Rabu, 31 Disember 2008

Bon Voyage Tahun Paling Gila!

4 komen pembaca
Tahun 2008 bakal berakhir, bakal melabuhkan tirai. Beberapa jam sahaja lagi. Aku rasa tahun ni tahun paling banyak aku menimba pengalaman sepanjang hidup aku, 16 tahun. Rencah- rencah kehidupan tu memang pelbagai, ada manis, masin, pahit dan pedas.

Tetapi sayang, aku tak sempat langsung nak catatkan kegembiraan dan kesedihan tu dalam blog ni kerana kesibukan aku.(banyak menyibuk kot tahun ni)Ok, start dengan awal tahun, bulan Januari.

Januari
- Terpilih masuk ke dalam kelas 4 Ikhlas. Waktu tu pelajar kelas aku sikit gila. Ada la dalam 16 orang.(simbolik 16 tahun kot, heheh). Lelaki ada 5 orang je. Ye la, kelas agama mana laku sangat pasal orang trauma dengan Arab. Aku, Afwan, Azwan, Faiz dan Hariz, cuma kami berlima je ke mana-mana saja pun. Memang rasa kemanisan ukhuwah masa tu.
Aku ingat masa ni subjek yang paling best time ni Bahasa Arab Tinggi la. Semuanya kerana Ustaz Suhaimi Abdul Ghani. Buat lawak sesaja.

Februari
- Welcome to SBPI Kubang Pasu! Pelajar baru masuk ke kelas aku datang menceriakan suasana. Best gak orientasi dengan depa. Time tu perkara paling aku ingat ialah seorang budak perempuan yang menjadi tumpuan ramai(tumpuan budak lelaki yang ehem2 saja) bernama Mariam. Budak ni kawan Mokjan dan budak sekolah Mokjan. Mokjan kata budak lelaki sekolah aku tak pernah tengok perempuan. Hahah. Last2 budak ni pindah gak. Padan muka hangpa!

Mei
- Dah nak dekat mid year exam. Kisah ni mencabar sikit. Saja gatal- gatal tangan pi tulis kat whiteboard camni, “We want the rules of law, we are against the law of the jungles! If Abdullah Badawi want to remain his status- quo, abolish ISA!” Bila aku measuk kelas untuk prep malam, terdengar bisikan halus, “mai dah, mai dah”. Apa lagi, lawan berhujah atas kertas laa aku dengan budak perempuan. Aku ajak depa berdebat bertentang mata depa tak mau. Lelaki tak kata apa, depa sporting. Heheh…

Jun
- Bulan ni bulan paling mustahil dilupakan dalam sejarah SBPI Kubang Pasu. Kisahnya bermula bila sekumpulan pelajar iaitu Mark, Zulkhairi dan Amzar request kat cikgu nak buat live band sempena Sambutan Hari Guru SBPIKP kali ke- 4. Antara benda yang depa nak pakai untuk live band tu mestilah gitar. Setelah cikgu bermesyuarat ada bantahan dari Ustaz Tarmizi yang tak setuju dengan cadangan live band tersebut. Pagi sebelum hari guru, sekolah menjadi gempar…



Setelah disiasat, rupa- rupanya perbuatan tu dilakukan oleh seorang makhluk yang bernama Amzar. Amzar kata memang saja dia lukis menatang tu pasal dia dok sekolah ni pun ayah dia paksa. Ada orang terjemah perkataan tu harfan bi harfin camni: Sayang Ustaz Cikgu Kami= SUCK! Hahah! Lepas tu aku dengar cerita ayah dia bayar sikit saja kat ustaz tak padan dengan kos yang ustaz kena tanggung untuk spray balik pintu tu. . Tapi aku tak akan lupakan kata- kata Ustaz Tarmizi di surau, “Kalau manusia, dia tak akan buat perbuatan tu melainkan dia SYAITAN,”
Pada aku, walau marah macam mana pun seseorang guru kepada anak muridnya tak patut guru itu mengeluarkan perkataan sebegitu. Haish~

JULAI
- AXIS dengan kerjasama PRS menganjurkan Kem Perdana Tingkatan Empat!Best gila kem ni. Dalam sejarah hidup aku, nilah kem paling berharga.
LDK
LDK gak

banyaknyaaa tangaaan yannng memasaaakkkk
geli gila aku!
sejuknya!(bantai selamba walaupun air keroh)
di salah satu checkpoint Explorace

- Bulan ni BADAR baru dilantik untuk ganti pimpinan BADAR yang dah expired.(maaf, kalian memang benar- benar expired dan lemau) Mula- mula aku duk dalam Lajnah Dakwah dan Multimedia. Tapi disebabkan akh Afwan tolak jawatan Presiden BADAR, Afwan ambil lajnah aku. Aku tukar ambil Lajnah Kebajikan dan Ekonomi(bekas lajnah Fuad punya yang dah jadi Presiden BADAR). Aku ingat nasib baik jugak la tukar, pasal aku bukannya terer sangat bab- bab teknologi ni. Flash dan ntah Fireworks menatang apa lagi bukannya aku reti pun.

- Ada budak perempuan dalam PRS hantar surat layang kat aku. Depa tak puas hati pasal aku habaq kat Faris, Ketua PRS Kisas mengatakan PRS SBPIKP sosial. Puas jugak aku berdebat dengan depa(dalam kertas jugak). Aku habaq kat fariz bukannya niat nak burukkan PRs sekolah aku, tapi, aku dah tegur PRS lelaki tapi depa buat tak tau je. Itulah pasalnya. Safwan, Ketua PRS sekolah aku dia kata rilek je walaupun dia yang kena attack dengan Faris and the gang.

