Memaparkan catatan dengan label aurat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aurat. Papar semua catatan

Sabtu, 13 November 2010

Tudung Hanya Pakaian Biasa

19 komen pembaca
 Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (59)

Ada mangkuk jobo tulis kat sini: Tudung Hanya Pakaian Biasa.

Aku tak sangka ada jugak mangkuk ayun berhujah soal kebebasan macam ni tapi tak merujuk rangka kebebasan yang tulen menurut epistemologi.


Okay, hampa dah baca dah ke blog mamat tu? Kalau dah baca sila baca tulisan aku pula.

Kembali kepada soal KUASA.... Dengan mengambil kira sensitiviti, ada pihak yang berKUASA menentukan.... Pihak yang berKUASA perlu bertanggungjawab dengan mengambil kira KEPERLUAN lebih dari mudharat. Mudharat bila tak menurut suruhan agama terlalu banyak..

Agama terlalu personal aku rasa fahaman yang terlalu klasik.. Aku rasa agama juga ada tempat dalam ruang awam.. Bagaimana? Hubungan manusia dengan Tuhan dan hubungan manusia sesama manusia juga ditanggapi agama..

Memang, aku juga lelah dengan penguasaan majoriti terhadap minoriti.. Tetapi membuat keputusan kepada tidak meletakkan law bertudung secara terus dan meletakkan mereka yang tidak terbuka sbagai makhluk- makhluk konservatif juga berlanggar dengan prinsip yang asalnya - kebebasan...

Sama ada perlu law bertudung atau tidak kita harus pergi kepada proses.. Di sini aku rasa perlunya ruang awam dan perkongsian idea secara intersubjektif.. Sama ada mereka setuju atau tidak untuk meneruskan bertudung tersebut bergantung kepada proses itu tadi.. Apa- apa kputusannya pasti mndapat legatimasi...

Aku pelik, kenapa orang merasakan soal agama adalah soal mereka seorang.. Agama juga soal masyarakat... Agama juga soal keadilan.. Bagi aku, iman tentang Tuhan (sebahagian inti agama) yang boleh dijadikan sebagai perkara personal.. Yang lainnya perlu di bawa ke ruang awam JIKA perkara-perkara agama ini dipercayai khianat terhadap nilai-nilai yg universal...

Contohnya, mamat ni menentang law bertudung di sekolah. Ini perkara yg bersangkutan dengan kpercayaan agama kan.. maka, melalui agama juga kita boleh melawan kepada sebarang ketidakadilan atau diskriminasi... Aku percaya dengan 'hablumminannas'.. Dan aku juga optimis trhadap agama..

Kemudian, masalahnya law menutup aurat itu di dalam ruang awam.. Bukan di dalam bilik tido mangkuk ayun tu.. maka persoalannya persoalan moral dan sensitiviti semua pihak .. kalau lahanat tu tiada masalah dengan moral, tapi dia kena tahu orang lain barangkali ada masalah dengan moral sebegitu... Dia juga setuju, iman manusia berbeza- beza, melibatkan pengalaman yang berbeza.. (dia ada ngaku dalam paragraph last) tapi dia mengatakan diaorang salah, nah, dia jugak meletakkan moral kan... bezanya dia antitesis terhadap diaorang, tapi dia masih memoralkan diaorang... Maka, keterbukaan tak muncul, yang ada ialah refeudalisme (dalam kata habermas) atau totalitarian semula..

Macam mana pulak jika aku mngatakan manusia dari dulu memang percaya keteraturan... Sejak manusia yakin terhadap agama... Kerana agama sendiri berangkat dari kata a-tidak dan gamma-kecelaruan... maknanya tidak celaru... Ada keteraturan... Dan keteraturan ini mengalami perubahan serta dinamikanya... Dia tidak boleh mngambil sejarah bulat2 dan membawanya terus ke dalam ruang dengan mlangkaui masa... (mangkuk ayun tu ambik contoh start law menutup aurat pasal penguasaan Ayatollah di Iran)

Aku tidak mempunyai masalah jika awek dia tak mahu bertudung... Aku tidak menghujahkan ya atau tidak... Tetapi apakah proses yg menyebabkan law bertudung itu boleh atau tidak dijalankan yg harus kita tekankan... Aku percaya dengan dialog, diskusi dan wacana... Jika sepanjang proses ini dijalankan dan dapatan hasilnya law bertudung ini tidak boleh dijalankan, maka aku terpaksa akur dengan ketentuan masyarakat... Walaupun bercanggah dengan kehendak aku yang mahukan law bertudung itu dijalankan... Kata akhirnya adalah di tangan masyarakat.. Aku percaya, manusia itu rasional dan proses wacana itu harus dilakukan sehari-harian, tanpa dominasi dan tanpa memberi label liberal lebih baik dan konservatif tidak baik... Itu hujah klasik...

Kesimpulannya, penulis artikel ni bodoh pasal aturan agama tapi berlagak pandai! HAHAHAHAHA

Dan ini adalah manusia hasil kerangka pendidikan UMNO. Anda harus akuinya.

Rabu, 1 September 2010

Ulasan kepada Fatwa Ulama muda berkenaan Kafir Masuk Masjid.

0 komen pembaca

Bila bukan Islam dipuji, sesama Muslim dicaci!

