Sabtu, 15 Disember 2007

Sekapur sireh...

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, selama berfikir agak panjang dan puas memerah otak apakah objektif utama blog ini diwujudkan. Sebenarnya sudah lama jiwa ini merana dan meronta untuk menerbitkan blog sendiri setelah ZAM ( Datuk Zainuddin Maidin) melancarkan perang ke atas blogger2 Malaysia. Bertanya juga saya pada diri sendiri: sempat ke aku nak urus blog ni nanti? Tetapi apabila memikirkan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah ini apa salahnya menaburkan bakti segenggam dua sebelum dihadapkan di Mahkamah Rabbul Jalil. Setelah berfikir semalaman( lama ke semalaman?) saya berharap eloklah kiranya blog ini menempatkan isu-isu terkini dalam dan luar negara. Mengapa memilih Bahasa Melayu dalam blog ini? Mengapa tidak Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, ataupun bahasa rojak?( boleh dikira sbg bhs ke?). Sudah tentulah kerana objektif pembaca blog ini ialah rakyat Malaysia. Menggunakan Bahasa Melayu dengan laras bahasa yang betul mungkin dapat memartabatkan Bahasa Melayu. Seharusnya kita mengambil kira apa yang dibahaskan di parlimen mengenai kemandulan DBP. Namun begitu bukanlah bermakna saya ini seorang yang memperjuangkan suku bangsa, tetapi mahu menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa terulng dunia. Walaupun begitu juga, SAYA TIDAK MENOLAK BAHASA2 lain kerana setiap bahasa mempunyai prestijnya tersendiri. Wassalam

1 ulasan:

hazman baharom berkata...

Assalamualaikum Muih...
He he, ang pun blogger jugak no...
Apapun, terima kasih atas maklumat ang dan utk pengetahuan ang, hatiku ini amat terguris bila baca Zainudin Maidin lancar perang ke atas blogger, melampau ni.....

OK, takpa, dia nk perang, kita PERANG habis-habisannnn!!!

- basil -