Sabtu, 29 Disember 2007

Alhamdulillah

Hari ini merupakan hari yg paling indah dlm hidupku... mangkit pagi dengan segar bugarnya terus capai towel dan pi mandi. aku pun tak tau la perasaan aq masa ni. ketaq? gementaq? resah? ntahlah...
tak rasa apa2 pun. tapi semalam bila tw Hannan (sepupu aq) dah tw keputusan sehari sebelum result diumumkan. rasa len macam je bila dengaq dia dapat 9A.

walaubgaimanapun, aku bulatkan tekad utk ke sekolah. mama menemaniku.

sesampainya aku di sekolah, masih awal lagi. ada 15 minit lagi yg tinggal. tik, tik, tik. (bunyi jam) akhirnya detik yang ditunggu telah tiba. aku pun pi la dekat meja yg menempatkn cikgu kelas aq, Puan Nor Rull Ain.
cikgu pun tak cakap banyak, terus menyerahkan keputusan kpdku. aku terkedu seketika...

"muiz, tulis nama kat sini,"aku masih lagi terkedu.

"muiz, tulis nama kat sini," cikgu mengulangi perkataannya itu.

aku pun dgn tangan yg terketaq-ketaq pun tulis la kat atas kertas tu. tulisan dah jadi senget. lama tak menulis ataupun terkejut dengan result?

duduk balik kat kerusi. masih terkejut. kenapa? result terukkkk!!!! 8A 1B.

frust...

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."-
(Al-Imran : 139)

dok tengok lagi kertas result tu. sama. B masih lag di situ. tw apa? Bahasa Arabbbb!!! unexpected! aku dok ingat Arab takdak hal pasal boleh jawab. tapi...

lepas jumpa kawan2 sat, tanya la result depa mcmana. ok ke k.o. ada sorang sahabat ni tanya aq, "muih, dpt berapa?" aq pun jawab la. "laa, bukan hang ke ajaq aku arab?" dia meneruskan celotehnya dgn muka yg gembira pasal dpt 9A. walaupun kata2 yg diucapkannya kedengaran ikhlas, tp bagai ada satu sindiran tajam menusuk ke telingaku. memang aku yg dok ajaq dy kalo dy tak tau.


blah terus. tak sanggup nk tunggu lagi.

sampai rumah. dok pk lagi pasal result. apa hikmahnya aku dpt mcm ni. mmg aku selama ni lalai. Tuhan bagi nikmat 5A dlm UPSR, tapi aku lalai. Tuhan bagi nikmat aku masuk SBP, tapi aku lalai. Tuhan bagi cikgu yg sporting, aku lalai. Tuhan bagi nikmat kawan2 yg memahami aku lalai. Tuhan bagi nikmat kesenangan hidup, aku lalai! Nak sebut nikmat ALLAH mmg byk, tak terkira.

"Dan sekiranya kamu bersyukur, nescaya kami tambahkan nikmat atas kamu, dan jika kamu kufur nikmat ALLAH sesungguhnya azab ALLAH amatlah pedih"
(Ibrahim:8)

aku berazam nk tebus balik kegagalan aku dalam SPM subjek Bahasa Arab Tinggi. maka dengan itu, rasmilah salah satunya azam tahun baru aku. Insha ALLAH!

jiwamelayu : SEJARAH TAK BOLEH DIUBAH, MASA DEPAN DAPAT DIBENTUK

3 ulasan:

zach berkata...

ana setuju dgn itu...bkn semua yg kita harapkan itu akan menjadi kenyataan...

ALLAH memberi yg apa yg terbaik buat hambaNya...

anta skolah mana ek?

Hakim Ishraf berkata...

ok la tuh...
tuh rezki stiap org...
yg penting kita da wat yg terbek...
papepon....
tahniah n congratz!!

Muiz Nasrallah berkata...

kepada kedua-dua orang sahabat
thanx~