Sabtu, 15 Mac 2008

Pasca PRU 12- Jangan Cabar Suara Rakyat!

2 komen pembaca
PRU 12 sudah menutup tirainya. Kejutan yg melanda Negara tika ini memerlukan satu analisis menyeluruh. Sebagai seorang Melayu ISLAM, kita wajib mengetahui hal- hal yg berkaitan dgn siasah (politik). Tokoh siasah Islam pernah berkata: “tiada kebaikan bagi agama yang tiada politik di dalamnya dan tiada kebaikan bagi politik yang tiada agama di dalamnya.”Juga Allah melarang manusia mengambil Islam sebahagian dan mengkufuri sebahagian yang lain. Hal ini dinyatakan oleh Allah didalam firmannya;

Maksudnya; “Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat” (surah al-Baqarah : 85)
Politik merupakan antara perkara yang diajar oleh Islam. Rasulullah SAW merupakan tauladan contoh dalam menentukan kebaikan dalam menuju kejayaan berpolitik.

Punca Kejatuhan UMNO
1. Tiada perubahan yg signifikan utk rakyat dlm peningkatan taraf hidup.
2. kerajaan gagal mengawal nilai wang yg semakin kecil
3. Projek mega yg tidak menguntungkan rakyat bg jangka masa panjang. Projek kosmo hanya menjadi penyuntik semangat golongan muda ttp sebenarnya ' indah khabar dr rupa.
4. Sensitiviti kaum tak dijaga(hunus keris), MIC dan MCA gagal memainkan peranan untuk membela kaum yang diwakili
5. Kritikan pembangkang dipandang ringan, Pak Lah gagal memahami rakyat,
6. Rakyat sudah bersuara secara aman tetapi suara mereka dianggap sebagai pencemaran bunyi.
7. Kekurangcerdikan pemimpin utama BN dalam menyelesaikan isu-isu sensitif spt HINDRAF etc.
8. media yg meloyakan cth tv3 pd mlm PRU 12.
9. SPR yg celaru cth isu setem, persaraan Rashid yg sepatutnya sdh 'expired'.
10.Yakin melampau & cakap besar bila BN menang besar PRU 11 lebih baik dr Era Mahathir.
11.Pemimpin korup dgn najis rasuah.
12.Rakyat sudah matang & berani berubah
3.Protes dalaman & Musuh dlm selimut UMNO
14.Politik perkauman UMNO tak relevan lagi
15.Peranan bloggers – “mata pena lebih tajam dr mata pedang”
Cukup. Jika hendak dicari punca kekalahan BN, 7 hari 7 malam tidak mencukupi. Apa yang dinyatakan di atas hanyalah sebahagian daripada sebabnya.

Tumbangnya Nama- nama Besar
Berakhirnya UMNO Mahathir. Org2 Mahathir gagal mempertahankan kedudukan. Sammy, Shahrizat dan ZAM (Zainudin Maidin) semuanya tewas. barisan2 UMNO malas dengar pandangan veteran2 UMNO. Khairy dilihat merosakkan UMNO apabila meletakkan calon ikut 'selera tekak'dia. Lebih teruk lagi apabila Khairy menjadi org kepercayaan Pak Lah melebihi Pak Lah percaya kpd veteran2 UMNO. Namun, dipercayai era UMNO MUKHRIZ akan bermula apabila pimpinan UMNO sekarang memilih Mukhriz untuk menggantikan Pak Lah. Mukhriz telah menghantar satu surat kpd Pak Lah supaya beliau meletak jawatan serta- merta demi menyelamatkan survival UMNO. Adakah sejarah bapanya, Mahathir akan berulang apabila Mukhriz berkemungkinan akan dilucutkan keahlian UMNO akibat desakan kpd Pak Lah tersebut?

