Ahad, 21 Disember 2008

Kenapa nak Haramkan?




Maksud firman Allah: Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut(nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka dijalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. (Ali Imran:146)

Apa yang nak dihairankan kalau sajak nukilan Dr. MAZA ni diharamkan untuk disiarkan? Dah sah- sah kena batang hidung pemimpin kapitalis Umno. Lihat sahajalah apa yang diperjuangkan pemimpin Umno berbanding dengan Dr. MAZA. Dr. MAZA seorang yang berpegang pada jalan Salafussoleh, waima Islam Hadhari adalah perjuangan pemimpin- pemimpin Umno.

Pada hemat saya yang selalu mengikuti tulisannya, Dr. MAZA berusaha menjadi seperti idolanya, Ibnu Taimiyyah dalam satu aspek. Sepertimana yang telah Sheikhul Islam ini telah lakukan pada zamannya iaitu mengubah politik yang tercemar menjadi suci walaupun berada di luar tekanan politik pemerintah.

Sementara Islam Hadhari ciptaan Umno, sebenarnya penuh dengan ciri- ciri kezaliman. Apa tidaknya? Nama je bertamadun, tapi undang- undang yang digubal melalui akta- akta tak pula bersifat Hadharah (tamadun). Undang- undang yang digubal lebih kepada matlamat menyelamatkan tokoh- tokoh tertentu demi kepentingan dan kedudukan masing- masing.

Akta drakonian ISA masih lagi berjalan walaupun parti komponen BN sendiri sudah meng’ugut’ untuk keluar BN kalau tidak ada usaha memindanya. Kalau anda seorang pengkririk tajam, walaupun ianya benar, siaplah anda dapat ‘percutian percuma’ di Kemta yang tidak tahu berapa tempoh masanya. Semua ini berjalan atas nama keselamatan dalam negeri (ISA).

Selain dari itu ianya bertujuan untuk mengongkong kebebasan ilmu, melalui AUKU yang menekan pensyarah dan pelajar. Saya pernah terbaca satu artikel yang menarik berkaitan fenomena itu dalam Saifulislam dalam suasana berbeza. Mereka juga membelenggu media, menutup penyelewengan mereka di atas nama menjaga rahsia rasmi (OSA), tetapi sebenarnya menjaga dan melindungi tokoh- tokoh yang tidak bermaruah.

Lihat sahaja krisis kehakiman di saat pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim . Ia adalah lembaran sejarah jahiliyyah moden yang menconteng kemurnian badan kehakiman yang sepatutnya wajib dipertahan dan dipelihara.

Dan yang terbaru, IJN bakal diswastakan. Apa habis terdesak sangat ke kewangan kerajaan? Tak pernah ada dalam sejarah, syarikat yang diswastakan kos perkhidmatannya menjadi lebih murah. Lepas ni habis mati terkangkang orang miskin yang sakit jantung. Dah tengok bil bayaran pendahuluan pun tak mampu nak bayar. Apatah lagi bayaran untuk bermalam, ubat dan sebagainya.

MANSUHKAN PPSMI, KEMBALIKAN KEDAULATAN BAHASA!

Bukan nak kutuk, tapi nak bentuk. Saya sendiri seorang pelajar yang menerima pendidikan melalui PPSMI bermula dari Tingkatan Satu sehingga sekarang, Tingkatan Empat dan akan bersambung setahun lagi tahun depan di Tingkatan Lima seterusnya menjawab soalan SPM dalam modul PPSMI.

Pemimpin Umno bukan sahaja mengikis hasil mahsul negara untuk keuntungan sendiri malahan sanggup mencemarkan kebudayaan bahasa sendiri. Sedangkan bahasawan pernah berkata: ‘Bangsa yang hebat ialah bangsa yang tidak meminggirkan bahasa sendiri’. Ingin tahu sejauh mana kebenaran kata- kata ini? Sila baca seterusnya…

Saya tidak berhasrat untuk mengaitkan Mahathirisme dengan PPSMI. Kalau nak tahu formula kaitannya sila baca Harakah Fikrah Edisi 1200.

Bukankah Bahasa Inggeris menjadi sumber ilmu vokasional? Maknanya kita menyerap ilmu mereka bulat- bulat tanpa mengetahui sejauh mana ‘precious’ sesuatu ilmu untuk tamadun. Sedangkan pada zaman kegemilangan Islam ketika Islam menguasai Rom dan Parsi, buku- buku dalam bahasa asing diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab. Istilah berbagai ilmu juga ditukar kepada Bahasa Arab. Itu salah satu kunci kejayaan tamadun.
Bukan seperti Islam Hadhari ciptaan Umno, mundur ke belakang kepada suasana penjajahan dengan menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris.

