Ahad, 27 Jun 2010

Warkah Terbuka Buat Ustaz Fathul Bari dan Sahabat. :)


Menulis dalam keadaan fikiran yang kacau, bukanlah sesuatu yang baik.

Tetapi saya harus menulis juga. Penyertaan beberapa orang ulama' ke dalam UMNO yang saya kenal amat merunsingkan fikiran saya.

Kedua- dua nama yang disebut MalaysiaKini adalah individu yang terbabit dalam mengarang surat sokongan supaya saya dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang Hadis dan Pengajian Islam di Universiti Islam Madinah kepada Kerajaan Arab Saudi.

Mereka adalah Ustaz Fathul Bari dan Ustaz Fadhlan bin Mohd Othman. Keduanya juga sedang menyiapkan PhD mereka. Secara peribadinya, saya tidaklah begitu mengenali Ustaz Fadhlan, tetapi Ustaz Fathul Bari adalah syeikh yang saya perolehi banyak manfaat darinya. Manfaat dalam mengenal manhaj Salaf.

Ustaz Fathul Bari adalah seorang yang sangat lemah lembut, tegas dalam menegakkan haq dan sangat menghormati manusia lain.

Antara pesanannya yang tidak dapat dilupakan adalah, "Kita dalam dakwah sunnah ni bukan nak paksa orang, bukan nak keras, tapi dakwah sunnah ni dakwah yang lemah lembut sebagaimana yang Nabi SAW buat, Asyraf Muiz"

Dengan ini, saya bercadang nak mengirim surat terbuka kepada ustaz- ustaz ini. Dengan harapan juga mereka membaca.


Warkah Terbuka Kepada Ustaz Fathul Bari dan Sahabatnya

Murabbi yang ana kasihi,

Penyertaan ustaz ke dalam UMNO, bukanlah suatu yang sangat mengejutkan ana kerana ana sedia maklum hubungan ustaz dengan UMNO sebelum ini.

Ana tahu ustaz, bahawa UMNO sedang mempergunakan ustaz dan geng- geng ustaz sebagai alat politik mereka. Kita boleh menutup mata bila berdepan dengan sejarah, tetapi sejarah tidak pernah menipu kita. Lihat apa yang terjadi kepada saudara Anwar Ibrahim.  Mereka sangat memerlukan undi Melayu pada saat ini kerana pilihanraya semakin hampir.

Cumanya pada kali ini, ana memilih untuk berlaku naif. Ana bukannya tidak dapat membaca tindakan politik UMNO yang saya benci, tetapi kethiqahan ana kepada Ustaz menyebabkan ana terasa ingin menasihati ustaz.

Oleh kerana parti adalah wasilah dan segala jamaah adalah wasilah , oleh sebab itulah wasilah- wasilah ini dengan realiti yang ada sentiasa berijtihad bahawa cara ustaz antara cara terbaik.
Kita tahu bahawa parti politik hanyalah sebuah wadah perjuangan dan hukum menyertai UMNO bukanlah bermaksud menjadi kafir atau murtad.

Kita bersetuju sekiranya kemasukan ke UMNO itu adalah dengan niat untuk berdakwah dan mengubah keburukan menjadi kebaikan dengan cara mendekati penyokong UMNO.

Itu adalah bidang ijtihad yang tiada siapa berhak menghukum dosa dan pahala kecuali Allah SWT.

Jujurnya memasuki pada waktu genting seperti ini membawa beberapa tanggapan yang bercampuk aduk ketika ini. Memasuki UMNO ketika UMNO sangat pro- Amerika dlm pendirian praktis dan lisan menyebabkan ustaz akan ditimpa masalah imej dikalangan rakyat. Sedangkan menerima hadiah daripada pemerintah pun dielak oleh salafussoleh agar mulut mereka tidak takut menegur kesalahan pemerintah.

Ana mengharap para ustaz yang masuk kali ini, oleh kerana mereka banyak menegur dan membasmi kejahatan walaupun bid'ah yg kecil dalam ceramah mereka sebelum ini(satu perkara yg baik), maka kalau ustaz membisu dengan kemaksiatan yg nyata dilakukan oleh UMNO, kedudukan ustaz akan terhina di sisi umat.