Kejatuhan IKKL yg Disengajakan
Penggantungan keseluruhan kaunter-kaunter saham di Bursa Malaysia menjadi modal menghentam Barisan Rakyat. Untuk pengetahuan semua yang kurang mahir mengenai ekonomi, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) ditadbirkan dan dikendalikan oleh Bursa Malaysia Berhad. Tetapi segala tindak tanduknya dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang akan memantau pergerakan harian setiap masa. Menteri Kewangan telah menggunakan autoritinya utk SC. Lalu timbul alasan utk meyakinkan rakyat bahawa tindakan menukar 4 negeri di Malaysia kepada pimpinan Barisan Rakyat telah menyebabkan kejatuhan pasaran saham (kononnya para pelabur tidak yakin lagi melabur di Malaysia). Apa yg terjadi sebenarnya ialah disebabkan oleh penjualan besar-besaran oleh pelabur besar dan pelabur sindiket (syndicate investor) seperti Synergy Drive, KWSP, KWAP, Tabung Haji dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Perlu diingat pelabur runcit tiada masalh dlm peralihan kuasa ini. Rakyat perlu mendapat penjelasan Bursa Malaysia mengapa berlaku kejatuhan lebih 100 mata yang mana maklumat mengatakan Menteri Kewangan mengarahkan supaya penjualan besar-besaran ini dilakukan.

Pulau Pinang bebas DEB - Guan Eng
Hanya beberapa jam selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pu lau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan campuran DAP- PKRnakan mentadbir negeri itu bebas daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang beliau dakwa akan mewujudkan kronisme, amalan rasuah dan sistem yang tidak cekap. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkata beliau bersetuju dengan tindakan DAP yang mahu mengkesampingkan sebahagian daripada dasar yang terkandung di dalam DEB. "Setakat ini, DEB telah disalahgunakan sehingga terjadinya amalan rasuah, penyelewengan dan unsur nepotisme yang berleluasa dalam kerajaan negeri itu sebelum ini.” Apa guna terjerit-jerit mempertahankan DEB sedangkan ekonomi orang Melayu terus mundur.Yang mendapat untung adalah anda semua yang rapat dengan kepimpinan tertinggi BN. Saham berjuta-juta dan peluang perniagaan di bolot. Yang layak tetapi tidak mempunyai “kabel”, tidak diberi peluang. Apa gunanya DEB jika hanya mempunyai “keistimewaan” untuk masuk universiti walaupun tidak layak dari segi merit?Semua orang tahu DEB hanya berguna bagi mereka yang rapat dengan kepimpinan Umno/BN. Orang Melayu lemah kerana anda semua telah menanam sifat “kebergantungan” kepada Umno.Umno tidak akan membiarkan orang Melayu “independen” dari segi ekonomi agar terus percaya bahawa Umno membela Meyu. Inilah yang menyebabkan orang Melayu terus ketinggalan dari sudut ekonomi berbanding dengan orang Cina. Orang Cina tidak memerlukan hak keistimewaan didalam DEB. Mereka berjaya kerana rajin dan bijak mengambil kesempatan dari DEB. Orang Melayu lemah kerana anda yang mengajar mereka untuk terus lemah. Anda jugalah yang berkempen ketika pilihanraya dengan menggunakan modal “kalau mahu bantuan DEB harus sokong Umno”.Selepas menang mana perginya DEB? Malulah kamu semua wahai orang Umno! Selama 50 tahun orang Melayu ditipu. Kini orang Melayu bangkit dan bangun untuk menolak dasar yang tidak menguntungkan mereka. Mereka sudah bersedia untuk bersaing dengan bangsa Cina. Mereka menyokong Agenda Ekonomi Malaysia dan menyokong parti-parti dari Barisan Rakyat kerana mereka yakin Barisan Rakyat boleh membantu mereka dan juga kaum-kaum yang lain. Umno/BN telah ketinggalan zaman.Orang Melayu tidak lagi mengharapkan bantuan.Mereka mampu bergerak sendiri. Malah orang Melayu telah melihat bagaimana Umno gagal dalam memartabatkan bangsa mereka.