OGOS
- Semenjak awal bulan AXIS(Association of Integrated Student, batch kami punya nama) sibuk dengan persiapan Bulan Kemerdekaan. Asalnya aku datang lewat ke sekolah pasal tiket bas dah habis, so, Aida Nabila laa kena buat semua. Piwat, Presiden AXIS pun tak nampak muka dari awal sampai habis pasal dia kena demam campak. Tapi, Alhamdulillah, Malam Ambang Merdeka Memang gempak! Temanya zaman kesultanan melayu Melaka. Depa puji(batch kami) tahun ni sambutan merdeka paling best sekali! Tapi, memang penat gila aku sebagai Pengarah Projek. Huhu… Apa pun, ribuan terima kasih kepada semua pihak terutamanya exco yng rajin2 dan kreatif. Mabruk!

SEPTEMBER
- Bulan ni aku dilantik sebagai Unit Bahasa Antarabangsa Sidang Redaksi. Best, setiap malam boleh pi Makmal Komputer.


OKTOBER
- Waktu berlaku peristiwa ni bulan puasa. Petang, lepas solat asar dan tadarus al- Quran, kami dah tak turun padang main ragbi pasal letih. Destinasinya mana lagi kalau bukan bilik akses. Kunci pulak Faez Ridhuan yang pegang. Raya CS: Condition Zero la kami kat sana.
Waktu hari minggu, sampai ada sekumpulan pelajar tidur kat Bilik Akses pasal main game LAN yakni Age of Empire III.Pastu depa kantoi tak solat Subuh.
Tak bernasib baiknya depa pasal tetiba ustaz buat operasi check sapa yang tak mai
Subuh. Tapi, yang nasib baiknya nasib baik ustaz tak tau depa lap Subuh pasal main game online. Kalau ustaz atu teruk laa depa. Kenalah denda lari round sekolah dua round… Betapa gilanya bulan ini hangpa bayangkan sendiri.

NOVEMBER
- Kelas aku mengadakan lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Setelah lelaki dan perempuan ‘fight’ sepanjang tahun, Alhamdulillah, kami dah dapat balik apa yang dinamakan kemanisan ukhuwwah. Jangan dok faham ikhtilat pulak naaa… SAY NO TO IKHTILAT! Kos ke sana lebih kurang ringgit Malaysia 4000. Aku heran mana la Naim, Pian, Hakim dan Haris rompak duit tu.
- Perdebatan berlangsung dengan pendebat Bahasa Inggeris Sekolah, Basil Hazman. Ketaq gila aku masa tu. Habis banjir tempat aku pijak. Alhamdulillah, debat bertajuk “Mampukah Malaysia Bertahan Dengan Krisis Kewangan Dunia” berjalan dengan baik walaupun ada istilah yang pihak kerajaan cakap aku tak faham.
kerajaan berbaju merah, pembangkang berbaju hitam

p/s: Maaf, kalau ada kesilapan pasal aku kalut taip~!
(memang banyak perkataan gila dalam post ni, harap tak me'lagha'kan)

Isnin, 29 Disember 2008

Kembali kepada Fitrah

3 komen pembaca




Cuti ni mungkin sesuatu yang lain bagi saya. Dah 6 tahun semenjak adik bongsu saya lahir dah lama sangat tak jaga baby. Memang penat sikit kalau rumah yang ada anak kecil. Bukan nak mengeluh tapi nak cerita, kerja rumah sekarang macam dah bertambah sikit.(berlagak macam orang rajin)

Kalau baby ni meraung tengah malam kerana nak menyusu, semua orang boleh terjaga dari tidur. Diri yang jenis ‘tidur mati’ pun boleh terjaga.

Ada satu malam tu habis basah lencun tilam. Baby tu kencing atas tilam. Mungkin sejuk kerana air cond kot. Kesian kat baby tu. Takpelah dia baby lagi. Kalau dah tua bangka pun kencing malam tak tau nak kata apa.

Tetapi seronok bila baby tu ‘pandai senyum’ kepada kita.

Baby kat atas ni namanya Azri. Saya pun tak tahu nama penuh dia. Sebenarnya, bukan mama saya lahirkan adik lagi sekali tapi mama saya tolong mengasuh saja. Mak baby ni sekarang amat sibuk bekerja sebagai Chef di Hotel Concorde. Jadi keluarga saya tolong jaga buat sementara waktu.

Perasan tak apa persamaan yang ada kat setiap baby? Comel? Wangi? Bukan yang itu tapi cuba tengok gambar yang paling atas tu. Tangan baby kalau kita rajin perhati semuanya suka genggam.

Kebanyakan ulama’ Tasawuf berpendapat genggaman tangan baby menunjukkan bahawa janji kepada Allah S.W.T. untuk taat masih tak terungkai. Sebelum kita dilahirkan di dunia ini, semasa dalam alam roh, kita telah berjanji kepada Allah untuk mematuhi segala perintah dan menjauhi segala laranganNya. Perkara tersebut fitrah kepada semua manusia, tak kira sama ada muslim mahupun kafir.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Allah Taala menjadikan Adam pada permulaan kejadiannya ialah seperti rupanya di bumi, tingginya enam puluh hasta. Setelah dia selesai tercipta, Allah Taala berfirman kepadanya:”Pergilah kepada kelompok malaikat yang sedang duduk. Dengarkan jawapan mereka menjawab salammu. Begitulah cara kamu dan cara anak cucumu nanti memberi salam (penghormatan).” Maka pergilah Adam kepada kelompok malaikat itu, lalu diucapkannya salam:”Assalamualaikum” (selamat sejahtera ke atasmu). Jawab para malaikat:”Assalamualaika warahmatullah” (selamat sejahtera ke atas kamu juga dan beroleh rahmat Allah). Firman Allah:”Setiap orang yang masuk syurga bentuknya seperti Adam. Tingginya enam puluh hasta, sekalipun makhluk kemudian semakin pendek hingga sekarang. (HR Muslim)

Huraian
Allah menciptakan manusia dengan sempurna iaitu diberikan bentuk tubuh yang baik, akal fikiran dan nafsu, kemudian manusia itu sendiri yang menentukan mampu atau tidaknya menggunakan pemberian Allah itu dengan baik. Roh adalah penggerak yang menghidupkan seluruh anggota badan. Firman Allah yang bermaksud:"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya " (al Bayyinah:46)
Sumber:http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp?search=anak+

Mengapa apabila seseorang itu hidup dalam suasana yang bukan bi’ah hasanah ataupun dia bukan lahir sebagai muslim lantas terus menyalahkan Allah Maha Kuasa? Untuk merungkai persoalan ini, fahami hadis tersebut sebaiknya.

Bagi insan yang telah lahir dalam Islam pula, mereka diibaratkan seperti dilahirkan dalam cahaya dan disuluh dengan cahaya pula dalam kehidupan. Bukankah sesuatu yang kelihatan amat bodoh apabila kita cuba mencari sesuatu yang lain dari cahaya Islam?
Sedangkan Allah telah berfirman dalam kitabNya yang mulia:

Maksud firman Allah: Dan sesiapa yang mencari selain Islam, tidaklah diterima agama itu(selain Islam) daripadanya.

Bila kita menyoal golongan ini, “mengapa tak tutup aurat, mengapa tak mahu sembahyang dan sebagainya.” Mereka menjawab, “tak sampai seru lagi bro, tak dapat hidayah lagi, bla bla bla.” Dan banyak lagi jawapan klise yang tak larat telinga ni nak dengar.

Benar, siapa yang mahu menafikan hidayah itu milik Allah?

Kita selalu membaca dan mendengar kisah orang beroleh hidayah. Ada pelbagai. Ada yang memperoleh hidayah apabila mendengar laungan Allahu Akbar. Ada yang mendapat hidayah apabila bergaul dengan rakan Islam yang baik akhlaknya. Malah ada yang mengenali Islam semata- semata kerana berkahwin tetapi menyedari bahawa cahaya Islam itu sangat indah kemudiannya.

Tetapi adakah hidayah itu akan datang dengan sendiri melainkan kita berusaha menjejakinya?

Saya selalu mengulang baca kisah Umar Al- Khattab yang menakjubkan. Umar yang sangat pembengis dan menjadi seteru ketat Islam siapa sangka boleh berubah menjadi pembela Islam. Apabila Umar mengetahui Rasulullah menyebarkan Islam lantas dihunuskan pedang untuk memenggal kepala Kekasih Allah. Dalam perjalanan menemui Rasulullah, beliau terserempak rakannya memberitahu adiknya sendiri, Fatimah dan suaminya, Said bin Zaid telah memeluk Islam.

Terkejut, tersinggung dengan perkhabaran tersebut, terus beliau menuju ke rumah adiknya dengan perasaan marah, dengan hasrat ingin ‘mengajar’ adiknya.. Sesampainya di luar kediaman Fatimah, beliau mendengar Fatimah membaca sesuatu yang aneh.

Umar menyerbu dan mahu memukul adik iparnya, Said. Pukulannya tersasar lantas mengenai Fatimah Yan berusaha mempertahankan suaminya. Menyesal dengan tindakannya kerana melihat adiknya berdarah, diminta menunjukkan apa yang dibaca Fatimah.

Itulah Surah Tahaa. Menukar keperibadian Umar menjadi sahabat Rasulullah yang bersikap pelindung, mempertahankan dan pejuang Islam yang tulen, tidak takut dengan ancaman.

Itu kisah Umar Al- Khattab.

HUDUD, HIDAYAH ALLAH DAN MA’AL HIJRAH.

Terbaru, isu Hudud yang telah muncul semula. Hudud bukan isu baru, bahkan telah termaktub dalam dasar perjuangan PAS dalam Fasal 5: (i) Mengenai penubuhan PAS yang berbunyi; memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintah terlaksana di dalamnya nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Mengapa bila tiba Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, isu Hudud muncul semula?

Semuanya kerana media. Media berperanan besar sama ada membantu sesebuah kerajaan ataupun merobohkan sesebuah kerajaan. Secara teorinya, kerajaan yang menguasai media akan menguasai pemikiran rakyat. Tetapi, jika media arus perdana terlalu memuji dan kerap menegakkan dasar kerajaan bagai menegakkan benang yang basah, buruk padahnya.

Ini bukan zaman awal pemerintahan Mahathir. Ini zaman generasi celik IT. Mereka tahu membezakan informasi sama ada adil atau menyeleweng. Media juga dilihat memainkan isu Hudud untuk memecah belahkan musuh tradisi Barisan Nasional, Pakatan Rakyat.

Maka, berhamburlah perkataan- perkataan dari mulut mereka yang tidak paham Hudud menggambarkan ketakutan mereka jika Islam yang memerintah.

Kalau yang tak setuju Hudud tu Lim atau Singh, kita tak berapa nak hairan. Kerana mereka semua tu bukan Islam. Tetapi, bila yang Islam sendiri pun tolak Hudud, itu yang kita hairan. Bagi bukan Islam yang masih takut jika Hudud dilaksanakan, renungkan kata- kata M Kulasegaran, naib pengerusi DAP Kebangsaan.

“DAP menghormati pendirian PAS dalam pelaksanaan hukum Hudud dan yakin bukan Islam tidak akan terjejas kehidupan jika ia dilaksanakan.”


Masih tak percaya? Lawati website ni: Bukan Islam Dalam Hudud

Maksud firman Allah: Tidak ada paksaan dalam Agama, telah nyata petunjuk dari kesesatan maka barangsiapa mengkufuri taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia memegang tali yang kukuh yang tidak akan putus, dan Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung (mengasihi) orang yang beriman; mengeluarkan mereka darikegelapan (kekafiran) kepada cahaya 0iman). Dan orang yang kafir, pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al- Baqarah: 256)

Persoalannya, UMNO sokong atau tidak Hudud?

Melaksanakan Hudud bukan sepatutnya dilihat kepada PAS sahaja tanggungjawabnya. Tidak kira, UMNO atau PAS sepatutnya sama- sama berganding bahu untuk menegakkan agama Allah. Kesal bila Datuk Najib dilaporkan berkata: “Itu PAS, cerita dah lama. Bukan perkara baru. Masa (memerintah) di Kelantan pun dia tidak buat juga (hudud), masa di Terengganu pun sama, dia tak buat.” Rupanya inilah gaya percakapan seorang pemimpin Melayu Islam yang berdiri di landasan Islam Hadhari.

Kata- kata Datuk Najib itu palsu. Lihat apa jadi dengan Enakmen Jenayah Syariah II (Hudud) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana halangan Perlembagaan. Kalau Datuk Najib dan pemimpin UMNO lain ikhlas dengan kata- kata itu, Perlembagaan seharusnya sudah dipinda untuk membolehkan Hudud dilaksanakan

Adakah pemimpin UMNO masih tidak dapat hidayah Allah untuk melaksanakan Hudud?

Dikelilingi ulama’ Islam Hadhari mungkin tidak berupaya membawa cahaya hidayah kepada pemimpin UMNO. Maaf cakap, orang Islam yang tolak Hudud bukan lagi valid sebagai Islam.

Maksud firman Allah: Tidakkah engkau melihat orang-orang yang mendakwa bahawa mereka beriman kepada wahyu yang telah diturunkan Allah kepada engkau dan kepada wahyu yang telah diturunkan sebelum engkau, sedangkan mereka masih ingin berhakimkan taghut meskipun mereka telah diperintah supaya mengingkarkannya? Syaitan memang bermaksud untuk menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.(an- Nisa’: 60)

Ini sebahagian pendapat Sayyid Qutb ketika membahaskan ayat ini dalam Ayat-ayat Pilihan Tafsir Fi Zilalil Quran.

“Tetapi apabila isu ini dirujukkan kepada dasarnya iaitu kuasa hakimiyah dan kuasa memperhambakan manusia dan kuasa menggubalkan undang-undang, untuk mereka merupakan ciri-ciri utama Uluhiyah yang tiada seorang pun yang beriman kepada Allah sanggup mendakwa dan mengaku mempunyai ciri-ciri itu. Dan orang yang mendakwa mempunyai kuasa hakimiyah dan kuasa memperhambakan manusia dengan undang undang yang digubalkannya bererti mendakwa mempunyai ciri uluhiyah dan sesiapa yang turut mengakurkan dakwaannya atau berhakimkan kepada undang-undang yang digubalkan dari hasil pemikirannya sendiri untuk orang ramai — kecuali ia dipaksa menerima undang-undang itu sedangkan hatinya tidak sukakannya atau ia menentang dengan kuasa yang ada padanya atau menentang dengan lidah atau dengan hatinya maka bererti ia mengakurkan orang itu sebagai mempunyai ciri Uluhiyah dan seterusnya
sesiapa yang menolak berhakimkan kepada syari’at Allah dalam segala urusan kehidupan bererti menolak pengakuan terhadap Uluhiyah Allah S.W.T walau dalam mana-mana aspek alam ini iaitu aspek kehidupan manusia dan sesiapa yang turut mengakurkan penolakannya bererti ia turut berkongsi menolak Uluhiyah Allah S.W.T. dalam aspek ini dan sesiapa yang menolak Uluhiyah Allah tidak boleh disifatkan sebagai seorang Muslim walaupun ia mendakwa dengan lisannya selama dakwaannya itu disertai dengan sesuatu perbuatan yang membatalkan erti dakwaannya, iaitu keinginan dan kemahuannya untuk berhakimkan taghut tanpa berhakimkan syari’at Allah apatah lagi perbuatan berhakimkan taghut dan tidak berhakimkan undang-undang yang diturunkan Allah.”

Secara ringkasnya, insan yang disebut di atas mengatakan undang- undang Islam tidak relevan dalam aspek kehidupan. Di Malaysia, dosa dan pahala hanya dilihat dalam ibadat semata- mata, dosa dan pahala dalam urusan politik dan pentadbiran tidak ada.

Inilah sebenarnya sekularisme. Pemimpin UMNO sekular.

