Isnin, 29 November 2010

Kiamat : Berdusta Atas Nama Allah dan Rasul

0 komen pembaca


Pernahkan anda menyaksikan post- post yang tersebar di facebook mengenai hari kiamat?

Ia wujud di SINI dan  SINI

Adapun ahlus sunnah wal jamaah, yakni golongan yang selamat memahami nas dari kefahaman para sahabat, tabiin dan tabi' tabiin.

Kita tidak mentakwil nas al- Quran dan hadis sesuka hati kita, tetapi makna nas mestilah diserahkan kepada ahlinya yakni mufassirin dan muhaddisin.

Kesilapan mentakwil nas menggunakan akal, boleh saja menyebabkan kita termasuk dalam hadis Muslim: Nabi SAW bersabda:

مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ 

"Sesiapa yang berdusta atas nama aku, maka siaplah tempat duduk dia dalam neraka."

Sunnah tidak boleh bercakap untuk memberitahu kehendaknya

Sunnah kekal sehingga ke hari ini di dalam naskah-naskah buku para ulama hadis yang gigih mengumpulkannya. Namun kewujudan sunnah tidak lebih daripada sekadar tulisan-tulisan bahasa arab yang memerlukan kepada seorang fakih, seorang ulama, seorang yang alim dengan ilmu-ilmu islam untuk membacanya, untuk memahaminya, untuk mengajarkannya kepada orang ramai, untuk mengeluarkan hukum-hukum yang terdapat di dalamnya.

Seorang manusia yang boleh bercakap diperlukan untuk menjelaskan maksud sunnah, ajaran sunnah dan panduan daripada sunnah.

Seorang manusia diketahui melakukan kesilapan, memiliki pengetahuan yang terhad, terdedah kepada penafsiran yang berbeza, kefahaman yang berbeza, pendapat yang berbeza dan seorang manusia itu sentiasa tertakluk kepada suatu prinsip alam iaitu akan ada sentiasa orang yang lebih alim daripadanya.

Oleh itu apabila seseorang mengeluarkan sebuah hukum daripada As-sunnah yakni hadis-hadis nabi SAW maka kita perlu menyedari bahawa orang yang bercakap mengatakan hukum ini adalah sebegini dan sebegitu adalah seorang manusia dan bukan hadis itu yang bercakap.

Hukum yang terhasil daripada As-sunnah atau pendapat yang dibina daripada as-sunnah yakni hadis-hadis Nabi SAW ialah dikeluarkan oleh manusia dan seseorang manusia itu tidak boleh mendakwa tafsirannya itu atau pendapatnya itu yang disandarkan kepada hadis sebagai menduduki status sunnah yang wajib ditaati dan diikut oleh orang ramai selama hal tersebut belum menjadi ijmak para ulama dan ianya belum mutlak.

Contohnya, saya pernah terbaca di status Facebook seorang kawan:

Di Timur, islam makin mundur. Penangan sekularisme semakin menampakkan hasilnya. Di Timur, kita berebut untuk maju. Kerana apa? Mengejar standard? Di Barat, islam makin bersinar. Kita boleh menelitinya dengan statistik pengislaman yang begitu pesat dan drastik di Barat. Mengapa? Adakah ini yang dimaksudkan dengan matahari akan terbit di Barat setelah selama ini hanya memihak ke Timur?

Hadis yang dimaksudkan sedikit pun tak kena dengan apa yang ditulis oleh dia! Setelah saya mengkritik ulasan dia, dia membuang saya dari senarai rakannya. Bukankah sudah lama Islam berkembang di barat?

Ataupun mentakwil nas al- Quran mengggunakan akal, dilarang dalam hadis Muslim: "Sesiapa yang mentakwil makna Quran menggunakan akal, maka siaplah tempat duduk dia dalam neraka."

Dalam hal hadis fitan, memandai- mandai dalam hal kiamat yakni hal ghaib boleh menyebabkan kita jatuh dalam syirik Akbar.(syirik besar).

Katakanlah: “Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!” [al-Naml 27:65]

See, Nabi SAW sendiri pun tak tahu melainkan sedikit.