Pak Lah Letak Jawatan Segera!
Apabila watikah Pak Lah tidak lagi laku.. Apabila MB Perlis yg baru dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku nyata sekali bertentangann dgn arahan Pak Lah. Pak Lah yang mahu melantik Shahidan Kasim sbg MB menunjukkan keputusannya tidak dihormati Sultan Perlis.Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis, Mohd Adib Zakaria dalam kenyataan yang diedarkan kepada wartawan yang berkumpul di hadapan Istana Siraj di sini kira-kira 2.40 petang, berkata pelantikan itu adalah menurut Perlembagaan Negeri, Artikel 39 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis.Peruntukan itu menyebut Raja hendaklah melantik seorang yang pada fikirannnya mendapat kepercayaan ramai ahli menjadi Menteri Besar bagi mengetuai majlis kerajaan negeri."Berdasarkan kepada peruntukan ini dan setelah berpuas hati dengan kemampuannya untuk mendapat sokongan majoriti dari Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, maka Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenan melantik Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri besar Perlis berkuatkuasa 14 Mac 2008," katanya. Beberapa parti komponen BN kini mendesak Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi segera mengosongkan kerusi Perdana Menteri tanpa sebarang syarat, demikian maklumat yang disampaikan oleh sumber-sumber berwibawa kepada blog ini sekitar jam 11.30 malam tadi.Abdullah dikatakan akur dengan desakan tersebut, tetapi dengan syarat komponen-komponen BN terbabit merestui Khairy Jamaluddin menjadi menteri penuh.Malangnya, syarat Abdullah ditolak tanpa kompromi. Beliau pun dikatakan terus dirundung dilemma kerana komponen-komponen BN berkenaan boleh menyebabkan BN diganggang bara hanya menerusi manipulasi korum di Dewan Rakyat, khususnya bila pengundian perlu dijalankan untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang. Lebih serius lagi, Abdullah tidak boleh mengenepikan sikap tanpa kompromi di atas kerana komponen-komponen tersebut juga boleh menjejaskan status BN sebagai parti pemerintah jika mereka memilih untuk berkelana ke gelanggang pembangkang. Mungkin mustahil untuk komponen-komponen berkenaan menyeberang ke pihak pembangkang. Bagaimanapun, Abdullah tidak boleh mengambil risiko melantik Khairy sebagai seorang menteri penuh jika tindakan tersebut boleh menyebabkan BN kehilangan kuasa sebagai parti pemerintah. Jadi, apa kesudahannya kepada dilemma ini? Adakah Abdullah akan berhenti sebagai Perdana Menteri dan menantu kesayangannya terkontang-kanting tanpa jawatan menteri? Moga-moga parti-parti komponen berkenaan terus bertegas dan tidak akan berganjak dengan pendirian dan ultimatumnya. Rakyat Malaysia pula perlu menyokong penuh pendirian ini. Kepada Abdullah, insaflah bahawa pada saat dan ketika ini, anda adalah seorang pemimpin yang disanggah oleh majoriti rakyat jelata. Pilihan yang ada pada anda hanyalah: segera berundur tanpa sebarang syarat demi nusa tercinta!
_iyyakanaq budu wa iyya kanasta'in_

Jumaat, 14 Mac 2008

ILMU DAN PENGETAHUAN

0 komen pembaca
Menurut Dr. Mohammad Naquib Al-Attas ILMU ialah “ma’na yang sampai ke dalam qalbu seseorang”. Mengambil definasi ILMU oleh Naquib itu tadi penulis menambah bahawa ILMU ialah roh ma’na (the spiritual meaning) yang diredhai oleh Allah SWT yang sampai ke dalam qalbu seseorang.

Adanya perkataan "sampai" di dalam definasi tersebut itu menunjukkan bahawa ILMU itu ada sumbernya (asalnya daripada mana) dan ada tempat akhirnya ia sampai; dan ia bergerak pindah dari sumbernya ke tempat ia sampai; dan ia boleh juga bergerak pindah meninggalkan tempat yang ia telah sampai itu lalu kembali kepada tempat asalnya.

Tempat ILMU bagi seseorang ialah di dalam qalbu seseorang itu; bukannya di dalam otaknya; kerana otak hanya merupakan alat atau saluran saja yang dilalui oleh ILMU itu (dari sumbernya) untuk sampai ke tempatnya, iaitu di dalam qalbu seseorang. Walaupun banyak ahli sains neorologi dan psikologi mengatakan otak manusia adalah berperanan sebagai tempat tersimpannya ilmu, namun penulis berpendapat bahawa ILMU tempatnya sebagaimana pendapat Naquib, adalah di dalam qalbu seseorang; ini adalah kerana dalam Islam qalbu adalah istilah yang penting dan ada dihuraikan peranannya.

Oleh kerana ILMU itu bergerak (dari sumbernya ke dalam qalbu seseorang), maka sudah pastilah ada pihak yang membawanya untuk ia sampai ke dalam qalbu seseorang itu. Oleh kerana ILMU itu adalah merupakah roh ma’na (the spiritual meaning), bersifat ghaib; maka pembawa yang membawanya dari sumbernya itu, haruslah membawa ia menuju untuk sampai ke dalam qalbu seseorang itu ialah Malaikat.

