Isnin, 6 Jun 2011

Negara Berkebajikan

Perjuangan membela rakyat berlaku bila rakyat dizalimi. Merasa diri berhak mendapat keadilan adalah fitrah manusia tanpa mengira agama. Sesungguhnya apabila kita menyeru kepada keadilan dan menolak kezaliman, sebenarnya kita menyeru kepada nilai Islam itu sendiri.

Kalau kita lihat, dulu apabila PAS melaungkan slogan Islamic State, PAS tidak maju ke hadapan dalam arena politik negara. Hal ini berikutan rakyat diberikan kefahaman yang salah tentang negara Islam seperti kalau nak makan sup tangan boleh ke Kelantan, tak cukup batu nak buat tar sebab rejam pesalah hudud dsb.

Tetapi apabila PAS bertukar slogan kepada Negara Berkebajikan, PAS dapat menjadi kerajaan di lima buah negeri bersama PR.

Begitu juga di Turki, sejarah menunjukkan parti yang berjuang atas nama Islam sejara jelas dan terang seperti Refah tidak bertahan lama. Parti mereka diharamkan oleh tentera.

Tetapi apabila pemimpin- pemimpin Refah lari keluar dan menubuhkan AKP, yang dipimpin oleh Erdogan dan Abdullah Gul itu mendapat tempat dalam hati rakyat Turki, menyebabkan mereka menjadi pemerintah selepas dari itu.

Secara zahirnya, mereka mengakui sebagai sebuah parti yang mempertahankan dasar negara yang sekular, tetapi secara tidak sedar didapati sekular anti agama di turki sudah bertukar kepada tidak anti agama. Perempuan Islam sudah dibenarkan memakai tudung, tidak seperti sebelum ini. Azan sudah mula boleh dilaungkan dalam bahasa arab, tidak seperti azan di zaman Atarturk dan banyak lagi.

Apabila ditanya tentang semangat perjuangannya, Erdogan secara terang-terangan mengatakan bahawa beliau mendokong sekular. Tetapi disebalik perkataannya itu, banyak ruang-ruangan kefahaman rakyat terhadap Islam semakin terserlah.

Walaupun begitu, jika kita perasan dalam ceramah dan ucapan kedua Tuan Guru, mereka tidak pernah melupakan menyeru kepada Islam.

Apabila nilai sosial sejagat tertegak, insha Allah kerja menegakkan Islam akan menjadi mudah. :)

Tiada ulasan: