana pula dengan makhluq-makhluq seperti iblis, syaitan, haiwan liar, segala jenis penyakit yang kesemuanya adalah perkara-perkara buruk (pada zahirnya)... adakah ia juga mewakili sifat-sifat Allah yang Maha Baik itu?

Apakah bentuk akidah yang diajarkan oleh ESQ ini sebenarnya?

ESQ juga mengajarkan bahawa manusia itu mewakili sifat-sifat Allah SWT hasil daripada suara hati yang sedia wujud di dalam fungsi ketiga otak manusia yang dinamakan God Spot. Suara hati ini menurut ESQ adalah fitrah yang telah ditiupkan dengan 99 nama Allah SWT ketika Allah SWT meniupkan roh-Nya ke dalam diri manusia.

Menurut ESQ suara hati ini universal dan terdapat pada seluruh manusia tanpa mengira agama mahupun kepercayaan termasuk atheis sekalipun. Oleh kerana itu, ESQ mengatakan manusia itu berkasih sayang kerana sifat Allah itu yang Maha Pengasih, manusia itu adil kerana Allah itu Maha Adil, manusia itu berwawasan kerana nama Allah itu al-Aakhir dan pelbagai lagi. Bermaksud kesemua sifat manusia yang benar-benar mengikuti suara hatinya yang fitrah itu adalah merujuk kepada 99 nama Allah SWT yang sedia wujud di dalam God Spot tersebut.

Akibatnya kesemua nama-nama Allah SWT termasuk yang mempunyai makna-makna khusus bagi-Nya seperti al-Jabbar, al-Mutakabbir, al-Khaliq, al-Muhyi, al-Mumit diterjemahkan sesuai dengan sifat-sifat manusia. Alasannya kerana manusia itu mewakili sifat-sifat Allah SWT.

Kaedah ESQ ini juga amat jelas menyalahi kaedah mantik yang betul, jika benarlah manusia yang mengikuti suara hati itu dikatakan mengikuti fitrah sifat-sifat Allah SWT, bagaimana pula dengan sifat-sifat manusia seperti makan dan minum, berkahwin, tidur, bernafsu dan lain-lain.

Adakah sifat-sifat ini juga mewakili sifat-sifat Allah SWT kerana ia juga fitrah yang sedia wujud dalam diri manusia? Ia bukan hasil daripada emosi atau fikiran. Malah kaedah literal ESQ yang mengatakan kerana manusia itu berasal daripada Allah SWT maka sifat manusia itu menyamai sifat Allah SWT adalah dangkal kerana ia menyalahi nas dan akal yang sejahtera.

ESQ sebenarnya terperangkap dengan jerangkap “spiritual quotient” yang digagaskan oleh Danah Zohar dan Ian Marshall. Ia didokong oleh hipotesis yang dibuat oleh VS Ramachandran kononnya terdapat fungsi “pencarian Tuhan” di dalam otak manusia.

Padahal al-Quran sendiri telah mengatakan bahawa “otak manusia yang sejahtera” jika berfikir secara rasional sememangnya akan menemui siapakah penciptanya.

Oleh itu, di dalam al-Quran manusia disuruh berfikir dan bertafakur tanpa perlu menunggu penemuan Barat ini. Hakikatnya, teori ESQ lahir dalam keadaan “worldview” Barat yang tidak percayakan Tuhan dan berselirat dengan falsafah materialisme.

Epistemologinya juga jelas hanya berasaskan kepada falsafah Barat dan hipotesis sains. Logiknya bagaimana mungkin ia boleh menjadi tafsiran kepada Islam?

Penulis tidak fikir ESQ akan berjaya diislamkan. Ini kerana ia adalah satu “ideologi” bukan “metodologi”. Ia sama dengan usaha sesetengah orang yang cuba untuk mengislamkan sekularisme, liberalisme, kapitalisme, komunisme dan lain-lain.

Jika ada juga yang cuba untuk mengislamkannya maka akan lahirlah Muslim sekular, Muslim liberal, Muslim kapitalis dan lain-lain. Islam adalah Islam.

Epistemologinya adalah bersumberkan wahyu bukan akal, falsafah atau dapatan sains. Hal ini berlaku kepada Ary Ginanjar. Dia tidak pernah berjaya mengislamkan ESQ, sebaliknya Islam pula yang terpaksa disesuaikan dengan ESQ.

Sebagai contoh, kita tidak pernah mendengar bahawa ihsan itu God Spot atau suara hati atau 99 nama Allah atau tiupan roh Allah. Apa yang kita tahu “ihsan” itu adalah satu martabat tertinggi dalam beribadah. Sama ada seseorang itu mencapai maqam musyahadah atau muraqabah. Syarat ibadah tentulah seseorang itu beriman dan menganut Islam. Ia adalah maqam yang amat eksklusif dan bukan inklusif.

Tetapi ESQ telah membaratkan pengertian “ihsan” dengan mendakwa ia adalah “spiritual quotient” yang berlaku kepada semua manusia tanpa mengira apa jua anutan agama.


Ia dianggap sesuatu yang universal dan inklusif hatta kepada mereka yang tidak beragama. Apa yang berbeza hanyalah pada metodologi bagaimana untuk mereka mencapai “spiritual quotient” itu.

Ia mungkin dicapai dengan solat, yoga, meditasi, pertapaan atau mendengar muzik kerana ia adalah sesuatu yang “built-in” dalam diri manusia dan tidak terikat kepada ritual keagamaan untuk memperolehinya.

Sebab itulah, Ary telah menyenaraikan peneraju syarikat-syarikat besar seperti Walt-Disney, Starbucks, Body Shop, Visa International, Nokia, Matsushita dan lain-lain sebagai tokoh-tokoh sufi korporat yang telah berjaya mencapai “spiritual quotient” sehingga menepati nama-nama Allah SWT yang telah menjadi fitrah dalam diri mereka.

Jenis sufi dan tasawwuf apakah yang diajar oleh Ary Ginanjar ini?

Terus terang penulis katakan, ESQ adalah satu trend halus untuk menerapkan faham “perennial philosophy” ke dalam penganut agama seluruh dunia. Faham ini masuk dengan pelbagai kaedah seperti melalui “Global Theology”, “Global Ethic” dan lain-lain.

Kesemua faham ini pada zahirnya cuba mencari persamaan nilai yang universal antara semua manusia. Asas kepada ideologi ini adalah manusia bersatu pada titik spiritualnya yang disebut sebagai “metaphysical unity” atau kesatuan metafizik (esoteric). Inilah sebenarnya inti pluralisme agama.

Amat silap jika sesetengah pihak beranggapan bahawa pluralisme agama itu hanyalah apabila seseorang mengatakan “agama itu semuanya sama”.


Malah sememangnya “perennial philosophy” itu mengiktiraf agama-agama itu berbeza tetapi hanya pada “level” eksoteriknya (zahirnya) tetapi kesemuanya menuju atau bertawaf kepada paksi yang sama pada level “eksoteriknya” (batinnya). Lebih daripada itu, “perennial philosophy” juga tidak pernah menyekat penganut mana-mana agama mengamalkan agamanya, apa yang penting penganut agama-agama itu menerima bahawa mereka semua bertemu akhirnya pada titik yang sama. Itulah “spiritual quotient” yang dimaksudkan.

Kesimpulannya, inilah rupa paras ESQ yang sebenar... lihatlah worldview kelahirannya dan epistemologi yang mencetuskannya... anda akan kenal apa ESQ yang sebenar!