KHATIMUL

Sempena sambutan Maal Hijrah 1430H, marilah kita semua tak kira ahli PAS atau ahli UMNO marilah kita sama- sama tetapkan satu azam dalam diri kita untuk menegakkan hukum Allah. Hayatilah sirah junjungan kita, Muhammad S.A.W. Sesungguhnya pengorbanan untuk menegakkan Khilafah Islamiyyah harus dimulakan dengan Daulah Islamiyyah yang menekan keadilan dan kesaksamaan, kemudian, sedikit demi sedikit, dikutkuasakan hukum Islam yang seperti mana Negara Islam Madinah.

Kita marah apabila Palestin dipijak maruahnya, kita bertepuk tangan bergembira menyokong tindakan Muntazer al- Zaidi, tetapi kita masih leka dengan isu umat Islam di negara kita sendiri. Benarlah sabda Rasulullah:

بدأ الاسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء
Sabda Rasulullah SAW: "Islam bermula dengan dagang(asing), dan akan kembali dagang(asing), maka beruntunglah orang-orang yang dagang(asing)(HR Muslim)

Baby yang diceritakan di awal kalam, apabila diajukan persoalan Hudud, kalaulah boleh berkata- kata dengan lidahnya sendiri sudah tentu akan menjawab, “Aku sudah berjanji untuk taat kepada Allah, mengapakah aku harus meninggalkan suruhan Amar Ma’ruf Nahi Munkar yang diwajibkan ke atas aku?”

Berhijrahlah untuk menyambut tahun baru. Selamat Menyambut Tahun Baru 1430H. Kullu ‘aamin wa antum bikhair.

Andai Islam yang memerintah!

Ahad, 21 Disember 2008

Kenapa nak Haramkan?

10 komen pembaca



Maksud firman Allah: Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut(nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka dijalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. (Ali Imran:146)

Apa yang nak dihairankan kalau sajak nukilan Dr. MAZA ni diharamkan untuk disiarkan? Dah sah- sah kena batang hidung pemimpin kapitalis Umno. Lihat sahajalah apa yang diperjuangkan pemimpin Umno berbanding dengan Dr. MAZA. Dr. MAZA seorang yang berpegang pada jalan Salafussoleh, waima Islam Hadhari adalah perjuangan pemimpin- pemimpin Umno.

Pada hemat saya yang selalu mengikuti tulisannya, Dr. MAZA berusaha menjadi seperti idolanya, Ibnu Taimiyyah dalam satu aspek. Sepertimana yang telah Sheikhul Islam ini telah lakukan pada zamannya iaitu mengubah politik yang tercemar menjadi suci walaupun berada di luar tekanan politik pemerintah.

Sementara Islam Hadhari ciptaan Umno, sebenarnya penuh dengan ciri- ciri kezaliman. Apa tidaknya? Nama je bertamadun, tapi undang- undang yang digubal melalui akta- akta tak pula bersifat Hadharah (tamadun). Undang- undang yang digubal lebih kepada matlamat menyelamatkan tokoh- tokoh tertentu demi kepentingan dan kedudukan masing- masing.

Akta drakonian ISA masih lagi berjalan walaupun parti komponen BN sendiri sudah meng’ugut’ untuk keluar BN kalau tidak ada usaha memindanya. Kalau anda seorang pengkririk tajam, walaupun ianya benar, siaplah anda dapat ‘percutian percuma’ di Kemta yang tidak tahu berapa tempoh masanya. Semua ini berjalan atas nama keselamatan dalam negeri (ISA).

Selain dari itu ianya bertujuan untuk mengongkong kebebasan ilmu, melalui AUKU yang menekan pensyarah dan pelajar. Saya pernah terbaca satu artikel yang menarik berkaitan fenomena itu dalam Saifulislam dalam suasana berbeza. Mereka juga membelenggu media, menutup penyelewengan mereka di atas nama menjaga rahsia rasmi (OSA), tetapi sebenarnya menjaga dan melindungi tokoh- tokoh yang tidak bermaruah.

Lihat sahaja krisis kehakiman di saat pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim . Ia adalah lembaran sejarah jahiliyyah moden yang menconteng kemurnian badan kehakiman yang sepatutnya wajib dipertahan dan dipelihara.

Dan yang terbaru, IJN bakal diswastakan. Apa habis terdesak sangat ke kewangan kerajaan? Tak pernah ada dalam sejarah, syarikat yang diswastakan kos perkhidmatannya menjadi lebih murah. Lepas ni habis mati terkangkang orang miskin yang sakit jantung. Dah tengok bil bayaran pendahuluan pun tak mampu nak bayar. Apatah lagi bayaran untuk bermalam, ubat dan sebagainya.

MANSUHKAN PPSMI, KEMBALIKAN KEDAULATAN BAHASA!

Bukan nak kutuk, tapi nak bentuk. Saya sendiri seorang pelajar yang menerima pendidikan melalui PPSMI bermula dari Tingkatan Satu sehingga sekarang, Tingkatan Empat dan akan bersambung setahun lagi tahun depan di Tingkatan Lima seterusnya menjawab soalan SPM dalam modul PPSMI.

Pemimpin Umno bukan sahaja mengikis hasil mahsul negara untuk keuntungan sendiri malahan sanggup mencemarkan kebudayaan bahasa sendiri. Sedangkan bahasawan pernah berkata: ‘Bangsa yang hebat ialah bangsa yang tidak meminggirkan bahasa sendiri’. Ingin tahu sejauh mana kebenaran kata- kata ini? Sila baca seterusnya…

Saya tidak berhasrat untuk mengaitkan Mahathirisme dengan PPSMI. Kalau nak tahu formula kaitannya sila baca Harakah Fikrah Edisi 1200.

