Rabu, 6 Oktober 2021

Ibrah Do'ā Nabi Zakariā 'Alayhissalām

0 komen pembaca

 


"Ketika itu Nabi Zakariā berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". 

Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): "Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahyā, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh".

Nabi Zakariā berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya AKU TELAH TUA dan ISTERIKU PULA MANDUL?", Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya, ALLAH MELAKUKAN APA YANG DIKEHENDAKINYA".

Nabi Zakariā berkata lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)". Allah berfirman: "Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi"."


Nangis je baca ayat- ayat ni. Allah baik sangat. 


Apa yang mustahil bagi Allah? 


Ayat sebelumnya menceritakan tentang rezeki buah- buahan yang luar biasa turun kepada mihrab Maryam 'alayhissalām, sampai Nabi Zakariā 'alayhissalām kehairanan; sedangkan Maryam 'alayhissalām tidak pernah meninggalkan mihrabnya.


Bagaimana Allah beri rezeki anak kepada Nabi Zakariā sedangkan dia dah tua dan isterinya mandul?


Sains dah hukum mustahil dapat anak. Dihukum mandul. Tapi karāmah boleh berlaku dengan amal ibadat yang benar. Allah ajar pada ayat terakhir kisah itu dengan berzikir banyak- banyak bertasbih memuji Allah melalui solat, akhirnya dapat anak walaupun logik akal kata tidak mungkin.


Mungkin dah letih hidup ikut hukum akal logik yang biasa? Cubalah untuk hidup ikut hukum karāmah para walīy dan Nabi. 


Boleh dapat ke? Boleh, tak mungkin AlQurān sebagai petunjuk menipu. Syarat pertama berinteraksi dengan alQurān adalah yakin sepenuhnya tanpa ragu. 


Kalimat ini ditafsirkan dengan surah alBaqarah ayat ke 2, 


ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ (سورة البقرة اية ٢)


"Kitab Al-Quran ini, tidak ada keraguan padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;"


Kalimat (لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ) menukil atTabarīy adalah (لا شك فيه) : tidak ada syak padanya.


Semua isi alQurān akan menjadi petunjuk bagi orang yang hendak bertaqwa, syaratnya jangan diragukan secuil pun. Jika sesiapa ragu, dia tidak akan mendapatkan manfaatnya.


Kalau berhajat kepada sesuatu, tambahkan amal yang diri sendiri tidak pernah dilakukan, atau amal soleh yang manusia lain sudah jarang lakukan; supaya doa menjadi mustajab. Satu- satunya senjata yang boleh melawan takdir adalah doa. Kedua- duanya akan saling berlumba sehingga hari kiamat..


#insaf #tadabbur #tadabburalquran #taubat #hijrah #istiqamah

Jumaat, 24 September 2021

Apabila Allah Mencintai Seseorang Hamba, Dia Yang Memilihnya..

0 komen pembaca
 
Sewaktu aku pernah larut dalam maksiat, kau pernah bertanya kepada aku dengan marah, "tidakkah ada bisikan di hatimu sebelum kau bermaksiat?" 

Aku yang pernah "sakit dalam jiwa", kalah pada fitnah dan ujian dunia tidak mengerti satu apa pun yang kau ucapkan..

 وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِ ۖ وَهَمَّ بِهَا لَوْلَا أَن رَّأَىٰ بُرْهَانَ رَبِّهِ ۚ كَذَٰلِكَ
لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاءَ ۚ إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُخْلَصِينَ 

"Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari Burhān Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa." Surah Yūsuf : 24 

Burhān adalah mata hati, suara hati asbab hidayah Allah, ia menjaga para walīy Allah dari maksiat, ia tidak diberikan kepada semua orang, apatah lagi yang berterusan melakukan maksiat tanpa mahu bertaubat, hanya yang dipilih oleh Allah memilikinya. 

Yakinlah apabila Allah menyelamatkan mu dari maksiat yang kamu sudah berazam, lebih baik dirimu untuk bersyukur kepada Allah karena dia telah memeliharamu, sehinggalah kamu dapat masuk ke syurga Allah kerana telah baik dan bersih jasad dan rohmu. 

Malam ini kami merindui guru kami, Shaykh Sālih alMughāmisīy (semoga Allah merahmatinya), merindui bau tanah air guru kami yang penuh keberkatan, merindui lembut bayu dataran Madīnah yang bercahaya dan menenangkan hati² yang ingin kembali.. 
 
Malam ini kami juga menangis bersama guru kami, pada dua darjat pula. Sang guru menangis kerana nikmat Allah menjaga para walinya dengan karāmah terpelihara dari maksiat fahsyā' dan munkār; dan rahmat Allah yang mencintai hambanya supaya ia dapat masuk syurga. Dan sang murid menangis kerana ia pendosa berat yang pernah hilang mata hati, lari dari hidayah, menjauh dari kasih dan sayang dan rahmat Allah yang Maha Luas. 

Wahai Tuhan yang Maha Pengampun, aku merayu keampunanMu dan kemaafanMu atas segala dosa, kezaliman, kesalahan dan kesilapan yang pernah aku lakukan secara sedar atau tidak sedar. Jika Engkau sahaja yang Maha Pengampun tidak mempedulikan rayuan permohonan ampun dan maafku, pada siapa lagi aku patut memohon... 😢😭😭😭 

 #صالح_المغامسي #المدينة_المنورة

Isnin, 30 September 2013

Fakulti Rasional Ibn Taimiyyah dan Paradoks dalam Trend Neo- Salafisme

0 komen pembaca

Lewat 2000 tahun dahulu, antara dialog terawal Socrates yang berlaku dipanggil sebagai ‘Dilema Euthyphro’. Socrates menanyakan kepada Euthypro sama ada para dewa mencintai sesuatu kerana ianya baik atau ianya baik maka para dewa mencintainya[1]. Masalah itu berlegar antara sifat semulajadi etika dan moraliti. Ia memaksa kita  menimbangkan sama ada sifat kebaikan adalah ditimbang dari akal atau berdasarkan kepada keperluan ontologi. Berikutan, pendirian yang diambil dalam soal ini menentukan peranan besar dalam konsep yang hendak diguna pakai dalam perundangan dan syariah.

Dalam sejarah pemikiran Islam, persoalan hubungan antara akal dan wahyu merupakan isu yang hangat diperdebatkan oleh mutakallimun dan ahli falsafah[2]. Isu ini menjadi penting kerana ia memiliki keterkaitan dengan argumentasi- argumentasi mereka dalam pembahasan tentang konsep Tuhan, konsep Ilmu, konsep etika dan sebagainya. Mereka berorientasi pada usaha untuk menyesuaikan akal dan wahyu[3]. 

Dalam konteks ini konsep akal, wahyu dan ta’wil menjadi konsep terpenting. Ahli falsafah Muslim yang terpenting dalam berusaha membuktikan hubungan antara akal dan wahyu adalah Ibn Rusyd lewat karya Fasl al- Maql dan Ibn Taimiyyah , penulis buku Dar’ Ta’arud al- ‘Aql wa al- naql. Pertama, cuba menjelaskan hubungan manakala kedua berusaha menghindarkan pertentangan atau mensharahkan kesesuaian. Kedua- duanya memiliki premis bahawa akal dan wahyu tidak memiliki pertentangan tetapi kerana situasi sosial dan latar belakang pemikiran berbeza[4]  maka kesimpulan mereka tidak sama.

Mengapa kita memilih utk membicarakan tentang sosok Ibn Taimiyyah? Pertama, kerana ia selalu difahami sebagai pemikiran yang bermusuh dengan akal. Kedua, dari rahim pemikiran Ibn Taimiyyah telah lahir ramai tokoh reformis Islam antaranya Shaykh Waliyullah ad- Dahlawi, Muhamnmad Abduh, Rashid Ridha dan ramai lagi tokoh gerakan Islah selainnya.



Prinsip kesesuaian yang diasaskan Ibn Taimiyyah boleh dilihat kepada tajuk penulisannya yang mengandung kata Muwafaqaat atau Dar Ta’arud. Meskipun perkataannya hampir sama maksud dengan al- Ittisal oleh Ibn Rusyd tetapi prinsip yang digunakan berbeza dalam memahami makna akal dan wahyu. Prinsip ini jelas kelihatan dalam komentarnya terhadap soalan ahli falsafah dan mutakallimun khususnya Fakhr ad- Din ar- Razi dalam soalnya, “bagaimana penyelesaiannya terjadi jika terjadi pertentangan antara akal dan wahyu”[5].

Dari semua perbahasan Ibn Taimiyyah, sekurang- kurangnya dapat dirangkumkan dalam tiga prinsip utama. Pertama, tradisional atau rasional tidak dapat menentukan kebenaran sesuatu. Bagi Ibn Taimiyyah, ada wahyu yang bersifat tradisional dalam perkara sam’iyyun dan ada yang bersifat rasional dalam menjelaskan sesuatu hal[6]. Kedua, jika terjadi pertentangan antara akal dan wahyu maka prioriti diberikan kepada wahyu[7].Prinsip ini maseh bersifat umum dan tidak termasuk pertentangan antara pengetahuan tradisional dan rasional. Ketiga, jika pertentangan terjadi antara akal dan wahyu harus disemak sama ada ia bersifat qat’ie atau zhanni. Tidak mungkin terjadi pertentangan jika keduanya bersifat  qat’ie. Jika keduanya bersifat zhanni maka ditimbang mana yang lebih pasti(rajih). Jika kesimpulan dihasilkan akal lebih pasti maka keutamaan diberikan kepada kesimpulan akal berbanding wahyu. Kesimpulan akal diutamakan bukan kerana ia berasal dari akal tetapi kerana sifatnya yang lebih tepat[8].

Secara umumnya Ibn Taimiyyah menolak keberadaan akal utk menentukan asas wahyu dengan alasan wahyu tidak dapat diketahui melainkan melalui Nabi SAW. Meskipun kebenaran wahyu dapat diketahui dengan akal, tetapi akal tidak dapat menetapkan duduk letaknya wahyu.

Biarpun demikian, Ibn Taimiyyah sama sekali tidak merendahkan makna akal jika akal difahami dalam a) naluri(gharizah) b) pengetahuan yang diperolehi dari akal. Sebagai gharizah, akal menjadi petunjuk bagi segala ilmu sama ada rasional ataupun tidak rasional, dan dalam keduudukannya sebagai syarat petunjuk, akal tidak sama sekali bertentangan dengan wahyu. Malah pengetahuan yang diperoleh dari gharizah tadi akal difahami sebagai pengetahuan akal yang jelas dan pasti kebenarannya(‘aqli qat’ie).Pada hujah ini Ibn Taimiyyah tidak menmberikan contoh kepada pengetahuan akal yg  ‘aqli qat’ie itu. Mungkin maksudnya adalah pengetahuan akal yang diperoleh secara fitrah, seperti yang dijelaskan dalam Naqd al- Mantiq[9]. Tetapi mungkin juga bermaksud necessary knowledge iaitu pengetahuan yang diperoleh secara tawatur dan yang menjamin pengetahuan secara pasti(‘ilm al- yaqini) secara lafzi atau maknawi. Pengetahuan ini dimiliki dalam kalangan sahabat, tabi’in dan tabi’ut tabi’in(generasi tiga kurun terawal selepas kewafatan Nabi SAW) sebagai sumber pengetahuan tradisi yang terpercaya[10].

Melaluinya. ta’wil pada pandangan Ibn Taimiyyah difahami dengan merujuk kepada makna yang dikehendaki oleh Allah dan utusanNya, Muhammad SAW. Ta’wil bagi Ibn Taimiyyah terbahagi kepada dua. Pertama, ta’wil yang diperintah kepada manusia untuk berbuat, ta’wil al-talabi, iaitu ta’wil tentang perintah dan larangan(al- amr wa al- nahy). Disini Ibn Taimiyyah menerima kontradiksi antara satu teks dan satu teks yang lain melalui nasikh dan mansukh. Kedua, ta’wil  yang disampaikan Allah tentang diriNya, Hari Kiamat dan lain- lain hal yang bersifat ghaibiyyat. Ta’wil dalam masalah ini hanya Allah mengetahuinya, manusia hanya dapat mengetahui makna literal teks, hakikat di sebaliknya tidak diketahui. Dalam masalah doktrin, Ibn Taimiyyah tidak melihat kontradiksi teks wahyu seperti dalam ta’wil al- talabi, kontradiksi itu hanya wujud dalam akal orang yang memahami[11].

Barangkali pada prinsip yang ketiga dan bahagian ta’wil al- talabi kita melihat paradoks yang terjadi pada trend  neo-  salafisme lewat selepas kemunculan gerakan dakwah  Muhammad bin Abdul Wahab. Dalam hal- hal pokok atau prinsip, tiadalah banyak perbezaan besar antara pemikiran Muhammad bin Abdul Wahab dan Ibn Taimiyyah. Berikutan tokoh yang bermazhab Hanbali ini banyak terkesan dengan pemikiran Ibn Taimiyyah dalam prinsip aqidah dan ibadah. Paradoks yang dimaksudkan adalah paradoks yang terjadi lewat fatwa- fatwa yang dikeluarkan dalam urusan politik dan sosial kemasharakatan (mu’amalah).

Neo- salafisme adalah aliran kefahaman agama, budaya dan politik yang sempit. Barangkali kita berbeza pendapat dalam pengistilahan neo- salafisme kerana yang dibahaskan adalah spektrum yang berbeza. Ilmuwan yang datang dari tradisi Muhammad bin Abdul Wahab seringkali dirujuk mempunyai sikap kejumudan, kekerasan dan merujuk kepada fiqh yang berpaksikan ide-ide fanatisme.

Fahaman politik neo- salafisme adalah senjata bagi rejim Saudi yang didokongi oleh faham agama Muhammad Abdul Wahab untuk mengekalkan kekuasaan mereka. Walaupun penubuhan Dinasti Saud adalah dengan kekerasan dan pemberontakan (dan tidak dikatakan HARAM, HARAM dan HARAM oleh para pengikut doktrin agama Muhammad Abdul Wahab), namun untuk mengekalkan kekuasaan mereka yang dianggap sebagai benteng terakhir faham Islam yang sebenar. Mereka mempopularkan doktrin haramnya menegur pemerintah dengan sikap 'pick and choose' terhadap dalil- dalil dan juga pendapat sesetengah ulama salaf tanpa melihat kepada 'illat, maqasid dan juga faktor sosiologi.

Ibaratnya, seorang yang telah memanjat pokok dengan menggunakan tangga, apabila telah sampai ke puncak pokok, ditendangnya tangga agar orang lain tidak boleh memanjat seperti beliau. Malangnya, apabila slogan ittiba' dijadikan modal, dan dikecilkan ruang 'kebenaran', maka golongan yang tidak melihat Islam secara meluas menjadi mangsa.

Contoh yang paling popular adalah bagaimana Ibn Taimiyyah telah mengkritik Raja Tartar melalui fatwanya kerana Raja Tartar yang bernama Qazan itu melakukan kezaliman terhadap rakyatnya dan penyelewengan harta negara[12].

Dalam kes yang lain, hadis yang selalu didendangkan oleh golongan neo- salafisme : “Dengar dan taatlah pada pemerintah walaupun punggung(iaitu belakang)mu dipukul dan hartamu dirampas! Dengarlah dan taatilah" (sebahagian hadith yang panjang, dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya, no. 1847) Ia adalah hadith dha'if. Didhaifkan oleh Imam al-Daraquthni, Imam Muslim sendiri[13], bahkan juga didhaifkan oleh ulama hadith salafi Syaikh Muqbil Hadi al-Wadi'i. Jika kita ingin mencuba membina kaedah atas prinsip yang ketiga tadi, maka nas yang bersifat zhanni seperti ini berlawanan dengan pengetahuan akal yang qat’ie. Pertama, haram melakukan kemudaratan dan membiarkan kemudaratan. Kedua, dalam sistem demokrasi pada hari ini, nas ini tidak terpakai(malah tidak boleh dihujahkan langsung kerana dha’if!) kerana pengetahuan akal yang lebih tepat berdasarkan sirah sahabat telah memberitahu kita bahawa manusia merdeka bukan hamba kepada manusia yang lain, manusia mempunyai kemuliaan sebagai insan, kezaliman perlu dilawan. Bahkan wujud riwayat yang banyak yang menunjukkan ramai sahabat dan tabien yang keluar daripada Imam dan menghayunkan pedang untuk menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran dan ada pula yang menyokong serta menolak untuk keluar dari Imam dan menetap di dalam ketaatan.
Misalnya di dalam sejarah juga telah menunjukkan wujud di kalangan sahabat dan tabien yang membantu Abdullah bin Ibnu Zubair ra di dalam menentang Bani Umaiyah[14].

