Sabtu, 29 Disember 2007

Alhamdulillah

3 komen pembaca
Hari ini merupakan hari yg paling indah dlm hidupku... mangkit pagi dengan segar bugarnya terus capai towel dan pi mandi. aku pun tak tau la perasaan aq masa ni. ketaq? gementaq? resah? ntahlah...
tak rasa apa2 pun. tapi semalam bila tw Hannan (sepupu aq) dah tw keputusan sehari sebelum result diumumkan. rasa len macam je bila dengaq dia dapat 9A.

walaubgaimanapun, aku bulatkan tekad utk ke sekolah. mama menemaniku.

sesampainya aku di sekolah, masih awal lagi. ada 15 minit lagi yg tinggal. tik, tik, tik. (bunyi jam) akhirnya detik yang ditunggu telah tiba. aku pun pi la dekat meja yg menempatkn cikgu kelas aq, Puan Nor Rull Ain.
cikgu pun tak cakap banyak, terus menyerahkan keputusan kpdku. aku terkedu seketika...

"muiz, tulis nama kat sini,"aku masih lagi terkedu.

"muiz, tulis nama kat sini," cikgu mengulangi perkataannya itu.

aku pun dgn tangan yg terketaq-ketaq pun tulis la kat atas kertas tu. tulisan dah jadi senget. lama tak menulis ataupun terkejut dengan result?

duduk balik kat kerusi. masih terkejut. kenapa? result terukkkk!!!! 8A 1B.

frust...

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."-
(Al-Imran : 139)

dok tengok lagi kertas result tu. sama. B masih lag di situ. tw apa? Bahasa Arabbbb!!! unexpected! aku dok ingat Arab takdak hal pasal boleh jawab. tapi...

lepas jumpa kawan2 sat, tanya la result depa mcmana. ok ke k.o. ada sorang sahabat ni tanya aq, "muih, dpt berapa?" aq pun jawab la. "laa, bukan hang ke ajaq aku arab?" dia meneruskan celotehnya dgn muka yg gembira pasal dpt 9A. walaupun kata2 yg diucapkannya kedengaran ikhlas, tp bagai ada satu sindiran tajam menusuk ke telingaku. memang aku yg dok ajaq dy kalo dy tak tau.


blah terus. tak sanggup nk tunggu lagi.

sampai rumah. dok pk lagi pasal result. apa hikmahnya aku dpt mcm ni. mmg aku selama ni lalai. Tuhan bagi nikmat 5A dlm UPSR, tapi aku lalai. Tuhan bagi nikmat aku masuk SBP, tapi aku lalai. Tuhan bagi cikgu yg sporting, aku lalai. Tuhan bagi nikmat kawan2 yg memahami aku lalai. Tuhan bagi nikmat kesenangan hidup, aku lalai! Nak sebut nikmat ALLAH mmg byk, tak terkira.

"Dan sekiranya kamu bersyukur, nescaya kami tambahkan nikmat atas kamu, dan jika kamu kufur nikmat ALLAH sesungguhnya azab ALLAH amatlah pedih"
(Ibrahim:8)

aku berazam nk tebus balik kegagalan aku dalam SPM subjek Bahasa Arab Tinggi. maka dengan itu, rasmilah salah satunya azam tahun baru aku. Insha ALLAH!

jiwamelayu : SEJARAH TAK BOLEH DIUBAH, MASA DEPAN DAPAT DIBENTUK

Isnin, 24 Disember 2007

Sebuah SELOKA Bertajuk: KITA & AURAT (II)

0 komen pembaca
Seloka pertama sudah dibaca,
Eloklah diamal pemberat neraca,
Lihatlah diri di dalam kaca,
Otak tak usah memikir cerca.

Kita mengamal bukan menunjuk,
Allah beri Hidayah pertunjuk,
Kalau diejek janganlah merajuk,
Ilmuan muktabar tempat merujuk.

Timbanglah fakta nilailah Iman,
Adakah nafsu tak makan saman?,
Degilnya diri pentingkan nyaman,
Agama menyaran kehidupan aman.

Nasihat diberi cukup diplomasi,
Aurat jangan dianggap basi,
Ulamak dahpun beri motivasi,
Rebutlah peluang mengamalkan visi.

Aurat disentuh perlu insafi,
Tak usah amalkan nafsu nafsi,
Demi kehidupan penuh sensasi,
Anggaplah nasihat sepinggan nasi.

Namun begitu tolonglah sabar,
Kalau mengamal Iman berkobar,
Ingatlah kawan telah mencabar,
Tabahkan hati hilangkan debar.

Agama kita agama suci,
Dalam dan luar kita dicuci,
Allah dan Rasul telah perinci,
Nak ingkari nanti dibenci.

Aurat dijaga kebaikan kita,
Untuk mengelak segala derita,
Renunglah selalu akan cerita,
Allah "Israkkan" Nabi kita.

Telah disebutkan dalam sirahNya,
Dalam perjalanan Israk baginda,
Allah perlihatkan contoh derita,
Namun manusia degil hatinya.
Kita berdegil apakah sebabnya?

Iman kita lemah powernya,
Tetapi nafsu kita hyper kuasanya,
Akibatnya kita yang terinaya.

Dicheck Iman,
kurus keremping,
Akhirnya kita duduk menyamping,
Nafsu kita ramping dan langsing,
Awas di akhirat!
Tidakkah runsing?.

Ulamak dah tegur tak ambil pusing,
Rasakan umur fajar menyingsing,
Akan tetapi senja dah bising,
Tafakkurlah sebentar di tepi dinding.

Malanglah nasib orang bertangguh,
Amalkan Islam tidak bersungguh,
Alim Ulamak dah pukul tabuh,
Fikirkanlah aurat sepanjang tubuh.

Sekian terima(lah) kasih,

Sabtu, 22 Disember 2007

Sebuah Seloka: Kita dan Aurat(1)

0 komen pembaca
Sebuah Seloka: Bertajuk : "KITA DAN AURAT(I)
"Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skaf,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
C u m a saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

Sekian Terima(lah) Kasih,

Memahami Al Quran secara berkomputer (bhg. 2)

0 komen pembaca
Semakin kita berfikir mengikut logik, semakin mudah sesuatu perkara. Sebenarnya apa-apa perkara pun yang kita nampak susah, tetapi bila kita berfikir secara logik, kita akan memudahkannya. Yang menjadikan ia susah, jika kita jenis suka putar belit sesuatu perkara.

Umpamanya jika Maha Agung itu berlogik "1", dan selain Dia (makhluk) berlogik "0", kalau ikut hukum logik 1 > 0. Mudah bukan? Tetapi jika kita berfikir secara putar-belit, dengan menganggap tidak mustahil 1=0 atau 0 > 1, maka jadilah kita termasuk golongan yang engkar hukum logik.

Bagi golongan yang engkar, mereka tidak percaya akan dimasukkan ke neraka sebab mereka sudah berpegang pada anggapan 0 = 1. Atau dengan kata lain, jika engkar (kafir) pun mereka berharap masuk syurga. Tetapi jika kita ikut hukum logik, mana sama 0 = 1. Oleh itu, menjadi khayalan semata-matalah bagi orang yang engkar hukum logik untuk masuk syurga.

Bila jika kita berfikir mengikut logik, kita telah menurut perintah Allah supaya menggunakan logik akal. Kerana itu, berfikir ikut logik, nilai logiknya adalah 1. Allah juga berlogik 1. Oleh kerana 1=1, maka menurut perintah Allah untuk berfikir secara logik, kita sudah menjadi golongan Allah (hamba-hambaNya yang didekatkan padaNya...insya Allah).

Apa yang menyebabkan kita nampak perkaitan logik dalam Al Quran? Mari kita bereksperimen dengan lampu untuk mengetahui jawapannya.

Lampu, bila kita ON suisnya, lampu akan menerangi. Bila kita OFF, lampu akan padam. Ketika lampu ON, ada eletrik dialirkan kepada lampu, manakala bila OFF,tiada elektrik dialirkan. Oleh itu ON lampu berlogik 1, dan OFF lampu berlogik 0. ON lampu = menerangi. Oleh itu terang juga, berlogik 1. OFF lampu = gelap. Oleh itu gelap pula berlogik 0.

Jika Islam = 1, maka Islam = terang. Jadi, kerana Islam-lah yang menyebabkan kita berada di jalan yang terang untuk kita nampak perkaitan logik dalam Al Quran.

Maha Hebat Allah!

Orang yang beriman Allah Maha Besar KekuasaanNya (1) berbanding sesuatu makhluk (0), adalah orang yang taat. Dalam logik: (1 > 0) = 1.

Orang yang menyamakan Allah (1) dengan sesuatu makhluk (0) seperti manusia, berhala, etc. adalah orang yang engkar.
Dalam logik: (1 = 0) = 0 - Ini kerana, jika taat = 1, TAK taat = TAK 1 = 0 = engkar.

Kembali balik kepada syurga dan neraka.
Jika syurga = 1, dan neraka = 0, maka taat = syurga. Begitu juga TAK taat = engkar = neraka.

Malaikat adalah makhluk Allah yang taat. Oleh itu malaikat = taat = 1.
Manusia yang taat kepada Allah juga berlogik 1.
Oleh itu, manusia yang taat = malaikat = 1. Malaikat = cahaya = terang = 1.
Manusia yang taat = mendapat cahaya = 1.

Iblis adalah makhluk Allah yang engkar.
Oleh itu iblis = engkar = 0.
Manusia yang engkar kepada Allah juga berlogik 0. Oleh itu, manusia yang engkar = iblis = 0. Iblis = TAK cahaya = gelap = 0.
Manusia yang engkar = TAK bercahaya hatinya = berada dijalan yang gelap = 0.

Taat kepada Allah = merendah diri padaNya = 1. Engkar kepada Allah =
SOMBONG dengan Allah = 0. Oleh kerana Islam = 1.

Maka hendakkan Islam, kita kena taat dengan merendah diri kepada Allah. Jadilah kita golongan yang 1.
Oleh kerana 1 itu wujud, bila kita jadi golongan 1 ini, maka RAHMAT Allah akan dilimpahkan kita, sebab di sisi Allah kita adalah wujud (1).

Manakala kafir = 0. Maka orang kafir adalah orang yang engkar kepada Allah. Jadilah mereka golongan yang 0.
Oleh kerana 0 itu tidak wujud, bila manusia jadi golongan 0 ini, bagaimana RAHMAT Allah akan dilimpahkan, sebab di sisi Allah manusia ini tidak wujud?