Syeikh yang ana kagumi,

Ana ingin mencabar ustaz menggunakan wasilah yg ada untuk membasmi kezaliman UMNO yang nyata dan pendirian politik antarabangsa pemimpin UMNO yang ke arah cara pemerintahan kafirin sekarang ini. Harap ustaz merealisasikan usul- usul perjuangan Sheikh Muhammad yang jelas menentang MUWALAT ini dalam kebanyakan kitab beliau. Kalau tidak , tinggalkan nama perjuangan sunnah ustaz kerana ustaz sedang merosakkan nama pejuang sunnah itu.

Sesungguhnya tugas Ustaz sangatlah berat apabila berada dalam UMNO. Mana Ustaz nak tangkis fitnah dari pentaksub parti pembangkang lagi, mana nak berdepan dengan najis mughallazah dalam UMNO sendiri dan sebagainya.

Ustaz Fathul Bari yang ana muliakan,

Seperkara lagi Ustaz, ana harap Ustaz berjaya melakukan ta'awun bukannya tuhdod. Ta'awun maksudnya di sini pengislahan sistem UMNO yang sekular kepada Islam. Dalam masa ustaz melakukan kerja dakwah ustaz, jangan pula melakukan tuhdod yakni membantai kerja dakwah pejuang di sebelah sini, PAS. Kalau ustaz hentam kerja dakwah ulama' PAS, ustaz tunggu ana langgar ustaz. Hehe...

Apapun ana ucapkan selamat berjaya kepada ustaz. Ana mengambil ketetapan falsafah bahawa UMNO atau PAS atau pemimpin HANYAlah asbab sementara sahaja. Bukan akidah.

Ana tidak beriman kepada jenama PAS atau pemimpin Hadi atau Nik Aziz. Jika wujud keperluan menjatuhkan sesesuatu demi Allah, demi sistemNya, Nik Aziz pun ana akan langgar. Muktamad!

Berbalik kepada Ustaz Fathul Bari dan sahabat, pertamanya, ana ucapkan selamat berjaya kepada beliau. Menanti dan meneliti bentuk jalan apakah yang boleh dilakukan Ustaz Fathul Bari dan sahabat demi Allah dan sistemNya. Kemudian, seandainya kami dapati ustaz semakin menajiskan dirinya, maka, ana akan langgar.

"Ya Allah, Tuhan kami semua. Jika Ustaz Fathul Bari dan sahabat benar keranaMu, Ya Allah, berikan kekuatan kepada beliau. Jika Ustaz Fathul dan sahabat semakin melanggarMu, atau melewatkan proses tegaknya sistemMu, maka; berikan kekuatan kepada kami atau mana- mana golongan yang Kau hadirkan untuk melanggarnya. Amin."

Ketahuilah ustaz, mungkin orang yang paling tajam mengkritik ustaz adalah orang yang paling mengasihi ustaz, berbanding orang yang memuja dan memuji di sekeliling kita. Ana hanya seorang murid ustaz, dan kekal murid sebelum dan selepas kritikan ini.

Allah tahu yang terbaik.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagaimanakah sikap yang sepatutnya terhadap seorang ulama'?

Ghazi berkata...

anda rasa mcmana "Tanpa Nama"?

dino.yp@gmail.com berkata...

apa bezanya dengan PAS ? bukankah mereka menggunakan 'ulama' untuk berpolitik ?

C++ berkata...

Bhai Muiz,

Gua setuju ngan artikel lu nih... sebab kalu pimpinan/ulama makin jauh dari "RUH ISLAM" ... memang wajar dilanggar.. demi tertegaknyer "RUH ISLAM" itu sendiri selengkapnyer...

yui berkata...

ehehe.... aku xarif la nak komen sal ni... tp hopefully penyertaan tu akan bawa kebaikan utk suma...

Tanpa Nama berkata...

Wa 'alaikumussalam wbt Saudara Asyraf Mui'dz.

Abang bukan seorang 'alim, faqih, dan sebagainya.

Abang langsung tak sebut, fatwa, label Wahhabi sesat.