Karya- karya saduran telah ditajdidkan dan disesuaikan dengan prinsip Islam maka lahirlah Hadharah Islamiyyah yang gilang- gemilang berbeza dari tamadun- tamadun yang lain.

Bahkan Umno dilihat lebih penjajah dari penjajah sendiri apabila berusaha menghapuskan tulisan jawi. Pemimpin Umno lupa bagaimana Islam sampai ke Tanah Melayu. Mungkin kerana mereka terlebih barat dan lihatlah sendiri anak Hishamudin dan Najib di mana mereka bersekolah. Bukan SK mahupun SMK tetapi di sekolah luar negara.

Islam sampai di Tanah Melayu pada kurun ke- 15 apabila pendakwah Islam yang berdagang menyebarkan dakwah Islamiyyah. (Bukan pedagang Islam yang berdakwah seperti yang disebutkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat). Buktinya ada di dalam kitab melayu jawi, karangan Sheikh Idris Al- Marbawi iaitu Bahr al- Madzi.

Persoalannya, mengapa mereka menggunakan Bahasa Melayu walhal pada zaman itu bahasa yang popular ialah Bahasa Sanskrit. Jawapannya mudah kerana Bahasa Melayu yang kurang dari sepuluh patah perkataan masih belum tercemar. Jadi mudahlah untuk memasukkan istilah Arab ke dalam bahasa ibunda kita. Lihat, betapa tingginya nilai bahasa kita sehingga menjadi wadah dakwah!

Tetapi pemimpin Umno hari ini sedikit pun tak menyedari nilai Bahasa Melayu. Tulisan jawi sudah 40 tahun dikeluarkan dari bilik darjah kini mati. Apabila matinya bahasa dan tulisan melayu maka matilah jiwa dan roh kita yang dahulunya dihidupkan dengan ketamadunan ilmu yang dibawa dengan tulisan jawi, membawa kepada pembentukan bangsa Melayu- Islam yang penuh dengan tradisi dan keislamannya.

Mungkinkah, 40 tahun akan datang Bahasa Melayu akan keluar dari bilik darjah sebagaimana tulisan jawi?

10 ulasan:

zol dabat berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zol dabat berkata...

hahah
crita slalu ada dua belah
dr 2 pihak yg berbeza
(there're always 2 sides of a story)
allah kurniakan kita 2 tlinga
jd gunakanlah kdua2nya
jgn guna sbelah saja
dan pekakkan yg sbelah lg 2....
salam

Anem Arnamee berkata...

Salam ziarah..

semoga kita dikurniakan pilihan yang tepat dalam memilih apatah lagi merencanakan sesuatu,insyaallah=)

Zida berkata...

hang nak mansuh ke?

Muiz Nasrallah berkata...

Kalau nak mansuhkan PPSMI, untuk generasi kita memang dah tak sempat.

Jangan risau, mustahil kita ambil SPM dalam BM walhal kita generasi PPSMI.
Gesaan aku untuk kebaikan generasi akan datang.

Mansuhkan PPSMI, Protes Sampai Turun!

anymmous berkata...

blog walking :)
tertarik dengan post ni.
saya juga student ppsmi.
dan saya bersyukur saya belajar science dan math dalam bahasa inggeris.
dalam belajar science dan math, secara tak langsung,saya improve bahasa inggeris.

Tanpa Nama berkata...

melayu mudah lupa.

Anem Arnamee berkata...

ULASAN SAYA ITU UNTUK MEREKA YG NAK WAT PPSMI dan yang xnak buat.satu doa..=)

oney_chan9 berkata...

Salam.Bagus betul ulasan adik ni ya.Ada jugaklah pelajar PPSMI yg rajin menyuarakan pandangan. Mungkin ramai rakan-rakan adik yang lain terperangkap dlm situasi nak mansuhkan PPSMI atau tidak.Walaupun tak sempat dimansuhkan pada zaman adik, tapi akak harap ianya dpat dilaksanakan pada generasi akan datang. Kesan PPSMI bukan sekarang tapi masa akan datang. Jangan jadi macam Filipina dan India.Apa pun akak harap adik berjaya.

zol dabat berkata...

salam kepada muiz
diharap dapat study dgn baik
bagi dapat result gempak
insyaallah baru apa kita cakap org pandang
selamat berjaya utk spm......