Rahmat Allah = 1, azab Allah = 0, kerana ikut logik, Rahmat lebih bernilai dari azab. Oleh kerana Islam = 1, Rahmat = 1, maka dengan mengikut ajaran Islam manusia akan dapat Rahmat.

Oleh kerana Rahmat =1, dan Syurga = 1, maka dengan mendapat Rahmat Allah, manusia akan masuk Syurga.

Oleh kerana kafir = 0, azab = 0, maka dengan menjadi kafir manusia akan mendapat azab. Oleh kerana azab=0, dan neraka=0, maka yang mendapat azab Allah akan dimasukkan ke neraka.

Begitulah Maha Bijaksana Allah meyusun logik dalam kehidupan kita. Kita hanya diberi pilihan yang mudah iaitu logik 1 atau logik 0. Terpulang kepada manusia masing2 nak mempertimbangkannya. Di sini juga penting kita membezakan di antara 2 nilai logik tersebut, di mana logik 1 perlulah lebih bernilai dari logik 0 ( 1> 0). Jika kita tidak mematuhi hukum logik ini, termasuklah kita dalam golongan yang menganggap 1=0 atau 0>1. Inilah golongan yang dimurkai dan golongan yang sesat kerana tidak mematuhi hukum logik.

Maha Hebat Allah!

Rabu, 19 Disember 2007

KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI

0 komen pembaca
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.

Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut.

Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.

"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Selasa, 18 Disember 2007

Kisah Benar Pemuda Arab Belajar di Amerika

1 komen pembaca
Asallammualaikum wbt,

Ada seorang pemuda arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya. Selain belajar, ia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, ia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas di dekat sebuah gereja yang terdapat di kampong tersebut. Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja.Mula-mula ia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.Di saat itu, si pendeta agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang muslim.

Aku harap ia keluar dari sini." Pemuda arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Pendeta tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun ia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya pendeta itu berkata, "Aku minta ia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. "

Barulah pemuda ini beranjak keluar.Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang pendeta, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim." Pendeta itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian ia beranjak hendak keluar.

Namun, pendeta ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Pendeta berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.

"Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!Sang pendeta pun mulai bertanya,
1. Sebutkan satu yang tiada duanya,
2. dua yang tiada tiganya,
3. tiga yang tiada empatnya,
4. empat yang tiada limanya,
5. lima yang tiada enamnya,
6. enam yang tiada tujuhnya,
7. tujuh yang tiada delapannya,
8. delapan yang tiada sembilannya,
9. sembilan yang tiada sepuluhnya,
10. sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
11. sebelas yang tiada dua belasnya,
12. dua belas yang tiada tiga belasnya,
13. tiga belas yang tiada empat belasnya.

14. Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!

15. Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?

16. Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?

17. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?

18. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!

19. Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diadzab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?

20. Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diadzab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?

21. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!

22. Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca bismalah ia berkata,

1. Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.

2. Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang.
Allah SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

3. Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

4. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

5. Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

6. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.

7. Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis.
Allah SWTberfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

8. Delapan yang tiada sembilannya ialah
Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

9. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan.
Allah SWTberfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

11. Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

12. Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
"Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

13. Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

14. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh.
Allah SWT ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 1.

15. Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

16. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya,"Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:917.

17.Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).

18. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

19. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).

20. Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diadzabdengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).

21. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT:
"Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 2.

22. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda muslim tersebut. Kemudian ia pun mula hendak pergi. Namun ia mengurungkan niatnya dan meminta kepada pendeta agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh pendeta.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"mendengar pertanyaan itu lidah pendeta menjadi kelu, hatinya diselimutikeraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Ia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil.Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawabpertanyaan tersebut, namun ia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya ia jawab, sementara ia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!

"Pendeta tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapan nya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda." Pendeta pun berkata, "Jawabannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Aasyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa.

*** Penulis tidak menyebutkan yang kesembilan (pent.)
** Kisah nyata ini diambil dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah melalui internet, www.gesah.net

Berjumpa Jesus dalam hutan

0 komen pembaca
"Suatu hari seorang ayah telah memanggil anaknya yang baru pulang ke kampung untuk berhari raya. Selama ini sang ayah tidak percaya dengan khabar angin yang mengatakan anaknya telah murtad dengan memeluk agama Nasrani justeru setiap kali Hari Raya dia akan pulang ke kampung menyambutnya bersama keluarga.Cuma setiap kali waktu sembahyang, anak lelakinya itru akan menghilangkan diri yang disangka oleh si ayah pergi ke surau atau masjid di pekan berhampiran.Ketika solat Hari Raya juga begitu.Oleh kerana itu tidak timbul sebarang rasa syak pada diri si ayah akan perubahan aqidah anaknya itu.

Sehinggalah apabila muncul dengan hebatnya kisah-kisah orang Melayu yang murtad, sementelahan pula sering diasak oleh khabar-khabar angin yang bertiup kencang umpama puting beliung, si ayah tergerak untuk bertanya sendiri dengan anaknya. Sang ayah percaya, anaknya akan bercakap benar kepadanya kerana itulah yang diajar selama ini.

Sebaik sang anak melayarkan punggungnya di atas sofa empuk di ruang tamu, si ayah mula membuka tutur bicaranya, " Nak, ayah tahu selama ini tidak ada ahli keluarga kita yang pernah dilatih untuk berbohong, bercakap bohong atau tidak jujur sesama kita." Si anak mula gelisah melihat mata ayahnya yang berkaca merenung tepat ke arah matanya yang berselindung di sebalik lapisan kaca mata.

" Pada pagi ini secara jujur ayah ingin mengetahui kebenaran. Tidak ada lain melainkan kebenaran yang sejujur-jujurnya," sambung si ayah sambil tangannya pantas memutarkan biji tasbih. Menahan perasaan mungkin.

Si anak menundukkan kepalanya merenung lantai. Tidak berani menatang wajah seorang ayah yang sangat difahami akan perangai dan ketegasannya sejak dari lahir lagi. Benak fikirannya pantas meneka apakah soalan yang bakal menerjahnya hari itu.

" Benarkah seperti apa yang ayah dengar, bahawa kau telah meninggalkan agama Islam yang suci untuk mengikut agama Nasrani ? Ayah mahukan kebenaran. Jika ia kebenaran, ayah pun akan turut serta dengan kebenaran itu...."

Tersentak si anak mendengar bait-bait kata ayahnya. Serba salah untuk menjawab pertanyaan itu. Dia tidak pernah diajar berbohong. Lagipun kata-kata ayahnya mahukan " kebenaran" mengundang seribu makna yang tidak dapat ditafsirkan. Mungkin ini saatnya untuk dia menyerlahkan kebenaran. Kebenaran tentang dirinya, tentang anutannya. Dengan suara perlahan, agak gementar, terketar, dia menjawab." Ya Ayah. Saya minta maaf. Tetapi saya telah menemui kebenaran...."

Sang ayah hanya tersenyum. Tasbih di tangannya menjadi perlahan. Sang pemuda semakin bingung. Masakan seorang ayah yang sangat kuat pegangan agamanya tidak menjadi marah setelah mengetahui kebenaran ? Sambil tersenyum si ayah bertanya lagi," Nak. Ceritakan kenapa engkau jadi begini ? "

Dengan suara yang kembali normal, si anak bercerita tentang pengalamannya semasa berkhemah di hutan Belum satu ketika dahulu dan dia telah tersesat selama hampir satu minggu. Semasa tersesat, setiap kali selepas solat, dia telah berdoa agar ditunjukkan jalan keluar. Sehinggalah pada hari keenam dia hampir berasa putus asa.Tiba-tiba muncul satu cahaya dari langit, dan seorang lelaki berdiri di hadapannya. Sambil tangan kanannya memegang tongkat, tangan kirinya memimpin pemuda tersebut menuju jalan keluar. Dia selamat, dan lelaki berjubah itu lenyap.

" Ayah tahu siapa lelaki itu ? " tanya pemuda itu kepada ayahnya. Sang ayah menggelengkan kepala, perlahan.

" Dia Jesus Christ, ayah. "

Suasana hening seketika.

" Mana engkau tahu dia itu Jesus Christ ? Kau ada bertanya kepadanya ?" Si ayah memecah suasana.

" Tidak, kami tidak berbicara sepatah pun. Saya tahu dia itu Jesus Christ kerana rupanya serupa dengan gambar-gambar Jesus Christ yang pernah saya lihat. Lagipun tongkat yang dipegangnya berupa salib, ayah."

Si ayah tersenyum lebar. Si pemuda semakin keliru. Mungkin ayahnya telah menemui " kebenaran ".Inilah peluang dakwah untuk ayah, kemudian ahli keluarga yang lain. " Lantas, kau telah temui kebenaran ? Dan kau menjadi Nasrani ? " Tanya si ayah dengan senyuman yang tidak pernah lekang.

" Ya, saya yakin akan kebenaran Jesus Christ...., juru selamat manusia akhir zaman ...."

" Anak, anak. Sebenarnya kau tersesat...."

Sang anak terkedu seketika. Kalau dia tersesat kenapa ayahnya tidak melenting seperti mana ketika dia tidak solat semasa darjah tiga dahulu. Habis balar-balar badannya disebat kerana dia tidak sembahyang. Tapi, kini.....

" Nak, ayah juga bernah ketemu dan diselamatkan oleh Jesus Christ ketika ayah terumbang-ambing semasa di lautan dahulu.." sambung si ayah yang pernah menjadi nelayan ketika mudanya. Si ayah menghela nafasnya panjang. Si anak semakin teruja untuk mendengar.

" Ayah berada di lautan selama dua belas hari dan tidak putus-putus berdoa agar selamat. Pada hari terakhir ayah juga hampir putus asa dan hanya berserah kepada siapa sahaja yang bakal menyelamatkan ayah......"

Ayah berhenti seketika. Merenung jauh seakan mahu mengingati peristiwa lampau itu. Kemudian menyambung, " Tiba-tiba datang satu cahaya dari langit, muncul pula ikan lumba-lumba di keliling perahu ayah. Satu lembaga manusia memegang tongkat berbentuk salib berada betul-betul di hadapan ayah sambil tersenyum. Dia telah mengarahkan ikan lumba-lumba seakan menunda perahu ayah hingga ke pesisir pantai kampung kita."

