Isnin, 27 Februari 2012

The Dead Crow Versi Bahasa Melayu

2 komen pembaca
LANGKAH LESTARI
A. Samad Said

Sejak subuh ini resah mendera qalbuku
mendengar nafas bumi yang cuba syahdu.
Di tengah rimba aku tekun menyanggah lara,
mewarasi setiap suara derita atau rianya. 
Subuh ini seluhur tekad kupadu qalbu
kerana terdengar rimba masih juga diganggu.
Dan walau anak rimba cuba tulus menyanyi
taring haloba masih bengis menoda bumi.
Di mana lagi dapat kuhirup udara yang murni,
setiap detik, dan serentak, terhidu elegi bumi?
Di sini—dedaun bersyair kepada leluhurnya,
bunga rimba cuba menari depan keluarganya.

Walau sungai serahsianya masih merdu mengalir,
kembaranya tetap resah di sisi ikan yang getir.
Dan kita mula terdengar suara rindu abad lalu,
menyerap gelak mewaras sedu, segala yang pilu.
Kita tidak akan rela berganjak mendakap alam
khusus ketika ia sedang terus terdera kejam;
kita tak rela dengar rintih rimba yang murung;
atau menyerap tangis dedaun dan sedu burung.
Kita berazam cekal berlawan di qalbu rimba
memanfaat setiap kitab lara dan buku sengsara.
Dan dengan sederap rentak dan sesyahdu suara
kita tetap bertekad melindungi rimba terdera.

Kau yang pendera usah berhelah atau berpura
kerana sedalam kuburmu rimba akan membela.







Rabu, 22 Februari 2012

Candu Harussani

0 komen pembaca




Saat Marx mengajarkan kita bahawa punca keterasingan manusia adalah kerana berlaku ketidakadilan dalam sosial, aku menjadi hairan bagaimana ada agamamawan yang boleh berhujah dengan hadis palsu untuk mempertahankan kekuasaan sang pemerintah yang menggila. Harussani telah berhujah dengan hadis yang banyaknya riwayat: "Raja adalah bayangan Allah di bumi". Tapi tiada satu pun riwayat yang sahih. Salah satu riwayatnya berlafadz begini : " السلطان ظل الله في الأرض ,فمن أكرمه أكرمه الله , و من أهانه أهانه الله

"Sultan adalah bayangan Allah di bumi, sesiapa yg memuliakannya, dia akan dimuliakan Allah. Sesiapa yang menyakitinya, dia akan disakiti Allah."

Shaykh alAlbani menghukum hadis ini sebagai dhaif di dalam Silsilah adDho'ifah. Hadis dhaif tidak boleh dijadikan hujah untuk menetapkan hukum. Ini riwayat yang dhaif, bahkan dalam kebanyakan riwayat lain ulama' telah mengatakan ianya palsu.

Agama telah menjadi candu, menurut Marx ketika ruh falsafah Hegel telah menjadi rujukan utama gereja Katolik pada zamannya. Secara ringkas, Feuerbach telah mengkritik falsafah Hegel ini yang memprojeksikan manusia beragama pada zamannya tunduk pada takdir Tuhan semata- mata tanpa tindakan sendiri untuk berubah. Falsafah ruh Hegel menunjukkan kemenangan agama terhadap rasionaliti, dan itu tidak mengubah masyarakat. Bahkan, telah menghumban manusia ke lembah keterasingan.

Feuerbach pula mengatakan bahawa hakikat Tuhan itu adalah pada hakikat manusia itu sendiri. Jadinya, agama ini hanyalah ciptaan manusia itu sendiri. Ini juga tidak betul sepenuhnya bila manusia bebas sepenuhnya tanpa ada dalang yang mengawal di tabir.

Kritik Feuerbach kepada agama telah disambut cermat oleh Marx dengan mengatakan : "agama adalah ungkapan penderitaan yang sungguh-sungguh. Agama adalah keluhan makhluk yang tertekan, perasaan dunia tanpa hati, sebagaimana ia adalah suatu roh zaman tanpa roh. Ia adalah candu rakyat”.

Perlu difahami, konteks 'agama' yang disebut Marx ini berdasar kepada fahaman Hegel dan Feuerbach.

Marx telah mengembangkan lagi apa yang disalah tanggapi oleh Feuerbach. Kata, “ia adalah candu rakyat” bergema. Bukan satu zaman. Tapi, berzaman- zaman, hingga kini sekalipun. Maka, sasaran keterasingan Marx bukan lagi pada agama. Agama hanyalah merupakan kesan terhadap keterasingan manusia. Agama hanyalah merupakan ketagihan yang cuba menyerkup. Paling tidak, menangguhkan rasa perit yang menusuk.

Apakah keterasingan sebenar? Jika Feuerbach melihat Tuhan menjajah manusia, moden ini, negara bertindak sebagai Tuhan yang menjajah manusia semula. Malah lebih angkuh, mengikat manusia secara rohaniah dan jasmaniah.  Pada fakta inilah, Robert E. Lane dalam Political Man mengungkapkan, “ketidakpuasan hati manusia dengan sistem politik sedia ada itu merupakan satu bentuk keterasingan.”

Apa bezanya Tuhan dalam faham Feuerbach, dan dengan negara yang kita ada? Kedua-duanya adalah hasrat manusia untuk menuju keutuhan. Sayangnya, diperhambakan.

Pada mulanya, keterasingan dilihat bila ekonomi telah merogol kehidupan warga marhaen, kemudiannya melimpah- limpah lagi kepada soal penguasa dan negara. Keterasingan sebenar ketika negara membungkam nasib rakyat bagaimana hendak menjalani kehidupan ini, melalui hasrat negara kuku besi.

Apa bezanya Tuhan dalam faham Hegel, dan dengan doktrin Harussani yang kita ada? Kedua- duanya adalah hasrat penguasa agama untuk menuju keutuhan atas nama agama. Celakanya, manusia terus menjadi hamba.

Mari melawan keterasingan, agama tidak harus jadi candu bahkan menjadi pendorong melawan kezaliman. Usahlah mabuk dengan candu dalil- dalil yang dikeluarkan oleh agamawan celaka, "taatlah kepada pemerintah walaupun mereka memukul belakangmu." Saat ini saat kita memijak keterasingan ini melalui ruang demokrasi.

Agama perlu jadi alat untuk melawan keterasingan, melalui menarik kembali nilai- nilai agama berpontensi yang selama ini diselubung kelam oleh mereka yang mencorakkan agama menjadi hambar dan kelam. Agama perlu dirampas dari tangan- tangan mereka yang menyalahgunakan agama untuk kelangsungan kezaliman penguasa.

Demi melawan keterasingan, ambillah ibrah dari tindakan Ibrahim AS menghancurkan berhala yang menjadi lambang keterasingan umatnya pada zaman itu. Demi melawan keterasingan, ingatlah bahawa Umar alKhattab merasakan tidak patut baginya memakan bahagian yang baik dari unta yang disembelih pada hari itu sedangkan rakyatnya memakan sisa.

Demi melawan keterasingan, ingatlah wahai agamawan bahawa Imam anNawawi telah enggan mengeluarkan fatwa menyokong Raja Zahir yang mahu menggunakan segala harta rakyat untuk melawan Tartar kerana sang Imam tahu bahawa sang raja mampu untuk berjihad dengan Tartar dengan harta sendiri.

Mengakhiri tulisan, bacalah surat Shariati saat kematiannya pada 1977 kepada anaknya, Ihsan :

"Aku tak tahu apa yang disembunyikan hari-hari untukku, peran apa yang telah ditakdirkan atasku untuk menjalankan misi mulia risalah Allah, tapi aku yakin bahwa aku memiliki peran yang belum rampung dituntaskan, kalau tidak bagaimana aku tetap hidup, padahal seharusnya tulang belulangku telah hancur tujuh kali.


Aku memuji Allah karena aku dapat mengalami semua cobaan dan penderitaan yang datang silih berganti, tubuhku masih kuat, kulit tebal apakah yang menyelimuti tubuh ini? Sebahagian ahli psikologi mengatakan “Satu generasi tidak akan kuat menerima kekalahan melebihi satu kekalahan, dan lihatlah aku telah mengalami enam atau tujuh kali kekalahan, kekalahan dan kemenangan? Apa bedanya bagi kita? Mungkin kemenangan dan kekalahan merupakan hal penting bagi olahragawan, politikus dan orang-orang yang suka berkompetisi, adapun bagi kita yang terpenting adalah menunaikan kewajiban risalah Allah dalam menghadapi segala kemungkinan yang terjadi. Apabila kita menang, kita mengharap agar terlindungi dari segala kesombongan dan penindasan kepada orang lain. Jika kalah, kita mengharap agar Allah menjaga dari segala kehinaan dan penyerahan diri. 


Berjuang demi sebuah hakikat, kebebasan dan demi kebahagiaan manusia, merupakan kebahagiaan yang paling tinggi, dan keikhlasanku dalam perjuangan ini semuanya kulakukan demi bangsaku, agar dapat meringankan jeritan yang selalu ada dalam diriku. sampai-sampai aku tak dapat menjadi seorang ayah dan suami yang baik.


Terkadang aku gelisah, aku takut kekuasaan akan menindas putera-puteri dan ayahku yang sudah tua, namun apapun yang terjadi, aku yakin berjalan di jalan Allah, dan ketika sesorang menentukan suatu jalan yang ingin ditempuhnya, maka ia harus siap dengan segala kemungkinannya. Ia harus berjalan sampai ke titik akhir.


Tujukanlah wajahmu untuk agama yang suci, semua yang kita lakukan ini memerlukan kekuatan iman dan nafas panjang serta kesabaran dalam menanggung semua penderitaan. Ya Allah, berikanlah kami kekuatan sesuai dengan langkah kami."



Selasa, 21 Februari 2012

Bagaimana Dapat Aku Melupakan Kekasehku?

1 komen pembaca



إتصل شاب على الشيخ العريفي و قال : يا شيخ أنا تبت و الحمد لله لكني لم أستطع ان أنسى معشوقتي
Seorang pemuda menelefon Shaykh al'Arifi (barangkali ketika sesi penggambaran program TV shaykh) dan berkata: wahai shaykh, aku telah bertaubat, alhamdulillah, tetapi aku tidak mampu melupakan kekasihku.


قال له الشيخ : إدعي من الأدعية لعلك تنسى
Shaykh berkata kepadanya: berdoalah dgn doa-doa semoga engkau melupakannya.


فقال الشاب : أخبرني بعض من الأدعية
Pemuda: ajarkanlah aku beberapa doa.


فقال له : قل : اللهم إجعل في قلبي إيمان و في سمعي إيمان و في بصري إيمان و في طريقي إيمان
Shaykh: bacalah - "ya Allah, jadikanlah dlm hatiku IMAN, dan pada pendengaranku IMAN, dan pada penglihatanku IMAN, dan pada jalanku IMAN..."


فأوقفه الشاب و قال : يا شيخ ، إسم محبوبتي ( إيمــــان )
Maka pemuda itu memberhentikan percakapan shaykh dan menyampuk: ya shaykh, tapi nama kekasihku tu “iman”

فضحك الشيخ العريفي حتى أوقفوا التصوير
Maka tergelaklah shaykh sehingga sesi penggambaran terpaksa dihentikan..... :) :) :)




Ahad, 19 Februari 2012

"Asyraf Muiz debat"

6 komen pembaca



Beberapa hari yang lepas, aku semak trafik blog. Aku lihat ada pelayar dar Jordan menaip kata kunci "Asyraf Muiz debat" dan ia menghala ke blog aku. Kelakar pula rasanya sebab aku bukan seorang pendebat, di sekolah mahupun universiti. :P

Kali pertama aku mencuba- cuba berdebat secara rasmi dengan pendebat agung sekolah, Hazman Baharom. Kami berdebat tentang isu ekonomi dan keterkaitan dengan kemiskinan rakyat Malaysia. Pada masa tersebut, aku 16 tahun dan aku tahu itu tidak menjadi kali terakhir kami berdebat.



Kami terus berdebat secara tidak rasmi dalam pelbagai isu. Di mana saja muka bersua, di lorong- lorong kelas, di dewan makan sehingga di padang bola!

Sehinggalah hari ini, rakanku itu menjemput aku untuk berdebat semula di sekolah. Pertemuan semula selepas hampir 3 tahun meninggalkan sekolah. Ia akan menjadi satu lagenda dan sejarah. (Hehe :P) Mengenang kembali masa lalu, ia adalah sesuatu yang baik. Mengulang sekali lagi masa lalu yang indah itu lebih menggembirakan. :)

Tajuk debat ala presiden masih lagi belum tetap. Tetapi antara yang dicadangkan adalah berkaitan aktivisme mahasiswa dan kebebasan akademik. Mungkin sahabat- sahabat ada cadangan yang lebih baik untuk tajuk ?

p/s : Lepas beberapa jam tulis post ni, baru aku teringat Soi Lek dengan Guan Eng debat harini. Maaflah kalau nak tengok ulasan pasal depa, memang takdaklah pasal aku tak tengok. Haha





Sabtu, 18 Februari 2012

Apabila kita Bersedih!

1 komen pembaca
Ada waktu, kita terduduk seketika mengenang nasib yang menimpa diri kita.

Bila kita ditimpa ujian, ia tidak lepas dari dua perkara. Sama ada Tuhan mahu menguatkan keimanan kita ataupun Tuhan mahu kita mengingatkan kita dari terpesong pada jalannya.

Tuhan mahu mensucikan kita dari dosa melalui ujian, tidakkah kita patut bersyukur kepada Dia?

Sentiasalah bersangka baik dengan Tuhan walau apa jua keadaan. Kiraan kita, mungkin saja ujian merugikan kita. Tapi tentu tak sama kiraan di dunia dan kiraan Tuhan yang berada di atas arasy kan?

Bersangka baik juga dengan watak- watak yang terlibat dalam perkara yang mendatangkan ujian kepada kita. Alasan- alasan tertentu yang diberikan kepada mereka. Kadang- kadang kita lihat dugaan tidak datang kepada kita, tapi jatuh kepada orang lain. Pada masa itu, Tuhan sedang mengira pahala berapa banyakkah manfaat yang diperolehi oleh mereka yang ditmpa ujian bila kita mengambil pengajaran dari mereka.

Ukirlah bibir kita dengan senyuman, walaupun pahit. Tutuplah hiba dengan senyuman. :)

Wahai hati yang berduka lara, cipta lah kebahagian dengan berlapang dada, berbaik sangka dan melebihkan orang di sekeliling.. Ingatlah kepada pesan kekaseh Mulia, Rasulullah SAW :

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu” (Hadis riwayat Tirmizi, Ibn Majah dari Ibn Umar RA)

Justeru kesakitan yang dialami oleh gelandangan adalah pada menggauli manusia, sebelum kesakitan berbentuk ujian yang datang dan pergi pada tabiat jalan kehidupan.

Hidup itu perjuangan. Perjuangan seiringan dengan pengorbanan. Pasti rabithah Ilahiyah tertaut gembira, bila mengenangkan setiap perjuangan ada ganjarannya...

Namun jika kesedihan itu masih terasa berat maka janganlah gusar dan merasa susah tetapi segeralah membaca doa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW :

اَللَّهُمَّ إِنِّى عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ ، وَفِى قَبْضَتِكَ ، نَـاصِيَتِى بِيَدِكَ ، ماَضٍ فِيَّ حُكْمُكَ ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِـهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أَنْزَلْتَـهُ فِى كِتَابِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِـهِ فِى مَكْنُوْنِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِى ، وَجَـلاَءَ هَمِّى وَغَمِّى

Maksudnya : "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak kepada hamba-Mu. Aku (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas (diri)ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran itu sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihan dan kedukaanku". Kata baginda lagi, Tidaklah seorang pun yang membaca doa tersebut melainkan Allah menghilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan. (Hadith riwayat Ahmad)

Firman Allah SWT : “Ketahuilah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada ketakutan terhadap diri mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.” (Yunus : 62)

Sungguh tiada kesedihan bagi orang yang beriman !

Khamis, 16 Februari 2012

14 februari 2011 (2)

0 komen pembaca
Kasih Tak Sampai (Untuk Siapa Saja yang Pernah Merasa)

BUNGA-BUNGA sudah tidak harum lagi,
Nafas-nafas hanya untuk tidak mati;
Tertawa rakan menjadi sepi,
Hati tergores gadisku pergi.


Tiada kenangan sesedih ini,
Mengalahkan kecewa bunda mati;
Bunga-bunga sudah tidak harum lagi,
Nafas-nafas hanya untuk tidak mati.


Sudah lama perahu ditambatkan,
Sirih bertepak sudah dihantarkan;
Bersiaplah kami menanti musim,
Beta mimpikan malam pengantin.


Tenang sudah gelora di hati,
Terkulai puspa menyembah bumi;
Lari senyum dilambai sunyi,
Timbunan ringgit mengalahkan budi.


Di antara pertemuan malam dan siang,
Tergoreslah hati kasih tak sampai,
Kupeluk kenangan membujuk hati,
‘Patah tumbuh hilang berganti’.


Usman Awang
1954

14 februari 2011

0 komen pembaca
Adat hidup temukan mati
Jangan tuan terus masygul
Adat wira harus tahan uji

Ya kalau begitu aku berjanji
Hadapan temanku yg berperkerti tinggi
Titian takdir seruncing manapun ku seberangi
Di mulut naga gemala sakti terkunci
Kan ku sambar ku rampas jadikan bukti

Langgam Pak Dogo

Isnin, 13 Februari 2012

Cintailah perempuan yang membaca.

3 komen pembaca
Terjemahan oleh saudara Izmil Amri

Cintailah perempuan yang membaca. Perempuan yang berhabis duit untuk buku dan bukan baju. Dia punya masalah dengan ruang lemari baju, kerana dia punya terlalu banyak buku. Cintailah perempuan yang punya senarai buku-untuk-dibaca, perempuan yang punya kad perpustakaan sejak dia dua-belas tahun usia.

Carilah perempuan yang membaca. Dialah perempuan yang sentiasa menyimpan buku yang belum dibaca dalam tas tangannya. Dialah yang meninjau-ninjau di dalam kedai buku dengan penuh rasa kasih sayang. Yang menjerit kecil apabila ketemu buku yang dicari. Kau lihat gadis aneh yang mencium bau halaman buku lama di kedai buku terpakai itu? Itulah dia perempuan yang membaca. Dia tidak akan dapat tahan nafsu untuk menghidu halaman buku lama, terutamanya yang sudah mulai kuning.

Dialah perempuan yang membaca sambil menunggu di kedai kopi hujung jalan sana. Kalau kau lihat cawan kopinya, krimer bukan tenusu maseh lagi terapung di atas, dia sudah pun keasyikan. Hilang tenggelam dalam dunia bikinan si penulis. Duduklah di sebelahnya. Dia mungkin akan menjeling, kerana perempuan yang membaca tidak suka diganggu ketika membaca. Tanyalah jika dia suka buku yang dibacanya itu.

Belikan dia secawan kopi lagi.

Katakan pada dia apa yang kau fikir tentang Murakami. Lihat sama ada dia sudah melepasi bab pertama Fellowship. Fahami bahawa jika dia katakan yang dia faham Ulyssesnya si James Joyce, itu hanyalah kerana mahu kelihatan cerdik. Tanyakan kalau-kalau dia suka Alice, atau jika dia mahu menjadi Alice.

Alangkah senang bercinta dengan perempuan yang membaca. Hadiahkan dia buku pada hari jadinya, pada Hari Natal dan pada setiap ulangtahun. Hadiahkan padanya hadiah kata-kata, dalam puisi, dalam lagu. Berikan dia Neruda, Pound, Sexton, Cummings. Biar dia mengerti bahawa kau memahami yang kata-kata itu adalah cinta. Fahamilah yang dia sememangnya tahu beza antara dunia buku dan realiti, walau dia bersungguh juga mahu bikin hidupnya seakan buku yang paling dia suka. Bukan salah kau kalaupun di mencuba begitu.

Apa cara pun, dia mesti akan perlu mencuba juga.

Berbohonglah padanya. Jika dia memahami sintaks, dia akan faham keperluan kau untuk berbohong. Di balik kata-kata ada perkara-perkara lain: motivasi, nilai, nuansa, dialog. Tidak akan kiamat lagi dunia, kalau kau bohong padanya.

Kecewakan dia dengan kegagalan. Kerana perempuan yang membaca tahu bahawa kegagalan selalunya membawa kepada klimaks jalan cerita. Kerana perempuan yang membaca faham bahawa tidak semua perkara berakhir begitu sahaja. Masih boleh ditulis sekuelnya. Masih boleh mula semula, lagi dan lagi, dan masih boleh jadi hero. Dia faham bahawa dalam hidup, mesti ada satu dua watak jahat.

Kenapa takutkan segala yang bukan kau? Perempuan yang membaca memahami bahawa manusia, sama juga seperti watak dalam buku, berkembang. Kecuali dalam siri Twilight.

Kalau kau ketemu perempuan yang membaca, janganlah dibiar pergi jauh. Bila kau ketemu dia di tengah malam jam dua pagi sedang memeluk buku ke dadanya dan menangis, buatkanlah dia secawan teh dan peluk dia rapat-rapat. Kau mungkin kehilangan dia untuk seketika, tetapi dia tetap akan kembali pada kau. Dia akan berbicara seolah watak di dalam buku itu hidup, kerana untuk satu ketika, watak-watak itu benar-benar hidup.

Kau akan melamarnya di atas belon udara panas. Atau ketika konsert rock. Atau secara bersahaja bila dia jatuh sakit. Atau melalui Skype.

Kau akan tersenyum sampai telinga dan tertanya-tanya kenapa jantung kau masih belum meletup keluar dari rongga dada. Kau akan menulis kisah hidup kau berdua, punya anak-anak dengan nama pelik-pelik dan selera yang bukan-bukan. Dia akan perkenalkan anak kau kepada Cat in the Hat dan Aslan, barangkali pada hari yang sama. Kau akan berjalan di musim salji bersamanya bila sudah berusia nanti, dan dia akan bacakan Keats dengan nada lembut sambil kau ketis salji dari kasut.

Cintailah perempuan yang membaca kerana kau berhak. Kau berhak untuk dapat seorang perempuan yang boleh memberi kau kehidupan penuh warna. Kalau kau hanya sugul, membosankan dan tidak serius, adalah lebih baik kau bersendirian. Kalau kau mahukan dunia, dan dunia-dunia di sebaliknya, cintailah perempuan yang membaca.

Atau lebih baik, cintailah perempuan yang menulis.

Terjemah dari yang asalnya,
Date a girl who reads. Date a girl who spends her money on books instead of clothes. She has problems with closet space because she has too many books. Date a girl who has a list of books she wants to read, who has had a library card since she was twelve.

Find a girl who reads. You’ll know that she does because she will always have an unread book in her bag.She’s the one lovingly looking over the shelves in the bookstore, the one who quietly cries out when she finds the book she wants. You see the weird chick sniffing the pages of an old book in a second hand book shop? That’s the reader. They can never resist smelling the pages, especially when they are yellow.

She’s the girl reading while waiting in that coffee shop down the street. If you take a peek at her mug, the non-dairy creamer is floating on top because she’s kind of engrossed already. Lost in a world of the author’s making. Sit down. She might give you a glare, as most girls who read do not like to be interrupted. Ask her if she likes the book.

Buy her another cup of coffee.

Let her know what you really think of Murakami. See if she got through the first chapter of Fellowship. Understand that if she says she understood James Joyce’s Ulysses she’s just saying that to sound intelligent. Ask her if she loves Alice or she would like to be Alice.

It’s easy to date a girl who reads. Give her books for her birthday, for Christmas and for anniversaries. Give her the gift of words, in poetry, in song. Give her Neruda, Pound, Sexton, Cummings. Let her know that you understand that words are love. Understand that she knows the difference between books and reality but by god, she’s going to try to make her life a little like her favorite book. It will never be your fault if she does.

