Sabtu, 26 Mac 2011

Al- Kitab

Menghalang percetakan Bible dalam bahasa Melayu adalah tindakan defensif. Ia tidak mendidik umat menjadi lebih agresif mempertahankan aqidah.

Sebegitu juga semasa isu kalimah Allah sedang panas pada tahun lepas. Kita sibuk menghalang mereka yang bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah, tetapi kita tidak pula sibuk berdakwah memberi kefahaman kepada manusia tentang Islam.

Sesiapa yang membaca sirah, pasti tahu bahawa Waraqah bin Naufal adalah seorang penulis Injil berbahasa Arab.  Demikian juga Nabi SAW di Madinah berhadapan dengan yahudi semuanya bercakap arab.

Aku antara orang yang menentang keras pengharaman buku. Tak kira buku itu membawa apa jenis fahaman sekalipun, ia tidak perlu diharamkan. Wacana perlu dibebaskan. Rakyat berhak memilih apa yang dirasakan sebagai ilmu yang bermanfaat bagi mereka.

Sungguhpun aku menyokong keanjalan ilmu ini (tanpa menolak keperluan rujukan yang benar) perlu ada agar kita dapat menolak ekstremisme ilmu samada ekstrim liberal, ekstrim radikal mahupun esktrim jumud dan literal, akan tetapi meminggirkan pandangan- pandangan yang disifatkan minoriti juga untuk aku dikira tidak berlaku adil kepada ilmu. Teorinya – Sejarah sebahagiannya ditulis oleh mereka yg menang. Tak perlu pergi jauh, cukuplah kita melihat bagaimana Sejarah Kemerdekaan negara kita dirobek- robek oleh mereka yang menang.

2 ulasan:

yui92 berkata...

rsanya dah komen tadi... tp xnaik plak... xpa aku komen skali lagi...


aku tnya tadi.. apa kelebihan cetak bible dalam bahasa melayu?

Muiz Nasrallah berkata...

Isunya bawa kebaikan atau keburukan, ia isu nombor dua.

Ia boleh ditangani dengan langkah kerja orang Islam yang agresif dan turun padang berjumpa orang, bukan defensif dan berjumpa buku sahaja.

Isu utama adalah bagaimana kita berhadapan dengan isu dan persepsi. Betapa penting orang Islam bermain dengan persepsi kerana dengan persepsilah Islam akan dipandang mulia atau dipandang hina.

Bolehkah aku bertanya semula, apakah menghalang Bible berbahasa Melayu ini tindakan kita yang cintakan Islam atau sentimen semata- mata?

Mungkin kau boleh baca artikel ini: http://ideas.org.my/2010/12/seek-first-to-understand/