Si anak semakin teruja mendengarnya. Si ayah menyambung lagi, " Apabila ayah sudah pasti akan selamat, ayah memberanikan diri memberikan salam kepada lelaki itu dan dia telah menjawab salam ayah. Ayah bertanya, siapakah gerangan dia itu. Dia tidak menjawab, cuma tersenyum sambil mengatakan, dia adalah juru selamat manusia yang akan membantu seorang pemimpin membunuh pemimpin kejahatan. Kemudian dia hilang."

" Kemudian ayah terlihat gambarnya di rumah jiran kita Michael Wong, sebiji seperti orang yang ayah temui atas perahu. Ayah bertanya kepada Michael Wong siapakah yang ada pada gambar itu, lalu dikataklan itulah Jesus Christ, penyelamat manusia. Ternyata ayah telah menemui kebenaran..."

Si anak tidak sabar-sabar bertanya kepada ayahnya, " kalau begitu kenapa ayah masih Islam ? " Si ayah tidak terus menjawab, sebaliknya ketawa kacil yang panjang.

" Kerana Jesus Christ itu Islam dan dia akan turun satu masa nanti untuk menyelamatkan manusia serta membantu seorang pemimpin iaitu Imam Mahdi membunuh Dajal pemimpin kejahatan. Bukankah hal itu telah banyak Nabi Muhammad beritahu dalam hadis-hadisnya. Kerana itu ayah tetap Islam justeru Jesus Christ telah menjawab salam ayah secara Islam."

Sang anak terpinga-pinga semakin keliru agaknya. Sang ayah tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu anaknya, " Engkau silap kerana tidak bertanya sendiri kepada Jesus Christ yang engkau temui dalam satu saat dan peluang yang tidak pernah orang lain dapati, sebaliknya engkau membuat andaian sendiri bahawa Jesus Christ itu adalah kebenaran Nasrani. Tidak ! Jesus Christ aadalah kebenaran tentang Islam....." sambil si ayah meninggalkan anaknya tersandar di kerusi......................"

Isnin, 17 Disember 2007

Akta ISA bertentangan dengan Islam

0 komen pembaca
ISA merupakan akta zalim yang menahan seseorang tanpa bicara mengikut hak-hak yang sepatutnya ada pada mereka. Penahanan tanpa bicara dianggap bertentangan dari sudut Islam kerana Islam sendiri menggariskan kaedah-kaedah usul yang menyatakan pendakwaan mesti berdasarkan bukti-bukti kukuh

Sebelum ini, pernah diadakan seminar hak asasi dalam Islam yang dianjurkan Jemaah Islah Malaysia (Jim), Kumpulan Karangkraf dan Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) yang merumuskan beberapa resolusi, antaranya hak asasi merupakan tanggungjawab semua pihak dan memeliharanya merupakan ibadah, manakala melanggarinya adalah berdosa.

Sementara itu, pendakwah bebas, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata sekiranya hak asasi manusia berpandukan kepada Barat, ia bertentangan Islam kerana ada hak-hak yang tidak dibenarkan, dan sebaliknya.

"Sebagai contoh, minum arak, berjudi, berzina. Dalam Islam ia melanggari hukum dan hak Allah, tetapi Barat melihat dari sudut hak asasi. Islam meletakkan hak manusia atas lima perkara iaitu memelihara hak beragama, nyawa, harta, akal dan keturunan," tegas beliau.

Mengulas tentang ISA, beliau berkata sesuatu pendakwaan itu tidak dibolehkan tanpa bukti, memandangkan Islam menetapkan pembuktian adalah perkara asas dalam pendakwaan.

http://dppputrajaya.wordpress.com/
http://rusli-islam.blogspot.com/"

Memahami Al-Quran secara berkomputer (bhg. 1)

0 komen pembaca
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Apakah maksud tajuk ini dan apa matlamat tajuk ini dibuka? Tajuk ini bukan bermaksud memahami Al Quran dengan membacanya dengan menggunakan software-software Al Quran yang banyak di pasaran semata-mata, tetapi bagi menghuraikan hikmah-hikmah Al Quran mengikut perspektif masakini. Ketika Al Quran mula diturunkan, ia difahami mengikut kehidupan zaman Nabi Muhammad yang ketika itu masyarakat Quraisy Makkah adalah masyarat bersastera dan bersyair.Kini, setelah lebih 1400 tahun, manusia telah sampai pada zaman berteknologi tinggi di mana komputer sudah menjadi sebahagian dari kehidupan manusia. Jadi, memahami Al Quran secara berkomputer ini bermatlamat untuk mengajak kita berfikir isi kandungan Al Quran seperti bagaimana sesebuah komputer berfikir.

Apakah kelebihannya jika kita dapat memahami Al Quran secara berkomputer ini? Oleh kerana komputer adalah dekat dengan kehidupan kita dan kita boleh rasai dan nampak apa yang komputer lakukan, bermakna kita akan lebih mudah memahami Al Quran dengan melihat bagaimana fungsi sesebuah komputer. Secara tidak langsung kita dapat membuktikan Al Quran terus tahan diuji hatta kita telah masuk ke zaman berkomputer sekarang ini.

Apakah asas yang perlu kita ada untuk memahami Al Quran dengan cara ini? Mudah sahaja, iaitu kita perlu ada pengetahuan asas bagaimana sistem komputer berfungsi.

Komputer yang ada depan mata kita sekarang ini asasnya adalah suis ON dan OFF sahaja. Satu suis ini menyimpan satu maklumat sama ada ON (logik 1) atau OFF (logik 0). Untuk menjadikan komputer mampu melaksanakan sesuatu tugas, maka bilangan suis ini dipertingkatkan. Apabila teknologi litar bersepadu (IC) telah berkembang, suis-suis ini ditambah menjadi berjuta-juta di dalam sesuatu IC. Suis elektronik ini dipanggil transistor yang akan menyimpan logik 1 atau 0. Kegagalan komputer membezakan di antara logik 1 dan logik 0 akan menyebabkan komputer gagal berfungsi.

Setelah komputer mampu membezakan logik 1 dan 0, barulah sistem komputer dipertingkatkan dengan adanya operasi logik (OR, AND, Not) dan aritmetik (tambah, tolak, darab, bahagi). Dari operasi asas ini, terlahirlah arahan dan program yang berkeupayaan menjalankan yang suatu ketika dahulu mustahil dilakukan, tetapi zaman sekarang sudah biasa contohnya, keupayaan komputer membuat 3D animasi yang semakin hidup. Begitulah sebenarnya asas bagi komputer yang hanya bermula dari mengenali logik 1 dan 0 sahaja. Dan sekarang ini komputer telah menjadi semakin canggih dengan keupayaan yang menakjubkan bila kita lihat perkembangannya.

Dengan melihat bagaimana perkembangan komputer yang bermula dari mengenali logik 1 dan logik 0, pendekatan yang sama juga boleh kita lakukan untuk menghuraikan Al Quran. Kita hanya perlu mendapatkan logik yang paling asas sekali yang wujud dalam Al Quran...

Apakah logik yang paling asas yang disebut dalam Al Quran? Mari kita kaji kembali wahyu awal yang disampaikan kepada Nabi Muhammad.

1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. (Surah Al 'Alaq)

Kedua-dua ayat di ayat mengajar manusia perbezaan di antara Zat Yang Mencipta dengan zat yang dicipta.

Zat Yang Mencipta, telah wujud sebelum seluruh alam ini dicipta. Adanya Zat ini pula bukan sebab dicipta, tetapi kerana Zat ini memang telah wujud tanpa awal dan akhir. Jika Zat ini dicipta juga, tidaklah layak Dia memegang status Maha Mencipta.

Manusia pula mewakili seluruh alam, iaitu sebagai zat yang dicipta (makhluk). Asal semua makhluk adalah tiada, tetapi setelah dicipta, barulah makhluk2 menjadi ada atau pun wujud.

Oleh kerana Zat Maha Mencipta sudah wujud sebelum seluruh makhluk dicipta, dalam bentuk logiknya ia diumpamakan sebagai logik 1. Manusia (dan makhluk2 lain) pula tidak wujud jika tidak dicipta. Kewujudan kita sekarang ini pun atas Kekuasaan Maha Mencipta. Kalau dalam bentuk logik, kita umpama logik 0.

Keupayaan kita membezakan logik 1 dan logik 0 di atas akan memudahkan kita mengembangkan akal fikiran kita meneroka Al Quran. Seperti komputer, dari asasnya mengenali logik 1 dan 0, komputer kini telah berkembang menjadi peralatan elektronik yang paling bijak dan pantas berfikir sekarang. Begitu juga kita, bila memahami asas logik yang Al Quran ajar, kita juga berupaya mencapai kecerdasan akal fikiran, kerana setiap ayat-ayat Al Quran kita wakilkan dalam bentuk logik yang mudah. Inilah permulaaan perjalanan kita menerokai Al Quran dalam zaman berkomputer ini.

Mari kita lanjutkan pengkajian Al Quran secara berkomputer ini dengan menilai ayat 3 hingga 5 surah Al 'Alaq tadi.

3. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
4. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,
5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

Ayat 3 mengajak kita mengenal lagi Logik 1 yang dihuraikan tadi. Oleh kerana Zat Mencipta itu Maha Pemurah, ia menunjukkan sifat Dia yang Maha Kaya dan Maha Memiliki segala-galanya pada alam semesta ini. Dalam perumpamaan logik, 1 itu sesuatu yang bernilai tinggi.

Ayat 5 pula mengajak kita mengenal diri kita sendiri. Kita ini asalnya kosong sahaja. Ilmu pun tiada asalnya. Setelah Zat Mencipta mengajar kita, barulah kita ketahui. Dengan perumpamaan logik, manusia (mewakili seluruh alam) adalah berlogik 0, iaitu sesuatu yang amat rendah nilainya.

Apakah kalam dalam ayat 4 pula? Jika kita melihat dari perspektif komputer, kalam itu adalah pembeza di antara logik 1 dan logik 0 tadi. Yang mana nilai logik yang besar di antara logik 1 dan 0 tadi.

Seperti komputer, jika ia tidak mengenal beza di antara logik 1 dan logik 0, maka rosaklah komputer tersebut kerana komputer asasnya juga dari mengenal logik juga. Begitulah juga manusia, jika tidak mengenal beza di antara Maha Mencipta dan yang dicipta (makhluk), maka rosaklah kehidupan seseorang manusia.

Dengan kata lain, ayat 3 hingga 5 tadi, menunjukkan beza di antara nilai logik 1 dan logik 0, di mana logik 1 lebih bernilai dari logik 0. Dalam bentuk logiknya bolehlah kita tulis 1 > 0 . Perasan tak, ayat 4 ini juga adalah perantara bagi ayat 3 dan 5.

