Isnin, 31 Ogos 2009

Apa Ertinya Merdeka?

2 komen pembaca
Rekaan asal bendera Sang Saka Malaya yang diambil dari blog TukarTiub
Bendera Sang Saka Merdeka diambil dari blog AdukaTaruna yg dimody dari blog Tukar Tiub


Apa ertinya merdeka kalau bangsa sendiri menjajah bangsa sendiri?


Apa ertinya merdeka kalau rakyat terus dizalimi?

Apa ertinya merdeka kalau pemimpin negara kaya tetapi rakyat marhaen hidup melarat?

Apa ertinya merdeka kalau kekayaan negara hanya dinikmati oleh penguasa yang rakus?

Apa ertinya merdeka jika rakyat dibiar menganut fahaman kafir dan sesat?

Apa erinya merdeka andai hukum ALLAH dihalang dari dilaksanakan dan ditegakkan?

Apa ertinya??? Jawablah!!!!!!!!!

Khamis, 27 Ogos 2009

AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN

2 komen pembaca
Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk men yam paikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka...”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa a yam .. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?

Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak”

Sekian

* Artikel ini dikirimkan melalui e-mail. Menarik untuk dikongsi bersama.

Wallahu ‘Alam

Rabu, 26 Ogos 2009

UMNO Pembela Islam, Gua Tabik!

2 komen pembaca
Kartika masih ada ruang merayu - Najib

PUTRAJAYA 15 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak percaya keluarga Kartika Sari Dewi Shukarnor masih mempunyai ruang untuk merayu kepada pihak berkuasa dalam kes melibatkan beliau yang menghadapi hukuman sebat kerana minum arak di Pahang.

`Ada ruang untuk dia rayu dan pihak berkuasa negeri sentiasa prihatin dan bertimbang rasa dalam hal ini,'' kata Perdana Menteri. - Utusan



Shahrizat nasihat Kartika pohon semakan atau kemuka rayuan


Hishamudin - " Perlu lihat cara yang paling baik sebelum sebat"

UMNO sekali lagi menghina Islam apabila mencampuri hukuman Majlis Agama Pahang melalui Shahrizat dan beberapa pemimpin UMNO. Hukuman ke atas model sambilan ditangguh walaupun Kartika sendiri mendesak hukuman itu dijalankan.

Ada mata penyokong UMNO? Ini bukan kerja DAP, tetapi UMNO.

p/s: hukuman sebat syariah sepuluh kali lebih ringan dari hukuman sivil, bukan macam sangkaan kebanyakan orang.

Selasa, 25 Ogos 2009

Mitos Dan Penipuan

3 komen pembaca
Oleh:Hishammudin Rais

"TUJUH MITOS TUJUH PENIPUAN


Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.

Contoh mitos : Raja di katakan jelmaan tuhan. Ini adalah mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu – satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.

Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita dari hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.

Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini ada hantu - adalah nasehat yang bersalurkan penakutan. Nasehat ini baiak kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baiak kerana asasnya satu pembohongan.

Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka. Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.

Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk – walhal kalau Raja Jepun ini makan petai – kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk.

Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber. Pertama : Pengumpulan pengalaman. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.

Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika sesutu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau slah maka ianya masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar/ Bing Bang hanya satu teori – hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini.

Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.

Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..

MITOS PERTAMA:

Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Serawak, Singapura dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.

MITOS KE DUA :


Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

MITOS KE TIGA :


Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

MITOS KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

MITOS KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - puteh hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.

MITOS KE ENAM :


Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Mito perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.

MITOS KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

TEKNOLOGI PECAHKAN MITOS


Lihatlah betapa teknologi dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negaraku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokument-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional. (TT)

Nota:
Tulisan ini bebas untuk diambil untuk
tujuan memecahkan mitos.

Sumber
http://tukartiub.blogspot.com/2009/08/mitos-dan-penipuan.html

Isnin, 24 Ogos 2009

Ni Ke Namanya di'tagged'?

1 komen pembaca


Lalu saya klik blog beliau



1) Copy gambar amal Islam di atas. Copy satu post ni pun tak mengape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye begitu..

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? lagi bagus. Kalau nak bagi semua? amat digalakkan...

3) Gambar ini hak ciptaan tidak terpelihara..jadi sebar2knlah ye...

4) Perkara yang wajib anda lakukan? Senang je..lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas.. Kalau tidak nampak? zoom la..

Ini senarai 10 orang yang saya pilih;


Basil

Bro Syahmi

Mokjan

Akeem The Pirate

Izz Al- Din

Rusyda

Sis haneei

Cikgu Bio

Nurul

Zeeya

Ketupat Shiah?

3 komen pembaca

Sewaktu menghadapi peperiksaan percubaan SBP, saya meminjam novel Ketupat Cinta dari kawan saya, Basil Hazman. Sebenarnya novel tersebut sudah lama saya lihat di kedai buku tetapi yalah, sekadar lihat- lihat dan berlalu pergi. Satu sebabnya saya tak berminat untuk membelinya kerana waktu itu sudah ada label baru untuk karya- karya Faisal Tehrani, "shiah". Walaupun sebelum ini saya adalah pembaca tetap tulisan FT.

