Sejarah selalunya ada banyak sisi, dan sejarah biasanya ditulis oleh orang yang menang. Aku membaca Saasatul Ibad oleh Faisal Tehrani dua tahun lepas, dan beliau merekodkan bahawa catatan Tun Sri Lanang dan catatan Inggeris tidak boleh dipakai kerana kedua- dua pihak mempunyai kepentingan di Tanah Melayu. Beliau betah merujuk catatan Belanda yang singgah berdagang di pelabuhan Johor lama yang tidak ada sebarang kepentingan di Tanah Melayu.
Prof Syed Naquib Al-Attas pernah menulis dengan menyatakan bahawa menilai sejarah itu seperti kita melihat perempuan yang cantik. Dari jauh, perempuan itu dilihat cantik, dengan keputihan kulitnya, kemerahan pipinya dan keikalan rambutnya. Tetapi, apabila pipi perempuan yang putih kemerah-merahan itu dilihat dengan kanta, maka kelihatanlah banyak kekotoran, jerawat, kekerutuan kulit dan banyak lagi. Ketika itu, kecantikan sebenar perempuan baru terbongkar, bahawa ia dilihat sahaja cantik, tapi sebenarnya ia tidaklah begitu cantik.
Dalam masa sekarang, aku suka berbicara tentang memoir. Mari bicara pasal memoir bersama.
Sebuah memoir akan menjadi 'kejam' pada sejarah sekiranya dianggap betul semuanya, walhal memoir adalah semacam sebuah diari peribadi yang boleh menjadi fiksyen apabila nilai benarnya dijongkang balik menjadi nilai fantasi.
Sejarah adalah satu subjek yang perlu dikaji secara objektif dan neutral. Manakala apabila pentafsiran sejarah dilakukan, pihak yang menulis sejarah atau mengkaji sejarah yang telah direkodkan melalui bukti-bukti dan kesan sejarah mula membuat pentafsiran berdasarkan persepsi masing-masing dan bukti yang telah ada sebelum ini. Pada aku, sebuah buku yang ditulis untuk tujuan politik dan kepentingan politik seorang penulis, sudah pasti mengandungi nilai sejarah yang sangat rendah walaupun disertakan dengan rekod-rekod. Sejarah bukan setakat tarikh atau peristiwa sahaja, tetapi sejarah adalah peristiwa yang penting yang memberikan kesan yang besar bukan setakat kepada sebuah parti politik, tetapi kepada sebuah negara. Jadi, kalau anda ingin mengkaji sejarah, jangan baca buku ahli politik kerana ia tiada nilai sejarah. Tetapi bacalah buku sejarah yang ditulis dan ditafsir secara neutral. Dengan mengkaji sejarah barulah kita dapat memahami politik. Tetapi kalau kita kaji buku politik, ada kemungkinan besar kita akan miss aspek sejarah kerana ahli politik tentunya akan menyembunyikan sejarah yang tidak elok.
Aku biasa membaca memoir Kassim Ahmad, tentunya memoir beliau adalah sebuah karya mempertahankan tindakan- tindakan beliau masa lalu. Aku belum lagi membaca memoir Tun Mahathir, tetapi Anwar telah menyindir Mahathir sebaik memoir terbit, manakala Ku Li pula telah mengkritik Mahathir secara jelas dan sarih.
Lalu aku terfikir, apakah memoir sebenarnya sebuah karya pensucian dosa?
Adakala karya yang kita anggap sebagai risalah, menjadi sebuah karya yang 'sakit' dan bukan sedikit kesannya terhadap sejarah, peradaban dan masadepan bangsa.
Nota:
Bacaan 1: Do memoirs tell the truth?
According to J. A. Cuddon, "An autobiography may be largely fictional. Few can recall clear details of their early life and are therefore dependent on other people's impressions, of necessity equally unreliable. Morever, everyone tends to remember what he wants to remember. Disagreeable facts are sometimes glossed over or repressed ...." Cuddon, J. A. The Penguin Dictionary of Literary Terms and Literary Theory, 1991. The English novelist Anthony Powell said, "Memoirs can never be wholly true, since they cannot include every conceivable circumstance of what happened. The novel can do that.
Boleh baca di sini tentang petikan di atas dan kisah memoir: http://inkspell.homestead.com/memoir.html
Ada waktu, kita terpaksa menaruh harapan untuk tidak percaya lagi dengan harapan- harapan yang ada.
Memaparkan catatan dengan label Ulasan Buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ulasan Buku. Papar semua catatan
Isnin, 28 Mac 2011
Memoir : Sejarah Yang Kejam
Isnin, 24 Ogos 2009
Ketupat Shiah?