Begitulah kehebatan Al Quran jika dikaji secara berkomputer. Tetap tahan uji dengan logik-logiknya sama seperti ada dalam sistem komputer yang kita gunakan sekarang. Sebab itu dikatakan Islam itu mudah. Dengan guna logik mudah seperti yang komputer gunakan pun telah nampak kebenarannya. Jadi sebagai umat Islam, kita merasa yakin kerana Al Quran terus tetap dalam kebenarannya walaupun dihuraikan mengikut persepsi zaman berkomputer ini.

Tetapi bagi orang yang berada di jalan yang sesat atau salah, mereka cukup takut bila kita ajak mereka berbicang secara logik. Kerana segala penipuan dan putar belit mereka akan terbongkar. Walhal dengan berbincang akan secara logik, akan memudahkan sesuatu perkara. Jadi fahamlah kita, bahawa orang-orang kafir, kerjanya hanya untuk menyusahkan pemahaman yang mudah. Bila manusia menjadi susah hendak faham dan terkeliru sesuatu perkara, maka segala tipu daya mudah dilakukan orang si penipu tersebut. Kesimpulannya (setakat ini), dari ayat 1 hingga 5 surah Al 'Alaq, jika difahami mengikut logik komputer, ayat-ayat ini mengajar ktia mengenali logik 1 dan logik 0 dan beza di antara kedua-dua logik tersebut. Keupayaan kita memahami beza logik ini akan memudahkan kita menghuraikan segala ajaran Al Quran kelak. Insya Allah.

Maha Hebat Allah!

Di peringkat ini, untuk memudahkan kita menulis, logik 1 yang di sebut dalam Al Quran ditujukan pada Zat Maha Mencipta, dan logik 0 ditujukan kepada sesuatu selain Dia (seluruh makhluk ciptaan Zat Maha Mencipta).

Mari kita kaji pula surah yang mengEsakan Zat Maha Mencipta tadi, iaitu surah Al Ikhlas.

1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,
4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."

Huraian logik ayat 1. Adakah suatu kebetulan atau kerana KebijaksanaanNya, logik 1 itu sesuai sangat ditujukan pada Zat Yang Maha Mencipta itu kerana sifat Yang Maha Satu (Esa) tersebut. Logik ditulis 1 = 1.

Huraian logik ayat 2. Ayat ini menguatkan logik ayat 3 dan 5 surah Al 'Alaq tadi. Oleh kerana pada Maha Mencipta semua ciptaanNya bergantung harap, ia menunjukkan nilai Yang Maha Besar logik 1 berbanding logik 0 tadi, iaitu 1 > 0.

Huraian logik ayat 3. Dalam logik komputer, oleh kerana kita hanya ada dua nilai iaitu 1 dan 0, maka bila TAK kepada 1 akan menjadi logik 0. TAK kepada 0, akan menjadi logik 1. Macam Tak benar = salah. Tak salah = benar.

Sesuatu yang beranak menunjukkan ia dicipta, kena untuk meneruskan generasinya, maka ia terpaksa beranak (nilai logik 0).

Dia Tak beranak, dalam logik ditulis, 1 = TAK 0. Ataupun menjadi 1 = 1.

Sesuatu yang diperanakkan juga adalah dicipta juga, kerana untuk dia wujud, dia perlu diperanakkan (nilai logik 0). Dia tidak diperanakan, dalam logik ditulis, TAK 1 = 0, atau menjadi 0 = 0.

Huraian logik ayat 4. Oleh kerana tiada sesuatu pun (makhluk) yang setara dengan Dia, dalam logik ditulis 0 <> 1.

Jelas kehebatan Al Quran mengajar kita tentang erti logik. Dari surah Al Ikhlas ini, kita sudah kenal operasi logik seperti >, TAK, dan <>. Maka makin jelaslah perbezaan logik 1 dan 0, bagi insan yang mahu memikirkan.

Maha Hebat Allah!

Mari kita kaji hukum logik setakat yang telah kita pelajari.
1 > 0: Allah Maha Besar KekuasaanNya berbanding makhluk.
1 <> 0: Allah tidak boleh disamakan dengan mahkluk.
1 = 1: Allah adalah Tuhan
0 = 0: Makhluk adalah makhluk.

Jika kita masih berfikir seperti hukum logik di atas, apa yang kita fikir itu adalah benar dan bernilai logik 1. Jika kita tidak fikir mengikut logik, maka pemikiran kita itu adalah salah dan logiknya pula adalah 0. Kerana itu orang yang berfikir mengikut logik lebih bernilai dan dipercayai berbanding orang yang tidak berfikir mengikut logik. Kata-kata orang yang tidak menggunakan logik adalah tidak boleh dipercayai.

Dalam logik juga boleh ditulis sebagai:
(1 > 0) = sesuatu yang logik (1)
(0 > 1) = sesuatu yang tidak logik (0)
(1 = 1) = sesuatu yang logik (1)
(0 = 1) = sesuatu yang tidak logik (0)

Oleh itu jika kita:
Membesarkan KeAgungan Allah, adalah sesuatu yang logik.
Membangga diri (SOMBONG) daripada Allah, adalah sesuatu yang tidak logik.
Menyamakan Allah dengan Sifat-sifat yang Agung, adalah sesuatu yang logik.
Menyamakan makhluk dengan Allah, adalah sesuatu yang tidak logik.

Oleh kerana Islam adalah ajaran yang mengAgungkan Tuhan,
maka Islam adalah agama yang menyamai hukum logik (1).
Manakala kafir adalah ajaran yang menyamakan makhluk dengan Tuhan, maka ia adalah ajaran yang menentang hukum logik (0).

Syurga pula adalah tempat yang bernilai, maka logiknya adalah 1. Manakala neraka adalah tempat yang tidak bernilai, atau logiknya adalah 0.

Jika Islam = 1, dan Syurga = 1. Maka Islam = Syurga.
Jika kafir = 0, dan neraka = 0. Maka kafir = neraka.
TAK kafir = 1, dan TAK neraka = 1. Maka TAK kafir = TAK neraka.
TAK Islam = 0, dan TAK syurga =0. Maka TAK Islam = TAK syurga.

(bersambung)

Ahad, 16 Disember 2007

Munajat: Rintihan Kemenangan

0 komen pembaca
Oleh Haji Nasrudin Hassan
Perjuangan suci demi mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini kian terdesak dan ianya berasaskan tuntutan ummah masa kini , yang tidak lagi mampu bertahan menghadapi proses pemusnahan global ke atas fikrah , syakhsiyyah dan aqidah mereka .

Ummah kini secara sedar atau tidak , sangat memerlukan Islam sebagai benteng berlindung , dahan berpaut dan bumbung berteduh dari segala ancaman yang mampu membinasakan diri dan peradaban mereka.

Justeru itu , kemenangan Islam adalah detik yang dinanti oleh semua , guna membebaskan mereka dari bencana besar ekoran terhakisnya nilai aqidah , lunturnya nilai akhlak dan merosotnya nilai fikrah .

Munajat .

Selain daripada keperluan fizikal dan material dalam mengisi agenda perjuangan bagi memperolehi kemenangan , kita tidak boleh menafikan satu unsur terpenting yang mampu menepati kekuatan dalaman perjuangan kita , sementara kekuatan dalaman adalah paksi kepada segala kekuatan yang melayakkan kita beroleh kemenangan.

Unsur yang saya maksudkan itu ialah unsur spiritual sedang munajat adalah teras kejernihannya yang berasaskan keakraban hubungan antara kita sebagai pejuang dengan Allah Jalla wa A'la selaku pembekal kemenangan .

Meng"agenda"kan Munajat dalam Medium Perjuangan.

Sewajarnya kita melakukan apa sahaja untuk memenangkan perjuangan Islam ini , selama ianya tidak bercanggah dengan syara' .

Malah kita sanggup mempertaruhkan jasad dan nyawa jika ia merupakan harga semasa yang perlu dibayar untuk mengukir sebuah kemenangan.

Bertolak pada masa yang sama , munajat mempunyai fungsi atau peranan yang sangat besar serta penting dalam menjana kemenangan dan ianya sekali – kali tidak boleh diabaikan.

Perjuangan Baginda Rasul saw. sejak hari pertama ia digerakkan hinggalah ke suatu saat dimana Islam telah lengkap dan sempurna , munajat senantiasa mengiringi usaha gigih baginda saw. bersama para sahabatnya rhm.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dengan sanad – sanadnya bahawa seorang Arab Badwi telah bertanya : Ya Rasulullah , Apakah tuhan kita hampir lantas kita bermunajat kepadanya atau tuhan kita jauh lantas kita menyerunya ? Nabi saw. diam lalu turunlah firman Allah swt. :

[1] و إذا سألك عبادي عني فإني قريب أجيب دعوة الداع إذا دعان فليستجيبوا لي و ليؤمنوا بي لعلهم يرشدون .
Dan apabila hamba – hambaKu bertanya kepada mu ( Muhammad ) tentangKu maka sesungguhnya Aku hampir . Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu . Hendaklah mereka memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperolehi petunjuk. ( Surah al Baqarah : 186 )

Perjuangan Rasul saw. adalah perjuangan Islam , sementara Islam pula adalah agama wahyu yang diturunkan oleh Allah swt. Bahkan Allah swt. jua tuhan yang akan memberi kemenangan kepada mereka yang ikhlas memperjuangkan agamaNya.

يا أيها الذين آمنوا إن تنصروا الله ينصركم و يثبت أقدامكم
Jika kamu memperjuangkan agama Allah swt. Nescaya Allah akan memberi kemenangan ( nusrah ) kepada kamu dan menetapkan pendirian kamu. ( Muhammad : 7 )

Manakala munajat adalah jambatan penghubung antara kita dengan Allah swt. . sedang melalui hubungan inilah , Allah swt. akan menyalurkan nusrahNya kepada para pejuang . Demi tahqiqun nusrah ( memastikan kemenangan ) perjuangan ini, munajat mesti diagendakan semaksima mungkin tanpa juak dan culas .

Munajat Rasulullah saw Melakar Kemenangan.

