Sabtu, 27 November 2010

Kenapa Aku Berani?

Ada seorang kawan bertanya:

Salam aku nak tanya hang tak takut ka bila hang duk cakap pasai politik ni.......Kan kita still bawah umur ............Aku ni agak berminat dengan politik so aku agak tau apa yg hang duk cakap tu........Tapi aku heran awat hang berani sangat.......
Maka aku menjawab persoalannya.. :

Wassalam.

Pertama, kita perlu faham apa yang kita perjuangan. Inti perjuangan. Negara kita berada dalam keadaan parah hari ini. Kita diperintah oleh gila kuasa dan perasuah. Mana mungkin akal yang sihat berdiam diri saja atas semua ini? Melainkan wujud satu rasa dalam diri untuk mengislah keadaan. Ini adalah fitrah manusia.

Kedua, persoalan bawah umur. Dah baligh masih belum cukup umur? Kalau kita mati sebentar lagi, kemudian dihadapkan kepada Allah, Allah tanya, apa yang telah kamu perjuangkan untuk Islam? Sedangkan aku berdiam diri apabila kezaliman berlaku di depan mata. Mana aku nak letak muka aku???

" Saya rasa lebih baik kita tak bercakap tentang politik. Sebab kita budak lagi, mungkin kita boleh sambung bila umur kita cukup 21."

Aku rasa pernyataan ni bengong. hehe. kenapa aku kata bengong? sebab bagi aku, semenjak kita capai akil baligh lagi kita dah ditaklifkan dengan tanggungjawab sebagai seorang yang 'dah cukup umur' dari sisi Islam. Makanya apa? Politik adalah hablumminannas, bukan benda3 biasa bhai, benda yang menjadi tuntutan agama.

Lagi satu, negara ni demokrasi apa? Kalau budak umur 5 tahun pun nak cakap pasal politik apa hak kita nak halang dia sebagai individu merdeka yang bebas bersuara. Tolong jangan jadi konservatif.

Yang cakap macam tu akil baligh dia umur 21 ke? Haha

Boleh tengok link ni untuk faham lagi: http://ms.langitilahi.com/perkongsian-pembantut-kematangan/

Ketiga, kenapa kita perlu takut atas ketakutan yang kita bina sendiri? Sedangkan ketakutan itu tak perlu wujud. Kalau ikutkan rasa takut, mana mungkin kita yang ada hari ini adalah kita. Mana mungkin negara hari ini adalah seperti mana harini. Kerana para pejuang semua takut untuk menyatakan kebenaran?

Ahh, senang cerita, jika gentar akan risiko usah bicara soal perjuangan!

Bagi aku siasah adalah satu perjuangan. Aku tak bisa membazirkan masa aku begitu sahaja bahkan anak muda perlu ada satu perjuangan yang menjadi urusan hidupnya.








Tatkala anak muda lain hanyut dengan cinta dan maksiat, kenapa tidak kita ini hanyutkan diri kita dengan perjuangan siasah?

Dato' Utama Mahdi Hassan dalam teks Saasatul Ibaad kepada Bendahara Abdul Jalil ada menulis,

"Jika dipisahkan Islam dengan siasah ibarat memisahkan jantung dengan jasad...matilah ia"

Malu aku, malu kerana hang kata aku berani. Sebab aku berjuang untuk Islam, kebenaran dan keadilan tidaklah sampai ditamatkan pengajian.

Anwar Ibrahim, pada masa beliau mahasiswa, beliau berjuang untuk rakyat Baling yang kebuluran; kerajaan tidak membela petani miskin Baling, beliau ditamatkan pengajian dan disumbat dalam penjara. Kerana menyatakan kebenaran dan menegakkan keadilan untuk rakyat marhaen.

Mereka yang terdahulu berjuang lebih dahsyat dari aku, apalah sangat usaha aku berbanding mereka.

Pedulikan undang- undang manusia, siapa mereka??? Allah itu lebih berkuasa!

