Memaparkan catatan dengan label Salafi Wahabi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Salafi Wahabi. Papar semua catatan

Isnin, 30 September 2013

Fakulti Rasional Ibn Taimiyyah dan Paradoks dalam Trend Neo- Salafisme

0 komen pembaca

Lewat 2000 tahun dahulu, antara dialog terawal Socrates yang berlaku dipanggil sebagai ‘Dilema Euthyphro’. Socrates menanyakan kepada Euthypro sama ada para dewa mencintai sesuatu kerana ianya baik atau ianya baik maka para dewa mencintainya[1]. Masalah itu berlegar antara sifat semulajadi etika dan moraliti. Ia memaksa kita  menimbangkan sama ada sifat kebaikan adalah ditimbang dari akal atau berdasarkan kepada keperluan ontologi. Berikutan, pendirian yang diambil dalam soal ini menentukan peranan besar dalam konsep yang hendak diguna pakai dalam perundangan dan syariah.

Dalam sejarah pemikiran Islam, persoalan hubungan antara akal dan wahyu merupakan isu yang hangat diperdebatkan oleh mutakallimun dan ahli falsafah[2]. Isu ini menjadi penting kerana ia memiliki keterkaitan dengan argumentasi- argumentasi mereka dalam pembahasan tentang konsep Tuhan, konsep Ilmu, konsep etika dan sebagainya. Mereka berorientasi pada usaha untuk menyesuaikan akal dan wahyu[3]

Dalam konteks ini konsep akal, wahyu dan ta’wil menjadi konsep terpenting. Ahli falsafah Muslim yang terpenting dalam berusaha membuktikan hubungan antara akal dan wahyu adalah Ibn Rusyd lewat karya Fasl al- Maql dan Ibn Taimiyyah , penulis buku Dar’ Ta’arud al- ‘Aql wa al- naql. Pertama, cuba menjelaskan hubungan manakala kedua berusaha menghindarkan pertentangan atau mensharahkan kesesuaian. Kedua- duanya memiliki premis bahawa akal dan wahyu tidak memiliki pertentangan tetapi kerana situasi sosial dan latar belakang pemikiran berbeza[4]  maka kesimpulan mereka tidak sama.

Mengapa kita memilih utk membicarakan tentang sosok Ibn Taimiyyah? Pertama, kerana ia selalu difahami sebagai pemikiran yang bermusuh dengan akal. Kedua, dari rahim pemikiran Ibn Taimiyyah telah lahir ramai tokoh reformis Islam antaranya Shaykh Waliyullah ad- Dahlawi, Muhamnmad Abduh, Rashid Ridha dan ramai lagi tokoh gerakan Islah selainnya.



Prinsip kesesuaian yang diasaskan Ibn Taimiyyah boleh dilihat kepada tajuk penulisannya yang mengandung kata Muwafaqaat atau Dar Ta’arud. Meskipun perkataannya hampir sama maksud dengan al- Ittisal oleh Ibn Rusyd tetapi prinsip yang digunakan berbeza dalam memahami makna akal dan wahyu. Prinsip ini jelas kelihatan dalam komentarnya terhadap soalan ahli falsafah dan mutakallimun khususnya Fakhr ad- Din ar- Razi dalam soalnya, “bagaimana penyelesaiannya terjadi jika terjadi pertentangan antara akal dan wahyu”[5].

Dari semua perbahasan Ibn Taimiyyah, sekurang- kurangnya dapat dirangkumkan dalam tiga prinsip utama. Pertama, tradisional atau rasional tidak dapat menentukan kebenaran sesuatu. Bagi Ibn Taimiyyah, ada wahyu yang bersifat tradisional dalam perkara sam’iyyun dan ada yang bersifat rasional dalam menjelaskan sesuatu hal[6]. Kedua, jika terjadi pertentangan antara akal dan wahyu maka prioriti diberikan kepada wahyu[7].Prinsip ini maseh bersifat umum dan tidak termasuk pertentangan antara pengetahuan tradisional dan rasional. Ketiga, jika pertentangan terjadi antara akal dan wahyu harus disemak sama ada ia bersifat qat’ie atau zhanni. Tidak mungkin terjadi pertentangan jika keduanya bersifat  qat’ie. Jika keduanya bersifat zhanni maka ditimbang mana yang lebih pasti(rajih). Jika kesimpulan dihasilkan akal lebih pasti maka keutamaan diberikan kepada kesimpulan akal berbanding wahyu. Kesimpulan akal diutamakan bukan kerana ia berasal dari akal tetapi kerana sifatnya yang lebih tepat[8].

Secara umumnya Ibn Taimiyyah menolak keberadaan akal utk menentukan asas wahyu dengan alasan wahyu tidak dapat diketahui melainkan melalui Nabi SAW. Meskipun kebenaran wahyu dapat diketahui dengan akal, tetapi akal tidak dapat menetapkan duduk letaknya wahyu.

Biarpun demikian, Ibn Taimiyyah sama sekali tidak merendahkan makna akal jika akal difahami dalam a) naluri(gharizah) b) pengetahuan yang diperolehi dari akal. Sebagai gharizah, akal menjadi petunjuk bagi segala ilmu sama ada rasional ataupun tidak rasional, dan dalam keduudukannya sebagai syarat petunjuk, akal tidak sama sekali bertentangan dengan wahyu. Malah pengetahuan yang diperoleh dari gharizah tadi akal difahami sebagai pengetahuan akal yang jelas dan pasti kebenarannya(‘aqli qat’ie).Pada hujah ini Ibn Taimiyyah tidak menmberikan contoh kepada pengetahuan akal yg  ‘aqli qat’ie itu. Mungkin maksudnya adalah pengetahuan akal yang diperoleh secara fitrah, seperti yang dijelaskan dalam Naqd al- Mantiq[9]. Tetapi mungkin juga bermaksud necessary knowledge iaitu pengetahuan yang diperoleh secara tawatur dan yang menjamin pengetahuan secara pasti(‘ilm al- yaqini) secara lafzi atau maknawi. Pengetahuan ini dimiliki dalam kalangan sahabat, tabi’in dan tabi’ut tabi’in(generasi tiga kurun terawal selepas kewafatan Nabi SAW) sebagai sumber pengetahuan tradisi yang terpercaya[10].

Melaluinya. ta’wil pada pandangan Ibn Taimiyyah difahami dengan merujuk kepada makna yang dikehendaki oleh Allah dan utusanNya, Muhammad SAW. Ta’wil bagi Ibn Taimiyyah terbahagi kepada dua. Pertama, ta’wil yang diperintah kepada manusia untuk berbuat, ta’wil al-talabi, iaitu ta’wil tentang perintah dan larangan(al- amr wa al- nahy). Disini Ibn Taimiyyah menerima kontradiksi antara satu teks dan satu teks yang lain melalui nasikh dan mansukh. Kedua, ta’wil  yang disampaikan Allah tentang diriNya, Hari Kiamat dan lain- lain hal yang bersifat ghaibiyyat. Ta’wil dalam masalah ini hanya Allah mengetahuinya, manusia hanya dapat mengetahui makna literal teks, hakikat di sebaliknya tidak diketahui. Dalam masalah doktrin, Ibn Taimiyyah tidak melihat kontradiksi teks wahyu seperti dalam ta’wil al- talabi, kontradiksi itu hanya wujud dalam akal orang yang memahami[11].

Barangkali pada prinsip yang ketiga dan bahagian ta’wil al- talabi kita melihat paradoks yang terjadi pada trend  neo-  salafisme lewat selepas kemunculan gerakan dakwah  Muhammad bin Abdul Wahab. Dalam hal- hal pokok atau prinsip, tiadalah banyak perbezaan besar antara pemikiran Muhammad bin Abdul Wahab dan Ibn Taimiyyah. Berikutan tokoh yang bermazhab Hanbali ini banyak terkesan dengan pemikiran Ibn Taimiyyah dalam prinsip aqidah dan ibadah. Paradoks yang dimaksudkan adalah paradoks yang terjadi lewat fatwa- fatwa yang dikeluarkan dalam urusan politik dan sosial kemasharakatan (mu’amalah).

Neo- salafisme adalah aliran kefahaman agama, budaya dan politik yang sempit. Barangkali kita berbeza pendapat dalam pengistilahan neo- salafisme kerana yang dibahaskan adalah spektrum yang berbeza. Ilmuwan yang datang dari tradisi Muhammad bin Abdul Wahab seringkali dirujuk mempunyai sikap kejumudan, kekerasan dan merujuk kepada fiqh yang berpaksikan ide-ide fanatisme.

Fahaman politik neo- salafisme adalah senjata bagi rejim Saudi yang didokongi oleh faham agama Muhammad Abdul Wahab untuk mengekalkan kekuasaan mereka. Walaupun penubuhan Dinasti Saud adalah dengan kekerasan dan pemberontakan (dan tidak dikatakan HARAM, HARAM dan HARAM oleh para pengikut doktrin agama Muhammad Abdul Wahab), namun untuk mengekalkan kekuasaan mereka yang dianggap sebagai benteng terakhir faham Islam yang sebenar. Mereka mempopularkan doktrin haramnya menegur pemerintah dengan sikap 'pick and choose' terhadap dalil- dalil dan juga pendapat sesetengah ulama salaf tanpa melihat kepada 'illat, maqasid dan juga faktor sosiologi.

Ibaratnya, seorang yang telah memanjat pokok dengan menggunakan tangga, apabila telah sampai ke puncak pokok, ditendangnya tangga agar orang lain tidak boleh memanjat seperti beliau. Malangnya, apabila slogan ittiba' dijadikan modal, dan dikecilkan ruang 'kebenaran', maka golongan yang tidak melihat Islam secara meluas menjadi mangsa.

Contoh yang paling popular adalah bagaimana Ibn Taimiyyah telah mengkritik Raja Tartar melalui fatwanya kerana Raja Tartar yang bernama Qazan itu melakukan kezaliman terhadap rakyatnya dan penyelewengan harta negara[12].

Dalam kes yang lain, hadis yang selalu didendangkan oleh golongan neo- salafisme : “Dengar dan taatlah pada pemerintah walaupun punggung(iaitu belakang)mu dipukul dan hartamu dirampas! Dengarlah dan taatilah" (sebahagian hadith yang panjang, dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya, no. 1847) Ia adalah hadith dha'if. Didhaifkan oleh Imam al-Daraquthni, Imam Muslim sendiri[13], bahkan juga didhaifkan oleh ulama hadith salafi Syaikh Muqbil Hadi al-Wadi'i. Jika kita ingin mencuba membina kaedah atas prinsip yang ketiga tadi, maka nas yang bersifat zhanni seperti ini berlawanan dengan pengetahuan akal yang qat’ie. Pertama, haram melakukan kemudaratan dan membiarkan kemudaratan. Kedua, dalam sistem demokrasi pada hari ini, nas ini tidak terpakai(malah tidak boleh dihujahkan langsung kerana dha’if!) kerana pengetahuan akal yang lebih tepat berdasarkan sirah sahabat telah memberitahu kita bahawa manusia merdeka bukan hamba kepada manusia yang lain, manusia mempunyai kemuliaan sebagai insan, kezaliman perlu dilawan. Bahkan wujud riwayat yang banyak yang menunjukkan ramai sahabat dan tabien yang keluar daripada Imam dan menghayunkan pedang untuk menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran dan ada pula yang menyokong serta menolak untuk keluar dari Imam dan menetap di dalam ketaatan.
Misalnya di dalam sejarah juga telah menunjukkan wujud di kalangan sahabat dan tabien yang membantu Abdullah bin Ibnu Zubair ra di dalam menentang Bani Umaiyah[14].

Neo- salafisme menginterpretasikan nas-nas atas kesempitan makna, kejanggalan waqie' dan kekelabuan maqasid. Maka lahirlah fatwa- fatwa taat kepada pemerintah secara membabi buta kerana mengabaikan pemikiran Ibn Taimiyyah secara menyeluruh dalam ta’wil al- talabi dan prinsip ketiga yang dibahaskan tadi.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                



[1] Plato, Euthypro, 10
[2] Perbahasan tentang masalah akal dan wahyu dalam Islam dibahas oleh A.J. Arberry dalam bukunya, Revelation and Reason in Islam, 1965. Artikel tentang sejarah ringkas ditulis oleh A.S. Tritton dalam “Reason and Revelation dalam Arabic and Islamic Studies in Honor of Hamilton, Gibb, 1965, 619- 630.
[3] Lebih terperinci dalam usaha- usaha penyesuaian ini lihat sejarah ringkas oleh A.J. Arberry dana Reason and Revelation in Islam.
[4] Ibn Rushd tidak saja diperngaruhi oleh pemikiran masharakat yang beranggapan bahawa sains dan falsafah bertentangan dengan agama tetapi juga oleh konflik- konflik yang terjadi antara ahli falsafah dan ilmu agama. Berbeza dari Ibn Rushd, perhatian Ibn Taimiyyah difokuskan kepada pemahaman masharakat tentang Islam yang dalam pandangannnya dirosakkan oleh doktrin Sufism, teologi dam falsafah seperti yang ternampak dalam amalan bid’ah oleh masharakat. Lihat Bello, Iysa A., Medieval Islamic Controversy Between Philosphy and Orthodoxy. Ibn Taimiyyah, Haqiqat Mazhab al- Ittihadiyyah dalam Majmu’at al- Fatawa, Maktabah Dar al- Salam, 2003.
[5] Ibn Sina dalam al- Risalah al- ‘Adawiyyah, al- Gahzali dalam risalah Qanun al- Ta’wil, Ibn Taimiyyah focus kepada Fakhr al- Din ar- Razi dalam kitabnya Asas al- Taqdis fi ‘ilm al- Kalam, dan al- Matalib al- ‘Aliyah.
[6] Ibn Taimiyyah, Dar al- Ta’arud, Maktabah al- Ma’rifah, 1985, 198
[7] Ibid, 170-171
[8] Ibid, 87
[9] Dalam kitab ini menjelaskan fitrah adalah kecenderungan alamiah manusia kepad akebenaran, namun kecenderungan untuk mengikutri kebenaran secara am ini tidak sempurna dan kerana itu fitrah alamiah ini disempurnakan dengan fitrah al- munazzalah iaitu agama yang diwahyukan memeberikan penerangan tentang framework tentang kebenaran secara lebih terperinci. Maka bagi beliau pengetahuan yang diperoleh secara inuitif ini memiliki kebenaran yang sama dengan pengetahuan wahyu. Sebab beliau yakin Allah menciptakan fitrah dalam sebaik- baik kejadian(ahsan al- taqwim), kesesatan hanya disebabkan individu. Maka berasaskan pemahaman ini beliau berpendapat pertentangan akal dan wahyu tidak terjadi. Lihat Naqd al- Mantiq, 39.
[10] Dar al- Ta’arud, 195
[11] Ibid, 206- 230
[12] Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 14/92
[13] Hadis dengan lafaz " تَسْمَعُ وَتُطِيعُ لِلأَمِيرِ وَإِنْ ضُرِبَ ظَهْرُكَ وَأُخِذَ مَالُكَ فَاسْمَعْ وَأَطِعْ - Dengar dan taatlah pada pemerintah walaupun punggung(iaitu belakang) mu dipukul dan hartamu dirampas! Dengarlah dan taatilah" adalah salah satu contoh dari segelintir hadith-hadith mutabaat dan syawahid yang dha'if terkandung dalam Sahih Muslim dan ia telahpun didha'ifkan oleh Imam Muslim sendiri. Mereka yang membaca Sahih Muslim dengan kaca mata ahli hadith sahaja yang akan dapat mengecam bahawa hadith ini telah didha'ifkan oleh Imam Muslim dengan isyarat dalam kitab Sahihnya sendiri. Imam Muslim memasukkan hadith ini bersama-sama hadith semakna yang tiada ziyadah (tambahan lafaz) dalam satu bab, dan hadith tanpa ziyadah disebut dahulu sebelum hadith dengan ziyadah, tujuan beliau lakukan sedemikian rupa ialah sebagai isyarat untuk menjelaskan bahawa ziyadah itu lemah, dan ini adalah antara metod Imam Muslim mendhaifkan sesebuah hadith dalam kitab Sahihnya, demikian juga para huffaz hadith lain semisal al-Bukhari, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban
[14] al-Bidayah wa al-Nihayah, 238.


Rabu, 27 Julai 2011

Wahabi yang Aku Fahami

3 komen pembaca
Isu wahabi timbul lagi dengan tafsiran teroris. Jika dahulu, wahabi adalah mereka yang tidak membaca qunut, tidak menetap dalam satu- satu mazhab dan paling utama, melawan status quo tradisionalis.

Apakah sebenarnya Wahabi?

Wahabisme adalah aliran kefahaman agama, budaya dan politik yang sempit. Walaupun Dr Maza menulis bahawa wahabi adalah momokan kepada Salafisme, aku mohon untuk berbeza pendapat dalam spektrum yang berbeza. Bagi aku, tiada kena mengena dengan Salafisme yang lebih luas. Terma Salafisme lebih merujuk kepada gerakan tajdid, proses perubahan dan juga sikap progresif seperti yg telah ditunjukkan oleh Muhib al-Din al-Khatib pengasas Maktabah al-Salafiyyah & co., serta yang paling utama ialah Muhammad Abduh dan gerakan Islah sedunia di zamannya. Wahabisme pula adalah sikap kejumudan, kekerasan dan merujuk kepada fiqh yang berpaksikan ide-ide fanatisme.

Aku percaya tidak kira sama ada sufi, salafi atau khalafi boleh menjadi Wahabi jika dia membunuh idea seseorang tanpa ilmu untuk tidak bersetuju.

Fahaman politik Wahabisme adalah senjata bagi rejim Saudi yang didokongi oleh faham agama Muhammad Abdul Wahab untuk mengekalkan kekuasaan mereka. Walaupun penubuhan Dinasti Saud adalah dengan kekerasan dan pemberontakan (dan tidak dikatakan HARAM, HARAM dan HARAM oleh para pengikut doktrin agama Muhammad Abdul Wahab), namun untuk mengekalkan kekuasaan mereka yang dianggap sebagai benteng terakhir faham Islam yang sebenar. Mereka mempopularkan doktrin haramnya menegur pemerintah dengan sikap 'pick and choose' terhadap dalil- dalil dan juga pendapat sesetengah ulama salaf tanpa melihat kepada 'illat, maqasid dan juga faktor sosiologi.

Ibaratnya, seorang yang telah memanjat pokok dengan menggunakan tangga, apabila telah sampai ke puncak pokok, ditendangnya tangga agar orang lain tidak boleh panjat seperti beliau. Malangnya, apabila slogan ittiba' dijadikan modal, dan dikecilkan ruang 'kebenaran', maka golongan yang tidak melihat Islam secara meluas menjadi mangsa.

Kesimpulannya, aku menulis Wahabisme dalam terma sebahagian konteks yang difahami di barat(political science). Mereka menginterpretasikan nas-nas atas kesempitan makna, kejanggalan waqie' dan kekelabuan maqasid. Maka lahirlah fatwa- fatwa taat kepada pemerintah secara membabi buta.

Benarlah kata Rasulullah saw "ربّ حامل ففه ليس بفاقه وربّ حامل فقه الى من هو افقه منه," betapa ramai yang memikul fiqh dengan sijil- sijil kesarjanaan tetapi tidak berpengertian.

Rujukan : Dr Maszlee Malik


Sabtu, 5 Februari 2011

Syahid di Mesir- Al- Qaradhawi

0 komen pembaca
Egyptian-born cleric Sheikh Yussef al-Qaradawi talks during a news conference in Algiers March 28, 2007. Qardawi attended the fifth International Al-Quds conference in Algeria. REUTERS\Zohra Bensemra (ALGERIA)
Saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada – Sheikh Yusuf al-Qaradhawi

Al-Qaradhawi : Rakyat Mesir wajib turun ke jalan raya, peserta demonstrasi mati syahid!

Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menyifatkan Presiden Mesir, Husni Mubarak sebagai ‘mula menyembelih rakyatnya sendiri’ selepas tercetusnya pertempuran berdarah antara penyokong presiden Mesir itu dan para peserta demonstrasi pada Rabu, 2 Februari 2011 di Medan Tahrir.

Beliau disifatkan sedemikian kerana pertempuran itu berlaku selepas 9 hari majoriti rakyat Mesir berdemonstrasi menuntut pengunduran Husni Mubarak daripada kerajaan.

Mubarak, menurut al-Qaradhawi lagi “telah mula menyembelih tanahairnya sendiri dan bertindak seperti tindakan Firaun serta menjadikan sebahagian rakyat Mesir berkuasa ke atas sebahagian yang lain”.

Syaikh al-Qaradhawi turut berdoa supaya Allah membebaskan rakyat Mesir daripada penderitaan mereka dan membebaskan mereka daripada ‘para taghut’.

Ketegasan dan kelantangan al-Qaradhawi

Ketegasan dan kelantangan Syaikh al-Qaradhawi berhubung situasi semasa di Mesir begitu terserlah apabila beliau, melalui stesen satelit al-Jazeera pada 2 Februari 2011, menegaskan adalah menjadi kemestian ke atas setiap rakyat Mesir menyertai ‘Perarakan Jutaan Umat’ yang akan diadakan pada jumaat depan.(4 Febuari 2010)

Perhimpunan tersebut yang akan diadakan bagi menguatkan tekanan ke atas Presiden Husni Mubarak, disifatkan oleh para peserta demonstrasi sebagai ‘Jumaat Pemutus’ yang merupakan kesinambungan kepada perarakan pada Jumaat lepas yang dinamakan sebagai‘Jumaat Kemarahan’.

Lebih daripada itu, Al-Qaradhawi yang tinggal dalam buangan di Qatar itu, menganggap bahawa “turun ke jalan raya khususnya hari Jumaat, untuk menyertai bantahan merupakan kewajipan syarak ke atas setiap yang mampu pergi ke tempat-tempat perhimpunan dan tidak ada keuzuran yang menghalangnya”.

Sehubungan itu, beliau menggesa para ulama al-Azhar dan lepasan universiti itu agar memimpin dan menyertai perarakan membantah kezaliman regim Husni Mubarak di seluruh Mesir.

Dalam ucapan yang ditujukan kepada Husni Mubarak, al-Qaradhawi memberi amaran kepada Presiden Mesir itu bahawa “kami akan menghadapi kamu dengan doa diwaktu sahur dan dengan setiap orang yang kusut rambutnya dan berdebu tubuh badannya yang jika dia berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memperkenankan doanya”.

Beliau merujuk kepada hadis Nabi s.a.w yang memperihalkan kewujudan sebilangan manusia yang sangat mustajab doanya, meskipun mereka pada zahirnya kusut masai rambutnya dan berdebu tubuh badannya.

Sebagi ingatan kepada Mubarak, al-Qaradhawi menegaskan bahawa “doa orang yang dizalimi akan diangkat oleh Allah melepasi awan dan akan dibukakan untuknya pintu-pintu langit sambil Dia berkata, “demi keagungan dan ketinggianKu, Aku akan menolongmu walau pun selepas beberapa ketika”.

Peserta demonstrasi yang terbunuh mati syahid


Di akhir ucapannya, al-Qaradhawi memperlihatkan sikap dan pandangannya berhubung rakyat Mesir yang menyertai demonstrasi membantah regim Mubarak dan kedudukan mereka yang terbunuh dalam demonstrasi tersebut pada pandangan syarak.

Dalam ucapan yang ditujukan kepada para pemuda yang menggerakkan demonstrasi di Mesir, al-Qaradhawi menyatakan, “saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada’”.

Terdahulu, dalam perutusan khas, al-Qaradhawi di atas nama Kesatuan Ulama Islam Sedunia, memfatwakan bahawa rakyat Mesir yang terbunuh dalam tunjuk perasaan di Mesir sebagai mati syahid.

Asas kepada fatwa ini ialah hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “sebaik-baik orang-orang yang mati syahid ialah Hamzah r.a dan seorang lelaki yang pergi kepada pemimpin yang zalim, lantas menyuruhnya melakukan makruf dan menegahnya dari kemungkaran, lantas dia dibunuh”.

Difahami daripada fatwa ini, rakyat Mesir yang berdemonstrasi membantah regim Mubarak,  pada hakikatnya sama seperti seorang yang tampil membantah pemimpin yang zalim yang mengakibatkannya dibunuh, seperti yang disebutkan dalam hadis yang dinyatakan.

Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=0GVROeUMWKo

http://www.youtube.com/watch?v=9yOuJyTpqTw

http://www.youtube.com/watch?v=d-4CdXpm8ZE

http://www.youtube.com/watch?v=LoiL_1nkDTA

http://www.youtube.com/watch?v=2YH4oAZLdJs

Khamis, 3 Februari 2011

Revolusi Mesir, Khawarij dan Israel

0 komen pembaca
Oleh: Muhammad bin Abdul Razak


Perjuangan rakyat Mesir bukan Khawarij

 Hujjah pertama:
1)Khawarij menggunakan kekerasan dan menghalalkan darah kaum Muslimin,manakala rakyat Mesir tidak menggunakan kekerasan dan tidak menghalalkan darah kaum Muslimin.Mereka berhimpun secara aman untuk menuntut kembali hak mereka.

Syubhat:

-Berlaku kes-kes jenayah seperti kecurian,membakar harta benda awam,rogol dan sebagainya.

Jawapan:

-Jenayah tersebut dilakukan oleh samseng upahan regim Hosni Mubarak serta para penjenayah,bukannya rakyat Mesir yang menuntut hak mereka.Bahkan rakyat Mesir dan tentera Mesir saling bantu membantu melakukan pemeriksaan identiti bagi mereka-mereka yang ingin menyertai perhimpunan supaya tidak wujud dari kalangan mereka provokator/samseng upahan regim yang bertindak melakukan keganasan bagi memfitnah perjuangan rakyat Mesir.Sila ikuti laporan berita:

http://www.huffingtonpost.com/t/live-call-estr4ng3d-peopl_32380031153995776.html

Hujjah kedua
2)Tentera Mesir menyatakan perjuangan rakyat Mesir untuk menuntut hak mereka adalah sah,dan mereka(tentera) berada di belakang rakyat.Mustahil tentera sebuah negara boleh berganding bahu dengan "khawarij" ini.Sila ikuti laporan:

http://news.yahoo.com/s/afp/20110131/wl_africa_afp/egyptpoliticsunrest

http://www.alarabiya.net/articles/2011/02/02/135974.html



Peranan Israel

Ada suara-suara sumbang mengatakan Qatar bersekutu dengan Amerika dalam menjatuhkan regim Hosni Mubarak. Mereka cuba mengaitkan peranan para Ulama Sunnah di sana seperti Dr Yusof Al-Qaradawi serta media Qatar dan (media milik umat Islam umumnya) Al-Jazeera sebagai dalang. Malangnya dakwaan mereka ini hanya tinggal dakwaan. Sumber yang mereka ambil adalah sumber Yahudi dan Zionis yang berkehendak agar "sufi tariqat zionissiah" husni mubarak kekal berkuasa, supaya mereka boleh berwenang-wenang mengekalkan penjajahan mereka atas Palestin. Silakan baca akhbar Yahudi ini, Haaretz:

http://www.haaretz.com/news/diplomacy-defense/without-egypt-israel-will-be-left-with-no-friends-in-mideast-1.339926

Justeru,mereka yang begitu bersungguh-sungguh mempertahankan Hosni Mubarak adalah mereka yang ingin agar Israel terus bertapak di bumi Al-Quds.....


Sila lihat peranan media Yahudi spt haaretz ini yang cuba menggambarkan bahawasanya wujud bilangan yang ramai dari kalangan penyokong Hosni Mubarak berdemonstrasi menentang kumpulan yang anti-mubarak:

http://www.haaretz.com/news/internationa...l/pro-mubarak-forces-rally-against-opposition-as-egypt-army-urges-return-to-normal-life-1.340825

Lihat betapa optimis dan berharapnya si Israel ini agar Hosni Mobarak ini kekal berkuasa:

http://www.time.com/time/world/article/0,8599,2044929,00.html


Dalam menyaingi pengaruh media milik Umat Islam Al-Jazeera yang berpusat di Qatar,betapa agen- agen Yahudi ini berusaha bersungguh- sungguh mengenakan sekatan ke atas Al-Jazeera. Sila lihat:

http://news.yahoo.com/s/nm/20110130/wl_nm/us_egypt_aljazeera_3


Sila baca lagi betapa terancamnya Israel dengan kejatuhan Hosni Mubarak:

http://www.voanews.com/english/news/Israel-Fears-Unrest-in-Egypt-Could-Jeopardize-Peace-Treaty-114859904.html


Khatimul

Jangan ada antara umat Islam bersungguh-sungguh mempertahankan Hosni Mubarak tersebut dan proksi- proksi mereka yang sudah jelas,terang lagi bersuluh bekerjasama dengan Zionis Yahudi Israel, janganlah anda mempergunakan jenama Sunnah dan Salaf bagi memepertahankan kebathilan ini. Dan jangan pula anda berperangai seperti Munafiq yang memusuhi gerakan pembebasan Al-Quds, tidak kiralah mereka ini dari Qatar atau mana-mana pun!!!

Rakyat Mesir perlu bangun mengambil hak mereka untuk mendapat kemajuan dan pembangunan. Kalau mereka diam, berapa billion duit umat Islam Mesir akan terus jatuh ke tangan regim Mubarak untuk membina empayar kekayaan peribadi. Israel dan Amerika Syarikat sendiri memberi USD 2 billion setiap tahun kepada regim Mubarak, tapi kemana wang itu disalurkan? Untuk membina universiti2? Atau membina penjara- penjara politik?? Atau memerangi Ikhwan atas nama memerangi terrorist? 

Viva La Revolucion! 

p/s :Baca juga artikel Amerika Syarikat bingung terhadap 'Intifada' terbaru!

Khamis, 27 Januari 2011

Revolusi dan Islam.

0 komen pembaca
Dr Azam Tamimi menyebut : "Para rejim di Mesir, di Jordan, Yaman, Algeria, Libya dan Arab Saudi juga boleh runtuh." Benar katanya bahkan Raja Jordan kini berjanji memperbaiki nasib rakyatnya setelah bimbang dengan apa yang berlaku di Tunisia. Tapi Arab Saudi masih boleh rileks kerana ramai tokoh agamawan berdiri kukuh dibelakang mereka. Kasihan rakyat, apabila agama hanya menyokong pemerintah



Sejujurnya aku rasa tercabar(sakit hati dan geram) bila mereka yang terus terusan mengutuk para revolusinis dan demonstrator sebagai khawarij, anjing neraka dan sebagainya. Mereka mengkritik dari bilik yang sejuk dan selesa, sedangkan para revolusinis menyerahkan darah dan nyawa mereka di jalanan untuk melihat keadilan dan kebebasan tertegak di tanah air.

Dari status fb Ustaz Emran bin Ahmad:

Memang betul. Sebab itu kita lihat ramai pemerintah sekarang ini yang berkuasa adalah Khawarij. Dahulunya, apabila kerajaan yang zalim berkuasa, para ulama sunnah tidak menyebelahi rakyat tetapi sibuk mengampu dan membodek pemerintah dan pihak yang berkuasa konon itu kerja sunnah. Tetapi rakyat tetap menderita dan tertindas.

Saban hari ulama sunnah ini terus bercakap soal agama dan tauhid. Tetapi rakyat tetap menderita dan tertindas. Kemudian para ulama' sunnah ini bercakap soal solat cara nabi. Tetapi rakyat tetap tertindas dan dizalimi. Fitrah manusia yang diciptakan oleh Allah swt, sunnatullah yang diajarkan oleh Islam mengatakan manusia cintakan keadilan dan kebenaran tidak kira dari mana ianya datang.

Tapi rakyat tidak dapat bersabar, kezaliman tidak mampu ditahan lagi kerana setiap sesuatu itu ada hadnya.

Lalu akhirnya revolusi dicetuskan oleh anak-anak muda, orang yang berkefahaman sosialis, para pemikir yang terpengaruh dengan kebebasan yang diajarkan oleh barat lalu mereka inilah yang membela nasib rakyat, mempertahankan hak-hak rakyat. Maka tercetuslah revolusi, reformasi dan segala usaha menjatuhkan kerajaan pun berlaku.

Rakyat pun mengikuti orang-orang ini dan meninggalkan agama... Agama candu.... Agama menipu... Agama tidak memajukan umat... Agama hanya untuk raja-raja zalim untuk kekal memerintah....Demikianlah sejarah pun berulang kembali seperti yang pernah berlaku di Turki, di Tunisia, Di Libya, Di Mesir, Di Algeria, dan akan terus berlaku kerana kejahilan umat dan kebengapan pendakwah sunnah akan isu ummah....Merekalah Ruwaibidhoh, tidak menambah kecuali kesesatan dan kerosakan ummah.

Kalau anda baca sejarah dunia, anda akan mendapati semua pemimpin yang ada pada hari ini adalah pemimpin revolusi bagi rakyat mereka suatu ketika dahulu.... Kenapa mereka sekular ? Kenapa mereka Sosialis ?? Kenapa mereka menolak Islam dan agama ??? 


Sejarah membuktikan bahawa pemimpin seperti Muammar Ghadaffi, Jamal Abd Nasir, Ali Abd Salleh juga menaiki takhta mereka sebagai pemimpin melalui jalan kebangkitan rakyat tetapi sejarah tetap terus berulang dan kezaliman tetap terus berlangsung kepada rakyat. Kenapa ? Kerana orang agama tidak memainkan peranan mereka...Ayuh segeralah tiupkan wisel, ajak orang agamawan di sekeliling anda memainkan peranan mereka dengan berkesan.

Kerana mana ulama' dan agamawan mereka dahulu ketika diperlukan ? 

Sudah tiba masanya para ulama dikejutkan dari kerusi malas mereka dan turun kepada rakyat jelata.

Jika Ulama' dan jika Ahli Sunnah yang mengetuai perjalanan revolusi dan reformasi rakyat maka sudah pasti sejarah akan berubah dan nescaya masa depan akan menjadi lebih memihak kepada Islam dan membawa kebaikan kepada ummah. Sebab itulah Allah swt menjanjikan di akhir zaman bahawa revolusi akan dibawa oleh Al-Mahdi dan Nabi Isa as, bukannya pemimpin sekular atau sosialis yang berkefahaman sesat atau salafi yang membodek pemerintah...

Sunnah yang sahih ialah menjatuhkan kezaliman dan mengangkat kebenaran... Itulah Islam yang sahih. 
Saya tidak menyalahkan sesiapa cuma mengeluh sendiri dengan situasi umat. Nasihat saya kepada para ulama' dan alim agama yang mahu beramal dengan hadis mentaati pemerintah ialah rajin-rajinlah sama turun ke sawah, ke perkampungan nelayan, felda dan kampung-kampung orang miskin dan merasai kesusahan mereka. Usah bercakap soal aqidah, soal tauhid tetapi soal kemanusiaan yang asas pun kamu tidak mampu pertahankan.

Kamu buktikan dahulu bahawa kamu adalah manusia dan mempunyai sifat kemanusiaan sebelum kamu bercakap soal agama dan perihal ketuhanan. Maafkan saya atas luahan ini wahai saudara-saudaraku sekalian.

 
Capai tulisan Ustaz Emran di http://www.ustaz.blogspot.com/



Sabtu, 27 November 2010

Kenapa Aku Berani?

9 komen pembaca
Ada seorang kawan bertanya:

Salam aku nak tanya hang tak takut ka bila hang duk cakap pasai politik ni.......Kan kita still bawah umur ............Aku ni agak berminat dengan politik so aku agak tau apa yg hang duk cakap tu........Tapi aku heran awat hang berani sangat.......
Maka aku menjawab persoalannya.. :

Wassalam.

Pertama, kita perlu faham apa yang kita perjuangan. Inti perjuangan. Negara kita berada dalam keadaan parah hari ini. Kita diperintah oleh gila kuasa dan perasuah. Mana mungkin akal yang sihat berdiam diri saja atas semua ini? Melainkan wujud satu rasa dalam diri untuk mengislah keadaan. Ini adalah fitrah manusia.

Kedua, persoalan bawah umur. Dah baligh masih belum cukup umur? Kalau kita mati sebentar lagi, kemudian dihadapkan kepada Allah, Allah tanya, apa yang telah kamu perjuangkan untuk Islam? Sedangkan aku berdiam diri apabila kezaliman berlaku di depan mata. Mana aku nak letak muka aku???

" Saya rasa lebih baik kita tak bercakap tentang politik. Sebab kita budak lagi, mungkin kita boleh sambung bila umur kita cukup 21."

Aku rasa pernyataan ni bengong. hehe. kenapa aku kata bengong? sebab bagi aku, semenjak kita capai akil baligh lagi kita dah ditaklifkan dengan tanggungjawab sebagai seorang yang 'dah cukup umur' dari sisi Islam. Makanya apa? Politik adalah hablumminannas, bukan benda3 biasa bhai, benda yang menjadi tuntutan agama.

Lagi satu, negara ni demokrasi apa? Kalau budak umur 5 tahun pun nak cakap pasal politik apa hak kita nak halang dia sebagai individu merdeka yang bebas bersuara. Tolong jangan jadi konservatif.

Yang cakap macam tu akil baligh dia umur 21 ke? Haha

Boleh tengok link ni untuk faham lagi: http://ms.langitilahi.com/perkongsian-pembantut-kematangan/

Ketiga, kenapa kita perlu takut atas ketakutan yang kita bina sendiri? Sedangkan ketakutan itu tak perlu wujud. Kalau ikutkan rasa takut, mana mungkin kita yang ada hari ini adalah kita. Mana mungkin negara hari ini adalah seperti mana harini. Kerana para pejuang semua takut untuk menyatakan kebenaran?

Ahh, senang cerita, jika gentar akan risiko usah bicara soal perjuangan!

Bagi aku siasah adalah satu perjuangan. Aku tak bisa membazirkan masa aku begitu sahaja bahkan anak muda perlu ada satu perjuangan yang menjadi urusan hidupnya.








Tatkala anak muda lain hanyut dengan cinta dan maksiat, kenapa tidak kita ini hanyutkan diri kita dengan perjuangan siasah?

Dato' Utama Mahdi Hassan dalam teks Saasatul Ibaad kepada Bendahara Abdul Jalil ada menulis,

"Jika dipisahkan Islam dengan siasah ibarat memisahkan jantung dengan jasad...matilah ia"

Malu aku, malu kerana hang kata aku berani. Sebab aku berjuang untuk Islam, kebenaran dan keadilan tidaklah sampai ditamatkan pengajian.

Anwar Ibrahim, pada masa beliau mahasiswa, beliau berjuang untuk rakyat Baling yang kebuluran; kerajaan tidak membela petani miskin Baling, beliau ditamatkan pengajian dan disumbat dalam penjara. Kerana menyatakan kebenaran dan menegakkan keadilan untuk rakyat marhaen.

Mereka yang terdahulu berjuang lebih dahsyat dari aku, apalah sangat usaha aku berbanding mereka.

Pedulikan undang- undang manusia, siapa mereka??? Allah itu lebih berkuasa!

Penakut tidak akan ke mana- mana. Kekal di takuk lama. Tidak bisa membuat sebarang perubahan untuk umat.

Sebab itu aku berani. 

Alhamdulillah, aku berjaya basuh kawan aku tu. :

Wah! Aku dah rasa macam bersemangat untuk berjihad..... Insya Allah aku akan cuba untuk berubah bermula dengan diri aku dan keluarga aku. Aku pun memang nak lihat perubahan untuk negara kita..So aku harap hang bila balik hang akan dapat melakukan perubahan dalam negara kita. Hang kan nak jadi imam besar (LOL)......Thanks for the info....Aku harap remaja la ni dapat buat something untuk negara kita yang dah nazak ni........ 

P/s: Pejuang muda sekalian, jangan lupa tarikh 11.1.11!  Kejutan besar bakal berlaku.

Sabtu, 13 November 2010

Tudung Hanya Pakaian Biasa

19 komen pembaca
 Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (59)

Ada mangkuk jobo tulis kat sini: Tudung Hanya Pakaian Biasa.

Aku tak sangka ada jugak mangkuk ayun berhujah soal kebebasan macam ni tapi tak merujuk rangka kebebasan yang tulen menurut epistemologi.


Okay, hampa dah baca dah ke blog mamat tu? Kalau dah baca sila baca tulisan aku pula.

Kembali kepada soal KUASA.... Dengan mengambil kira sensitiviti, ada pihak yang berKUASA menentukan.... Pihak yang berKUASA perlu bertanggungjawab dengan mengambil kira KEPERLUAN lebih dari mudharat. Mudharat bila tak menurut suruhan agama terlalu banyak..

Agama terlalu personal aku rasa fahaman yang terlalu klasik.. Aku rasa agama juga ada tempat dalam ruang awam.. Bagaimana? Hubungan manusia dengan Tuhan dan hubungan manusia sesama manusia juga ditanggapi agama..

Memang, aku juga lelah dengan penguasaan majoriti terhadap minoriti.. Tetapi membuat keputusan kepada tidak meletakkan law bertudung secara terus dan meletakkan mereka yang tidak terbuka sbagai makhluk- makhluk konservatif juga berlanggar dengan prinsip yang asalnya - kebebasan...

Sama ada perlu law bertudung atau tidak kita harus pergi kepada proses.. Di sini aku rasa perlunya ruang awam dan perkongsian idea secara intersubjektif.. Sama ada mereka setuju atau tidak untuk meneruskan bertudung tersebut bergantung kepada proses itu tadi.. Apa- apa kputusannya pasti mndapat legatimasi...

Aku pelik, kenapa orang merasakan soal agama adalah soal mereka seorang.. Agama juga soal masyarakat... Agama juga soal keadilan.. Bagi aku, iman tentang Tuhan (sebahagian inti agama) yang boleh dijadikan sebagai perkara personal.. Yang lainnya perlu di bawa ke ruang awam JIKA perkara-perkara agama ini dipercayai khianat terhadap nilai-nilai yg universal...

Contohnya, mamat ni menentang law bertudung di sekolah. Ini perkara yg bersangkutan dengan kpercayaan agama kan.. maka, melalui agama juga kita boleh melawan kepada sebarang ketidakadilan atau diskriminasi... Aku percaya dengan 'hablumminannas'.. Dan aku juga optimis trhadap agama..

Kemudian, masalahnya law menutup aurat itu di dalam ruang awam.. Bukan di dalam bilik tido mangkuk ayun tu.. maka persoalannya persoalan moral dan sensitiviti semua pihak .. kalau lahanat tu tiada masalah dengan moral, tapi dia kena tahu orang lain barangkali ada masalah dengan moral sebegitu... Dia juga setuju, iman manusia berbeza- beza, melibatkan pengalaman yang berbeza.. (dia ada ngaku dalam paragraph last) tapi dia mengatakan diaorang salah, nah, dia jugak meletakkan moral kan... bezanya dia antitesis terhadap diaorang, tapi dia masih memoralkan diaorang... Maka, keterbukaan tak muncul, yang ada ialah refeudalisme (dalam kata habermas) atau totalitarian semula..

