Andai langkah atas pilihan sendiri itu menepati apa yang digariskan. Garisannya tentunya adalah dari al- Quran dan as- Sunnah sendiri.
Hari ini, saya memilih sendiri, atas pilihan bukan paksaan untuk memulakan langkah sebagai pelajar Tamhidi Syariah dan Undang- Undang.
Bukan mudah membawa title sebagai pelajar Syariah. Segala tindak tanduk perlu dijaga supaya agama ini kelihatan mulia. Sungguh, title ini sebenarnya dapat menjaga diri ini dari melakukan kefasiqan dan kemungkaran, jika benar kita ikhlas dalam jalan ini.
Di dalam satu riwayat, Ali bin Abi Talib RA pernah berkata kepada seorang lelaki katanya;
"Ilmu itu lebih baik daripada harta, ilmu menjaga kamu manakala kamu menjaga harta, ilmu merupakan hakim (pengadil) manakala harta yang dihukum. Harta berkurang jika digunakan manakala ilmu berkembang apabila disebarkan."
Bertindaklah dengan ilmu.
Menuntut Ilmu Juga Nafar
وَمَا كَانَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لِيَنفِرُواْ ڪَآفَّةً۬ۚ فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٍ۬ مِّنۡہُمۡ طَآٮِٕفَةٌ۬ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِى ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡہِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُون
"Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya."[At taubah 9;122]
Falaulaa nafara..
Keluar menuntut ilmu digelar Allah dengan kalimah nafara, iaitu kalimah yang lazimnya hanya terguna pada mengungkapkan soal keluar berjihad perang di jalan Allah. Pemilihan kalimah ini harus kita teladani, bahawa Allah mahu kita melihat proses menuntut ilmu di jalan Allah sebagai suatu medan tempur. Justeru persiapan kaum yang keluar berperang, harus juga menjadi persiapan yang sama buat penuntut ilmu di jalan Allah.
Nafar di USIM
Semalam, Ustaz Ridhwan pensyarah Usul fiqh memaklumkan dalam kuliah bahawa Menteri Pengajian Tinggi telah memberi amaran kepada pengurusan Fakulti Syariah dan Undang- Undang bahawa, Fakulti Syariah dan Undang- Undang USIM akan dihapuskan jika tidak sampai 25% dari pelajar TSU mendaat sekurang- kurangnya Band 4 dalam MUET pada Oktober ini. Hal ini berikutan kerana hanya tiga orang yang mendapat Band 4 pada semester lepas bagi TSU.
Bagi saya, perkara ini tidak harus dipandang ringan. Saya bukan mahu mengajak anda semua berdemonstrasi untuk membantah keputusan ini. Tetapi saya ingin mengajak anda semua memikirkan apakah masa depan ta'alim dan tarbiyah Islam di tanah air ini.
Mahu tidak mahu, inilah sebenarnya nafar bagi pelajar TSU. Berusaha sedaya upaya untuk mendapat sekurang- kurangnya Band 4 dalam MUET.
Kita sedang mengalami krisis kehancuran ummah. Mahukah lagi anda semua melihat ummah terus hancur dengan tutupnya sebuah lagi fakulti deeniah sebagaimana robohnya ISTAC UIAM oleh tangan- tangan durjana suatu masa dulu?
Anda mampu mengubahnya!
6 ulasan:
Harus bisa meneruskan perjuangan itu!
Bukan harus, WAJIB, Kan? :P
Taghyir ada dua penggerak utama: kepimpinan, dan orang bawahan. Memandangkan kita bukan kepimpinan di Malaysia mahupuni USIM, maka apa yang kita boleh buat demi hidup mati FSU ialah, la budda, mendapat Band 4 dalam MUET. Dunia sekarang berhajat kepada generasi da'ie yang mampu berbahas dalam bahasa Arab DAN bahasa Inggeris. Ulama' muktabar mungkin tak perlu berbahasa Inggeris, jika dia boleh, maka itu merupakan added value. Tetapi jika kita hendak berperanan sebagai ulama' + da'ie di zaman ini, having a good English is a must, in my opinion.
Ma'at taufiq wan najah, moga antum berjaya dalam nafar ini.
Enta benar ya akhi. English is a must as a da'ie. Semacam ia adalah keaulawiyatan.
Kalau doktor perubatan hari ini boleh bercakap tentang deen, mengapa ulama' tidak boleh berbicara tentang sains dari sudut al- Quran. Itulah perumpamaannya.
teruskan usahamu ya akh..
0h ya. Silap.
Catat Ulasan