Memaparkan catatan dengan label Tazkiyah an- Nafs. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkiyah an- Nafs. Papar semua catatan

Rabu, 6 Oktober 2021

Ibrah Do'ā Nabi Zakariā 'Alayhissalām

0 komen pembaca

 


"Ketika itu Nabi Zakariā berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". 

Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): "Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahyā, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh".

Nabi Zakariā berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya AKU TELAH TUA dan ISTERIKU PULA MANDUL?", Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya, ALLAH MELAKUKAN APA YANG DIKEHENDAKINYA".

Nabi Zakariā berkata lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)". Allah berfirman: "Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi"."


Nangis je baca ayat- ayat ni. Allah baik sangat. 


Apa yang mustahil bagi Allah? 


Ayat sebelumnya menceritakan tentang rezeki buah- buahan yang luar biasa turun kepada mihrab Maryam 'alayhissalām, sampai Nabi Zakariā 'alayhissalām kehairanan; sedangkan Maryam 'alayhissalām tidak pernah meninggalkan mihrabnya.


Bagaimana Allah beri rezeki anak kepada Nabi Zakariā sedangkan dia dah tua dan isterinya mandul?


Sains dah hukum mustahil dapat anak. Dihukum mandul. Tapi karāmah boleh berlaku dengan amal ibadat yang benar. Allah ajar pada ayat terakhir kisah itu dengan berzikir banyak- banyak bertasbih memuji Allah melalui solat, akhirnya dapat anak walaupun logik akal kata tidak mungkin.


Mungkin dah letih hidup ikut hukum akal logik yang biasa? Cubalah untuk hidup ikut hukum karāmah para walīy dan Nabi. 


Boleh dapat ke? Boleh, tak mungkin AlQurān sebagai petunjuk menipu. Syarat pertama berinteraksi dengan alQurān adalah yakin sepenuhnya tanpa ragu. 


Kalimat ini ditafsirkan dengan surah alBaqarah ayat ke 2, 


ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ (سورة البقرة اية ٢)


"Kitab Al-Quran ini, tidak ada keraguan padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;"


Kalimat (لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ) menukil atTabarīy adalah (لا شك فيه) : tidak ada syak padanya.


Semua isi alQurān akan menjadi petunjuk bagi orang yang hendak bertaqwa, syaratnya jangan diragukan secuil pun. Jika sesiapa ragu, dia tidak akan mendapatkan manfaatnya.


Kalau berhajat kepada sesuatu, tambahkan amal yang diri sendiri tidak pernah dilakukan, atau amal soleh yang manusia lain sudah jarang lakukan; supaya doa menjadi mustajab. Satu- satunya senjata yang boleh melawan takdir adalah doa. Kedua- duanya akan saling berlumba sehingga hari kiamat..


#insaf #tadabbur #tadabburalquran #taubat #hijrah #istiqamah

Jumaat, 24 September 2021

Apabila Allah Mencintai Seseorang Hamba, Dia Yang Memilihnya..

0 komen pembaca
 
Sewaktu aku pernah larut dalam maksiat, kau pernah bertanya kepada aku dengan marah, "tidakkah ada bisikan di hatimu sebelum kau bermaksiat?" 

Aku yang pernah "sakit dalam jiwa", kalah pada fitnah dan ujian dunia tidak mengerti satu apa pun yang kau ucapkan..

 وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِ ۖ وَهَمَّ بِهَا لَوْلَا أَن رَّأَىٰ بُرْهَانَ رَبِّهِ ۚ كَذَٰلِكَ
لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاءَ ۚ إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُخْلَصِينَ 

"Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari Burhān Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa." Surah Yūsuf : 24 

Burhān adalah mata hati, suara hati asbab hidayah Allah, ia menjaga para walīy Allah dari maksiat, ia tidak diberikan kepada semua orang, apatah lagi yang berterusan melakukan maksiat tanpa mahu bertaubat, hanya yang dipilih oleh Allah memilikinya. 

Yakinlah apabila Allah menyelamatkan mu dari maksiat yang kamu sudah berazam, lebih baik dirimu untuk bersyukur kepada Allah karena dia telah memeliharamu, sehinggalah kamu dapat masuk ke syurga Allah kerana telah baik dan bersih jasad dan rohmu. 

Malam ini kami merindui guru kami, Shaykh Sālih alMughāmisīy (semoga Allah merahmatinya), merindui bau tanah air guru kami yang penuh keberkatan, merindui lembut bayu dataran Madīnah yang bercahaya dan menenangkan hati² yang ingin kembali.. 
 
Malam ini kami juga menangis bersama guru kami, pada dua darjat pula. Sang guru menangis kerana nikmat Allah menjaga para walinya dengan karāmah terpelihara dari maksiat fahsyā' dan munkār; dan rahmat Allah yang mencintai hambanya supaya ia dapat masuk syurga. Dan sang murid menangis kerana ia pendosa berat yang pernah hilang mata hati, lari dari hidayah, menjauh dari kasih dan sayang dan rahmat Allah yang Maha Luas. 

Wahai Tuhan yang Maha Pengampun, aku merayu keampunanMu dan kemaafanMu atas segala dosa, kezaliman, kesalahan dan kesilapan yang pernah aku lakukan secara sedar atau tidak sedar. Jika Engkau sahaja yang Maha Pengampun tidak mempedulikan rayuan permohonan ampun dan maafku, pada siapa lagi aku patut memohon... 😢😭😭😭 

 #صالح_المغامسي #المدينة_المنورة

Selasa, 21 Februari 2012

Bagaimana Dapat Aku Melupakan Kekasehku?

1 komen pembaca



إتصل شاب على الشيخ العريفي و قال : يا شيخ أنا تبت و الحمد لله لكني لم أستطع ان أنسى معشوقتي
Seorang pemuda menelefon Shaykh al'Arifi (barangkali ketika sesi penggambaran program TV shaykh) dan berkata: wahai shaykh, aku telah bertaubat, alhamdulillah, tetapi aku tidak mampu melupakan kekasihku.


قال له الشيخ : إدعي من الأدعية لعلك تنسى
Shaykh berkata kepadanya: berdoalah dgn doa-doa semoga engkau melupakannya.


فقال الشاب : أخبرني بعض من الأدعية
Pemuda: ajarkanlah aku beberapa doa.


فقال له : قل : اللهم إجعل في قلبي إيمان و في سمعي إيمان و في بصري إيمان و في طريقي إيمان
Shaykh: bacalah - "ya Allah, jadikanlah dlm hatiku IMAN, dan pada pendengaranku IMAN, dan pada penglihatanku IMAN, dan pada jalanku IMAN..."


فأوقفه الشاب و قال : يا شيخ ، إسم محبوبتي ( إيمــــان )
Maka pemuda itu memberhentikan percakapan shaykh dan menyampuk: ya shaykh, tapi nama kekasihku tu “iman”

فضحك الشيخ العريفي حتى أوقفوا التصوير
Maka tergelaklah shaykh sehingga sesi penggambaran terpaksa dihentikan..... :) :) :)




Sabtu, 18 Februari 2012

Apabila kita Bersedih!

1 komen pembaca
Ada waktu, kita terduduk seketika mengenang nasib yang menimpa diri kita.

Bila kita ditimpa ujian, ia tidak lepas dari dua perkara. Sama ada Tuhan mahu menguatkan keimanan kita ataupun Tuhan mahu kita mengingatkan kita dari terpesong pada jalannya.

Tuhan mahu mensucikan kita dari dosa melalui ujian, tidakkah kita patut bersyukur kepada Dia?

Sentiasalah bersangka baik dengan Tuhan walau apa jua keadaan. Kiraan kita, mungkin saja ujian merugikan kita. Tapi tentu tak sama kiraan di dunia dan kiraan Tuhan yang berada di atas arasy kan?

Bersangka baik juga dengan watak- watak yang terlibat dalam perkara yang mendatangkan ujian kepada kita. Alasan- alasan tertentu yang diberikan kepada mereka. Kadang- kadang kita lihat dugaan tidak datang kepada kita, tapi jatuh kepada orang lain. Pada masa itu, Tuhan sedang mengira pahala berapa banyakkah manfaat yang diperolehi oleh mereka yang ditmpa ujian bila kita mengambil pengajaran dari mereka.

Ukirlah bibir kita dengan senyuman, walaupun pahit. Tutuplah hiba dengan senyuman. :)

Wahai hati yang berduka lara, cipta lah kebahagian dengan berlapang dada, berbaik sangka dan melebihkan orang di sekeliling.. Ingatlah kepada pesan kekaseh Mulia, Rasulullah SAW :

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu” (Hadis riwayat Tirmizi, Ibn Majah dari Ibn Umar RA)

Justeru kesakitan yang dialami oleh gelandangan adalah pada menggauli manusia, sebelum kesakitan berbentuk ujian yang datang dan pergi pada tabiat jalan kehidupan.

Hidup itu perjuangan. Perjuangan seiringan dengan pengorbanan. Pasti rabithah Ilahiyah tertaut gembira, bila mengenangkan setiap perjuangan ada ganjarannya...

Namun jika kesedihan itu masih terasa berat maka janganlah gusar dan merasa susah tetapi segeralah membaca doa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW :

اَللَّهُمَّ إِنِّى عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ ، وَفِى قَبْضَتِكَ ، نَـاصِيَتِى بِيَدِكَ ، ماَضٍ فِيَّ حُكْمُكَ ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِـهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أَنْزَلْتَـهُ فِى كِتَابِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِـهِ فِى مَكْنُوْنِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِى ، وَجَـلاَءَ هَمِّى وَغَمِّى

Maksudnya : "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak kepada hamba-Mu. Aku (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas (diri)ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran itu sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihan dan kedukaanku". Kata baginda lagi, Tidaklah seorang pun yang membaca doa tersebut melainkan Allah menghilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan. (Hadith riwayat Ahmad)

Firman Allah SWT : “Ketahuilah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada ketakutan terhadap diri mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.” (Yunus : 62)

Sungguh tiada kesedihan bagi orang yang beriman !

Sabtu, 27 November 2010

Kenapa Aku Berani?

9 komen pembaca
Ada seorang kawan bertanya:

Salam aku nak tanya hang tak takut ka bila hang duk cakap pasai politik ni.......Kan kita still bawah umur ............Aku ni agak berminat dengan politik so aku agak tau apa yg hang duk cakap tu........Tapi aku heran awat hang berani sangat.......
Maka aku menjawab persoalannya.. :

Wassalam.

Pertama, kita perlu faham apa yang kita perjuangan. Inti perjuangan. Negara kita berada dalam keadaan parah hari ini. Kita diperintah oleh gila kuasa dan perasuah. Mana mungkin akal yang sihat berdiam diri saja atas semua ini? Melainkan wujud satu rasa dalam diri untuk mengislah keadaan. Ini adalah fitrah manusia.

Kedua, persoalan bawah umur. Dah baligh masih belum cukup umur? Kalau kita mati sebentar lagi, kemudian dihadapkan kepada Allah, Allah tanya, apa yang telah kamu perjuangkan untuk Islam? Sedangkan aku berdiam diri apabila kezaliman berlaku di depan mata. Mana aku nak letak muka aku???

" Saya rasa lebih baik kita tak bercakap tentang politik. Sebab kita budak lagi, mungkin kita boleh sambung bila umur kita cukup 21."

Aku rasa pernyataan ni bengong. hehe. kenapa aku kata bengong? sebab bagi aku, semenjak kita capai akil baligh lagi kita dah ditaklifkan dengan tanggungjawab sebagai seorang yang 'dah cukup umur' dari sisi Islam. Makanya apa? Politik adalah hablumminannas, bukan benda3 biasa bhai, benda yang menjadi tuntutan agama.

Lagi satu, negara ni demokrasi apa? Kalau budak umur 5 tahun pun nak cakap pasal politik apa hak kita nak halang dia sebagai individu merdeka yang bebas bersuara. Tolong jangan jadi konservatif.

Yang cakap macam tu akil baligh dia umur 21 ke? Haha

Boleh tengok link ni untuk faham lagi: http://ms.langitilahi.com/perkongsian-pembantut-kematangan/

Ketiga, kenapa kita perlu takut atas ketakutan yang kita bina sendiri? Sedangkan ketakutan itu tak perlu wujud. Kalau ikutkan rasa takut, mana mungkin kita yang ada hari ini adalah kita. Mana mungkin negara hari ini adalah seperti mana harini. Kerana para pejuang semua takut untuk menyatakan kebenaran?

Ahh, senang cerita, jika gentar akan risiko usah bicara soal perjuangan!

Bagi aku siasah adalah satu perjuangan. Aku tak bisa membazirkan masa aku begitu sahaja bahkan anak muda perlu ada satu perjuangan yang menjadi urusan hidupnya.








Tatkala anak muda lain hanyut dengan cinta dan maksiat, kenapa tidak kita ini hanyutkan diri kita dengan perjuangan siasah?

Dato' Utama Mahdi Hassan dalam teks Saasatul Ibaad kepada Bendahara Abdul Jalil ada menulis,

"Jika dipisahkan Islam dengan siasah ibarat memisahkan jantung dengan jasad...matilah ia"

Malu aku, malu kerana hang kata aku berani. Sebab aku berjuang untuk Islam, kebenaran dan keadilan tidaklah sampai ditamatkan pengajian.

Anwar Ibrahim, pada masa beliau mahasiswa, beliau berjuang untuk rakyat Baling yang kebuluran; kerajaan tidak membela petani miskin Baling, beliau ditamatkan pengajian dan disumbat dalam penjara. Kerana menyatakan kebenaran dan menegakkan keadilan untuk rakyat marhaen.

Mereka yang terdahulu berjuang lebih dahsyat dari aku, apalah sangat usaha aku berbanding mereka.

Pedulikan undang- undang manusia, siapa mereka??? Allah itu lebih berkuasa!

Penakut tidak akan ke mana- mana. Kekal di takuk lama. Tidak bisa membuat sebarang perubahan untuk umat.

Sebab itu aku berani. 

Alhamdulillah, aku berjaya basuh kawan aku tu. :

Wah! Aku dah rasa macam bersemangat untuk berjihad..... Insya Allah aku akan cuba untuk berubah bermula dengan diri aku dan keluarga aku. Aku pun memang nak lihat perubahan untuk negara kita..So aku harap hang bila balik hang akan dapat melakukan perubahan dalam negara kita. Hang kan nak jadi imam besar (LOL)......Thanks for the info....Aku harap remaja la ni dapat buat something untuk negara kita yang dah nazak ni........ 

P/s: Pejuang muda sekalian, jangan lupa tarikh 11.1.11!  Kejutan besar bakal berlaku.

Jumaat, 24 September 2010

Sekolah HARAPAN : Adakah Hudud Masih Relevan?

2 komen pembaca
Sekolah HARAPAN di Melaka sudah menerima kemasukan pelajar baru. Maka bergemalah sekali lagi suara- suara dari pihak Islamis akan perlunya menjalankan hukum hudud untuk mencegah asbab zina dan pembunuhan bayi.

Suara itu akan mati tak berapa lama lagi. Dan akan bergema bila ada 'sesuatu' lagi tindakan yang dilihat tidak Islamik dari kerajaan perkauman- sekular.

Kenapa ini berlaku? Tenggelam dan timbul?

Kerana saya melihat kerasionalan menjalankan hukum hudud pada masa sekarang. Persoalan rasional di sini, adakah hudud boleh dijalankan pada zaman ini?

Profesor Syed Naquib al-Attas berkata nabi Adam adalah manusia yang bertamadun (a civilized man). Jadi tamadun tidak bermula dgn kapak (dalam kajian arkeologi), atau kemahiran membina monumen besar (piramid, candi dsb.) Tetapi cukup dengan kenyataan bahawa Adam memiliki ilmu tentang segala sesuatu (wa 'allama adama al-asma-a kullaha).

وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَہُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى بِأَسۡمَآءِ هَـٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ
Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. (31)

(Jangan terkejut, anda telah ditipu oleh silibus subjek Sejarah Tingkatan Satu! Saya pun sama, sehingga menemukan perkataan al- Attas ini. Ha ha ha)

Jadi dari sini, apa yang diwahyukan kepada Nabi Adam AS, mungkin ini juga boleh menjadi basis Rasul SAW, nabi akhir zaman. Sebagaimana Nabi Adam a.s. mempunyai ilmu membangunkan tamadun awal, ilmu Rasul SAW. mencakupi sehingga ke akhir zaman. Dan ketika Rasul hidup, baginda berhadapan dengan berbagai watak manusia yg bakal melahirkan generasi- generasi dengan berbagai potensi. Dan ketika Rasul berbicara kepada para sahabat, contoh, 'akan datang nanti", baginda dapat melihat dan sesuai dengan peranan baginda, memberikan jalan keluar dan huraian.

Dgn itu tiada alasan untuk mana- mana pihak mengatakan masalah zaman ini lebih berat dari masalah silam sehingga berusaha mencari huraian sendiri seperti sekolah HARAPAN. Apa yg dilihat dahsyat masa kini, tidak mungkin melebihi apa yg berlaku dizaman Nabi. Ini satu keadilan Tuhan supaya tiada nanti yg menuduh Nabi 'get the easier job'. Kita lihat watak- watak silam begitu hebat kerana disesuaikan dgn zaman yang memerlukan kehebatan begitu.


Hudud dan PAS 



Hari ini PAS menyatakan bahawa hudud bukan lagi agenda yang utama. Maka melalaklah anjing- anjing dari sebelah Barisan Nasional bahawa PAS rela menggadaikan prinsip Islam kerana berkawan dengan DAP.


‎(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim) :  Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan) : Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan  kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

Sejak bila Che Det masuk DAP? Sejak bila Najib Al- Hantuya masuk DAP?


Soal pokok sekarang, mengapa PAS kata hudud bukan lagi agenda utama?

Islam wajib kelihatan rasional bila berada dalam keadaan masyarakat majmuk. Ia dapat dicapai dengan 'rasul' yang ada dalam diri manusia : akal.


Bagaimana mahu menjadi agenda utama(melaksanakan) sedangkan Muslim yang berbangsa UMNO pun tidak faham apa itu hudud? Tambah laa lagi non Muslim. Pelaksanaan hudud tatkala rakyat tidak memahaminya hanya akan menimbulkan fitnah yang lebih besar, bukan menyelesaikan masalah.


Buat masa sekarang, tidak dapat tidak, kerajaan BN mestilah ditumbangkan terlebih dahulu sebelum PAS dapat melaksanakan hudud. Ini kerana hudud tidak dapat dijalankan pada zaman maklumat yang salah sentiasa disebarkan oleh golongan perkauman- sekular. Fahaman yang benar mengenai Islam sentiasa dipesongkan oleh anjing- anjing ini.


Apabila BN sudah ditumbangkan, maka ketika itu PAS bersama Pakatan Rakyat dapat menguasai media arus perdana. Peluang menguasai media harus digunakan sebaik- baiknya oleh PAS untuk menerangkan hudud kepada rakyat. Bila sudah faham kebaikan hudud, mustahil mereka menolak lagi untuk dilaksanakan. Waima non Muslim pun tidak akan menolak kerana agama itu fitrah manusia.


DAP tidak mahu juga melaksanakan hudud??? DAP tidak dapat berbuat apa- apa jika kehendak majoriti rakyat mahukan hudud kerana DAP bemaksud Democratic Action Party. Ini bermakna kehendak rakyat hendaklah dituruti kerana DAP bergerak atas faham sosialis, rakyat diutamakan.(people first)

Maaf, zaman kita zaman cengeng, maka watak- watak yang lahir juga sedemikian. Tak hairanlah lahir golongan- golongan gay dan escapist yg lain. Setiap masalah dilihat besar seperti yang dikatakan oleh Syed Abdul Qadir Jailani, terlepas makan satu waktu, seolah- olah berlaku kiamat. Sebab itu, kita kena sesuaikan kaedah penyelesaian dgn mengambil kira psikologi orang moden. 


Setelah berlaku semua itu, hudud kembali relevan....


Allah tahu yang terbaik.


http://asyrafmuiz.blogspot.com - Muiz Nasrallah

Selasa, 7 September 2010

AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI

4 komen pembaca
بسم الله الرحمن الرحيم

"DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG"

Perkongsian Bersama Untuk Anda & Diri Saya:

AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
(Artikel ini diringkaskan dari buku MENYAMBUT RAMADAN & AIDILFITRI MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. terbitan Karya Bestari)


( http://akob73.blogspot.com/2008/09/amalan-amalan-sunnah-untuk-aidilfitri.html )


Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:


"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." - Surah al-Maaidah: 3.


Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

• Bertakbir.

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:

"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah:185.

Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:

"Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini." – RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32

Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.


Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.


• Meneruskan qiamullail.

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.


• Mandi pada pagi hari raya.

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:

"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.


• Makan sebelum solat Aidilfitri.

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:

"Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini." - Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.

Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.

Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.


• Memakai pakaian yang indah.

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:

"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.

Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:

"Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan." – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.

Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina." - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.

Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.


• Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:

"Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.

Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.


. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.

Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:

"Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:

"Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya." - Rujuk Zaadul Ma'ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.


• Tempat perlaksanaan solat hari raya.

Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:

"Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:

"Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka." – Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.


• Mengerjakan Solat Aidilfitri

Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.

Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkat

"Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:

"Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.


• Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri

Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:

"Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati." – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.


• Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:
 "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.


PENUTUP

Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.

Ahad, 5 September 2010

Menghalau Ramadan Pergi

2 komen pembaca
Saat kau nyalakan pelita raya, adakah kau tiup sama hingga padam cahaya Ramadan yang masih tersisa
Ramadan masih bersisa beberapa hari lagi.

Para salaf sangat bersedih apabila Ramadan ingin meninggalkan mereka. Kerana tidak ada lagi bulan yang penuh dengan keampunan, rahmat, berkat sepertinya Ramadan. Inilah sifat yang sewajarnya dicontohi.

Tidak perlu dinukilkan banyak nas di sini, kalian sedia mengetahuinya.

Tetapi, suasana massa menunjukkan bagai Ramadan bagaikan sudah berakhir. Berakhir bila kita sibuk mengucapkan 'Salam Aidilfitri' sedangkan ia belum tiba. Bukankah itu biadap namanya pada tetamu istimewa, kunjung tiba setahun sekali cuma, Ramadan.

Sedangkan kita belum lagi selesai menjalani ibadah Puasa.

Kita seolah ghairah merayakan Aidilfitri sebermula pada 1 Ramadan lagi. Pasaraya sibuk menayangkan jualan murah, televisyen sibuk menayangkan program- program untuk sempena Aidilfitri.

Di manakah Lailatul Qadar. Siapa yang peduli?


Ramadan Hampir Melabuhkan Tirai

Ramadan yang ingin pergi dari kita... (Lonely by Frozen Dust)
Ramadhan tiba berulang masa.

Bagi semua penuntut madrasah Ramadan, kita hampir mendapat ijazah, hampir graduate apabila tiba ke penghujung ini.

Soalnya, adakah kita mendapat keputusan dengan distinction atau sekadar lulus sahaja pada sesi madrasah Ramadan kali ini.

Di suatu ketika, ketibaan Ramadhan sinonim dengan kegemilangan umat.  Ramadan mencatat kemenangan di medan Badar dan pembebasan Kota Makkah. Ramadhan juga mengiringi ketibaan Islam di bumi Andalus. Ramadan mewarnai kejayaan Salahuddin al-Ayyubi membebaskan al-Masjid al-Aqsa daripada cengkaman Tentera Salib. Malah Ramadhan juga menyaksikan kejayaan Saifuddin Qutz menumpaskan kemaraan Moghol di medan ‘Ain Jalut.

Demikianlah Ramadhan dan kejayaan silam.

Bagaimana kita?

Nilailah sendiri!

Jumaat, 30 Julai 2010

MASALAH SOSIAL: IMPLIKASI KE ATAS USAHA DAKWAH DI MALAYSIA

0 komen pembaca
MASALAH SOSIAL: IMPLIKASI KE ATAS USAHA DAKWAH DI MALAYSIA
Dr. Supyan Hussin,
Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM
http://www.atma.ukm.my/

PENGENALAN
Melayu itu Islam?
Sering kita mendengar beberapa pemimpin negara kerajaan, dan sebahagian rakyat Melayu, mendakwa bahawa negara Malaysia adalah “negara Islam” meskipun kita tahu bahawa falsafah pemerintahan negara tidak berpijak di atas dasar Islam. Malah tanpa segan silu, ada juga orang mendakwa bahawa “Melayu itu Islam” dan “Islam itu Melayu” walaupun kita maklum bahawa tidak semua Melayu itu Islam.

Menurut banci penduduk 1980, Jabatan Perangkaan mendapati bahawa daripada penduduk Melayu yang berjumlah 6.1 juta orang, 4,766 orang Melayu adalah beragama Kristian, 522 orang Melayu beragama Hindu, 456 orang Melayu beragama Buddha/Konfusius, 44,317 orang Melayu menganut agama suku kaum (anisma), 1,706 orang Melayu beragama lain dari yang di atas, dan 13,666 orang Melayu tidak ada agama. Jelas bahawa tidak semua Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Dan sudah tentu bilangan Melayu yang tidak beragama Islam semakin meningkat di abad ini walaupun statistik mengenainya tidak dipaparkan oleh pihak berwajib.

Apa yang lebih menarik ialah kedua-dua dakwaan ini adalah suatu yang ironik jika kita meneliti pelbagai gejala sosial yang berlaku dalam negara. Logiknya, kalau benar Malaysia adalah sebuah negara yang berteraskan Islam sudah tentu gejala sosial berada di tahap minima atau berkurangan setiap tahun. Sebaliknya terdapat kecenderungan peningkatan dalam setiap kes gejala sosial pada setiap tahun.
Lebih tepat lagi kalau kita katakan bahawa kaum Melayu yang kononnya beragama Islam lebih banyak terlibat dengan kes-kes masalah sosial. Apa yang jelas ialah orang Melayu rata-rata mendahului kaum lain dalam pelbagai gejala sosial. Persoalan pertama yang sering ditanyakan ialah mengapa boleh jadi begini? Persoalan seterusnya, jika kaum Melayu-Islam lebih terkedepan dalam pelbagai gejala sosial, maka apakah mungkin perkembangan dakwah Islam akan terjejas akibat dari gambaran buruk yang ditunjukkan oleh orang Melayu dalam negara ini?

GEJALA SOSIAL

Di bawah ini disertakan data-data mengenai gejala sosial yang berlaku di kalangan dalam negara Malaysia yang didakwa sebagai “negara Islam” dan orang “Melayu=Islam”.

Sepanjang 1985-1991, daripada 449 kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak, 43.3% daripada kanak-kanak malang ini adalah keturunan Melayu, 29.5% keturunan India, dan 22.5% keturunan Cina. (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 1996)

Sepanjang 1985-1995, daripada 1688 kes penganiyaan kanak-kanak, 50.2% melibatkan orang Melayu, 29.8% melibatkan orang India, dan 14.6% melibatkan orang Cina (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 1996)

Pada tahun 1992, daripada 166 kes remaja lari dari rumah, 59.6% daripadanya adalah membabitkan orang Melayu (Kementerian Kesihatan, 1992).

Pada tahun 1992, daripada 970 kes penderaan ke atas remaja, 45.6% daripadanya melibatkan keluarga Melayu (Kementerian Kesihatan, 1992).

Sepanjang 1997-2001, jumlah kes rogol membabitkan orang Melayu ialah 4,465; Cina 761; India 449; lain-lain 1,209. Daripada jumlah keseluruhan ini, 3,715 adalah mangsa di bawah umur 16 tahun. (NST 22 April 2002)

Daripada 10,000 bilangan makyah Melayu 70-80%, Cina 8.33, India 10.84, dan lain-lain 3.33. South East Asia Research, 6(2) July: 165-180

Kadar penceraian meningkat dari 506 (1992) kepada 615 (1993) di Wilayah Persekutuan (Muslimah April 1993).

Kes sumbang mahram yang melibatkan bapa kandung. 1992: 42 kes; 1993: 35 kes; 1995:, 62 (35.8%) kes daripada 173 kes; 1996: 65 kes (32.5%) daripada 200 kes membabitkan bapa kandung; 1997 April- dari jumlah 56 kes, 20 kes melibatkan bapa kandung (35.7%). Yang melibatkan bapa tiri (1991)18 kes; (1992): 25kes

1997 1998 1999 200 2001 2002 (Jan – Mac)
Melayu 186 220 192 158 179 43
Cina 10 13 7 5 9 4
India 21 27 15 12 17 6
Lain2 34 57 61 38 41 12
Jumlah 251 317 275 213 246 65

Laporan Polis Diraja Malaysia (1997 – 2002).

2001: kes juvana (3,479), sebanyak 2,288 melibatkan lelaki Melayu; 546 Cina; 383 India; 262lain-lain

Bilangan penduduk Malaysia yang terlibat dengan penagihan dadah : 500,000 orang. Bilangan remaja

Melayu yang dianggarkan terlibat dengan penagihan: 350,000 (70%). (Sunday Mail 6/2/94, Utusan

Malaysia 10/2/96, Berita Harian 8/4/96 dan New Straits Times 11/7/96).

Agensi Dadah Kebangsaan. Jan – Sept 2001: Statistik penagih dadah di Malaysia: 17,382 daripada 21,692 penagih dadah baru berumur antara 13 hingga 40 tahun. 14,754 daripada 21,692 adalah Melayu. Terdapat 25 pusat serenti awam dan 55 pusat pemulihan swasta.

Anggaran perbelanjaan untuk dadah di kalangan penagih Melayu: Harian : 350,000 x RM 10 = RM 3.5 juta; Bulanan : RM 3.5 juta x 30 = RM 105 juta;Tahunan : RM 105 juta x 12 = RM 1.26 bilion. (Sunday Mail 6/2/94, Utusan Malaysia 10/2/96, Berita Harian 8/4/96 dan New Straits Times 11/7/96)

Kes pembuangan bayi (1994): Jumlah anak dibuang – 54 ( JKM) Melayu – 32; Cina 4; India 16; lain-lain – 2. (Watan 29/5/96 dan The New Straits Times 12/8/96).

Sepanjang 1997-1999 (Ogos), jumlah kes pembuangan bayi di kalangan orang Melayu ialah 106, manakala Cina 12, dan India 19 (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 1999).

Kes mengandung luar nikah (JKM) 1994: Jumlah yang mengandung – 181; Melayu – 147; Cina 10; India 12; lain-lain 12. (Watan 29/5/96 dan The New Straits Times 12/8/96).

Wanita Mengandung Luar Nikah (JKM) 1995: Jumlah yang mengandung – 125; Melayu 115; Cina 4; India 4. (Watan 29/5/96 dan The New Straits Times 12/8/96.

Wanita Mengandung Luar Nikah (JKM) 1996 ( Jan – Jun) Jumlah yang mengandung - 72; Melayu 65; Cina 3; India 2. (Watan 29/5/96 dan The New Straits Times 12/8/96).

Sepanjang 1997-1999 (Ogos), jumlah kes hamil luar nikah yang melibatkan orang Melayu ialah 14, manakala Cina 6, dan India 4 (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 1999).

Bilangan penduduk Malaysia yang dijangkiti HIV dan AIDS : 51,256 (HIV ) hingga Disember 2002. 7,218 daripadanya adalah AIDS. 63.7% Melayu, 21.3% Cina, Indian 6.2%, Asing, 4.4%. 5,424 pesakit telah mati. Johor mencatat kes palng tinggi, 1421 (20.3%) diikuti oleh Selangor, 1152 (16.5%). Majoriti adalah penagih dadah. (NST 8 Dec 2003)

Pembawa kuman HIV dan AIDS di kalangan orang Melayu di Johor. Pada tahun 1989, setiap 100,000 rakyat Johor, maka 48.2 orang adalah pembawa kuman HIV/AIDS, 1999 – 52.7; 2000 – 61.2 orang. 2003 – 10,000 pembawa kuman HIV/AIDS di mana 90% daripadanya adalah Melayu. (BH 25 Feb 2004)

DILEMA

Jika dilihat data-data yang dipaparkan di atas, jelas kelihatan kaum Melayu mendahului kaum-kaum lain dalam pelbagai bentuk gejala sosial. Data-data ini bukan sahaja memalukan bangsa Melayu yang konon semuanya Islam, malah ia boleh menjadi penghalang kepada usaha-usaha dakwah Islamiah dalam negara ini.

Sudah pasti orang-orang bukan Islam dan bukan Melayu merasa hairan bagaimana orang Melayu yang sering mengatakan Islam itu bersih, suci, dan syumul serta membawa kesejahteraan menunjukkan gambaran yang buruk dan jijik dalam gejala sosial. Justeru agak sukar bagi orang bukan Islam dan bukan Melayu untuk menerima Islam apabila orang Melayu Islam tidak menunjukkan contoh tauladan yang terbaik.

Di dalam persoalan dakwah, terdapat 3 perkara yang perlu diberi perhatian. Yang pertama ialah mesej Islam yang benar dan syumul; kedua, pendakwah yang bertanggungjawab; ketiga, pendekatan berhikmah. Dalam beberapa keadaan, biar bagaimana cantik sekalipun mesej Islam itu tetapi apabila pendakwahnya atau penganutnya tidak menunjukkan contoh dari apa yang didakwahkan atau diajar oleh ugama, maka sudah tentu mesej itu akan ditolak. Begitu juga akan berlaku pada kita jika salah satu dari tiga elemen ini mempunyai cacat-celanya. Gejala sosial yang hebat di kalangan orang Melayu ini menunjukkan bahawa orang Melayu gagal menghayati nilai-nilai yang baik diri Islam; lantas, Islam akan dipersalahkan.

LANGKAH SETERUSNYA

Sebagai seorang Muslim, kita harus merasa terpanggil untuk berhadapan dengan cabaran waqi’ semasa ini. Kemungkinan dalam beberapa keadaan kita boleh tanganinya seorang diri tetapi dalam banyak keadaan kita perlu berganding bahu dalam membetulkan keadaan. Dalam soal menegakkan yang maaruf dan mencegah kemungkaran ini, kita disuruh melaksanakannya dalam bentuk jamaah dan organisasi.

Firman Allah SWT yang maksudnya: “Hendaklah ada di kalangan satu kumpulan yang menyuruh kepada kebajikan, yang menegakkan yang maaruf dan mencegah kemungkaran, Itulah orang-orang yang berjaya.” Ali Imran: 104.

Langkah pertama yang perlu dibuat ialah memahami punca kepada gejala sosial yang berlaku. Kita yakin bahawa apabila Muslim meninggalkan agamanya atau tidak kukuh pegangannya, maka berlakulah kerosakan demi kerosakan ke atas ummah dan negara. Kesan dari kecuaian individu Muslim itu akan menyebabkan masyarakat menjadi binasa.

Firman Allah SWT yang maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah oleh tangan-tangan manusia; (timbul yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (Ar-Rum: 41)

Antara punca yang menyumbang ke arah kemungkaran ialah kejahilan ummah mengenai Islam; sistem pemerintahan yang membenarkan kemungkaran berlaku melalui undang-undang, sistem pendidikan gagal membentuk insan berilmu dan bertaqwa, media yang memaparkan bahan-bahan yang boleh merosakkan minda dan rohani masyarakat serta sistem ekonomi yang menekan dan menindas.

Langkah kedua yang perlu dilakukan ialah mengambil tindakan untuk menyekat atau menghalang punca kepada kemungkaran yang berlaku. Kalau pun kemungkaran tidak boleh dibanteras semua, tetapi ia tetap boleh dikurangkan. Bagi melaksanakan tugas ini, Ibn Taimiyyah pernah menegaskan:

“Memimpin dan menguasai umat adalah kewajipan agama yang terbesar. Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu . Oleh kerana Allah telah mewajibkan (kaum Muslimin) untuk menyuruh kepada yang baik, melarang dari yang mungkar, membela orang yang teraniya, melakukan jihad, melaksanakan hudud, dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman, semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan.” (As-Siasah As-Syariah: 172-175)

Dalam hal ini, orang Islam memerlukan kuasa, samada kuasa di peringkat yang paling bawah iaitu ibu bapa mahupun peringkat yang paling tinggi iaitu pemerintah. Kuasa ibu bapa ialah dengan mendidik, mengasuh, membentuk, serta membimbing anak-anak dengan ajaran Islam. Para ibu bapa juga boleh merancang program-program kebajikan, sosial, dan pendidikan di tempat tinggal masing-masing bagi meminimakan masalah sosial dalam masyarakat setempat.

Begitu juga dengan ibu bapa yang bekerja, sudah tentu mereka boleh mengadakan program-program kebajikan, sosial, dan pendidikan di pejabat atau di tempat kerja masing-masing dalam membentuk minda yang sihat. Manakala kuasa pemerintah pula ialah untuk menghalang lorong-lorong yang boleh membawa kepada keruntuhan akhlak dalam masyarakat.
Dosa sekelling kita, harus ada jalan keluar.

Ini termasuklah menutup premis judi, menghadkan aktiviti bersabit dengan arak, mengharamkan bahan-bahan lucah dalam media cetak dan media elektronik, mengenakan tindakan undang-undang yang lebih berkesan ke atas pesalah-pesalah, memastikan kurikulum pendidikan diintegrasikan dengan keagamaan, dan sejuta satu macam perkara yang boleh dilaksanakan apabila kuasa ada ditangan.

Sabda Nabi saw yang maksudnya: “Barangsiapa yang ternampak atau terserempak kemungkaran, maka hendaklah ia berhentikan dengan tangan; jika ia tidak mampu, maka berhentikanlah dengan lidah; jika ia tidak mampu juga, maka berhentikan dengan hati; itulah selemah-lemah iman.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Apabila kedua-dua langkah ini dapat dilaksanakan sudah pasti gejala sosial di kalangan masyarakat akan berkurangan. Bagaimanapun dalam soal dakwah atau menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat, kita tidak boleh menunggu sehingga mendapat kuasa untuk memerintah.
Menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk memainkan peranannya masing-masing sehinggalah umat Islam dapat memerintah dengan hukum dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT.
Tanggungjawab ini tidak boleh diletakkan di bahu para alim ulama’, ustaz dan guru-guru agama sahaja tetapi MENJADI KEWAJIPAN BAGI SETIAP INDIVIDU MUSLIM sebagaimana yang disebutkan dalam hadis di atas.


KESIMPULAN

Gejala sosial yang semakin menular dan ketara dalam masyarakat di negara ini haruslah dibendung dengan segera bagi mengelakkan natijah yang lebih buruk dan lebih kronik di sepanjang zaman. Setiap individu Muslim harus merasa terpanggil dan bertanggungjawab dalam menangani gejala ini bersama-sama kerana natijah dari gejala sosial ini akan menimpa semua orang dalam masyarakat termasuklah ahli keluarga kita.
Usaha-usaha mendidik masyarakat dengan agama bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga orang dewasa hendaklah diperhebatkan walaupun terdapat halangan-halangan yang mahukan masyarakat menjadi jahil tentang agama akhir-akhir ini.
Persatuan penduduk, persatuan kebajikan, surau, masjid, serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) juga perlu tampil ke hadapan mengambil inisiatif dalam menangani gejala sosial sebelum nasi menjadi bubur.

Data:

Kes HIV & AIDS mengikut gender dan negeri yang dilaporkan di Malaysia (1986-2001)

NEGERI LELAKI WANITA JUMLAH
Johor 8403 451 8854
Selangor 4945 266 5211
N. Sembilan 4804 77 4881
Terengganu 4375 172 4547
Pahang 4282 129 4411
Kelantan 3043 329 3372
W. Persekutuan 2995 261 3256
Perak 2741 154 2895
Kedah 2445 235 2680
P. Pinang 1554 164 1708
Melaka 1405 64 1469
Perlis 458 99 557
Sarawak 199 49 248
Sabah 99 20 119
JUMLAH 41738 2470 44208
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001)

Kaedah menangani gejala sosial: Pencegahan

Quran

1. Dan hendaklah An-Nisaa’: 9. Dan hendaklah takut akan orang-orang yang ditakdrikan mereka pula meninggalkan anak-naka yang dhaif di belakang mereka.

2. At-Tahrim: Peliharalah diri mu dan keluarga mu dari api neraka

3. Jangan kamu dekati zina

4. Firman Allah SWT yang maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah oleh tangan-tangan manusia; (timbul yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (Ar-Rum: 41)

5. AlMukminiun: 5-6.

6. Al-anfal: 60. “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroobo) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan.”

7. Al-Baqarah: 195 Janganlah kamu mencampkaakn diri kamu dalam kebinasaan

8. Al-An’am: 164 Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap orang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain.

9. Al-Anfal: 25: Dan jagalah diri kamu daripadanya dosa yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum).

Hadis

1. Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan bertanggungjawab ke atas orang yang dipimpin. (Muslim)

2. Islam itu unggul dan tiada yang lebih unggul daripadanya. (Bukhari, Baihaqi, Dar Qutni).

3. Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan diperlukan daripada mukmin yang lemah (Muslim)

4. Dalam Islam janganlah kamu melakukan kemudartan terhadap diri kamu dan kepada orang lain. (Malik)

5. Dikahwini perempuan itu kerana 4 perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu memilih kerana agamanya, nescaya engkau akan selamat dan bahagia. (Bukhari dan Muslim)

6. Barangsiapa yang melihta kemungkrana, hendaklah ia menghentiknanya dengan tangan ... (Muslim)


Usul Fiqh

1. Menolak segala yang membawa kerosakan lebih utama dari mencari keuntungan.
2. Kemudaratan wajiblah dihapuskan.
3. Sesuatu yang menyebabkan tak sempurnanya kewajipan keculai dengannya maka ianya wajib.
4. Seandainya berkumpul antara dua bahaya wajiblah mengambil bahaya yang lebih ringan.
5. Dilarang dari melakukan kemunduran dri dan orang lain
6. Mencegah it lebih baik dari mengubati.
7. Kepentingan umum hedaklahlah didahlukan dan diberi keutamaan daripada kepentingan peribahi.

Ahad, 27 Jun 2010

Adakah Kekasaran Dibenarkan dalam Berdakwah?

0 komen pembaca
"Matlamat dan tujuan demo ini memang sah goyah. Kalau betul kita nak munkar jatuh pada ma'aruf bukankah caranya dengan cara yang penuh hikmah?? Apakah kita memaki hamun mereka itu adalah kebenaran??"

Artikel saya yang lepas, Di Manakah Anak Muda pada 3 Julai? mendapat kritikan dari salah seorang sahabah dari HALUAN. Sahabah yang telah merasai nikmat dakwah dan tarbiyah sejak sekian lama.

Maka makalah ini akan menjawab persoalan tersebut, juga sebagai sokongan kepada rencana Muslim Sejati Bersifat Lemah-lembut dan Sabar tulisan akhi Saifullah di Facebook.

Apakah makna syakhsiah dalam dakwah? Berlemah lembut sepanjang masakah?


Dakwah adalah tugas asasi manusia yang diwarisi sejak kejadian manusia pertama, nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa. Ringkas kata, dakwah dan manusia adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan sama sekali. Jika dipisahkan tugas dakwah daripada manusia, nescaya hilanglah kemanusiaan manusia itu dan jadilah mereka seperti binatang.

Manusia dijadikan Allah s.w.t. sebagai khalifah di muka bumi ini, iaitu sebagai makhluk yang menerima amanah Allah s.w.t. untuk mentadbir bumi ini seperti kehendak Penciptanya (Al-Baqarah: 30). Sudah tentu orang yang menerima amanah itu merupakan makhluk yang terbaik yang pernah dijadikan Allah s.w.t., kerana yang terbaik sahaja yang mampu membimbing makhluk yang lain tanpa bantahan. Untuk mengekalkan status sebagai makhluk terbaik yang memimpin ini, maka manusia perlu mengekalkan kemanusiaannya supaya tidak bertukar menjadi kebinatangan. Manusia kebinatangan tidak akan lagi diterima kepimpinannya oleh manusia kemanusiaan, bahkan tidak akan diterima oleh makhluk-makhluk yang lain. Untuk mengekalkan status itulah (makhluk terbaik), maka manusia perlu sentiasa berdakwah dan ingat mengingati antara mereka.

Dengan menjalankan tugas dakwah, generasi Sahabat r.a. diisytiharkan sebagai umat yang terbaik (khayra ummah) yang pernah dikeluarkan di dunia untuk menjadi pemimpin dan contoh kepada sekalian manusia. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Ali `Imran: 110 yang bermaksud: "Kamu adalah sebaik-baik umat yang pernah dikeluarkan untuk (memimpin) manusia, (kerana kamu) menyeru kepada kebaikan dan kamu mencegah kemungkaran dan kamu sendiri beriman kepada Allah…".

Dalam erti kata lain, kerana dakwahlah, iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, maka para Sahabat r.a. memperolehi status khayra ummah. Dengan terbentuknya generasi khayra ummah ini, Islam dapat berkembang dengan cepat untuk membawa misi rahmat untuk sekalian alam (al-Anbiya': 107), yang di dalamnya terkandung segala macam makhluk Allah s.w.t. daripada manusia dan jin sama ada Islam atau bukan Islam, binatang, tumbuh-tumbuhan, batu-batan, bahkan segala-galanya akan mengecapi rahmat jika Islam itu ditegakkan. Tanpa wujudnya generasi khayra ummah itu, tidak mungkin misi rahmat untuk sekalian alam itu akan tercapai.

Untuk membina, membentuk, menjaga dan memastikan penerusan generasi yang bersifat khayra ummah itu, Nabi s.a.w. telah bekerja keras dengan bantuan wahyu dan mukjizat, yang keseluruhan pengorbanan itu dirakamkan oleh kitab-kitab sejarah sehingga hari ini. Satu pengorbanan yang tiada tolok bandingnya, satu pengkisahan sejarah awal secara terperinci yang tiada tandingan.


Hikmah dalam Dakwah: Antara Berlembut dan Berkasar

Bagaimanakah cara dakwah yang dijalankan oleh Nabi s.a.w. dalam proses untuk mencapai misi rahmat untuk sekalian alam? Apakah setiap tutur kata, perbuatan dan tingkah lakunya sentiasa lemah lembut, kerana Allah memerintahkan Nabi s.a.w. berdakwah secara hikmah? Firman Allah s.w.t. dalam (al-Nahl: 125) bermaksud: "Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka secara yang paling baik…". Soalnya, apakah hikmah dan cara yang paling baik itu bermaksud sentiasa lemah lembut, sabar, tidak marah, memberi maaf dan tidak mengambil apa-apa tindakan?

Dalam rencana ini saya tidak akan membawa nas-nas daripada al-Quran atau hadis yang menganjurkan supaya berlemah lembut dalam perkataan dan perbuatan ketika berdakwah, kerana ianya telah banyak diperkatakan dalam buku-buku berkenaan dakwah, di dada-dada akhbar, corong radio dan kaca televisyen oleh pihak-pihak yang berkenaan. Di sini saya cuma ingin membawa satu lagi aspek berhikmah dalam berdakwah yang selalu tidak diketengahkan kepada masyarakat sehingga disangka hikmah itu tiada kena mengena langsung dengan kekerasan walaupun keadaan memerlukan.