Adapun hadis dalam video tu: Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Hadis ini adalah munkar. Tidak sahih. Ada dalam kitab al-Fitan oleh Nu'aim bin Hammad. Nu'aim sendiri adalah seorang yang dhaif, macam mana hadis dia kita boleh pakai?

وَهُوَ الْأَثَرُ الْمَشْهُورُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيثٍ يُرَى أَنَّهُ  كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِينَ

 Dan ia merupakan atsar yang masyhur dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, Barangsiapa menceritakan hadits dariku, yang mana riwayat itu diduga adalah kebohongan, maka dia (perawi) adalah salah satu dari para pembohong tersebut.(Muslim)



Adapun pasal planet Nibiru dll, ini hanya agakan dan tekaan sahaja, Allah jua yang mengatur segala- galanya. Adapun petanda kiamat kita hanya boleh menjadikan hadis- hadis sahih sebagai pegangan.
Di akhir zaman memang banyak fitnah (huru-hara) dan gempa bumi.. Ini memang tsabit sebagai antara petanda kiamat.

Apakah Rupa Kiamat Sebenarnya?

Apabila Allah Taala memberitakan berkenaan hari kiamat, kita fahami kiamat adalah hari dimusnahkan alam dan dibangkitkan semula makhluk setelah mati, namun bilakah berlakunya kiamat? Bagaimana rupa sebenar kiamat itu? Maka inilah takwilnya yang hanya diketahui oleh Allah Taala. Ini berdasarkan firman Allah Taala:

هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا تَأْوِيلَهُ يَوْمَ يَأْتِي تَأْوِيلُهُ يَقُولُ الَّذِينَ نَسُوهُ مِنْ قَبْلُ قَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ فَهَلْ لَنَا مِنْ شُفَعَاءَ فَيَشْفَعُوا لَنَا أَوْ نُرَدُّ فَنَعْمَلَ غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ قَدْ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ وَضَلَّ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَفْتَرُونَ
Maksudnya: “tidak ada perkara yang mereka tunggu-tunggukan melainkan akibat atau kesudahan (Apa yang telah dijanjikan oleh Allah di Dalam Al-Quran), pada hari datangnya apa yang telah dijanjikan Dalam Al-Quran itu (pada hari kiamat kelak), berkatalah orang-orang yang telah melupakannya (yang tidak menghiraukannya dalam dunia) dahulu: “Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran, maka Adakah untuk Kami pemberi syafaat supaya mereka memberi syafaat bagi Kami atau (bolehkah) kami dikembalikan (ke dunia) supaya kami dapat beramal, lain daripada apa yang kami telah kerjakan?” Sesungguhnya mereka telah merugikan diri mereka sendiri, dan telah lenyaplah dari mereka perkara-perkara yang mereka ada-adakan dahulu.”  [al-A’raf: 53].

Ibn Jarir r.h meriwayatkan:
عن ابن عباس أما قوله:”وما يعلم تأويله إلا الله”، يعني تأويله يوم القيامة =”إلا الله”.
Maksudnya: “Daripada Ibn Abbas r.a adapun berkenaan firmanNya (maksud): “dan tiadalah yang mengetahui takwilnya melainkan Allah”, maksud takwilnya adalah hari kiamat (tiada yang mengetahuinya) melainkan Allah jua”. [Tafsir al-Tabari, 6/ 199].

Anda juga boleh merujuk kitab Ashratul Sa'ah Sughra Wal Kubra karangan Al- Wabil untuk mengetahui hadis- hadis yang terpakai untuk bicara soal kiamat.

Allah tahu yang terbaik.

Sabtu, 27 November 2010

Kenapa Aku Berani?

9 komen pembaca
Ada seorang kawan bertanya:

Salam aku nak tanya hang tak takut ka bila hang duk cakap pasai politik ni.......Kan kita still bawah umur ............Aku ni agak berminat dengan politik so aku agak tau apa yg hang duk cakap tu........Tapi aku heran awat hang berani sangat.......
Maka aku menjawab persoalannya.. :

Wassalam.

Pertama, kita perlu faham apa yang kita perjuangan. Inti perjuangan. Negara kita berada dalam keadaan parah hari ini. Kita diperintah oleh gila kuasa dan perasuah. Mana mungkin akal yang sihat berdiam diri saja atas semua ini? Melainkan wujud satu rasa dalam diri untuk mengislah keadaan. Ini adalah fitrah manusia.

