Isnin, 17 Disember 2007

Akta ISA bertentangan dengan Islam

ISA merupakan akta zalim yang menahan seseorang tanpa bicara mengikut hak-hak yang sepatutnya ada pada mereka. Penahanan tanpa bicara dianggap bertentangan dari sudut Islam kerana Islam sendiri menggariskan kaedah-kaedah usul yang menyatakan pendakwaan mesti berdasarkan bukti-bukti kukuh

Sebelum ini, pernah diadakan seminar hak asasi dalam Islam yang dianjurkan Jemaah Islah Malaysia (Jim), Kumpulan Karangkraf dan Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) yang merumuskan beberapa resolusi, antaranya hak asasi merupakan tanggungjawab semua pihak dan memeliharanya merupakan ibadah, manakala melanggarinya adalah berdosa.

Sementara itu, pendakwah bebas, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata sekiranya hak asasi manusia berpandukan kepada Barat, ia bertentangan Islam kerana ada hak-hak yang tidak dibenarkan, dan sebaliknya.

"Sebagai contoh, minum arak, berjudi, berzina. Dalam Islam ia melanggari hukum dan hak Allah, tetapi Barat melihat dari sudut hak asasi. Islam meletakkan hak manusia atas lima perkara iaitu memelihara hak beragama, nyawa, harta, akal dan keturunan," tegas beliau.

Mengulas tentang ISA, beliau berkata sesuatu pendakwaan itu tidak dibolehkan tanpa bukti, memandangkan Islam menetapkan pembuktian adalah perkara asas dalam pendakwaan.

http://dppputrajaya.wordpress.com/
http://rusli-islam.blogspot.com/"

Tiada ulasan: