Rabu, 15 April 2009

Provokasi

0 komen pembaca
Beberapa hari yang lepas, saya berjumpa dengan Ustazah Jailah untuk berbincang mengenai masalah zikir. Banyak yang kami bincangkan. Antaranya beliau mengkhabarkan bahawa blog saya telah dibaca oleh sebilangan guru.

Nasihatnya, "berhati- hatilah apabila menulis: jangan sampai pekung di dada terselak!."

"Insya ALLAH ustazah, akan saya hadam pesanan itu sampai bila- bila." Saya faham benar pesanan itu, ustazah risau kalau rahsia sekolah diketahui umum.


Nasihat atau Provokasi?


"Seperti mana sedia maklum, minggu ini pelajar dibenarkan pulang bermalam. Yang mana tak balik tu, saya nasihatkan supaya balik. Bukan nak takutkan hangpa, tapi peristiwa yang berlaku tiga hari lepas amat merisaukan," jelas Akmal, KP sekolah di musolla.

"Ah, provokasi sahaja!" suara hati saya pesimis mengatakannya.

Saya benci provokasi!!!


Tiga Hari Lepas


Keadaan di sini kelam kabut seketika. Perlawanan bola sepak kategori menengah rendah berlangsung di padang sekolah SBPI Kubang Pasu. SMK Bandar Baru Bukit Kayu Hitam berjersi putih melawan SBPI Kubang Pasu yang berjersi biru. Berakhir dengan sepakan penalti kerana keputusan seri 1-1 sama.

Pemain pertama dari SBPI Kubang Pasu mengambil sepakan penalti. Bola yang disepak oleh Wan Alahudin bagaimanapun tersasar. Tragedi bermula apabila penyokong- penyokong SMKBBBKH mula bertindak liar dengan menerkam Wan Alahudin. Wan Alahudin diserbu dengan hebatnya dan menerima pukulan dan sepakan.



"Woi, kurang ajaq betul!" jerit seorang abang.

Tanpa melengahkan masa, abang- abang yang dari tadi menyaksikan di atas astaka meluru menyelamatkannya. Mereka bertempur seketika, tetapi berjaya dileraikan.

Suasana tegang tetapi kembali terkawal. Tiba giliran pemain terakhir pasukan lawan menyepak, tetapi bola melayang melepasi tiang. Penyokong pasukan sekolah pula menyerbu mereka. Suasana kembali hingar- bingar.

Selepas itu, saya tidak tahu apa yang terjadi.

Polis

Habis waktu rehat, saya bergegas untuk ke kelas. Seorang anggota polis berpangkat koperal melintas di hadapan saya.

"Polis mai buat apa?" gumam saya.

"Depa kata budak yang kena kerumun hari tu patah rusuk, polis nak mai ambil keterangan kot," tak sangka pula monolog sendirian aku didengari.

"Tapi habis teruk pun cikgu kena cas kelalaian menjaga pelajar sebab yang pijak budak depa rasanya geng depa juga. Budak yang patah tu kata atas belakang dia ada bekas but bola. Bidak sekolah kita yang kerumun dia mana ada yang pakai but pun," tambah kawan lain.

"Jadi memang depa la yang salah," fikirku.


Provokasi Lagi


"Aku waktu dok kat SMK Ibrahim dulu, waktu aku form 1, ada budak sekolah luar panjat masuk sekolah aku. Depa bertumbuk dengan senior aku dalam asrama. Tu ada kawat kat pagar tu, bukan macam sekolah kita," cerita Akmal.

"Aku takut kalau kita pi sembahyang Jumaat cukup 50 orang, balik nanti jadi 45 je,"
tambahnya lagi.

Kalaulah mereka ingin membalas dendam pastilah mereka sudah melakukannya. Tetapi kita mengandaikan khayalan- khalayan kita yang tidak semestinya benar. Itulah yang saya namakan provokasi. Mungkin sekadar suka- suka. Melepaskan tekanan. Tetapi, provokasi bukanlah cara terbaik. Mungkin di Kelantan, puncanya provokasi.

Anwar Ibrahim menguar- uarkan pembentukan Kerajaan PR pada 16 September lepas. Apabila gagal, ia mengecewakan semua pihak. Ada sebilangan blogger yang 'countdown' tarikh itu di laman mereka. Mungkin itu juga provokasi: supaya survival politiknya terus bertahan.

Itulah masyarakat kita. Sangat suka pada provokasi. Kalau main bola setaraf Liverpool atau Man U lain cerita la. Memang perangai Melayu yang bodoh sombong payah nak diajar. Memang susah bila Melayu lupa asal-usul. Melayu dah mula nak ikut perangai benggali putih.

Kenapa kita gagal mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah lantas menimbulkan provokasi?