Saya anggap rugi untuk membeli karya FT kerana label yang saya dengar dari mulut orang, lalu saya pinjam.

Penceritaannya berkisar mengenai ilmu gastronomi Melayu- Islam. Sebuah karya satira mengenai politik dapur, sarat humor, dan kontroversi. Ah, kalian bacalah sendiri!

Setelah saya habis membaca novel tersebut, saya mula menyedari suatu perkara.

Memulakan sesuatu dengan sentimen dan bad perception tentang sesuatu adalah menyulitkan.


Sebagai seorang yang berdiri dalam pentas intelektual, seharusnya saya membuka fikiran saya dalam sesuatu pengkajian ilmiah. Bersikap berlapang dada(tasammuh) sewaktu menerima sesuatu fakta adalah prinsip beragama.

Saya pernah sebut sebelum ini mengenai 'membuang prinsip' sebentar dalam artikel lepas mengenai perkara maslahah dakwah. Maksudnya, pinggirkan seketika apa yang boleh dikatakan bersifat kepentingan peribadi atau entiti tertentu. Meminjam kata- kata FT, perlu pada suatu ketika untuk kita meliberalisasikan diri, atau lebih tepat, 'liberal dalam lingkungan'.

Dengan segenggam jiwa da'ie, adalah wajib bagi kita untuk memikirkan apakah cara terbaik bagi kita untuk berinteraksi dengan masyarakat. Bukannya dengan mengkritik, meletak label, menuduh orang itu bid'ah dan sebagainya. Kita sudah hilang adab sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh para salafus soleh.

Memang benar, dalam Ketupat Cinta fokus utama adalah pencerahan agama adalah mengenai sikap kita terhadap ahlul bait. Sampaikan lima jenis rempah yang diguna dalam laksa pun menyuruh kita mengingat kembali kepada ahlul bait. Unsur Syiah Rafidhah yang mengkhususkan lima peribadi iaitu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain memang ada.

Begitu juga peritiwa Parameswara yang makan asam pedas yang dimasak gerau istana, telah dibubuh sehelai janggut seorang ulama lalu kerana perkara tersebut Parameswara bermimpi aneh, mengajaknya kepada Islam dan melihat bulan tertulis lafaz syahadah.

Iman, di dalam makna Sunni memang digunakan dalam banyak konteks, tetapi di dalam Shiah mereka menggunakannya hingga melampaui konteks yang esoterik dan mistik. Kerana itu, mazhab Shiah lebih dekat dengan peristiwa-peritiwa eskatologi berbanding dengan Sunni.

Tetapi, andai ideologi yang dibawa FT dalam karyanya adalah salah maka ia harus dibalas dengan ideologi yang betul. Hujah perlu dilawan dengan hujah bukannya emosi! Kritikal dalam befikir akan memberi keuntungan kepada umat Islam.

Pegangan tauhid dalam masyarakat semakin longgar, tetapi kita tidak berupaya untuk membanteras ajaran- ajaran sesat yang makin leluasa.

Berbalik kepada isu asal, ini adalah masalah persepsi. Kita bisa menuduh FT syiah, tetapi adakah kita sedar bahawa indusri seni sedang kontang dengan karya Islami? Saya sendiri sebagai seorang yang berada di lapangan yang lain berlapang dada dalam memahami uslub untuk dakwah dan islah.

Pandanglah karya beliau dari sudut seni dan dakwah, bukannya pertentangan fahaman dalam perkara ranting!

Ghadir Kumm

Saya mengikuti perkembangan blog FT, gayanya Ft kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang mengharamkan teater Kopitiam Ghadir.

Saya tak berpeluang menonton teater tersebut, kerana masa sebagai pelajar SBP adalah sangat terhad. Hampir seluruh tahun dihabiskan di sekolah. Kalau Bro FT baca blog saya, saya harap FT dapat menjual cerita tersebut dalam bentuk cakera padat secara online.

Sebagaimana Ketupat Cinta Musim Pertama, Kopitiam Ghadir juga melibatkan masalah persepsi. Anda boleh baca sendiri di blog beliau.

Masyarakat, berubahlah!

Jumaat, 21 Ogos 2009

Ahlan Wasahlan Ramadhan Karim!

0 komen pembaca
Mungkin kawan- kawan masih ingat lagi setiap kali habisnya Ramadhan, maka kita akan bersiap- sipa dengan penuh gembira untuk sambut raya. Kebiasaannya duit raya adalah yang paling ditunggu. Kan? Kalau di kampung sampai keliling kampung cari duit raya.

Kenapa kita suka duit raya?

Sebab kita boleh beli itu dan ini, dan mercun mungkin? ngee...

Justeru, niat yang ikhlas adalah kunci kepada "duit raya" yang Allah bakal berikan kepada kita. Kalau kita rasa nak dapat "duit raya" banyak, perbaikilah kualiti ibadah. Bermakna, kita melaksanakan ibadah puasa bukan kerana paksaan(BADAR???), sekadar nak menunjuk atau apa saja. Semuanya kerana Tuhan yang Maha Menciptakan.

