Rabu, 31 Disember 2008

Bon Voyage Tahun Paling Gila!

4 komen pembaca
Tahun 2008 bakal berakhir, bakal melabuhkan tirai. Beberapa jam sahaja lagi. Aku rasa tahun ni tahun paling banyak aku menimba pengalaman sepanjang hidup aku, 16 tahun. Rencah- rencah kehidupan tu memang pelbagai, ada manis, masin, pahit dan pedas.

Tetapi sayang, aku tak sempat langsung nak catatkan kegembiraan dan kesedihan tu dalam blog ni kerana kesibukan aku.(banyak menyibuk kot tahun ni)Ok, start dengan awal tahun, bulan Januari.

Januari
- Terpilih masuk ke dalam kelas 4 Ikhlas. Waktu tu pelajar kelas aku sikit gila. Ada la dalam 16 orang.(simbolik 16 tahun kot, heheh). Lelaki ada 5 orang je. Ye la, kelas agama mana laku sangat pasal orang trauma dengan Arab. Aku, Afwan, Azwan, Faiz dan Hariz, cuma kami berlima je ke mana-mana saja pun. Memang rasa kemanisan ukhuwah masa tu.
Aku ingat masa ni subjek yang paling best time ni Bahasa Arab Tinggi la. Semuanya kerana Ustaz Suhaimi Abdul Ghani. Buat lawak sesaja.

Februari
- Welcome to SBPI Kubang Pasu! Pelajar baru masuk ke kelas aku datang menceriakan suasana. Best gak orientasi dengan depa. Time tu perkara paling aku ingat ialah seorang budak perempuan yang menjadi tumpuan ramai(tumpuan budak lelaki yang ehem2 saja) bernama Mariam. Budak ni kawan Mokjan dan budak sekolah Mokjan. Mokjan kata budak lelaki sekolah aku tak pernah tengok perempuan. Hahah. Last2 budak ni pindah gak. Padan muka hangpa!

Mei
- Dah nak dekat mid year exam. Kisah ni mencabar sikit. Saja gatal- gatal tangan pi tulis kat whiteboard camni, “We want the rules of law, we are against the law of the jungles! If Abdullah Badawi want to remain his status- quo, abolish ISA!” Bila aku measuk kelas untuk prep malam, terdengar bisikan halus, “mai dah, mai dah”. Apa lagi, lawan berhujah atas kertas laa aku dengan budak perempuan. Aku ajak depa berdebat bertentang mata depa tak mau. Lelaki tak kata apa, depa sporting. Heheh…

Jun
- Bulan ni bulan paling mustahil dilupakan dalam sejarah SBPI Kubang Pasu. Kisahnya bermula bila sekumpulan pelajar iaitu Mark, Zulkhairi dan Amzar request kat cikgu nak buat live band sempena Sambutan Hari Guru SBPIKP kali ke- 4. Antara benda yang depa nak pakai untuk live band tu mestilah gitar. Setelah cikgu bermesyuarat ada bantahan dari Ustaz Tarmizi yang tak setuju dengan cadangan live band tersebut. Pagi sebelum hari guru, sekolah menjadi gempar…



Setelah disiasat, rupa- rupanya perbuatan tu dilakukan oleh seorang makhluk yang bernama Amzar. Amzar kata memang saja dia lukis menatang tu pasal dia dok sekolah ni pun ayah dia paksa. Ada orang terjemah perkataan tu harfan bi harfin camni: Sayang Ustaz Cikgu Kami= SUCK! Hahah! Lepas tu aku dengar cerita ayah dia bayar sikit saja kat ustaz tak padan dengan kos yang ustaz kena tanggung untuk spray balik pintu tu. . Tapi aku tak akan lupakan kata- kata Ustaz Tarmizi di surau, “Kalau manusia, dia tak akan buat perbuatan tu melainkan dia SYAITAN,”
Pada aku, walau marah macam mana pun seseorang guru kepada anak muridnya tak patut guru itu mengeluarkan perkataan sebegitu. Haish~

JULAI
- AXIS dengan kerjasama PRS menganjurkan Kem Perdana Tingkatan Empat!Best gila kem ni. Dalam sejarah hidup aku, nilah kem paling berharga.
LDK
LDK gak

banyaknyaaa tangaaan yannng memasaaakkkk
geli gila aku!
sejuknya!(bantai selamba walaupun air keroh)
di salah satu checkpoint Explorace

- Bulan ni BADAR baru dilantik untuk ganti pimpinan BADAR yang dah expired.(maaf, kalian memang benar- benar expired dan lemau) Mula- mula aku duk dalam Lajnah Dakwah dan Multimedia. Tapi disebabkan akh Afwan tolak jawatan Presiden BADAR, Afwan ambil lajnah aku. Aku tukar ambil Lajnah Kebajikan dan Ekonomi(bekas lajnah Fuad punya yang dah jadi Presiden BADAR). Aku ingat nasib baik jugak la tukar, pasal aku bukannya terer sangat bab- bab teknologi ni. Flash dan ntah Fireworks menatang apa lagi bukannya aku reti pun.

- Ada budak perempuan dalam PRS hantar surat layang kat aku. Depa tak puas hati pasal aku habaq kat Faris, Ketua PRS Kisas mengatakan PRS SBPIKP sosial. Puas jugak aku berdebat dengan depa(dalam kertas jugak). Aku habaq kat fariz bukannya niat nak burukkan PRs sekolah aku, tapi, aku dah tegur PRS lelaki tapi depa buat tak tau je. Itulah pasalnya. Safwan, Ketua PRS sekolah aku dia kata rilek je walaupun dia yang kena attack dengan Faris and the gang.

OGOS
- Semenjak awal bulan AXIS(Association of Integrated Student, batch kami punya nama) sibuk dengan persiapan Bulan Kemerdekaan. Asalnya aku datang lewat ke sekolah pasal tiket bas dah habis, so, Aida Nabila laa kena buat semua. Piwat, Presiden AXIS pun tak nampak muka dari awal sampai habis pasal dia kena demam campak. Tapi, Alhamdulillah, Malam Ambang Merdeka Memang gempak! Temanya zaman kesultanan melayu Melaka. Depa puji(batch kami) tahun ni sambutan merdeka paling best sekali! Tapi, memang penat gila aku sebagai Pengarah Projek. Huhu… Apa pun, ribuan terima kasih kepada semua pihak terutamanya exco yng rajin2 dan kreatif. Mabruk!

SEPTEMBER
- Bulan ni aku dilantik sebagai Unit Bahasa Antarabangsa Sidang Redaksi. Best, setiap malam boleh pi Makmal Komputer.


OKTOBER
- Waktu berlaku peristiwa ni bulan puasa. Petang, lepas solat asar dan tadarus al- Quran, kami dah tak turun padang main ragbi pasal letih. Destinasinya mana lagi kalau bukan bilik akses. Kunci pulak Faez Ridhuan yang pegang. Raya CS: Condition Zero la kami kat sana.
Waktu hari minggu, sampai ada sekumpulan pelajar tidur kat Bilik Akses pasal main game LAN yakni Age of Empire III.Pastu depa kantoi tak solat Subuh.
Tak bernasib baiknya depa pasal tetiba ustaz buat operasi check sapa yang tak mai
Subuh. Tapi, yang nasib baiknya nasib baik ustaz tak tau depa lap Subuh pasal main game online. Kalau ustaz atu teruk laa depa. Kenalah denda lari round sekolah dua round… Betapa gilanya bulan ini hangpa bayangkan sendiri.

NOVEMBER
- Kelas aku mengadakan lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Setelah lelaki dan perempuan ‘fight’ sepanjang tahun, Alhamdulillah, kami dah dapat balik apa yang dinamakan kemanisan ukhuwwah. Jangan dok faham ikhtilat pulak naaa… SAY NO TO IKHTILAT! Kos ke sana lebih kurang ringgit Malaysia 4000. Aku heran mana la Naim, Pian, Hakim dan Haris rompak duit tu.
- Perdebatan berlangsung dengan pendebat Bahasa Inggeris Sekolah, Basil Hazman. Ketaq gila aku masa tu. Habis banjir tempat aku pijak. Alhamdulillah, debat bertajuk “Mampukah Malaysia Bertahan Dengan Krisis Kewangan Dunia” berjalan dengan baik walaupun ada istilah yang pihak kerajaan cakap aku tak faham.
kerajaan berbaju merah, pembangkang berbaju hitam

p/s: Maaf, kalau ada kesilapan pasal aku kalut taip~!
(memang banyak perkataan gila dalam post ni, harap tak me'lagha'kan)

Isnin, 29 Disember 2008

Kembali kepada Fitrah

3 komen pembaca




Cuti ni mungkin sesuatu yang lain bagi saya. Dah 6 tahun semenjak adik bongsu saya lahir dah lama sangat tak jaga baby. Memang penat sikit kalau rumah yang ada anak kecil. Bukan nak mengeluh tapi nak cerita, kerja rumah sekarang macam dah bertambah sikit.(berlagak macam orang rajin)

Kalau baby ni meraung tengah malam kerana nak menyusu, semua orang boleh terjaga dari tidur. Diri yang jenis ‘tidur mati’ pun boleh terjaga.

Ada satu malam tu habis basah lencun tilam. Baby tu kencing atas tilam. Mungkin sejuk kerana air cond kot. Kesian kat baby tu. Takpelah dia baby lagi. Kalau dah tua bangka pun kencing malam tak tau nak kata apa.

Tetapi seronok bila baby tu ‘pandai senyum’ kepada kita.

Baby kat atas ni namanya Azri. Saya pun tak tahu nama penuh dia. Sebenarnya, bukan mama saya lahirkan adik lagi sekali tapi mama saya tolong mengasuh saja. Mak baby ni sekarang amat sibuk bekerja sebagai Chef di Hotel Concorde. Jadi keluarga saya tolong jaga buat sementara waktu.

Perasan tak apa persamaan yang ada kat setiap baby? Comel? Wangi? Bukan yang itu tapi cuba tengok gambar yang paling atas tu. Tangan baby kalau kita rajin perhati semuanya suka genggam.

Kebanyakan ulama’ Tasawuf berpendapat genggaman tangan baby menunjukkan bahawa janji kepada Allah S.W.T. untuk taat masih tak terungkai. Sebelum kita dilahirkan di dunia ini, semasa dalam alam roh, kita telah berjanji kepada Allah untuk mematuhi segala perintah dan menjauhi segala laranganNya. Perkara tersebut fitrah kepada semua manusia, tak kira sama ada muslim mahupun kafir.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Allah Taala menjadikan Adam pada permulaan kejadiannya ialah seperti rupanya di bumi, tingginya enam puluh hasta. Setelah dia selesai tercipta, Allah Taala berfirman kepadanya:”Pergilah kepada kelompok malaikat yang sedang duduk. Dengarkan jawapan mereka menjawab salammu. Begitulah cara kamu dan cara anak cucumu nanti memberi salam (penghormatan).” Maka pergilah Adam kepada kelompok malaikat itu, lalu diucapkannya salam:”Assalamualaikum” (selamat sejahtera ke atasmu). Jawab para malaikat:”Assalamualaika warahmatullah” (selamat sejahtera ke atas kamu juga dan beroleh rahmat Allah). Firman Allah:”Setiap orang yang masuk syurga bentuknya seperti Adam. Tingginya enam puluh hasta, sekalipun makhluk kemudian semakin pendek hingga sekarang. (HR Muslim)

Huraian
Allah menciptakan manusia dengan sempurna iaitu diberikan bentuk tubuh yang baik, akal fikiran dan nafsu, kemudian manusia itu sendiri yang menentukan mampu atau tidaknya menggunakan pemberian Allah itu dengan baik. Roh adalah penggerak yang menghidupkan seluruh anggota badan. Firman Allah yang bermaksud:"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya " (al Bayyinah:46)
Sumber:http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp?search=anak+

Mengapa apabila seseorang itu hidup dalam suasana yang bukan bi’ah hasanah ataupun dia bukan lahir sebagai muslim lantas terus menyalahkan Allah Maha Kuasa? Untuk merungkai persoalan ini, fahami hadis tersebut sebaiknya.

Bagi insan yang telah lahir dalam Islam pula, mereka diibaratkan seperti dilahirkan dalam cahaya dan disuluh dengan cahaya pula dalam kehidupan. Bukankah sesuatu yang kelihatan amat bodoh apabila kita cuba mencari sesuatu yang lain dari cahaya Islam?
Sedangkan Allah telah berfirman dalam kitabNya yang mulia:

Maksud firman Allah: Dan sesiapa yang mencari selain Islam, tidaklah diterima agama itu(selain Islam) daripadanya.