Abang cuma bangkitkan persoalan tentang Wahhabi, sediakan pautan dan keterangan yang sudah dibuat para ustaz tentang Wahhabi.

Juga, abang tidak menyesatkan Salafi.

Isunya sekarang ialah Wahhabi. Bukannya Salafi.

Sebab dengan pengetahuan yang serba sedikit ini, ada 'ulama yang membuat pembezaan antara Salafi dan Wahhabi. Wahhabi disandarkan kepada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhabi, yang telah banyak dipertikaikan keilmuwan beliau, hatta daripada saudara kandungnya sendiri.


Mengapa kata abang tak mahu buka pemikiran?

Siapa kata abang tak mahu buka pemikiran?

Yang ramai dok risau ialah dari segi pengembangan firqah syaz, berlawanan dengan kerangka arus perdana, jumhur 'ulama yang ada pertalian sanad 'ilmu yang sah.


Abang harap Muidz jangan terlalu cepat ikut darah muda. Jangan cepat larut dalam idea "tajid" dalam erti kata nak melemahkan asas-asas kefahaman agama yang dah kukuh dengan perkara-perkara furu', beserta menimbulkan perpecahan umat Islam.

Abang pun yakin, Muidz ada ilmu agama yang melaut luas, kefahaman yang mantap dan sebagainya.

Namun, jangan sampai menyebabkan diri mudah melukakan pandangan orang lain. Jangan sampai mudah meletakkan orang lain di bawah kita.

Banyakkan kajian. Luaskan rujukan.

Kajilah tentang Wahhabi dengan lebih mendalam.

Ingat, ini soal Wahhabi, bukan Salafi.

Sekali lagi, abang hanya sekadar berkongsi maklumat daripada para 'ulama yang berkeahlian.Bukan diri abang sendiri yang membuat fatwa.

Jom sama-sama ikhlas dalam mencari kebenaran dalam beragama. Jangan sampai Allah humbankan kita dalam neraka akibat ilmu agama, kerana adanya penyakit hati seperti riyak, ta'ajub, sum'ah, syirik khafiy, takabbur.

Ya Allah, ampunkan kelemahan dan dosaku, moga nasihatku ini memberi manfaat dan keselamatan kepada diriku sendiri dan saudara yang kutujukan perkara ini.

Eyl berkata...

Ustaz azhar ckp most of the 'ulama' tu wahabi.beliau kata bukan saje2 tuduh,tp beliau mmg kenal pun.

Ade sorg tu,org terengganu masa belajar lg dh tolak ulama' ahli sunah.baru belajar tu,xkerja lg.

Tanpa Nama berkata...

salamullahialaik.

bersetuju dgn pndangan tanpa nama di atas. enta perlu lebih banyak mengkaji dan mencari. bukan terus-terusan melabel pada sebelah pihak. dan itu tidak adil. yakni pada definisinya, tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. enta masih berdarah muda. teruskan untuk mencari dan mencari. kaji dan terus mengkaji.

wallahua'lam.

Tanpa Nama berkata...

dikk ...adik kata anwar pemimpin islam.

kena byk buat kajian lg dekk.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum adik,

Ikhlas, penulisan yang kurang matang, memerlukan penyelidikan yg lebih mendalam dalam spektrum dakwah yang luas.

Salam Kemaafan....

Tanpa Nama berkata...

saya rasa komen komen kat atas menunjukkan ke'sayang'an manusia pada anda.

Muhd Iqbal Samsudin berkata...

terus berjuang mencapai syahid!!

Tanpa Nama berkata...

Allahuakbar!!!

Tanpa Nama berkata...

top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]uk casinos[/url] hinder the latest [url=http://www.realcazinoz.com/]free casino games[/url] manumitted no consign bonus at the chief [url=http://www.baywatchcasino.com/]no lay tip
[/url].

Unknown berkata...

Allahuakabar...kenal diri kita,kenal Allah,bila kenal Allah rosaklah diri.BERGETAR SELURUH TUBUH BILA DISEBUT NAMA ALLAH..

Unknown berkata...

maaf ku bukan membenci mana mana pihak.JADIKANLAH ALQURAN SEBAGAI RUJUKAN BUKAN DIPERTANDINGKAN.