Isnin, 29 Disember 2008

Kembali kepada Fitrah





Cuti ni mungkin sesuatu yang lain bagi saya. Dah 6 tahun semenjak adik bongsu saya lahir dah lama sangat tak jaga baby. Memang penat sikit kalau rumah yang ada anak kecil. Bukan nak mengeluh tapi nak cerita, kerja rumah sekarang macam dah bertambah sikit.(berlagak macam orang rajin)

Kalau baby ni meraung tengah malam kerana nak menyusu, semua orang boleh terjaga dari tidur. Diri yang jenis ‘tidur mati’ pun boleh terjaga.

Ada satu malam tu habis basah lencun tilam. Baby tu kencing atas tilam. Mungkin sejuk kerana air cond kot. Kesian kat baby tu. Takpelah dia baby lagi. Kalau dah tua bangka pun kencing malam tak tau nak kata apa.

Tetapi seronok bila baby tu ‘pandai senyum’ kepada kita.

Baby kat atas ni namanya Azri. Saya pun tak tahu nama penuh dia. Sebenarnya, bukan mama saya lahirkan adik lagi sekali tapi mama saya tolong mengasuh saja. Mak baby ni sekarang amat sibuk bekerja sebagai Chef di Hotel Concorde. Jadi keluarga saya tolong jaga buat sementara waktu.

Perasan tak apa persamaan yang ada kat setiap baby? Comel? Wangi? Bukan yang itu tapi cuba tengok gambar yang paling atas tu. Tangan baby kalau kita rajin perhati semuanya suka genggam.

Kebanyakan ulama’ Tasawuf berpendapat genggaman tangan baby menunjukkan bahawa janji kepada Allah S.W.T. untuk taat masih tak terungkai. Sebelum kita dilahirkan di dunia ini, semasa dalam alam roh, kita telah berjanji kepada Allah untuk mematuhi segala perintah dan menjauhi segala laranganNya. Perkara tersebut fitrah kepada semua manusia, tak kira sama ada muslim mahupun kafir.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Allah Taala menjadikan Adam pada permulaan kejadiannya ialah seperti rupanya di bumi, tingginya enam puluh hasta. Setelah dia selesai tercipta, Allah Taala berfirman kepadanya:”Pergilah kepada kelompok malaikat yang sedang duduk. Dengarkan jawapan mereka menjawab salammu. Begitulah cara kamu dan cara anak cucumu nanti memberi salam (penghormatan).” Maka pergilah Adam kepada kelompok malaikat itu, lalu diucapkannya salam:”Assalamualaikum” (selamat sejahtera ke atasmu). Jawab para malaikat:”Assalamualaika warahmatullah” (selamat sejahtera ke atas kamu juga dan beroleh rahmat Allah). Firman Allah:”Setiap orang yang masuk syurga bentuknya seperti Adam. Tingginya enam puluh hasta, sekalipun makhluk kemudian semakin pendek hingga sekarang. (HR Muslim)

Huraian
Allah menciptakan manusia dengan sempurna iaitu diberikan bentuk tubuh yang baik, akal fikiran dan nafsu, kemudian manusia itu sendiri yang menentukan mampu atau tidaknya menggunakan pemberian Allah itu dengan baik. Roh adalah penggerak yang menghidupkan seluruh anggota badan. Firman Allah yang bermaksud:"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya " (al Bayyinah:46)
Sumber:http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith.asp?search=anak+

Mengapa apabila seseorang itu hidup dalam suasana yang bukan bi’ah hasanah ataupun dia bukan lahir sebagai muslim lantas terus menyalahkan Allah Maha Kuasa? Untuk merungkai persoalan ini, fahami hadis tersebut sebaiknya.

Bagi insan yang telah lahir dalam Islam pula, mereka diibaratkan seperti dilahirkan dalam cahaya dan disuluh dengan cahaya pula dalam kehidupan. Bukankah sesuatu yang kelihatan amat bodoh apabila kita cuba mencari sesuatu yang lain dari cahaya Islam?
Sedangkan Allah telah berfirman dalam kitabNya yang mulia:

Maksud firman Allah: Dan sesiapa yang mencari selain Islam, tidaklah diterima agama itu(selain Islam) daripadanya.

