Rabu, 27 Februari 2008

Cantiknya Wanita

0 komen pembaca
Allah berfirman:"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.""Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.""Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Selasa, 26 Februari 2008

ALLAH Sedang Menggantikan Bangsa Melayu Bangang

1 komen pembaca
"Sekali lagi hamba menegaskan hamba bukan ahli agama. Sila batalkan sebarang pandangan yang bertembung dengan agama. Kemudian sila asingkan perasaan benci hamba itu kepada hamba sahaja. Jangan membabitkan perjuangan partisan, atau ahlinya atau sahabat hamba yang lain. Yang baik datangnya dari ALLAH, yang buruk datangnya dari hamba sendiri.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.

Terlebih dahulu, kepada mereka yang tidak pernah membaca dakwaan hamba terhadap bangsa Melayu adalah bangsa yang bangang (letakkan definasi maki di tempatnya, wahai Melayu yang bangang), sila cari dan baca terlebih dahulu. Kemudian, setelah membacanya, dan masih membenci hamba, sila asingkan kebencian itu khas untuk hamba sahaja tanpa melibatkan rakan-rakan hamba, para pemimpin dan sebagainya.
Yang keduanya, hamba memberi amaran, ini hanyalah sekadar tekaan atau ramalan terhadap apa yang dilakukan oleh tuhan kita yang Maha Agong ini. Dengan memerhatikan apa berlaku seteliti mungkin, dan mencari jawapan tanpa pengaruh ‘free-thinker’ sedaya mungkin, inilah teori yang dijumpai.
Jadi, sudah pasti dan pasti tidak semestinya benar, boleh dibatalkan oleh sesiapa jua. Cuma ambillah teori ini sebagai secebis pengetahuan dari pelbagai pengetahuan yang dikumpul kita, muhasabahlah diri, tetaplah dalam perjuangan. Insyaallah.

Dalam sesuatu masyarakat / negara berkonsepkan Islam, terdapat 2 kumpulan yang amat penting. 2 kumpulan inilah yang akan mencorakkan kepimpinan sesuatu negara atau masyarakat itu. 2 kumpulan itu perlu dijaga kualitinya bagi melengkapkan pusingan demi pusingan corak atau asas kepimpinan sesebuah negara / masyarakat. Mari kita saksikan.

Kejadian 1 : Pengasingan ALLAH terhadap golongan ulama yang dikasihinya.
Pertama sekali, dalam mencari rujukan hidup di akhir zaman ini, pastilah ulama sumber yang paling terdahulu. Mereka pewaris nabi. Tidak mengasingkan segenap perkara dalam dunia ini dari genggaman Islam yang universal. Politik, perniagaan, perhubungan, ketenteraan, kemanusiaan dan sebagainya. Cukup dan lengkap.

Melayu bangang kategori ulama.
Namun, seperti yang kita sedia maklum, ulama juga terbahagi kepada 2. Palsu dan asli. Sunnah ALLAH itu tidak akan kita dapati berubah-ubah. Dari Nabi terdahulu sehingga Nabi Muhammad SAW, dan di bawa kepada penurunan Nabi Isa AS, itulah sunnah ALLAH. Yang benar adalah kecil dan lemah. Menantang kepalsuan yang besar dan kuat. Memiliki kerajaan.
Lihatlah Musa AS dgn Firaunnya, Isa AS dengan kerajaan Yahudinya, Ibrahim dengan Namrudnya (sekadar beberapa contoh), semuanya berhadapan dengan kepalsuan yang lebih hebat dan kuat dari mereka (secara manusia). Inilah sunnah ALLAH.
Al Ahzab : 38. Tidak ada suatu keberatanpun atas Nabi tentang apa yang telah ditetapkan Allah baginya. (Allah telah menetapkan yang demikian) sebagai sunnah-Nya pada nabi-nabi yang telah berlalu dahulu. Dan adalah ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku.
Kita tidak akan mendapati sebarang perubahan akan sunnah ALLAH ini.
Faathir : 43. Kerana kesombongan (mereka) di muka bumi dan karena rencana (mereka) yang jahat. Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri. Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan (berlakunya) sunnah (Allah yang telah berlaku) kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah itu.

Pengasingan ALLAH.
Kini kita sudah melihat bagaimana ALLAH mengasingkan golongan ulama asli daripada pemerintah seperti terdahulu.
1. Ishak Baharom dipecat dari Mufti Selangor.
2. Dr. Haron Din keluar dari kerajaan menyertai gerakan politik Islam.
3. Ismail Kamus digam dan ditarik tauliahnya oleh Jabatan Agama Islam Kerajaan Melayu.
4. Pendakwah ditarik tauliah, digam, tidak diberi permit.
5. Masjid dihapuskan tazkirah, digulingkan jawatankuasa dari masyarakat setempat, digantikan dengan ahli-ahli Melayu UMNO.
6. Setiap kutbah dicetak dan perlu dibaca. Tajuk buah-buahan tempatan.
7. Segmen agama TV dipantau, dibuang cabang politik Islam darinya.dan sebagainya.
Kini mereka telah digantikan. Golongan ulama telah berjaya digantikan. Mufti-mufti Melayu yang sedap di dalam air-cond, bisu di dalam BMW, pondan di dalam banglo. Dan yang terbaru mufti mengaum di dalam zoo, berkokok bab-bab furu’.
Maka pengasingan pertama sudah berlaku………….

Kejadian 2 : Pengasingan yang berlaku terhadap Melayu Bangang golongan muda.
Seperti hujah-hujah yang hamba berikan, bangsa Melayu adalah bangsa yang bangang secara total. Muda sehinggalah tua. Yang membezakan ialah bagaimana bangsa Melayu ini menyedari dan mengakui bahawa dirinya itu bangang, dan mengambil Islam sepenuhnya tanpa separuh-separuh untuk ditunjuki ALLAH, dilindungi ALLAH akan sifat-sifat kebangangannya itu.
Di tajuk kecil dan ringkas ini, kita tumpukan dahulu kepada golongan muda. Golongan muda amat penting dalam sesuatu komuniti / masyarakat / negara. Merekalah yang bakal mengambilalih dan mencorakkan komuniti / masyarakt / negara itu semula. Pusingan inilah yang berlaku dan berlaku.

Melayu bangang kategori muda.
Kita melihat bagaimana ALLAH asingkan Melayu bangang kategori muda ini dengan pelbagai masalah yang melanda akibat dari tangan-tangan Melayu bangang itu sendiri. Pemerintah yang dipilih Melayu mengasakkan golongan muda ini dengan pelbagai dakyah, fahaman, hiburan bagi menjamin survival politik Melayu itu sendiri.
Golongan muda ini tidak boleh dibiarkan pandai. Nanti mereka akan menyedari kesalahan dan kebangangan politik Melayu itu. Mahasiswa dikembirikan oleh AUKU, akujanji, program BTN. Remaja diasak dengan idealogi ciptaan manusia, nasionalisme di bawah PLKN, silibus sejarah di sekolah dipalsukan, mereka disogokkan dengan hiburan, hiburan dan hiburan.
Jangan sesekali golongan muda ini mendapat fahaman Islam. Bahaya bagi politik Melayu yang sedang bertembung dengan politik Islam. SAR perlu dihapuskan. PASTI perlu diharamkan. Jangan sesekali mengambil pendekatan Islam dalam setiap rancangan belia bertaraf negara. Kita perlu sekular demi survival politik Melayu.
Pengasingan ALLAH.
Kini ALLAH mengasingkannya. Yang mana beriman, yang mana munafik. Yang mana kualiti, yang mana kuantiti.
1. Remaja murtad.
2. Black Metal.
3. Rempit.
4. Seks bebas.
5. Bertuhankan artis.
6. Mahasiswa ayam daging kormesial. (tidak tahu berbuat apa-apa)
Dan sebagainya.
Kini mereka telah berjaya digantikan. Survival politik mereka terjamin dengan rekrud Melayu golongan muda yang diperbangangkan. Mereka tidak sedar ALLAH juga sedang mengasingkannya.
Maka pengasingan kedua sudah berlaku………….

ALLAH mengantikan dengan yang lebih baik.
Kini, dengan usaha pelbagai gerakan Islam, sama ada melalui wadah politik, dakwah tanpa gangguan politik, perniagaan, NGO dan sebagainya, kita mempunyai satu lapisan umat Islam yang universal. Islam yang berkembang di tanah air kita ini, walaupun agak perlahan berbanding dengan negara-negara maju yang lain, tetapi menariknya ialah, saudara-saudara baru kita berlatarkan kualiti yang hebat-hebat.
Maha suci Engkau Ya, ALLAH.
Al Ma´aarij : 41. Untuk mengganti (mereka) dengan kaum yang lebih baik dari mereka, dan Kami sekali-kali tidak dapat dikalahkan.
Saudara-saudara baru kita dari golongan professional, intelektual. Pelbagai bangsa. Kita sudah lama mempunyai saudara seperti Ann Wan Seng dan Ridhuan Tee. Kini peluang kita merebut permata-permata yang dihadiahkan ALLAH untuk diterjemahkan kepada perjuangan Islam. Tuan Guru Nik Aziz berkali-kali menegaskan bahawa Cina yang beriman dan berkaliber layak memerintah negara.
Golongan-golongan permata dari ALLAH ini tidak diendahkan / dianaktirikan oleh pemerintah Melayu atas fahaman nasionalisme. Bumiputera dan sebagainya. Pedulikan mereka. Sunnah ALLAH pasti akan berlaku. Bimbingilah hadiah-hadiah ALLAH ini. ALLAH sedang menukarkan ummat Islam di Malaysia ini dari Melayu yang bangang kepada ummat Islam berkualiti yang universal.

Be a muslim, not a Malay. Islam is universal.

Kesimpulan.
Sekali lagi hamba menegaskan hamba bukan ahli agama. Sila batalkan sebarang pandangan yang bertembung dengan agama. Kemudian sila asingkan perasaan benci hamba itu kepada hamba sahaja. Jangan membabitkan perjuangan partisan, atau ahlinya atau sahabat hamba yang lain. Semoga kita dikurniakan kekuatan untuk terus mengambil Islam sekaligus dilindungi ALLAH dari kebodohan / kebangangan kita ini. Tunjukilah kami Ya, ALLAH. Lindungilah kami Ya ALLAH. Ringankan pundak kami Ya, ALLAH. Kami memerlukan ALLAH, ALLAH tidak memerlukan kami.
Wallahualam. "

Tips Berpolitik Secara Bijak

0 komen pembaca
Wahai pejuang kebenaran kita berjuang dengan satu matlamat iaitu membebaskan negara dari cengkaman rejim diktator di bawah parti reput.Kita sebenarnya berhadapan dengan beberapa jenis manusia.

Pertamanya manusia yang telah dibutakan agamanya.Golongan ini hendaklah diatasi dengan kehalusan budi perkerti.Ikutilah ajaran yang telah dibawa oleh nabi besar kita nabi muhammad s.a.w.Golongan ini adalah sekitar umur 50an dan ke atas.Mereka amat sensitif kalau salah cara kita memberi pendekatan.Mereka merasakan mereka betul dengan tindakan mereka. Keduanya golongan yang tidak kenal tentang dosa dan pahala.Golongan jenis ini yang selalu menaikkan darah kita dengan perkataan dan tingkah laku mereka.Salah tindakan kita akan menampakkan kuburukan kita.Sekuat - kuat manusia adalah mereka yang dapat menahan marah mereka.Kita mesti memegang kemas prinsip ini...kecualilah nyawa kita benar - benar terancam.Sejukkan hati kita dengan kalimah bahawa golongan ini benar - benarlah jahil lagi berwatak syaitan.
Golongan dewasa kanak - kanak adalah segolongan manusia yang bersikap kebudak - budakkan.Golongan ini mudah di umpan dengan barang - barang.Lihatlah budak - budak kalau dijanjikan coklat segala perkara akan diikuti.Menghadapi manusia kanak - kanak ialah dengan mengingatkan tentang kubur jer.Bagitaulah yang harta benda yang banyak tidak di bawa ke dalam kubur.
Golongan angin.Jenis manusia yang tidak tetap pendirian.Bagilah semangat pada mereka.Katakan yang tempat sebenar yang harus kita takut ialah liang lahad.Sebab disitulah penentu deritanya seseorang.Kalau di dunia ni kenapa harus takut..paling sakit pun di bunuh aje.
Golongan air.Manusia yang mengikut orang aje.Tidak tentu tujuan perjuangan.Golongan ini kita mestilah tazkirah tentang ke mana kita akhirnya.Kekal di dunia ataupun ada alam lain yang menunggu.
Janganlah kita menari mengikut rentak lawan kita..kita belum mahir tentang itu.Ikutlah gerak dakwah yang di bawa oleh nabi besar kita nabi Muhammad s.a.w nescaya Allah akan membantu kita.
Percayalah yang dapat memberi hidayat dan petunjuk pada seseorang hanyalah Allah. Kita hanya mampu menyampaikan di samping berterusan memohon pertolongan dari Allah.Ingatlah tiada kuasa yang boleh mengubah sesuatu kecuali kuasa Allah. Teruskan berjuang mengikut Islam..Allah bersama - sama orang yang benar.Kalau kita tidak menikmati di dunia bahagian akhirat InsyaAllah Allah sediakan untuk kita...TAKBIRRRRRR