Bukankah Bahasa Inggeris menjadi sumber ilmu vokasional? Maknanya kita menyerap ilmu mereka bulat- bulat tanpa mengetahui sejauh mana ‘precious’ sesuatu ilmu untuk tamadun. Sedangkan pada zaman kegemilangan Islam ketika Islam menguasai Rom dan Parsi, buku- buku dalam bahasa asing diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab. Istilah berbagai ilmu juga ditukar kepada Bahasa Arab. Itu salah satu kunci kejayaan tamadun.
Bukan seperti Islam Hadhari ciptaan Umno, mundur ke belakang kepada suasana penjajahan dengan menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris.

Karya- karya saduran telah ditajdidkan dan disesuaikan dengan prinsip Islam maka lahirlah Hadharah Islamiyyah yang gilang- gemilang berbeza dari tamadun- tamadun yang lain.

Bahkan Umno dilihat lebih penjajah dari penjajah sendiri apabila berusaha menghapuskan tulisan jawi. Pemimpin Umno lupa bagaimana Islam sampai ke Tanah Melayu. Mungkin kerana mereka terlebih barat dan lihatlah sendiri anak Hishamudin dan Najib di mana mereka bersekolah. Bukan SK mahupun SMK tetapi di sekolah luar negara.

Islam sampai di Tanah Melayu pada kurun ke- 15 apabila pendakwah Islam yang berdagang menyebarkan dakwah Islamiyyah. (Bukan pedagang Islam yang berdakwah seperti yang disebutkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat). Buktinya ada di dalam kitab melayu jawi, karangan Sheikh Idris Al- Marbawi iaitu Bahr al- Madzi.

Persoalannya, mengapa mereka menggunakan Bahasa Melayu walhal pada zaman itu bahasa yang popular ialah Bahasa Sanskrit. Jawapannya mudah kerana Bahasa Melayu yang kurang dari sepuluh patah perkataan masih belum tercemar. Jadi mudahlah untuk memasukkan istilah Arab ke dalam bahasa ibunda kita. Lihat, betapa tingginya nilai bahasa kita sehingga menjadi wadah dakwah!

Tetapi pemimpin Umno hari ini sedikit pun tak menyedari nilai Bahasa Melayu. Tulisan jawi sudah 40 tahun dikeluarkan dari bilik darjah kini mati. Apabila matinya bahasa dan tulisan melayu maka matilah jiwa dan roh kita yang dahulunya dihidupkan dengan ketamadunan ilmu yang dibawa dengan tulisan jawi, membawa kepada pembentukan bangsa Melayu- Islam yang penuh dengan tradisi dan keislamannya.

Mungkinkah, 40 tahun akan datang Bahasa Melayu akan keluar dari bilik darjah sebagaimana tulisan jawi?

Rabu, 17 Disember 2008

Berjuang itu pahit kerana syurga itu manis

11 komen pembaca
kenapa kalo sembang pasal politik dunia boleh sedangkan politik malaysia tidak?,” tanya saya di dalam sebuah forum.
kerana politik Malaysia ditahap kronik sehingga boleh menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.
malahan dalam kebanyakan board, politik dianggap suatu benda sensitif dan tidak patut dibicarakan di khalayak.
kita nak jaga hubungan baik sesama forumer, bukan menyemarakkan api kemarahan dan ketidakpuasan hati.
nak berpolitik sangat sila tulis blog, you tak suka you keluar,
.” jawab seorang Admin

plis.
ak ingtkn skali lgy atau warning level korg akn dinaikkan.
no more political issue!
jgn dok maki mana2 parti
ogayh?
ak xkire lpas ni ak nmpk lgy
mmg ak naekkn trus
sbb byk sgt isu politik kt sni
or spt ape yg akeem ckp
err bashing thread (kejadah tah ak xpaham),
” kata seorang Global Moderator

plz,
xde borak2 politik lgy
suspend kang!,
” Global Moderator memberi peringatan.

‘Ayat- ayat’ peringatan ni saya dapat dari salah seorang Global Mod dan sa;ah seorang Admin Malakat92.com: Bersama Selamanya. Warning meter saya juga dinaikkan kepada 10%. Kalau bukan kerana ayat-ayat ini mungkin saya masih lagi ‘tiada masa’ nak update blog saya. Sebab tu dah lama tak update blog walaupun banyak perkara menarik berlaku sekitar saya. Mungkin juga dah tambah bersawang dan berhabuk laman sesawang ni. Tapi saya gagahkan juga, mencari- cari masa yang ada. Perkara yang bakal saya huraikan ni saya dah pernah huraikan di Musolla Jannatul Naim di bumi SBPI Kubang Pasu yang tercinta. Apabila sahabatku, Basil Hazman ‘diserang’ oleh sekumpulan kecil pelajar Form 5 yang benci ketika Basil selalu membuat pengumuman berkaitan isu semasa setiap malam melalui speaker Dewan Makan sebelum tidur. Pelajar- pelajar SBPI Kubang Pasu harap lebih jelas perkara ini.

Apapun, sebelum anda semua membaca dengan lebih lanjut, saya tegaskan di sini ayat- ayat seterusnya bukan nak meng’attack’ ataupun menghentam atau apa sahaja sewaktu dengannya.

Maksud firman Allah: Apakah (orang-orang kafir itu sama dengan) orang-orang yang ada mempunyai bukti yang nyata (Al Quran) dari Tuhannya, dan diikuti pula oleh seorang saksi (Muhammad) dari Allah dan sebelum Al Quran itu telah ada Kitab Musa yang menjadi pedoman dan rahmat? Mereka itu beriman kepada AlQuran. Dan barangsiapa di antara mereka (orang-orang Quraisy) dan sekutu-sekutunya yang kafir kepada AlQuran, maka nerakalah tempat yang diancamkan baginya, kerana itu janganlah kamu ragu-ragu terhadap AlQuran itu. Sesungguhnya (AlQuran) itu benar-benar dari Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman. (Huud:17)

Saya bukan ahli politik kerana saya seorang pelajar. Kalau saya seorang ahli politik, saya seorang yang berkempen di pentas politik, turun menghadap FRU dalam demonstrasi dan sebagainya. Mungkin juga dah merasa betapa peritnya ISA dalam saat- saat sebegini.

Aku bukan ahli politik.

Tetapi ini tidak bermaksud saya buta politik dan tidak boleh mengambil tahu pasal poltik. Saya tidak terlalu bodoh untuk memisahkan agama dari kehidupan saya. Kenapa saya berkata sedemikian? Pernah dengar pesanan Imam Hasan al- Banna? As- Syahid ini pernah berwasiat: ‘Tidak ada kebaikan bagi agama yang tiada politik di dalamnya dan tidak ada kebaikan bagi politik yang tiada agama di dalamnya. Saya bukanlah seorang peminat Imam Khomeini tapi ada kata- katanya yang patut di beri perhatian. . Beliau pernah menyebut, “orang yang memisahkan politik dari agama, dia itu tidak faham apa itu agama, dan apa itu politik”.

Jahil terhadap kedua- duanya.

Apabila saya berbual atau menulis tentang politik, saya maksudkan ia sebagai disiplin mengatur kehidupan manusia. Tentang peraturan hablun minannaas yang merupakan separuh kedua agama kita. Mahu tidak mahu, kita tetap merupakan sebahagian dari politik. Sama ada kita berperanan mencorakkan politik, atau kita sendiri menjadi mangsa percaturan politik akibat buta politik. Atau sengaja memejamkan mata terhadapnya. Percaya atau tidak kepada saya, kalau tidak ada politik maka matilah kita. Kalau hidup pun bagai jasad tiada roh.

Soal keterlibatan seseorang dengan perlakuan politik, itu soal kedua. Maksud perlakuan politik di sini ialah berkempen, berdemonstrasi dan sebaginya. Apatah lagi jika kita seorang pelajar. Biar pun undang-undang negara telah mewartakan anda pada usia begitu sebagai seorang yang layak mengundi, anda ada peraturan-peraturan universiti yang tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja. Maka soal keterlibatan pelajar dengan politik, saya serahkan kepada anda untuk membuat percaturan mengenainya.

Sekalipun kita tidak terlibat dengan politik, ini tidak bermaksud kita tak perlu ambil tahu pasal politik. Ini bukan isu parti mana yang anda sokong! Ikut suka kalian sama ada nak sokong parti apapun. Parti kepala kerbau ke parti cap roket ke atau sebagainya. Memang benar ramai antara kita merasa meluat terhadap kebanyakan parti politik . Penyokong Parti Bulan Mengambang akan meluat kepada dasar Parti Orang Melayu dan begitulah sebaliknya. Buangkan jauh- jauh perasaan itu kerana isu yang mereka bawa itu berkaitan dengan kehidupan kita.

Jika isu PPSMI, kepincangan sosial, kenaikan harga barang, rasuah, nepotisme, kronisme… kita kaitkan dengan parti politik tertentu, jika parti politik itu mati sekali pun, isu-isu berkenaan tetap merupakan masalah kita, masyarakat kita. Parti politik adalah kenderaan dan wadah untuk memperkata dan memperjuangkan isu-isu tersebut, tetapi tanpa parti politik sekali pun, isu berkenaan tetap wujud di depan mata.

Maka Islam mempersoalkan peranan kita terhadapnya. Ada istilah amar makruf, ada istilah nahi munkar. Bagaimanakah anda melaksanakan dua tanggungjawab ini, terhadap isu-isu yang saya sebutkan tadi.

Jika kita alah dengan parti politik, ia bukan alasan untuk kita buat tidak peduli kepada masalah yang membelenggu kehidupan kita dan masyarakat. Biar pun hadith , “barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam maka dia itu bukan dari kalangan mereka” itu dihukum sebagai hadith yang sangat lemah oleh al-Albani, apakah ini juga bermaksud saranan Islam agar seorang Muslim menjaga kebajikan saudara Muslimnya yang lain juga lemah?
Pernahkah Nabi SAW sambil lewa terhadap apa yang berlaku kepada sahabat, juga komuniti non-Muslim di sekitarnya? Apakah ada orang yang tertindas, ditekan dan dizalimi, dan Nabi SAW tidak peduli kepada nasib mereka?
Renung sahaja amaran Allah SWT:

“Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. maka kecelakaan besar bagi ahli sembahyang (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri terhadap amalannya), dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya)” (Al-Ma’un 107 : 1-7)

Pendusta agama yang diperincikan oleh Allah karakter mereka adalah golongan yang tidak melaksanakan tanggungjawab sosial, sebelum Allah menyebut kecacatan ibadahnya. Di peringkat massa, kebajikan anak yatim, membela kaum fakir miskin, adalah persoalan-persoalan yang membabitkan banyak aspek. Bagi kita sebagai rakyat, ia boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara. NGO dan badan-badan kebajikan boleh berperanan dalam membantu hal ini. Betapa pentingnya hal ini sehingga Allah meletakkan kedudukan hablun minannaas dalam surah ini sahaja mendahului kewajipan menyempurnakan solat. Tetapi tiada maknanya juga jika sibuk membantu manusia sehingga solat disia- siakan.

