Sabtu, 23 Mei 2009

Berita BADAR

SBPI KUBANG PASU, 23 MEI- Dua pasang mempelai telah berjaya ditalakkan oleh Tok Kadi, Muhammad Fuad Abd Rahim bertempat di Mahkamah Syariah Bilik Gerakan BADAR tepat jam 7.12 dan 7.18 masing- masing. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Mohamad Kamil Nawawi dan disaksikan oleh exco BADAR yang lain.

Pertuduhan telah difailkan oleh Timbalan Presiden II, Nurul Huda Abdullah tiga hari yang lalu. Turut sama menjadi saksi bagi pertuduhan itu ialah Kak Bella, Kak Fatin dan lain- lain.

Antara perkara yang dibangkitkan adalah kandungan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang melampau ditemui di dalam telefon bimbit mereka. Bagaimanapun mereka telah mengaku insaf apabila telah dinasihati oleh Penasihat Undang- undang BADAR, Asyraf Muiz.

Salah seorang pasangan yang ditemui di sini, yang hanya mahu dikenali sebagai Arel, memaklumkan bahawa fasakh telah dituntut oleh pasangan wanitanya berikutan persediaaan untuk menghadapi PMR.

Apabila ditanya adakah permintaan untuk berhenti dari hubungan itu berlandaskan aqidah takut kepada Allah atau aqidah takut kepada PMR, dia hanya mendiamkan diri.

Talak dilafazkan apabila mereka semua bersetuju mengetahui keburukan ber'couple'.- Wartawan BADAR

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

err.. psedian nk PMR?

means that dorang kahwen mase umor 15 ataupn lebih muda? *gulp~

Tanpa Nama berkata...

korang ni...

jiwamelayu berkata...

ehem2, tak baca ke yang depa tu COUPLE saja...

bukan kawen~

emmm... lain kali nak komen boh nama sekali naa?

rozailiaswan berkata...

huisy ..
mantop la badar la ni..
siap mampu mentalakkan couple lg..
ceh,
jp..
ni muiz ka?
haha..
ang jd pa, dlm badar la ni?

jiwamelayu berkata...

hahah... abg ingat lagi ke saya? tang sangka...
jawatan dalam BADAR? kan dah sebut tuuu... = Penasihart Undang- Undang BADAR~
xD

sis-haneii berkata...

ahakz,,ayat ang..wakaka..

hurm,,pa nk jadi la bdak2 zaman la ni..huhu..

dh owg kata HARAM,,HARAM la..x phm2 lg...isy3..

huda berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ila mardhotillah berkata...

teruskan usaha untuk me'mantop'kan badar sbpikp!tegakkan syiar islam d bumi sbpikp

aliya berkata...

alhamdulilah......masih ada insan yg bersungguh dlm perjuangan islami!ana doakan anta berjaya dlm imtihan wa mehnah dlm perjuangan yg tlh anta tempuhi.....