Mengharapkan sokongan dan penyertaan individu atau golongan tertentu guna memperkuat dan memperkasakan saff perjuangan , Nabi saw. telah bermunajat :

اللهم أعز الإسلام بأحد العمرين
Ya Allah , perkuatkan Islam dengan salah seorang dari dua omar . ( antara Omar al Khattab dan Amru ibnu Hisyam / Abu Jahal )

Menghadapi tekanan yang semakin hari semakin hebat oleh pihak musuh , berdepan pula dengan kemuncak kebiadaban musuh sehingga Baginda saw. dilumuri najis oleh Uqbah bin Abi Mu'it sedang Baginda saw. khusyuk sujud kepada Allah swt dihadapan Kaabah , sejurus selesai solat Baginda saw. bermunajat :

اللهم عليك بقريش
Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy. ( sebanyak 3 kali ) Orang - orang kafir yang sedang mentertawakan Nabi saw. terdiam kerana takutkan munajat Baginda . lalu Nabi saw. menyambung munajatnya :

اللهم عليك بأبي جهل بن هشام و عتبة بن ربيعة و شيبة بن ربيعة و الوليد بن عتبة و أمية بن خلف و عقبة بن أبي معيط
Ya Allah , aku serahkan kepadaMu untuk membinasakan Abi Jahal ibnu Hisyam , Utbah bin Rabi'ah , Syaibah bin Rabi'ah , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .

Ibnu Masu'd bersumpah : Demi Allah yang diriku di dalam genggamannya, kesemua nama yang disebut oleh Rasulullah saw. didapati terbunuh dalam perang badar al Kubra yang kemudiannya bangkai bangkai mereka dicampak ke dalam perigi buta.

Saat menerima penghinaan dan dihalau oleh mereka yang jahil mengenai perjuangan yang diperjuangkan oleh Baginda saw. , Baginda telah bermunajat :

اللهم إليك أشكو ضعف قوتي وقلة حيلتي وهواني على الناس يا أرحم الراحمين أنت رب المستضعفين و أنت ربي إلى من تكلني إلى بعيد يتجهمني أم إلى عدو ملكته أمري إن لم يكن بك على غضب فلا أبالي و لكن عافيتك هي أوسع لي أعوذ بنور وجهك الذي أشرقت له الظلمات وصلح عليه أمر الدنيا والآخرة من أن تنزل بي غضبك أو يحل علي سخطك لك العتبى حتى ترضى ولا حول ولا قوة إلا بك
Ya Allah , Ya Tuhanku , Aku mengadu kepadaMu betapa lemahnya kekuatanku , sedikitnya helahku dan hinanya aku pada pandangan manusia . Ya Tuhan yang Maha Penyayang mengatasi segala yang menyayangi , Engkau adalah Tuhan orang orang yang lemah dan Engkau adalah TuhanKu . Kepada siapa engkau serahkan diriku ini ? Kepada orang jauh yang memandangku dengan muka masam atau kepada musuh yang ingin menguasai diriku . Jika tiada murkaMu terhadap diriku , aku tidak peduli tetapi kemaafanMu lebih luas kepadaku . Aku berlindung dengan cahaya wajahMu yang telah engkau pancarkan ke arah segala kegelapan , menjadi baiklah di atasnya segala urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung daripada turunnya ke atasku murkaMu atau berlakunya ke atasku murkaMu . KepadaMu pengaduan yang sungguh sungguh sehingga capai keredhaanMu . Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolonganMu .

Doa ini dianggap oleh para ulama' sebagai detik bermula kronologi peristiwa Isra' dan Mikraj yang menyaksikan bagaimana nabi saw. dilayan dan diundang ke langit mengadap hadhrat Ilahi , Tuhan yang telah mendengar rintihan pejuangNya.

Ketika melangkah untuk melepasi kepungan maut oleh pemuda pemuda tahan lasak Quraisy yang ingin membunuh Baginda saw. pada malam peristiwa hijrah , Baginda saw. telah bermunajat lalu membacakan ayat suci al Quran :

و جعلنا من بين أيديهم سدا و من خلفهم سدا فأغشيناهم فهم لا يبصرون
Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding pula dan Kami tutupkan mata mereka sehingga tidak dapat melihat . ( Surah Yasin : 9 )

Munajat ini akhirnya menghadhirkan pertolongan Allah swt. dan Baginda berjaya melepasi kepungan tersebut dengan selamat tanpa disedari oleh musuh .

Jauh dari kampong halaman , tanah tumpah darah dan sanak saudara demi menyelesaikan urusan perjuangan ( mendaulatkan syariat Allah swt. ) , Baginda saw. dan para sahabat memendam rasa rindu yang cukup menekan jiwa , memaksa Baginda saw. bermunajat :

اللهم حبب إلينا المدينة كحبنا لمكة أو أشد
Ya Allah , Ya Tuhanku , jadikanlah kami kasihkan Madinah sebagaimana kami kasihkan Makkah atau lebih darinya . ( Riwayat Imam al Bukhari , Muslim dan Ahmad )

Membangunkan Negeri berasaskan prinsip tauhid disaat musuh menekan dari segenap arah merupakan satu cabaran besar . Baginda Rasul saw. dalam satu gerakkerja membangunkan Madinah agar ianya Membangun Bersama Islam , Baginda saw. telah membina sebuah Masjid sebagai komplek bangunan pertama wujud di negeri Islam itu . Sewaktu membina bangunan ( masjid ) inilah , kedengaran Baginda saw. bermunajat :
لا عيش الا عيش الآخرة . اللهم ارحم المهاجرين و الانصار
Tiada kehidupan yang sebenar melainkan kehidupan akhirat , Wahai Tuhan , kasihanilah Muhajirin dan Ansar .

Menyaksikan kehadhiran[2] musuh dengan segala kekuatan material yang dimiliki oleh mereka , bermaksud untuk mengalahkan Islam dan ummatnya serta menghancurkan Negara Islam yang dibina oleh Rasulullah saw. Baginda Rasul saw. telah bermunajat :

اللهم هذه قريش قد أقبلت بخيلائها و فخرها , تخادك و تحارب رسولك . اللهم فنصرك الذي وعدتني . اللهم احنهم الغداة .
Ya Allah , Ya Tuhanku , inilah Quraisy , mereka datang dengan segala kesombongan dan kemegahan . Mereka menentangMu dan membohongi RasulMu . Ya Allah Ya Tuhanku kurniakan kemenangan yang telah Engkau janjikan kepadaku . Ya Allah Ya Tuhanku , binasakanlah mereka pada pagi ini . ( Sirah Ibnu Hisyam )

Keadaan getir dan tidak seimbang berbanding kekuatan fizikal ummat Islam dengan kekuatan yang dimiliki oleh musuh di medan pertempuran Badar , Baginda telah bermunajat penuh harapan dan perasaan seraya mengangkat tangan sehingga terjatuh selindang Baginda , memohon pertolongan Allah swt. agar Islam dipelihara.

اللهم أنجزني ما وعدتني , اللهم آت ما و عدتني , اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعب
د . Ya Allah Ya Tuhanku , tunaikan apa yang telah engkau janjikan kepadaku . Ya Allah Ya Tuhanku kurniakanlah apa yang telah engkau janjikan kepadaku . Ya Allah Ya Tuhanku , jika engkau binasakan pasukan yang kecil ini , Engkau tidak lagi disembah di bumi selepas ini .

Setelah menerima pukulan teruk dalam peperangan Uhud , Baginda saw. mengalami cedera parah ( gigi Baginda saw. patah dan pipinya luka ) lalu Rasul saw. bersabda : " Allah sangat murka hari ini kepada kaum yang melukakan muka RasulNya " setelah diam seketika , Rasulullah saw. bermunajat :

اللهم اهد قومي فإنهم لا يعلمون
Ya Allah Ya Tuhanku , berilah petunjuk kepada kaumku , sesungguhnya mereka melakukan demikian ( menentang dan mencederakanku ) kerana mereka tidak mengerti ( mengenai risalah perjuangan suci ini ). ( Riwayat at Tabrani )

Sejurus berjaya setelah melintas garis yang paling sukar , mengorbankan nyawa dan segala kepentingan hidup . Baginda saw. meminta para sahabatnya berdiri dalam satu saff sambil bersabda , " betulkan saff sehingga aku memuji Tuhanku " ( sedang musuh telah mengundurkan tenteranya dari medan Uhud ) lalu baginda saw. bermunajat :

اللهم لك الحمد كلّهُ , اللهم لا قابضَ لِمَا بَسَطَتَ و لا باسِطَ لما قبَضْتَ و لا هادِيَ لِمَنْ أضْلَلْتَ و لا مُضِلَّ لمن هديْتَ و لا مُعْطِيَ لما مَنَعْتَ و لا مانِعَ لما أعْطَيْتَ و لا مُقَرِّبَ لما باعَدْتَ و لا مُبْعِدَ لما قَرّبْتَ . اللهم ابْسُطْ علينا مِن بركاتِك و رحْمتك و فضْلك و رِزْقِك . اللهم إني أسألك النّعيم الْمُقيمَ الذي لا يَحُوْلُ و لا يَزُوْلُ . اللهم إني أسألك العَوْنَ يومَ الْعَيْلَةِ و الأمْنَ يومَ الخَوْفِ . اللهم إني عائذٌ بِك مِن شَرّمَا أعْطَيْتَنَا و شَرّما مَنَعْتَنَا .اللهم حَبّبْ إلينا الإيمانَ و زيّنْهُ في قلوبنا و كَرّهْ إلينا الكفرَ و الفُسوقَ و العِصيانَ و اجعلنا من الراشدين . اللهم تَوَفّنا مسلمين و ألْحِقْنَا بالصالحين غيْرَ خَزَاياَ و لا مَفْتُوْنِيْنَ . اللهم قاتِلَ الْكَفَرَةِ الّذين يُكَذّبُون رُسُلَكَ و يَصُدّونَ عن سبيلك واجْعلْ عليهم خِزْيَكَ و عذابَك . اللهم قاتِلَ الْكَفَرَةِ الّذين أوتو الكتاب . إلهَ الْحقّ .
Wahai Tuhanku , bagiMu pujian semuanya . Wahai Tuhanku , tiada siapa yang dapat menahan apa yang engkau berikan , tiada yang dapat memberi apa yang engkau tahankan . Tiada yang dapat beri petunjuk kepada siapa yang engkau hukumkan kesesatannya , tiada siapa yang dapat menyesatkan sesiapa yang engkau beri petunjuk kepadanya . tiada siapa yang dapat memberi kepada sesiapa yang engkau tegahkan pemberian kepadanya. Tiada yang dapat menghalang sesiapa yang engkau berikan kepadanya . Tiada siapa yang dapat menghampirkan sesiapa yang engkau jauhkan . Tiada siapa yang dapat menjauhkan sesiapa yang engkau hampirkan . Ya Tuhan , hulurkan kepada kami daripada keberkatanMu , RahmatMu dan kurniaMu . Wahai Tuhanku , aku memohon kepadaMu nikmat yang tetap yang tidak terhalang dan tidak hilang. Wahai Tuhanku , Aku memohon kepadaMu pertolongan di hari kesempitan , keamanan dihari takut . Wahai Tuhanku , Aku berlindung dengan mu daripada kejahatan yang engkau jadikan berlaku kepada kami dan kejahatan yang engkau tegahkan kami . Wahai Tuhanku , Jadikanlah kami ini kasih kepada iman dan hiaskanlah iman itu di dalam hati – hati kami . Jadikanlah kami benci kepada kufur fasiq dan maksiat dan jadikanlah kami termasuk dikalangan orang – orang yang mendapat petunjuk . Wahai Tuhan , matikanlah kami di dalam Islam , hidupkanlah kami di dalam Islam dan masukkanlah kami dikalangan orang – orang yang soleh bukan yang hina dan menimbulkan fitnah. Wahai Tuhan , Perangilah orang orang kafir yang membohongi rasul – rasulMu dan menyekat jalan agamaMU . Jadikanlah ke atas mereka azab siksa Mu . Wahai Tuhan , Perangilah orang orang kafir ahli kitab . Wahai Tuhan yang Benar ! ( Riwayat Imam Ahmad )