She has to give it a shot somehow.

Lie to her. If she understands syntax, she will understand your need to lie. Behind words are other things: motivation, value, nuance, dialogue. It will not be the end of the world.

Fail her. Because a girl who reads knows that failure always leads up to the climax. Because girls who understand that all things will come to end. That you can always write a sequel. That you can begin again and again and still be the hero. That life is meant to have a villain or two.

Why be frightened of everything that you are not? Girls who read understand that people, like characters, develop. Except in the Twilightseries.

If you find a girl who reads, keep her close. When you find her up at 2 AM clutching a book to her chest and weeping, make her a cup of tea and hold her. You may lose her for a couple of hours but she will always come back to you. She’ll talk as if the characters in the book are real, because for a while, they always are.

You will propose on a hot air balloon. Or during a rock concert. Or very casually next time she’s sick. Over Skype.

You will smile so hard you will wonder why your heart hasn’t burst and bled out all over your chest yet. You will write the story of your lives, have kids with strange names and even stranger tastes. She will introduce your children to the Cat in the Hat and Aslan, maybe in the same day. You will walk the winters of your old age together and she will recite Keats under her breath while you shake the snow off your boots.

Date a girl who reads because you deserve it. You deserve a girl who can give you the most colorful life imaginable. If you can only give her monotony, and stale hours and half-baked proposals, then you’re better off alone. If you want the world and the worlds beyond it, date a girl who reads.

Or better yet, date a girl who writes.

via this: http://dotmyeyes.tumblr.com/post/3761615260/date-a-girl-who-reads-date-a-girl-who-spends-her

Ahad, 5 Februari 2012

Maulidur Rasul 1433H adalah Solidariti Bersama Rakyat Syria

4 komen pembaca
Maulidur Rasul patut disambut dgn solidariti bersama rakyat Syria yang disembelih oleh rejim Assad dengan sokongan Russia, China dan Iran! - Dr Maszlee Malik.






بعد الفيتو الروسي والصيني على مشروع جامعة الدول العربية ضد طغيان النظام السوري ، ماذا بقي من الأمل في النظام العالمي الذي ما زال يكرر فشله في أوضح القضايا عدالة وأشدها إنسانية .
اللهم انصر إخواننا في سوريا بنصر من عندك ، تحقن به دماءهم ، وتحفظ به أعراضهم ، وتعيد به إليهم حقوقهم ، وتنتقم به ممن ظلمهم !


Shaykh alSharif Hatim bin Arif alAwni :
Selepas Rusia dan China laknatullahialaihima menggunakan kuasa veto ke atas projek Liga Arab untuk menentang thogut kerajaan syria ,apakah yang tinggal dari harapan kepada organisasi antarabangsa itu yang sentiasa mengulangi kegagalan pada masalah yang paling terang lagi bersuluh dalam keadilan dan yang paling dahshat dalam kemanusiaan.

Ya Allah tolonglah saudara- saudara kami di syria dengan pertolongan dariMu, dan dengan pertolongan itu menjaga darah- darah mereka , menjaga kehormatan mereka , dan memulangkan hak- hak mereka, dan membalas siapa yang menzalimi mereka..




اللهم كل من دافع عن بشار ولو بنصف كلمة فاحشره معه يوم القيامة
قولوا : آآآمين


Shaykh Dr Muhammad alArifi :
Ya Allah, semoga sesiapa saja yang mempertahakan Bashar Assad walaupun dengan setengah perkataan maka bangkitkanlah dia bersamanya pada hari kiamat ...

Tambah Shaykh alArifi : "Setiap kedutaan Syria di negara lain yang tidak mengiklankan keluarnya dia dari kerajaan Syria ,maka dia adalah partner kepada kerajaan thoghut itu."

Maka setiap rakyat negara lain yang ada kedutaan Syria di dalamnya perlu berdemonstrasi dekat kedutaan Syria untuk menangkap duta dan membuang mereka.