Bila kita menyoal golongan ini, “mengapa tak tutup aurat, mengapa tak mahu sembahyang dan sebagainya.” Mereka menjawab, “tak sampai seru lagi bro, tak dapat hidayah lagi, bla bla bla.” Dan banyak lagi jawapan klise yang tak larat telinga ni nak dengar.

Benar, siapa yang mahu menafikan hidayah itu milik Allah?

Kita selalu membaca dan mendengar kisah orang beroleh hidayah. Ada pelbagai. Ada yang memperoleh hidayah apabila mendengar laungan Allahu Akbar. Ada yang mendapat hidayah apabila bergaul dengan rakan Islam yang baik akhlaknya. Malah ada yang mengenali Islam semata- semata kerana berkahwin tetapi menyedari bahawa cahaya Islam itu sangat indah kemudiannya.

Tetapi adakah hidayah itu akan datang dengan sendiri melainkan kita berusaha menjejakinya?

Saya selalu mengulang baca kisah Umar Al- Khattab yang menakjubkan. Umar yang sangat pembengis dan menjadi seteru ketat Islam siapa sangka boleh berubah menjadi pembela Islam. Apabila Umar mengetahui Rasulullah menyebarkan Islam lantas dihunuskan pedang untuk memenggal kepala Kekasih Allah. Dalam perjalanan menemui Rasulullah, beliau terserempak rakannya memberitahu adiknya sendiri, Fatimah dan suaminya, Said bin Zaid telah memeluk Islam.

Terkejut, tersinggung dengan perkhabaran tersebut, terus beliau menuju ke rumah adiknya dengan perasaan marah, dengan hasrat ingin ‘mengajar’ adiknya.. Sesampainya di luar kediaman Fatimah, beliau mendengar Fatimah membaca sesuatu yang aneh.

Umar menyerbu dan mahu memukul adik iparnya, Said. Pukulannya tersasar lantas mengenai Fatimah Yan berusaha mempertahankan suaminya. Menyesal dengan tindakannya kerana melihat adiknya berdarah, diminta menunjukkan apa yang dibaca Fatimah.

Itulah Surah Tahaa. Menukar keperibadian Umar menjadi sahabat Rasulullah yang bersikap pelindung, mempertahankan dan pejuang Islam yang tulen, tidak takut dengan ancaman.

Itu kisah Umar Al- Khattab.

HUDUD, HIDAYAH ALLAH DAN MA’AL HIJRAH.

Terbaru, isu Hudud yang telah muncul semula. Hudud bukan isu baru, bahkan telah termaktub dalam dasar perjuangan PAS dalam Fasal 5: (i) Mengenai penubuhan PAS yang berbunyi; memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintah terlaksana di dalamnya nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Mengapa bila tiba Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, isu Hudud muncul semula?

Semuanya kerana media. Media berperanan besar sama ada membantu sesebuah kerajaan ataupun merobohkan sesebuah kerajaan. Secara teorinya, kerajaan yang menguasai media akan menguasai pemikiran rakyat. Tetapi, jika media arus perdana terlalu memuji dan kerap menegakkan dasar kerajaan bagai menegakkan benang yang basah, buruk padahnya.

Ini bukan zaman awal pemerintahan Mahathir. Ini zaman generasi celik IT. Mereka tahu membezakan informasi sama ada adil atau menyeleweng. Media juga dilihat memainkan isu Hudud untuk memecah belahkan musuh tradisi Barisan Nasional, Pakatan Rakyat.

Maka, berhamburlah perkataan- perkataan dari mulut mereka yang tidak paham Hudud menggambarkan ketakutan mereka jika Islam yang memerintah.

Kalau yang tak setuju Hudud tu Lim atau Singh, kita tak berapa nak hairan. Kerana mereka semua tu bukan Islam. Tetapi, bila yang Islam sendiri pun tolak Hudud, itu yang kita hairan. Bagi bukan Islam yang masih takut jika Hudud dilaksanakan, renungkan kata- kata M Kulasegaran, naib pengerusi DAP Kebangsaan.

“DAP menghormati pendirian PAS dalam pelaksanaan hukum Hudud dan yakin bukan Islam tidak akan terjejas kehidupan jika ia dilaksanakan.”


Masih tak percaya? Lawati website ni: Bukan Islam Dalam Hudud

Maksud firman Allah: Tidak ada paksaan dalam Agama, telah nyata petunjuk dari kesesatan maka barangsiapa mengkufuri taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia memegang tali yang kukuh yang tidak akan putus, dan Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung (mengasihi) orang yang beriman; mengeluarkan mereka darikegelapan (kekafiran) kepada cahaya 0iman). Dan orang yang kafir, pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al- Baqarah: 256)

Persoalannya, UMNO sokong atau tidak Hudud?

Melaksanakan Hudud bukan sepatutnya dilihat kepada PAS sahaja tanggungjawabnya. Tidak kira, UMNO atau PAS sepatutnya sama- sama berganding bahu untuk menegakkan agama Allah. Kesal bila Datuk Najib dilaporkan berkata: “Itu PAS, cerita dah lama. Bukan perkara baru. Masa (memerintah) di Kelantan pun dia tidak buat juga (hudud), masa di Terengganu pun sama, dia tak buat.” Rupanya inilah gaya percakapan seorang pemimpin Melayu Islam yang berdiri di landasan Islam Hadhari.

Kata- kata Datuk Najib itu palsu. Lihat apa jadi dengan Enakmen Jenayah Syariah II (Hudud) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana halangan Perlembagaan. Kalau Datuk Najib dan pemimpin UMNO lain ikhlas dengan kata- kata itu, Perlembagaan seharusnya sudah dipinda untuk membolehkan Hudud dilaksanakan

Adakah pemimpin UMNO masih tidak dapat hidayah Allah untuk melaksanakan Hudud?

Dikelilingi ulama’ Islam Hadhari mungkin tidak berupaya membawa cahaya hidayah kepada pemimpin UMNO. Maaf cakap, orang Islam yang tolak Hudud bukan lagi valid sebagai Islam.

Maksud firman Allah: Tidakkah engkau melihat orang-orang yang mendakwa bahawa mereka beriman kepada wahyu yang telah diturunkan Allah kepada engkau dan kepada wahyu yang telah diturunkan sebelum engkau, sedangkan mereka masih ingin berhakimkan taghut meskipun mereka telah diperintah supaya mengingkarkannya? Syaitan memang bermaksud untuk menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.(an- Nisa’: 60)

Ini sebahagian pendapat Sayyid Qutb ketika membahaskan ayat ini dalam Ayat-ayat Pilihan Tafsir Fi Zilalil Quran.

“Tetapi apabila isu ini dirujukkan kepada dasarnya iaitu kuasa hakimiyah dan kuasa memperhambakan manusia dan kuasa menggubalkan undang-undang, untuk mereka merupakan ciri-ciri utama Uluhiyah yang tiada seorang pun yang beriman kepada Allah sanggup mendakwa dan mengaku mempunyai ciri-ciri itu. Dan orang yang mendakwa mempunyai kuasa hakimiyah dan kuasa memperhambakan manusia dengan undang undang yang digubalkannya bererti mendakwa mempunyai ciri uluhiyah dan sesiapa yang turut mengakurkan dakwaannya atau berhakimkan kepada undang-undang yang digubalkan dari hasil pemikirannya sendiri untuk orang ramai — kecuali ia dipaksa menerima undang-undang itu sedangkan hatinya tidak sukakannya atau ia menentang dengan kuasa yang ada padanya atau menentang dengan lidah atau dengan hatinya maka bererti ia mengakurkan orang itu sebagai mempunyai ciri Uluhiyah dan seterusnya
sesiapa yang menolak berhakimkan kepada syari’at Allah dalam segala urusan kehidupan bererti menolak pengakuan terhadap Uluhiyah Allah S.W.T walau dalam mana-mana aspek alam ini iaitu aspek kehidupan manusia dan sesiapa yang turut mengakurkan penolakannya bererti ia turut berkongsi menolak Uluhiyah Allah S.W.T. dalam aspek ini dan sesiapa yang menolak Uluhiyah Allah tidak boleh disifatkan sebagai seorang Muslim walaupun ia mendakwa dengan lisannya selama dakwaannya itu disertai dengan sesuatu perbuatan yang membatalkan erti dakwaannya, iaitu keinginan dan kemahuannya untuk berhakimkan taghut tanpa berhakimkan syari’at Allah apatah lagi perbuatan berhakimkan taghut dan tidak berhakimkan undang-undang yang diturunkan Allah.”

Secara ringkasnya, insan yang disebut di atas mengatakan undang- undang Islam tidak relevan dalam aspek kehidupan. Di Malaysia, dosa dan pahala hanya dilihat dalam ibadat semata- mata, dosa dan pahala dalam urusan politik dan pentadbiran tidak ada.

Inilah sebenarnya sekularisme. Pemimpin UMNO sekular.

KHATIMUL

Sempena sambutan Maal Hijrah 1430H, marilah kita semua tak kira ahli PAS atau ahli UMNO marilah kita sama- sama tetapkan satu azam dalam diri kita untuk menegakkan hukum Allah. Hayatilah sirah junjungan kita, Muhammad S.A.W. Sesungguhnya pengorbanan untuk menegakkan Khilafah Islamiyyah harus dimulakan dengan Daulah Islamiyyah yang menekan keadilan dan kesaksamaan, kemudian, sedikit demi sedikit, dikutkuasakan hukum Islam yang seperti mana Negara Islam Madinah.

Kita marah apabila Palestin dipijak maruahnya, kita bertepuk tangan bergembira menyokong tindakan Muntazer al- Zaidi, tetapi kita masih leka dengan isu umat Islam di negara kita sendiri. Benarlah sabda Rasulullah:

بدأ الاسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء
Sabda Rasulullah SAW: "Islam bermula dengan dagang(asing), dan akan kembali dagang(asing), maka beruntunglah orang-orang yang dagang(asing)(HR Muslim)

Baby yang diceritakan di awal kalam, apabila diajukan persoalan Hudud, kalaulah boleh berkata- kata dengan lidahnya sendiri sudah tentu akan menjawab, “Aku sudah berjanji untuk taat kepada Allah, mengapakah aku harus meninggalkan suruhan Amar Ma’ruf Nahi Munkar yang diwajibkan ke atas aku?”

Berhijrahlah untuk menyambut tahun baru. Selamat Menyambut Tahun Baru 1430H. Kullu ‘aamin wa antum bikhair.

Andai Islam yang memerintah!

Ahad, 21 Disember 2008

Kenapa nak Haramkan?

10 komen pembaca



Maksud firman Allah: Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut(nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka dijalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. (Ali Imran:146)

Apa yang nak dihairankan kalau sajak nukilan Dr. MAZA ni diharamkan untuk disiarkan? Dah sah- sah kena batang hidung pemimpin kapitalis Umno. Lihat sahajalah apa yang diperjuangkan pemimpin Umno berbanding dengan Dr. MAZA. Dr. MAZA seorang yang berpegang pada jalan Salafussoleh, waima Islam Hadhari adalah perjuangan pemimpin- pemimpin Umno.

Pada hemat saya yang selalu mengikuti tulisannya, Dr. MAZA berusaha menjadi seperti idolanya, Ibnu Taimiyyah dalam satu aspek. Sepertimana yang telah Sheikhul Islam ini telah lakukan pada zamannya iaitu mengubah politik yang tercemar menjadi suci walaupun berada di luar tekanan politik pemerintah.

Sementara Islam Hadhari ciptaan Umno, sebenarnya penuh dengan ciri- ciri kezaliman. Apa tidaknya? Nama je bertamadun, tapi undang- undang yang digubal melalui akta- akta tak pula bersifat Hadharah (tamadun). Undang- undang yang digubal lebih kepada matlamat menyelamatkan tokoh- tokoh tertentu demi kepentingan dan kedudukan masing- masing.

Akta drakonian ISA masih lagi berjalan walaupun parti komponen BN sendiri sudah meng’ugut’ untuk keluar BN kalau tidak ada usaha memindanya. Kalau anda seorang pengkririk tajam, walaupun ianya benar, siaplah anda dapat ‘percutian percuma’ di Kemta yang tidak tahu berapa tempoh masanya. Semua ini berjalan atas nama keselamatan dalam negeri (ISA).

Selain dari itu ianya bertujuan untuk mengongkong kebebasan ilmu, melalui AUKU yang menekan pensyarah dan pelajar. Saya pernah terbaca satu artikel yang menarik berkaitan fenomena itu dalam Saifulislam dalam suasana berbeza. Mereka juga membelenggu media, menutup penyelewengan mereka di atas nama menjaga rahsia rasmi (OSA), tetapi sebenarnya menjaga dan melindungi tokoh- tokoh yang tidak bermaruah.

