Khamis, 27 Januari 2011

Revolusi dan Islam.

0 komen pembaca
Dr Azam Tamimi menyebut : "Para rejim di Mesir, di Jordan, Yaman, Algeria, Libya dan Arab Saudi juga boleh runtuh." Benar katanya bahkan Raja Jordan kini berjanji memperbaiki nasib rakyatnya setelah bimbang dengan apa yang berlaku di Tunisia. Tapi Arab Saudi masih boleh rileks kerana ramai tokoh agamawan berdiri kukuh dibelakang mereka. Kasihan rakyat, apabila agama hanya menyokong pemerintah



Sejujurnya aku rasa tercabar(sakit hati dan geram) bila mereka yang terus terusan mengutuk para revolusinis dan demonstrator sebagai khawarij, anjing neraka dan sebagainya. Mereka mengkritik dari bilik yang sejuk dan selesa, sedangkan para revolusinis menyerahkan darah dan nyawa mereka di jalanan untuk melihat keadilan dan kebebasan tertegak di tanah air.

Dari status fb Ustaz Emran bin Ahmad:

Memang betul. Sebab itu kita lihat ramai pemerintah sekarang ini yang berkuasa adalah Khawarij. Dahulunya, apabila kerajaan yang zalim berkuasa, para ulama sunnah tidak menyebelahi rakyat tetapi sibuk mengampu dan membodek pemerintah dan pihak yang berkuasa konon itu kerja sunnah. Tetapi rakyat tetap menderita dan tertindas.

Saban hari ulama sunnah ini terus bercakap soal agama dan tauhid. Tetapi rakyat tetap menderita dan tertindas. Kemudian para ulama' sunnah ini bercakap soal solat cara nabi. Tetapi rakyat tetap tertindas dan dizalimi. Fitrah manusia yang diciptakan oleh Allah swt, sunnatullah yang diajarkan oleh Islam mengatakan manusia cintakan keadilan dan kebenaran tidak kira dari mana ianya datang.

Tapi rakyat tidak dapat bersabar, kezaliman tidak mampu ditahan lagi kerana setiap sesuatu itu ada hadnya.

Lalu akhirnya revolusi dicetuskan oleh anak-anak muda, orang yang berkefahaman sosialis, para pemikir yang terpengaruh dengan kebebasan yang diajarkan oleh barat lalu mereka inilah yang membela nasib rakyat, mempertahankan hak-hak rakyat. Maka tercetuslah revolusi, reformasi dan segala usaha menjatuhkan kerajaan pun berlaku.

Rakyat pun mengikuti orang-orang ini dan meninggalkan agama... Agama candu.... Agama menipu... Agama tidak memajukan umat... Agama hanya untuk raja-raja zalim untuk kekal memerintah....Demikianlah sejarah pun berulang kembali seperti yang pernah berlaku di Turki, di Tunisia, Di Libya, Di Mesir, Di Algeria, dan akan terus berlaku kerana kejahilan umat dan kebengapan pendakwah sunnah akan isu ummah....Merekalah Ruwaibidhoh, tidak menambah kecuali kesesatan dan kerosakan ummah.

Kalau anda baca sejarah dunia, anda akan mendapati semua pemimpin yang ada pada hari ini adalah pemimpin revolusi bagi rakyat mereka suatu ketika dahulu.... Kenapa mereka sekular ? Kenapa mereka Sosialis ?? Kenapa mereka menolak Islam dan agama ??? 


Sejarah membuktikan bahawa pemimpin seperti Muammar Ghadaffi, Jamal Abd Nasir, Ali Abd Salleh juga menaiki takhta mereka sebagai pemimpin melalui jalan kebangkitan rakyat tetapi sejarah tetap terus berulang dan kezaliman tetap terus berlangsung kepada rakyat. Kenapa ? Kerana orang agama tidak memainkan peranan mereka...Ayuh segeralah tiupkan wisel, ajak orang agamawan di sekeliling anda memainkan peranan mereka dengan berkesan.

Kerana mana ulama' dan agamawan mereka dahulu ketika diperlukan ? 