Untuk ILMU itu dapat, iaitu boleh sampai atau tidak dapat sampainya ia ke dalam qalbu seseorang, ia bergantung kepada banyak faktor yang membenarkan ILMU itu boleh atau tidak bolehnya ia sampai ke dalam qalbu seseorang itu. Antara faktor pentingnya ialah pertamanya diri seseorang itu, iaitu ia mestilah seorang yang beriman; tiada di dalam keadaan melakukan kemungkaran dan maksiat walau sekecil mana sekalipun; dan faktor keduanya ialah persekitarannya mestilah terhindar dari sebarang adanya elemen-elemen kemungkaran dan maksiat walau sekecil mana sekalipun.

Musuh utama ILMU ialah syaitan; dan sedaya upayanya syaitan akan menghalang ILMU dari dapat sampai ke dalam qalbu seseorang. Sekiranya seseorang itu dalam keadaan tidak beriman atau dalam keadaan kemungkaran dan maksiat, atau berada di dalam suasana dan persekiataran yang terdapat elemen-elemen kemungkaran dan maksiat, maka syaitan akan merampas ILMU itu daripada Malaikat dan menukarkan ILMU itu menjadi PENGETAHUAN. Maka PENGETAHUAN-lah yang dibawa oleh syaitan hingga sampai ke dalam qalbu seseoarang. Maka akibatnya, walaupun asalnya ia adalah iLMU, tetapi oleh kerana pengaruh faktor-faktor tertentu tadi, Syaitan berjaya menukarkan ILMU itu menjadi PENGETAHUAN untuk disampaikannya ke dalam qalbu seseorang itu.

Apakah PENGETAHUAN? PENGETAHUAN ialah ketibaan roh ma’na yang tidak diredhai oleh Allah SWT yang sampai ke dalam qalbu seseorang. Maka pembawa PENGETAHUAN dari sumbernya sehingga sampai ke dalam qalbu seseorang adalah syaitan. Syaitanlah yang menyampaikan PENGETAHUAN itu tiba ke dalam qalbu seseorang.

Hampir semua mata pelajaran yang diajar oleh guru di sekolah atau di Universiti asalnya adalah ILMU. Ilmu Sains, Mathematik, Geografi, Agama Islam dll. adalah ILMU. Tetapi anda boleh buat analisis, hasil proses pengajaran-pembelajaran yang dilaksanakan itu; input yang diterima oleh para pelajar, adakah ILMU atau PENGETAHUAN?

Contoh: Bagi seorang wanita Islam, sewaktu ia di sekolah rendah dahulu ada dia belajar ILMU Agama Islam bahawa wanita mestilah menutup aurat. Apa yang dia pelajari itu adalah ILMU. Tetapi apabila ia sudah dewasa, menjadi isteri orang kenamaan misalnya, di kalayak ia mendedahkan auratnya dengan kepala dan rambutnya dapat dilihat oleh khalayak. Ini membuktikan bagi wanita ini, yang ada di dalam qalbunya, bukannya ILMU mengenai penutupan aurat itu. Ia tahu mendedahkan aurat adalah berdosa, dan menutup aurat adalah wajib baginya; tetapi kefahamannya kini mengenai kewajipan menutup aurat yang berada di dalam qalbunya adalah sebagai PENGETAHUAN saja.

Pelajaran Matematik misalnya, apabila diajar oleh guru dan sampai boleh diterima oleh para pelajar, adakah ia merupakan ILMU Mathematik atau PENGETAHUAN Matematik? Pelajaran Agama Islam yang diajar oleh ustaz dan ustazah, adakah apabila sampai ke dalam qalbu para pelajar, yang sampai itu merupakan ILMU Agama Islam atau PENGETAHUAN Agama Islam?

Kita boleh mengetahui jawapan kepada soalan-soalan itu tadi dengan melihat tingkah laku seseorang. Seseorang yang dahulunya belajar berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran ILMU Matematik dan lulus dengan cemerlang di Unversiti dalam bidang ILMU Perakaunan, tetapi setelah menjawat jawatan Akauntan dalam sebuah Syarikat, ia memanipulasi akaun Syarikat itu bagi membolehkan ia mengaut keuntungan secara haram. Ini bererti, ILMU Matematik dan ILMU Perakaunannya telah hilang; kerana telah ditukarkan oleh Syaitan menjadi PENGETAHUAN Matematik dan PENGETAHUAN Perakaunan.