Bila kita menyoal golongan ini, “mengapa tak tutup aurat, mengapa tak mahu sembahyang dan sebagainya.” Mereka menjawab, “tak sampai seru lagi bro, tak dapat hidayah lagi, bla bla bla.” Dan banyak lagi jawapan klise yang tak larat telinga ni nak dengar.

Benar, siapa yang mahu menafikan hidayah itu milik Allah?

Kita selalu membaca dan mendengar kisah orang beroleh hidayah. Ada pelbagai. Ada yang memperoleh hidayah apabila mendengar laungan Allahu Akbar. Ada yang mendapat hidayah apabila bergaul dengan rakan Islam yang baik akhlaknya. Malah ada yang mengenali Islam semata- semata kerana berkahwin tetapi menyedari bahawa cahaya Islam itu sangat indah kemudiannya.

Tetapi adakah hidayah itu akan datang dengan sendiri melainkan kita berusaha menjejakinya?

Saya selalu mengulang baca kisah Umar Al- Khattab yang menakjubkan. Umar yang sangat pembengis dan menjadi seteru ketat Islam siapa sangka boleh berubah menjadi pembela Islam. Apabila Umar mengetahui Rasulullah menyebarkan Islam lantas dihunuskan pedang untuk memenggal kepala Kekasih Allah. Dalam perjalanan menemui Rasulullah, beliau terserempak rakannya memberitahu adiknya sendiri, Fatimah dan suaminya, Said bin Zaid telah memeluk Islam.

Terkejut, tersinggung dengan perkhabaran tersebut, terus beliau menuju ke rumah adiknya dengan perasaan marah, dengan hasrat ingin ‘mengajar’ adiknya.. Sesampainya di luar kediaman Fatimah, beliau mendengar Fatimah membaca sesuatu yang aneh.

Umar menyerbu dan mahu memukul adik iparnya, Said. Pukulannya tersasar lantas mengenai Fatimah Yan berusaha mempertahankan suaminya. Menyesal dengan tindakannya kerana melihat adiknya berdarah, diminta menunjukkan apa yang dibaca Fatimah.

Itulah Surah Tahaa. Menukar keperibadian Umar menjadi sahabat Rasulullah yang bersikap pelindung, mempertahankan dan pejuang Islam yang tulen, tidak takut dengan ancaman.

Itu kisah Umar Al- Khattab.

HUDUD, HIDAYAH ALLAH DAN MA’AL HIJRAH.

Terbaru, isu Hudud yang telah muncul semula. Hudud bukan isu baru, bahkan telah termaktub dalam dasar perjuangan PAS dalam Fasal 5: (i) Mengenai penubuhan PAS yang berbunyi; memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintah terlaksana di dalamnya nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Mengapa bila tiba Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, isu Hudud muncul semula?

Semuanya kerana media. Media berperanan besar sama ada membantu sesebuah kerajaan ataupun merobohkan sesebuah kerajaan. Secara teorinya, kerajaan yang menguasai media akan menguasai pemikiran rakyat. Tetapi, jika media arus perdana terlalu memuji dan kerap menegakkan dasar kerajaan bagai menegakkan benang yang basah, buruk padahnya.

Ini bukan zaman awal pemerintahan Mahathir. Ini zaman generasi celik IT. Mereka tahu membezakan informasi sama ada adil atau menyeleweng. Media juga dilihat memainkan isu Hudud untuk memecah belahkan musuh tradisi Barisan Nasional, Pakatan Rakyat.

Maka, berhamburlah perkataan- perkataan dari mulut mereka yang tidak paham Hudud menggambarkan ketakutan mereka jika Islam yang memerintah.

Kalau yang tak setuju Hudud tu Lim atau Singh, kita tak berapa nak hairan. Kerana mereka semua tu bukan Islam. Tetapi, bila yang Islam sendiri pun tolak Hudud, itu yang kita hairan. Bagi bukan Islam yang masih takut jika Hudud dilaksanakan, renungkan kata- kata M Kulasegaran, naib pengerusi DAP Kebangsaan.