Sudah tiba masanya para ulama dikejutkan dari kerusi malas mereka dan turun kepada rakyat jelata.

Jika Ulama' dan jika Ahli Sunnah yang mengetuai perjalanan revolusi dan reformasi rakyat maka sudah pasti sejarah akan berubah dan nescaya masa depan akan menjadi lebih memihak kepada Islam dan membawa kebaikan kepada ummah. Sebab itulah Allah swt menjanjikan di akhir zaman bahawa revolusi akan dibawa oleh Al-Mahdi dan Nabi Isa as, bukannya pemimpin sekular atau sosialis yang berkefahaman sesat atau salafi yang membodek pemerintah...

Sunnah yang sahih ialah menjatuhkan kezaliman dan mengangkat kebenaran... Itulah Islam yang sahih. 
Saya tidak menyalahkan sesiapa cuma mengeluh sendiri dengan situasi umat. Nasihat saya kepada para ulama' dan alim agama yang mahu beramal dengan hadis mentaati pemerintah ialah rajin-rajinlah sama turun ke sawah, ke perkampungan nelayan, felda dan kampung-kampung orang miskin dan merasai kesusahan mereka. Usah bercakap soal aqidah, soal tauhid tetapi soal kemanusiaan yang asas pun kamu tidak mampu pertahankan.

Kamu buktikan dahulu bahawa kamu adalah manusia dan mempunyai sifat kemanusiaan sebelum kamu bercakap soal agama dan perihal ketuhanan. Maafkan saya atas luahan ini wahai saudara-saudaraku sekalian.

 
Capai tulisan Ustaz Emran di http://www.ustaz.blogspot.com/



Ahad, 23 Januari 2011

Fitnah Protokol Yahudi

2 komen pembaca
Kawan Facebook aku, Marwan Bukhari menulis di statusnya:

"Protokol Yahudi hanyalah 'konspirasi'.Tak wujud pun protokol- protokol ni..Kajian Mikhail Lepekhine (sejarahwan Rusia) mendapati,ia antara projek besar gang revolusi Rusia untuk burukkan Yahudi..disokong Nazi dan yg lain- lain. Ini juga hasil pertembungan antara sosialis(Soviet Union) dan kapitalis(United States)
pada satu masa dahulu..Protokol ditulis oleh Mathieu Golovinski dan tersebar luas seluruh dunia.

Ini, salah satu kesimpulan daripada sebuah artikel yg mendidik rasionalisme kritis dalam memberi pandangan, artikel ni ada dalam buku Metafizik dan Kosmopolitanisme, ditulis Pak Khalid.. bab 3.. artikel yang mencabar rasional kita, yang sekian lama menerima idea protokol ini.."

Sejujurnya aku belum baca lagi buku ini. Aku akan baca pada cuti musim panas ini. Kemudian aku bersetuju pula dengan komen Saifuddin Amran :

"Apakah penentangan terhadap Zionis itu sekadar berdasarkan suatu 'anggapan' semata? Perjuangan apakah ini?

"..Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku ...adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa..." (al-Maidah:8)

Protokol Zionis fitnah paling agung sepanjang sejarah kemanusiaan. Layak dibakar saja. Cukuplah al-Quran sebagai panduan kita bersikap terhadap bangsa Yahudi."


Aku cukup tak faham kenapa masih ada yang mencari penyelesaian selain al- Quran dan al- Sunnah. Tak cukup sempurnakah Islam? Atau akal kau yang tak sempurna untuk menerima Islam?

Masih lagi nak terima hujah- hujah yang penuh dengan syak wasangka. Dan menyandarkan pula bahawa : "Inilah Islam!"


Jenayah terhadap ilmu. Entahlah manusia... Tak pernah cukup.

Sebelum ini aku ada tulis juga pasal konspirasi di sini : Konspirasi Muiz Nasrallah

Selasa, 18 Januari 2011

Teori Konspirasi Adalah Sebahagian Dari Konspirasi Tertinggi

4 komen pembaca
Aku tidak mahu menafikan wujudnya kesatuan yang dinamakan firqah al- khafiyyah yang mana berkumpulnya 9 pemimpin untuk berbincang mengenai perancangan Yahudi. Perkara tersebut memang ada. Adapun lambang3 freemason yang ada pada Rotary Club, Lion Club perkara itu pun memang tidak dinafikan.

Tapi kalau minyak masak habis kat rumah pun, angkara Freemason, itu haram jadah. Hahahaha

Sehingga segala simbol kononnya dikaitkan dengan teori konspirasi. Kenapa? Tengok gambar kat bawah.


Pengkaji teori konspirasi Malaysia, adakah anda berani claim kubah hijau tu menyerupai scottish rite 33 degree? Kubah hijau itu terletak di atas mimbar Nabi.

Wow! Segi tiga dengan bulat mata di tengah! Pengkaji teori konspirasi Malaysia, cepat claim ini adalah perancangan illuminati! Itupun kalau anda berani, sebab segi tiga ini berada dalam raudhah. Nabi bersabda : “Apa yang berada antara rumahku dan mimbarku adalah Raudhah sebuah taman dari taman-taman syurga.” (HR al-Bukhari)
FOBIA

Aku berpendapat kaum Muslimin yang menjinakkan diri mempercayai konspirasi teori sehingga fobia/paranoid dan menjaja kepada ummah adalah satu usaha pembodohan ke atas diri mereka dan kepada ummah.

Jika benar kita begitu prihatin dengan tanda-tanda kiamat, bukankah yang lebih wajar dilakukan ialah menuntut ilmu supaya tidak dapat beribadat (kerja, belajar, solat) dengan menuruti sunnah berbanding takut tidak tentu pasal dengan perancangan kafir?

Itu sebabnya orang Islam hilang jati diri kerana mereka terlalu takut dengan orang kafir sedangkan kita punya hubungan terus denganNya.

Berhati-hati aku setuju namun itu bukanlah agenda utama dan matlamat kita.

Benar, memang wujud konspirasi. Allah cerita dalam Quran, bukan Muiz Nasrallah yang kelentong.

"Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya."- Quran (3:54)

Jika mereka benar- benar berkonspirasi, apa tindakan kita? Takut sahaja?

Seperti yang aku katakan, berhati-hati aku setuju, tapi apakah langkah kita dalam berhati-hati itu? Bukankah dengan meningkatkan ilmu supaya takut kita bukan pada mereka tapi pada Allah? Disini kita sudah bergerak dari bersangka-sangka sahaja kepada realiti.

Jika mereka berkonspirasi sekalipun, konspirasi mereka berkisar tentang pemusnahan akidah orang Islam supaya takut pada mereka (bukan pada Allah). Ini adalah agenda utama Iblis dan syaitan (musuh Allah dan manusia). Iblis ini menggunakan manusia, jin dan dajjal untuk mengelirukan manusia, tak tukar bin, binti, agama dalam ic pun takpe asalkan takut manusia dialihkan kepada selain Allah. Jadi kita sudah tahu apa agenda mereka sebenarnya. Masakan kita lupa musuh kita yang sebenar iaitu Iblis.

Sampaikan ada yang menolak Justin Bieber(baguslah), tapi bukan kerana lagu- lagu dia yang lucah(bagi aku lucah), tetapi sebab dia dikatakan Imam Muda Illuminati!

Freemason dan Illuminati ini lebih rendah martabatnya dari Iblis.

Para Freemason dan Illuminati paling tinggi pun usaha mereka ialah membunuh anda. Jika kita berilmu dan menyebarkan pula ilmu, ia sudah cukup menjadi bekalan diakhirat. Mulakan sekarang. Ini adalah langkah paling wajar dalam menentang Freemason dan Illuminati.

Justeru, walaupun Freemason dan Illuminati ini wujud, mereka sudah tahu mereka pasti dan pasti akan kalah (rujuk jaminan Allah diatas). Biasanya orang seperti mereka ini menggunakan taktik bumi hangus. Jika takdapat rosakkan, tapaikan. Jadi kita sudah tahu apa perancangan mereka.