Penakut tidak akan ke mana- mana. Kekal di takuk lama. Tidak bisa membuat sebarang perubahan untuk umat.

Sebab itu aku berani. 

Alhamdulillah, aku berjaya basuh kawan aku tu. :

Wah! Aku dah rasa macam bersemangat untuk berjihad..... Insya Allah aku akan cuba untuk berubah bermula dengan diri aku dan keluarga aku. Aku pun memang nak lihat perubahan untuk negara kita..So aku harap hang bila balik hang akan dapat melakukan perubahan dalam negara kita. Hang kan nak jadi imam besar (LOL)......Thanks for the info....Aku harap remaja la ni dapat buat something untuk negara kita yang dah nazak ni........ 

P/s: Pejuang muda sekalian, jangan lupa tarikh 11.1.11!  Kejutan besar bakal berlaku.

9 ulasan:

-Nur- berkata...

dalam satu sudut,remaja seperti kamu berani dan concern pada perjuangan plolitik..

satu sisi lain,ramai remaja yang tak nak ambil tahu pasal politik..
budak sekolah jngn cakap pasl politik-bawaah umur
bdak u jangancakp pasal plitik-auku

so,tunggu bercucu baru boleh??

sy pun,bukan nak ajak bersembang pasal poliik,tanya nama menteri pun depa sudah tak kenal:)

pandangan saya,seperti kamu..
remaja perlu tahu pasal politik..
sebenarnya kita dibekuakn dngn nama politik..tak tahu apa makna poltik..poltik hanya pas dn BN di mata remaja kita..

shahjiehan berkata...

stail hg ni muiz...

good2...keep it right

yui berkata...

yeah muiz... keep it up hg dah tua pun =p=p sejak kat sekolah lagi haha...


lawak ja

anyway kita dah semakin dekat dengan apa yg kita harapkan.. so do what u must la k

Muiz Nasrallah berkata...

Kakak Aysya:

Ya ana setuju. Politik bukan hanya PAS atau UMNO. Politik adalah satu sistem yang mengatur kehidupan manusia.

Siasah Syar'iyyah pula adalah satu proses untuk mendaulatkan Islam dan hukum Allah melalui kuasa politik. Proses ini terus berjalan melalui usul fiqh dan maqasid syariah.

Setuju juga, anak muda boleh jadi non partisan, boleh jadi juga ahli parti asalkan faham apa ma'na keadilan, kebebasan dan nilai individu merdeka.

Politik adalah prinsip. Kalau Anwar Ibrahim gila kuasa sekarang pun, anak muda akan langgar.

Malaysia ini bukan Anwar, Najib atau Rosmah punya. Ia milik rakyat.

Oleh itu, kita tak layak mempertahankan susuk tubuh pemimpin, pertahankan prinsip.

Muiz Nasrallah berkata...

Shahjiehan:

Alhamdulillah. Allah bagi kesedaran.

Muiz Nasrallah berkata...

Yui:

Haha, aku pi mesir nanti siap hang. Aku cari hang sebab kata aku tua. :P:P:P

Terima kaseh ingatkan dan beri semangat.

-Nur- berkata...

Malaysia ini bukan Anwar, Najib atau Rosmah punya. Ia milik rakyat.

setuju,,

kata pak nasir,berikan aku 10 pemuda,nescaya akan aku goncangkan dunia..

apa harapan umar alkhattab??
kata umar,
"harapanku ialah agar rumah ini penuh dgn lelaki2 spt Abu Ubaidillah ibn al-Jarrah,Muaz Ibn Jabal dN Salim budak suruhan Abu Huzaifah,agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!!".

orang muda ada idealisme mereka,jadi jangn disekat..

sy bkan tidak suka menulis tentang

bangun2...orang muda..
lakukan reformasi ulul albab!!!

adysuR berkata...

Politik selalu disalah anggap..

Muiz Nasrallah berkata...

Kak aysya:

saya bukan tidak suka menulis tentang?