“DAP menghormati pendirian PAS dalam pelaksanaan hukum Hudud dan yakin bukan Islam tidak akan terjejas kehidupan jika ia dilaksanakan.”


Masih tak percaya? Lawati website ni: Bukan Islam Dalam Hudud

Maksud firman Allah: Tidak ada paksaan dalam Agama, telah nyata petunjuk dari kesesatan maka barangsiapa mengkufuri taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia memegang tali yang kukuh yang tidak akan putus, dan Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Allah Pelindung (mengasihi) orang yang beriman; mengeluarkan mereka darikegelapan (kekafiran) kepada cahaya 0iman). Dan orang yang kafir, pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al- Baqarah: 256)

Persoalannya, UMNO sokong atau tidak Hudud?

Melaksanakan Hudud bukan sepatutnya dilihat kepada PAS sahaja tanggungjawabnya. Tidak kira, UMNO atau PAS sepatutnya sama- sama berganding bahu untuk menegakkan agama Allah. Kesal bila Datuk Najib dilaporkan berkata: “Itu PAS, cerita dah lama. Bukan perkara baru. Masa (memerintah) di Kelantan pun dia tidak buat juga (hudud), masa di Terengganu pun sama, dia tak buat.” Rupanya inilah gaya percakapan seorang pemimpin Melayu Islam yang berdiri di landasan Islam Hadhari.

Kata- kata Datuk Najib itu palsu. Lihat apa jadi dengan Enakmen Jenayah Syariah II (Hudud) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana halangan Perlembagaan. Kalau Datuk Najib dan pemimpin UMNO lain ikhlas dengan kata- kata itu, Perlembagaan seharusnya sudah dipinda untuk membolehkan Hudud dilaksanakan

Adakah pemimpin UMNO masih tidak dapat hidayah Allah untuk melaksanakan Hudud?

Dikelilingi ulama’ Islam Hadhari mungkin tidak berupaya membawa cahaya hidayah kepada pemimpin UMNO. Maaf cakap, orang Islam yang tolak Hudud bukan lagi valid sebagai Islam.

Maksud firman Allah: Tidakkah engkau melihat orang-orang yang mendakwa bahawa mereka beriman kepada wahyu yang telah diturunkan Allah kepada engkau dan kepada wahyu yang telah diturunkan sebelum engkau, sedangkan mereka masih ingin berhakimkan taghut meskipun mereka telah diperintah supaya mengingkarkannya? Syaitan memang bermaksud untuk menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.(an- Nisa’: 60)

Ini sebahagian pendapat Sayyid Qutb ketika membahaskan ayat ini dalam Ayat-ayat Pilihan Tafsir Fi Zilalil Quran.

“Tetapi apabila isu ini dirujukkan kepada dasarnya iaitu kuasa hakimiyah dan kuasa memperhambakan manusia dan kuasa menggubalkan undang-undang, untuk mereka merupakan ciri-ciri utama Uluhiyah yang tiada seorang pun yang beriman kepada Allah sanggup mendakwa dan mengaku mempunyai ciri-ciri itu. Dan orang yang mendakwa mempunyai kuasa hakimiyah dan kuasa memperhambakan manusia dengan undang undang yang digubalkannya bererti mendakwa mempunyai ciri uluhiyah dan sesiapa yang turut mengakurkan dakwaannya atau berhakimkan kepada undang-undang yang digubalkan dari hasil pemikirannya sendiri untuk orang ramai — kecuali ia dipaksa menerima undang-undang itu sedangkan hatinya tidak sukakannya atau ia menentang dengan kuasa yang ada padanya atau menentang dengan lidah atau dengan hatinya maka bererti ia mengakurkan orang itu sebagai mempunyai ciri Uluhiyah dan seterusnya
sesiapa yang menolak berhakimkan kepada syari’at Allah dalam segala urusan kehidupan bererti menolak pengakuan terhadap Uluhiyah Allah S.W.T walau dalam mana-mana aspek alam ini iaitu aspek kehidupan manusia dan sesiapa yang turut mengakurkan penolakannya bererti ia turut berkongsi menolak Uluhiyah Allah S.W.T. dalam aspek ini dan sesiapa yang menolak Uluhiyah Allah tidak boleh disifatkan sebagai seorang Muslim walaupun ia mendakwa dengan lisannya selama dakwaannya itu disertai dengan sesuatu perbuatan yang membatalkan erti dakwaannya, iaitu keinginan dan kemahuannya untuk berhakimkan taghut tanpa berhakimkan syari’at Allah apatah lagi perbuatan berhakimkan taghut dan tidak berhakimkan undang-undang yang diturunkan Allah.”