Macam mana pulak jika aku mngatakan manusia dari dulu memang percaya keteraturan... Sejak manusia yakin terhadap agama... Kerana agama sendiri berangkat dari kata a-tidak dan gamma-kecelaruan... maknanya tidak celaru... Ada keteraturan... Dan keteraturan ini mengalami perubahan serta dinamikanya... Dia tidak boleh mngambil sejarah bulat2 dan membawanya terus ke dalam ruang dengan mlangkaui masa... (mangkuk ayun tu ambik contoh start law menutup aurat pasal penguasaan Ayatollah di Iran)

Aku tidak mempunyai masalah jika awek dia tak mahu bertudung... Aku tidak menghujahkan ya atau tidak... Tetapi apakah proses yg menyebabkan law bertudung itu boleh atau tidak dijalankan yg harus kita tekankan... Aku percaya dengan dialog, diskusi dan wacana... Jika sepanjang proses ini dijalankan dan dapatan hasilnya law bertudung ini tidak boleh dijalankan, maka aku terpaksa akur dengan ketentuan masyarakat... Walaupun bercanggah dengan kehendak aku yang mahukan law bertudung itu dijalankan... Kata akhirnya adalah di tangan masyarakat.. Aku percaya, manusia itu rasional dan proses wacana itu harus dilakukan sehari-harian, tanpa dominasi dan tanpa memberi label liberal lebih baik dan konservatif tidak baik... Itu hujah klasik...

Kesimpulannya, penulis artikel ni bodoh pasal aturan agama tapi berlagak pandai! HAHAHAHAHA

Dan ini adalah manusia hasil kerangka pendidikan UMNO. Anda harus akuinya.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Mufta Nooh Gadut Berfatwa Pasal Hasil Judi

0 komen pembaca

Hoi mufti! MAGNUM, TOTO, GENTING HIGHLANDS DAN LATEST KASINO DI SABAH.. BAGI PEGAWAI KERAJAAN MAKAN DUIT TU MELALUI GAJI APA HUKUMNYA???

Sepatutnya pak mufti nasihatkan kerajaan yang memerintah, tutup semua pusat judi yang ada kat Malaysia ni.. Bukannya ni caranya.. Kalau pak mufti kata ini pun haram, maknanya gaji pak mufti selama ini pun haram laa... Lain kali bagi fatwa pakai akal, bukan pakai kepala lutut.

Ustaz Zaharuddin- Pulangkan wang sumbangan kerana hasil judi?


Dr Asri: Bantuan kerajaan Pulau Pinang tidak haram

Khamis, 30 September 2010

Ali Abu Bantai Ostad Fathul Bari

0 komen pembaca
Ulama’ Mudo UMNO, ekau meh sini kojap



Kito straight to the point, tulisan Ostad Fathul Bari di link ni Royalti: Salah tetap angka doa ado yg den setuju, ado yg den tak setuju.

1] Doa orang yang dizalimi itu mustajab, jadi tak perlu lah nak ke Mokah kalau bertujuan semato2 nak berdoa. Duit RM 400k itu eloklah dibagi an kek den, Haziq, Afri, Pablo, Imran, Peruz dan Anaz buek belanjo nikah kawin. 10% dari 400k pun jadi la. Bro DAP dgn Ridzuan Ariffin kalau nak menambah bini tak perlu dibantu. Buek menghabih an boreh. Yg dapek biasiswa Saudi mcm Muiz lagi la tak payah. Ha Ha Ha. Bro Edyes apo hal bisik2 lak ni. Hihihi :p

Oh ye apsal Ostad UMNO ni tak persoalkan duit cukai rakyat sebanyak RM77 juta yg dibelanjakan PM Najib utk Yahudi Zionis APCO? Mengapa dabel stendet bai? Duit RM400 ribu ni pulak bukan duit cukai rakyat Kelantan. Malah orang Kelantan sendiri 'willingness to pay for that cost'. Takkan kau nak persoalkan hak demokratik rakyat Kelantan?

2] Tetibo Ostad UMNO ni kluar hadis “Sesiapa yang mahu menasihati pemerintah dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemerintah tersebut dan nasihatilah dia secara rahsia. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat) maka itulah yang diharapkan. Sekiranya dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat) telah melaksanakan tanggungjawabnya.” (Riwayat Ahmad)

Den bukan ostad tapi den boleh berfikir. Pertamo den nak tahu sapo audien yg mendengar sabda nabi ketika itu? Orang dari Yaman? Orang dari Iraq? Keduo den nak tahu tahun bilo nabi mengeluarkan hadis tu? Nabi bilo bercakap, dio akan tengok audiens tu. Dan ostad UMNO kito kluarkan hadis ni semato2 nak pertahankan PM Malaysia. Itu shj. Amik hadis lepas tu ditafsir out of context.

Pemimpin mcm mano yg nabi maksudkan dalam hadis tu? Itu yg menjadi persoalan utamo den. Masalah sekarang pemimpin Malaysia ini sbnrnya rakyat Msia samo macam kito yg dipilih melalui demokrasi. Sapo dapek undi terbanyak dari rakyat, dio lah yg monang. Dalam demokrasi, rakyat adalah tuan. Rakyat itu sendiri yg memilih pemimpin dari kalangan mereka. Ringkas cite, Menteri2 dan Yb2 ini adalah rakyat yg menawarkan diri nak jadi pemimpin. Time PRU diorng ni merayu2 nak jadi hamba rakyat. Rakyat setuju diorg jd hamba(berkhidmat/bekerja) dgn mengundi mereka. Rakyat sememangnya tuan krn mengundi mereka yg mahu jd hamba. Apsal tuan nak beradab(nak kono main tarik tangan) pulak menegur hamba. Jgn jadi bodoh bai. Gaji diorg pun rakyat bayar. Nak beradab lagi?

Kalau pemimpin yg dimaksudkan oleh ostad UMNO ini adolah Yang Dipertuan Agong dan Sultan di negeri2 Melayu, den boleh setuju sedikit. Tapi kalau menafsirkan hadis di atas hanya semato2 untuk pemimpin UMNO, pigi jalan daa.

3] Pelik kenapo Ostad UMNO ini tidak menggunakan hadis yang samo kpd TG Nik Aziz? Bai, ekau ingat TGNA ni kutu mcm den ko. Mangkuk. TGNA adolah MB negeri Kelantan. Kelantan adalah negeri, bukan wilayah Malaysia. Tanah kepunyaan Malaysia hanyalah KL, Labuan dan Putrajaya. Kelantan sebenarnya Negara yg bersetuju masuk persekutuan Malaysia. Bilo Kelantan masuk federal, Malaysia kito panggil Negara dan Kelantan kito panggil negeri. Itu je bezo dio. Macam tu jugak dgn negeri2 lain. Ia sebenarnya adalah Negara krn ia mempunyai Sultan, undang-undang dan enekmennya tersendiri. Ini bukan wilayah atau province mcm kek Arab Saudi atau China yg boleh dikontrol oleh pusat sesuko hati.

Jadi sebelum nak menulis artikel menghantam Ketua Kerajaan Negeri Kelantan, pandang kiri kanan dulu bai. Hadis yg ekau pakai tu terpakai jugak utk TGNA jika ia ditafsirkan ikut metod kepalo otak kau. Den nasihatkan kau baco artikel “Pantang ditanya terus berfatwa” kek Mkini . Namo penulis ey samo mcm ekau lak. Muko dio pun samo mcm ekau. Heran jugak den.