Selepas solat jumaat sebentar tadi, tiba- tiba ada jenazah dibawa ke depan untuk disembahyangkan. Umurnya baru 16 tahun. Allahyarham meninggal sehari sebelum Ramadhan. Insaflah. Mungkinkah ini Ramadhan terakhir buat kita, mana kita tahu?

Sepatutnya kita bersyukur kerana masih mendapatkan Ramadhan kali ini.

Rindulah akan Ramadhan, nescaya kalian akan dirindui para salafus soleh di akhirat kelak. Mereka adalah generasi terbaik yang sentiasa merindukan Ramadhan.

Rabu, 19 Ogos 2009

DAP Hina Islam?

2 komen pembaca
Saya baru habis ambil kertas Syariah Islamiah II. Baru tadi. Kesibukan untuk percubaan SBP, tak payah cakap laa. Memang kalut.

Baru- baru ni, dengar kata DAP hina Islam? Ye ke? Sya pun tak pasti, sebab di sekolah sekarang susahnya nak dapat akses internet. Bukannya surat khabar tak bagi tahu, tapi saya ragu dengan adilnya cara mereka menyampaikan berita.

Utusan dan Berita Harian adalah milik mutlak BN, sudah pasti tulisannya akan pro BN seratus peratus, dan mereka akan menggunakannya untuk membunuh pembangkang habis- habisan.

Tapi, itu dulu. Saya sekarang rasa gembira bila Utusan hentam pemimpin Pas macam Tok Guru Nik Aziz. Pagi hangpa hentam, tengahari atau petang dah ada jawapan kat internet. Semacam ianya dah jadi 'reverse weapon' kepada Umno BN.

Apa benda yang surat khabar tak kata kat Tok Guru? Pantang ada peluang.

Saya cuba cari 'old post' di laman sesawang blogawan lain. Ini yang saya jumpa.

saya terfikir, siapakah yang menyebabkan Islam dihina? Gambar ini sudah cukup membuktikan bahawa UMNO adalah punca DAP membenci Islam. Sebenarnya, DAP membenci Islam, ekoran penghinaan Islam yang dilakukan oleh UMNO. Justeru, jika mahu DAP memeluk Islam, UMNO perlu dikuburkan. kalau PAS berkawan dengan DAP, tidak mustahil, DAP boleh jadi Parti Muallaf. Ini terbukti di Perak, waimma setahun sehaja bersama dengan DAP di Perak, ramai pimpinan DAP yang sudah pandai baca Al-Quran.

DAP jahil tentang Islam, itu kita akui. Tetapi dalam Islam, kejahilan adalah sesuatu yang dimaafkan. Seseorang yang terlupa bahawa dirinya sedang berpuasa lalu ia makan, maka ianya dimaafkan kerana ia jahil tentang perkara yang membatalkan puasanya.

Seseorang yang bersembahnyang tetapi ianya jahil tentang perkara yang membatalkan solat, ianya dimaafkan setelah dia menyedari kesilapannya. Solat tidak perlu diulang semula.

Ianya berbeza dengan seseorang yang tahu bahawa dia sedar melakukan perkara yang membatalkan solat lalu ia biarkan. Maka solatnya tidak sah, malah wajib di'qadha'kan ke waktu lain.

Adapun seorang yang makan pada bulan puasa dengan sengaja, maka itu namanya menghina Islam.

Ubat kepada kejahilan adalah mencari ilmu. Jahil tidak boleh dibiarkan berterusan. Justeru, mereka memerlukan kawan untuk diberi kefahaman tentang Islam.

Bukannya dengan mencerca mereka. DAP tidak faham Islam, tidak hairanlah mereka mencerca Islam. Kita meminta mereka meminta maaf, mereka tanpa segan dan silu meminta maaf.

Keadaan ini berbeza dengan UMNO. Sewaktu hudud dikemukan oleh kerajaan kelantan, PAS disiasat dan banyak ungkapan dari pemimpin UMNO yang tidak malu menghina Islam.


Ulama-ulama UMNO ketika itu, tidak ada seorang pun yang menegur, malah mengambil sikap diam, seakan-akan redha dengan tindakan pembesar-pembesar UMNO yang menghina Islam.

Bukan sekadar itu sahaja, sehingga hari ini pun, masih tidak kedengaran lagi ucapan minta maaf dari pihak UMNO terhadap umat Islam disebalik penghinaan terhadap Islam yang dilakukan ketika itu.

Jika DAP tidak mengetahui Islam, lalu menghina Islam dikatakan sebagai bersalah, maka terlebihlah bersalah bagi UMNO yang mengetahui islam, lalu menghina Islam.

Jika DAP dikatakan kafir kerana menghina Islam dalam keadaan mereka tidak faham islam, maka terlebih kafirlah UMNO yang menghina Islam dalam keadaan mereka kenal Islam, malah mengaku beragama Islam.

Fikirlah sendiri.