Isnin, 28 Mac 2011

Memoir : Sejarah Yang Kejam

2 komen pembaca
Sejarah selalunya ada banyak sisi, dan sejarah biasanya ditulis oleh orang yang menang. Aku membaca Saasatul Ibad oleh Faisal Tehrani dua tahun lepas, dan beliau merekodkan bahawa catatan Tun Sri Lanang dan catatan Inggeris tidak boleh dipakai kerana kedua- dua pihak mempunyai kepentingan di Tanah Melayu. Beliau betah merujuk catatan Belanda yang singgah berdagang di pelabuhan Johor lama yang tidak ada sebarang kepentingan di Tanah Melayu.

Prof Syed Naquib Al-Attas pernah menulis dengan menyatakan bahawa menilai sejarah itu seperti kita melihat perempuan yang cantik. Dari jauh, perempuan itu dilihat cantik, dengan keputihan kulitnya, kemerahan pipinya dan keikalan rambutnya. Tetapi, apabila pipi perempuan yang putih kemerah-merahan itu dilihat dengan kanta, maka kelihatanlah banyak kekotoran, jerawat, kekerutuan kulit dan banyak lagi. Ketika itu, kecantikan sebenar perempuan baru terbongkar, bahawa ia dilihat sahaja cantik, tapi sebenarnya ia tidaklah begitu cantik.

Dalam masa sekarang, aku suka berbicara tentang memoir. Mari bicara pasal memoir bersama.

Sebuah memoir akan menjadi 'kejam' pada sejarah sekiranya dianggap betul semuanya, walhal memoir adalah semacam sebuah diari peribadi yang boleh menjadi fiksyen apabila nilai benarnya dijongkang balik menjadi nilai fantasi.

Sejarah adalah satu subjek yang perlu dikaji secara objektif dan neutral. Manakala apabila pentafsiran sejarah dilakukan, pihak yang menulis sejarah atau mengkaji sejarah yang telah direkodkan melalui bukti-bukti dan kesan sejarah mula membuat pentafsiran berdasarkan persepsi masing-masing dan bukti yang telah ada sebelum ini. Pada aku, sebuah buku yang ditulis untuk tujuan politik dan kepentingan politik seorang penulis, sudah pasti mengandungi nilai sejarah yang sangat rendah walaupun disertakan dengan rekod-rekod. Sejarah bukan setakat tarikh atau peristiwa sahaja, tetapi sejarah adalah peristiwa yang penting yang memberikan kesan yang besar bukan setakat kepada sebuah parti politik, tetapi kepada sebuah negara. Jadi, kalau anda ingin mengkaji sejarah, jangan baca buku ahli politik kerana ia tiada nilai sejarah. Tetapi bacalah buku sejarah yang ditulis dan ditafsir secara neutral. Dengan mengkaji sejarah barulah kita dapat memahami politik. Tetapi kalau kita kaji buku politik, ada kemungkinan besar kita akan miss aspek sejarah kerana ahli politik tentunya akan menyembunyikan sejarah yang tidak elok.

Aku biasa membaca memoir Kassim Ahmad, tentunya memoir beliau adalah sebuah karya mempertahankan tindakan- tindakan beliau masa lalu. Aku belum lagi membaca memoir Tun Mahathir, tetapi Anwar telah menyindir Mahathir sebaik memoir terbit, manakala Ku Li pula telah mengkritik Mahathir secara jelas dan sarih.

Lalu aku terfikir, apakah memoir sebenarnya sebuah karya pensucian dosa?

Adakala karya yang kita anggap sebagai risalah, menjadi sebuah karya yang 'sakit' dan bukan sedikit kesannya terhadap sejarah, peradaban dan masadepan bangsa.

Nota:

Bacaan 1: Do memoirs tell the truth?
According to J. A. Cuddon, "An autobiography may be largely fictional. Few can recall clear details of their early life and are therefore dependent on other people's impressions, of necessity equally unreliable. Morever, everyone tends to remember what he wants to remember. Disagreeable facts are sometimes glossed over or repressed ...." Cuddon, J. A. The Penguin Dictionary of Literary Terms and Literary Theory, 1991. The English novelist Anthony Powell said, "Memoirs can never be wholly true, since they cannot include every conceivable circumstance of what happened. The novel can do that.

Boleh baca di sini tentang petikan di atas dan kisah memoir: http://inkspell.homestead.com/memoir.html

Ahad, 27 Mac 2011

100 Hari

0 komen pembaca

Cinta agung adalah cinta yang gagal. Bak kata Pak Samad, apa yang dihajat tapi tak dapat, adalah nikmat yang paling padat!

Sabtu, 26 Mac 2011

Al- Kitab

2 komen pembaca
Menghalang percetakan Bible dalam bahasa Melayu adalah tindakan defensif. Ia tidak mendidik umat menjadi lebih agresif mempertahankan aqidah.

Sebegitu juga semasa isu kalimah Allah sedang panas pada tahun lepas. Kita sibuk menghalang mereka yang bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah, tetapi kita tidak pula sibuk berdakwah memberi kefahaman kepada manusia tentang Islam.

Sesiapa yang membaca sirah, pasti tahu bahawa Waraqah bin Naufal adalah seorang penulis Injil berbahasa Arab.  Demikian juga Nabi SAW di Madinah berhadapan dengan yahudi semuanya bercakap arab.

Aku antara orang yang menentang keras pengharaman buku. Tak kira buku itu membawa apa jenis fahaman sekalipun, ia tidak perlu diharamkan. Wacana perlu dibebaskan. Rakyat berhak memilih apa yang dirasakan sebagai ilmu yang bermanfaat bagi mereka.

Sungguhpun aku menyokong keanjalan ilmu ini (tanpa menolak keperluan rujukan yang benar) perlu ada agar kita dapat menolak ekstremisme ilmu samada ekstrim liberal, ekstrim radikal mahupun esktrim jumud dan literal, akan tetapi meminggirkan pandangan- pandangan yang disifatkan minoriti juga untuk aku dikira tidak berlaku adil kepada ilmu. Teorinya – Sejarah sebahagiannya ditulis oleh mereka yg menang. Tak perlu pergi jauh, cukuplah kita melihat bagaimana Sejarah Kemerdekaan negara kita dirobek- robek oleh mereka yang menang.