استخدام الصين وروسيا حق النقض ضد القرار كما كانت تصنع أمريكا ضد اليهود= يؤكد أن نظام هذا المجلس ملعون كواضعه.. وأن الحقوق يجب أن تنتزع بالقوة. 
ونتمنى أن يكون هناك تعاون بين الدول الإسلامية والأردن وتركيا ويتولون دعم الجيش الحر ويمدونه بالسلاح والمؤن كما تصنع إيران مع المجرم وجيشه


Shaykh alMuhaddis Abdul Rahman alSudaysi :
Penggunaan veto oleh Rusia dan China menunjukkan PBB itu memang majlis yang dicela seperti pembuatnya juga(US dan Yahudi) . Kerajaan Syria perlu dijatuhkan dengan kekuatan. Kami mengharapkan kerjasama di antara negara-negara islam, Jordan dan Turki,menghulurkan bantuan tentera dan senjata.




نحن بصدد كتابة مناشدة وحشد توقيعات علمائية واسعة النطاق لدعم الشعب السوري ضد طغاته.
دعواتكم لأهلنا في سوريا والله مع الصابرين.


أشيد بخطوة تونس في طرد السفير السوري، وأتمنى أن تحذو الدول الأخرى -خصوصاً دول الثورة- حذوها في طرد السفير.

Shaykh Dr Salman bin Fahd alOuwdah :
Kami di dalam proses untuk menulis rayuan mengumpulkan tandatangan para ulama' dengan seluas- luasnya untuk membantu rakyat Syria dalam melawan thogutnya.

Aku menyokong tindakan Tunisia dalam membuang duta Syria , aku berharap negara lain juga mengambil tindakan yang sama, terutamanya negara pasca- revolusi.




تأخر هزيمة النظام النصيري مع توالي تساقط القتلى قد يدخل بعض النفوس باليأس، ولو تدبروا سنن الله لعلموا أن في ذلك من الحكم ما يصعب حصره، فهو ابتلاء لقلوب المؤمنين، ورفع لمنزلة من قتل شهيدا، وفتنة لمن في قلوبهم مرض، فتدبر هذه الآيات تجد برد اليقين: {ولو يشاء الله لانتصر منهم ولكن ليبلوا بعضكم ببعض والذين قتلوا في سبيل الله فلن يضل أعمالهم * سيهديهم ويصلح بالهم * ويدخلهم الجنة عرفها لهم}.
مع أن ثبات المستضعفين طول هذه المدة من أعظم الانتصارات.


Shaykh Nasir bin Sulayman alUmar :

Lambatnya kejatuhan kerajaan Syria anNusayri bersama berterusannya kematian mungkin menyebabkan sesetengah manusia putus asa, sekiranya mereka mentadabbur sunnah- sunnah Allah maka mereka mengetahui padanya hikmah yang payah untuk dihitung. Ia adalah ibtila' (ujian ) kepada hati- hati mukminin, peninggian tempat mereka yang mati syahid, fitnah kepada mereka yang mempunyai penyakit hati, tadabburlah ayat ini

ولو يشاء الله لانتصر منهم ولكن ليبلوا بعضكم ببعض والذين قتلوا في سبيل الله فلن يضل أعمالهم * سيهديهم ويصلح بالهم * ويدخلهم الجنة عرفها لهم

"Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Dia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka.

Allah akan memimpin mereka yang berjuang (ke jalan mendapat sebaik-baik balasan) dan menjadikan keadaan mereka baik dan berguna (di dunia dan di akhirat)

Serta memasukkan mereka ke dalam Syurga yang telah dijanjikan dan diterangkan sifat-sifatnya kepada mereka."

Surah muhammad: ayat 4-6

Keteguhan kaum yang ditindas sepanjang waktu ini adalah dari sebesar- besar kemenangan.

Khatimah

Malangnya di Malaysia, TV3 suku terlalu bodoh membiarkan Duta Syria menipu kepada rakyat Malaysia. Duta berkenaan menyatakan bahawa revolusi Syria yang berlaku sekarang didalangi orang luar yang mahu jatuhkan kerajaan adalah pembohongan yang nyata kepada rakyat Malaysia.



Kredit kepada Ustaz Kurta Ungu (Kuliah Hadis alShareef dan Pengajian Islam Universiti Islam Madinah)