Kita tidak nafikan bahawa ilmuwan Islam berselisih pandangan tentang hukum bukan Muslim masuk ke masjid. Ada yang membenarkan secara mutlak. Ada juga yang melarangnya secara mutlak. Begitu juga ada ulama yang membezakan antara masjid di tanah haram dengan tanah halal.

Jika masyarakat kita selesa dengan mazhab al-Syafi'e, saya bawakan di sini kenyataan seorang pendokong mazhab ini iaitu Al-Imam al-Nawawi di mana beliau menyatakan bahawa mazhab al-Syafie mengharuskan bagi bukan Islam masuk ke semua masjid kecuali di masjid al-Haram dan sekitarnya (yakni di tanah haram Mekah).

Bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke tanah haram Mekah, ada pun selain dari Mekah diperbolehkan dengan syarat mendapat keizinan dari umat Islam.

Kata al-Imam al-Nawawi lagi: "Dan sekiranya bukan Islam itu dalam keadaan berhadas besar, bolehkah dia berdiam di dalam masjid? Ada dua pandangan, dan yang paling shahih adalah dibenarkan." (lihat Majmu' Syarh al-Muhazdzab, karya al-Imam al-Nawawi 19/437).

Adapun firman Allah, maksudnya: "Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang musyrik itu adalah najis, maka mereka tidak dibenarkn mendekati masjid al-Haram selepas tahun ini". (surah al-Taubah, 9:27),

Bukan bererti zahir najis tubuh mereka, sebaliknya larangan memasuki masjid al-Haram kerana perbuatan mereka yang suka mempraktikkan adat-adat Arab jahiliyyah seperti bertawaf dalam keadaan telanjang. Bahkan larangan ini khusus untuk masjid al-Haram dan tanah haram Mekah secara umumnya.
Perlu diingatkan para ulama telah bersepakat; bukan Islam dibenarkan untuk masuk ke masjid kerana keperluan seperti inginkan bantuan atau mendengar dakwah Islam. Dan hal ini perlu. mendapat keizinan daripada pemerintah Islam.

Al-Syeikh Soleh al-Munajjid yang merupakan ulama terkenal di Saudi Arabia merangkap penyelia bagi laman web soal jawab Islam terkenal, iaitu www.islamqa.com, menyatakan: "Ada pun masuknya bukan Islam untuk sekadar lawatan melihat masjid dan bersama-sama dengan mereka para wanita yang tidak menutup aurat, membawa kamera, serta masuknya mereka ke masjid tanpa penghormatan, maka hal ini merupakan perkara mungkar lagi tercela. Tidak boleh membenarkan mereka masuk." (no. fatwa: 9444).

Saya katakan, sedangkan Nabi pernah menghalau seorang wanita yang bersuami kerana memakai wangian ketika datang ke masjid. Bahkan Nabi menyuruh wanita tersebut pulang dan mencuci wangian itu (riwayat Ibnu Khuzaimah).

Jelas, larangan Nabi SAW kerana dibimbangi wangian tersebut mengganggu penumpuan jemaah masjid, apatah lagi memasuki masjid dalam keadaan yang tidak menutup aurat. Sewajarnya kita memberi penghormatan kepada masyarakat tempatan yang agak sensitif dengan isu seperti ini. Setiap adat yang tidak bercanggah dengan syariat, perlu dihormati.

Kaedah fiqh jelas menyatakan bahawa "al- 'aadah muhakkamah' iaitu adat yang tidak menyanggahi hukum syarak harus dipraktikkan. Dan perkara ini perlu dirujuk kepada pemerintah Muslim.

Memang Nabi SAW pernah membenarkan deligasi dari kabilah Thaqif masuk ke masjid sedangkan mereka itu bukan Islam (riwayat al-Thobrani). Begitu juga Tsumamah bin Utsal yang masuk ke masjid sebelum memeluk Islam (riwayat al-Bukhari).

Bahkan masjid di zaman Nabi SAW dibuka untuk semua manusia agar dakwah Islam dikenali dan diterima. Deligasi atau individu bukan Islam diberi peluang untuk memasuki masjid agar dapat melihat akhlak dan kebaikan Islam seterusnya membuatkan mereka tertarik untuk menerima dakwah Islam.

Tetapi apa yang berlaku hari ini amat berbeza, bukan Islam yang jelas menentang secara terang hukum Allah bahkan secara dasarnya parti mereka tidak akan menerima 'gelaran' negara Islam dan undang-undang Islam di Malaysia, diberi peluang untuk berucap di dalam ruangan solat dan mendapat layanan mesra daripada umat Islam.

Sedangkan apabila orang Islam yang berlainan parti ingin memberi sumbangan dan bantuan, masing-masing menolak kerana takut parti yang bertentangan dapat meraih populariti. Subhanallaah. Inikah sikap Muslim dengan saudaranya sendiri?.

Majlis Fatwa Ulama Arab Saudi yang diketuai oleh al-Syeikh Abdurrazzaaq 'Afifi (pada ketika itu) telah mengeluarkan fatwa tentang hal ini: "Pihak ahli majlis fatwa telah bersepakat bahawa melibatkan bukan Islam dalam pembinaan atau pengimarahan masjid di samping wujudnya Muslim yang mampu untuk membantu, adalah dilarang sama sekali." (lihat Keputusan Fatwa no: 28, tarikh, 21 Syawal 1400H)

Dua perkara yang perlu ditekankan di sini adalah; pertama bagi pihak yang meminta bantuan, mereka perlu lebih berhati-hati agar tidak melanggar dasar-dasar dan prinsip-prinsip Islam. Kedua, bagi Muslim yang berkemampuan, janganlah terlalu memilih untuk membantu. Difokus kepada partinya, diabaikan lawannya. Begitu juga sikap ingin glamour dan popular perlu dihapuskan daripada jiwa kita.

Islam tidak melarang kita menyiarkan kebaikan yang dilakukan sekiranya berniat agar dicontohi orang ramai. Tetapi jika niat kita untuk meraih undi dan populariti, maka hukumnya haram. Bagaimanapun, urusan niat adalah milik Allah. Usah sesiapa cuba mengambil alih tugasan Allah. Cuba bayangkan jika suasana bersedekah ini dipraktikkan oleh umat Islam, nescaya kita mampu mencipta perpaduan yang kukuh lagi utuh. Lihatlah, jika kita mengabaikan umat Islam, bukan Islam dipuji manakala Muslim dicaci.

Saya tidak nafikan bahawa umat Islam wajib melindungi hak-hak bukan Islam di negara ini kerana mereka adalah ahlul dzimmah (yang dilindungi kerana perjanjian).

Jika dulu, bukan Islam masuk ke masjid untuk didakwah, tapi hari ini mereka masuk ke masjid memberi nasihat dan tazkirah. Dua suasana dan pendekatan yang berbeza. Maka sudah tentu hukumnya tidak sama.

Wallaahua'alam.

FATHUL BARI MAT JAHYA
Penasihat Agama Institut Jantung Negara.


Komen saya:

1. Ustaz, sungguh ka YB Teo Nie Ching masuk masjid pasai nak bagi tazkirah, nak dakwah kat orang Islam? Bukan kah dia nak bagi ucapan selepas sampaikan sumbangan saja? Menuduh tanpa bukti maksudnya memfitnah wahai ustaz.

2. Dahulu ustaz mengajarkan kepada saya kaedah Fiqh, :ألعبره في عموم ألفاظ لا بخصوص ألسبب (Pengajaran diambil dari keumuman lafaz bukan dalam mengkhususkan alasan hukum itu berlaku) dalam menentukan hukum Fiqh. Kalau dalam hal hakim syarie wanita ustaz boleh tidak bersetuju dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, atas alasan kaedah fiqh yang masyhur ini, (kerana ada larangan umum dari hadis Bukhari tentang lantikan wanita sebagai wanita) mengapa dalam hal ini boleh pula ustaz melarang? Boleh dipakaikah alasan dua suasana dan pendekatan berbeza? Bukankah itu bermaksud mengkhususkan sebab dalam menetapkan hukum?

3. Kalaupun seorang kafir memberi tazkirah, apakah masalahnya? Tazkirah ni umum, milik semua manusia, Ad-deen nasihat (agama ini nasihat) kalau Rasulullah pun sudi mendengar nasihat kebaikan dari yahudi maka kenapa kita tak boleh mengambil kebaikan dari orang lain? Islam tak tercemar dengan perbuatan orang kafir terhadap kita. Islam tercemar dengan perbuatan umat Islam sendiri.

Saya lihat isu ini terlalu dipolitikkan sehingga hukum agama telibat dipolitikkan dan dijadikan sentimen. Berdosalah mereka yang mencemarkan agama demi sentimen politik mereka.


Maruah Islam perlu di jaga namun kita janganlah sampai masuk ke perangkap pihak yang berkepentingan mahu mempolitikan isu ini.

YaAllah jauhilah kami daripada politik yang memualkan dan menjauhkan manusia dari Mu ya Allah !

Selasa, 31 Ogos 2010

Kafir HARAM Masuk Masjid!

0 komen pembaca

Org bukan Islam masuk masjid/surau SALAH....Orang Islam tak mau masuk Masjid/Surau...TAK SALAH!

Jumaat, 30 Julai 2010

MASALAH SOSIAL: IMPLIKASI KE ATAS USAHA DAKWAH DI MALAYSIA

0 komen pembaca
MASALAH SOSIAL: IMPLIKASI KE ATAS USAHA DAKWAH DI MALAYSIA
Dr. Supyan Hussin,
Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM
http://www.atma.ukm.my/

PENGENALAN
Melayu itu Islam?
Sering kita mendengar beberapa pemimpin negara kerajaan, dan sebahagian rakyat Melayu, mendakwa bahawa negara Malaysia adalah “negara Islam” meskipun kita tahu bahawa falsafah pemerintahan negara tidak berpijak di atas dasar Islam. Malah tanpa segan silu, ada juga orang mendakwa bahawa “Melayu itu Islam” dan “Islam itu Melayu” walaupun kita maklum bahawa tidak semua Melayu itu Islam.

Menurut banci penduduk 1980, Jabatan Perangkaan mendapati bahawa daripada penduduk Melayu yang berjumlah 6.1 juta orang, 4,766 orang Melayu adalah beragama Kristian, 522 orang Melayu beragama Hindu, 456 orang Melayu beragama Buddha/Konfusius, 44,317 orang Melayu menganut agama suku kaum (anisma), 1,706 orang Melayu beragama lain dari yang di atas, dan 13,666 orang Melayu tidak ada agama. Jelas bahawa tidak semua Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Dan sudah tentu bilangan Melayu yang tidak beragama Islam semakin meningkat di abad ini walaupun statistik mengenainya tidak dipaparkan oleh pihak berwajib.

Apa yang lebih menarik ialah kedua-dua dakwaan ini adalah suatu yang ironik jika kita meneliti pelbagai gejala sosial yang berlaku dalam negara. Logiknya, kalau benar Malaysia adalah sebuah negara yang berteraskan Islam sudah tentu gejala sosial berada di tahap minima atau berkurangan setiap tahun. Sebaliknya terdapat kecenderungan peningkatan dalam setiap kes gejala sosial pada setiap tahun.
Lebih tepat lagi kalau kita katakan bahawa kaum Melayu yang kononnya beragama Islam lebih banyak terlibat dengan kes-kes masalah sosial. Apa yang jelas ialah orang Melayu rata-rata mendahului kaum lain dalam pelbagai gejala sosial. Persoalan pertama yang sering ditanyakan ialah mengapa boleh jadi begini? Persoalan seterusnya, jika kaum Melayu-Islam lebih terkedepan dalam pelbagai gejala sosial, maka apakah mungkin perkembangan dakwah Islam akan terjejas akibat dari gambaran buruk yang ditunjukkan oleh orang Melayu dalam negara ini?

GEJALA SOSIAL

Di bawah ini disertakan data-data mengenai gejala sosial yang berlaku di kalangan dalam negara Malaysia yang didakwa sebagai “negara Islam” dan orang “Melayu=Islam”.

Sepanjang 1985-1991, daripada 449 kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak, 43.3% daripada kanak-kanak malang ini adalah keturunan Melayu, 29.5% keturunan India, dan 22.5% keturunan Cina. (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 1996)

Sepanjang 1985-1995, daripada 1688 kes penganiyaan kanak-kanak, 50.2% melibatkan orang Melayu, 29.8% melibatkan orang India, dan 14.6% melibatkan orang Cina (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 1996)

Pada tahun 1992, daripada 166 kes remaja lari dari rumah, 59.6% daripadanya adalah membabitkan orang Melayu (Kementerian Kesihatan, 1992).

Pada tahun 1992, daripada 970 kes penderaan ke atas remaja, 45.6% daripadanya melibatkan keluarga Melayu (Kementerian Kesihatan, 1992).

Sepanjang 1997-2001, jumlah kes rogol membabitkan orang Melayu ialah 4,465; Cina 761; India 449; lain-lain 1,209. Daripada jumlah keseluruhan ini, 3,715 adalah mangsa di bawah umur 16 tahun. (NST 22 April 2002)

Daripada 10,000 bilangan makyah Melayu 70-80%, Cina 8.33, India 10.84, dan lain-lain 3.33. South East Asia Research, 6(2) July: 165-180

Kadar penceraian meningkat dari 506 (1992) kepada 615 (1993) di Wilayah Persekutuan (Muslimah April 1993).

Kes sumbang mahram yang melibatkan bapa kandung. 1992: 42 kes; 1993: 35 kes; 1995:, 62 (35.8%) kes daripada 173 kes; 1996: 65 kes (32.5%) daripada 200 kes membabitkan bapa kandung; 1997 April- dari jumlah 56 kes, 20 kes melibatkan bapa kandung (35.7%). Yang melibatkan bapa tiri (1991)18 kes; (1992): 25kes

1997 1998 1999 200 2001 2002 (Jan – Mac)
Melayu 186 220 192 158 179 43
Cina 10 13 7 5 9 4
India 21 27 15 12 17 6
Lain2 34 57 61 38 41 12
Jumlah 251 317 275 213 246 65

Laporan Polis Diraja Malaysia (1997 – 2002).

2001: kes juvana (3,479), sebanyak 2,288 melibatkan lelaki Melayu; 546 Cina; 383 India; 262lain-lain

Bilangan penduduk Malaysia yang terlibat dengan penagihan dadah : 500,000 orang. Bilangan remaja

Melayu yang dianggarkan terlibat dengan penagihan: 350,000 (70%). (Sunday Mail 6/2/94, Utusan

Malaysia 10/2/96, Berita Harian 8/4/96 dan New Straits Times 11/7/96).

Agensi Dadah Kebangsaan. Jan – Sept 2001: Statistik penagih dadah di Malaysia: 17,382 daripada 21,692 penagih dadah baru berumur antara 13 hingga 40 tahun. 14,754 daripada 21,692 adalah Melayu. Terdapat 25 pusat serenti awam dan 55 pusat pemulihan swasta.

Anggaran perbelanjaan untuk dadah di kalangan penagih Melayu: Harian : 350,000 x RM 10 = RM 3.5 juta; Bulanan : RM 3.5 juta x 30 = RM 105 juta;Tahunan : RM 105 juta x 12 = RM 1.26 bilion. (Sunday Mail 6/2/94, Utusan Malaysia 10/2/96, Berita Harian 8/4/96 dan New Straits Times 11/7/96)

Kes pembuangan bayi (1994): Jumlah anak dibuang – 54 ( JKM) Melayu – 32; Cina 4; India 16; lain-lain – 2. (Watan 29/5/96 dan The New Straits Times 12/8/96).

Sepanjang 1997-1999 (Ogos), jumlah kes pembuangan bayi di kalangan orang Melayu ialah 106, manakala Cina 12, dan India 19 (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 1999).

Kes mengandung luar nikah (JKM) 1994: Jumlah yang mengandung – 181; Melayu – 147; Cina 10; India 12; lain-lain 12. (Watan 29/5/96 dan The New Straits Times 12/8/96).

Wanita Mengandung Luar Nikah (JKM) 1995: Jumlah yang mengandung – 125; Melayu 115; Cina 4; India 4. (Watan 29/5/96 dan The New Straits Times 12/8/96.

Wanita Mengandung Luar Nikah (JKM) 1996 ( Jan – Jun) Jumlah yang mengandung - 72; Melayu 65; Cina 3; India 2. (Watan 29/5/96 dan The New Straits Times 12/8/96).

Sepanjang 1997-1999 (Ogos), jumlah kes hamil luar nikah yang melibatkan orang Melayu ialah 14, manakala Cina 6, dan India 4 (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 1999).

Bilangan penduduk Malaysia yang dijangkiti HIV dan AIDS : 51,256 (HIV ) hingga Disember 2002. 7,218 daripadanya adalah AIDS. 63.7% Melayu, 21.3% Cina, Indian 6.2%, Asing, 4.4%. 5,424 pesakit telah mati. Johor mencatat kes palng tinggi, 1421 (20.3%) diikuti oleh Selangor, 1152 (16.5%). Majoriti adalah penagih dadah. (NST 8 Dec 2003)

Pembawa kuman HIV dan AIDS di kalangan orang Melayu di Johor. Pada tahun 1989, setiap 100,000 rakyat Johor, maka 48.2 orang adalah pembawa kuman HIV/AIDS, 1999 – 52.7; 2000 – 61.2 orang. 2003 – 10,000 pembawa kuman HIV/AIDS di mana 90% daripadanya adalah Melayu. (BH 25 Feb 2004)

DILEMA

Jika dilihat data-data yang dipaparkan di atas, jelas kelihatan kaum Melayu mendahului kaum-kaum lain dalam pelbagai bentuk gejala sosial. Data-data ini bukan sahaja memalukan bangsa Melayu yang konon semuanya Islam, malah ia boleh menjadi penghalang kepada usaha-usaha dakwah Islamiah dalam negara ini.

Sudah pasti orang-orang bukan Islam dan bukan Melayu merasa hairan bagaimana orang Melayu yang sering mengatakan Islam itu bersih, suci, dan syumul serta membawa kesejahteraan menunjukkan gambaran yang buruk dan jijik dalam gejala sosial. Justeru agak sukar bagi orang bukan Islam dan bukan Melayu untuk menerima Islam apabila orang Melayu Islam tidak menunjukkan contoh tauladan yang terbaik.

Di dalam persoalan dakwah, terdapat 3 perkara yang perlu diberi perhatian. Yang pertama ialah mesej Islam yang benar dan syumul; kedua, pendakwah yang bertanggungjawab; ketiga, pendekatan berhikmah. Dalam beberapa keadaan, biar bagaimana cantik sekalipun mesej Islam itu tetapi apabila pendakwahnya atau penganutnya tidak menunjukkan contoh dari apa yang didakwahkan atau diajar oleh ugama, maka sudah tentu mesej itu akan ditolak. Begitu juga akan berlaku pada kita jika salah satu dari tiga elemen ini mempunyai cacat-celanya. Gejala sosial yang hebat di kalangan orang Melayu ini menunjukkan bahawa orang Melayu gagal menghayati nilai-nilai yang baik diri Islam; lantas, Islam akan dipersalahkan.

LANGKAH SETERUSNYA

Sebagai seorang Muslim, kita harus merasa terpanggil untuk berhadapan dengan cabaran waqi’ semasa ini. Kemungkinan dalam beberapa keadaan kita boleh tanganinya seorang diri tetapi dalam banyak keadaan kita perlu berganding bahu dalam membetulkan keadaan. Dalam soal menegakkan yang maaruf dan mencegah kemungkaran ini, kita disuruh melaksanakannya dalam bentuk jamaah dan organisasi.

Firman Allah SWT yang maksudnya: “Hendaklah ada di kalangan satu kumpulan yang menyuruh kepada kebajikan, yang menegakkan yang maaruf dan mencegah kemungkaran, Itulah orang-orang yang berjaya.” Ali Imran: 104.

Langkah pertama yang perlu dibuat ialah memahami punca kepada gejala sosial yang berlaku. Kita yakin bahawa apabila Muslim meninggalkan agamanya atau tidak kukuh pegangannya, maka berlakulah kerosakan demi kerosakan ke atas ummah dan negara. Kesan dari kecuaian individu Muslim itu akan menyebabkan masyarakat menjadi binasa.

Firman Allah SWT yang maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah oleh tangan-tangan manusia; (timbul yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (Ar-Rum: 41)

Antara punca yang menyumbang ke arah kemungkaran ialah kejahilan ummah mengenai Islam; sistem pemerintahan yang membenarkan kemungkaran berlaku melalui undang-undang, sistem pendidikan gagal membentuk insan berilmu dan bertaqwa, media yang memaparkan bahan-bahan yang boleh merosakkan minda dan rohani masyarakat serta sistem ekonomi yang menekan dan menindas.

Langkah kedua yang perlu dilakukan ialah mengambil tindakan untuk menyekat atau menghalang punca kepada kemungkaran yang berlaku. Kalau pun kemungkaran tidak boleh dibanteras semua, tetapi ia tetap boleh dikurangkan. Bagi melaksanakan tugas ini, Ibn Taimiyyah pernah menegaskan:

“Memimpin dan menguasai umat adalah kewajipan agama yang terbesar. Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu . Oleh kerana Allah telah mewajibkan (kaum Muslimin) untuk menyuruh kepada yang baik, melarang dari yang mungkar, membela orang yang teraniya, melakukan jihad, melaksanakan hudud, dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman, semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan.” (As-Siasah As-Syariah: 172-175)

Dalam hal ini, orang Islam memerlukan kuasa, samada kuasa di peringkat yang paling bawah iaitu ibu bapa mahupun peringkat yang paling tinggi iaitu pemerintah. Kuasa ibu bapa ialah dengan mendidik, mengasuh, membentuk, serta membimbing anak-anak dengan ajaran Islam. Para ibu bapa juga boleh merancang program-program kebajikan, sosial, dan pendidikan di tempat tinggal masing-masing bagi meminimakan masalah sosial dalam masyarakat setempat.

Begitu juga dengan ibu bapa yang bekerja, sudah tentu mereka boleh mengadakan program-program kebajikan, sosial, dan pendidikan di pejabat atau di tempat kerja masing-masing dalam membentuk minda yang sihat. Manakala kuasa pemerintah pula ialah untuk menghalang lorong-lorong yang boleh membawa kepada keruntuhan akhlak dalam masyarakat.
Dosa sekelling kita, harus ada jalan keluar.

Ini termasuklah menutup premis judi, menghadkan aktiviti bersabit dengan arak, mengharamkan bahan-bahan lucah dalam media cetak dan media elektronik, mengenakan tindakan undang-undang yang lebih berkesan ke atas pesalah-pesalah, memastikan kurikulum pendidikan diintegrasikan dengan keagamaan, dan sejuta satu macam perkara yang boleh dilaksanakan apabila kuasa ada ditangan.

Sabda Nabi saw yang maksudnya: “Barangsiapa yang ternampak atau terserempak kemungkaran, maka hendaklah ia berhentikan dengan tangan; jika ia tidak mampu, maka berhentikanlah dengan lidah; jika ia tidak mampu juga, maka berhentikan dengan hati; itulah selemah-lemah iman.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Apabila kedua-dua langkah ini dapat dilaksanakan sudah pasti gejala sosial di kalangan masyarakat akan berkurangan. Bagaimanapun dalam soal dakwah atau menyampaikan risalah Islam kepada masyarakat, kita tidak boleh menunggu sehingga mendapat kuasa untuk memerintah.
Menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk memainkan peranannya masing-masing sehinggalah umat Islam dapat memerintah dengan hukum dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT.
Tanggungjawab ini tidak boleh diletakkan di bahu para alim ulama’, ustaz dan guru-guru agama sahaja tetapi MENJADI KEWAJIPAN BAGI SETIAP INDIVIDU MUSLIM sebagaimana yang disebutkan dalam hadis di atas.


KESIMPULAN

Gejala sosial yang semakin menular dan ketara dalam masyarakat di negara ini haruslah dibendung dengan segera bagi mengelakkan natijah yang lebih buruk dan lebih kronik di sepanjang zaman. Setiap individu Muslim harus merasa terpanggil dan bertanggungjawab dalam menangani gejala ini bersama-sama kerana natijah dari gejala sosial ini akan menimpa semua orang dalam masyarakat termasuklah ahli keluarga kita.
Usaha-usaha mendidik masyarakat dengan agama bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga orang dewasa hendaklah diperhebatkan walaupun terdapat halangan-halangan yang mahukan masyarakat menjadi jahil tentang agama akhir-akhir ini.
Persatuan penduduk, persatuan kebajikan, surau, masjid, serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) juga perlu tampil ke hadapan mengambil inisiatif dalam menangani gejala sosial sebelum nasi menjadi bubur.

Data:

Kes HIV & AIDS mengikut gender dan negeri yang dilaporkan di Malaysia (1986-2001)

NEGERI LELAKI WANITA JUMLAH
Johor 8403 451 8854
Selangor 4945 266 5211
N. Sembilan 4804 77 4881
Terengganu 4375 172 4547
Pahang 4282 129 4411
Kelantan 3043 329 3372
W. Persekutuan 2995 261 3256
Perak 2741 154 2895
Kedah 2445 235 2680
P. Pinang 1554 164 1708
Melaka 1405 64 1469
Perlis 458 99 557
Sarawak 199 49 248
Sabah 99 20 119
JUMLAH 41738 2470 44208
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001)

Kaedah menangani gejala sosial: Pencegahan

Quran

1. Dan hendaklah An-Nisaa’: 9. Dan hendaklah takut akan orang-orang yang ditakdrikan mereka pula meninggalkan anak-naka yang dhaif di belakang mereka.