Kedua, persoalan bawah umur. Dah baligh masih belum cukup umur? Kalau kita mati sebentar lagi, kemudian dihadapkan kepada Allah, Allah tanya, apa yang telah kamu perjuangkan untuk Islam? Sedangkan aku berdiam diri apabila kezaliman berlaku di depan mata. Mana aku nak letak muka aku???

" Saya rasa lebih baik kita tak bercakap tentang politik. Sebab kita budak lagi, mungkin kita boleh sambung bila umur kita cukup 21."

Aku rasa pernyataan ni bengong. hehe. kenapa aku kata bengong? sebab bagi aku, semenjak kita capai akil baligh lagi kita dah ditaklifkan dengan tanggungjawab sebagai seorang yang 'dah cukup umur' dari sisi Islam. Makanya apa? Politik adalah hablumminannas, bukan benda3 biasa bhai, benda yang menjadi tuntutan agama.

Lagi satu, negara ni demokrasi apa? Kalau budak umur 5 tahun pun nak cakap pasal politik apa hak kita nak halang dia sebagai individu merdeka yang bebas bersuara. Tolong jangan jadi konservatif.

Yang cakap macam tu akil baligh dia umur 21 ke? Haha

Boleh tengok link ni untuk faham lagi: http://ms.langitilahi.com/perkongsian-pembantut-kematangan/

Ketiga, kenapa kita perlu takut atas ketakutan yang kita bina sendiri? Sedangkan ketakutan itu tak perlu wujud. Kalau ikutkan rasa takut, mana mungkin kita yang ada hari ini adalah kita. Mana mungkin negara hari ini adalah seperti mana harini. Kerana para pejuang semua takut untuk menyatakan kebenaran?

Ahh, senang cerita, jika gentar akan risiko usah bicara soal perjuangan!

Bagi aku siasah adalah satu perjuangan. Aku tak bisa membazirkan masa aku begitu sahaja bahkan anak muda perlu ada satu perjuangan yang menjadi urusan hidupnya.








Tatkala anak muda lain hanyut dengan cinta dan maksiat, kenapa tidak kita ini hanyutkan diri kita dengan perjuangan siasah?

Dato' Utama Mahdi Hassan dalam teks Saasatul Ibaad kepada Bendahara Abdul Jalil ada menulis,

"Jika dipisahkan Islam dengan siasah ibarat memisahkan jantung dengan jasad...matilah ia"

Malu aku, malu kerana hang kata aku berani. Sebab aku berjuang untuk Islam, kebenaran dan keadilan tidaklah sampai ditamatkan pengajian.

Anwar Ibrahim, pada masa beliau mahasiswa, beliau berjuang untuk rakyat Baling yang kebuluran; kerajaan tidak membela petani miskin Baling, beliau ditamatkan pengajian dan disumbat dalam penjara. Kerana menyatakan kebenaran dan menegakkan keadilan untuk rakyat marhaen.

Mereka yang terdahulu berjuang lebih dahsyat dari aku, apalah sangat usaha aku berbanding mereka.

Pedulikan undang- undang manusia, siapa mereka??? Allah itu lebih berkuasa!

Penakut tidak akan ke mana- mana. Kekal di takuk lama. Tidak bisa membuat sebarang perubahan untuk umat.

Sebab itu aku berani. 

Alhamdulillah, aku berjaya basuh kawan aku tu. :

Wah! Aku dah rasa macam bersemangat untuk berjihad..... Insya Allah aku akan cuba untuk berubah bermula dengan diri aku dan keluarga aku. Aku pun memang nak lihat perubahan untuk negara kita..So aku harap hang bila balik hang akan dapat melakukan perubahan dalam negara kita. Hang kan nak jadi imam besar (LOL)......Thanks for the info....Aku harap remaja la ni dapat buat something untuk negara kita yang dah nazak ni........ 

P/s: Pejuang muda sekalian, jangan lupa tarikh 11.1.11!  Kejutan besar bakal berlaku.