Lihat sahaja krisis kehakiman di saat pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim . Ia adalah lembaran sejarah jahiliyyah moden yang menconteng kemurnian badan kehakiman yang sepatutnya wajib dipertahan dan dipelihara.

Dan yang terbaru, IJN bakal diswastakan. Apa habis terdesak sangat ke kewangan kerajaan? Tak pernah ada dalam sejarah, syarikat yang diswastakan kos perkhidmatannya menjadi lebih murah. Lepas ni habis mati terkangkang orang miskin yang sakit jantung. Dah tengok bil bayaran pendahuluan pun tak mampu nak bayar. Apatah lagi bayaran untuk bermalam, ubat dan sebagainya.

MANSUHKAN PPSMI, KEMBALIKAN KEDAULATAN BAHASA!

Bukan nak kutuk, tapi nak bentuk. Saya sendiri seorang pelajar yang menerima pendidikan melalui PPSMI bermula dari Tingkatan Satu sehingga sekarang, Tingkatan Empat dan akan bersambung setahun lagi tahun depan di Tingkatan Lima seterusnya menjawab soalan SPM dalam modul PPSMI.

Pemimpin Umno bukan sahaja mengikis hasil mahsul negara untuk keuntungan sendiri malahan sanggup mencemarkan kebudayaan bahasa sendiri. Sedangkan bahasawan pernah berkata: ‘Bangsa yang hebat ialah bangsa yang tidak meminggirkan bahasa sendiri’. Ingin tahu sejauh mana kebenaran kata- kata ini? Sila baca seterusnya…

Saya tidak berhasrat untuk mengaitkan Mahathirisme dengan PPSMI. Kalau nak tahu formula kaitannya sila baca Harakah Fikrah Edisi 1200.

Bukankah Bahasa Inggeris menjadi sumber ilmu vokasional? Maknanya kita menyerap ilmu mereka bulat- bulat tanpa mengetahui sejauh mana ‘precious’ sesuatu ilmu untuk tamadun. Sedangkan pada zaman kegemilangan Islam ketika Islam menguasai Rom dan Parsi, buku- buku dalam bahasa asing diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab. Istilah berbagai ilmu juga ditukar kepada Bahasa Arab. Itu salah satu kunci kejayaan tamadun.
Bukan seperti Islam Hadhari ciptaan Umno, mundur ke belakang kepada suasana penjajahan dengan menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris.

Karya- karya saduran telah ditajdidkan dan disesuaikan dengan prinsip Islam maka lahirlah Hadharah Islamiyyah yang gilang- gemilang berbeza dari tamadun- tamadun yang lain.

Bahkan Umno dilihat lebih penjajah dari penjajah sendiri apabila berusaha menghapuskan tulisan jawi. Pemimpin Umno lupa bagaimana Islam sampai ke Tanah Melayu. Mungkin kerana mereka terlebih barat dan lihatlah sendiri anak Hishamudin dan Najib di mana mereka bersekolah. Bukan SK mahupun SMK tetapi di sekolah luar negara.

Islam sampai di Tanah Melayu pada kurun ke- 15 apabila pendakwah Islam yang berdagang menyebarkan dakwah Islamiyyah. (Bukan pedagang Islam yang berdakwah seperti yang disebutkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat). Buktinya ada di dalam kitab melayu jawi, karangan Sheikh Idris Al- Marbawi iaitu Bahr al- Madzi.

Persoalannya, mengapa mereka menggunakan Bahasa Melayu walhal pada zaman itu bahasa yang popular ialah Bahasa Sanskrit. Jawapannya mudah kerana Bahasa Melayu yang kurang dari sepuluh patah perkataan masih belum tercemar. Jadi mudahlah untuk memasukkan istilah Arab ke dalam bahasa ibunda kita. Lihat, betapa tingginya nilai bahasa kita sehingga menjadi wadah dakwah!

Tetapi pemimpin Umno hari ini sedikit pun tak menyedari nilai Bahasa Melayu. Tulisan jawi sudah 40 tahun dikeluarkan dari bilik darjah kini mati. Apabila matinya bahasa dan tulisan melayu maka matilah jiwa dan roh kita yang dahulunya dihidupkan dengan ketamadunan ilmu yang dibawa dengan tulisan jawi, membawa kepada pembentukan bangsa Melayu- Islam yang penuh dengan tradisi dan keislamannya.

Mungkinkah, 40 tahun akan datang Bahasa Melayu akan keluar dari bilik darjah sebagaimana tulisan jawi?

Rabu, 17 Disember 2008

Berjuang itu pahit kerana syurga itu manis

11 komen pembaca
kenapa kalo sembang pasal politik dunia boleh sedangkan politik malaysia tidak?,” tanya saya di dalam sebuah forum.
kerana politik Malaysia ditahap kronik sehingga boleh menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.
malahan dalam kebanyakan board, politik dianggap suatu benda sensitif dan tidak patut dibicarakan di khalayak.
kita nak jaga hubungan baik sesama forumer, bukan menyemarakkan api kemarahan dan ketidakpuasan hati.
nak berpolitik sangat sila tulis blog, you tak suka you keluar,
.” jawab seorang Admin

plis.
ak ingtkn skali lgy atau warning level korg akn dinaikkan.
no more political issue!
jgn dok maki mana2 parti
ogayh?
ak xkire lpas ni ak nmpk lgy
mmg ak naekkn trus
sbb byk sgt isu politik kt sni
or spt ape yg akeem ckp
err bashing thread (kejadah tah ak xpaham),
” kata seorang Global Moderator

plz,
xde borak2 politik lgy
suspend kang!,
” Global Moderator memberi peringatan.

‘Ayat- ayat’ peringatan ni saya dapat dari salah seorang Global Mod dan sa;ah seorang Admin Malakat92.com: Bersama Selamanya. Warning meter saya juga dinaikkan kepada 10%. Kalau bukan kerana ayat-ayat ini mungkin saya masih lagi ‘tiada masa’ nak update blog saya. Sebab tu dah lama tak update blog walaupun banyak perkara menarik berlaku sekitar saya. Mungkin juga dah tambah bersawang dan berhabuk laman sesawang ni. Tapi saya gagahkan juga, mencari- cari masa yang ada. Perkara yang bakal saya huraikan ni saya dah pernah huraikan di Musolla Jannatul Naim di bumi SBPI Kubang Pasu yang tercinta. Apabila sahabatku, Basil Hazman ‘diserang’ oleh sekumpulan kecil pelajar Form 5 yang benci ketika Basil selalu membuat pengumuman berkaitan isu semasa setiap malam melalui speaker Dewan Makan sebelum tidur. Pelajar- pelajar SBPI Kubang Pasu harap lebih jelas perkara ini.

Apapun, sebelum anda semua membaca dengan lebih lanjut, saya tegaskan di sini ayat- ayat seterusnya bukan nak meng’attack’ ataupun menghentam atau apa sahaja sewaktu dengannya.

Maksud firman Allah: Apakah (orang-orang kafir itu sama dengan) orang-orang yang ada mempunyai bukti yang nyata (Al Quran) dari Tuhannya, dan diikuti pula oleh seorang saksi (Muhammad) dari Allah dan sebelum Al Quran itu telah ada Kitab Musa yang menjadi pedoman dan rahmat? Mereka itu beriman kepada AlQuran. Dan barangsiapa di antara mereka (orang-orang Quraisy) dan sekutu-sekutunya yang kafir kepada AlQuran, maka nerakalah tempat yang diancamkan baginya, kerana itu janganlah kamu ragu-ragu terhadap AlQuran itu. Sesungguhnya (AlQuran) itu benar-benar dari Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman. (Huud:17)

Saya bukan ahli politik kerana saya seorang pelajar. Kalau saya seorang ahli politik, saya seorang yang berkempen di pentas politik, turun menghadap FRU dalam demonstrasi dan sebagainya. Mungkin juga dah merasa betapa peritnya ISA dalam saat- saat sebegini.

Aku bukan ahli politik.

Tetapi ini tidak bermaksud saya buta politik dan tidak boleh mengambil tahu pasal poltik. Saya tidak terlalu bodoh untuk memisahkan agama dari kehidupan saya. Kenapa saya berkata sedemikian? Pernah dengar pesanan Imam Hasan al- Banna? As- Syahid ini pernah berwasiat: ‘Tidak ada kebaikan bagi agama yang tiada politik di dalamnya dan tidak ada kebaikan bagi politik yang tiada agama di dalamnya. Saya bukanlah seorang peminat Imam Khomeini tapi ada kata- katanya yang patut di beri perhatian. . Beliau pernah menyebut, “orang yang memisahkan politik dari agama, dia itu tidak faham apa itu agama, dan apa itu politik”.

Jahil terhadap kedua- duanya.

Apabila saya berbual atau menulis tentang politik, saya maksudkan ia sebagai disiplin mengatur kehidupan manusia. Tentang peraturan hablun minannaas yang merupakan separuh kedua agama kita. Mahu tidak mahu, kita tetap merupakan sebahagian dari politik. Sama ada kita berperanan mencorakkan politik, atau kita sendiri menjadi mangsa percaturan politik akibat buta politik. Atau sengaja memejamkan mata terhadapnya. Percaya atau tidak kepada saya, kalau tidak ada politik maka matilah kita. Kalau hidup pun bagai jasad tiada roh.

Soal keterlibatan seseorang dengan perlakuan politik, itu soal kedua. Maksud perlakuan politik di sini ialah berkempen, berdemonstrasi dan sebaginya. Apatah lagi jika kita seorang pelajar. Biar pun undang-undang negara telah mewartakan anda pada usia begitu sebagai seorang yang layak mengundi, anda ada peraturan-peraturan universiti yang tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja. Maka soal keterlibatan pelajar dengan politik, saya serahkan kepada anda untuk membuat percaturan mengenainya.

Sekalipun kita tidak terlibat dengan politik, ini tidak bermaksud kita tak perlu ambil tahu pasal politik. Ini bukan isu parti mana yang anda sokong! Ikut suka kalian sama ada nak sokong parti apapun. Parti kepala kerbau ke parti cap roket ke atau sebagainya. Memang benar ramai antara kita merasa meluat terhadap kebanyakan parti politik . Penyokong Parti Bulan Mengambang akan meluat kepada dasar Parti Orang Melayu dan begitulah sebaliknya. Buangkan jauh- jauh perasaan itu kerana isu yang mereka bawa itu berkaitan dengan kehidupan kita.

Jika isu PPSMI, kepincangan sosial, kenaikan harga barang, rasuah, nepotisme, kronisme… kita kaitkan dengan parti politik tertentu, jika parti politik itu mati sekali pun, isu-isu berkenaan tetap merupakan masalah kita, masyarakat kita. Parti politik adalah kenderaan dan wadah untuk memperkata dan memperjuangkan isu-isu tersebut, tetapi tanpa parti politik sekali pun, isu berkenaan tetap wujud di depan mata.

Maka Islam mempersoalkan peranan kita terhadapnya. Ada istilah amar makruf, ada istilah nahi munkar. Bagaimanakah anda melaksanakan dua tanggungjawab ini, terhadap isu-isu yang saya sebutkan tadi.

Jika kita alah dengan parti politik, ia bukan alasan untuk kita buat tidak peduli kepada masalah yang membelenggu kehidupan kita dan masyarakat. Biar pun hadith , “barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam maka dia itu bukan dari kalangan mereka” itu dihukum sebagai hadith yang sangat lemah oleh al-Albani, apakah ini juga bermaksud saranan Islam agar seorang Muslim menjaga kebajikan saudara Muslimnya yang lain juga lemah?
Pernahkah Nabi SAW sambil lewa terhadap apa yang berlaku kepada sahabat, juga komuniti non-Muslim di sekitarnya? Apakah ada orang yang tertindas, ditekan dan dizalimi, dan Nabi SAW tidak peduli kepada nasib mereka?
Renung sahaja amaran Allah SWT:

“Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. maka kecelakaan besar bagi ahli sembahyang (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri terhadap amalannya), dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya)” (Al-Ma’un 107 : 1-7)

Pendusta agama yang diperincikan oleh Allah karakter mereka adalah golongan yang tidak melaksanakan tanggungjawab sosial, sebelum Allah menyebut kecacatan ibadahnya. Di peringkat massa, kebajikan anak yatim, membela kaum fakir miskin, adalah persoalan-persoalan yang membabitkan banyak aspek. Bagi kita sebagai rakyat, ia boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara. NGO dan badan-badan kebajikan boleh berperanan dalam membantu hal ini. Betapa pentingnya hal ini sehingga Allah meletakkan kedudukan hablun minannaas dalam surah ini sahaja mendahului kewajipan menyempurnakan solat. Tetapi tiada maknanya juga jika sibuk membantu manusia sehingga solat disia- siakan.

