Selasa, 7 Disember 2010

Harga Minyak Turun kepada 35 sen Seliter


Tajuk tu tak habis: Harga Minyak Turun kepada 35 sen Seliter di Saudi. Kahkahkah!

Setiap kali harga minyak naik, kerajaan mesti bandingkan dengan harga minyak negara- negara jiran Malaysia. 

Terbaru, RON 97 mencecah RM2.30 seliter. 
"Harga minyak kita masih lagi dalam keadaan terendah berbandig negara-negara ASEAN yang lain."

Bodoh. Kenapa bandingkan dengan negara yang menjadi net importer? Sedangkan Malaysia adalah pengeluar minyak? 650ribu tong sehari dikeluarkan manakala penggunaanya ialah 400ribu tong. Maka sahlah kita adalah negara pengeluar. Sebagai negara pengeluar, keuntungan akan menjadi berbilion- billion dengan kenaikkan setiap dollar pada harga minyak dunia.

Kenapa Malaysia hantar minyak ke luar negara sedangkan rakyat disuruh guna minyak luar yang tak berkualiti? Kenapa tidak pakai sistem 'keluar minyak dari bumi dan terus guna'? kenapa minyak Malaysia dijual keluar dan minyak arab dibawa masuk? kita rakyat bukan minta minyak secara percuma, tetapi biarlah pembayaran setiap liter minyak yang dibeli itu hanya merangkumi harga kos, bukan untuk buat keuntungan. Itu sepatutnya menjadi dasar PETRONAS, iaitu dasar minyak dan gas negara.

Sepatutnya sejak merdeka, satu badan ditubuhkan untuk mengeluarkan minyak dengan satu kos, dan keuntungan itu ditukar menjadi subsidi. Badan itu ialah PETRONAS. Hasil bumi negara ini patut dibahagikan sama-rata, bukan untuk syarikat tertentu sahaja seperti pengeluar tenaga IPP. Diulangi, sepatutnya pengeluaran minyak negara menampung kos. Kos itu ditanggung oleh rakyat melalui kerajaan dan akhirnya minyak itu diberi semula kepada rakyat !!!

Tetapi yang paling bodoh, bila harga minyak naik, harga barang lain akan turut naik. Ini dinamakan 'chain reaction'. Sebab barang- barang yang akan dipasarkan, akan dihantar ke kedai- kedai dari kilang menggunakan kenderaan bermotor. Pasti menggunakan minyak, lainlah kalau hantar pakai sampan. Semua harga barang akan naik disebabkan faktor logistik.

Lepas ni, kementerian yang jaga harga barang sibuk la buat operasi kata harga barang naik. Semua tu lakonan depa saja! Konon- konon pak menteri buat kerja.

Mereka merampas kebahagiaan kita. Masa yang terluang untuk keluarga terpaksa digunakan untuk mencari lebihan wang bagi mencukupkan perbelanjaan bulanan. Anak-anak akan lebih terbiar selepas ini, kes kehilangan anak juga akan meningkat.

Tahukah kita kenapa gejala sosial sekarang telah melampau dan tidak terkawal? Ya, kerana masa ibu bapa untuk membelai anak dan memantau anak telah digunakan sepenuhnya untuk mencari duit belanja dan duit persekolahan anak itu sendiri. Rakyat semua tertekan untuk berebut mencari peluang mendapatkan lebihan wang. jenayah juga akan meningkat berganda. Golongan manakah yang akan menghadapi mimpi ngeri ini? Bukan pemimpin, tetapi rakyat !!

Sampai bila kita harus ditipu oleh bangsat- bangsat negara sebegini?! Rakyat harus bersatu dan melawan kezaliman bersama- sama!

15 ulasan:

SIS berkata...

salam,
kerajaan memang keterlaluan.sebenarnya ramai yang belum tahu mengenai kenaikan harga minyak.sepatutnya, satu diskusi khas harus dijalankan bagi mewar-warkan perihal ini.disebabkan kadar harga minyak melambung.harga bahan makanan seperti gula melambung naik.bagaimana nasib rakyat yang berpendapatan sederhana.

bonus RM 500 buat kakitangan kerajaan adalah sia2.kerajaan memberi tetapi mengambil semula..buruk siku namanya.

hoho berkata...

kenapa compare dengan malaysia, bukankah semua negara tu mengambil minyak dari daratan sedangkan malaysia mengambilnya dari bawah laut. minyak malaysia tidak digunakan utk kete tapi untuk pesawat.

boleh cek harga minyak dri ecuator tak?

Tanpa Nama berkata...

Memang macam tu. Tapi tak boleh jugak nak keluar minyak terus guna. Malaysia, minyak dapat kat tengah laut. Dan untuk pengetahuan. Yang kat malaysia ini, minyak bukan berkumpul dalam telaga. Minyak yang dicari gali tu stay dalam batu. For further info, pelajar2 utp confirm tahu pasal hal ni. Nak proses minyak susah. Sebab tu kita hantar keluar negara dan beli minyak luar yang siap diproses. Tak semua komposisi petroleum sama. Ada sesuai untuk kereta. Tengok juga pada kandungan. Tak boleh nak marah. Sebab dah begitu petroleum yang ada kat malaysia ni. Kalau pakai terus nanti, silap2 tiap2 bulan kena overhaul kereta malaysia. Bukan takat bonus rm500 habis. Boleh jadi lebih dari tu yang habis. :)

Admin berkata...

klw nk dhormati dan diprcayai,
sila betil2 dahulukan rakyat,

nei propaganda ja lebat, adui
mmng mnyakitkan ati..

wallahua'lam..

hoho berkata...

tambahan, minyak yg digali dri malaysia ni kurang kandungan sulphur. maka tidak sama sekali dgn negara yg dibandingkan diatas.

baca sini: http://en.wikipedia.org/wiki/Sweet_crude_oil
http://en.wikipedia.org/wiki/Sour_crude_oil

jenis minyak malaysia yg diproduce adalah sweet crude oil.

aie berkata...

tak kisahlah ape skali pon knape keuntungan jualan petroleum malaysia tidak digunakan utk mengimbangi harga minyak dunia? bila harga minyak dunia naik maka sepatutnye kite untung besar dan keuntungan itu gunakan lah utk rendah harga minyak di negera kita...susah sgt ke matematiknya??

pendakyah berkata...

Suka sangat membodohkan orang.
Dah compare sekali pendapatan per kapita dengan Malaysia?
.
Minyak Malaysia bagus, jual lagi banyak untung. Boleh je jual kat dalam Malaysia, but in the end tetap akan ada suara kata patut jual kat luar sebab lagi untung.
.
Macam pengomen kat atas cakap, minyak kat Malaysia kat tengah laut, kat negara Arab tu tengah darat. Kalau compare litre-to-litre 'extraction', kos kat tengah laut tu lagi banyak. dah kira?
.
Malaysia negara pengeluar minyak. Tapi berapa banyak minyak yang dikeluarkan? Kalau nak compare, sila compare dengan pengeluar yang sama kapasiti dengan Malaysia. compare dengan Arab Saudi yang memang gergasi minyak kenapa?

There is no direct comparison here.
taraf ekonomi, kapasiti/kuota pengeluaran minyak, pendapatan per kapita, dasar/polisi terhadap kawalan harga, pengelibatan kerajaan dalam pasaran, kestabilan rantau n etc2 kena amik kira.

Memang ada point yang boleh dipersoalkan bila kerajaan compare dengan negara serantau. Tapi yang compare dengan negara2 pengeluar minyak pun takde lah betulnya sangat.

Jangan suka membodohkan orang. minyak naik itu satu hal, janganlah sampai naik sekali dosa2 kita, naik sekali kebodohan kita.

Gary berkata...

Pengomen diatas tak ambil kira benda ni:

1. Kalau Arab Saudi boleh turunkan 35 sen, maksud aku berupaya menurun sebanyak tu, kenapa Malaysia tak ada upaya untuk menurunkan harga minyak?

2. Masalah petronas ni, mereka jual minyak ke luar negara untuk dapat lebih untung, dan mengimport minyak yang kurang berkualiti dan dijual ke Malaysia.

Whats more important thing dalam artikel ni, arab saudi mampu turunkan 35 sen, manakala Malaysia tak mampu, malah naik 5 sen kemudian 15 sen. Nak salah siapa?

