Jumaat, 19 Februari 2010

Menjawab Tuduhan Sdr Syazwani Azmee



Sebetulnya, saya masih lagi masih malas menulis berikutan sibuk dengan kerja yang pelbagai. Tetapi pagi ini terpanggil untuk menulis kerana telah diprovok dengan agak dahsyat di sini. Semestinya, penulis blog tersebut akan menafikannya. Mengapa saya kata provok? Ini kerana dia telah menyerang peribadi saya sebagai pembuka hujah untuk melawan hujah saya.

Dia memilih untuk menyerang peribadi, saya tak akan layan sebab ia sikap yang buruk.

Berhujah tidaklah salah, malah berbeza pun tak salah. Tapi dia memilih untuk menggunakan cara yang tidak bijak seperti blogawan Parpukari dan Papa Gomo. Kedua- dua blogger ini banyak menggunakan bahasa fitnah dalam penulisan mereka. Intelek wajib lawan intelek maa... Jangan jadi bodoh macam pengikut Hadi.

Boleh saja kalau saya nak serang peribadi dia. Tiada masalah.  Masalahnya cuma serangan peribadi bukan tahap intelek saya. Hahah... Saya lebih cerdik dari itu.

Kalau intelek lawan dengan akhlak, konfem siapa pun akan kalah, sebab dia pernah lawan hujah TG Nik Aziz. Akhlak saya dengan TG Nik Aziz pun bagai langit dengan bumi. Bab akhlak memang saya kalah awal dengan ulama- ulama besar. Atau....

Baik, kita mulakan hujah dari sekarang.

Tapi sebelum itu, aku berasa ragu-ragu. Apakah stand dia terhadap Maulidur Rasul? Adakah bid'ah? Bid'ah hasanah? Atau dia kadang-kadang sokong, kadang-kadang tidak? (depends on Lim Guan Eng maybe)
Haiyah, lagi mau politikkan isukah? Mentang- mentang Lim Guan Eng tu tak dilahirkan oleh rahim seorang Melayu, semua benda yang dia buat kita nampak buruk. Baik, pendirian saya tentang maulidur rasul sangatlah mudah, bid'ah bagi siapa yang mengatakan wajib. Jelas? Tidak pernah diriwayatkan dari Nabi, para sahabat dan para tabi'en berkaitan Maulidur Rasul. Sedangkan mereka adalah khairu ummah.

خَيْرُ النَّاسِ الَّذِيْ اَنَا فِيْهِ ، ثَمَّ الثَّانِيْ ثُمَّ الثَّالِثِ
“Sebaik-baik kurun adala kurun yang aku berada di dalamnya, kemudian kurun yang kedua (kurun tabi’in) dan kemudian kurun ketiga (kurun tabi’ut at-tabi’in).
Berkata Ibnu Taimiyah rahimahullah:
“Pasti akan menjadi kenyataan bagi sesiapa yang menumpukan perhatiannya kepada al-Kitab dan as-Sunnah, malah telah disepakati oleh Ahli Sunnah wal-Jamaah dari semua golongan, bahawa sebaik-baik kurun bagi ummah ini dari segi amal, perkataan, iktiqad dan merangkumi juga perkara-perkara selainnya maka yang terbaik ialah dikurun pertama (kurun sahabat), kemudian kedua (kurun tabi’in) dan seterusnya ketiga (dikurun tabi’ut at-tabi’in) sebagaimana yang dinyatakan oleh hadis-hadis yang berbagai jalurnya. Mereka lebih baik dari orang-orang yang sesudah mereka (zaman khalaf) dalam semua kebaikan. Sama ada ilmu, iman, akal, agama, bayan dan ibadah. Mereka lebih utama dalam menjelaskan agama dalam semua persoalan. Semuanya ini tidak dapat ditolak kecuali oleh orang yang memandai dalam agama iaitu agama Islam dan ia telah disesatkan oleh Allah atas (nama) ilmu”

Bid'ah pula sememangnya ada dua. Bid'ah yang buruk dan baik. Adapun bid'ah yang buruk itu kita mengada- adakan sesuatu ibadah yang tidak terdapat ketetapan dalam nas Ilahi, sama ada secara zahir nas mahupun khafiy nas. Sebarang amalan yang tidak bersandarkan nas, sama ada secara zahir atau khafiy, ia dihukum bid'ah.

Berbeza pula dengan perkara bukan ibadat. Sebarang perkara bukan ibadat yang direkacipta, maka ianya adalah bid'ah yang terpuji. Sudah tentu naik kereta tak jadi bid'ah walaupun Nabi SAW naik unta.

Sebab tu kena beza makna ibadah dan adat. Uruf tak bleh dijadikan hukum bila ada nas. bila menafikan nas disebabkan uruf, samalah macam bani Israel yang celaka.

Tahu ke tak maulid ni ibadah atau adat semata?

Itu maksud ayat saya.

Sejarah dan Amalan


Betul ke Maulid Nabi banyak manfaat atau ada lebih banyak lagi perkara yang bermanfaat?

Balik kepada realiti, Muhammad bin Abdullah adalah manusia biasa bila kelahirannya sehinggalah baginda berumur 40 tahun, barulah diangkat menjadi Rasul. Nabi ialah golongan yang mendapat berita, النبي من عنده نبأ.

Itu adalah keistimewaan insan yang bernama Nabi, walau alim sealimnya pun seseorang tu beliau tidak akan sama taraf dengan Nabi. Biarlah bijak dan pandai mana sekalipun, Allah taala tak beri wahyu kepada kita.

إنما أنا بشارة مثلكم يوحى 

 "Sesungguhnya aku hanyalah manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku..."
(Surah Fussilat 41:6)

Nabi Muhammad dan nabi lain terima wahyu dan mereka jadi lebih dari orang lain. Bila dah dapat wahyu, tugas menyebarkannya kepada manusia adalah wajib. Menjadi kewajipan ke atas kita bilamana mendengar wahyu wajib taat.

Jadi, hubungan umat Muhammad dengan Nabi SAW, bermula 40 tahun kemudian selepas kelahiran baginda. Bilamana Nabi menerima wahyu barulah baginda ada hubungkait dengan manusia.

Sepatutnya peristiwa yang kita besar- besarkan Hari Nuzul Quran. Dalam bulan Ramadhan Allah turunkan ayat,

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِى خَلَقَ - خَلَقَ الإِنسَـنَ مِنْ عَلَقٍ - اقْرَأْ وَرَبُّكَ الاٌّكْرَمُ - الَّذِى عَلَّمَ بِالْقَلَمِ - عَلَّمَ الإِنسَـنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.(Surah Al- 'Alaq 96:1-5)

Kalau tidak kerana wahyu inilah, adakah kita akan memahami agama? Kerana wahyu inilah kita reti apa dia fekah, apa dia syurga, apa dia neraka, apa dia dosan dan pahala! Nampak tak tuan- tuan, kelebihan yng diberi kepada Nabi Muhammad bukan kerana dia lahir, tapi kerana diberi wahyu kepadanya. 

Orang-orang yang beriman dan beramal dengan semua yang dibawa oleh Rasulullah. Berjuang membawa syariat Rasulullah bermakna HARI-HARI SAMBUT MAULID..... bukan setahun sekali..yang setahun sekali ni politik.... 


Menjawab Tuduhan

Jadi penghujahan berdasarkan ayat ini, untuk mengharuskan maulid Nabi adalah tersasar:

Dan tidaklah Kami utuskan kamu kecuali sebagai rahmat kepada sekalian alam. (Surah Al-Anbiya: Ayat 107).

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56). 

Penulis blog tersebut juga berhujah dengan hadis Ibnu Masud:
Apa yang dilihat umat Islam baik maka ia juga baik di sisi Allah dan apa yang dilihat umat Islam buruk maka ia juga buruk di sisi Allah. (Riwayat Ahmad).