Tetapi bagi sebuah negara, ia bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan rakyatnya terjaga. Polisi-polisi harus memberikan keadilan dan kesejahteraan hidup kepada masyarakat. Semua ini bersangkutan dengan politik kerana politik itulah medan urusan ini ditadbir dan dijaga.
Apakah kita bisa membiarkan diri menjadi pendusta agama dengan tidak mempedulikan tanggungjawab ini?

PENDIRIAN JIWAMELAYU TENTANG POLITIK

Soal jiwamelayu memilih parti mana, itu perkara yang berasingan. Tetapi wacana saya di sini menyeru kepada kita semua agar cintakan kebenaran dan keadilan. Sebagaimana kita suka menyuburkan kebenaran di pelbagai peringkat kehidupan, saya juga mahu kita peka kepada lawan kebenaran itu. Kebatilan tidak boleh disembunyikan. Ia mesti diperkatakan.

Allah mengutuskan setiap nabi dan rasul kepada umat, bukan hanya untuk mengajak manusia kepada mengabdikan diri kepada-Nya, tetapi juga menjauhkan manusia dari saingan Allah. Al-Quran mengistilahkan saingan ini sebagai taghut, iaitu pelampau yang melampaui batas-batas Allah. Ia mungkin manusia, mungkin sistem. Lantas tanggungjawab amar makruf dan nahi munkar, menuntut kita untuk bukan sahaja cintakan kebaikan, tetapi juga mengambil bahagian dalam bertindak mengatasi kebatilan.
Tidak semestinya dengan membabitkan diri sebagai aktivis politik. Tetapi mustahil kita boleh berperanan jika kita buta politik atau jahil mengenainya.

BELAJAR TIDAK SEMESTINYA TERLIBAT

Oleh itu, saya ingin mengajak kita semua, pelajar dan pekerja, geng- geng Malakat92.com, Salaf dan Khalaf, ahli PAS mahu pun JIM, ABIM dan Tabligh, agar sama-sama peka dengan politik. Memperkatakan tentang politik, jangan sempitkan kepada isu partisan semata. Ia terlalu luas dan murni sebagai satu cabang kehidupan dan disiplin pengetahuan.

Apa erti saya menganut Islam?

Salah satunya ialah, peduli terhadap nasib umat Islam, pada makruf dan pada mungkarnya.

KHATIMUL

Cuma sedikit yang saya kesalkan apabila ada posting yang menyokong parti pemerintah moderator biarkan begitu sahaja. Tidak pula warning meter dinaikkan. Bukan saya minta warning meter saya diturunkan bahkan biarkan ia di situ kerana ia bakal menjadi bukti perjuangan saya. Saya bangga dengan itu. Memang ada amaran mengenai perbincangan politik dalam thread itu.


Action: Political and Religious Topic, discussions are welcomed in Current Issues forum. But do not spread political propaganda or religious hatred in any of Malakat92.com forums. Obey the sub-forum rules as they are enforced very strictly.


Untuk pengetahuan semua, saya tak pernah kutuk mana- mana parti dalam Malakat92.com. Mengapa kebanyakan post saya di'delete'? Kepada sesiapa yang pernah delete posting saya, tunjukkan bukti saya pernah mengutuk UMNO dan menyebarkan fitnah mahupun propaganda terhadap parti ini!

Tetapi saya seorang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya bukan seorang yang gentar dengan ancaman manusia. Kepada pejuang- pejuang yang berada atas jalan yang sama dengan saya, renunglah balik lembaran- lembaran perjuangan tokoh- tokoh terdahulu yang bukannya mudah. Hayatilah perjuangan Imam Hambali, As- Syahid Imam Hasan al- Banna, As- Syahid Syed Qutb, Imam Abdul Hamid Kisyk dan Nabi S.A.W. sendiri serta ramai lagi tokoh- tokoh yang tidak takut dengan ancaman pemerintah yang zalim.

Berjuang itu pahit, kerana syurga itu manis. Sungguh, walaupun kebenaran itu memang pahit untuk ditelan.

Jumaat, 12 Disember 2008

Gaza terkepung, tiada yang singgung

0 komen pembaca
Tika umat menyambut Eid al-Adha
Menyembelih qurban di waktu dhuha
Umat Palestin hanya ternganga
Tentera Yahudi ketawa ha ha ha

Takbir raya hanya di mulut
Daging qurban pula memenuhi perut
Umat Palestin terus dijerut
Pemimpin umat Islam masih pengecut

Tika peti sejuk kita dipenuhi
Dengan daging qurban yang dibahagi
Umat Palestin menangisi
Tiada bantuan yang sampai ke sini!

Siapa lagi yang boleh diharap?
Umat Arab atau OIC semua senyap!
Seakan umat Palestin seperti sampah sarap
Diratah tentera Yahudi anjing pelahap!

Hati ini merasa sedih
Tika Parlimen Kuala Terengganu dibanjiri pitih
Umat Palestin hanya merintih
Terus mengharap simpati dan kasih

Rabu, 8 Oktober 2008

Anwar vs Pak Lah

2 komen pembaca
Awwalul kalam assalamualaikum w.b.t.

Salam Aidilfitri. Kulu sanah wa antum bi khair.

ANWAR KHURAFAT?


Tersentak bila baca blog FT. Cukup menghiris perasaan gaya tulisannya. Bila harakah cetak tanya adakah ft benci Anwar, dia respon,"saya tak ada apa-apa masalah dengan Anwar". Baik sedekah kat Palestin katanya. Ada cadangan untuk FT. FT apa kata buat teater khas utk kutip dana Palestin? Buku cerita ke..

Aku bukan seorang yang taksub dengan susuk tubuh manusia bernama Anwar.

Memang benar replika yang bernilai RM5000 tu boleh dianggap satu pembaziran. BTW, replika tu bukan Anwar yang suruh buat pun. Anak- anak buah Anwar yang patut di'hukum'. Kalau Anwar tak tegur dia subahat sekali la. Ia mesti diturunkan TAPI…. bukan replika Anwar saja..ia menjadi hangat kerana ia replika “Anwar”..kita juga pernah lihat gambar besar Dolah dan Najib di Bangunan DBKL (besar betul..macam Tok Pekong), kita biasa tengok gambar besar Maya Karin selaku model syarikat telekomunikasi atau Mawi dengan mee segeranya, juga iklan Fara Fauzana dengan nescafe..gambar di billboard ni cukup besar..tiada kecoh isu penyembahan kerana mereka bukan ANWAR..tapi ia tetap salah!! hampeh~

Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka pun satu hal jugak. Bising kat Anwar kata benda ni tak baik la apa la. Siap kutuk Pas bersekongkol dengan Anwar lagi. Tapi kalau hang pi Melaka hang tau la sapa yang didewa- dewakan. Billboard kat Melaka yang paparkan gambar Ali Rustam berlambak- lambak dan besar- besar pulak(kalah Anwar dengan Ali Rustam). Apasal time Pak Lah kalungkan bunga kat tugu negara kau tak bising pun? SYIRIK kau tau tak??? Kalau pihak kami hangpa kata kami nak tunjuk pandai agama la bla bla bla.

Datuk seri.., BN tu dah tak betul. Takkan kami nak sokong kerajaan baru yang lebih kurang sama?

AKHIRNYA PAK LAH TURUN JUA
Perkara yang dah dijangka sejak keputusan terbaru mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) bulan lepas. Datuk Najib akan ganti Pak Lah menjelang Mac akan datang. Agaknya nak bagi cukup setahun kekalahan dan ke'malu'an PRU 12 kot?
Segala keputusan muktamad. Demi mengelak perpecahan katanya.

Pak Lah juga mengaku beliau 'membuat tidak cukup baik' untuk pilihanraya lalu. Lima negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat:- Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan kekalkan kedudukan di Kelantan. Pak Lah, beliau akan melaksanakan tiga inisiatif sebelum menyerahkan tugas kepada penggantinya.

Tiga inisiatif itu ialah penubuhan suruhanjaya pelantikan kehakiman, suruhan pencegahan rasuah Malaysia, suruhanjaya aduan khas bagi mengukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan.


Ketika mengambil alih kuasa, Pak Lah mendapat sokongan besar selepas berjanji untuk melaksanakan pembaharuan termasuk menghapuskan rasuah. Bagaimanapun, Pak Lah kemudiannya dilihat sebagai seorang pemimpin yang lemah selepas gagal menangani isu rasuah (nombor 47 dunia, lebih teruk dari Singapura dan Nigeria) dan kadar jenayah yang tinggi, sepertimana yang dijanjikannya dalam manifesto pilihanraya BN pada 2004. Pak lah bukannya orang yang betul- betul layak untuk jawatan PM. Beliau cuma 'accidental minister'. Beliau naik ketika rakyat meluat dengan Tun Dr M. Rakyat ingat dia 'Mr Clean'. Atas sebab itu rakyat percaya beliau dapat membuat perubahan untuk Malaysia. Tapi, hampeh...

Neway, tahniah PM Malaysia yang memegang jawatan paling singkat(lima tahun lima bulan) kerana berani bertindak seperti anak jantan.

TAPI aku risau bila 'pembunuh Altantuya' bakal jadi PM. Apa agaknya nasib Malaysia lepas ni???

KHATIMUL
Dalam bulan Syawal ni harap- harap kita boleh teruskan amalan- amalan yang kita dah buat dalam bulan Ramadan. Jangan tinggal macam tu je. Betul la orang kata, sebilangan umat Islam hari ni 'simpan ALLAH time solat dan puasa' sebab kita tak menghayati roh Ramadan dan solat itu sendri. Lepas solat buat perkara maksiat balik.
Rajin- rajinkanlah diri buat puasa enam.

Rasulullah saw bersabda: 'Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.' (Sahih Muslim ) -

Jumaat, 19 September 2008

Ramadan oh Ramadan

12 komen pembaca
Awwalul kalam, assalamualaikum w.b.t.

Kali ni aku nk cerita apa yg dh jadi kat sekolah aku sepanjang bulan posa.

BABAK PERTAMA
Al- kisah bermula apabila sekumpulan pelajar yang dianggotai Adiy, Moli, Peng, Azim n Kimi telah menjalankan satu bisnes utk me'+' ekonomi mereka...
maka perniagaan mereka berjalan dgn rancaknya di aspura al- ghazali sbpi kubang pasu. permintaan kebab daging mereka melonjak tinggi lantaran kebijaksanaan mereka berniaga dgn jayanya.
air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Sungguh tak diduga,perniagaan mereka yg melonjak namanya di persada aspura tiba2 berjaya dihidu pihak berkuasa yakni warden lah gelaran mashurnya serata negeri. terjadinya satu adegan rampas- merampas yg bg aku agak melucukan di depan dorm Saiyyida Abu Bakar.

Ustaz Suhaimi Ghani: Pembakar tu ada kat mne? (dgn loghat kuala ganunye)
Kimi : Ada kat dalam loker
Ust SG : Knp kmu simpan?
Kimi : Mak sy pnya ustaz pmbakar tu
Ust SG : x kira le, mak kamu pnya ke, tok wan kamu pnye ke,nenek kamu pnye ke, berani buat berani la tanggung.

dh la suma brg2 kena rampas eg. rice cooker, etc. pastu kena perli2 dgn cikgu plak dlm kelas (wat keje x gne otak psl bakar atas tilam) + yg x tahan kena sebat sorang sekali pastu isi borang disiplin plak. hadui2

P/s: ada sorang teraniaya dlm cita ni, AZAM HADI ketua dorm yg dituduh subahat tp dy pun x tw apa@ psl ni. merasa la kena sebat gak...

BABAK KEDUA
seperti SBP2 len, dh jd satu kewajipan utk solat tarawikh lapan rakaat setiap malam...
tp, ada gak yg lap(ponteng) solat tarawikh walaupun hnya 8 rakaat
apa lag, kena denda dapat pahala dgn ustaz suhaimi sudin: baca quran 1 juzuk. begitu jgak hukuman org yg miss solat jemaah 5 waktu n tadarus dlm usrah lepas solat asar

BABAK KETIGA

bila dh masuk2 tgh2 bulan posa maka adalah yg teringat nk raya...
dh jadi budaya kt sekolah aku tiap2 petang lepas tadarus ada program radio yg dikendalikan bdak2 form 4. taun ni AXIS yg buat. ok, mcm2 lagu yg depa pasang(pasal raya la takkan lagu cinta plak kot)
tp, masalahnya ada la org komplen tak boleh tidur la study la pasal radio tu kuat sangat. setelah aku mengkaji masalah ni maka aku dpt tau ada org baca quran kat aspura.
maka dgn kuasa yg aku ada sbg timbalan presiden AXIS aku slow talk dgn presiden n stop terus siaran kat aspura.
yelah, aku terfikir jgak. bulan ramadan mai setaun sekali je. setiap amalan sunat menyamai amalan fardhu pahalanya. ada amalan yg digandakan pahala sampe 70 kali ganda. jd, x eloklah benda2 ni. biarlah org beribadat dengan khusyuk. walaupun AXIS dapat duit buat benda ni suma, apalah sanagt keuntungan tu kalo nk bandingkn dgn keuntungan yg ALLAH bagi. lagipun org akan lupa kemanisan ramadan bila terkenangkan mercun, baju raya, kuih raya dsb...