2. At-Tahrim: Peliharalah diri mu dan keluarga mu dari api neraka

3. Jangan kamu dekati zina

4. Firman Allah SWT yang maksudnya: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah oleh tangan-tangan manusia; (timbul yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (Ar-Rum: 41)

5. AlMukminiun: 5-6.

6. Al-anfal: 60. “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroobo) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan.”

7. Al-Baqarah: 195 Janganlah kamu mencampkaakn diri kamu dalam kebinasaan

8. Al-An’am: 164 Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap orang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain.

9. Al-Anfal: 25: Dan jagalah diri kamu daripadanya dosa yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum).

Hadis

1. Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan bertanggungjawab ke atas orang yang dipimpin. (Muslim)

2. Islam itu unggul dan tiada yang lebih unggul daripadanya. (Bukhari, Baihaqi, Dar Qutni).

3. Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan diperlukan daripada mukmin yang lemah (Muslim)

4. Dalam Islam janganlah kamu melakukan kemudartan terhadap diri kamu dan kepada orang lain. (Malik)

5. Dikahwini perempuan itu kerana 4 perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu memilih kerana agamanya, nescaya engkau akan selamat dan bahagia. (Bukhari dan Muslim)

6. Barangsiapa yang melihta kemungkrana, hendaklah ia menghentiknanya dengan tangan ... (Muslim)


Usul Fiqh

1. Menolak segala yang membawa kerosakan lebih utama dari mencari keuntungan.
2. Kemudaratan wajiblah dihapuskan.
3. Sesuatu yang menyebabkan tak sempurnanya kewajipan keculai dengannya maka ianya wajib.
4. Seandainya berkumpul antara dua bahaya wajiblah mengambil bahaya yang lebih ringan.
5. Dilarang dari melakukan kemunduran dri dan orang lain
6. Mencegah it lebih baik dari mengubati.
7. Kepentingan umum hedaklahlah didahlukan dan diberi keutamaan daripada kepentingan peribahi.

Sabtu, 3 April 2010

Kenapa Bukan Sebat Syariah?

3 komen pembaca
Hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi di'ringan'kan kepada servis komuniti.

Nampaknya kuasa raja Melayu sekarang telah melampaui agama Islam.

Di Eropah, kita dapat lihat bangunan- bangunan bersejarah masih kekal dan elok dijaga sehingga hari ini.

Institusi beraja di Eropah sudah lama musnah. Mungkin mereka berasakan tidak ada gunanya lagi menyimpan institusi beraja. Lalu mereka menyimpan bahan bersejarah sebagai kenang- kenangan.

Ia adalah satu institusi yang menggambarkan bagaimana kezaliman, pembaziran dan penindasan dihalalkan atas nama kuasa, bahkan lebih buruk atas nama agama.


Sebelum kuasa pemerintahan dipisahkan dari agama oleh kebangkitan golongan reformis sekularis, para penguasa di Eropah memerintah atas nama agama. Gereja dan istana itu disepadukan. Tindakan-tindakan istana dianggap mendapat restu Tuhan kerana gereja sentiasa bersama istana. Inilah keburukan jika agama dijadikan alatan untuk kerakusan kuasa pemerintah.

Akhirnya kekejaman pemerintah dianggap kerestuan agama. Kerakusan dan ketamakan akhirnya dipalitkan kepada agama. Pemikiran bahawa agama berada di bawah kuasa pemerintah atau raja adalah pemikiran yang berasal dari Kristian Eropah.

Dalam Islam, agama mengatasi raja atau sultan atau pemerintah. Pemerintah bertanggungjawab membela agama, bukan mengongkong agama. Hukum-hakam agama tidak terikat di bawah kerestuan atau limpah perkenan pemerintah atau raja. Sebaliknya "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya".

Maka tidak pelik dalam sejarah Islam, para ulama' berkata tegas dan berani di hadapan raja atau sultan atau khalifah tentang sesuatu hukum sekalipun tidak mendapat restu istana. Hanya ulama'-ulama' cari makan sahaja di sepanjang sejarah menjadi alatan atau ‘hamba’ raja atau penguasa.

Ya, mungkin hikmah terjadi peristiwa sebegini adalah pengajaran untuk orang yang berakal waras. Mana satu ulama haq dan mana satu ulama' anjing.

Tetapi, implikasinya lebih besar selepas ini.

Manusia akan mula menghalalkan apa saja yang haram dalam agama atas nama raja, politik dan kekuasaan.

Hukum Allah di Malaysia, bukan semakin dekat kepada pelaksanaan. Malah makin menjauh.

مَا تَعۡبُدُونَ مِن دُونِهِۦۤ إِلَّآ أَسۡمَآءً۬ سَمَّيۡتُمُوهَآ أَنتُمۡ وَءَابَآؤُڪُم مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بِہَا مِن سُلۡطَـٰنٍ‌ۚ إِنِ ٱلۡحُكۡمُ إِلَّا لِلَّهِ‌ۚ أَمَرَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ
"Apa yang kamu sembah selain Dia, hanyalah nama yang kamu ada-adakan, baik oleh kamu sendiri atau nenek moyangmu. Allah tidak memberi suatu keterangan pun tentang hal itu. HAK MEMBUAT HUKUM ITU HANYALAH MILIK ALLAH. Dia memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." [Surah Yusuf,40]

Allah tahu yang terbaik.