Secara ringkasnya, insan yang disebut di atas mengatakan undang- undang Islam tidak relevan dalam aspek kehidupan. Di Malaysia, dosa dan pahala hanya dilihat dalam ibadat semata- mata, dosa dan pahala dalam urusan politik dan pentadbiran tidak ada.

Inilah sebenarnya sekularisme. Pemimpin UMNO sekular.

KHATIMUL

Sempena sambutan Maal Hijrah 1430H, marilah kita semua tak kira ahli PAS atau ahli UMNO marilah kita sama- sama tetapkan satu azam dalam diri kita untuk menegakkan hukum Allah. Hayatilah sirah junjungan kita, Muhammad S.A.W. Sesungguhnya pengorbanan untuk menegakkan Khilafah Islamiyyah harus dimulakan dengan Daulah Islamiyyah yang menekan keadilan dan kesaksamaan, kemudian, sedikit demi sedikit, dikutkuasakan hukum Islam yang seperti mana Negara Islam Madinah.

Kita marah apabila Palestin dipijak maruahnya, kita bertepuk tangan bergembira menyokong tindakan Muntazer al- Zaidi, tetapi kita masih leka dengan isu umat Islam di negara kita sendiri. Benarlah sabda Rasulullah:

بدأ الاسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء
Sabda Rasulullah SAW: "Islam bermula dengan dagang(asing), dan akan kembali dagang(asing), maka beruntunglah orang-orang yang dagang(asing)(HR Muslim)

Baby yang diceritakan di awal kalam, apabila diajukan persoalan Hudud, kalaulah boleh berkata- kata dengan lidahnya sendiri sudah tentu akan menjawab, “Aku sudah berjanji untuk taat kepada Allah, mengapakah aku harus meninggalkan suruhan Amar Ma’ruf Nahi Munkar yang diwajibkan ke atas aku?”

Berhijrahlah untuk menyambut tahun baru. Selamat Menyambut Tahun Baru 1430H. Kullu ‘aamin wa antum bikhair.

Andai Islam yang memerintah!

3 ulasan:

Alia berkata...

wow. panjangnya, tapi unik juga. tak pernah aku terfikir tentang baby genggam tangan. aku ingat sebab dia sejuk, rupanya ada kaitan dengn Islm juga.

hb berkata...

Assalamualaikum akh...

Mengenai hudud, kita dpt lihat sejarah berulang. Revolusi 1699 menyaksikan rakyat Johor Lama berdepan dgn penindasan mental dan spiritual drpd pemerintah zalim pd waktu itu, Sultan Mahmud Shah II. Walaupun ternyata perbuatan Sultan itu salah di sisi agama, tetapi ULAMAK-ULAMAK PENGAMPU pada waktu itu tetap mempertahankannya. Sama la mcm Islam Hadhari...
Dan akhirnya kezaliman itu membawa kepada kebangkitan rakyat, Revolusi Melayu 1699 atau lebih dikenali sbg Sultan Mahmud Mangkat Dijulang...
Benar, andai Islam yang Memerintah!

adwin H berkata...

salam

*baby tu memang comel*
subhanallah

ciptaan Allah memang menakjubkan..x perlu nk tengok jauh2...lihat diri sendiri pon cukup..

tentang post yg bahagian bawah tu..x brani n x pandai nak komen..
sebab still x faham ngan politik2 ni..>.<