Nazri Abdullah | |||||
KUALA LUMPUR, 26 Jun: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan mendapatkan penjelasan kerajaan berhubung kesahihan keputusan penarikan balik kelulusan lesen judi seperti dilapor media semalam. Setiausahanya, Suhaizan Kayat (gambar) berkata, penjelasan itu perlu ekoran keputusan pembatalan hanya dibuat oleh Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, bukannya mesyuarat Kerajaan Persekutuan atau kabinet. "Sehubungan itu, pihak GMJ akan mendapatkan penjelasan secepat mungkin daripada pihak Kerajaan Malaysia berkenaan kesahihan maklumat yang diterima memandangkan bahawa keputusan ini hanyalah dibuat oleh mesyuarat Umno, bukannya mesyuarat Kerajaan Persekutuan. "Pihak GMJ akan membuat mesyuarat tergempar pada hari Ahad, 27 Jun, jam 11 pagi di Kuala Lumpur untuk membincangkan tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan rasmi GMJ. Media melaporkan, mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam telah memutuskan bahawa kerajaan tidak akan meluluskan lesen judi sukan. Keputusan tersebut didakwa dibuat berdasarkan pertimbangan agama dan kesan politik. Dalam pada itu, mesyuarat GMJ esok akan dihadiri oleh semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan politik yang telah bernaung di bawah GMJ. Mereka dijangka berbincang mengenai kesan keputusan terbaru MT Umno itu terhadap himpunan 100 ribu rakyat membantah judi yang dijadualkan pada 3 Julai ini sempena penyerahan memorandum bantahan judi sukan kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Pada 23 Jun lepas, rombongan GMJ yang diketuai pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid menyerahkan memorandum bantahan judi sukan itu kepada Perdana Menteri di Putrajaya. |
Ada waktu, kita terpaksa menaruh harapan untuk tidak percaya lagi dengan harapan- harapan yang ada.
Sabtu, 26 Jun 2010
Lesen judi: GMJ akan dapatkan penjelasan kerajaan
Lesen judi: GMJ akan dapatkan penjelasan kerajaan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan