Walaupun kuliah yang disampaikan Ustaz Ridhwan adalah dalam bahasa Arab kesemuanya, ianya sangat menarik bagi saya.
Apakah sebenarnya matlamat yang ingin dicapai dengan mempelajari Usul Fiqh?
Di sebalik kita mengetahui maksud Usul fiqh dari segi bahasa, lazimnya orang awam mengetahui bahawa Usul Fiqh adalah kaedah Islam yang dikeluarkan untuk memproses hukum Fekah. Tetapi bagi saya, Usul Fiqh sebenarnya telah memaknakan daya fikir kita untuk membebaskan belenggu pemikiran jumud. Pemikiran jumud yang telah menyebabkan umat Islam pada kurun ke- 18 dan 19 jatuh merudum dalam tamadun manusia. Kalau kita ini di zaman penjajahan, maka inti semangat Usul Fiqh akan bertindak sebagai anti- establishment kepada sistem penjajah.
Itulah pengajarannya.
Melayu dan Belenggu Pemikiran.
Dalam masyarakat Melayu, kita telah dibudayakan supaya mengikut saja apa kata ustaz- ustaz kita mengenai persoalan hukum agama. Sekalipun kadangkala perkara tersebut bercanggah dengan logik akal.
Tetapi pernahkan kita bertanya kepada ustaz- ustaz yang mengajar di di masjid, "Asif ya Ustaz, ma daliluka?"(Maaf wahai Ustaz, apakah dalil kamu?)
Umat Islam harus mencari cahaya keluar belenggu pemikiran. Picture by Kenziane at DevianArt
Kita jarang bertanya. Kalaupun bertanya, kita akan ditembak habis- habisan oleh ustaz- ustaz kampung ini, dengan hujah untuk menutup pertanyaan. "Siapa yang banyak bertanya, maka lemahlah imannyaaa...."
Sebab itulah kita tidak kisah walaupun amalan seharian kita sebenarnya banyak bercanggah dengan sunnah Rasulullah SAW.
Waraskah kita tatkala kita bersaksi bahawa "Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" dan selepasnya kita membelakangkan sunnah baginda? Sempurnakah akal kita pabila mengaku bahawa Rasulullah itu sebaik- baik ikutan, dan pada masa yang sama, melakukan amalan ibadah yang tidak pernah dilakukan nabi SAW seperti tahlil beramai- ramai, membaca Yasin pada malam nisfu Syaaban dan sebgainya?
Sedangkan Rasulullah SAW bersabda:
" Sesiapa yang beramal bukan dari amalan(ibadah) kami maka ianya tertolak."(HR Muslim)
Melalui hadis ini, ulama' telah mengeluarkan kaedah Usul Fiqh yang berbunyi:
"Asal sesuatu amalan ibadat adalah haram kecuali ada dalil yang membenarkannya."
Nah, mana dalil amalan bid'ah yang diamalkan masyarakat Melayu hari ini?
Sejak dari sekolah menengah lagi saya sudah berasa curiga dengan amalan- amalan yang tidak didasarkan kepada sunnah Baginda SAW. Ia mengingatkan saya kepada Ustaz Suhaimi Sudin yang banyak berjasa dalam membentuk fikrah aku tentang Islam.
Sungguh, pemikiran kita telah terbelenggu dengan doktrin yang memalukan. Untuk membentuk umat Islam yang berkuasa, kita harus keluar dari belenggu pemikiran ini lantas menekankan aspek aqidah sahihah(aqidah yang sahih) dan ibadah salimah(ibadah yang sejahtera) sebagaimana yang telah diajarkan rasulullah kepada para sahabat RA.
Suka saya mengajak kalian mengimbau saat gemilangnya tamadun Islam pada zaman sahabat. Betapa Umar al- Khattab yang terkenal zuhud dan sangat berwaspada terhadap ibadah yang sahih itu sebenarnya menjarah dua per tiga peta dunia.Lihat, pabila kita kembali kepada epistomologi Islam sebenar, di situlah Allah selitkan kejayaan buat umat.
Khatimul: al- Firqatu al- Najah
Mari mengambil pengajaran dari hadis Nabi SAW, :
“Pada akhir zaman, umat Yahudi itu akan terbahagi kepada 71 golongan, satu golongan akan masuk syurga, dan yang lain akan masuk neraka, umat Nasrani (Kristian) akan terbahagi kepada 72 golongan, satu golongan akan ke syurga, yang lain akan ke neraka, umat ISLAM pula akan menjadi 73 golongan, satu golongan akan ke syurga, yang lain semuanya ke neraka. Ketahuilah, golongan yang ke syurga itu ialah golongan yang mengikut jalanku, dan jalan para sahabatku” [HR Bukhari]
Masihkah kita mahu membelakangkan sunnah para Salaf yang dijamin syurga?
4 ulasan:
ntah la bang,,
kini, ana rsa kian "selesa"
dgn salafi..
I don't know why??
Alhamdulillah..
Maknanya enta semakin bijak dalam mengenal agama. Kitab al- Ibanah sendiri menyebut bahawa zImam Abu Hassan Al- Asy'ari sendiri bertaubat dari ilmu kalam yang dipegangnya lalu kembali kepada manhaj Salaf pada akhir hayatnya.
thnkz 4 sharing..
@muiz,
hehe, bercakap psl kalam, aku pnah tgk talk yasir qadhi kat Universiti London, tajuk dia "knowing God: intuition and revelation.." menarik gak sbb dia terang psl kalam. cari dlm youtube, insyaAllah ada.
@ibnuddin,
alhamdulillah, Islam indah kerana sunnah, tetapi bid'ah menjadikan Islam nampak hodoh.
Catat Ulasan