Sabtu, 20 Februari 2010

Ketika Cinta Bertasbih II

1 komen pembaca
Realiti betapa hipokritnya Kerajaan BN- UMNO. Filem tak bermoral, peluk sana, cium sini, dedah sana sini diLULUSkan. Tetapi filem Islami yang sarat fikrah Islam macam KCB 2 TAK diLULUSkan pula. Alasannya filem dari Indonesia. Eh, apa punya bodoh macam Parpukari punya alasan. Tak hairan indeks jenayah makin meningkat, bayi kena bakar dan sebagainya. Nama Allah dijulang, tetapi hukumNya diterajang. Usaha dakwah oleh pemegang obor dakwah tidak sekali akan terhapuskan oleh rejim munafik dan sekular.

Ada mata penyokong UMNO??? Ni bukan kerja Lim Guan Eng DAP, tapi UMNO!
Puak perpaduang, tahaluf dengan UMNO lebih syar'ie????

Ni pun bukan kerja UMNO, tapi kerja Kerajaan Islam Kelantan

Info: Berminat? Tonton di Youtube sebanyak 13 siri

 

Sabtu, 6 Februari 2010

Rabu, 3 Februari 2010

Penghargaan Untuk Munafiqin

0 komen pembaca
Oleh: Kerajaan Rakyat


Hampir kesemua haram jadah yang membantu Firaun dalam menfitnah Anwar Ibrahim pada tahun 1997/98 mendapat ganjaran kenaikan pangkat.

1- Pakar penipu DNA, Rodwan Mohd Yusof, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PRDM, telah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Polis Melaka.

2- Pakar pencipta bukti palsu yang juga Pendakwaraya kanan, Gani Patail diberi upah menjadi Peguam Negara.

3- Pereka cipta fitnah SAC I (Senior Asisten Komisioner) Musa Hassan telah diberi ganjaran menjadi Ketua Polis Negara. Perlu diingat Musa Hassan terlibat secara langsung dalam kes jenayah dan rasuah yang dikaitkan dengan ketua-ketua kumpulan kongsi gelap seperti BK Tan dan Goh Cheng Poh.

4- Mangkok hayun sundal mulong Hakim Augustine Paul berjaya menjadikan dirinya bangkai

5- Pendakwaraya, Azahar telah disogokkan pangkat menjadi Hakim Mahkamah Tinggi.

6- Hakim Zaki Tun Azmi dirasuahkan sebagai Ketua Hakim Negara

7- Binatang berwajah manusia Rahim Noor, sekalipun telah melakukan jenayah berat tetapi tetap dijolokkan pencen oleh regim Umno. (Perlu diingat pencen yang dibayar kepadanya adalah wang rakyat). Lebih malang darjah kebesaran 'Tan Sri' yang diberi kepada dia tidak ditarik balik oleh 'siapa?' yang memberikannya seolah-olah yang memberi darjah tersebut mengiktiraf penjenayah!!! (Dengar cerita sebelah tangan binatang ini telah lumpuh, kalau betul Alhamdulillah)

8- Hanya Firaun Ketua Konspirator masih kekal dengan keturunan Mamak Kerala yang liat untuk mampos!!!

Selasa, 2 Februari 2010

Konspirasi Munafiq

2 komen pembaca

Karpal Singh, peguam Anwar Ibrahim dalam kes tuduhan liwat berkata,

"Tembusan adalah elemen penting. Tidak mungkin disabitkan kesalahan. Tiada hakim yang akan mengabaikan bukti itu. Malah jika anda memanggil 1,000 saksi, apa yang asas ialah laporan perubatan menunjukkan tiada kesan tusukan(pada punggung Saiful Bukhari)"

Peguamcara negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihaknya mempunyai bukti yang kukuh dalam bentuk spesimen air mani bagi mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memang meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Pihak pendakwa akan membuktikan kes ini melalui laporan kimia yang menunjukkan air mani diperolehi daripada mangsa,” kata Mohd Yusof yang mengetuai pasukan pendakwa raya dalam perbicaraan yang secara rasmi bermula esok.

“Terdapat spesimen yang dikeluarkan dari dubur mangsa. Ini akan membuktikan tembusan memang berlaku,” katanya.

“Apa yang dimiliki oleh pasukan pembela adalah hanya laporan awal daripada doktor yang merawat Mohd Saiful tetapi ia tidak termasuk laporan kimia berhubung spesimen air mani,” tambahnya.

Mohd Yusof berkata perkara berkenaan akan dibuktikan ketika perbicaraan apabila doktor dan ahli kimia memberi keterangan.

Mereka akan menunjukkan bagaimana tembusan tehadap mangsa dilakukan.

Khamis, 27 Ogos 2009

AL-KISAH DI PASARAYA BILLION KELANTAN

2 komen pembaca
Di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk men yam paikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka...”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa a yam .. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?

Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak”

Sekian

* Artikel ini dikirimkan melalui e-mail. Menarik untuk dikongsi bersama.

Wallahu ‘Alam