Semangat dendam yang sangat mendalam terhadap golongan Islam membuatkan kaum Musyrikin bergabung dalam satu pakatan besar dan barisan yang sangat ramai , merangkumi semua pihak yang memusuhi Islam. Menghadapi pakatan musuh ini , diriwayatkan daripada al Barra' bin 'Azib Rha bahawa Nabi saw. bermunajat dengan mengulangi syair Abdullah bin Rawahah Rha :

اللهم لو لا أنت ما اهتدينا *** و لا تصدقنا و لا صلينافأنزلن سكينة علينا *** و ثبت الاقدام إن لا قيناإن الأولى رغبوا علينا *** و إن أرادوا فتنة أبينا . Wahai Tuhan Kami , Kalau tidak keranaMu nescaya kami tidak mendapat petunjuk , tidak bersedekah dan tidak sembahyang . Oleh itu , turunkanlah ketenangan kepada kami dan teguhkan pendirian kami jika bertemu dengan musuh . Sesungguhnya musuh itu mahukan kami binasa dan tiadalah sebenarnya yang mereka kehendaki melainkan mendatangkan bencana terhadap pegangan kami kepada agama (Rujuk al Bidayah wan Nihayah Jil. 4 M/s 96 . Sirah an Nabawiyyah Ibni Kathir Jil. 3 m/s 185)

Demikian saya membawa sebahagian dari siri munajat Rasulullah saw. yang mewarnai perjuangan suci Baginda saw. demi memartabatkan Islam dan ummatnya sebagai Khalifah Allah di atas muka bumi ini .

Jelasnya , Nabi sebagai kekasih Allah , tidak lekang dari bermunajat untuk memastikan perjuangannya mencapai kejayaan dan kemenangan , malah itulah rahsia terbesar disebalik kejayaan gemilang penuh keagongan yang akhirnya menyaksikan Islam pernah menguasai tiga per empat muka bumi ini.

Bermunajatlah demi sebuah Kemenangan .

Munajat adalah senjata bagi para pejuang untuk menghadapi kekuatan dan kedegilan musuh . Dari Abi Hurairah Rha . Sabda Rasulullah saw :

الدعاء سلاح المؤمن و عماد الدين و نور السماوات و الأرض .
Doa ( munajat ) adalah senjata orang yang beriman , tiang agama dan cahaya yang menerangi langit dan bumi . ( Riwayat al Haakim dan sohih rangkaian sanadnya )

Munajat adalah antara pelengkap syarat kemenangan yang ingin dicapai dalam pertembungan sengit kita dengan pihak musuh musuh Allah swt. Telah meriwayatkan oleh Abu Ya'la dari Jabir Rha . dari Nabi saw. telah bersabda :

ألا أدلكم على ما ينجيكم من عدوكم و يدرّ لكم أرزقكم ؟ تدعون الله في ليلكم و نهاركم فإن الدعاء سلاح المؤمن .
Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang memenangkan kamu ke atas musuh kamu dan membekalkan bagi kamu rezeki kamu ? ( iaitu ) kamu bermunajat kepada Allah swt. pada waktu malam kamu dan juga siang kamu . Sesungguhnya doa ( munajat ) adalah senjata orang yang beriman .

Munajat adalah rintihan penuh syahdu , tunduk merendah diri dihadapan kebesaran dan keagongan Allah swt. sementara hati penuh yakin bahawa Allah pasti mendengar dan menerima rintihan para pejuang agamaNya.

Dari Abi Hurairah Rha. dari Nabi saw. :

[3] ادعو الله و أنتم موقنون بالإجابة و اعلموا أن الله لا يستجيب دعاء من قلب غافل لاه .
Bermunajatlah olehmu kepada Allah sedang kamu yakin bahawa Allah swt. menerima ( doa kamu ) dan ketahuilah sesungguhnya Allah tidak suka doa / munajat dari hati yang lagha lagi lalai . ( Riwayat at Tarmizi dan al Haakim )

Firman Allah swt : ادعوا ربكم تضرعا و خفية إنه لا يحب المعتدين .
Bermunajatlah kamu kepada Tuhan kamu secara merendah diri dan bernada lembut sesungguhnya Allah tidak suka orang orang yang melampau . ( Surah al A'raaf : 55 )

Kita tidak pernah menafikan kepentingan material yang mantap dan fizikal yang kuat bagi memacu perjuangan ini , tetapi menafikan kepentingan dan keperluan munajat atau meremehkannya , meletakkan kita jauh daripada Allah swt dan hubungan kita dengan Allah swt. menjadi bertambah sukar .

Berasaskan keinsafan ini , munajat kini mesti menjadi agenda utama perjuangan kita disamping gerak kerja gigih tanpa mengenal penat dan bosan.

[1] رواه ابن جرير و ابن مردويه و أبو الشيخ كما في تفسير ابن كثير
[2] Kisah ini berlaku di dalam perang Badar . Apabila Musuh berangkat dari tapak perkhemahan mereka di al Udwah al Quswa menuju ke tempat yang berhampiran dengan kedudukan tentera Islam.
[3] رواه الترمذي و الحاكم و قال : مستقيم الإسناد كما في ( ترغيب ) المنذري

Perancangan Kuffar Merosakkan Wanita Islam

0 komen pembaca

"Musuh islam menggunakan pelabagai cara utk merosakkan wanita muslimah dalam semua aspek kehidupan. Di antara cara yg mereka lakukan adalah:

1-Berita2 media massa, sama ada mediacetak mahupun eletronik. Secara zahirnya, dapat saja pemberitaan itu dianggap sebagai langkah maju dlm membela kaum kewanitaan melalui tajuk2 yg diperlukan wanita dan kononye utk membela hak2 wanita. Namun, pada hakikatnya adalah eksploitasi n penindasan terhadap kaum wanita melalui penampilan wanita2 yg tidak memiliki rasa malu dan berakhlak rendah.

2-menyeru kaum wanita utk menjalanikehidupan bebas.

3-mengkempenkan hidup serba boleh serta keluar dari nilai2 syariat dan budayaislam

4-meniru budaya glamour yg menyimpangdari nilai2 islam, seperti kehidupanpara artis n penyanyi.

5-mengikuti fesyen2 baru sama ade dlmpakaian, kasut dll

6-menyeru wanita muslimah untukberkerja diluar rumah dgn melampauibatas.

7-mengajari wanita ttg cara2 menarikperhatian lelaki melalui penulisansyair dan asmara dlm ruangan majalah2..

8-membuka account page2 tersendiri dgn tidak terkawal yg dpt mendedahkan identity yg melampau2 yg diingini secara tersembunyi. ex:myspace,frenster

Paul,seorang misionari jerman(1879)pernah berkata:

"Yakinlah anda dengan sepenuhnya bahawakita tidak akan mampu mengalahkan islam kecuali jika wanita itu bersama kita dan berjalan dibarisan kita".

kesimpulanye.. wanita adalah golongan yg amat penting utk membentuk generasi2 yg akan datang.

dipetik drp Biro Informasi& penerbitan,melaka institusi usrah MMU."

Sabtu, 15 Disember 2007

KRITERIA ASAS SEBUAH NEGARA ISLAM

0 komen pembaca


Sabda Rasulullah s.a.w.: سَيَكُوْنُ بَعْدِيْ اُمَرَاءُ ، فَتَعْرِفُوْنَ وَتُنْكِرُوْنَ ، فَمَنْ اَنْكَرَ فَقَدْ بَرِىءَ ، وَمَنْ كَرِهَ فَقَدْ سَلِمَ ، وَلَكِنْ مَنْ رَضِيَ وَتَابَعَ ، قَالُوْا : اَفَلاَ نُنَابِذُهُمْ بَالسَّيْفِ ؟ قَالَ : لاَ ! مَااَقَامُوْا فِيْكُمُ الصَّلاَةَ

“Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya, maka sesiapa yang mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah berlepas diri dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat, akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya. Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah!)? Baginda menjawab: Jangan! Selagi mereka masih mendirikan solat di kalangan kamu”. (Hadis Riwayat Muslim 6/23)

Seterusnya, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam menyeru agar bersabar terhadap pemimpin dan penguasa selagi mereka bersolat, kerana ia adalah makna keIslaman yang pertama sekalipun tidak berhukum dengan hukum Islam, kerana petanda asas dan bukti utama seseorang itu pemimpin Islam adalah solatnya sebagaimana sabda baginda: عَنْ اَبِى اُمَامَةَ الْبَاهِلِيْ ، عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيَنْقُضَنَّ عُرَى اْلاِسْلاَمِ عُرْوَةً وَكُلَّمَا اِنْقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّتَ النَّاسُ بِالَّتِىْ تَلِيْهَا وَاَوَّلُهُنَّ نَقْضَ الْحُكْمُ وَآخِرُهَا الصَّلاَةُ.

"Dari Abi Umamah al-Bahili, dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam baginda bersabda: Ikatan-ikatan Islam akan terlepas satu demi satu. Apabila lepas satu ikatan akan dikuti oleh ikatan berikutnya. Ikatan Islam yang pertama kali lepas adalah hukum dan yang terakhir adalah solat". (Hadis Riwayat Ahmad. 5/251)

Hadis ini membuktikan bahawa tidak boleh dihukum kafir setiap individu atau pemimpin jika masih mendirikan solat. Dan sesebuah negara dinamakan negara Islam jika masih terdengar suara azan, solat masih didirikan dan dikuatkan lagi jika majoriti rakyatnya beragama Islam kerana hadis di atas menjelaskan: “Dan (tanda) terakhir adalah solat”.

Al-Ismaili rahimahullah berkata: “Para ilmuan di zaman awal berpendirian, bahawa sesebuah negara dinamakan negara Islam selagi masih ada panggilan untuk solat (azan) dan didirikan solat dengan terang-terangan serta penduduknya (rakyatnya) sentiasa mendirikan solat dengan bebas (aman)”. (Lihat: Iktiqad Aimmatu Ahlu Hadis, hlm. 50)

Ini bermakna, apabila satu-satu negara atau wilayah itu masih sekurang-kurangnya berupaya mengerjakan/mengamalkan syariat solat maka ia adalah merupakan sebuah wilayah/negara Islam. Para pemimpin adalah penguasa yang mampu menggunakan kuasa mereka melaksanakan pemerintahan berasaskan prinsip siyasah as-syariyah. Para ulama pula adalah terminal ilmu yang mampu dan diberi mandat membentuk akidah dan pemikiran ummah ke arah pemahaman siyasah Islamiyah (siyasah as-syariyah yang lebih berdisiplin lagi profesional. Ulama telah diwajibkan oleh syara bekerjasama dengan pemimpin. Dipikulkan ke atas mereka tanggungjawab sosial mentarbiyah ummah agar mentaati pemimpin demi mengelakkan perpecahan serta menghapuskan fitnah di kalangan masyarakat. Maka sesebuah negara itu dinamakan negara Islam apabila ulama dan umara (pemimpin) bekerjasama membangun rohani dan jasmani, fizikal dan mental serta untuk pembangunan dunia dan akhirat. Penamaan negara atau negeri Islam bukan hanya menerusi perundangan, hudud atau peraturan jenayah (kriminal). Malah meliputi bidang-bidang dan aspek yang luas. Khalifah Umar bin Khattab radiallahu ‘anhu berkata: “Wahai rakyatku! Kamu mempunyai hak ke atas kami untuk menasihati pada perkara-perkara yang kami tidak ketahui, dan hendaklah kamu saling membantu (tolong-menolong dan bekerjasama) dalam kebaikan”. (Lihat: az-Zuhud 2/602. Hannad)

Tiga perkara yang ditekankan oleh Khalifah Umar untuk membangun ummah dan daulah Islamiyah, iaitu:

1 - Merialisasikan hak individu terhadap pemerintah.

2 - Untuk saling menasihati pada perkara-perkara yang tidak diketahui.

3 - Saling membantu dalam kebaikan. Perkara kedua yang disebut oleh Khalifah Umar dalam kata-katanya di atas: “Untuk saling menasihati pada perkara-perkara yang tidak diketahui”. Ini merupakan suatu konsep untuk mendekatkan pemimpin dengan rakyat secara bermuzakarah, bermusyawarah dan berlapang dada. Ia menjadi gagasan membuka minda dalam usaha merialisasikan sebuah negara Islam. Iaitu negara Islam yang membangun bersama rakyat untuk mencapai kemakmuran dan keharmonian. Oleh kerana inilah kita sering mendengar ungkapan yang berbunyi: “Bahawa agama dan penguasa adalah seumpama dua sisi mata yang tidak boleh terpisah. Apabila diangkat salah satunya, maka akan terangkatlah yang lainnya, kerana agama itu bagaikan asas bangunan, sedangkan penguasa seperti penjaga asas tersebut. Sesuatu yang tidak ada asasnya akan hancur dan sesuatu yang tidak ada penjaganya akan lenyap dengan cepat”. (Lihat: Ruhul Ma’ani 1/174. Cetakan Al-Muniriyah. Lihat: Al-Bahrul Mihit. 2/269. Abi Hayyan)

Termasuk tanda-tanda negara Islam ialah apabila ulama diberi ruang berada di samping pemimpin Islam, kerana agama dan pemimpin (politik) tidak dapat dipisahkan. Berkata Abu Abdillah al-Qala’i as-Syafir rahimahullah: “Keseimbangan urusan agama dan dunia adalah satu tujuan yang sangat diidam-idamkan. Hal ini tidak akan terlaksana kecuali dengan adanya penguasa (pemimpin). Kalau kami tidak memandang wajib adanya penguasa, pasti hal ini akan menyebabkan manusia berada di dalam perselisihan dan kerusuhan yang berpanjangan sehingga Hari Kiamat. Kalau manusia tidak mempunyai pemimpin yang kuat dan ditaati, pasti akan pudar kemuliaan Islam lalu lenyap tak berbekas. Jika umat tidak mempunyai penguasa yang berdaulat, pasti akan lenyap aktiviti-aktiviti ibadah dan terhentilah perdagangan import-eksport”. (Lihat: Tahzib ar-Riysah. Hlm 95. Lihat: Majmu al-Fatawa 27/390. Ibn Taimiyah)

Pemimpin dan ulama dalam sesebuah negara Islam seharusnya sentiasa bekerjasama dan sentiasa saling hormat menghormati, kerana ini adalah merupakan suatu asas yang utama yang membina kesejahteraan agama, keutuhan politik (siyasah), keselamatan, perpaduan dan keharmonian rakyat, inilah juga penyebab pemimpin dan ulama dihormati. Sahl bin Abdullah at-Tusturi rahimahullah berkata: “Manusia sentiasa dalam kebaikan jika masih menghormati pemerintah dan ulama. Jika mereka menghormati dua komponen umat Islam ini, maka Allah akan memperbaiki urusan dunia dan akhirat mereka. Seandainya mereka meremehkan dua komponen ini, akan rosaklah kepentingan dunia dan akhirat mereka”. (Dikutip dari khutbah Syeikh Uthaimin. Lihat: Huquq Ra’ii war-Ra’iyyah)

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam telah menjelaskan peranan para ulama bersama umara (pemimpin) dalam mengurus sesebuah negara yang pada mulanya adalah tugas para nabi: كَانَتْ بَنُوْ اِسْرَائِيْلَ تَسُوْسُهُمُ اْلاَنْبِيَاءُ ، كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ وَاَنَّهُ لاَ نَبِيَّ بَعْدِيْ ، وَسَيَكُوْنُ خُلَفَاءَ فَيَكْثِرُوْنَ قَالُوْا : فَمَا تَاْمُرُنَا ؟ قَالَ: اَوْفُوْا بِبَيْعَةِ اْلاَوَّلِ فَاْلاَوَّلِ ، اَعْطُوْهُمْ حَقَّهُمْ ، فِاِنَّ اللهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ

"Adalah Bani Israil dipimpin oleh para Nabi mereka. Setiap kali seorang Nabi wafat digantikan oleh Nabi berikutnya. Dan sesungguhnya tidak ada nabi lagi sesudahku, tetapi akan ada para pemimpin (yang beragama Islam), mereka banyak (jumlahnya). Para sahabat bertanya: Apa yang engkau perintahkan kepada kami (apabila itu terjadi)? Nabi bersabda: Patuhilah pemilihan (pemimpin yang beragama Islam) yang pertama, berikanlah oleh kamu hak mereka kepada mereka, kerana Allah akan menanyakan kepada mereka apa yang menjadi tanggungjawab mereka". (H/R Bukhari 5/401. Muslim 3/1471. Ibn Majah 2/958. Ahmad 2/297)

Ibnu Jarir rahimahullah berkata: “Perkataan yang paling utama dan benar di dalam hal ini (negara Islam) adalah perkataan yang mengatakan bahawa Ulil Amri adalah para pemimpin dan penguasa (beragama Islam). Hadis-hadis dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dalam perintahnya untuk taat kepdaa para pemimpin dan penguasa (Islam) statusnya adalah sah belaka. Dalam ketaatan kepada mereka adalah kemaslahatan bagi kaum muslimin”. (Lihat: Tafsir at-Tabari, 5/150) Kejahatan, penindasan atau kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin tidak akan menghilangkan status negara yang dipimpinnya sebagai negara Islam jika ia masih bersolat, seperti dosa besar dari perzinahan yang dilakukan oleh seorang individu tidak akan menjadikan ia seorang kafir selagi dia solat, mengaku sebagai seorang muslim dan masih mengucap dua kalimah syahadah. Kerana Rasulullah telah bersabda: “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan: Tiada Tuhan yang berhak diibadahi selain Allah. Apabila mereka telah mengucapkan yang demikian, maka darah dan harta mereka terlindung kecuali dengan haknya, sedangkan perhitungannya kembali kepada Allah”. Di hadis yang lain baginda bersabda: “Barangsiapa mengucapkan bahawa tiada Tuhan yang berhak diibadahi selain Allah, maka darahnya haram ditumpahkan”.

Kenyataan dari hadis-hadis di atas membuktikan bahawa tanda keIslaman seorang individu termasuk penguasa atau pemimpin tidak boleh diukur pada kezaliman, kejahatan atau pelanggarannya terhadap batasan hukum-hakam syara’, tetapi solat dan pengucapan kalimah syahadahnya. Maka mereka adalah ahli kiblah dan merupakan penguasa (pemimpin Islam) yang tidak boleh dikafirkan. Malah wajib ditaati dan dipelihara kehormatan serta maruahnya Kenyataan ini telah dijelaskan juga oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu: “Tidak akan mampu memperbaiki keadaan manusia kecuali penguasa, sama ada penguasa yang baik atau yang jahat. Orang-orang bertanya kepadanya: Wahai Amirul Mukminin! Jika penguasa itu baik, ini wajar ditaati, tetapi bagaimana dengan penguasa yang jahat? Ali berkata: Sesungguhnya Allah menjaga keamanan suatu daerah melalui perantara penguasa walaupun ia jahat.” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanad yang sahih sampai kepada Ali bin Abi Talib. Lihat: asy-Syu’ab)

Menurut Muhammad Abu Zahrah: “Darul Islam (negeri atau negara Islam), adalah setiap negara yang diperintah dan dikuasai oleh Islam (umat Islam), iaitu kekuatan dan pertahanan negara berada di bawah kekuasaan umat Islam. Inilah bentuk negara yang wajib dipertahankan oleh setiap umat Islam”. (Abu Zahrah hlm. 377)

Antara petanda sesebuah negara itu dinamakan negara Islam ialah pemimpinnya Islam dan majoriti rakyatnya juga beragama Islam. Antara ciri-ciri pemimpin Islam yang wajib ditaati ialah pengakuannya serta pengucapan dua kalimah syahadahnya. Dan tanda yang paling besar ialah solatnya dan laungan azan masih berkumandang di negara tersebut sebagaimana dinyatakan oleh hadis-hadis sahih.