KHATIMUL
Dh masuk sepuluh malam terakhir ramadan ni. jom sama2 cari lailatulqadar. malam yg lebih baik dr seribu bulan...

من يقم ليلة القدر فيوافقها..
"Barangsiapa yang berqiam pada malam Lailatul Qadar maka dia telah menjumpainya..." [Hadith Riwayat Muslim].

Begitu juga dengan hadith A'isyah ra. :-

رأيت يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر ما أقول؟ فقال: قولي: اللهم إنك عفوٌّ تحب العفو فاعفُ عني
"Apa pendapat kamu Ya Rasulullah jika aku berjumpa dengan Lailatul Qadar dan apa yang hendak aku ucapkan? Jawab baginda : Katakanlah : Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang memberi kemaafan, Engkau mencinta kemaafan, maka maafkanlah aku" [Hadith Riwayat Ibn Maajah dan Imam al-Timudzi].

Rabu, 27 Ogos 2008

Sinar Baru untuk Malaysia!

1 komen pembaca
Alhamdulillah dengan izinNya Allah memberi kemenangan kepada rakyat di Permatang Pauh. Sekaligus membuktikan bahawa rakyat tidak termakan fitnah liwat Saiful Bukhari.. Walaupun media-media munafik memomokkan 'seolah- olah Anwar penjahat nombor satu dunia', namun, semakin banyak serangan ke atasnya, semakin banyak sokongan yang diterima. Tahniah untuk Anwar Ibrahim!

Semoga laluan ke Putrajaya semakin mudah.

Buat masa ini Anwar Ibrahim telah menyeru supaya negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.

Begitu juga Anwar akan melaksanakan Agenda Ekonomi Baru untuk membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa diskriminasi kaum. Pakatan Rakyat juga akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.

Mereka(Pakatan Rakyat) juga berjanji akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Walaubagaimanapun janji Anwar, kami berharap bahawa bakal PM Malaysia yang baru ini akan melaksanakan demokrasi mengikut landasan Islam. Andai Islam tidak diberikan tempat pada letak yang sepatutnya maka akan subur kembali gejala rasuah, nepotisme, kronisme dan pelbagai salah laku (kalau sebut kat sini mau penuh satu page) sepanjang kerajaan BN memerintah. Dan pada saat itu, andai Islam dizalimi maka pejuang- pejuang Islam akan berpatah arang dari menyokong anda.

Kita ketika ini dalam bahang menyambut ulangtahun kemerdekaan negara ke-51. Diharapkan kemerdekaan tahun ini lebih bermakna dengan harapan baru ini.
Dunia Asia juga sedang menuju kepada Reinassence. Maka kita tidak berkecuali dalam hal ini.Tidak selama- lamanya dunia perlu meletakkan Anerika Syarikat sebagai kuasa ekonomi dunia. China dilihat berpotensi untuk menyaingi Amerika Syarikat dalam masa sedekad lagi. Walaupun pada dasarnya dua kuasa besar dunia: Amerika Syarikat dan Rusia tidak menjajah kita secara fizikal tetapi mereka telah menyerang kita melalui ideologi mereka.Sepatutnya kita segera menyingkirkan Amerika Syarikat kerana di sana bermulanya ideologi- ideologi berteraskan materealisme dan sekularisme yang merosakkan gaya hidup masyarakat Islam. Untuk golongan muda Malaysia, mereka hidangkan hedonisme.

"Semuanya mesti dilibur. Hukum Islam pantas ditidak-apakan, minum arak secara terbuka, pergaulan bebas - adalah juga bentuk penterjemahan Islam yang kononnya moderat tetapi rupanya mudarat," inilah penterjemahan hedonis dalam kaca mata Dato' Zahid Hamidi, Menteri di JPM. Menurutnya lagi, hedonis berakar dari fahaman Islam Liberal.

Pada 29 Ogos ini pula Avril Lavigne akan mengadakan konsert di Stadium Bukit Jalil. Sehubungan dengan itu, Perkid, Pekida Bukit Bintang dan NGO-NGO Islam yang lain akan bergabung secara besar-besaran membantah konsert tersebut.

"Jika perlu kita mengadakan demontrasi aman kita akan lakukan jika kerajaan tetap meneruskan konsert ini," kata Pengerusi Perkid, Ustaz Masridzi Sat. Tambah beliau lagi tindakan kerajaan membawa masuk penyanyi dari Kanada itu ibarat menyiram racun walaupun mereka lelah membaja dengan baja dakwah.

Malaysia harus merdeka dari ideologi yang serba menyesatkan ini. Semuanya berakar umbi dari Amerika Syarikat dan Eropah.

Kembali kepada Reinassence Asia, India juga sedang berusaha untuk menjadikan negara mereka sebagai hub pendidikan teknologi maklumat terbaik di dunia.

Untuk Malaysia, Anwar Ibrahim satu- satunya tokoh yang layak untuk menempatkan Malaysia dalam Reinassence Asia. Tetapi jadilah tokoh Reinassence yang melaksanakan Islam.

Itulah harapan masyarakat Islam yang beriman untuk anda. Kami sentiasa bersama anda selagi anda bersama- sama kami di jalan Islam.

Khamis, 21 Ogos 2008

Kenapa Pak Lah Tak Mahu Turunkan Harga Petrol Dan Diesel?

0 komen pembaca
Nak tahu kenapa, sila tumpukan kepada:
1. Bebanan Hutang Negara
2. Kongsi Keuntungan Orang dan Syarikat Berkenaan

Seseorang pemimpin politik yang ada rasa malu, tentulah akan bertanggungjawab bila Rakyat telah dengan nyata tidak mahu lagi dia memimpin parti dan negara.

Malu Pak Lah, besar sungguh -* Pulau Pinang, negeri sendiri pun, kalah,
* Kuasa di Parlimen tidak sampai majoriti dua per tiga,
* Kuasa di negeri, kehilangan suatu wilayah meliputi Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
* Di negeri lain, jelas pengaruhnya merosot,
* Barisan Nasional sudah tidak relevan lagi,
* UMNO sudah lama parah, dan sudah nyawa-nyawa ikan,
* Rating Rakyat akan kepemimpinannya merudum dan semakin turun.

Keinginan Berterusan -
Diperhatikan ada dua perkara yang Pak Lah tak mahu turunkan:
01. Dirinya mahu kekal di kerusi tampok puncak paling berkuasa, dan dia sendiri tidak mahu turun daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional, Menteri Kewangan, dan Perdana Menteri Malaysia.
02. Harga petrol dan diesel.

Kenapa?

Sebabnya:
Dari sudut kuasa:
Jika Pak Lah turun, ramai lagi akan turun. Mereka turun dalam keadaan malu yang besar. Kemungkinan, sisa hidup dihabiskan turun naik pejabat Badan Pencegah Rasuah, pejabat polis, mahkamah, paparan media dalam dan luar negara, hidup dalam pelarian di negara asing, atau kemungkinan di penjarakan, dan kemungkinan seumpamanya.

Dari sudut kewangan:
Jika seorang Perdana Menteri baru menjadi kenyataan, Pak Lah diganti atau ditumbangkan. Perkara pertama yang barangkali akan dilihat oleh Perdana Menteri Ke-6, ialah, kedudukan kewangan negara.

Ini meliputi:
* Berapa jumlah kewangan yang sedia ada,
* Berapa perbelanjaan lalu, kini dan akan datang,
* Berapa baki peruntukan,
* Berapa simpanan,
* Berapa pelaburan,
* Berapa pendapatan,
* Berapa bayaran dan baki hutang, dan
* Beberapa hal bersangkutan.

Sekiranya kita lihat dengan teliti Pak Lah sebagai pemimpin, gaya kepemimpinannya, ciri buruk dan baiknya, maka bab ini, yakni, akaun tak balance, Pak Lah sebenarnya paling teruk.

Di antaranya:

* Jumlah kewangan yang sedia ada sikit. Perbelanjaan lalu melebihi paras banyak, kini baki tinggal sikit, akan datang tak tahu macam mana.

* Baki peruntukan pusing sini sana, sudah tidak ketahuan.

* Simpanan kerugian kerana jika belian bond, pengecutan matawang dunia, negara kerugian.

* Simpanan walaupun masih stabil, tetapi bila-bila boleh merudum jika tidak berhati-hati. Perbelanjaan masih besar. Pembaziran kerajaan pusat dan negeri berleluasa.

* Dari aspek pelaburan, semakin bertambah kesilapan melabur, dan kerugian semakin meningkat. Satu persatu mula terdedah, terutama pembelian bank di Indonesia. Ada banyak lagi.

* Pendapatan, semakin terancam, kerana aspek perdagangan antarabangsa, banyak bergantung kepada terma yang memihak kepada negara pengimport.

* Bebanan hutang negara masih tinggi dan banyak.


Jadi apakah yang boleh dilakukan?

Walaupun Malaysia mempunyai pakar ekonomi yang hebat, mampu menyusun satu pakej induk ekonomi negara, namun, cara mereka bekerja jujur mengikut angka matematik.

Maka hendaklah diperolehi tuan penasihat yang berbelit politiknya, dan tahu sedikit sebanyak perihal ekonomi, dan sedikit sastera. Ehem!

Pakar begini cukup ramai lah.

Nun di sana, tersergam indah...Petronas!

Tabung besar yang dirasakan mampu digunakan untuk mengatasi kemelut kewangan yang sedang membebankan Pak Lah.

Sememangnya Pak Lah terkenal dengan membuat keputusan silap, dan keputusan berubah-ubah, jadi dilaksanakanlah:

* Harga petrol dan diesel tidak akan dinaikkan selepas PRU 12.
* Harga petrol dan diesel dijangka naik bulan Ogos 2008.
* Jun 5, 2008, harga petrol dinaikkan serta-merta, segera, drastik, dan tinggi, berdasarkan harga minyak dunia yang tinggi.
* Harga petrol dan diesel di Malaysia, ikut harga minyak pasaran dunia, bila harga di dunia naik, di Malaysia pun naik; sebaliknya bila harga di dunia turun, harga di Malaysia pun turun.
* Harga petrol dan diesel tidak dinaikkan tahun ini. Tahun berikutnya, siap lah engkau orang.
* Untuk mengurangkan bebanan kenaikan harga petrol dan diesel ini, kerajaan memberikan rebet.

Tiba-tiba...
Alamak! Rosak program, harga minyak pasaran dunia turun, dan turun-turun, dan turun pula lagi. Maka...

* Harga petrol dan diesel di Malaysia akan diselaraskan 1 September 2008, berdasarkan penurunan harga minyak di pasaran dunia.

Begitulah tipu-daya Pak Lah, sebagai pemimpin negara dan sebagai pentadbiran kewangan negara.

Sebenarnya:
Ada 3 langkah yang boleh diambil di Malaysia:
Pertama: harga petrol dan diesel diturunkan selepas PRU 12,
Kedua: kekal dan tidak perlu dinaikkan langsung, dan
Ketiga: Dinaikkan sedikit sahaja.

Ini adalah kerana, stok minyak di dunia banyak. Boleh dikeluarkan oleh negara OPEC, dengan banyak lagi, jika permintaan sebenar pasaran meningkat.

Harga minyak di pasaran dunia stabil dan rendah.

Tetapi, dasar kenaikan harga petrol dan diesel yang Pak Lah ambil, ialah harga minyak di pasaran hadapan atau Futures Market, dijudikan secara "sah" oleh Spekulator Institusi Antarabangsa.

Spekulator ini mempunyai wang yang banyak, lalu membeli minyak dunia dengan jumlah yang banyak, dengan harga yang murah. Dibelinya juga minyak yang belum dikeluarkan lagi dari perut bumi, untuk tahun umpamanya 2010, 2015, 2020. Maklumlah pasaran hadapan...

Pembelian ini dispekulasikan, minyak semakin kurang di pasaran dunia. Sebab mereka dah beli dah. Susutlah angka di atas kertas.

Bila minyak sudah dimiliki Spekulator, atas kertas, maka harga minyak adalah berdasarkan harga pasaran hadapan. Itu sebablah harganya tidak munasabah. Suka hatilah berapa harga dia nak letak.