Maka yang terlebih wajar ialah menggerakkan diri kita dari dibelenggu ialah keluar dari ideologi- ideologi ciptaan manusia yang tiada tunjangnya dalam Quran dan Sunnah, rapatkan diri dengan ilmu yang galurnya terus kepada Muhammad S.A.W, amalkan dan sebarkan kepada orang lain.

Ilmu adalah senjata paling kuat dalam merangka perancangan, Iman adalah senjata paling kuat dalam meraih pertolongan Allah dalam melaksanakan perancangan. Bila manusia keluar dari cintakan dunia, tiada satupun yang datang dari dunia (harta, pangkat, hedonisme, seksual, status) mampu menggugat jati diri mereka, justeru melemahkan terus usaha Iblis, Freemason dan Illuminati.

Jika benar takut akan Hari Pembalasan, segeralah bertaubat dan tuntut ilmu supaya hilang takut pada makhluk (manusia, illuminati, freemason, yahudi, dajjal, anjing, kematian) dan menuju takut kepada kemurkaan Allah.

Demi Allah, Islam dibina atas manhaj dan keyakinan, bukan atas ramalan dan sangkaan semata- mata.

Kalaulah benar, Illuminati itu terlalu berkuasa, nescaya Palestin hari ini tidak akan ada masalah. kalau mereka sudah berkuasa, mereka boleh bina Haikal Sulaiman sesuka hati.

Tetapi itu tidak berlaku. Adakah kita hidup dalam dunia khayalan? Ha ha ha

Kesan yang paling ketara sekali, pembodohan sedang berlaku bila teori konspirasi dijadikan syariah-compliance. Sana sini orang sibuk menyeru kembalilah kepada Islam, menggunakan hujah teori konspirasi. Macam mana perkara zhan, syubhat dan penuh syak wasangka dapat dijadikan hujah? Akhirnya, tamadun tersia- sia. Kita tak dapat membina tradisi ilmu.

Pembodohan yang maha nyata kepada mahasiswa.

MEREKA SUDAH BERJAYA ATAS KETAKUTAN KITA

Jadi, mereka yang mencipta teori konspirasi sudah tersenyum gembira sekarang. Aku berhipotesis bahawa ada kemungkinan teori konspirasi merupakan sebahagian dari konspirasi tertinggi. Teori konspirasi seperti sengaja dizahirkn, rumit tapi dibikin supaya menarik, akhirnya orang semua sibuk nak fahm benda ni dan tinggal yang lebih asas dan penting. 

Disisi lain, cara/method yang menjayakan teori konspirasi ialah membangkitkan perasaan ingin tahu, menarik minat untuk orang lain menggali lebih dalam dan dipakej dalam bentuk yang lebih menarik dari ilmu yang sepatutnya dikaji(Ilmu Fardhu Ain seperti bahasa Arab).

Jadi rasanya, antara cara untuk mengatasi lambakan teori konspirasi ini ialah untuk memaparkan ilmu yang sepatutnya dikaji dengan lebih menarik seperti ilmu disampaikan dalam bentuk yang lebih santai, menggunakan klip video pendek tapi berterusan, penggunaan muzik sebagai medium penyampaian. Pendek kata 'branding' dan promosi ilmu perlu lebih menarik.

Ini adalah untuk menyediakan mereka objektif ilmu dan bila mereka yang berminat sudah disaring, barulah ilmu yang betul itu disajikan kepada mereka.

Ini kerana, tidak semua orang mampu mencapai tahap intelektual tinggi tapi semua orang mampu menyampaikan kebenaran jika di beri tunjuk ajar yang betul.



UK,Filipina,Itali lepas ni aku dengar Ireland dengan Jerman - anak muda dah mula berdemo menentang pemotongan bajet pendidikan. Malaysia? Pelajar Malaysia sibuk baca teori konspirasi The Arrivals. Kahkahkahkah!

Pelik, kita nak lawan yahudi, tapi kita ambil sumber dari yahudi juga. bukankah Noreaga dan Archernarh yang buat The Arrivals adalah yahudi?

Allah tahu yang terbaik.