Oleh itu, apabila seorang muslim dipilih dan dilantik dengan kesepakatan ummah (majoriti rakyat) sebagai pemimpin maka ia adalah pemimpin bagi sebuah negara Islam, ia wajib ditaati. Berkata al-Imam al-Hasan bin Ali al-Barbahari rahimahullah tentang negara dan pemimpin Islam: “Barangsiapa memegang jawatan kepimpinan atas kesepakatan dan keredhaan kaum Muslimin, maka dia adalah pemimpin Mukmin. Tidak halal bagi seorang pun hidup walaupun satu malam sementara dia tidak mempunyai seorang pemimpin yang baik atau yang jahat. Beginilah yang diserukan oleh Imam Ahmad”. (as-Sunnah. Al-Barbahari)

Syara’ telah mengharamkan menentang dan memberontak terhadap pemimpin negara Islam yang beragama Islam, atau orang kafir yang telah dilantik oleh pemerintah Islam yang mewakili pemerintah Islam. Islam mengajar sabar terhadap pemerintah dan pemimpin yang tidak disukainya walaupun ia melakukan kezaliman selagi beragama Islam, mengucap dan mendirikan solat, atau terhadap pemimpin bukan Islam yang di bawah naungan pemerintah Islam, maka mereka wajib dipatuhi. Dalam hal ini Syeikh al-Uthaimin berkata: “Ketahuilah bahawa orang yang belot terhadap pemerintah yang sah, pada hakikatnya telah menjadi hamba musuh-musuh Islam. Pemberontakan atau semangat meluap-meluap bukanlah suatu pelajaran yang bijak, tetapi yang harus kita ambil menjadi pelajaran adalah hikmah (mengikuti sunnah). (Huquq Ra’i war-Ra’iyah. Kumpulan Khutbah al-Uthaimin)

WUJUDKAH PEMIMPIN, RAKYAT & NEGARA YANG MAKSUM?

Sememangnya di setiap negara Islam, tidak akan lahir lagi walau seorang nabi atau rasul untuk menyatukan, memimpin dan memerintah umat secara siyasah syariyah (berhukum dengan hukum syarii) secara utuh sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, tetapi pengganti dan pewarisnya untuk melanjutkan seluruh tugas tersebut ialah para penguasa atau pemimpin Islam yang dipilih oleh rakyat secara sah yang ditunjangi oleh para ulama yang ikhlas. Namun, setiap negara Islam akan teruji dengan adanya gerakan yang menggolongkan diri mereka kumpulan ulama, mereka menjamin kononnya kalau mereka memerintah, mereka akan melaksanakan undang-undang Islam atau hudud. Persepsi mereka hanya dengan melaksanakan hudud sahaja telah sempurna tuntutan sebuah negara Islam. Mereka lupa atau jahil bahawa hudud hanya sebahagian dari tuntutan hukum-ahkam Islam yang syumul, global dan luas. Mereka menyangka pasti akan hapus segala kezaliman, maksiat dan jenayah, termasuklah perbuatan yang dianggap dosa-dosa besar seperti riba, rasuah, arak, pencurian, perzinahan (termasuk perkosaan, rogol atau sumbang mahram) dan sebagainya apabila undang-undang hudud dilaksanakan. Inilah penipuan kalau bukan angan-angan kelompok yang kurangnya ilmu yang mana memiliki sifat tergesa-gesa, sombong dan takbur. Sebenarnya di sebalik berbagai-bagai janji yang disebarkan oleh golongan seperti itu kepada rakyat terdapat matlamat ingin menumbangkan pemerintah, mereka mencemburui negara Islam yang telah wujud yang tidak berjenama dan berfikiran sebagaimana yang mereka kehendaki. Mereka menuduh negara yang tidak berhukum dengan undang-undang Islam adalah kafir sama ada pemimpin atau rakyat yang menyokongnya. Mereka menyempitkan pensyaratan negara Islam terbatas pada hukum (hudud) semata. Tidak akan wujud pemimpin dan kepimpinan yang maksum (terpelihara dari membuat dosa) atau rakyat yang maksum. Tetapi persepsi orang jahil membayangkan bahawa hanya dianggap sebagai negara Islam setelah benar-benar tidak berlaku jenayah dan maksiat seperti perzinahan, riba, pencurian, rasuah dan sebagainya, sama ada dilakukan oleh pemimpin atau rakyat jelata. Mereka menyebarkan propaganda bahawa itu semua akan hapus setelah dilaksanakan undang-undang Islam (hudud). Tidakkah mereka tahu bahawa sangkaan mereka itu tidak tepat, kerana di zaman Nabi Muhammad (Nabi yang maksum) walaupun hudud telah berkuat-kuasa namun perzinahan masih ada sehingga terlaksana hukum sebat, pencurian masih terjadi sehingga berlaku hukum potong tangan, minum arak masih berlaku sehingga dilaksanakan hukum rotan dan sebagainya. Negara khayalan kelompok yang seperti ini adalah merupakan sebuah negara malaikat, ia tidak akan wujud kerana manusia tidak akan berubah menjadi malaikat. Kejahatan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja, maka para ulama sebagai pewaris nabi diwajibkan bekerjasama dengan para pemimpin atau penguasa untuk mentasfiyah dan mentarbiyah ummah Islamiyah supaya dapat memahami akidah, hukum-ahkam ibadah dan siyasah Islamiyah. Kerana dengan cara inilah kelak yang akan menjadi bekalan ilmu dan dapat membendung gejala fahaman dan iktikad songsang termasuklah dalam persoalan siyasah agar tidak bertentangan dengan kehendak syara’. Amat tidak praktis jika terjadi di negara yang dipimpin oleh penguasa (pemimpin Islam) wujud ulama yang bermudah-mudah menyeru rakyat menentang penguasa dan pemimpin lantaran dosa-dosa yang dilakukan oleh pemimpin dan rakyat, kerana penentangan terhadap pemerintah amat bertentangan dengan prinsip kelompok ahlus sunnah. Ulama dan umara perlu berdedikasi membentuk akidah sebagai asas pembangunan rohani, pembetulan ibadah, jiwa dan sikap rakyat terhadap pemimpin atau penguasa, terutamanya generasi muda yang terpelajar agar mereka tidak tersilap menganut fahaman siyasah songsang yang telah menimpa kebanyakan generasi muda pada masa ini. Melalui pendidikan akidah, ibadah dan disiplin ilmu disemua bidang, insyaAllah bakal membantu mereka untuk menghadapi pelbagai cabaran masa depan yang akan dihadapi oleh pemimpin dan negara.

Ibnu Qutaibah meriwayatkan dari Ka’ab al-Akhbar, dia berkata: “Islam, penguasa (pemimpin) dan rakyat laksana khemah, tiang dan tali khemah dan kayu pancang khemah (tonggak khemah). Islam diibaratkan khemah, pemimpin diumpamakan sebagai tiangnya, sedangkan rakyat seperti tali dan tonggak khemah, sebahagiannya tidak akan berdaya tegak kecuali dengan sokongan yang lainnya”. (Uyun al-Akhbar, dengan sanad dari Ka’ab al-Akbar)

Membiarkan arah siyasah ummah Islamiyah tanpa bimbingan, tidak berwawasan yang dinamik, terbiar tanpa ada hala-tuju dan panduan manhaj (metodologi), pasti akan mengakibatkan panduan siyasah umat terumbang-ambing lantas meninggalkan petunjuk al-Quran dan as-Sunnah. Mereka yang terus terbiar tanpa konsepsi yang jelas akan kecundang, mudah menyimpang dan mudah menyemai bibit permusuhan, perbalahan dan perpecahan sesama rakyat. Ini semua terbit lantaran kejahilan dalam meletakkan tindakan akibat cetek-nya ilmu dan mengambil sikap yang tergesa-gesa. Adanya keadaan seperti inilah sebenarnya akan membuka peluang kepada musuh-musuh Islam memusnahkan nikmat kemakmuran duniawi, keamanan, keharmonian, kemaslahatan umum dan akidah mereka. Oleh itu, penguasa dan ulama sewajarnya bertindak sebagaimana yang dinasihatkan oleh Imam al-Qarafi rahimahullah: “Ada kaedah yang mengatakan bahawa memelihara kemaslahatan umum adalah wajib, hal ini tidak akan terwujud kecuali adanya penghormatan rakyat kepada penguasanya. Bilamana terjadi penentangan serta penghinaan terhadap mereka, maka akan terhalanglah pintu kemaslahatan umat”. (Az-Zakhirah 13/234. Cetakan Darul al-Islami)

Sekapur sireh...

1 komen pembaca
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, selama berfikir agak panjang dan puas memerah otak apakah objektif utama blog ini diwujudkan. Sebenarnya sudah lama jiwa ini merana dan meronta untuk menerbitkan blog sendiri setelah ZAM ( Datuk Zainuddin Maidin) melancarkan perang ke atas blogger2 Malaysia. Bertanya juga saya pada diri sendiri: sempat ke aku nak urus blog ni nanti? Tetapi apabila memikirkan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah ini apa salahnya menaburkan bakti segenggam dua sebelum dihadapkan di Mahkamah Rabbul Jalil. Setelah berfikir semalaman( lama ke semalaman?) saya berharap eloklah kiranya blog ini menempatkan isu-isu terkini dalam dan luar negara. Mengapa memilih Bahasa Melayu dalam blog ini? Mengapa tidak Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, ataupun bahasa rojak?( boleh dikira sbg bhs ke?). Sudah tentulah kerana objektif pembaca blog ini ialah rakyat Malaysia. Menggunakan Bahasa Melayu dengan laras bahasa yang betul mungkin dapat memartabatkan Bahasa Melayu. Seharusnya kita mengambil kira apa yang dibahaskan di parlimen mengenai kemandulan DBP. Namun begitu bukanlah bermakna saya ini seorang yang memperjuangkan suku bangsa, tetapi mahu menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa terulng dunia. Walaupun begitu juga, SAYA TIDAK MENOLAK BAHASA2 lain kerana setiap bahasa mempunyai prestijnya tersendiri. Wassalam