Sewaktu menghadapi peperiksaan percubaan SBP, saya meminjam novel Ketupat Cinta dari kawan saya, Basil Hazman. Sebenarnya novel tersebut sudah lama saya lihat di kedai buku tetapi yalah, sekadar lihat- lihat dan berlalu pergi. Satu sebabnya saya tak berminat untuk membelinya kerana waktu itu sudah ada label baru untuk karya- karya Faisal Tehrani, "shiah". Walaupun sebelum ini saya adalah pembaca tetap tulisan FT.
Saya anggap rugi untuk membeli karya FT kerana label yang saya dengar dari mulut orang, lalu saya pinjam.
Penceritaannya berkisar mengenai ilmu gastronomi Melayu- Islam. Sebuah karya satira mengenai politik dapur, sarat humor, dan kontroversi. Ah, kalian bacalah sendiri!
Setelah saya habis membaca novel tersebut, saya mula menyedari suatu perkara.
Memulakan sesuatu dengan sentimen dan bad perception tentang sesuatu adalah menyulitkan.
Sebagai seorang yang berdiri dalam pentas intelektual, seharusnya saya membuka fikiran saya dalam sesuatu pengkajian ilmiah. Bersikap berlapang dada(tasammuh) sewaktu menerima sesuatu fakta adalah prinsip beragama.
Saya pernah sebut sebelum ini mengenai 'membuang prinsip' sebentar dalam artikel lepas mengenai perkara maslahah dakwah. Maksudnya, pinggirkan seketika apa yang boleh dikatakan bersifat kepentingan peribadi atau entiti tertentu. Meminjam kata- kata FT, perlu pada suatu ketika untuk kita meliberalisasikan diri, atau lebih tepat, 'liberal dalam lingkungan'.
Dengan segenggam jiwa da'ie, adalah wajib bagi kita untuk memikirkan apakah cara terbaik bagi kita untuk berinteraksi dengan masyarakat. Bukannya dengan mengkritik, meletak label, menuduh orang itu bid'ah dan sebagainya. Kita sudah hilang adab sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh para salafus soleh.
Memang benar, dalam Ketupat Cinta fokus utama adalah pencerahan agama adalah mengenai sikap kita terhadap ahlul bait. Sampaikan lima jenis rempah yang diguna dalam laksa pun menyuruh kita mengingat kembali kepada ahlul bait. Unsur Syiah Rafidhah yang mengkhususkan lima peribadi iaitu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain memang ada.
Begitu juga peritiwa Parameswara yang makan asam pedas yang dimasak gerau istana, telah dibubuh sehelai janggut seorang ulama lalu kerana perkara tersebut Parameswara bermimpi aneh, mengajaknya kepada Islam dan melihat bulan tertulis lafaz syahadah.
Iman, di dalam makna Sunni memang digunakan dalam banyak konteks, tetapi di dalam Shiah mereka menggunakannya hingga melampaui konteks yang esoterik dan mistik. Kerana itu, mazhab Shiah lebih dekat dengan peristiwa-peritiwa eskatologi berbanding dengan Sunni.
Tetapi, andai ideologi yang dibawa FT dalam karyanya adalah salah maka ia harus dibalas dengan ideologi yang betul. Hujah perlu dilawan dengan hujah bukannya emosi! Kritikal dalam befikir akan memberi keuntungan kepada umat Islam.
Pegangan tauhid dalam masyarakat semakin longgar, tetapi kita tidak berupaya untuk membanteras ajaran- ajaran sesat yang makin leluasa.
Berbalik kepada isu asal, ini adalah masalah persepsi. Kita bisa menuduh FT syiah, tetapi adakah kita sedar bahawa indusri seni sedang kontang dengan karya Islami? Saya sendiri sebagai seorang yang berada di lapangan yang lain berlapang dada dalam memahami uslub untuk dakwah dan islah.
Pandanglah karya beliau dari sudut seni dan dakwah, bukannya pertentangan fahaman dalam perkara ranting!
Ghadir Kumm
Saya mengikuti perkembangan blog FT, gayanya Ft kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang mengharamkan teater Kopitiam Ghadir.
Saya tak berpeluang menonton teater tersebut, kerana masa sebagai pelajar SBP adalah sangat terhad. Hampir seluruh tahun dihabiskan di sekolah. Kalau Bro FT baca blog saya, saya harap FT dapat menjual cerita tersebut dalam bentuk cakera padat secara online.
Sebagaimana Ketupat Cinta Musim Pertama, Kopitiam Ghadir juga melibatkan masalah persepsi. Anda boleh baca sendiri di blog beliau.
Masyarakat, berubahlah!
Labels:
Ad- deen,
Ilmu,
Indahnya Bahasa,
Melayu Bengap,
Shiah,
Siasah,
titian hidup,
Ulasan Buku
Langgan:
Catatan (Atom)