Jadi Pak Lah, menteri kabinetnya yang akur, dan ahli parlimen Barisan Nasional yang setia, telah menetapkan kenaikan harga petrol dan diesel, dengan membebankan Rakyat Malaysia, dan memberi sumbangan berbillion RM kepada Spekulator antarabangsa sektor "judi" pasaran hadapan.

Disamping itu, kenaikan harga, memberi keuntungan kepada Petronas, dan pengagihan besar kepada kerajaan. Duit ini, boleh digunakan untuk menampung bebanan hutang negara, dan Pak Lah sebagai Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, chewah, boleh mengguna wang ini, untuk distribusi ke pusat dan negeri, demi mengukuhkan kuasa politiknya.

Di samping itu, aspek seperti rebet-merebet mendatangkan keuntungan perkongsian orang dan syarikat berkenaan. Sehingga kini tiada menteri berkenaan yang berani menyatakan, berapa upah, dan siapa yang dapat upah ini.

Itulah sebab musabahnya, Pak Lah tidak mahu turunkan harga petrol dan diesel di Malaysia. Juga, tidak mahu turun dari kerusia berkuasa, Perdana Menteri Malaysia.



Adakah Pak Lah sendiri, ahli keluarganya terkesan dengan kenaikan harga petrol dan diesel ini?
Adakah para Menteri kabinet?
Adakah pegawai tinggi kerajaan?
Adakah para pemimpin pusat dan negeri?

Tidak!

Mereka yang terkesan ialah:
Keluarga orang lain, kitalah kan,
Kakitangan pejabat menteri,
Kakitangan kerajaan,
Ahli UMNO,
Ahli parti Barisan Nasional,
Pemimpin dan ahli lain-lain parti politik,
Rakyat di seluruh negeri dan negara Malaysia.

Apa yang boleh Rakyat lakukan?

Ish, ish, ish, lagi mau tanya...

P 44 Permatang Pauh.

Tahu apa nak buat kan?

Bagus!"

Isnin, 14 Julai 2008

Benarkah politik (siasah) kotor?

0 komen pembaca
Bagi warganegara yang tidak mengambil tahu mengenai perjalanan politik dalam negara, sudah tentu mempunyai alasan sendiri untuk mengatakan ketidak-persetujuan mereka tentang perjalanan sistem politik yang dilihat sebagai meruncing, apatah lagi ia dianggap kotor lagi menjijikkan oleh sesetengah pihak.

Benarkah politik di Malaysia atau di negara-negara umat Islam bersifat demikian, lebih-lebih lagi tiada mana negara-negara umat Islam yang menjalankan sistem politik yang berasaskan Siasah Syariah sebagai undang-undang tertinggi negara, kerana senario politik menunjukkan, bahawa negara-negara Arab sama ada di utara Afrika dan di Teluk lebih cenderung kepada sistem politik Sekularisme, Kapitalisme, Sosialisme dan sebagainya.

Apatah lagi jika para pemimpin negara terlibat dalam kes-kes rasuah kemudian ia ditukar kepada istilah politik wang bagi mengelabui rakyat, konspirasi jatuh-menjatuh antara satu sama lain, salah laku, skandal, mengaut keuntungan daripada projek-projek mega yang hanya berkisar di kalangan mereka sudah menjadi sinonim yang bukan lagi rahsia yang perlu ditutup.

Tindakan-tindakan negatif seumpama itu memberi impak besar kepada kelancaran perjalanan sistem politik negara, yang akhirnya mengheret rakyat untuk membenarkan tindakan mereka. Tidakkah pengamalan politik seumpama itu mencemari demokrasi yang difahami umum sebagai satu sistem yang boleh dipercayai?

Justeru, penjelasan mengenai politik sama ada kotor atau sebaliknya perlu diberi pendedahan secara ilmiah.

Ia bertujuan mendidik rakyat agar sentiasa menjadi individu warganegara yang bukan hanya sekadar menerima pelaksanaan sesuatu konsep politik, malah bersedia untuk berdebat bagi menegakkan kebenaran politik yang bersumberkan kepada wahyu kebenaran Ilahi.

Jika pelaksanaan sistem politik dalam sesebuah negara berjalan mengikut kebenaran wahyu Ilahi, maka maksud sesuatu penyelewengan dalam sistem politik tidak akan berlaku seperti yang ditegaskan.

Konsep politik dari sudut teori, praktikal

Ia merupakan antara disiplin ilmu penting serta mempunyai kedudukan tersendiri.

Ada pun dari sudut praktikal ia memberi kebaikan jika negara ditadbir mengikut lunas-lunas sistem pentadbiran dan pemerintahan berasaskan kebenaran agama yang diceduk daripada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w., kerana sejarah telah membuktikan bahawa sistem politik yang ditadbir oleh baginda Rasulullah s.a.w. adalah contoh terbaik sepanjang zaman.

Sehubungan itu, Imam Ibn al-Qaiyim al-Jawziah berpendapat, bahawa politik adalah satu perlakuan manusia untuk membawa kebaikan menyeluruh serta menjauhkan mereka daripada sebarang bentuk kerosakan yang bercanggah dengan hukum Syariat Allah SWT.

Politik yang baik menurut beliau, ialah satu sistem pentadbiran negara penuh suasana keadilan selari dengan tuntutan ajaran Allah dalam al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. (sila lihat at-Turuq al-Hukmiah fi as-Siasah al-Syar'iah m.s 13-15)

Sementara Imam al-Ghazali pula mentakrifkan politik, sebagai dunia yang menjadi tempat bercucuk tanam untuk mendapatkan hasil di akhirat.

Tidak sempurna agama melainkan dihubungkan dengan dunia, sebagaimana tidak sempurna sesebuah kerajaan tanpa agama, kerana kedua-duanya adalah kembar yang tidak boleh terpisah antara satu sama lain. Agama itu adalah pokok, pemerintah adalah penjaganya, sesuatu perkara yang tidak ada pokoknya maka ia akan hancur dan sesuatu yang tidak ada penjaganya, maka ia akan hilang. (Ihyak Ulum al-Din 1/17 bab tentang ilmu, Dar al-Makrifah, Beirut).

Konsep pemerintah menurut hukum Siasah Syar'iah

Para ulama bersepakat menyatakan, bahawa pemerintah (khalifah) adalah pengganti kepada pelaksana Syariat Islam pertama iaitu Nabi Muhammad s.a.w., di mana baginda merupakan penjaga kepada agama Islam dan dasar-dasar politik dunia yang berteraskan kepada agama.

Baginda Rasulullah s.a.w. bukan sahaja seorang pendidik, motivator, hakim, malah seorang ahli politik yang berjaya sebagai ketua negara atau pemerintah umat Islam yang disusuli dengan para pemerintah di kalangan Khulafa Rasyidun yang telah melakarkan sejarah gemilang kerana berjaya memerintah negara dengan penuh keadilan dan keharmonian hidup bermasyarakat berasaskan ilmu pengetahuan dan keimanan yang kental.

Tetapi apa yang menjadi masalah kepada rakyat di negara-negara umat Islam hari ini, ialah mereka tidak mendapatkan para pemerintah yang melaksanakan sistem politik dalam negara masing-masing yang bersih, adil, telus, kerana ia diimport daripada peraturan dan undang-undang barat yang memisahkan pentadbiran negara daripada agama.

Maka lahirlah para pemimpin atau pemerintah yang memiliki cita rasa memerintah dengan peraturan yang sedikit pun tidak ada kena mengena dengan Islam. Mereka sanggup menjadi penyambung golongan penjajah yang memisahkan rakyat daripada agama, malah memperkenalkan ideologi falsafah yang cenderung kepada mengutamakan akal semata-mata.

Justeru, lahirlah gerakan-gerakan Islam yang tersohor seperti Ikhwan Muslimun di Mesir dan beberapa negara Arab lain, Jamaat Islami di Pakistan, Masyumi di Indonesia, MILF di Filipina, PAS di Malaysia dan sebagainya yang berani memasuki arena politik kerana ia adalah sebahagian daripada ajaran Islam. Mereka melihat bahawa hukum dan undang-undang Islam tidak akan sempurna melainkan terlibat dalam politik bagi memegang kuasa eksekutif untuk melaksanakan Islam.

Sikap dan tindakan berani gerakan Islam berkenaan menceburi bidang politik, sedikit sebanyak mengubah persepsi dan tanggapan masyarakat, bahawa Islam hanya boleh dibahaskan di masjid-masjid atau pun di surau-surau, malah membebaskan pemikiran masyarakat tidak hanya beranggapan bahawa ahli politik tidak boleh bercakap mengenai agama, sedangkan baginda Rasulullah menerusi sirahnya telah membuktikan keupayaan sebagai pemimpin negara, pentadbir atau imam di masjid tanpa melakukan pemisahan antara agama dan politik.

Apabila tidak ada individu yang faham Islam dengan sebaik-baiknya menceburi politik, sudah pasti banyak elemen agama tidak boleh diperjuangkan. Ini dapat dilihat bagaimana parti-parti politik berhaluan Islam di Algeria dan Tunisia tewas dan segelintir sahaja sebagai wakil rakyat di Parlimen, maka pihak berkuasa yang berhaluan Sekular sebagai golongan majoriti telah mengisytiharkan pengharaman pemakaian hijab (tudung kepala) di universiti-universiti seluruh negara tanpa dapat dihalang kerana ketiadaan kuasa untuk menghalang.

Malah pihak berkuasa begitu angkuh dengan nada sinis mengatakan di Parlimen, bahawa pemakaian hijab itu bukan sebahagian daripada pakaian Islam, malah ia lebih kepada pakaian suku kaum tertentu, sebagaimana solat hari raya di kawasan lapang bukanlah sunnah nabi, malah ia adalah solat politik yang dicetuskan oleh pembangkang.

Justeru, tindakan kejam pemerintah dengan membelakangkan hukum-hukum Allah, sedikit sebanyak memberi gambaran yang tidak sihat mengenai Islam, pada masa sama tindakan memberi dan menerima rasuah, berkepentingan adalah di antara aspek yang dikenal pasti merosakkan imej Islam di mata masyarakat hingga menyifatkan politik adalah satu agenda atau wadah jijik lagi kotor yang sepatutnya dijauhi.

Inilah kejayaan penjajah yang berjaya menanam bibit-bibit fahaman Sekular dalam minda, cara dan gaya hidup umat Islam agar terus berbangga bahawa Sekular lebih baik daripada Islam.

Rasulullah contoh terbaik ahli politik

Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w. bukan sekadar menyeru manusia seluruhnya untuk beribadat dalam konteks solat semata-mata, tetapi perkara yang lebih besar daripada itu, iaitu menjalankan tugas utama manusia di muka bumi ini menjadi khalifah Allah, dengan melaksanakan segala hukum-hakam Allah.

Apabila ia berjaya dilaksanakan dalam sebuah negara yang diperintah oleh individu yang cintakan Islam, maka seluruh bentuk ibadat khusus dan umum boleh dilakukan tanpa sebarang sekatan dan halangan.

Kekhilafahan yang dijalankan oleh baginda itu, berteraskan kebenaran wahyu Ilahi walaupun pada masa itu ayat-ayat al-Quran masih di peringkat penurunan sedikit demi sedikit, tetapi apa yang penting kesediaan dan kesanggupan baginda yang dibantu oleh para sahabat untuk mendaulatkan Syariat agama Allah dalam bentuk yang lebih praktikal.

Sebagai ahli politik berpengaruh yang mentadbir negara, baginda meletakkan asas-asas keimanan menjadi agenda utama dalam diri segenap manusia tanpa mengira perbezaan suku kaum, malah telah menyediakan dasar dalam dan luar negara yang komited kepada Islam.

Mengenai dasar politik dalam negara, baginda menyediakan asas kemudahan rakyat sama ada dari sudut pembelajaran, keperluan hidup menjadi tanggungjawab pemerintah seperti air, api dan padang rumput yang boelh dikongsi sama oleh segenapa lapisan masyarakat.

Sementara dasar luar negara pula, baginda berusaha untuk memperkenalkan Islam kepada para pemerintah melelaui para utusan baginda bagi menyakan kesediaan mereka untuk memilih Islam sebagai pegangan hidup.

Justeru, baginda mengarahkan umat Islam supaya mengeluarkan zakat dan bukan Islam pula dikenakan bayar cukai, ia tidak lain adalah bertujuan untuk keharmonian rakyat sejagat melalui agenda mantap sistem perekonomian yang berteraskan al-Quran.