4] Orang yg paling faham nabi sudah tentulah para sahabatnya. Tapi yang paling faham nabi sudah tentu la Saidina Abu Bakar. Semasa Saidina Abu Bakar dilantik jadi pemimpin selepas kewafatan nabi, Saidina Abu Bakar tak pulak mengulang hadis nabi seperti yg dinyatakan oleh ostad UMNO kt artikel tu, “Hey org Madinah, jiko den terzalim sano sini mako korang jgn malukan den dgn teguran kamu, kalau nak togo jugak korang tarik tangan den ke tepi jgn bagi org nmpk. Malu den, nanti apo kato org kampung. Korang tak ponah dongar ko sabdo baginda nabi yg bermaksud 'Sesiapa yang mahu menasihati pemerintah dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemerintah tersebut ..….' Korang jgn memain dgn den bai. Hadis nabi tu jgn korang sbg penduduk Madinah nak melawan"

Saidina Abu Bakar tak cakap mcm tu pun malah ia berkata :

“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik di kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat di kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Sesungguhnya, Saidina Abu Bakar adolah pemimpin paling demokratik yg prnh dirakam oleh sejarah. Sepatutnya kito amik kata2 ini sbg intipati perjuangan. Saidina Abu Bakar sebut jgn taat pado dio kalau dio derhaka pado Allah. Mcm mano seorg ostad yg menggelarkan dirinya sbg Ulama’ mudo boleh terus taat kpd pemimpin parti pemerintah yg dah 50 tahun derhaka kpd Allah dan rasul. Pelik den.

5] Alang-alang kau dah menyebut pasal bid’ah dlm artikel kau kek Mkini, den pun tak tahu apo definasi bid’ah tu sobab den bukan ostad. Tapi yg den tahu bid’ah yg paling SIAL sekali ialah mengiklankan judi nombor ekor di Suratkhabar Utusan Malaysia/Kosmo kepunyaan UMNO. Bilo nak setel ni bai. Den dah cabar kau melalui Ostad Fadlan kek sini http://www.facebook.com/photo.php?pid=516834&l=ce5b289c8f&id=100000105053006
Korang masuk UMNO bermatlamat nak betulkan UMNO dari dalam. Betul apekebendenya kalau masalah iklan no. judi yg kocik pun korang tak boleh nak setel. Bukan den suruh korang runtuhkan Casino kek Genting Highland. Kalau kojo mudah pun korang tak boleh nak setel baik duduk dendiam dari mengkritik pihak lain. Boleh jago tepi kain orang tapi kain kau sendiri koyak rabak. Malu la sikit. Nanti apo kato org kampong bai.

Ulasan den :

Bro Ali Abu, den ulas sikit kritikan ekau pasal hadis taat kepada pemimpin ni.

Hadis tersebut bukan boleh pakai ikut zahir makna je. Inilah kelemahan budaya ilmu yang bogel tanpa usul fiqh, tanpa rujuk syarah hadis,tanpa rujuk khilaf ulama dahulu, tanpa memahami maqasid syarak dan sebagainya.

Maqasid syarak bermaksud tujuan atau kehendak syarak atau dengan kata lain kehendak Allah SWT, kita hanya tahu kehendak syarak dan kehendak Allah melalui Al-Quran dan As-sunnah. Tapi ada hadis-hadis yang tertentu misalnya seperti hadis taat pd pemimpin ini, kita tak boleh ambil dan pakai secara zahir untuk mewajibkan pemimpin kita ditaati dan menyuruh dia jangan dilawan. Kita kena berhati-hati takut berdusta atas nama Nabi kerana boleh jadi bukan itu maksud dan kehendak Nabi ketika bersabda hadis ini. Ada banyak contoh perkara sebegini dalam ilmu hadis dan dalam kitab hadis. 

Ada hadis nabi bersabda, pemimpin itu mestilah dari Quraisy.

"Para pemimpin (mestilah) daripada (keturunan) Quraisy." (Hadis daripada Anas bin Malik radhiallahu ‘anh, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Ya’la dan al-Thabarani. al-Haitsami menyebutnya di dalam Majma’ al-Zawa‘id (ed: ‘Abd Allah M. Darwaisy; Dar al-Fikr, Beirut 1994) – no: 8978 dan beliau berkata: Para perawi (dalam riwayat) Ahmad adalah terpercaya.)

Bagaimana?

Mahukah kita tukar PM kita atau Agong kita dan pergi cari seseorang dari bangsa Quraisy untuk mengetuai kita ??? Bukan begitu maksud hadis tetapi ada syarahnya yang memerlukan kita untuk JANGAN GOPOH dengan sesuatu perkara. Sebaliknya berusaha memahami hadis dan melihat komen-komen para ulama di dalam usaha mencari maksud sebenar kehendak Nabi dan dalam hal itu pun mereka (para ulama) berbeza pendapat, lantas menyedarkan kita bahawa bukanlah perkara ini termasuk dalam hal QATH'IE (PUTUS) lalu menjadikan ia sebagai POSTER, sebagai SLOGAN, sebagai PRINSIP dalam perjuangan kita....

Tak pernah salaf buat hal tersebut, sebaliknya bagaimana nak memperbaiki maslahat UMAT, bagaimana nak membetulkan pemimpin yang zalim, bagaimana nak tegakkan Islam maka itulah yang dibuat oleh salaf, dibuat oleh Said ibn Musayyib, Said ibn Jubair dan oleh sekalian ramai tabien, ulama dan sebagainya.

Bak kata Ustaz Emran:

"Hadis mentaati pemimpin sekalipun zalim ialah "jalan mudah" yang digunakan oleh syaitan untuk menyesatkan anak-anak muda dan umat Islam. Kasihan apabila hadis menjadi senjata syaitan untuk menyesatkan orang yang beriman akibat kejahilan dan ketaksuban. Saudaraku, pelajarilah ilmu hadis dan ilmu Islam dari pelbagai guru andai tidak akan begitu mudah syaitan menyesatkan dirimu."

Lu pikir la sendiri.

Selasa, 7 September 2010

AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI

4 komen pembaca
بسم الله الرحمن الرحيم

"DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG"

Perkongsian Bersama Untuk Anda & Diri Saya:

AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
(Artikel ini diringkaskan dari buku MENYAMBUT RAMADAN & AIDILFITRI MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. terbitan Karya Bestari)


( http://akob73.blogspot.com/2008/09/amalan-amalan-sunnah-untuk-aidilfitri.html )


Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:


"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." - Surah al-Maaidah: 3.


Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

• Bertakbir.

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:

"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah:185.

Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:

"Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini." – RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32

Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.


Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.


• Meneruskan qiamullail.

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.


• Mandi pada pagi hari raya.

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:

"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.


• Makan sebelum solat Aidilfitri.

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:

"Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini." - Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.

Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.

Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.


• Memakai pakaian yang indah.

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:

"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.

Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:

"Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan." – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.

Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina." - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.

Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.


• Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:

"Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.

Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.


. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.

Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:

"Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:

"Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya." - Rujuk Zaadul Ma'ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.


• Tempat perlaksanaan solat hari raya.

Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:

"Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:

"Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka." – Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.


• Mengerjakan Solat Aidilfitri

Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.

Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkat

"Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:

"Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.


• Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri

Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:

"Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati." – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.


• Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:
 "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.


PENUTUP

Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.