Saya jadi hairan kenapa si penulis tak berhujah dengan hadis Ibnu Masud yang melarang keras bid'ah sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat yang panjang:
Abu Musa Al-Asyari r.a. memberitahu Ibn Masud r.a. bahawa beliau melihat di masjid sekumpulan lelaki sedang duduk dalam halaqah-halaqah (bulatan) zikir untuk bertakbir, bertahlil dan bertasbih dengan menggunakan biji-biji batu mengikut cara yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w. dan juga para Sahabat r.a.. Mendengar yang demikian itu, Ibn Masud menuju ke masjid itu lantas menegur mereka dengan katanya: Hitunglah amalan buruk kamu itu kerana aku jamin bahawa amalan baik kamu tidak akan hilang sedikitpun. Celakalah kamu wahai umat (Nabi) Muhammad! Alangkah cepatnya kebinasaan kamu, para Sahabat Nabi s.a.w. masih ramai, baju baginda inipun masih belum hancur dan bekas makanannya pun belum pecah. Demi yang nyawaku di TanganNya! Adakah sesungguhnya kamu berada di atas agama yang lebih baik dari agama Muhammad atau kamu sebenarnya pembuka pintu kesesatan? Mendengar kata-kata Ibn Masud itu, mereka menjawab: Demi Allah! wahai Abu Abd Ar-Rahman29! Tujuan kami hanya untuk kebaikan. Mendengar jawapan mereka itu, lalu Ibn Masud berkata: Berapa ramai orang yang bertujuan baik tetapi tidak kena (caranya). Sesungguhnya Rasulullah SAW memberitahu kami: Bahawa ada satu kaum yang membaca al-Quran tidak melebihi kerongkong mereka. Demi Allah! Aku tak tahu boleh jadi kebanyakan mereka itu adalah dari kalangan kamu(HR Darimi, dinilai sahih)

Jelas kan hadis ni, Ibnu Masud melarang setiap apa amalan ibadah yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan para sahabat RA atas dasar bid'ah. Kalau Ibnu Masud masih hidup pada zaman Sultan Ibnu Malik, nescaya beliau orang pertama yang akan menentang.
Berkata Syeikh Islam Ibnu Taimiyah: Memuliakan Maulid dan merayakannya setiap tahun seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah Taala kerana niatnya baik dan memuliakan Rasulullah S.A.W.
Kata- kata ini adalah palsu. Kalau betul Ibnu Taimiyyah mengatakan ini, sila nyatakan di mana anda menaqalkannya. Sanad. Bagaimana dalam masa yang sama Ibnu Taimiyyah juga menyebut:

"Bid'ah yang diadakan oleh sebahagian orang, baik kerana perbuatan itu menyerupai perbuatan orang Nasrani dalam mengadakan peringatan kelahiran Isa 'alaihis salam, atau kerana mengaku cinta kepada Nabi dengan menjadikan hari kelahiran Nabi sallallahu 'alaihi wasallam sebagai perayaan Maulid walaupun orang-orang masih memperselisihkan hari kelahiran baginda, maka semua ini tidak pernah dilakukan oleh salaf. Jika perbuatan ini baik atau benar nescaya para salaf radiallahu 'anhum lebih berhak untuk melakukannya daripada kita. Sebab, mereka lebih cinta kepada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dan lebih mengagungkannya daripada kita. Mereka lebih semangat dalam mengamalkan kebaikan.

Sebenarnya, hakikat mencintai dan memuliakan Nabi itu adalah mengikuti dan mentaatinya, mengikuti perintah dan menghidupkan sunnahnya, baik secara lahir ataupun yang batin, menyebarkan agamanya dan berjihad dalam memperjuangkannya, baik itu dengan hati, tangan dan lidah. Semua ini adalah cara para pendahulu kita yang pertama dari kalangan kaum Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka." (Iqtidha' As-Sirath Al-Mustaqim, yang ditahqiq oleh Dr. Nasir Al-Aql)

Lihat perkatan yang ditebalkan. Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan, bukan sunat saja. Pelik, benda bid'ah seronok nak buat, benda wajib macam hudud sampai mampos tak nak buat.
Saya highlightkan nama Yusof al-Qaradhawi kerana beliau sangat mengagumi individu tersebut. 
Maka saya jawab dengan perkataan yang dinukil dari kitab Syareef Ashabul Hadis:
  
اِنَّمَاالدِّيْنُ بِاْلآثَارِلَيْسَ بِالرَّاْيِ اِنَّمَا الدِّيْنُ بِاْلآثَارِلَيْسَ بَالرَّاْيِ 
  
"Sesungguhnya agama itu dengan (mengikuti) athar(nas) bukan dengan pandangan, sesungguhnya agama itu dengan mengikuti athar bukan pandangan(pendapat)"
Maka saya juga bersependapat dengan kata- kata Imam Malik yang masyhur:
"Sesiapa sahaja kata- katanya boleh diambil dan ditinggalkan kecuali kata- kata Nabi SAW" (Ibid m/s 49)
Kaedah Fiqhiyah menyatakan bermaksud:


Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya.