Kejayaan baginda itu ditiru dan diteruskan oleh para pemimpin selepas kewafatan baginda seperti Sayidina Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Othman Affan, Ali bin Abi Talib dan beberapa pemerintah selepas itu.- DSAM

Khamis, 1 Mei 2008

Jawapan 'fitna' Geert Wilders

1 komen pembaca
Artikel ini ditulis oleh seorang pelajar Al- Azhar Asy- Syarif

Islam adalah deen dan agama kedamaian dan keamanan. Perkataan Islam itu sendiri terbina di atas kalimah سلم yang bereerti keamanan, kesempurnaan dan keselamatan. Islam adalah cara hidup (way of life) yang meliputi seluruh ruang lingkup kehidupan manusia sejagat. Islam bukan sekadar 'agama' seperti ajaran agama-agama lain yang hanya dilihat dari aspek ritual dan pengamalan penyembahan semata-mata. Sebagai 'way of life' para penganutnya, Islam telah menggariskan panduan yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia dari sekecil-kecil perkara seperti adab memasuki tandas sehinggalah sebesar-besar perkara seperti panduan mentadbir dan memimpin negara. Islam merupakan pakej lengkap yang menyeluruh bagi manual kehidupan manusia. Sebagai satu deen yang tidak rigid dan sempurna, sudah tentulah di sana terdapat panduan dan undang-undang yang semestinya dipatuhi dan dilaksanakan. Hak-hak muslim dan non-muslim yang berasaskan keadilaan dan kesaksamaan telah digariskan oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Klip pendek 15 minit 'fitna' yang dikeluarkan oleh seorang ahli parlimen Belanda Geert Wilders baru2 ini benar2 menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia. Kritikan dan sikap prejudis terhadap kitab suci al-Quran yang kononnya berasaskan semangat 'freedom of speech' ini benar-benar tidak akademik, malafide, kesinambungan dari doktrinisasi islamofobia, tidak bertanggungjawab serta menggambarkan kekeliruan dan ketidakfahamannya terhadap ajaran dan pegangan agama 1.4 billion penduduk dunia ini. Kekeliruan beliau tampak jelas apabila mengutip beberapa potong ayat al Quran dan ditafsirkan secara zahir maknanya secara rambang tanpa mengkaji secara mendalam ayat-ayat terbabit. Islam diinterpretasi dan digambarkan semahu-mahunya sebagai paksi keganasan, konservatif, ekstrimis dan ideologi paling merbahaya selepas nazi dan komunis yang mengancam keselamatan penduduk dunia. Ironinya, gambaran secara umum hasil filem ini adalah Islam merupakan punca segala jenis keganasan yang berlaku abad kebelakangan ini, Israel dan yahudi yang merampas tanah umat Islam Palestin pula bagaimana? Umat Islam Palestin dirampas hak dan dihalau keluar dari tanah air mereka sendiri oleh sekumpulan bangsa yang dahulunya hanya mengemis sekangkang tanah di bumi Palestin. 16% rakyat Palestin terpenjara di sebalik tembok apartheid setinggi lapan meter dan sejauh 703 kilometer meredah perkampungan dan ladang-ladang zaitun milik mereka. Belum lagi berkisah dengan hak-hak asasi kemanusiaan yang dicabuli rejim zionis. Mereka ditindas dan dizalimi di tanah tumpah darah sendiri. Bagaimana lagi dengan Amerika yang telah menyerang Iraq, Lubnan dan negara2 umat Islam lain? Masih Islamkah puncanya?

Melihat kepada senario kebelakangan ini yang galak memberikan kefahaman dan interpretasi yang buruk dan salah terhadap Islam, kami selaku pelajar agama yang menuntut di Al-Azhar rasa bertanggungjawab untuk memberikan pencerahan terhadap masyarakat terbanyak mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan kini.

Ayat al-Quran disalahtafsir
Plot-plot dalam klip ini seterusnya mengaitkan al-Quran sebagai panduan untuk umatnya melancarkan keganasan 'terrorisme' terhadap Barat. Beberapa ayat al-Quran dipetik sambil diikuti video kapal terbang yang menghempas World Trade Center New York 11 September 2001. Segmen berikutnya juga terus mengaitkan Quran dengan punca serangan bom keretapi di Madrid pada tahun 2004, pengeboman di London 2005, serangan terhadap askar Amerika sedekad lalu dan pembunuhan direktor filem Theo Van Gogh pada tahun 2004. Semuanya membawa kepada satu tujuan dan gambaran, Islam dan Quran bersifat fasisme.

Istilah 'keganasan' atau 'terrorisme' itu sendiri tidak jelas dan kabur maknanya. Istilah ini mula dipopularkan oleh Amerika dan sekutunya selepas peristiwa 11 September. Penggunaan istilah ini sering dikaitkan dengan ekstrimis muslim di mana-mana ceruk pelusuk dunia. Umat Islam sendiri setelah terpengaruh dengan istilah ini seringkali pula menggunakannya untuk merujuk kepada para pejuang pembebasan tanah air khususnya di Palestin. Hasil penggunaan kerap istilah ini melalui media Barat umumnya, telah memberikan kefahaman kepada masyarakat dunia bahawa Islam itu banyak versi. Ada Islam yang ekstrim, Islam liberal, Islam sederhana, Islam yang maju dan sebagainya. Malaysia juga terpengaruh dan tidak terkecuali, di Malaysia pula ada Islam hadhari! Islam sederhana yang menitikberatkan soal pembangunan dan ketamadunan, dakwa penciptanya. Penjenamaan semula Islam (bid'ah alaf baru) yang sepatutnya amat wajar diperangi golongan wahabi. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa, dengan istilah inilah Amerika, Britain dan sekutunya menghalalkan tindakan mereka menyerang Iraq, Lubnan, Palestin dan yang terbaru dalam perancangan, Iran.

Geert Wilders telah membawakan lima ayat suci al-Quran dan ditafsir secara salah dalam rangka misi jahatnya untuk mengaitkan Islam dengan keganasan. Kesemua ayat ini ditafsirkan secara salah dan keluar dari konteks asalnya oleh Wilders.

Ayat 60 Surah al-Anfal contohnya diberi makna 'untuk melancarkan keganasan' (to strike terror). Tafsiran yang sebenarnya adalah (to Frighten the enemies of god), 'menggentarkan musuh Allah'. Nyata, Wilders sengaja berniat jahat dengan mengubah maksud sebenar ayat tersebut. Firman Allah swt:
(وأعدوا لهم ما استطعتم من قوة ومن رباط الخيل ترهبون به عدوالله وعدوكم وءاخرين من دونهم لا تعلمونهم الله يعلمهم وما تنفقوا من شيء في سبيل الله يوف إليكم وأنتم لا تظلمون) Maksudnya: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (Al-Anfal, 60)

An-Nisa 56, ayat ini mengkhabarkan tentang hukuman dan azab kepada orang-orang yang ingkar dan lalai dalam melihat tanda2 ayat-ayat Allah. Umumnya bermaksud hukuman kepada orang2 kafir dan ganjaran bagi orang mukmin. Ianya tentang azab api neraka dan bukannya terrorisme seperti ditafsirkan Wilders. Firman Allah swt:
(إن الذين كفروا بئايتنا سوف نصليهم نارا كلما نضجت جلودهم بدلنهم جلودا غيرها ليذوقوا الذاب إن الله كان عزيزا حكيما)
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisa, 4)

Surah Muhammad ayat 4, sekali lagi Wilders sengaja membangkitkan sentimen untuk membenci umat Islam apabila membawakan ayat ini yang konteksnya dalam suasana perang. Secara zahirnya, jika tidak memahami konteks sebenar penurunan ayat ini memang menunjukkan bahawa Allah memerintahkan umat Islam memerangi orang2 kafir. Tetapi dalam suasana sedang berperang! Bukan dalam keadaan biasa-biasa. Itupun dalam maksud sebenar ayat ini sebenarnya, Allah swt memerintahkan umat Islam supaya memerangi orang kafir yang melanggar perjanjian yang telah dimeterai bersama dengan umat Islam. Memerangi orang yang melanggar perjanjian damai, zalimkah? Bahkan Islam sendiri meletakkan beberapa kondisi yang perlu dipatuhi sebagai etika dan akhlak ketika berperang; tidak boleh membunuh wanita dan kanak-kanak, tidak boleh merosakkan tanam-tanaman, larangan membunuh orang-orang tua, merobohkan rumah ibadat dan sebagainya. 'Fitna' Wilders dalam klipnya itu tanpa mengambil makna ayat secara keseluruhan mudah-mudah pula menempel separuh makna ayat ini dan menyembunyikan sebahagian yang lain.

(فإذا لقيتم الذين كفروا فضرب الرقاب حتى إذا أثخنتموهم فشدوا الوثاق فإما منا بعد وإما فداء حتى تضع الحرب أوزارها ذلك ولو يشاء الله لانتصر منهم ولكن ليبلوا بعضكم ببعض والذين قتلوا في سبيل الله فلن يضل أعملهم)Maksudnya: Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) samada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehingga berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang menimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali-kali akan mensia-siakan amal-amal mereka. (Muhammad, 4)

Surah an-Nisa' ayat 89. Taktik dan strategi sama digunakan Wilders seperti ayat-ayat di atas. Secara kasarnya jika diberi makna huruf tanpa memahami asbab nuzul dan konteks asal ayat ini memang menggambarkan Islam sebagai agama yang ganas, dan itulah yang telah dilakukan Wilders. Wilders menafsirkan ayat ini seolah-olah Islam memaksa manusia untuk menerima Islam, jika mereka tidak mahu, umat Islam berhak dan diperintah untuk membunuh mereka sekaliannya. Ganas bukan? Firman Allah taala:
(ودوا لو تكفرون كما كفروا فتكونون سواء فلا تتخذوا منهم أولياء حتى يهاجروا في سبيل الله فإن تولوا فخذوهم واقتلوهم حيث وجدتموهم ولا تتخذوا منهم وليا ولا نصيرا)Maksudnya: Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya; dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong. (An-Nisa', 89)

Surah al-Anfal ayat 39, Firman Allah taala:
(وقتلوهم حتى لا تكون فتنة ويكون الدين كله لله فإن انتهوا فإن الله بما يعملون بصير)Maksudnya: Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan. (Al-Anfal, 39)

Isu-isu lain
Dalam satu scene klip 'fitna' ini, Wilders menunjukkan betapa negatifnya umat Islam hari ini apabila mengajar anak-anak kecil membenci yahudi dan Israel. Basmala, nama anak itu yang apabila ditanya tentang yahudi pantas menamakan yahudi sebagai kera dan babi. Islam sebenarnya sangat jelas tentang mauqif dan pendiriannya terhadap yahudi. Tidak dinafikan memang terdapat segelintir yahudi yang beragama Islam zaman ini, tetapi secara umumnya yahudi dalam erti kata sekarang merujuk kepada suatu bangsa yang sentiasa memerangi dan memusuhi Islam. Siapa sahaja boleh mengajarkan beberapa kerat skrip pendek kepada seorang kanak-kanak, kemudian merekodkannya untuk tontonan dunia bagi membenarkan pendirian dan pendapatnya. Wajarkah kenyataan seorang anak kecil bernama Basmala itu dipundakkan lantas menyalahkan 1.4 billion umat Islam di dunia sekarang?

Secara dasarnya, Islam amat menghormati kebebasan hak asasi manusia. Di antara hak asasi terpenting yang dipelihara serta dijaga adalah hak kebebasan bersuara. Kritikan yang membina bukan sahaja diperbolehkan, malah digalakkan untuk kebaikan sesuatu perkara. Seringkali pihak yang menghina Islam ini menggunakan hujah kononnya mengamalkan hak kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat (freedom of speech). Perlu dijelas dan diperincikan, bukan semua perkara boleh dikritik dan dibicarakan mengikut selera. Islam bukan seperti kristian yang tidak menghiraukan walaupun popenya dipermain dan dipersenda. Islam ada maruah, sensitiviti dan nilai harga yang amat tinggi. Segala sesuatu yang menyentuh Allah dan Rasul, dasar al-Quran dan perkara asasi lain tidak dibenarkan sesiapapun untuk mencabuli, mengkritik apatah lagi menghina. Tambah-tambah perkara yang dikritik itu membangkitkan kemarahan umat Islam, lagi tidak diharuskan. Larangan ini umum untuk muslim dan non-muslim.

Jika atas dasar kebebasan bersuara seperti dakwaan Wilders, mengapa ahli politik dan media Barat dilihat takut dan tidak mengamalkan dasar ini dalam isu Israel? Mereka mudah menyerang dan menghina Islam tetapi tidak mampu walaupun untuk mengkritik kerajaan haram Israel. Siapa saja yang menyatakan bahawa holocaust tidak wujud di Barat akan disumbat ke dalam penjara. Bahkan ahli politik Barat yang menunjukkan sikap anti-Israel dan mengkritik negara itu akan didesak untuk meletakkan jawatan. Persoalannya, dimanakah kebebasan bersuara seperti yang dilaung-laungkan mereka? Adakah freedom of speech ini sekadar retorik bagi menghalalkan tindakan mereka menyerang Islam?