Selepas peristiwa pencabulan perjanjian Madinah buat pertama kali oleh Yahudi Bani Qaynuqa` (dengan menelanjangkan wanita Islam berpurdah di pasar mereka sehingga berlaku pergaduhan dan pembunuhan antara seorang Yahudi dan seorang Islam), maka Rasulullah s.a.w. telah bertindak tegas ingin mengambil tindakan menghalau bani Yahudi tersebut keluar dari Madinah. Mengetahui hal itu, `Abdullah bin Ubay (yang ada perjanjian dan kontrak dengan Yahudi itu) telah mendesak Rasulullah s.a.w. membatalkan hasrat baginda menghalau mereka. `Abdullah berkata, "Wahai Muhammad, berbuat baiklah dengan orang-orang aku!". Tetapi permintaannya tidak diendahkan Rasulullah s.a.w. sehingga `Abdullah mengulang permintaannya dua kali lagi, namun Rasulullah s.a.w. masih tidak melayaninya. Lalu `Abdullah memegang dengan kuat poket baju besi baginda. Baginda berkata dengan baik, "Lepaskan aku!". `Abdullah tidak mengendahkannya sehingga air muka baginda berubah kerana kemarahan lalu menengking, "Celaka kau! Lepaskan aku! (wayhak arsilni)". Jawab `Abdullah, "Demi Allah, aku tak akan lepaskan kau sehingga kau berbuat baik dengan mereka…" Sehinggalah Rasulullah s.a.w. bertegas melepaskan diri daripada `Abdullah dan bertindak bersama para Sahabat r.a. menghalau Yahudi Bani Qaynuqa` ke hulu Syam.

Kisah ini diriwayatkan oleh hampir semua penulis sirah seperti Ibn Hisham (al-Sirah: 2/47), al-Tabari (al-Tarikh: 2/480), Ibn Sa`d (al-Tabaqat: 3/67) dan lain-lain. Lihat juga hal yang sama dalam Dr Muhd Sa`id Ramadhan al-Buti, Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah, m.s. 248, Dar al-Fikr al-Mu`asir, Beirut, 1991. Sebuah ayat al-Quran juga diturunkan untuk merakamkan sikap `Abdullah ini iaitu ayat 51 dan 52 surah al-Maidah.

Pengajaran daripada kisah ini ialah Rasulullah s.a.w. pernah menggunakan kata-kata kesat dan kasar (celaka!) apabila keadaan memerlukan. Segala yang dilakukan baginda adalah dengan izin dan wahyu Allah s.w.t. (Surah al-Najm: 3), bermakna Allah s.w.t. mengizinkan berkasar bila berhadapan dengan orang yang layak dikasari sama ada dengan perkataan atau perbuatan.

Mungkin ada yang berkata, baginda berkasar dengan `Abdullah bin Ubay yang merupakan seorang munafik, tidak sama dengan orang beriman dan Islam. Jawabnya, walaupun `Abdullah itu dikenali sebagai munafik sekarang, tetapi Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat r.a. yang setia tidak pernah mengatakan secara jelas bahawa `Abdullah dan para Sahabat lain yang sejenis dengannya sebagai munafik. Ini kerana tiada siapa pun termasuk baginda yang berhak menafikan keIslaman seseorang yang telah mengaku sebagai Islam. Apatah lagi orang seperti `Abdullah itu yang bersembahyang bersama baginda dan para Sahabat, bagaimana mungkin baginda menafikan keIslamannya atau menuduhnya secara terang-terangan sebagai munafik. Bahkan baginda melayaninya sebagaimana para Sahabat r.a. yang lain. Baginda tidak pernah menuduh sesiapa pun yang telah mengucapkan syahadah sebagai tidak Islam. Apa yang baginda lakukan sebagai langkah berawas hanyalah dengan menyebutkan sifat-sifat orang munafik dan batas-batas antara iman dan kufur.

Tentang hal ini Dr. al-Buti menulis, "… Namun begitu, Rasulullah s.a.w. melayani `Abdullah -walaupun begitu sikapnya terhadap baginda- seolah-olah dia seorang Islam, tidak melayaninya sebagai seorang musyrik, murtad atau menuduhnya sebagai Islam palsu… Itu menunjukkan -sebagaimana diijmakkan oleh ulama- bahawa orang munafik dilayan di dunia ini sebagai seorang Islam biasa walaupun kemunafikannya adalah pasti. Sebabnya, hukum-hakam Islam terdiri daripada dua bahagian: Pertama, yang praktikal di dunia dan setiap orang Islam diperintah mengamalkannya. Kedua, yang praktikal di akhirat dan terserah hukumnya kepada Allah s.w.t." (Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah, m.s: 252).

Jadi Rasulullah s.a.w. berkasar dan menengking `Abdullah bin Ubay dalam keadaan baginda berinteraksi dengan seorang Islam yang wajar diperlakukan demikian. Sekiranya `Abdullah ketika itu dianggap sebagai kafir, nescaya baginda atau Sahabat yang setia telah membunuhnya kerana kurang ajar terhadap Rasulullah s.a.w. yang merupakan seorang nabi dan ketua negara Madinah. Dari sini jelaslah bahawa berkasar dan berkeras yang kena pada tempatnya adalah juga merupakan hikmah dalam berdakwah. Bahkan, berlembut pada tempat yang wajar berkasar adalah satu pendekatan yang tidak hikmah dan tidak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Umpamanya berlembut dengan anak yang telah berusia lebih sepuluh tahun dengan tidak menghukumnya atau memukulnya walaupun enggan bersembahyang, maka itu dikatakan tidak berhikmah dan tidak mengikut sunnah Nabi s.a.w.

Selain daripada kisah di atas, mari kita lihat nas-nas lain yang menyokong hujah saya dalam rencana ini, semoga tidak dikatakan bergantung pada satu kisah yang boleh dipertikaikan kesahihannya (walaupun sebenarnya kisah `Abdullah bin Ubay tersebut sabit, sahih dan amat masyhur di kalangan pengkaji sirah Rasulullah s.a.w., apatah lagi ada rujukan ayat al-Quran mengenainya).

Imam al-Nawawi (rahimahuLlah) mengkhususkan satu bab dalam kitabnya Riyadhu al-Salihin tentang umpatan (atau kata mengata yang tidak disukai di belakang tuannya) yang diharuskan syarak. Beliau menyenaraikan enam sebab umpatan itu menjadi harus:

Pertama: Untuk mengadukan kezaliman. Harus bagi orang yang dizalimi untuk memberitahu pihak yang boleh menolongnya daripada terus dizalimi penzalim.

Kedua: Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran dengan mengadu kepada pihak yang berupaya mengubahnya dan menceritakan (mengumpat) perbuatan salah atau mungkar yang dilakukan.

Ketiga: Meminta fatwa tentang sesuatu hukum agama yang ada kaitan dengan pihak yang diumpat dengan syarat umpatan itu perlu dilakukan untuk memahamkan orang yang diminta fatwa. Jika boleh difahami tanpa umpatan, maka umpatan tidak harus ketika itu.

Keempat: Memberi ingatan dan nasihat kepada orang Islam lain tentang keburukan yang dilakukan oleh orang yang diumpat.

Kelima: Mengumpat orang yang terang-terangan melakukan kefasikan dan maksiat seperti peminum arak, penceroboh, pengumpul harta orang secara zalim (termasuk perasuah), pelaksana kerja-kerja batil dan seumpamanya.

Keenam: Memberi pengenalan seseorang yang mana jika tidak diumpat sedikit maka orang tidak akan mengenalinya, tetapi jika boleh dikenali dengan tidak mengumpatnya, maka mengumpat ketika itu adalah haram.

Imam al-Nawawi juga membawa beberapa hadis sebagai bukti Nabi s.a.w. juga mengumpat dan mengata di belakang jika keadaan mewajarkannya, seperti berikut:

Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dengan sanadnya daripada `Aishah r.a. bahawa seorang lelaki datang meminta izin untuk keluar daripada baginda (sedangkan keadaan ketika itu tidak membolehkan sesiapa pun berpindah keluar dari Madinah), lalu baginda berkata kepada para Sahabat: "Berilah keizinan padanya! Dia itu seburuk-buruk saudara sekeluarga!"

Imam al-Bukhari juga meriwayatkan daripada `Aishah r.a. bahawa Nabi s.a.w. pernah mengata di belakang dua orang lelaki Islam yang tidak berdisiplin: "Aku rasa si Polan dan si Polan itu tak tahu apa tentang peraturan agama kita."

Selain daripada dua hadis sahih di atas, Imam al-Nawawi membawakan tiga lagi nas hadis sahih tentang umpatan yang harus. Untuk maklumat lanjut, para pembaca boleh merujuk kitab Riyadhu al-Salihin yang telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa itu, dalam bab ` Menerangkan umpatan yang harus'.

Di sebalik nas-nas yang membenarkan seseorang menengking dan mengumpat di tempat yang ada kewajarannya, timbul persoalan bagaimana kedudukan nas-nas yang menyuruh orang Islam memelihara lidah daripada menyakiti orang Islam lain. Jawabnya, nas-nas ayat al-Quran atau hadis tersebut menyebutkan tentang adab pergaulan antara sesama orang Islam yang tulin, bukan antara seorang Islam dengan seorang 'Islam' yang kualiti imannya seperti `Abdullah bin Ubay, seorang Islam yang bencikan maksiat bukan seorang 'Islam' yang sukakan maksiat dan membela kaki maksiat, seorang Islam yang memuliakan wanita bertudung bukan seorang 'Islam' yang menghina wanita bertudung dan menyanjung wanita yang mendedah dada dan peha, seorang Islam yang mengharamkan arak dan judi, bukan seorang 'Islam' yang menggalakkannya dan membela orang yang bekerja di premis arak dan judi. Jadi amatlah salah orang yang menggunakan ayat al-Quran dan hadis yang melarang mencaci, menghina, mengumpat untuk menyelamatkan dirinya daripada dicaci, dihina dan diumpat, sedangkan dia tidak beriman dengan sebahagian besar daripada ayat al-Quran dan hadis itu.

Dengan rencana ini, saya kira sudah terjawab kekeliruan yang dibuat oleh `ustaz-ustaz' yang hanya membacakan nas-nas yang melarang berkasar dan mengumpat dalam berdakwah sedangkan di sana terdapat banyak nas-nas lain yang membenarkan, bahkan mewajibkannya seperti mengumpat orang yang memalsukan nas atau hukum Islam (dalam ilmu al-Jurh wa al-Ta`dil di kalangan ulama hadis). Dan semoga para penggerak dakwah Islam yang sebenar tidak teragak-agak lagi dengan acah dan acuh pihak yang menggunakan sebahagian hukum Islam untuk menyelamatkan diri daripada kritikan.

Namun begitu, saya tidak mengatakan bahawa perbuatan bercakap kasar dan mengumpat ini digalakkan dalam Islam. Hukum asalnya ialah haram, tetapi ia menjadi harus, bahkan kadang-kadang wajib bila keadaan mewajarkannya seperti yang diterangkan oleh ulama silam yang tiada apa-apa kepentingan atau kecenderungan kepada mana-mana pihak atau parti politik yang wujud pada hari ini.

Allah tahu yang terbaik.

Jumaat, 18 Jun 2010

Ujian Cinta

9 komen pembaca


Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli. (HR Abu Dawud dan Ahmad)
"Perjuangan kita lebih penting, akhi. Macam mana yang dikatakan pejuang kalau tidak diuji? Ingat firman Allah dalam Surah al- Ankaboot ayat 2: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?""

"Sabar lah Muiz. Cara hang tak betul. Sebab tu Allah tegur. Bersyukurlah Allah masih sayangkan hang. Sebab tu Dia nak tarik hang dari terus hanyut."

"Menangis lah. Kalau tangisan tu air mata penyesalan. Kalau rasa sedih ditinggalkan, pi basuh muka. Buat rugi ja."

"Lepas ni hang cuba tutup hati hang. Cuba cari cinta Allah, lepas tu boleh la cinta manusia tu nak mai. Bila tiba masanya, hang cari la calon."

"Simpan dan ingat selalu. Jangan biaq bersawang. Lepas tu terlupa."

"Kita timba pengalaman dan pengajaran dari perkara lalu.. Dan muhasabah diri kita sebelum tido.. di mana silap kita, di mana kurangnya kita..Allah sayang kan ko, dan dia sedarkan ko dan banyak lagi tanggungjawab dan amanah kita..lebih- lebih masa usia sekarang :)

Tak berapa lama dahulu, saya juga pernah diingatkan oleh seorang kakak senior SBPI Kubang Pasu akan sebuah kisah, harapnya agar saya menjaga diri dari cinta yang melalaikan:

"Pernah pada suatu ketika, seorang wanita solehah jatuh cinta kepada lelaki yang beriman. Walaubagaimanapun, wanita itu takut, takut- takut kalau dia terbuat maksiat. Wanita itu tetap menyebunyikan perasaannya tanpa memberitahu sesiapa. Lalu wanita itu menambahkan amal ibadat dan selalu berdoa kepada Allah taala:

" Ya Allah jika lelaki ini baik untukku maka jodohkanlah aku dengannya. Jika tidak maka jauhilah aku daripadanya."

Tak berapa lama kemudian, lelaki tersebut meminang wanita tersebut... Walaupun tanpa sms, berutus surat dan sebagainya mereka tetap dijodohkan dengan ikatan yang sah."

Jodoh dari Allah Azza Wa Jalla. Allah aturkan jodoh itu, bukan manusia.

Tapi seperti inilah insan, terlupa selalu. Sedangkan dah ada guideline yang jelas. Sangat jelas.

Ujian ni rupanya, nak menyedarkan saya bahawa ilmu di dada masih kurang. Kerana ilmu itu cahaya. Kita mungkin ada banyak maklumat, tapi tidak semestinya ilmu, kerana ilmu itu cahaya.

    "Aku telah mengadu kepada Waki' tentang buruknya hafalanku. Beliau menyuruh aku meninggalkan maksiat. Maka sesungguhnya ilmu itu cahaya dan cahaya tidak akan diberi kepada orang yang melakukan maksiat."
Wahai Tuhan kami, janganlah Kau mengirakan kami tersalah sekiranya kami terlupa atau tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah kau azabkan aku atas kerana ilmu yang aku miliki ini.

Bantulah aku wahai sahabat, aku ingin kembali kepada Islam.

Wallahu'alam.



Isnin, 14 Jun 2010

Asif ya Ustaz, Ma Daliluka?

4 komen pembaca
Kuliah Usul Fiqh pada petang Jumaat lepas ternyata meninggalkan makna yang mendalam pada pemikiran saya tentang Islam.

Walaupun kuliah yang disampaikan Ustaz Ridhwan adalah dalam bahasa Arab kesemuanya, ianya sangat menarik bagi saya.

Apakah sebenarnya matlamat yang ingin dicapai dengan mempelajari Usul Fiqh?

Di sebalik kita mengetahui maksud Usul fiqh dari segi bahasa, lazimnya orang awam mengetahui bahawa Usul Fiqh adalah kaedah Islam yang dikeluarkan untuk memproses hukum Fekah. Tetapi bagi saya, Usul Fiqh sebenarnya telah memaknakan daya fikir kita untuk membebaskan belenggu pemikiran jumud. Pemikiran jumud yang telah menyebabkan umat Islam pada kurun ke- 18 dan 19 jatuh merudum dalam tamadun manusia. Kalau kita ini di zaman penjajahan, maka inti semangat Usul Fiqh akan bertindak sebagai anti- establishment kepada sistem penjajah.

Itulah pengajarannya.


Melayu dan Belenggu Pemikiran.

Dalam masyarakat Melayu, kita telah dibudayakan supaya mengikut saja apa kata ustaz- ustaz kita mengenai persoalan hukum agama. Sekalipun kadangkala perkara tersebut bercanggah dengan logik akal.

Tetapi pernahkan kita bertanya kepada ustaz- ustaz yang mengajar di di masjid, "Asif ya Ustaz, ma daliluka?"(Maaf wahai Ustaz, apakah dalil kamu?)
Umat Islam harus mencari cahaya keluar belenggu pemikiran. Picture by Kenziane at DevianArt

Kita jarang bertanya. Kalaupun bertanya, kita akan ditembak habis- habisan oleh ustaz- ustaz kampung ini, dengan hujah untuk menutup pertanyaan. "Siapa yang banyak bertanya, maka lemahlah imannyaaa...."

Sebab itulah kita tidak kisah walaupun amalan seharian kita sebenarnya banyak bercanggah dengan sunnah Rasulullah SAW.

Waraskah kita tatkala kita bersaksi bahawa "Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" dan selepasnya kita membelakangkan sunnah baginda? Sempurnakah akal kita pabila mengaku bahawa Rasulullah itu sebaik- baik ikutan, dan pada masa yang sama, melakukan amalan ibadah yang tidak pernah dilakukan nabi SAW seperti tahlil beramai- ramai, membaca Yasin pada malam nisfu Syaaban dan sebgainya?

Sedangkan Rasulullah SAW bersabda:

" Sesiapa yang beramal bukan dari amalan(ibadah) kami maka ianya tertolak."(HR Muslim)

Melalui hadis ini, ulama' telah mengeluarkan kaedah Usul Fiqh yang berbunyi:

"Asal sesuatu amalan ibadat adalah haram kecuali ada dalil yang membenarkannya."

Nah, mana dalil amalan bid'ah yang diamalkan masyarakat Melayu hari ini?

Sejak dari sekolah menengah lagi saya sudah berasa curiga dengan amalan- amalan yang tidak didasarkan kepada sunnah Baginda SAW. Ia mengingatkan saya kepada Ustaz Suhaimi Sudin yang banyak berjasa dalam membentuk fikrah aku tentang Islam.

Sungguh, pemikiran kita telah terbelenggu dengan doktrin yang memalukan. Untuk membentuk umat Islam yang berkuasa, kita harus keluar dari belenggu pemikiran ini lantas menekankan aspek aqidah sahihah(aqidah yang sahih) dan ibadah salimah(ibadah yang sejahtera) sebagaimana yang telah diajarkan rasulullah kepada para sahabat RA.

Suka saya mengajak kalian mengimbau saat gemilangnya tamadun Islam pada zaman sahabat. Betapa Umar al- Khattab yang terkenal zuhud dan sangat berwaspada terhadap ibadah yang sahih itu sebenarnya menjarah dua per tiga peta dunia.Lihat, pabila kita kembali kepada epistomologi Islam sebenar, di situlah Allah selitkan kejayaan buat umat.


Khatimul: al- Firqatu al- Najah

Mari mengambil pengajaran dari hadis Nabi SAW, :

“Pada akhir zaman, umat Yahudi itu akan terbahagi kepada 71 golongan, satu golongan akan masuk syurga, dan yang lain akan masuk neraka, umat Nasrani (Kristian) akan terbahagi kepada 72 golongan, satu golongan akan ke syurga, yang lain akan ke neraka, umat ISLAM pula akan menjadi 73 golongan, satu golongan akan ke syurga, yang lain semuanya ke neraka. Ketahuilah, golongan yang ke syurga itu ialah golongan yang mengikut jalanku, dan jalan para sahabatku” [HR Bukhari]

Masihkah kita mahu membelakangkan sunnah para Salaf yang dijamin syurga?