Tanpa Nama berkata...

sbb minyak kita bkn sebnyak minyak negara2 lain yg ibarat mengalir mcm air paip.. ckit je minyak kat msia.. hasil bertong2 minyak lebih dr penggunaan sbb petronas dpt minyak dr luar.must think rasional. compare price dgn pengeluar 40000 ton...g ngn pengeluar 400 tong. bnyk beza kot. sbb tu hrga msia mahal compare negara2 yg kaye gile dgn minyak. tp nak ikutkan boleh je nk turun kan ckit hrga minyak tp tak semurah hrga minyak negra2 yg dipaparkan. very ridiculous to get that price. Petronas la salah satu yg bnyk pacu ekonomi negara. klu krajaan trunkan tlalu bnyk sgt hrga minyak, hasil krajaan obviously akan kurang sbb msia bkn negara yg kaya sgt dgn hasil bumi pon.

*aku stuju ngn pndapat pendakyah
*aku nk igtkan kpd pemilik blog ni, org bijak menilai kebodohan dan kebijakkan org. krajaan bnyk bodohkan rakyat dgn mempamerkan kebodohan sendiri, tp jgn pembangkang bodoh kan rakyat dgn post yg mcm ni sbb rakyat bijak menilai. dimana kredebiliti pembangkang dgn post yg tidak dikaji dgn mendalam? Think about it because i'm one of the opposition! tp klu pembangkang bsikap mcm ni, pengaruh pmbangkang boleh bkurang sbb jelas mempamerkan kebodohan sendiri!

Gary berkata...

Kalau tak silap, Venezuela pun offshore cam Malaysia gak. Tapi RM0.16 per liter. sape boleh terangkan??

anak bumi melayu berkata...

eh bodoh semua

tau tak malaysia kaya dgn hasil sumber alam.bukan setakat minyak,minyak kelapa sawit,kayu balak,getah apa jadah

apa korg igt minyak kat malaysia ni bapak petronas punya???

Allah bagi kat kita semua,baik aku,mat rempit kampung baru atau orang asli kat pahang.semua patut dapat hak

ini tak,untung org bn dgn petronas makan.rakyat bodoh mcm babi

dah lah bayar cukai mcm nak mati.hak hasil bumi Allah bagi di tolak lg.

AKU HARAMKAN SEMUA YANG MAKAN HAK AKU

AKU MAAFKAN KALAU KORANG MASUK NERAKA 100,000 TAHUN DENGAN BINI ANAK CUCU KORANG SEKALI

ADA PAHAM?????

hoho berkata...

utk aie, harga minyak dunia adalah sama dan ditentukan oleh badan2 tertentu. kita membeli minyak ni dgn harga minyak dunia, kerajaan tanggung kenaikan harga minyak dengan subsidi, subsidi banyk lagi nak digunakan, please compare dgn indonesia bekas negara opec. economi bukan main plus minus je, kita spttnya percaya bhw ahli ekonomi msia yg telah berjaya mengharungi criss kewangan msia 97/98, tpi mnusia selalu bt silap, mgkn ada benarnya aie ckp.

hoho berkata...

gary: dah mmg minyak malaysia sesuai utk pesawat, nak wat camne, kate cikgu aku sbb pesawat ni takut rosak klu guna minyak2 yg kete guna tu. jd secara rational mmg kita export minyak utk pesawat atas kesesuaian, kita beli dan jual atas harga minyak dunia la, subsidi lah yg menurunkan harga minyak malaysia.

seperti yg saya katakan, minyak kat arab saudi tu diorg bleh guna utk diri diorg sendiri, tak kesahlah diorg nak jual berapa ringgit, minyak mlsia kita beli maka nak tak nak kerajaan tanggung guna subsidi.

hoho berkata...

utk gary lagi, tgk ni
http://en.wikipedia.org/wiki/File:Venezuela_petrol_1972.jpg

tu oilfields venezuela, hujung tahun 2009, mereka bru sj menemui oilfield offshore d perla, tak tau la klu ada selain perla.

seperti di atas, klu minyak sendiri u kawal ma harga minyak, ofcoz minyak yg bleh digunakan utk kete la.

utk anak bumi, biar je la minyak tu lautan tanpa org mengalinya, adakah itu bermakna anda memilikinya? setiap dakwaan perlu ada buktinya. utk makluman, petronas bkn saja mengali di offshore malaysia tapi di negara2 lain, adakah ini menjadikan duit petronas itu duit kita?

http://en.wikipedia.org/wiki/Petronas

minyak di dasarlaut tidak ada gunanya klu tiada org yg usahakan.

hoho berkata...

harap maaf kalau ada kesilapan, sila semak balik.