Ahad, 1 Julai 2012

Apa Prioriti Mobilisasi untuk Perjuangkan Tahanan ISA?

0 komen pembaca
Dalam buku Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara tulisan Syed Husin Ali ada menyebut :
Untuk mendapatkan pengakuan daripadanya, dia telah diseksa dengan bermacam cara selama dua minggu, seperti: 
a) ditumbuk dan ditendang macam bola oleh dua tiga orang sekali b) dicucuh dengan puntung rokok di sebelah dada serta belakang (tandanya masih jelas kelihatan semasa dia bercerita kepadaku), c) dipukul dengan kayu dan dicat dengan dakwat zakarnya, d) ditepuk-apit, iaitu ditempeleng kedua-dua belah telinganya sekaligus dengan dua belah tangan sehingga berdarah (dan telinga masih bernanah semasa dia menceritakan), dan e) disuruh menghisap surat khabar bergulung yang dibakar, sehingga bibirnya melecur, dan apabila cuba membuang kertas itu dipukul atau ditendang pula.
Seorang tahanan ISA tak boleh makan pedas. Lepas tu dia pulak baru saja cedera dikaki sebelum ditahan. Bila dapat tahu benda tu, Polis menggunakan kedua dua point tersebut untuk siksa beliau. Seluruh badan beliau dilumur cili kisar termasuk di kemaluan. Dan setiap kali disiksa, kaki yg cedera akan dipijak pijak. Sampai tahanan yg disiksa itu menghempas hempas kepala sendiri didinding sebab tak tahan dengan siksaan. Bagi tahanan itu, lebih baik dia mati daripada disiksa macam tu.
Tak zalimkan?

Ya memang tak zalim, kurang sikit zalim dari Bashar alAsaad je. Sebab itu kita tak perlu mobilisasi yg ramai untuk tahanan ISA. Ahh, biarlah tahanan mati. Setakat 45 orang dalam ISA, kita perlu turun ke jalanan untuk solidariti? Eh mengarut lah, isu Palestin, isu Syria, isu Rohingya lagi penting la. Paling penting berkonvoi naik motor seluruh Malaysia.

Ok, stop being sarcastic.

Bagi aku, kalau hampa merasakan pentingnya kita bersepakat untuk isu Palestin, Syria dan Rohingya, penting lah jugak hampa bersepakat untuk sokong tahanan ISA. Kalau boleh mobilisasi besar- besaran untuk umat luar negara, kenapa tiada mobilisasi untuk bela rakyat negara sendiri? Apa beza mereka semua? Apakah nas- nas alQuran dan hadis seputar soal kezaliman hanya terpakai di timur tengah?

Hari ini, masuk 11 hari tahanan ISA tak makan sebab mogok lapar. Kenapa nak susah payah mogok lapar? Sebab dengan mogok lapar itu berlaku pressure supaya mereka dibicarakan di mahkamah dan penderaan ke atas mereka disiasat!

Aku jahil, aku bukan ulama'. Tapi kalau bapak aku yang tak makan 11 hari, agak3 aku boleh buat tak kesah?

Aku takkan lupa kata- kata abang Rafizi masa demo ISA depan bangunan Parlimen, "Isu ISA tiada mobilisasi besar- besaran sebab 45 tahanan yg ada di Kamunting bukan tahanan politik. So takde pressure dari parti politik."

Aku dah cakap dulu, kenapa sembah parti politik? Kalau parti politik taknak ambil port pasal tahanan ISA, adakah kita jadi pak turut parti? Why dont we act as one? Tunggu PR memerintah baru nak hapuskan ISA? Wey, PRU 13 belum tentu PR menang la!

Ya, aku tak nafikan, ada ahli politik yg ambil port pasal ISA secara serius. Aku ukur serius bila mereka turun demo bantah ISA depan bangunan Parlimen tempoh hari. Kredit kepada YB Tian Chua, YB Mahfuz Omar, YB Nurul Izzah, Ustaz Badrul Amin, Rafizi Ramli dan seorang lagi wakil dari PSM yang aku tak ingat namanya. Kredit juga kepada YDP PAS Taiping dan wakil Pemuda PAS Perak yg turun demo di Kemta hari ini.
Aku yakin, ahli politik yg join demo bantah ISA atas kesedaran individu dan bukan arahan dari parti. Kalau isu ISA sekarang takdak dokongan dari parti politik secara mobilisasi besar- besaran, aku risau parti politik yg selama ini bercakap soal keadilan, demokrasi dan seumpamanya akan dipandang rendah oleh marhaen. Kalau ahli parti dizalimi akan dibela secara serius, kalau bukan ahli parti tiada moblisasi? Eh?

Parti politik jangan sombong. Ambil pengajaran dari alQuran, Firaun tenggelam dalam laut sebab kesombongan, Qarun tenggelam dalam bumi sebab kesombongan. Parti politik akan hancur kalau mereka lost touch, sombong dengan marhaen.

Hampa jangan ingat post ini menafikan amal islami yang hampa buat. Aku tau amal islami hampa lagi hebat dari aku. Apalah sangat amal islami aku yg baru berapa hari balik ke tanah air. Aku tak nafi, aku cuma nampak macam berat sebelah. Aku mungkin keras mengkritik hampa tapi aku adalah antara orang paling sayang kepada hampa.

Aku jahil, aku bukan ulama', aku budak muda yang tak cukup ilmu, aku kembalikan soalan apa prioriti untuk mobilisasi perjuangkan tahanan ISA? kepada hampa yg lagi berilmu dari aku.

Aku mohon ampun dari Allah banyak- banyak kalau aku tersilap.