(Sila lihat kitab al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah karangan Imam Jalaluddin Al-Sayuti)
Ini bukan perkara khilaf muktabar yang tidak boleh dibantah. Dalil-dalil yang dikemukakan olehnya itu bukannya dalil ulamak Ahlissunnah, tetapi dalilnya sendiri semata-mata. Ini kerana tidak ada seorang pun di kalangan ulama' Ahlissunnah Waljamaah yang dahulu (salaf), bermula dengan para sahabat Rasulullah s.a.w., kemudian diikuti oleh para ulamak di kalangan tabien yang mengadakan sambutan maulidurrasul. Para Imam Mazhab Empat, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam As-Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal tidak pernah mengadakan sambutan maulidurrasul. Demikianlah juga keadaannya, para Imam Hadis yang terkenal seperti Bukhari, Muslim, Tarmizi, Ibnu Majah, Abu Daud, Nasai dan lain-lain tidak pernah kedengaran di telinga kita mereka ini telah mengadakan sambutan maulidurrasul sebagaimana yang diadakan sekarang.

Ulamak dan Para Imam yang tersebut di atas adalah sudah diterima dan disepakati oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia sebagai muktabar, pandangan dan mazhab mereka dipegang dan diamal oleh umat Islam sehingga kini.

Maka pandangan ini juga tersasar.

Kata-kata al-Muhaddith Syeikh Dr. Al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid Alawi al-Maliki seperti berikut:


Bahawa sesiapa yang hendak menolak perayaan ini atau perhimpunan mengingati Maulidur Rasul atau merayakan kelahirannya atau kehidupannya pada musim tertentu dengan alasan para salaf tidak pernah melakukannya maka alasan itu bukanlah satu dalil yang boleh diterima bahkan ia tidak berdalil langsung.
Wajarkah seorang al- Muhaddith mengucapkan perkataan seperti ini? Sedangkan al- Quran dan hadis jelas mengangkat taraf golongan salaf dengan dalil yang qat'ie juga tanpa pertikaian mahupun khilaf!

كُنْتُمْ خَيْرَ اُمَّةٍ اُخْرِجَتْ للنَّاسِ تَاْمُرُوْنَ بَالْمَعْرُوْفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُوْنَ بِاللهِ

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah”. (Surah Ali Imran. 3:110)

Diriwayatkan oleh Ibn Jarir dari Dhahak berkata: Mereka itu adalah para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam secara khusus. (Beliau menambah): Yang mana mereka (para sahabat) kalangan perawi-perawi yang diseru agar kaum muslimin mentaati mereka”. Berkata Ibnu Qaiyim: Berdasarkan ayat ini, jelaslah tentang wajibnya mengikut para sahabat. Berkata as-Syatibi: Apabila dibacakan ayat tersebut, ia menunjukkan sunnah para sahabat radiallahu ‘anhum. Segala sunnah yang telah mereka amalkan hanya dirujukkan kepada mereka oleh sekalian ummat sesudah mereka, kerana mereka adalah para salaf yang terbilang.
Diriwayatkan oleh al-Khatib dengan sanad dari ‘Umir as-Sya’bi, beliau berkata:
مَاحَدثُوْكَ عَنْ اَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخُذْهُ
Tentang apa sahaja(berkaitan agama) yang diucapkan oleh para sahabat Muhammad sallahu 'alaihi wasallam, maka ambillah dia(Syareef Ashabul hadis, Syeikh Al- Khatib al- Baghdadi)
Bagi aku, Maulidur Rasul ialah bid'ah hasanah dan wajar diraikan. Bid'ah Hasanah yang dikira elok dan membantu memperkukuh dan memelihara sunnah. Walaupun tidak dilakukan di zaman Rasulallah s.a.w, tetapi terdapat dalil-dalil umum dari Al-Quran, atau hadis menyuruh dan menggalakkannya.
Siapa yang mengatakan adanya bid'ah hasanah maka ia telah menambah satu lagi bid'ah. Sedangkan Nabi bersabda:

"Sesungguhnya sesiapa yang akan hidup daripada kamu selepasku, dia pasti akan melihat banyak perselisihan. Oleh itu, mestilah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafaurrasyidin yang terpimpin. Berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah dengan geraham-geraham kamu. Hindarilah perkara-perkara baru (dalam urusan agama) kerana semua perkara baru (dalam ugama) itu bidah dan semua bidah itu adalah sesat."(HR Tirmidzi, Abu Daud dan lain- lain)

Ada nabi sebut kecuali "bida'ah hasanah"? Tiada kan?