Selasa, 23 November 2010

Bukan Watak Novel

3 komen pembaca
Dalam masa cuti musim haji yang panjang ini, aku dalam proses menghabiskan beberapa helai lagi novel The Kite Runner karya Khaled Hosseini.

Biarpun agak terlambat, tetapi aku tetap tidak rugi membacanya.

Rasanya tidak perlu aku menceritakan sinopsis tentangnya. Boleh google kot kalau rasa nak tahu seluruhnya. Cuma nak habaq, ini adalah catatan perjalanan (mungkin) yang perlu dibaca supaya kita dapat mengenal rencah kehidupan yang sebenarnya.

Membaca adalah cara singkat menambah pengalaman dan satu proses refleksi kepada diri sendiri. Sebab tu aku seringkali rasa kesian kepada manusia yang tak suka membaca. Mereka lambat matang dan lambat berfikir.

Tengah dok feeling layan novel yang nak dekat sampai penghujungnya, aku terkesan dengan beberapa baris ayat. Beberapa baris 'ayat penghabisan' yang pernah dilontarkan kepada aku dulu.

Hampir sama..

Surat Rahim Khan kepada Amir jan selepas beliau pulang dari Afghanistan dalam usaha mencari Sohrab, anak saudaranya sendiri.
You are still angry and I realize it is far too early to expect you to accept this, but maybe someday you will see that when your father was hard on you, he was also being hard on himself.
Amir marah kepada arwah ayahnya kerana telah menipunya. Menipunya seumur hidup dengan tidak memberitahu kawan yang disangka orang gaji di rumah adalah abang kandung sendiri.
Percayalah Muiz, bila aku keras dengan hang, sebenarnya aku lebih keras dengan diri aku sendiri. Aku tak kisah hang marah dengan aku atas sebab ini. Lama- lama hang akan menyesal sebab mengharapkan aku.
Aku marah kerana terasa ditipu oleh manusia yang memberikan harapan setinggi gunung kepada aku lalu menghempaskan harapan itu ke batu.

You are still angry and I realize it is far too early to expect you to accept this, but maybe someday you will see that when your father was hard on you, he was also being hard on himself.
Percayalah Muiz, bila aku keras dengan hang, sebenarnya aku lebih keras dengan diri aku sendiri. Aku tak kisah hang marah dengan aku atas sebab ini. Lama- lama hang akan menyesal sebab mengharapkan aku.
Still angry
hang marah
being hard on himself
lebih keras dengan diri aku

Sesungguhnya, aku bukanlah watak dalam novel. Bahkan, manusia yang hidup di dunia realiti.

Kenapa memperlakukan aku seperti di dalam novel? Aku tak rela diperlakukan sebegitu.

-------------------bukan watak novel-----------------

TT

Sabtu, 13 November 2010

Tudung Hanya Pakaian Biasa

19 komen pembaca
 Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (59)

Ada mangkuk jobo tulis kat sini: Tudung Hanya Pakaian Biasa.

Aku tak sangka ada jugak mangkuk ayun berhujah soal kebebasan macam ni tapi tak merujuk rangka kebebasan yang tulen menurut epistemologi.


Okay, hampa dah baca dah ke blog mamat tu? Kalau dah baca sila baca tulisan aku pula.

Kembali kepada soal KUASA.... Dengan mengambil kira sensitiviti, ada pihak yang berKUASA menentukan.... Pihak yang berKUASA perlu bertanggungjawab dengan mengambil kira KEPERLUAN lebih dari mudharat. Mudharat bila tak menurut suruhan agama terlalu banyak..

Agama terlalu personal aku rasa fahaman yang terlalu klasik.. Aku rasa agama juga ada tempat dalam ruang awam.. Bagaimana? Hubungan manusia dengan Tuhan dan hubungan manusia sesama manusia juga ditanggapi agama..

Memang, aku juga lelah dengan penguasaan majoriti terhadap minoriti.. Tetapi membuat keputusan kepada tidak meletakkan law bertudung secara terus dan meletakkan mereka yang tidak terbuka sbagai makhluk- makhluk konservatif juga berlanggar dengan prinsip yang asalnya - kebebasan...