Khamis, 29 April 2010

Catatan Pengalaman Himega '10: Siri II

4 komen pembaca
Dalam artikel yang lepas ada dibincangkan tentang cabaran di IPT yang menyebabkan pelbagai masalah dalam kehidupan seorang mahasiswa dan mahasiswi Islam, kali ini kita akan tengok pula faktor pelenyap kepada kesolehan itu sendiri. Faktor pelenyap kesolehan yang dapat melalaikan seseorang dari jalan tarbiyah dan dakwah.

Mengapa? Kesolehan dan kemuslehan adalah aset penting bagi seorang da'ie dan aktivis dakwah.

Bahkan, setiap muslim pasti tidak menginginkan keimanan dalam relung kalbunya mengalami kelemahan. Kelemahan ini akan terlihat dari kualiti amal ibadah dan kesolehannya, satu hal yang merupakan kayu ukur keimanan. Hal tersebut menunjukkan kenaikan atau penurunan keimanannya.

Oleh itu, setiap muslim tentu menginginkan kesolehan dan kebaikannya sentiasa wujud dalam ruangan keperibadiannya, dan kemudian menjelma dalam ruangan sosialnya. Namun, kesolehan dan kebaikan ini boleh bertahan, atau bahkan berkembang dengan ditentukan oleh keadaan keimanannya. Sejauh mana ia berusaha menyuburkan keimanannya dengan ketaatan dan kesolehan. Oleh itu, Rasulullah dalam sebuah hadisnya mengajarkan kepada kita sebuah doa sebagai berikut.

"Ya Allah, Engkau lah teman dalam perjalanan dan khalifah dalam keluarga. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari beratnya perjalanan dan keburukan keadaan, dari kekurangan setelah kesetabilan, dari doa orang yang terzalimi, dan dari buruknya pemandangan terhadap keluarga dan harta. "(HR. At-Tirmizi, hadis hasan sahih)

Dalam hadis ini, makna berlindung dari kekurangan adalah isyarat kepada setiap muslim untuk khusyuk berdoa agar keimanannya tidak mengalami penurunan, dan supaya kesolehan dan kebaikannya dari hari ke hari semakin berkembang dan berbuah.


Faktor Pelenyap Kesolehan.


1. Lemahnya Iman.

Sesiapa yang pernah merasai dan mengacapi nikmat dan manisnya iman, ia tahu bagaimana beruntungnya perasaan itu bila berada dalam diri.

Namun, seseorang yang tidak pernah merasainya, ia tidak pula merasakan bahawa iman adalah sesuatu yang penting untuk dipelihara. Manusia sebegini selalu terumbang- ambing dalam menghadapi kehidupan, malah tidak memiliki jati diri sebagai seorang Muslim sebenarnya.

Baginya, apakah pentingnya menjaga syaksiyah dalam mengajak manusia kepada Allah, apakah utamanya mengikut syarak dalam sesuatu perkara dan apakah pentingnya menjaga kesucian hati itu sendiri.

Imam Syafie Rahimahumullah berpesan, "Hati- hati yang tidak disucikan tidak boleh menyucikan hati- hati orang lain."

Maka, lemahnya iman ini sebenarnya berkadaran terus dengan kesolehan dan kebaikan seseorang.

Semakin kuat iman dalam jiwa seseorang, semakin kuat pula amal seseorang. Sebaliknya, semakin lemah iman seseorang, semakin lemah pula amalnya.

Apakah ini satu bala kepada jamaah dan aktivis dakwah itu sendiri. Tidak! Allah sesekali tidak memerlukan kita, tetapi kita lah yang rugi sebenarnya. Rugi kerana tidak menjaga keimanan kita melalui ilmu dan amal.


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلۡغَنِىُّ ٱلۡحَمِيدُ

(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.(Faatir:15)


Allah Maha Kaya, engkau tersilap, engkau yang faqir!

2. Tertinggal dalam Ilmu Pengetahuan.

“Demi Allah sesungguhnya jati diri seorang pemuda ada dalam ilmu dan ketakwaannya. Apabila keduanya tidak ada dalam dirinya, maka ia bukanlah pemuda sebenarnya.”(Imam Syafie)

Kekuatan dan kemenangan umat yang selalu dijanjikan Allah SWT kepada mereka, bukan hanya bertumpu pada sisi aqidah atau ibadah saja, melainkan harus diiringi dengan ilmu pengetahuan Islam dan pengembangan kebaikan atau amal islami dalam kehidupan. Namun, kekuatan dan kemenangan itu baru akan tegak kukuh jika berdiri di atas tiga pilar, yang satu sama lainnya tidak boleh terpisahkan, iaitu iman, ilmu, dan amal (ibadah).

Islam ditegakkan atas dasar ilmu. Masakan tidak, Nabi SAW bersabda:

 ( طلاب العلم واجيب على كل مسلم (رواه مسلم

Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim. (Riwayat Muslim)

Agama ini tegaknya kerana ilmu, bukan kerana sangkaan dan emosi semata- mata. Lihatlah berapa ramai yang tergelincir dati jalan ini(sunnah Nabi) kerana tidak mengikuti disiplin ilmu yang betul.

Ibn Taimiyah menyebut dalam Majmu'at al- Fatawa: " Sesungguhnya agama Allah adalah pertengahan antara yang melampau dan meninggalkannya(cuai). Allah tidak memerintahkan hambaNya sesuatu melainkan syaitan akan mengganggunya melalui dua cara. Syaitan tidak kisah mana satu dia berjaya. Sama ada secara ifrat(melampaui batasan agama) atau tafrit(cuai terhadap agama)

Oleh kerana Islam adalah agama Allah yang tidak bolehdiambil dari sesiapa pun selainNya, maka syaitan mengganggu kebanyakan mereka yang mengaku mengikuti ajaran ini. Sehinggakan syaitan berjaya mengeluarkan mereka dari syariat yang sebenarnya.

Bahkan syaitan berjaya menyesatkan sejumlah umat ini yang kuat beribadah dan warak daripada agama umpama anak panah meluru keluar dari busurnya."

Dunia Islam menghadapi dua keadaan. Pertama, si bacul yang enggan membela agamanya. Kedua, si berani yang tidak mahu mengikut peraturan ketika membela agama. Seorang muslim hendaklah berada di garisan yang betul dalam hal ini. Dia bukan seorang yang bacul sehingga rela agamanya dihina dan bukan juga seorang yang hanya bersemangat tinggi tetapi tidak berpandukan kepada pertauran dan strategi yang baik.

Hakikatnya, aktivis dakwah ramai dari golongan kedua. Mereka tercicir. Tercicir kerana kurangnya ilmu pengetahuan. Penyakit malas membaca menjadi punca.

Kalaupun mereka membaca tetapi mereka tidak membaca apa yang sepatutnya menjadi keutamaan sebagai seorang pejuang Islam. Mereka larut dalam Ayat- ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan sewaktu dengannya.

Almari buku pejuang Islam sewaktunya sarat dengan buku fikrah Islamiy, kalaupun tidak mampu membaca Tafsir fi Dzilal Quran karangan Syed Qutb, apakah berat menghabiskan Dakwah Fardhiyyah oleh Mustapha Masyhur?

Sedarlah kalian, rantai dakwah ini memerlukan prioriti yang mendalam dalam setiap tindakan. Semestinya membaca novel Habiburrahman el- Shirazy bukan satu dosa. Bukan juga cela membaca novel tulisan saudara Hilal Asyraf. Apa yang penting, kita utamakan apa yang lebih utama dari segalanya untuk maslahah umat.

3. Meremehkan Dosa dan Maksiat.

Ketika seseorang menganggap remeh dosa dan maksiat, maka kesolehan dan kebaikannya akan mengalami penurunan. Bahkan, dengan meremehkan dosa dan maksiat, ia akan mudah terjebak dalam kancah kemaksiatan. Kerana tabiat dosa atau maksiat adalah sentiasa mengajak dan menggoda manusia untuk melakukan dosa lagi. Tentang masalah ini, Rasulullah SAW bersabda,

"Takutlah kamu akan meremehkan dosa-dosa, kerana sesungguhnya dosa-dosa tersebut akan berkumpul, dan akhirnya mencelakakannya. Perumpamaan dosa-dosa ini seperti kaum yang menuruni lembah dan setiap orang membawa sebatang kayu api. Mereka mengumpulkannya dan menjadikannya tumpukan, kemudian dinyalakan api dan semua yang dilemparkan ke dalamnya menjadi matang. "(HR Ahmad dan at-Thabrani)

Selain menambah dosa dan maksiat, meremehkannya boleh menyebabkan seseorang jauh dari jalan taubat, melemahkan hati untuk berjalan menuju Allah, dan bahkan di Hari Akhirat nanti dapat menjadi penghalang menuju ke pangkuan-Nya.
Ibnu Abbas berkata, "Sesungguhnya kebaikan melahirkan kecerahan di wajah, cahaya di hati, kelapangan rezeki, kekuatan badan, dan kecintaan di hati manusia lain. Adapun maksiat menimbulkan kepucatan pada wajah, kegelapan di hati, kelemahan badan, serta kesempitan dan kebencian di hati manusia. "

    Abdullah bin Mubarak berkata dalam syairnya.

    Aku melihat dosa-dosa itu mematikan hati

    Membiasakannya boleh mewariskan kehinaan,

    Sementara, meninggalkan dosa-dosa adalah kehidupan bagi hati

    dan kebaikan bagi jiwa,

    Tidak ada yang membatalkan agama ini, kecuali para raja dan cendekiawan yang rosak