"Barangsiapa yang mengadakan suatu urusan yang bukan dari urusan kami(bid'ah) maka ianya tertolak"(HR Bukhari)
Kita berselawat sewaktu berarak seperti tahun-tahun sebelumnya. Mengapa sekarang menjadi isu? Kita cuma cuba untuk mendekatkan diri dengan sejarah perjuangan nabi. Ada salahkah dengan perkataan 'cuba'? Daripada langsung tidak cuba dan hirau.
Persoalannya, bagaimana cara untuk menunjukkan kesayangan kita terhadap Rasulullah SAW? apakah dengan cara kita menyambut Maulid Nabi SAW, ataupun dengan kita berarak dan mengangkat sepanduk merupakan cara yang terbaik untuk melambangkan sayang kita terhadap Rasulullah SAW?

”kita kena buat perarakan la ustaz.. itulah sebagai tanda kita menyayangi Rasulullah SAW” seorang lelaki memulakan bicara selepas selepas ceramah di Sri Damansara

Aku tersenyum mendengar bicara lelaki yang baru aku kenal itu.

”ana nak tanya anta sikit la syaikh” Aku mula hendak menjawab bicaranya.

”cara anta nak zahirkan kecintaan anta kepada seseorang, mesti anta lakukan perkara yang dia suka, bukan?” sambungku dengan soalan.

”betul tu ustaz”... balas lelaki itu.

"ok… kalau macam tu, kalau anta nak zahirkan kecintaan anta terhadap Nabi Muhammad SAW, mestilah anta lakukan perkara yang Nabi SAW suka. Betul tak ?" soalku lagi.

"ya.. ustaz.. ana setuju"

"anta rasalah, ana punya kesukaan, sama tak dengan kesukaan anta ?"

Lelaki itu agak berfikir. Kemudian berkata, ”tak sama kot” jawabnya teragak-agak.

”ada manusia itu, dia suka muzik yang berbentuk lembut. Tapi kalau anta tanya ana, ana minat lagu berbentuk keras, macam metal” balasku sambil tersenyum.

Lelaki itu mengangguk-anggukkan kepalanya, tanda setuju.

”maknanya, semua perkara yang kita rasa Nabi SAW suka itu, belum tentu ia memang benar-benar disukai oleh Nabi SAW. betul tak?

”betul ustaz”

”soalnya, apakah berarak menyambut Maulid Rasul itu memang benar-benar Nabi SAW suka?” soalku memprovokasi.

Lelaki itu kelihatan berfikir panjang. Dia tidak berjaya memberikan jawapan.

”syaikh.. Islam ini mesti ada sandarannya. Tidak dapat tidak, mesti Al-Quran dan As-Sunnah” aku memulakan ’tazkirah’ ringkas.

”kita tidak boleh pakai Akal semata-mata.. bahkan, hendak menafsirkan Al-Quran dan As-sunnah pun, ada kaedah-kaedahnya.. mesti kaedah Al-Quran menafsirkan Al-Quran, sunnah menafsirkan Al-Quran, dan sebagainya.. kalau guna akal pun, sekadar dipandu oleh alat-alat yang berasaskan kepada al-Quran dan As-Sunnah, seperti kaedah usul fiqh dan kaedah Fiqh.. inilah cara imam-imam mazhab dan ulama-ulama dalam menghuraikan wahyu” ujarku panjang lebar.

Kelihatan lelaki itu mengambil perhatian terhadap segala ”tazkirahku”. Setiap rangkap ucapanku, pasti kelihatan dia mengangguk-anggukkan kepalanya.

”jadinya, untuk kita nak tahu Nabi SAW suka atau tidak, mesti merujuk kepada wahyu, sama ada Al-Quran dan As-sunnah. Sebab, sumber dari kedua-dua mesti Nabi SAW suka. Bersumberkan selain dua sumber ini, belum tentu ia disukai oleh Nabi Muhammad SAW. betul tak?”

Lelaki itu menangguk-anggukkan kepalanya, tanda setuju.

”Bimbangnya, bila kita lakukan sesuatu perkara yang kita sangka ia disukai oleh Nabi SAW, tiba-tiba ia sebenarnya tidak disukai oleh Nabi SAW, kan berat jadinya.. betul tak?” sambungku panjang lebar.

”betul ustaz.. betul”

”macam tu la juga, kita nak berarak atau tidak ketika sambut Maulid Nabi.. anta yakin, berarak itu memang disukai oleh nabi SAW?” sengaja aku melontarkan soalan.

”emmm...”