Semua orang lelaki Islam belajar ILMU Agama Islam faham bahawa mendirikan SOLAT Jumaat itu adalah wajib. Ini adalah ILMU yang ia belajar. Tetapi banyak kali tanpa uzur syariei, ia tidak pun ke masjid untuk bersama jemaah mendirikan SOLAT Jumaat. Ini membuktikan yang ada di dalam qalbunya itu bahawa mendirikan SOLAT Jumaat itu adalah wajib bukannya lagi sebagai ILMU baginya, tetapi telah bertukar menjadi PENGETAHUAN-nya saja.

Seorang ahli POLITIK beragama Islam misalnya, ia berkelulusan Universti dalam bidangan Pengajian ILMU Islam. Sudah pastilah ia ada mendengar atau mempelajari Al-Hadis, misalnya 2 Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “TIDAK BERIMAN SEORANG MU’MIN ITU SEHINGGA IA MENCINTAI SAUDARANYA SEBAGAIMANA IA MENCINTAI DIRINYA SENDIRI” dan “ANTARA MU’MIN DENGAN MU’MIN ITU ADALAH BERSAUDARA BAGAIKAN SATU TUBUH….” [Hadis-Hadis Sahih Bukhari & Muslim]. Adakah mereka yang menggunakan wadah dan wahana POLITIK menerima-pakai maksud kedua-dua Al-Hadis ini?

Sudah tentu tidak! Terhadap ahli-ahli parti POLITIK yang seagama difitnah; malahan dalam parti POLITIK yang sama pun sesama ahli mahu dijatuhkan atau bersetuju dipenjarakan. Ini membuktikan bahawa ILMU Hadis itu tadi, baginya telah bertukar menjadi sebagai PENGETAHUAN-nya saja di dalam qalbunya.

Sistem Pendidikan di Malaysia adalah jelas sistem yang menyampaikan PENGETAHUAN kepada para pelajar, rata-rata bukannya menyampaikan ILMU. Kita boleh lihat di sekolah-sekolah dan di universiti, proses pengajaran dan pemelajaran adalah tidak merupakan proses untuk menyampaikan ILMU tetapi majoritinya adalah proses menyampaikan PENGETAHUAN. Ini adalah kerana untuk menyampaikan ILMU, persekitaran dan suasananya mestilah merupakan MAJLIS ILMU.

Sesuatu kelas atau bilik kuliah itu tidak boleh dikatakan sebagai MAJLIS ILMU apabila terdapatnya elemen-elemen kemungkaran seperti guru atau pensyarah wanitanya beragama Islam tidak menutup aurat, para pelajar wanitanya yang beragama islam tidak menutup aurat dan bercampur-gaul pula dengan pelajar lelaki yang bukan mahram. Keadaan dan situasi ini hanya layak diklasifikasikan hanya sebagai MAJLIS PENGETAHUAN, bukannya MAJLIS ILMU.

Fungsi ILMU dan PENGETAHUAN adalah sama, iaitu ia membentuk KEFAHAMAN kepada seseorang setelah ia sampai ke dalam qalbu. Dari KEFAHAMAN, ia bertukar menjadi KEYAKINAN, dari KEYAKINAN ia bertukar menjadi NILAI, dan NILAI ini pula membentuk SIKAP, dan SIKAP itulah pula yang mencorakkan TINGKAH LAKU: iatu bagi ILMU tingkah laku yang memiliki ILMU adalah diistilahkan sebagai IBADAT, tetapi bagi PENGETAHUAN, tingkah laku yang memiliki PENGETAHUAN adalah diistilahkan sebagai PERANGAI.

Kenapakah dalam bahasa Melayu diistilahkan sebagai PERANGAI? Sebabnya ialah ia berasal dari perkataan PERANG, iaitu yang kita umat Islam mesti perangi dengan cara melalui pelaksanaan kaedah “amal makruf nahi mungkar”.

Nota: Perbedaan ILMU dan PENGETAHUAN di atas bukanlah perbedaan dari segi istilah, tetapi membezakan antara ILMU dengan PENGETAHUAN dari sedut bahawa PENGETAHUAN mengikut maksud yang terdapat dalam pengertiannya dalam bahasa Melayu yang diguna pakai dalam masyarakat Melayu.