Isu penindasan wanita pula merupakan isu lama yang sering diulang-ulang. Islamlah pada hakikatnya yang membebaskan wanita dari diperhamba dan dipandang sebagai manusia kelas kedua. Kedatangan Nabi Muhammad saw di zaman jahiliyah 1400 tahun lampau benar-benar telah memulia dan memartabatkan kembali taraf wanita. Wanita dalam Islam dianggap mulia sebagai ibu, isteri dan anak. Syurga digambarkan berada dibawah tapak kaki ibu bagi menggambarkan betapa besar dan mulianya kedudukan ibu dalam Islam. Berbeza dengan wanita di Eropah dan Barat. Wanita pada pandangan mereka tidak lebih dari sekadar simbol seks dan bahan menempias nafsu. Tubuh wanita dieksploitasi dalam pelbagai cara. Apa relevannya seorang wanita berpakaian separuh bogel menjual tayar kereta? Tiada kena mengena langsung! Itulah kebebasan mutlak wanita pada pandangan mereka. Nah! siapa yang menindas wanita sekarang?

Penutup
Amat mudah sebenarnya mengambil mana-mana kitab suci lantas ditafsirkan diluar konteks mengikut selera sendiri sehingga ianya berbunyi seolah-olah kitab paling tidak berperikemanusiaan yang ada atas muka bumi. Inilah yang telah Wilders lakukan bagi meraih simpati politik dan publisiti murahan untuk mendapatkan sokongan mempertahankan ideologi kebenciannya terhadap Islam.

Buat akhirnya, hayatilah hadis ini:

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku, kata Rasulullah. Ikhwanku itu, menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka. KITALAH IKHWAN ITU!!

_iyya kanaqbudu wa iyya kanasta'in_

Sabtu, 15 Mac 2008

Pasca PRU 12- Jangan Cabar Suara Rakyat!

3 komen pembaca
PRU 12 sudah menutup tirainya. Kejutan yg melanda Negara tika ini memerlukan satu analisis menyeluruh. Sebagai seorang Melayu ISLAM, kita wajib mengetahui hal- hal yg berkaitan dgn siasah (politik). Tokoh siasah Islam pernah berkata: “tiada kebaikan bagi agama yang tiada politik di dalamnya dan tiada kebaikan bagi politik yang tiada agama di dalamnya.”Juga Allah melarang manusia mengambil Islam sebahagian dan mengkufuri sebahagian yang lain. Hal ini dinyatakan oleh Allah didalam firmannya;

Maksudnya; “Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat” (surah al-Baqarah : 85)
Politik merupakan antara perkara yang diajar oleh Islam. Rasulullah SAW merupakan tauladan contoh dalam menentukan kebaikan dalam menuju kejayaan berpolitik.

Punca Kejatuhan UMNO
1. Tiada perubahan yg signifikan utk rakyat dlm peningkatan taraf hidup.
2. kerajaan gagal mengawal nilai wang yg semakin kecil
3. Projek mega yg tidak menguntungkan rakyat bg jangka masa panjang. Projek kosmo hanya menjadi penyuntik semangat golongan muda ttp sebenarnya ' indah khabar dr rupa.
4. Sensitiviti kaum tak dijaga(hunus keris), MIC dan MCA gagal memainkan peranan untuk membela kaum yang diwakili
5. Kritikan pembangkang dipandang ringan, Pak Lah gagal memahami rakyat,
6. Rakyat sudah bersuara secara aman tetapi suara mereka dianggap sebagai pencemaran bunyi.
7. Kekurangcerdikan pemimpin utama BN dalam menyelesaikan isu-isu sensitif spt HINDRAF etc.
8. media yg meloyakan cth tv3 pd mlm PRU 12.
9. SPR yg celaru cth isu setem, persaraan Rashid yg sepatutnya sdh 'expired'.
10.Yakin melampau & cakap besar bila BN menang besar PRU 11 lebih baik dr Era Mahathir.
11.Pemimpin korup dgn najis rasuah.
12.Rakyat sudah matang & berani berubah
3.Protes dalaman & Musuh dlm selimut UMNO
14.Politik perkauman UMNO tak relevan lagi
15.Peranan bloggers – “mata pena lebih tajam dr mata pedang”
Cukup. Jika hendak dicari punca kekalahan BN, 7 hari 7 malam tidak mencukupi. Apa yang dinyatakan di atas hanyalah sebahagian daripada sebabnya.

Tumbangnya Nama- nama Besar
Berakhirnya UMNO Mahathir. Org2 Mahathir gagal mempertahankan kedudukan. Sammy, Shahrizat dan ZAM (Zainudin Maidin) semuanya tewas. barisan2 UMNO malas dengar pandangan veteran2 UMNO. Khairy dilihat merosakkan UMNO apabila meletakkan calon ikut 'selera tekak'dia. Lebih teruk lagi apabila Khairy menjadi org kepercayaan Pak Lah melebihi Pak Lah percaya kpd veteran2 UMNO. Namun, dipercayai era UMNO MUKHRIZ akan bermula apabila pimpinan UMNO sekarang memilih Mukhriz untuk menggantikan Pak Lah. Mukhriz telah menghantar satu surat kpd Pak Lah supaya beliau meletak jawatan serta- merta demi menyelamatkan survival UMNO. Adakah sejarah bapanya, Mahathir akan berulang apabila Mukhriz berkemungkinan akan dilucutkan keahlian UMNO akibat desakan kpd Pak Lah tersebut?

Kejatuhan IKKL yg Disengajakan
Penggantungan keseluruhan kaunter-kaunter saham di Bursa Malaysia menjadi modal menghentam Barisan Rakyat. Untuk pengetahuan semua yang kurang mahir mengenai ekonomi, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) ditadbirkan dan dikendalikan oleh Bursa Malaysia Berhad. Tetapi segala tindak tanduknya dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang akan memantau pergerakan harian setiap masa. Menteri Kewangan telah menggunakan autoritinya utk SC. Lalu timbul alasan utk meyakinkan rakyat bahawa tindakan menukar 4 negeri di Malaysia kepada pimpinan Barisan Rakyat telah menyebabkan kejatuhan pasaran saham (kononnya para pelabur tidak yakin lagi melabur di Malaysia). Apa yg terjadi sebenarnya ialah disebabkan oleh penjualan besar-besaran oleh pelabur besar dan pelabur sindiket (syndicate investor) seperti Synergy Drive, KWSP, KWAP, Tabung Haji dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Perlu diingat pelabur runcit tiada masalh dlm peralihan kuasa ini. Rakyat perlu mendapat penjelasan Bursa Malaysia mengapa berlaku kejatuhan lebih 100 mata yang mana maklumat mengatakan Menteri Kewangan mengarahkan supaya penjualan besar-besaran ini dilakukan.

Pulau Pinang bebas DEB - Guan Eng
Hanya beberapa jam selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pu lau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan campuran DAP- PKRnakan mentadbir negeri itu bebas daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang beliau dakwa akan mewujudkan kronisme, amalan rasuah dan sistem yang tidak cekap. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkata beliau bersetuju dengan tindakan DAP yang mahu mengkesampingkan sebahagian daripada dasar yang terkandung di dalam DEB. "Setakat ini, DEB telah disalahgunakan sehingga terjadinya amalan rasuah, penyelewengan dan unsur nepotisme yang berleluasa dalam kerajaan negeri itu sebelum ini.” Apa guna terjerit-jerit mempertahankan DEB sedangkan ekonomi orang Melayu terus mundur.Yang mendapat untung adalah anda semua yang rapat dengan kepimpinan tertinggi BN. Saham berjuta-juta dan peluang perniagaan di bolot. Yang layak tetapi tidak mempunyai “kabel”, tidak diberi peluang. Apa gunanya DEB jika hanya mempunyai “keistimewaan” untuk masuk universiti walaupun tidak layak dari segi merit?Semua orang tahu DEB hanya berguna bagi mereka yang rapat dengan kepimpinan Umno/BN. Orang Melayu lemah kerana anda semua telah menanam sifat “kebergantungan” kepada Umno.Umno tidak akan membiarkan orang Melayu “independen” dari segi ekonomi agar terus percaya bahawa Umno membela Meyu. Inilah yang menyebabkan orang Melayu terus ketinggalan dari sudut ekonomi berbanding dengan orang Cina. Orang Cina tidak memerlukan hak keistimewaan didalam DEB. Mereka berjaya kerana rajin dan bijak mengambil kesempatan dari DEB. Orang Melayu lemah kerana anda yang mengajar mereka untuk terus lemah. Anda jugalah yang berkempen ketika pilihanraya dengan menggunakan modal “kalau mahu bantuan DEB harus sokong Umno”.Selepas menang mana perginya DEB? Malulah kamu semua wahai orang Umno! Selama 50 tahun orang Melayu ditipu. Kini orang Melayu bangkit dan bangun untuk menolak dasar yang tidak menguntungkan mereka. Mereka sudah bersedia untuk bersaing dengan bangsa Cina. Mereka menyokong Agenda Ekonomi Malaysia dan menyokong parti-parti dari Barisan Rakyat kerana mereka yakin Barisan Rakyat boleh membantu mereka dan juga kaum-kaum yang lain. Umno/BN telah ketinggalan zaman.Orang Melayu tidak lagi mengharapkan bantuan.Mereka mampu bergerak sendiri. Malah orang Melayu telah melihat bagaimana Umno gagal dalam memartabatkan bangsa mereka.

Pak Lah Letak Jawatan Segera!
Apabila watikah Pak Lah tidak lagi laku.. Apabila MB Perlis yg baru dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku nyata sekali bertentangann dgn arahan Pak Lah. Pak Lah yang mahu melantik Shahidan Kasim sbg MB menunjukkan keputusannya tidak dihormati Sultan Perlis.Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis, Mohd Adib Zakaria dalam kenyataan yang diedarkan kepada wartawan yang berkumpul di hadapan Istana Siraj di sini kira-kira 2.40 petang, berkata pelantikan itu adalah menurut Perlembagaan Negeri, Artikel 39 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis.Peruntukan itu menyebut Raja hendaklah melantik seorang yang pada fikirannnya mendapat kepercayaan ramai ahli menjadi Menteri Besar bagi mengetuai majlis kerajaan negeri."Berdasarkan kepada peruntukan ini dan setelah berpuas hati dengan kemampuannya untuk mendapat sokongan majoriti dari Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, maka Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenan melantik Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri besar Perlis berkuatkuasa 14 Mac 2008," katanya. Beberapa parti komponen BN kini mendesak Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi segera mengosongkan kerusi Perdana Menteri tanpa sebarang syarat, demikian maklumat yang disampaikan oleh sumber-sumber berwibawa kepada blog ini sekitar jam 11.30 malam tadi.Abdullah dikatakan akur dengan desakan tersebut, tetapi dengan syarat komponen-komponen BN terbabit merestui Khairy Jamaluddin menjadi menteri penuh.Malangnya, syarat Abdullah ditolak tanpa kompromi. Beliau pun dikatakan terus dirundung dilemma kerana komponen-komponen BN berkenaan boleh menyebabkan BN diganggang bara hanya menerusi manipulasi korum di Dewan Rakyat, khususnya bila pengundian perlu dijalankan untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang. Lebih serius lagi, Abdullah tidak boleh mengenepikan sikap tanpa kompromi di atas kerana komponen-komponen tersebut juga boleh menjejaskan status BN sebagai parti pemerintah jika mereka memilih untuk berkelana ke gelanggang pembangkang. Mungkin mustahil untuk komponen-komponen berkenaan menyeberang ke pihak pembangkang. Bagaimanapun, Abdullah tidak boleh mengambil risiko melantik Khairy sebagai seorang menteri penuh jika tindakan tersebut boleh menyebabkan BN kehilangan kuasa sebagai parti pemerintah. Jadi, apa kesudahannya kepada dilemma ini? Adakah Abdullah akan berhenti sebagai Perdana Menteri dan menantu kesayangannya terkontang-kanting tanpa jawatan menteri? Moga-moga parti-parti komponen berkenaan terus bertegas dan tidak akan berganjak dengan pendirian dan ultimatumnya. Rakyat Malaysia pula perlu menyokong penuh pendirian ini. Kepada Abdullah, insaflah bahawa pada saat dan ketika ini, anda adalah seorang pemimpin yang disanggah oleh majoriti rakyat jelata. Pilihan yang ada pada anda hanyalah: segera berundur tanpa sebarang syarat demi nusa tercinta!
_iyyakanaq budu wa iyya kanasta'in_