”macam mana anta nak yakin, sedangkan Nabi SAW tidak bagitau bahawa berarak itu disukai oleh Baginda SAW? berarak itu pun, Nabi SAW tidak pernah lakukan pun? Betul tak?”

Lelaki itu tersenyum dengan jawapanku. Kelihatan dia berpuas hati dengan jawapanku itu.

”sebab itu, kalau orang tanya ana.. nak berarak, silakan je la.. tapi, jangan dikaitkan dengan Nabi SAW... jika kita kaitkan juga dengan Nabi, sebenarnya kita telah melakukan dusta terhadap Nabi SAW..”

Aku pun membaca hadis Nabi SAW;

مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

Maksudnya;
”Barangsiapa yang melakukan dusta terhadap aku, maka dia menempah tempatnya daripada neraka[2]”

”lagi berat, jika ada orang kata, berarak itu ada fadhilat dia tersendiri.. apakah dia ingat, pahala ini macam mak bapak dia yang punya?” ujarku.

”syaikh.. kalau anta kerja dengan seorang majikan, gaji tu, anta yang tetapkan ke, majikan yang tetapkan?” Soalku.

”emm.. mestilah majikan” jawabnya.

”pahala ni, kita yang tetapkan ke, Allah yang tetapkan?” soalku berangkai.

”mestilah Allah”.

”Macam tu la juga, dalam isu perarakan Maulid Nabi yang dok kecuh-kecuh ni” ujarku menutup hujjah.
Dpetik dari blog Ustaz Wan Ji al- bakistani

Khatimul
Akhirannya, saya juga suka untuk menaqalkan perkataan Imam Syafie yang juga masyhur di sisi ahli hadis:
"Pertama, pendapat boleh diterima bilamana tidak ada sunnah dalam hal itu. Akan tetapi jika sunnah menyatakan bahawa seseorang itu harus melakukan sesuatu perkara itu sebegini-sebegini, seseorang itu wajib meninggalkan apa yang dia telah atau sedang lakukan. Seseorang itu wajib meninggalkan sesuatu amalan yang bertentangan dengan sunnah. Juga dia wajib meninggalkan pendapat yang mengatakan bahawa sunnah hanya boleh tertegak atas dukungan suatu berita yang datang menyusul. Dan seseorang itu patut akur bahawa sunnah itu tidak boleh dikebelakangkan oleh sesuatu apapun yang bertentangan dengannya"(dari kitab Al- Risalah)

Sekian. Allah tahu yang terbaik....

 



3 ulasan:

SyazwaniAzmee berkata...

Seriously Muiz, cuba hang scroll balik apa hang tulis di fb, takkan hang nak menafikan hang pun menyerang peribadi orang lain? In fact, worse than I. Di comment hang di blog aku, takkan tak terlintas langsung hang as if nak merendahkan aku? I just knew it. Don’t pretend like u didn’t mean it. It won’t and never work. I know where I stand. Dari gaya hang tulis pun dah tahu. I prefer direct. Aku tak reti nak berbahasa kiasan macam hang just nak provoke orang lain. (macam hang selalu buat) Aku menulis apa yang aku rasa. But now u’re talking good as if hang cerdik (maybe that’s true) dan TAK PERNAH main benda-benda alah like menyerang peribadi. Whassup with that? Adakah hang rasa apa-apa benda yang hang tulis [provokasi ke arah kerajaan] which are mostly not an intellectual words benda yang intellectual untuk ditulis? Baguslah kalau tahap intelek hang atas dari aku.
Skrg, u’re twisting ur words again. Siapa yang mula-mula politikkan isu? Don’t ever point ur finger to me. Orang yang baca blog hang surely won’t know kerana diorang bukan tengok segala status hang di FB. I leave the judgement to Allah. I’m fairly certain hang tak baca pun link I Love Islam itu seluruhnya sampai habis. It answers most of ur argument. I have no right to force u to believe into what I’m believing now. And u won’t even consider to consider ur thoughts. Senang cerita, choose ur own path. Thank you.

SyazwaniAzmee berkata...

Ah btw, such a good intro u've got. It amuses me nonetheless! Aku tak serang peribadi. Aku tak pula letak bukti keterangan tulisan-tulisan hang yang berbentuk provocative dan 'intellectual'. I flatly stated the fact.

Qubezo berkata...

http://www.facebook.com/video/video.php?v=1122927813821&ref=share

Sekadar maklumat tambahan.