Sama ada perlu law bertudung atau tidak kita harus pergi kepada proses.. Di sini aku rasa perlunya ruang awam dan perkongsian idea secara intersubjektif.. Sama ada mereka setuju atau tidak untuk meneruskan bertudung tersebut bergantung kepada proses itu tadi.. Apa- apa kputusannya pasti mndapat legatimasi...

Aku pelik, kenapa orang merasakan soal agama adalah soal mereka seorang.. Agama juga soal masyarakat... Agama juga soal keadilan.. Bagi aku, iman tentang Tuhan (sebahagian inti agama) yang boleh dijadikan sebagai perkara personal.. Yang lainnya perlu di bawa ke ruang awam JIKA perkara-perkara agama ini dipercayai khianat terhadap nilai-nilai yg universal...

Contohnya, mamat ni menentang law bertudung di sekolah. Ini perkara yg bersangkutan dengan kpercayaan agama kan.. maka, melalui agama juga kita boleh melawan kepada sebarang ketidakadilan atau diskriminasi... Aku percaya dengan 'hablumminannas'.. Dan aku juga optimis trhadap agama..

Kemudian, masalahnya law menutup aurat itu di dalam ruang awam.. Bukan di dalam bilik tido mangkuk ayun tu.. maka persoalannya persoalan moral dan sensitiviti semua pihak .. kalau lahanat tu tiada masalah dengan moral, tapi dia kena tahu orang lain barangkali ada masalah dengan moral sebegitu... Dia juga setuju, iman manusia berbeza- beza, melibatkan pengalaman yang berbeza.. (dia ada ngaku dalam paragraph last) tapi dia mengatakan diaorang salah, nah, dia jugak meletakkan moral kan... bezanya dia antitesis terhadap diaorang, tapi dia masih memoralkan diaorang... Maka, keterbukaan tak muncul, yang ada ialah refeudalisme (dalam kata habermas) atau totalitarian semula..

Macam mana pulak jika aku mngatakan manusia dari dulu memang percaya keteraturan... Sejak manusia yakin terhadap agama... Kerana agama sendiri berangkat dari kata a-tidak dan gamma-kecelaruan... maknanya tidak celaru... Ada keteraturan... Dan keteraturan ini mengalami perubahan serta dinamikanya... Dia tidak boleh mngambil sejarah bulat2 dan membawanya terus ke dalam ruang dengan mlangkaui masa... (mangkuk ayun tu ambik contoh start law menutup aurat pasal penguasaan Ayatollah di Iran)

Aku tidak mempunyai masalah jika awek dia tak mahu bertudung... Aku tidak menghujahkan ya atau tidak... Tetapi apakah proses yg menyebabkan law bertudung itu boleh atau tidak dijalankan yg harus kita tekankan... Aku percaya dengan dialog, diskusi dan wacana... Jika sepanjang proses ini dijalankan dan dapatan hasilnya law bertudung ini tidak boleh dijalankan, maka aku terpaksa akur dengan ketentuan masyarakat... Walaupun bercanggah dengan kehendak aku yang mahukan law bertudung itu dijalankan... Kata akhirnya adalah di tangan masyarakat.. Aku percaya, manusia itu rasional dan proses wacana itu harus dilakukan sehari-harian, tanpa dominasi dan tanpa memberi label liberal lebih baik dan konservatif tidak baik... Itu hujah klasik...

Kesimpulannya, penulis artikel ni bodoh pasal aturan agama tapi berlagak pandai! HAHAHAHAHA

Dan ini adalah manusia hasil kerangka pendidikan UMNO. Anda harus akuinya.

Ahad, 7 November 2010

Hari- Hari Awal di Madinah

7 komen pembaca
Salaam to all,

Semoga sentiasa dalam naungan Allah taala. Hehe, dah lama benar aku tak update blog kan. Maaflah semua yang ziarah sebab sibuk dengan urusan untuk Jami'ah Islamiyah Madinah.

Dalam tulisan kali ini, ingin sekali aku berkongsi pengalaman aku sepanjang masa yang singkat aku di Arab Saudi. Bermulanya aku naik kapal terbang di KLIA dan transit di Jeddah. Masha Allah, menunggu di jawazat(imigresen) benar- benar menguji kesabaran. Bukannya apa, petugas Arab tempat kaunter aku beratur saja melambat- lambatkan urusan padahal di kaunter lain urusan berjalan dengan cepat. Kaunter lain dah habis lima orang dah, kaunter aku seorang pun tak selesai.