Tetapi bagi sebuah negara, ia bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan rakyatnya terjaga. Polisi-polisi harus memberikan keadilan dan kesejahteraan hidup kepada masyarakat. Semua ini bersangkutan dengan politik kerana politik itulah medan urusan ini ditadbir dan dijaga.
Apakah kita bisa membiarkan diri menjadi pendusta agama dengan tidak mempedulikan tanggungjawab ini?

PENDIRIAN JIWAMELAYU TENTANG POLITIK

Soal jiwamelayu memilih parti mana, itu perkara yang berasingan. Tetapi wacana saya di sini menyeru kepada kita semua agar cintakan kebenaran dan keadilan. Sebagaimana kita suka menyuburkan kebenaran di pelbagai peringkat kehidupan, saya juga mahu kita peka kepada lawan kebenaran itu. Kebatilan tidak boleh disembunyikan. Ia mesti diperkatakan.

Allah mengutuskan setiap nabi dan rasul kepada umat, bukan hanya untuk mengajak manusia kepada mengabdikan diri kepada-Nya, tetapi juga menjauhkan manusia dari saingan Allah. Al-Quran mengistilahkan saingan ini sebagai taghut, iaitu pelampau yang melampaui batas-batas Allah. Ia mungkin manusia, mungkin sistem. Lantas tanggungjawab amar makruf dan nahi munkar, menuntut kita untuk bukan sahaja cintakan kebaikan, tetapi juga mengambil bahagian dalam bertindak mengatasi kebatilan.
Tidak semestinya dengan membabitkan diri sebagai aktivis politik. Tetapi mustahil kita boleh berperanan jika kita buta politik atau jahil mengenainya.

BELAJAR TIDAK SEMESTINYA TERLIBAT

Oleh itu, saya ingin mengajak kita semua, pelajar dan pekerja, geng- geng Malakat92.com, Salaf dan Khalaf, ahli PAS mahu pun JIM, ABIM dan Tabligh, agar sama-sama peka dengan politik. Memperkatakan tentang politik, jangan sempitkan kepada isu partisan semata. Ia terlalu luas dan murni sebagai satu cabang kehidupan dan disiplin pengetahuan.

Apa erti saya menganut Islam?

Salah satunya ialah, peduli terhadap nasib umat Islam, pada makruf dan pada mungkarnya.

KHATIMUL

Cuma sedikit yang saya kesalkan apabila ada posting yang menyokong parti pemerintah moderator biarkan begitu sahaja. Tidak pula warning meter dinaikkan. Bukan saya minta warning meter saya diturunkan bahkan biarkan ia di situ kerana ia bakal menjadi bukti perjuangan saya. Saya bangga dengan itu. Memang ada amaran mengenai perbincangan politik dalam thread itu.


Action: Political and Religious Topic, discussions are welcomed in Current Issues forum. But do not spread political propaganda or religious hatred in any of Malakat92.com forums. Obey the sub-forum rules as they are enforced very strictly.


Untuk pengetahuan semua, saya tak pernah kutuk mana- mana parti dalam Malakat92.com. Mengapa kebanyakan post saya di'delete'? Kepada sesiapa yang pernah delete posting saya, tunjukkan bukti saya pernah mengutuk UMNO dan menyebarkan fitnah mahupun propaganda terhadap parti ini!

Tetapi saya seorang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya bukan seorang yang gentar dengan ancaman manusia. Kepada pejuang- pejuang yang berada atas jalan yang sama dengan saya, renunglah balik lembaran- lembaran perjuangan tokoh- tokoh terdahulu yang bukannya mudah. Hayatilah perjuangan Imam Hambali, As- Syahid Imam Hasan al- Banna, As- Syahid Syed Qutb, Imam Abdul Hamid Kisyk dan Nabi S.A.W. sendiri serta ramai lagi tokoh- tokoh yang tidak takut dengan ancaman pemerintah yang zalim.

Berjuang itu pahit, kerana syurga itu manis. Sungguh, walaupun kebenaran itu memang pahit untuk ditelan.

Jumaat, 12 Disember 2008

Gaza terkepung, tiada yang singgung

0 komen pembaca
Tika umat menyambut Eid al-Adha
Menyembelih qurban di waktu dhuha
Umat Palestin hanya ternganga
Tentera Yahudi ketawa ha ha ha

Takbir raya hanya di mulut
Daging qurban pula memenuhi perut
Umat Palestin terus dijerut
Pemimpin umat Islam masih pengecut

Tika peti sejuk kita dipenuhi
Dengan daging qurban yang dibahagi
Umat Palestin menangisi
Tiada bantuan yang sampai ke sini!

Siapa lagi yang boleh diharap?
Umat Arab atau OIC semua senyap!
Seakan umat Palestin seperti sampah sarap
Diratah tentera Yahudi anjing pelahap!

Hati ini merasa sedih
Tika Parlimen Kuala Terengganu dibanjiri pitih
Umat Palestin hanya merintih
Terus mengharap simpati dan kasih