Selasa, 2 Februari 2010

Konspirasi Munafiq

Karpal Singh, peguam Anwar Ibrahim dalam kes tuduhan liwat berkata,

"Tembusan adalah elemen penting. Tidak mungkin disabitkan kesalahan. Tiada hakim yang akan mengabaikan bukti itu. Malah jika anda memanggil 1,000 saksi, apa yang asas ialah laporan perubatan menunjukkan tiada kesan tusukan(pada punggung Saiful Bukhari)"

Peguamcara negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihaknya mempunyai bukti yang kukuh dalam bentuk spesimen air mani bagi mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memang meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Pihak pendakwa akan membuktikan kes ini melalui laporan kimia yang menunjukkan air mani diperolehi daripada mangsa,” kata Mohd Yusof yang mengetuai pasukan pendakwa raya dalam perbicaraan yang secara rasmi bermula esok.

“Terdapat spesimen yang dikeluarkan dari dubur mangsa. Ini akan membuktikan tembusan memang berlaku,” katanya.

“Apa yang dimiliki oleh pasukan pembela adalah hanya laporan awal daripada doktor yang merawat Mohd Saiful tetapi ia tidak termasuk laporan kimia berhubung spesimen air mani,” tambahnya.

Mohd Yusof berkata perkara berkenaan akan dibuktikan ketika perbicaraan apabila doktor dan ahli kimia memberi keterangan.

Mereka akan menunjukkan bagaimana tembusan tehadap mangsa dilakukan.

2 ulasan:

Qubezo berkata...

Kadang2 sedih juga. Ahli forensik M'sia ni seolah-olah diperbodoh je. Macam sia2 je diornag belajar bertahun2 dengan buku seberat bertan2 sebelum ni. Nak tau orang tu kena liwat pun mengambil masa berbulan2. Tu pun belum confirm pula tu. Apatah lagi nak check mangsa bunuh, rogol, dan kemalangan? Aduhai..

Muiz Nasrallah berkata...

Kalau nak check mangsa bunuh, rogol, dan kemalangan, sepatutnya Malaysia dah lama dah kena ada bank DNA sendiri. Maksudnya semua rakyat ada maklumat depa kat situ. Kalau jadi jenayah apa- apa, senang kan?

Heheh, sia- sia atau tak, janji duit masyyuuuuukkkkkk..... Sistem dah korup bhai~