Sabar je lah. Agak la dalam tiga jam, urusan baru selesai. Sesiapa yang sabar hidup di Madinah atau mati di Madinah, akan mendapat syafaat Rasulullah SAW.

لَا يَصْبِرُ أَحَدٌ عَلَى لَأْوَائِهَا فَيَمُوتَ إِلَّا كُنْتُ لَهُ شَفِيعًا أَوْ شَهِيدًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا كَانَ مُسْلِمًا

Sesiapa yang sanggup dan sabar menanggung kesukaran tinggal di Madinah, lalu dia mati (di Madinah), maka aku akan memberi syafaat dan menjadi saksi di hari kiamat, jika dia seorang Muslim. (Riwayat Muslim)

Asalnya kami akan menaiki penerbangan juga dari Jeddah ke Madinah. Disebabkan penerbangan seterusnya lambat lagi, (terpaksa menunggu dalam 12 jam) maka urusetia menyuruh kami menaiki bas catar sahaja. Dalam perjalanan ke Madinah itulah pertama kali aku makan nasi mandi.

Nasi mandi dan ayam mashwi. :D

Seterusnya kami sampai ke gerbang Universiti Islam Madinah pada jam tiga pagi... Setelah mengisi borang dan diserahkan kunci bilik, maka selepas subuh kami mula masuk ke bilik masing- masing.

Masha Allah, bilik sungguh selesa dan luas. Kami tinggal di wehdah lama untuk pelajar baru, bilik yang memuatkan enam orang pelajar. Pada mulanya aku tinggal bersama dua orang lagi pelajar Malaysia dari Darul Quran: Nash dan Hazim. Tak berapa lama kemudian kami mendapat kawan sebilik yang baru dari Filipina, Kuwait dan Mesir.

Aku sungguh beruntung sebilik dengan Abdul Jalil dari Filipina kerana beliau sungguh fasih berbahasa Arab. Walaupun beliau berumur 23 tahun dan aku hanyalah 18 tahun, ianya bukan satu masalah. Ia adalah kebiasan di sini. Batch aku sendiri pun ramai yang lebih berusia dari aku. Berbalik kepada saudara Filipina tadi, saudara dari Kuwait pun memuji beliau dengan berkata: "Bahkan, bahasa Arab kau lebih baik dari orang Arab sendiri!" Haha.

Islam di Filipina

Abdul Jalil memberitahuku bahawa dia penduduk Mindanao berbangsa Moro. Lalu dia mula menceritakan sejarah perjuangan Islam di negara mereka.. Menurutnya, orang Islam Mindanao tidak mengaku bahawa mereka di bawah kerajaan pusat di Manila. Mindanao adalah negara Islam sendiri. Ini kerana keadaan di Mindanao sama seperti di Acheh.

Kalau Islam di Malaysia ditindas secara halus, Islam di Filipina ditindas secara terang- terangan melalui senjata.

Mereka menuntut kebebasan dari Manila dan ingin mempunyai kuasa autonomi untuk mentadbir sendiri. Di sana, mereka mengiktiraf pejuang mujahidin seperti Jemaah Islamiyah dan Abu Sayyaf. Sebelum ini aku hanya ada maklumat sedikit sahaja berkenaan dengan gerakan haraki di sana. Ialah Gerakan Pembebasan Islam Moro.

Pada saat beliau bercerita, aku berasa sangat malu dengan diriku sendiri. Walaupun tinggal di negara yang sentiasa berperang, bahasa Arabnya sungguh lancar bagaikan air yang mengalir. Berbeza dengan aku yang tinggal di negara yang aman, tidak bersungguh- sungguh mempelajari bahasa agama aku sendiri. Mulai dari itu, aku bertekad untuk memperkuatkan bahasa Arab aku di sini.

Sekian dulu untuk kali ini, aku harus ke kelas pula. Semoga aku terus dapat memanfaatkan masa sebaiknya di bumi tarbiyah ini. :)