Memaparkan catatan dengan label Otmaniyyah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Otmaniyyah. Papar semua catatan

Rabu, 6 Oktober 2010

Malaysia: Next Target for Bombing Station.

5 komen pembaca

Negara ini sudah menjadi target para JIHADIST antarabangsa

Oleh: Ali Abu

Klik gambar untuk besarkan

Khamis, 21 Januari 2010

Kalimatin Sawa'in

0 komen pembaca
Kali ini saya mahu bercerita tentang filem Ayat- Ayat Cinta.

Saya yakin kebanyakan dari kita pernah menyaksikan filem yang berlatar belakangkan bumi Kinanah ini. Hatta anak kecil sekalipun kenal siapa Fahri, Aisha dan Maria.

Ada satu babak dalam filem ini menarik perhatian saya: tatkala Maria membacakan Surah Maryam kepada Fahri, seorang pelajar al- Azhar asy- Syariff.

Di dalam Islam, Maryam puteri Imran, adalah seorang ahli ibadah yang taat, beliau adalah perawan suci nan abadi, lahir dari keluarga yang mulia, keturunan para Nabi. Hidupnya dihabiskan dalam mihrab di timur Masjidil Aqsa untuk beribadah kepada Allah. Allah memberi apresiasi yang tinggi atas kealiman dan ketaatannya. Dia menjadikan Maryam a.s. 'tanda' kepada segenap manusia dengan kelahiran Isa a.s., seorang rasul yang diajarkan Taurat dan Injil.

Kekuatan imannya setara dengan iman Asiyah isteri firaun. Allah mengangkat darjat Maryam sebagai wanita kedua terhormat dalam sejarah manusia.

وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِلَّذِينَ آمَنُوا امْرَأَتَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِنْدَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِنْ فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ. وَمَرْيَمَ ابْنَتَ عِمْرَانَ الَّتِي أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا فَنَفَخْنَا فِيهِ مِنْ رُوحِنَا وَصَدَّقَتْ بِكَلِمَاتِ رَبِّهَا وَكُتُبِهِ وَكَانَتْ مِنَ الْقَانِتِينَ
Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: Perihal isteri Firaun, ketika dia berkata: Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim; Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) dia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya dan dia menjadi dari orang-orang yang tetap taat. (Surah At- Tahrim 66: 11& 12)

Sebagaimana Islam memuliakan wanita ini, begitu juga Nasrani telah memuliakan Maryam a.s. Maryam disebut dengan nama Virgin Mary. Yahudi Bani Israel pula telah mencela Maryam dengan menuduh beliau berzina dengan Joseph Pandera.

Tetapi, Nasrani telah melampau dalam memuliakan Maryam. Mereka telah mengangkat Maryam sebagai salah satu Tuhan mereka dalam konsep Trinity.

Titik Persamaan



Pada pengakhiran filem, Maryam bermimpi Virgin Mary datang kepadanya dan menyuruh Maria masuk Islam untuk masuk kedalam syurga. Dalam edisi novel pula diceritakan Maryam terhalang dari memasuki pintu syurga kerana tiada wudhu' dan lafaz syahadah.

Tetapi mengapa Maria mimpikan Maryam a.s. dan bukannya Virgin Mary dalam bentuk pemahaman teologi?

Hakikatnya, Muslim dan Nasrani berkongsi susuk tubuh yang sama untuk dimuliakan dan diambil ibrah darinya tetapi dengan pemahaman teologi yang berbeza.

Apa yang jelasnya, Maria mudah mendapat cahaya Islam kerana titik persamaan yang mana Islam dan Nasrani percaya: Maryam atau Virgin Mary adalah wanita suci di sisi Tuhan.

Secara logiknya, mestilah Maria bermimpi berjumpa Virgin Mary dalam fahaman teologi Nasrani kerana dia ialah seorang Kristian Koptik.

Perkara sebaliknya berlaku. Ia adalah kerana Maria banyak bercampur dengan Muslim, hidup dalam suasana al- Azhar, tertarik kepada akhlak Islamiyyah melalui Fahri dan sebagainya.

Begitu juga dalam hal isu kalimah Allah, Rasulullah mewajarkan Nasrani pada zamannya menggunakan kalimah Allah hatta dalam sumpah wasiat sekalipun.

Ini kerana kita dan mereka berkongsi kalimah yang sama untuk memudahkan mereka menerima Islam. Ini ditegaskan dalam Surah Ali Imran ayat 64:

.....قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani), marilah (berpegang) dengan suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu…”

Itulah dia, kalimatin sawa'in yang disebutkan dalam Al- Quran.

Pada kemuncak kegemilangan Kerajaan Turki Uthmaniyyah, Islam berkembang dengan pesat di Balkan dan kawasan sekitarnya. ia berikutan kelemahan sistem dan penyelewengan yang berlaku dalam Gereja Greeks Orthodoks.

Gereja tidak mampu lagi memainkan peranan. Islam hadir dan menawarkan prinsip keadilan kepada semua manusia. Ramai masuk Islam. Saya beranggapan kerana tentulah ulama- ulama pada zaman itu bersikap terbuka kepada bukan Muslim.

Tempoh masa Kerajaan Turki Uthmaniyyah dan Kerajaan Abbasiyyah bukanlah jauh sangat. Sedia maklum, zaman itu adalah zaman lahirnya ramai ulama' besar termasuk ulama' empat mazhab. Para ulama' terbilang zaman itu tidak pula melarang Nasrani menyebut Allah.

Walhasilnya, Islam tersebar luas ke seluruh dunia.

Islamisasi sedang berlaku. Kerugian dan penyesalan kepada mereka yang menghalang dan tidak mahu turut serta.

Sabtu, 16 Mei 2009

Harga Sebuah Ilmu

4 komen pembaca
"Muiz, aku rasa hang kena tegur naqib," sapa seorang kawan, namanya Fakhri.

"Awat?" saya meminta kepastian lanjut.

"Aku jumpa risalah usrah dalam longkang, yang semalam punya," sambutnya.

Haish~ ni dah kali kedua perkara ni berlaku. Minggu lepas, saya menjumpai perkara yang sama. Saya bertanya kepada diri sendiri, di manakah silapnya. Adakah risalah usrah yang diberikan tak menarik? Atau lebih dahsyat lagi bertentangan dengan fahaman mereka? Saya rasa tidak.

Saya mengingat- ingat balik bagaimana saya berhasil menyediakan risalah usrah tersebut. Pertamanya, saya mencarinya di internet. Berebut jugalah dengan pengawas pusat sumber sebab nak gunakan komputer. Nak buat macam mana, komputer BADAR tiada sambungan internet. Terpaksalah saya menempek dan menebalkan muka untuk meminjam komputer PUSPA Baitul Hikmah. Kemudian, nak print pula. Berkali- kali petugas koperasi mencuba- cuba kata laluan di komputer mereka, baru berhasil. Lepas tu pula, mesin photostat habis dakwat. Hanya 45 salinan tidak lengkap dapat dihasilkan sedangkan bilangan usrah sebanyak 58. Terpaksalah bergabung usrah antara satu sama lain.

Bila dah jadi benda macam ni, sedih pun ada. Cabaran dalam berdakwah kot bila orang tak menghargai apa yang kita lakukan. Kalau nak fikirkan balik, benda yang saya terima ni. Bukannya berat sangat pun.

Tetapi, risalah tersebut mengandungi al- Quran dan hadis. Itu yang saya kesalkan.Sedangkan risalah tersebut bertemakan
Hakikat Mencintai Rasulullah SAW.

Naqib yang sepatutnya mengepalai usrah tidak bertanggungjawab terhadap usrah masing- masing.

Sepatutnya naqib terlebih dahulu hadam dengan tajuk usrah, tetapi ini tidak berlaku. Mereka mencampakkan hadis Nabi merata- rata tempat.

Adalah sesuatu yang mengecewakan!

Kerajaan Ilmu

Manusia jarang menghargai sesuatu, tambahan ia mudah diperolehi. Rasa kebenaran atas ayat ni ada kan? Hidup dalam suasana ilmu dan dalam keadaan berjihad dengan ilmu, tetapi BUKAN DENGAN PENAT LELAH SENDIRI. Mungkin ini yang menghilangkan dengan kelazatan menuntut ilmu dan beramal dengannya.

Setiap kali berbicara tentang ilmu, saya sering teringatkan Kerajaan Turki Othmaniyyah. Kerajaan yang kaya dengan ilmu. Zaman ilmu mula tersusun adalah pada zaman ini. Jawatan Mufti, Kadi, dan Sheikhul Islam juga mula diperkenalkan.

Jasa yang ditinggalkan oleh kerajaan Othmaniyyah adalah tidak ternilai. Melalui Sultan Muhammad Al- Fateh, Konstantinopel dapat ditakluki. Dikenali sebagai Istanbul pada hari ini.

Dalam hadis Rasulullah SAW diriwayatkan dengan maksud:
“Abdullah bin Amru bin al’As berkata bahawa ketika kami duduk di sekeliling Rasulullah SAW untuk menulis, tiba-tiba Baginda ditanya tentang kota manakah yang akan futuh (dibuka) terlebih dahulu, Konstantinopel atau Rom? Rasulullah SAW menjawab: “Kota Heraklius terlebih dahulu (maksudnya Konstantinopel).” (riwayat Imam Ahmad)

Hadis lain juga ada yang menyebutkan secara jelas tentang jatuhnya kota Konstantinopel ke tangan umat Islam yang bermaksud:
“Rasulullah SAW bersabda: Kamu akan pasti membebaskan Konstantinopel, sehebat-hebat Amir (Panglima Perang) adalah Amirnya dan sekuat-kuat pasukan adalah pasukannya.” (riwayat Imam Ahmad)

Setelah sekian lama berita gembira mengenai kejatuhan Konstantinopel ke tangan Islam diberitahu, namun tidak juga kunjung tiba walaupun generasi sahabat telah meninggal dunia dan diikuti generasi tabi’in.

Tetapi pada akhir pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih, kota Istanbul akhirnya jatuh juga ke tangan Islam, sebagai bukti kebenaran hadis Rasulullah SAW.

Istanbul dapat ditakluki kerana ilmu!

Melalui pemerintahan Orhan, termeterai perjanjian dengan Raja John VI Cantacuzens demi menjatuhkan kuasa Byzantine. Dengan kebijaksanaan siasah itu, Islam mula tersebar di Eropah. Kerana Eropah sedang mengalami zaman gelap ketika itu, bilamana rakyatnya tidak tahu menghargai ilmu, maka dunia Islam dilihat sebagai penyelamat ketika itu.

Tetapi, situasi kecil yang ditunjukkan oleh segelintir umat kita menandakan kita akan meruntuhkan tamadun ilmu yang dibina dahulu. Bilakah masanya lagi akan muncul Sultan Abdul Hamid II yang mempertahankan Kerajaan Othmaniyyah sehingga ke titisan darah terakhir, andai ilmu kita tidak endahkan?