Selasa, 27 Julai 2010

Sebelum Melangkah ke Teori Konspirasi...

Sudahkah kita mengenal ilmu fundamental dalam Islam?
Sekarang semua orang sibuk nak cerita pasal konspirasi.

Di USIM pun, ada seorang ustaz telah dijemput sempena Karnival Mahasiswa '10 untuk membentangkan teori konspirasi Illuminati ni.

Dan, saya sanggup minta excuse dari Mas'ul halaqah saya, akhi Hussein supaya dapat pergi ke program tersebut.

Saya pergi dengan satu tujuan saja. Ingin bertanya kan soalan, sekurang- kurangnya membuka separuh minda dewan tersebut.

Apakah pendedahan secara besar- besaran teori konspirasi Illuminati adalah perancangan halus musuh untuk memesongkan umat Islam dari mengkaji ilmu- ilmu penting Islam seperti Usul Fiqh dan sebagainya? Apakah panduan yang dapat ustaz berikan supaya kita tak pandang semua perkara sebagai konspirasi?

Saya tak pernah minat dengan idea konspirasi. Ulama' kaum muslimin pun tak pernah sibuk dengan konspirasi ni semua.

Teori konspirasi terus berkembang mengikut massa. Ada World Cup 2010, ada pendedahan baru. Nanti ada Olimpik di UK, akan ada lagi pendedahan tentang penglibatan Illuminati.

Ia terus, dan terus, tak pernah surut. Berantai.

Bagi saya remaja Islam perlu perkuatkan jati diri Islamnya dan faham kata-kata kunci seperti ilmu, keadilan dan kebebasan menurut Islam. Jika benar faham terbanglah dan terokalah apa -apa jenis pemikiran manusia pun insya Allah kita tidak akan sesat. Jika sesat pun insya Allah kita boleh kembali.

Maaflah, saya tak minat langsung dengan konspirasi ni semua.


Bukannya salah nak ambil tahu pasal konspirasi, tapi bila pandang itu konspirasi, pandang ini konspirasi. Bukankah itu menjengkelkan?


Semuanya konspirasi. Bosan.


Sekali lagi, tak salah pun nak tahu. Perkukuhkan asas dulu. Pastikan kuasai ilmu Islam dahulu.

*Tulisan ini dialu- alukan supaya dikritik oleh pembaca sekalian*

6 ulasan:

TidakPerluTahu;) berkata...

Assalamualaikum muiz..

betul kata muiz..
tapi..
bagi ana, teori konspirasi inilah yang membangkitkan semangat ana untuk terus maju dlm menegakkan islam..
apabila kita sedar yang kita sering kali ditindas.. pastinya timbul satu semangat untuk bangkit dan lepas dari penindasan ini semua..

jika tidak didedahkan konspirasi sebegini.. mungkin yang golongan biasa2 seperti ana ini masih terus hanyut dan lalai, ditipu yahudi laknatullah..

kita boleh lihat melalui konspirasi ini, si yahudi sungguh bersemangat menipu penglihatan dan pemikiran kita..
mereka seronok dan tertawa melihat orang islam kian rosak akhlaknya..dsb..

jadi.. takkan nak biarkan je ?
org islam itu sendiri perlu sedar akan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah di muka bumi ini.. tujuan utama kita diciptakan..
jika tidak bertindak secara terang-terangan pun, at least boleh juga bertindak secara halus.. bnyk cara ynag boleh dilakukan bagi menguatkan jati diri dlm usaha berdakwah dibumi Allah..
yang mana, salah satu antaranya ialah sedar dari kelalaian masing2..

jika bukan saudara seislam sendiri yang mengetuk minda kita dan memberi kesedaran.. takkan nak harapkan si yahudi yang datang memberi nasihat ..

sekadar pandangan dari hamba yang kurang ilmu
jika ada kesilapan.. ana mohon maaf.. sebarang teguran diterima dengan fikiran terbuka ^_^

wallahualam

Muiz Nasrallah berkata...

Wa'alaykumussalam Ain,

Ana menulis dari satu sudut, dan Ain menulis komen dari sudut yang lain. Ia saling menguatkan.

Sebagaimana Ain biasa membaca hipotesis2 konspirasi, tulisan ini juga adalah sebuah hipotesis.

Semestinya tulisan ana masih boleh dikritik. Tulisan ini tak diikat dengan autoriti kuasa. :P

Dan teori cuma sekadar teori, kalau terbukti macam apa yang berlaku kepada ekonomi dunia hari ini, kita terima dengan hati terbuka.

Cumanya, tujuan utama artikel ini untuk mengkritik pentaksub konspirasi. Kalau nampak hantu pun sudah dikira konspirasi. Berat. :P

Itu saja.

TidakPerluTahu;) berkata...

ouh.. yea2..
baiklah~
masing2 mempunyai pendapat masing2~

^_^

Tanpa Nama berkata...

Ana setuju dgn anta, Muiz.

Kewujudan konspirasi memang tidak dinafikan, tetapi kita saban hari dimomok-momokkan dengan konspirasi, sehingga semua event dikaitkan dengan Freemason & Illuminati. Taku-takut nanti kita hidup dalam ketakutan, takut kpd Yahudi yang seolah-olah dapat mengawal semuanya.

adysuR berkata...

Bagi yang baru tahu ataupun mengikuti perkembangannya, mereka perlukan pendedahan. Bagi yang sudah mengetahuinya pula amatlah wajar melaksanakan apa yang disarankan oleh saudara Muiz.

Berjalan itu bermula dengan langkah.

Muiz Nasrallah berkata...

Ya Tanpa Nama,

Persoalannya apakah segala yang berlaku ini adalah konspirasi?

Di manakah takdir Allah kalau begitu?

Rusyda,

Terima kaseh untuk kesimpulan yang sihat.