Neo- salafisme menginterpretasikan nas-nas atas kesempitan makna, kejanggalan waqie' dan kekelabuan maqasid. Maka lahirlah fatwa- fatwa taat kepada pemerintah secara membabi buta kerana mengabaikan pemikiran Ibn Taimiyyah secara menyeluruh dalam ta’wil al- talabi dan prinsip ketiga yang dibahaskan tadi.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                



[1] Plato, Euthypro, 10
[2] Perbahasan tentang masalah akal dan wahyu dalam Islam dibahas oleh A.J. Arberry dalam bukunya, Revelation and Reason in Islam, 1965. Artikel tentang sejarah ringkas ditulis oleh A.S. Tritton dalam “Reason and Revelation dalam Arabic and Islamic Studies in Honor of Hamilton, Gibb, 1965, 619- 630.
[3] Lebih terperinci dalam usaha- usaha penyesuaian ini lihat sejarah ringkas oleh A.J. Arberry dana Reason and Revelation in Islam.
[4] Ibn Rushd tidak saja diperngaruhi oleh pemikiran masharakat yang beranggapan bahawa sains dan falsafah bertentangan dengan agama tetapi juga oleh konflik- konflik yang terjadi antara ahli falsafah dan ilmu agama. Berbeza dari Ibn Rushd, perhatian Ibn Taimiyyah difokuskan kepada pemahaman masharakat tentang Islam yang dalam pandangannnya dirosakkan oleh doktrin Sufism, teologi dam falsafah seperti yang ternampak dalam amalan bid’ah oleh masharakat. Lihat Bello, Iysa A., Medieval Islamic Controversy Between Philosphy and Orthodoxy. Ibn Taimiyyah, Haqiqat Mazhab al- Ittihadiyyah dalam Majmu’at al- Fatawa, Maktabah Dar al- Salam, 2003.
[5] Ibn Sina dalam al- Risalah al- ‘Adawiyyah, al- Gahzali dalam risalah Qanun al- Ta’wil, Ibn Taimiyyah focus kepada Fakhr al- Din ar- Razi dalam kitabnya Asas al- Taqdis fi ‘ilm al- Kalam, dan al- Matalib al- ‘Aliyah.
[6] Ibn Taimiyyah, Dar al- Ta’arud, Maktabah al- Ma’rifah, 1985, 198
[7] Ibid, 170-171
[8] Ibid, 87
[9] Dalam kitab ini menjelaskan fitrah adalah kecenderungan alamiah manusia kepad akebenaran, namun kecenderungan untuk mengikutri kebenaran secara am ini tidak sempurna dan kerana itu fitrah alamiah ini disempurnakan dengan fitrah al- munazzalah iaitu agama yang diwahyukan memeberikan penerangan tentang framework tentang kebenaran secara lebih terperinci. Maka bagi beliau pengetahuan yang diperoleh secara inuitif ini memiliki kebenaran yang sama dengan pengetahuan wahyu. Sebab beliau yakin Allah menciptakan fitrah dalam sebaik- baik kejadian(ahsan al- taqwim), kesesatan hanya disebabkan individu. Maka berasaskan pemahaman ini beliau berpendapat pertentangan akal dan wahyu tidak terjadi. Lihat Naqd al- Mantiq, 39.
[10] Dar al- Ta’arud, 195
[11] Ibid, 206- 230
[12] Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 14/92
[13] Hadis dengan lafaz " تَسْمَعُ وَتُطِيعُ لِلأَمِيرِ وَإِنْ ضُرِبَ ظَهْرُكَ وَأُخِذَ مَالُكَ فَاسْمَعْ وَأَطِعْ - Dengar dan taatlah pada pemerintah walaupun punggung(iaitu belakang) mu dipukul dan hartamu dirampas! Dengarlah dan taatilah" adalah salah satu contoh dari segelintir hadith-hadith mutabaat dan syawahid yang dha'if terkandung dalam Sahih Muslim dan ia telahpun didha'ifkan oleh Imam Muslim sendiri. Mereka yang membaca Sahih Muslim dengan kaca mata ahli hadith sahaja yang akan dapat mengecam bahawa hadith ini telah didha'ifkan oleh Imam Muslim dengan isyarat dalam kitab Sahihnya sendiri. Imam Muslim memasukkan hadith ini bersama-sama hadith semakna yang tiada ziyadah (tambahan lafaz) dalam satu bab, dan hadith tanpa ziyadah disebut dahulu sebelum hadith dengan ziyadah, tujuan beliau lakukan sedemikian rupa ialah sebagai isyarat untuk menjelaskan bahawa ziyadah itu lemah, dan ini adalah antara metod Imam Muslim mendhaifkan sesebuah hadith dalam kitab Sahihnya, demikian juga para huffaz hadith lain semisal al-Bukhari, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban
[14] al-Bidayah wa al-Nihayah, 238.


Ahad, 2 September 2012

Politik Revolusi dengan Sang Saka!

3 komen pembaca

Wacana politik revolusi tidak harus terhenti pada penegakan nilai sejagat kemanusiaan yg disepakati seperti memerangi rasuah, kronisme, dsb, ia juga harus mencakupi revolusi kebudayaan.

Meminjam kata- kata Dr Ali Taqi, "Akar setiap revolusi adalah pertamanya memerdekakan diri dan membenci nilai yg ada. Kedua, mencita- citakan nilai atau sistem baharu yang ideal. Revolusi yg kembali kepada tradisi adalah berbumbukan faktor spiritual dan akidah. Revolusi kebudayaan ini hanya akan berjaya jika ada bangkangan keras dari kita sendiri. Juga semangat melawan, menolak dan menentang keras nilai yg ada. "(Perempuan Nan Bercinta)

Revolusi adalah sebuah proses, bukannya hasil. Pengibaran bendera Sang Saka yg memberontak kepada bendera Jalur Gemilang yg ditiru dari bendera rasmi Syarikat Hindia Timur Inggeris, bukanlah satu end product yg sempurna, tetapi hanyalah suatu proses ke arah kesempurnaan yg berterusan. Malang bagi siapa yg memandang Sang Saka sebagai simbol kosong, tanpa menyelami nilai sejarah yg ada padanya untuk mengembalikan nuansa budaya anak bangsa.

Politik reaksioner yg hanya play safe untuk ke Putrajaya boleh jalan, alasan Sang Saka tiada prioriti mengarut, ia tiada tempat di hati anak muda yg mahu revolusi kebudayaan seiring dengan menumbangkan regim!


Ahad, 1 Julai 2012

Apa Prioriti Mobilisasi untuk Perjuangkan Tahanan ISA?

0 komen pembaca
Dalam buku Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara tulisan Syed Husin Ali ada menyebut :
Untuk mendapatkan pengakuan daripadanya, dia telah diseksa dengan bermacam cara selama dua minggu, seperti: 
a) ditumbuk dan ditendang macam bola oleh dua tiga orang sekali b) dicucuh dengan puntung rokok di sebelah dada serta belakang (tandanya masih jelas kelihatan semasa dia bercerita kepadaku), c) dipukul dengan kayu dan dicat dengan dakwat zakarnya, d) ditepuk-apit, iaitu ditempeleng kedua-dua belah telinganya sekaligus dengan dua belah tangan sehingga berdarah (dan telinga masih bernanah semasa dia menceritakan), dan e) disuruh menghisap surat khabar bergulung yang dibakar, sehingga bibirnya melecur, dan apabila cuba membuang kertas itu dipukul atau ditendang pula.
Seorang tahanan ISA tak boleh makan pedas. Lepas tu dia pulak baru saja cedera dikaki sebelum ditahan. Bila dapat tahu benda tu, Polis menggunakan kedua dua point tersebut untuk siksa beliau. Seluruh badan beliau dilumur cili kisar termasuk di kemaluan. Dan setiap kali disiksa, kaki yg cedera akan dipijak pijak. Sampai tahanan yg disiksa itu menghempas hempas kepala sendiri didinding sebab tak tahan dengan siksaan. Bagi tahanan itu, lebih baik dia mati daripada disiksa macam tu.
Tak zalimkan?

Ya memang tak zalim, kurang sikit zalim dari Bashar alAsaad je. Sebab itu kita tak perlu mobilisasi yg ramai untuk tahanan ISA. Ahh, biarlah tahanan mati. Setakat 45 orang dalam ISA, kita perlu turun ke jalanan untuk solidariti? Eh mengarut lah, isu Palestin, isu Syria, isu Rohingya lagi penting la. Paling penting berkonvoi naik motor seluruh Malaysia.

Ok, stop being sarcastic.

Bagi aku, kalau hampa merasakan pentingnya kita bersepakat untuk isu Palestin, Syria dan Rohingya, penting lah jugak hampa bersepakat untuk sokong tahanan ISA. Kalau boleh mobilisasi besar- besaran untuk umat luar negara, kenapa tiada mobilisasi untuk bela rakyat negara sendiri? Apa beza mereka semua? Apakah nas- nas alQuran dan hadis seputar soal kezaliman hanya terpakai di timur tengah?

Hari ini, masuk 11 hari tahanan ISA tak makan sebab mogok lapar. Kenapa nak susah payah mogok lapar? Sebab dengan mogok lapar itu berlaku pressure supaya mereka dibicarakan di mahkamah dan penderaan ke atas mereka disiasat!

Aku jahil, aku bukan ulama'. Tapi kalau bapak aku yang tak makan 11 hari, agak3 aku boleh buat tak kesah?

Aku takkan lupa kata- kata abang Rafizi masa demo ISA depan bangunan Parlimen, "Isu ISA tiada mobilisasi besar- besaran sebab 45 tahanan yg ada di Kamunting bukan tahanan politik. So takde pressure dari parti politik."

Aku dah cakap dulu, kenapa sembah parti politik? Kalau parti politik taknak ambil port pasal tahanan ISA, adakah kita jadi pak turut parti? Why dont we act as one? Tunggu PR memerintah baru nak hapuskan ISA? Wey, PRU 13 belum tentu PR menang la!

Ya, aku tak nafikan, ada ahli politik yg ambil port pasal ISA secara serius. Aku ukur serius bila mereka turun demo bantah ISA depan bangunan Parlimen tempoh hari. Kredit kepada YB Tian Chua, YB Mahfuz Omar, YB Nurul Izzah, Ustaz Badrul Amin, Rafizi Ramli dan seorang lagi wakil dari PSM yang aku tak ingat namanya. Kredit juga kepada YDP PAS Taiping dan wakil Pemuda PAS Perak yg turun demo di Kemta hari ini.
Aku yakin, ahli politik yg join demo bantah ISA atas kesedaran individu dan bukan arahan dari parti. Kalau isu ISA sekarang takdak dokongan dari parti politik secara mobilisasi besar- besaran, aku risau parti politik yg selama ini bercakap soal keadilan, demokrasi dan seumpamanya akan dipandang rendah oleh marhaen. Kalau ahli parti dizalimi akan dibela secara serius, kalau bukan ahli parti tiada moblisasi? Eh?

Parti politik jangan sombong. Ambil pengajaran dari alQuran, Firaun tenggelam dalam laut sebab kesombongan, Qarun tenggelam dalam bumi sebab kesombongan. Parti politik akan hancur kalau mereka lost touch, sombong dengan marhaen.

Hampa jangan ingat post ini menafikan amal islami yang hampa buat. Aku tau amal islami hampa lagi hebat dari aku. Apalah sangat amal islami aku yg baru berapa hari balik ke tanah air. Aku tak nafi, aku cuma nampak macam berat sebelah. Aku mungkin keras mengkritik hampa tapi aku adalah antara orang paling sayang kepada hampa.

Aku jahil, aku bukan ulama', aku budak muda yang tak cukup ilmu, aku kembalikan soalan apa prioriti untuk mobilisasi perjuangkan tahanan ISA? kepada hampa yg lagi berilmu dari aku.

Aku mohon ampun dari Allah banyak- banyak kalau aku tersilap.

Jumaat, 29 Jun 2012

Aktivis Munafik

10 komen pembaca
Palestin merintih,
Ramai yang kasih.
ISA terkepung,
Tiada yang singgung?

Jauh ke Palestin kamu bersolidariti,
Jatuh negeri sendiri,
  kamu bisu, buta tuli?

Bangsa ini kini hamis bernanah,
Bila Palestin ramai yang ghairah,
Apa tahanan ISA tidak punya maruah?
Jika peduli mengapa tiada endah?



***Dipukul dalam keadaan berbogel, dibelasah beramai-ramai, disebat menggunakan getah hos, seluruh badan dilumur dengan cili, dubur disumbat dengan cili kisar, dan direndam dalam bekas ais, inilah bentuk penderaan yang dialami oleh seorang tahanan ISA warga Iraq yang ditahan pada 2011. Beliau didera dan diseksa secara berterusan selama 60 hari pertama dalam tahanan ISA.

Sehingga hari ini, masih ada 45 orang tahanan ISA yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting. Pada 12 Mei 2012, terdapat 6 orang tahanan ISA melancarkan mogok lapar menuntut pembebasan segera. Setelah bertemu dengan pihak SUHAKAM, mereka setuju untuk berhenti daripada mogok lapar dengan syarat Kementerian Dalam Negeri memberi jawapan terhadap tuntutan mereka. Namun setelah hampir sebulan, belum ada sebarang perkembangan positif yang diberikan oleh pihak KDN. Oleh itu pada 21 jun 2012, dua orang tahanan telah memulakan kembali mogok lapar.

Isnin, 25 Jun 2012

Mesir dan Masa Depannya.

1 komen pembaca

SubhanAllah. Walhamdulillah. Allahuakbar!

Semalam, sehingga pagi ini status3 fb dan twitter terbakar dengan kegembiraan. Alhamdulillah, kita bergembira dengan kemenangan Dr Morsi. Dr Morsi juga telah menggugurkan keahliannya dalam Ikhwan dan FJP.
Undi popular bagi Dr Morsi sebanyak 51%, dan lawannya mendapat undi 49% yg bukan sedikit. Ini adalah kemenangan mudah, yg mana sokongan terhadap Morsi juga datang dari kelompok yg pelbagai. Inilah cabaran wilayah demokrasi tidak sempurna yg perlu dihadapi Morsi.

Sejak dari jumlah ini, kemenangan ini menunjukkan kepada kita ini bukan satu kemenangan yg mudah. Dr Morsi bukan saja memimpin umat Islam, tetapi Dr Morsi juga memimpin Kristian, sekularis, liberalis, sosialis dsb. Maka sangat tidak wajar jika negara agama hendak ditegakkan di Mesir. Corak negara yg bakal dibentuk mestilah mencapai aspirasi masharakat pluralistik dan proses demokrasi lewat deliberatif bukan lewat autokrasi.

Masa depan Mesir maseh panjang. Kemenangan Morsi hari ini bukan bermakna dunia Islam pada esok hari akan terbebas seluruhnya. Presiden baru perlu berdepan dengan banyak kemungkinan. Sama ada Dewan Rakyat akan dibubarkan atau tentera akan menangkap rakyat atas alasan darurat, semua itu tidak mustahil berlaku. Inilah cabaran- cabaran getir yg perlu dihadapi Morsi.

Sejarah buruk Turki pernah memperlihatkan kepada kita bagaimana bila kelompok Islamis yg naik sebagai pemerintah dihadapkan ke mahkamah dan diharamkan sebanyak 3 kali. 'Operasi sledgehammer' yg berlaku pada 2002 hampir3 menjatuhkan AKP tidak wajar dilupakan. Dan semestinya rejim despotik Malaysia mengajar kita dengan banyak sekali bagaimana rejim zalim berdepan dengan Islamis.

Jelas, perjuangan maseh panjang dan laluannya bukan mudah. Secara peribadinya aku tidak bersetuju dengan dasar ekonomi neo- liberal yg dipegang Ikhwan, pada asalnya revolusi dimulakan oleh golongan sosialis yg melihat neo- liberal ciptaan Amerika yg menyebabkan kemiskinan, kebuluran dsb di Mesir. Tetapi sekurangnya Mesir akan jadi paksi di dunia Arab yg paling digeruni Israel. Sekurangnya usaha membebaskan Palestin, Syria, Rohingya dan seluruh dunia Islam akan menjadi lebih mudah. Semoga Allah membantu kita semua dengan kemenangan ini. So, bangun tengok EURO musim ni jangan lupakan dua rakaat utk masa depan Islam.
Tetapi perkara paling ironi dengan kemenangan Morsi dapat kita lihat di Malaysia. Kelompok ultras Melayu 'Melayu Sepakat' sangat bergembira dgn kemenangan ini, bahkan mereka sudah banyak membantu kempen pilihanraya Ikhwan di Mesir. Tahniah kepada mereka. Tetapi dunia ini tidak terlepas dengan perkara- perkara ironi yg kadangkala bingung kita memikirkannya. Bagaimana ultras Melayu dapat bekerja keras untuk perjuangan Islam luar negara, tetapi dalam masa yang sama terus- terusan menghentam usaha parti Islam malah bermusuh dengan parti Islam yg ada di tanah air sendiri?



Ahad, 24 Jun 2012

Hai Awek Cantik

2 komen pembaca
Bismillah.

Setelah sekian lama gua tutup blog sebab ada problem sikit, hari ini gua bukak balik sebab ada member tanya "mana pergi blog hang?" Aku tutup sebab printscreen bawah neh, hasil hack fb pena minang,(bukan gua hack, ado org bagi maklumat kat kami yg teraniaya), ada mesej neh. (klik gambar utk besarkan)


Masa neh tengah hangat isu BERSIH 2.0 di tanah haram. Gua sikit pun tak takut dengan ugutan buang universiti, hantar balik Malaysia dan sebagainya oleh puak UMNO terhadap gua. Tapi antara sebab gua tutup blog, gua ada sikit rasa cuak bila nama gua nak dibagi ke SB- atas tuduhan sosialis. Niamakahai punya mamak kaki report. Jumpa depan- depan kat universiti muka manis macam gula, tapi belakang tikam member satu batch bhai. Lu tak pernah datang bincang dengan gua, terus lu tuduh gua liberal, tuduh sosialis. Apahal seyh? Lu tuhan yg baru turun ke bumi ke suka3 hati nak hukum orang?

Sohai betul bila gua rasa cuak. Maknanya gua belum diuji dengan ujian pejuang yang sebenar dan gua kena banyak lagi buat kerja pejuang.

So sekarang dah hampir sebulan gua balik Malaysia. Sebelum gua balik Malaysia gua dah plan baik punya, balik cuti semester neh utk test ilmu gua sepanjang belajar kat Madinah. Sama ada ilmu gua itu betul- betul bermanfaat atau tak untuk masharakat yg gua hadapi. So sekarang gua dalam fasa jumpa member3 lama yg ada dari macam3 level dan ikut program- wacana- seminar akademik yg ada kat Malaysia neh utk tambah ilmu gua.

Tadi mama ada cakap kat gua, "sejuk hati mama tengok budak3 laki KUIS pakai jubah..". Lalu gua pon balas, "bukan wajib pon pakai jubah ma. Tu suma adat, bukan agama." Gua tau gua agak slack balik kali neh, rambut panjang dan pakai jeans tiap masa. Gua sedang berdepan dengan masharakat yg majoritinya anak muda, so gua rasa takde masalah apa asalkan gua kemas dan maseh menutup aurat.

Bagi gua, selama ini gua pegang dua prinsip mudah dalam hidup gua utk amalkan Islam.

Berdasarkan hadis "Sesiapa yg berbuat sesuatu selain dari urusan kami maka.ianya tertolak"(HR Muslim) ulama' usul fiqh telah buat dua kaedah usul fiqh yg paling asas.

الأصل في العبادة محرام حتى ورد الدليل يحله
Asal kepada sesuatu perkara ibadat adalah haram kecuali datangnya dalil(alQuran dan alSunnah) menghalalkannya.

الأصل في الأشيأ إباحة حتى ورد الدليل يحرمه
Asal sesuatu perkara muamalat adalah harus kecuali datangnya dalil mengharamkannya.

So cara berpakaian Nabi, ia dikira sbg perkara muamalat dan harus kita berbeza dengannya asalkan tidak mlanggar prinsip utama syarak spt bersih, menutup aurat dll. Adapun perkara ibadat khusus spt solat, zikir, haji, puasa dll tidak dapat tidak kena ikut tatacara Nabi SAW kerana wahyu turun kepada baginda saja, bukan kita.

Tapi jangan dilupa ada sebahagian ulama' silam berpendapat bahawa memakai jubah, serban, bercelak dapat pahala sunnah jika kita niatkan ikhlas ikut Nabi SAW. :)

Pilihlah pendapat yg lu orang suka. K, chow dulu. Nanti gua tulis lagi.

Rabu, 21 Mac 2012

Simbol vs Nilai

2 komen pembaca
Sebelum memulakan tulisan kali ini, barangkali, ada baiknya kita menelaah dahulu puisi berharga daripada W.S Rendra :

“Dasar pendidikan kita adalah kepatuhan.
Bukan pertukaran pikiran.
Ilmu sekolah adalah ilmu hafalan,
dan bukan ilmu latihan menguraikan.”

Di Malaysia, bila keputusan SPM diumumkan nanti, akan berlaku kemenangan simbol atas nilai. Sebagaimana Firaun membina simbol Piramid sebagai lambang keabadiannya sebagai tuhan(supaya manusia selepas terus menyembahnya), manusia- manusia moden yang menyembah simbol A akan memuja muji budak- budak SPM yang sijilnya penuh dengan A. Pihak sekolah akan berbangga sebab sekolah berpeluang naik taraf jadi SBT. Pengetua tersenyum lebar sebab akan naik pangkat dengan kejayaan sekolah, kalau nasib baik, dapat gelaran 'pengetua cemerlang'. Akhbar akan menempatkan muka hadapan 'pelajar- pelajar cemerlang SPM'. Ibu bapa tumpang sekaki seronok.

Ini realiti hari ini, simbol A menjadi lebih agung berbanding nilai ilmu yang dikutip sepanjang sekolah. Apakah bilangan A itu menyebabkan proses kita menjadi manusia yang lebih baik? Mungkin kita sudah mula lupa dengan kisah Amalina yang cemerlang dalam sistem peperiksaan tapi melupakan tudung yang pernah dipakai? Ahh, tak heran setakat buka tudung, Sufiah lagi genius, akhirnya pelacur.

Cemerlang dalam peperiksaan, tapi miskin nilai diri, menunjukkan kepada kita kejayaan sains positivisme menguasai masharakat akhirnya membentuk masharakat rasional instrumental (dikenali juga sebagai rasional tujuan).. Menatang apa positivisme dan rasional instrumental tu?

Sejarah ringkas untuk menerangkan dua istilah ini, sewaktu Eropah bercita- cita mahu menuju kepada Pencerahan, pada masa inilah rasional diangkat. Pada waktu Pencerahan, pekikan 'Sapere Aude' bergema kuat, nyaring. Atas nama pengetahuan, Pencerahan ghairah mahu membebaskan dunia dari kuasa yang tidak terlihat (yakni kuasa yang tidak menepati hukum rasional-positivisme). Pada masa inilah, manusia mula mengunakan kata 'tuan ke atas diri sendiri', secara tak langsung, menjadikan diri sebagai 'subjek'. Alam sekeliling sebagai 'objek'. Manusia menakluki alam,  menentukan takdir sendiri, tidak takut lagi dengan cabaran sekeliling dan alam(objek) mula menjadi tujuan buat manusia.

Panjang, susah nak faham apa yang aku tulis? Memanglah, hampa ingat senang nak terangkan pasal falsafah?

Jadi, mudahnya, fahamlah bahawa rasional instrumental atau rasional tujuan ini menjadikan sesuatu objek sebagai tujuan dengan cara yang kelihatan rasional.

Bila manusia dah meletakkan diri sebagai subjek, maka rahsia alam mula disingkap. Air, hutan, pokok, udara, api haiwan dikaji diperhati dan dicerap. Kebenaran dinilai dengan bukti rasional dan hasil empirikal(pemboleh ubah yang hampa belajar dalam sains tu). Semua kajian saintifik mesti dibenarkan dengan bukti rasional dan empiris.

Maka di sini lahirlah sains tabii yang mengkelaskan fizik, kimia, biologi kepada satu bahagian dan bahagian keduanya adalah sains sosial yang mengamati tingkahlaku dan budaya manusia. Pemisahan inilah yang dilakukan oleh pisau Positivisme. Sekarang baru habis cerita pasal positivisme, hehe. Sabar.

Malangnya, golongan positivistik ini tidak mau terhenti setakat menggunakan bukti empirikal terhadap alam, tetapi terhadap manusia. Wilayah rohani dan budaya dicemari apabila kenyataan, kebenaran dibuktikan dengan bukti empirikal. Metodologi sains diguna pakai untuk menentukan hikmah- hikmah dalam agama, perasaan, moral dan sebagainya telah menghilangkan nilai aura manusia itu sendiri.

Ada tuhan baru semasa musim peperiksaan. Namanya CGPA. Pengalaman Gates telah memukul nabi- nabi yang menyembah CGPA.
Cubalah kaitkan dengan keadaan sistem peperiksaan Malaysia, pelajar kelihatan bersungguh- sungguh belajar untuk dapat keputusan cemerlang, dengan mengabaikan potensi diri sebenar. Pada masa inilah kelihatannya rasional 'belajar bersungguh- sunguh' untuk mencapai tujuan 'berjaya dalam hidup'. Kita di sekolah terus menghafal fakta- fakta yang hendak ditulis dalam kertas peperiksaan. Pelajar mencapai tujuan dengan bukti empirikal melalui sijil peperiksaan yang berderet simbol A. Lepas peperiksaan terus lupa apa yang dipelajari. Simbol tak lebih sekadar simbol, hanya dapat A dalam Pendidikan Islam, tapi hormat orang tua pon tak reti. Cikgu pula berusaha menghabiskan sukatan pelajaran supaya pelajar cemerlang peperiksaan.

Aku tak generalisasi. Aku tak nafikan maseh ada para guru yang ikhlas dalam mengajar, tapi selagi mana kita maseh berada dalam sistem ini, selagi itulah kitaran pembodohan yang membekukan fikiran umat Islam terus berjalan.

Banyak A dalam SPM tak menentukan hampa boleh survive hidup dalam kehidupan harini. Apa yang hampa perlukan adalah skill kehidupan, bukan sejumlah A. Tak percaya, laluilah pengalaman sendiri nanti. Orang tua kita dahulu, tak masuk universiti pon tapi dapat membesarkan kita dengan baik.

Jadi, apa tujuannya kita melalui sistem peperiksaan dan diberi 'hadiah A'? Sejak Tun Mahathir memahkotakan simbol moden bagi Malaysia, dengan target Wawasan 2020, maka keserakahan kapitalis tanpa nilai terus menjadi- jadi. Universiti dibina semakin banyak, bukan dengan tujuan menyuburkan ilmu yang bebas nilai, tetapi supaya lepasan SPM masuk ke universiti (yang perlu dengan gred SPM yang baik, dahulunya) belajar teknik- teknik untuk memenuhi permintaan industri- industri kapitalis. Kita terus ditipu, masuk ke universiti, terpaksa meminjam dengan PTPTN walaupun banyak A. Bukan semua orang yang peroleh banyak A dapat biasiswa. Belum bekerja lagi sudah berhutang.

Kemudian kita masuk universiti, kita terus belajar untuk mengaut CGPA yang baik. Keinginan untuk mendapatkan simbol- simbol yang 'cemerlang' terus melampaui makna dengan alasan simbol ini dapat memastikan mendapat pekerjaan yang baik. Universiti mesti dipastikan supaya mendapat penarafan yang baik, bukan kualiti pengetahuan yang lahir. Di sinilah hilangnya nilai kritis dalam diri kita. Kita jarang dapat menghasilkan inovasi yang baru sebab terbeban dengan silibus. Malah, kita tak dapat mempersoalkan apa yang kita pelajari kerana sibuknya kita dengan nota- nota kuliah. Kesannya, (maha)siswa yang dilahirkan hanya untuk memenuhi kehendak pasaran, kehendak negara, jauh dari aspirasi rakyat marhaen.

Tujuan pendidikan adalah menimbulkan kesedaran, seperti kata Nietzcshe, manusia ini penuh dengan perkara ketidakpastian, nihilisme. Berproses dari manusia (dengan m kecil) menjadi Manusia(dengan M besar) menuntut kita menggunakan pengetahuan untuk melahirkan pengetahuan baru. Pengetahuan yang membebaskan kita dari status quo. Seterusnya berlaku dominasi atas nama intelektual, akhirnya tolitarian. Sebab itu kita selalu melihat hal- hal yang ironi, misalnya penuntut undang- undang Universiti Malaya selesa menjadi pro- ISA, misalnya penuntut agama selesa bergayut pada kezaliman pemerintah.

Dengan penerangan di atas, malang bagi kita, positivisme yang melahirkan masharakat rasional instrumental berhubungan terus dengan ideologi negara menjadikan kita sebagai alat kapitalis moden. Menjadi binatang peliharaan kapitalis yang tidak bebas menentukan kehidupan sendiri. Hidup untuk memuaskan keserakahan industrial, mungkin bagi yang taqwa, Tuhan adalah makna seterusnya.

Ya, walaupun sijil SPM membantu untuk mendapatkan tempat di universiti, dapatkan pekerjaan yang baik, tapi ianya bukan penentu kejayaan hidup. Apalah sangat 5 tahun di sekolah menengah nak dinilai dalam sekeping kertas berbanding hidup yang akan kita tempuhi berpuluh- puluh tahun lagi? Baru dua tahun berlalu selepas aku ambil SPM, orang dah tak tanya dah keputusan SPM aku(keputusan aku teruk tak setaraf pelajar SBP). Apa yang orang nampak, tempat aku berdiri sekarang.

Akhir tulisan aku dengan menyertakan fakta di bawah :

- Lebih 50% CEO kepada 500 anak syarikat Fortune (sebuah syarikat yang terkenal) sering mendapat C semasa di kolej.

- 65% daripada seluruh ahli senat Amerika adalah mereka yang sering mendapat kelas pertengahan dan ke bawah ketika di sekolah.

- 75% daripada Presiden-presiden Amerika mempunyai rekod akademik yang buruk.

- Lebih 50% usahawan jutawan tidak menamatkan pengajian di universiti.

Jadi, apa pandangan hampa setelah membaca fakta di atas?

Isnin, 27 Februari 2012

The Dead Crow Versi Bahasa Melayu

2 komen pembaca
LANGKAH LESTARI
A. Samad Said

Sejak subuh ini resah mendera qalbuku
mendengar nafas bumi yang cuba syahdu.
Di tengah rimba aku tekun menyanggah lara,
mewarasi setiap suara derita atau rianya. 
Subuh ini seluhur tekad kupadu qalbu
kerana terdengar rimba masih juga diganggu.
Dan walau anak rimba cuba tulus menyanyi
taring haloba masih bengis menoda bumi.
Di mana lagi dapat kuhirup udara yang murni,
setiap detik, dan serentak, terhidu elegi bumi?
Di sini—dedaun bersyair kepada leluhurnya,
bunga rimba cuba menari depan keluarganya.

Walau sungai serahsianya masih merdu mengalir,
kembaranya tetap resah di sisi ikan yang getir.
Dan kita mula terdengar suara rindu abad lalu,
menyerap gelak mewaras sedu, segala yang pilu.
Kita tidak akan rela berganjak mendakap alam
khusus ketika ia sedang terus terdera kejam;
kita tak rela dengar rintih rimba yang murung;
atau menyerap tangis dedaun dan sedu burung.
Kita berazam cekal berlawan di qalbu rimba
memanfaat setiap kitab lara dan buku sengsara.
Dan dengan sederap rentak dan sesyahdu suara
kita tetap bertekad melindungi rimba terdera.

Kau yang pendera usah berhelah atau berpura
kerana sedalam kuburmu rimba akan membela.







Rabu, 22 Februari 2012

Candu Harussani

0 komen pembaca




Saat Marx mengajarkan kita bahawa punca keterasingan manusia adalah kerana berlaku ketidakadilan dalam sosial, aku menjadi hairan bagaimana ada agamamawan yang boleh berhujah dengan hadis palsu untuk mempertahankan kekuasaan sang pemerintah yang menggila. Harussani telah berhujah dengan hadis yang banyaknya riwayat: "Raja adalah bayangan Allah di bumi". Tapi tiada satu pun riwayat yang sahih. Salah satu riwayatnya berlafadz begini : " السلطان ظل الله في الأرض ,فمن أكرمه أكرمه الله , و من أهانه أهانه الله

"Sultan adalah bayangan Allah di bumi, sesiapa yg memuliakannya, dia akan dimuliakan Allah. Sesiapa yang menyakitinya, dia akan disakiti Allah."

Shaykh alAlbani menghukum hadis ini sebagai dhaif di dalam Silsilah adDho'ifah. Hadis dhaif tidak boleh dijadikan hujah untuk menetapkan hukum. Ini riwayat yang dhaif, bahkan dalam kebanyakan riwayat lain ulama' telah mengatakan ianya palsu.

Agama telah menjadi candu, menurut Marx ketika ruh falsafah Hegel telah menjadi rujukan utama gereja Katolik pada zamannya. Secara ringkas, Feuerbach telah mengkritik falsafah Hegel ini yang memprojeksikan manusia beragama pada zamannya tunduk pada takdir Tuhan semata- mata tanpa tindakan sendiri untuk berubah. Falsafah ruh Hegel menunjukkan kemenangan agama terhadap rasionaliti, dan itu tidak mengubah masyarakat. Bahkan, telah menghumban manusia ke lembah keterasingan.

Feuerbach pula mengatakan bahawa hakikat Tuhan itu adalah pada hakikat manusia itu sendiri. Jadinya, agama ini hanyalah ciptaan manusia itu sendiri. Ini juga tidak betul sepenuhnya bila manusia bebas sepenuhnya tanpa ada dalang yang mengawal di tabir.

Kritik Feuerbach kepada agama telah disambut cermat oleh Marx dengan mengatakan : "agama adalah ungkapan penderitaan yang sungguh-sungguh. Agama adalah keluhan makhluk yang tertekan, perasaan dunia tanpa hati, sebagaimana ia adalah suatu roh zaman tanpa roh. Ia adalah candu rakyat”.

Perlu difahami, konteks 'agama' yang disebut Marx ini berdasar kepada fahaman Hegel dan Feuerbach.

Marx telah mengembangkan lagi apa yang disalah tanggapi oleh Feuerbach. Kata, “ia adalah candu rakyat” bergema. Bukan satu zaman. Tapi, berzaman- zaman, hingga kini sekalipun. Maka, sasaran keterasingan Marx bukan lagi pada agama. Agama hanyalah merupakan kesan terhadap keterasingan manusia. Agama hanyalah merupakan ketagihan yang cuba menyerkup. Paling tidak, menangguhkan rasa perit yang menusuk.

Apakah keterasingan sebenar? Jika Feuerbach melihat Tuhan menjajah manusia, moden ini, negara bertindak sebagai Tuhan yang menjajah manusia semula. Malah lebih angkuh, mengikat manusia secara rohaniah dan jasmaniah.  Pada fakta inilah, Robert E. Lane dalam Political Man mengungkapkan, “ketidakpuasan hati manusia dengan sistem politik sedia ada itu merupakan satu bentuk keterasingan.”

Apa bezanya Tuhan dalam faham Feuerbach, dan dengan negara yang kita ada? Kedua-duanya adalah hasrat manusia untuk menuju keutuhan. Sayangnya, diperhambakan.

Pada mulanya, keterasingan dilihat bila ekonomi telah merogol kehidupan warga marhaen, kemudiannya melimpah- limpah lagi kepada soal penguasa dan negara. Keterasingan sebenar ketika negara membungkam nasib rakyat bagaimana hendak menjalani kehidupan ini, melalui hasrat negara kuku besi.

Apa bezanya Tuhan dalam faham Hegel, dan dengan doktrin Harussani yang kita ada? Kedua- duanya adalah hasrat penguasa agama untuk menuju keutuhan atas nama agama. Celakanya, manusia terus menjadi hamba.

Mari melawan keterasingan, agama tidak harus jadi candu bahkan menjadi pendorong melawan kezaliman. Usahlah mabuk dengan candu dalil- dalil yang dikeluarkan oleh agamawan celaka, "taatlah kepada pemerintah walaupun mereka memukul belakangmu." Saat ini saat kita memijak keterasingan ini melalui ruang demokrasi.

Agama perlu jadi alat untuk melawan keterasingan, melalui menarik kembali nilai- nilai agama berpontensi yang selama ini diselubung kelam oleh mereka yang mencorakkan agama menjadi hambar dan kelam. Agama perlu dirampas dari tangan- tangan mereka yang menyalahgunakan agama untuk kelangsungan kezaliman penguasa.

Demi melawan keterasingan, ambillah ibrah dari tindakan Ibrahim AS menghancurkan berhala yang menjadi lambang keterasingan umatnya pada zaman itu. Demi melawan keterasingan, ingatlah bahawa Umar alKhattab merasakan tidak patut baginya memakan bahagian yang baik dari unta yang disembelih pada hari itu sedangkan rakyatnya memakan sisa.

Demi melawan keterasingan, ingatlah wahai agamawan bahawa Imam anNawawi telah enggan mengeluarkan fatwa menyokong Raja Zahir yang mahu menggunakan segala harta rakyat untuk melawan Tartar kerana sang Imam tahu bahawa sang raja mampu untuk berjihad dengan Tartar dengan harta sendiri.

Mengakhiri tulisan, bacalah surat Shariati saat kematiannya pada 1977 kepada anaknya, Ihsan :

"Aku tak tahu apa yang disembunyikan hari-hari untukku, peran apa yang telah ditakdirkan atasku untuk menjalankan misi mulia risalah Allah, tapi aku yakin bahwa aku memiliki peran yang belum rampung dituntaskan, kalau tidak bagaimana aku tetap hidup, padahal seharusnya tulang belulangku telah hancur tujuh kali.


Aku memuji Allah karena aku dapat mengalami semua cobaan dan penderitaan yang datang silih berganti, tubuhku masih kuat, kulit tebal apakah yang menyelimuti tubuh ini? Sebahagian ahli psikologi mengatakan “Satu generasi tidak akan kuat menerima kekalahan melebihi satu kekalahan, dan lihatlah aku telah mengalami enam atau tujuh kali kekalahan, kekalahan dan kemenangan? Apa bedanya bagi kita? Mungkin kemenangan dan kekalahan merupakan hal penting bagi olahragawan, politikus dan orang-orang yang suka berkompetisi, adapun bagi kita yang terpenting adalah menunaikan kewajiban risalah Allah dalam menghadapi segala kemungkinan yang terjadi. Apabila kita menang, kita mengharap agar terlindungi dari segala kesombongan dan penindasan kepada orang lain. Jika kalah, kita mengharap agar Allah menjaga dari segala kehinaan dan penyerahan diri. 


Berjuang demi sebuah hakikat, kebebasan dan demi kebahagiaan manusia, merupakan kebahagiaan yang paling tinggi, dan keikhlasanku dalam perjuangan ini semuanya kulakukan demi bangsaku, agar dapat meringankan jeritan yang selalu ada dalam diriku. sampai-sampai aku tak dapat menjadi seorang ayah dan suami yang baik.


Terkadang aku gelisah, aku takut kekuasaan akan menindas putera-puteri dan ayahku yang sudah tua, namun apapun yang terjadi, aku yakin berjalan di jalan Allah, dan ketika sesorang menentukan suatu jalan yang ingin ditempuhnya, maka ia harus siap dengan segala kemungkinannya. Ia harus berjalan sampai ke titik akhir.


Tujukanlah wajahmu untuk agama yang suci, semua yang kita lakukan ini memerlukan kekuatan iman dan nafas panjang serta kesabaran dalam menanggung semua penderitaan. Ya Allah, berikanlah kami kekuatan sesuai dengan langkah kami."



Selasa, 21 Februari 2012

Bagaimana Dapat Aku Melupakan Kekasehku?

1 komen pembaca



إتصل شاب على الشيخ العريفي و قال : يا شيخ أنا تبت و الحمد لله لكني لم أستطع ان أنسى معشوقتي
Seorang pemuda menelefon Shaykh al'Arifi (barangkali ketika sesi penggambaran program TV shaykh) dan berkata: wahai shaykh, aku telah bertaubat, alhamdulillah, tetapi aku tidak mampu melupakan kekasihku.


قال له الشيخ : إدعي من الأدعية لعلك تنسى
Shaykh berkata kepadanya: berdoalah dgn doa-doa semoga engkau melupakannya.


فقال الشاب : أخبرني بعض من الأدعية
Pemuda: ajarkanlah aku beberapa doa.


فقال له : قل : اللهم إجعل في قلبي إيمان و في سمعي إيمان و في بصري إيمان و في طريقي إيمان
Shaykh: bacalah - "ya Allah, jadikanlah dlm hatiku IMAN, dan pada pendengaranku IMAN, dan pada penglihatanku IMAN, dan pada jalanku IMAN..."


فأوقفه الشاب و قال : يا شيخ ، إسم محبوبتي ( إيمــــان )
Maka pemuda itu memberhentikan percakapan shaykh dan menyampuk: ya shaykh, tapi nama kekasihku tu “iman”

فضحك الشيخ العريفي حتى أوقفوا التصوير
Maka tergelaklah shaykh sehingga sesi penggambaran terpaksa dihentikan..... :) :) :)




Ahad, 19 Februari 2012

"Asyraf Muiz debat"

6 komen pembaca



Beberapa hari yang lepas, aku semak trafik blog. Aku lihat ada pelayar dar Jordan menaip kata kunci "Asyraf Muiz debat" dan ia menghala ke blog aku. Kelakar pula rasanya sebab aku bukan seorang pendebat, di sekolah mahupun universiti. :P

Kali pertama aku mencuba- cuba berdebat secara rasmi dengan pendebat agung sekolah, Hazman Baharom. Kami berdebat tentang isu ekonomi dan keterkaitan dengan kemiskinan rakyat Malaysia. Pada masa tersebut, aku 16 tahun dan aku tahu itu tidak menjadi kali terakhir kami berdebat.



Kami terus berdebat secara tidak rasmi dalam pelbagai isu. Di mana saja muka bersua, di lorong- lorong kelas, di dewan makan sehingga di padang bola!

Sehinggalah hari ini, rakanku itu menjemput aku untuk berdebat semula di sekolah. Pertemuan semula selepas hampir 3 tahun meninggalkan sekolah. Ia akan menjadi satu lagenda dan sejarah. (Hehe :P) Mengenang kembali masa lalu, ia adalah sesuatu yang baik. Mengulang sekali lagi masa lalu yang indah itu lebih menggembirakan. :)

Tajuk debat ala presiden masih lagi belum tetap. Tetapi antara yang dicadangkan adalah berkaitan aktivisme mahasiswa dan kebebasan akademik. Mungkin sahabat- sahabat ada cadangan yang lebih baik untuk tajuk ?

p/s : Lepas beberapa jam tulis post ni, baru aku teringat Soi Lek dengan Guan Eng debat harini. Maaflah kalau nak tengok ulasan pasal depa, memang takdaklah pasal aku tak tengok. Haha





Sabtu, 18 Februari 2012

Apabila kita Bersedih!

1 komen pembaca
Ada waktu, kita terduduk seketika mengenang nasib yang menimpa diri kita.

Bila kita ditimpa ujian, ia tidak lepas dari dua perkara. Sama ada Tuhan mahu menguatkan keimanan kita ataupun Tuhan mahu kita mengingatkan kita dari terpesong pada jalannya.

Tuhan mahu mensucikan kita dari dosa melalui ujian, tidakkah kita patut bersyukur kepada Dia?

Sentiasalah bersangka baik dengan Tuhan walau apa jua keadaan. Kiraan kita, mungkin saja ujian merugikan kita. Tapi tentu tak sama kiraan di dunia dan kiraan Tuhan yang berada di atas arasy kan?

Bersangka baik juga dengan watak- watak yang terlibat dalam perkara yang mendatangkan ujian kepada kita. Alasan- alasan tertentu yang diberikan kepada mereka. Kadang- kadang kita lihat dugaan tidak datang kepada kita, tapi jatuh kepada orang lain. Pada masa itu, Tuhan sedang mengira pahala berapa banyakkah manfaat yang diperolehi oleh mereka yang ditmpa ujian bila kita mengambil pengajaran dari mereka.

Ukirlah bibir kita dengan senyuman, walaupun pahit. Tutuplah hiba dengan senyuman. :)

Wahai hati yang berduka lara, cipta lah kebahagian dengan berlapang dada, berbaik sangka dan melebihkan orang di sekeliling.. Ingatlah kepada pesan kekaseh Mulia, Rasulullah SAW :

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu” (Hadis riwayat Tirmizi, Ibn Majah dari Ibn Umar RA)

Justeru kesakitan yang dialami oleh gelandangan adalah pada menggauli manusia, sebelum kesakitan berbentuk ujian yang datang dan pergi pada tabiat jalan kehidupan.

Hidup itu perjuangan. Perjuangan seiringan dengan pengorbanan. Pasti rabithah Ilahiyah tertaut gembira, bila mengenangkan setiap perjuangan ada ganjarannya...

Namun jika kesedihan itu masih terasa berat maka janganlah gusar dan merasa susah tetapi segeralah membaca doa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW :

اَللَّهُمَّ إِنِّى عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ ، وَفِى قَبْضَتِكَ ، نَـاصِيَتِى بِيَدِكَ ، ماَضٍ فِيَّ حُكْمُكَ ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِـهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أَنْزَلْتَـهُ فِى كِتَابِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِـهِ فِى مَكْنُوْنِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِى ، وَجَـلاَءَ هَمِّى وَغَمِّى

Maksudnya : "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak kepada hamba-Mu. Aku (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas (diri)ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran itu sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihan dan kedukaanku". Kata baginda lagi, Tidaklah seorang pun yang membaca doa tersebut melainkan Allah menghilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan. (Hadith riwayat Ahmad)

Firman Allah SWT : “Ketahuilah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada ketakutan terhadap diri mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.” (Yunus : 62)

Sungguh tiada kesedihan bagi orang yang beriman !

Khamis, 16 Februari 2012

14 februari 2011 (2)

0 komen pembaca
Kasih Tak Sampai (Untuk Siapa Saja yang Pernah Merasa)

BUNGA-BUNGA sudah tidak harum lagi,
Nafas-nafas hanya untuk tidak mati;
Tertawa rakan menjadi sepi,
Hati tergores gadisku pergi.


Tiada kenangan sesedih ini,
Mengalahkan kecewa bunda mati;
Bunga-bunga sudah tidak harum lagi,
Nafas-nafas hanya untuk tidak mati.


Sudah lama perahu ditambatkan,
Sirih bertepak sudah dihantarkan;
Bersiaplah kami menanti musim,
Beta mimpikan malam pengantin.


Tenang sudah gelora di hati,
Terkulai puspa menyembah bumi;
Lari senyum dilambai sunyi,
Timbunan ringgit mengalahkan budi.


Di antara pertemuan malam dan siang,
Tergoreslah hati kasih tak sampai,
Kupeluk kenangan membujuk hati,
‘Patah tumbuh hilang berganti’.


Usman Awang
1954

14 februari 2011

0 komen pembaca
Adat hidup temukan mati
Jangan tuan terus masygul
Adat wira harus tahan uji

Ya kalau begitu aku berjanji
Hadapan temanku yg berperkerti tinggi
Titian takdir seruncing manapun ku seberangi
Di mulut naga gemala sakti terkunci
Kan ku sambar ku rampas jadikan bukti

Langgam Pak Dogo

Isnin, 13 Februari 2012

Cintailah perempuan yang membaca.

3 komen pembaca
Terjemahan oleh saudara Izmil Amri

Cintailah perempuan yang membaca. Perempuan yang berhabis duit untuk buku dan bukan baju. Dia punya masalah dengan ruang lemari baju, kerana dia punya terlalu banyak buku. Cintailah perempuan yang punya senarai buku-untuk-dibaca, perempuan yang punya kad perpustakaan sejak dia dua-belas tahun usia.

Carilah perempuan yang membaca. Dialah perempuan yang sentiasa menyimpan buku yang belum dibaca dalam tas tangannya. Dialah yang meninjau-ninjau di dalam kedai buku dengan penuh rasa kasih sayang. Yang menjerit kecil apabila ketemu buku yang dicari. Kau lihat gadis aneh yang mencium bau halaman buku lama di kedai buku terpakai itu? Itulah dia perempuan yang membaca. Dia tidak akan dapat tahan nafsu untuk menghidu halaman buku lama, terutamanya yang sudah mulai kuning.

Dialah perempuan yang membaca sambil menunggu di kedai kopi hujung jalan sana. Kalau kau lihat cawan kopinya, krimer bukan tenusu maseh lagi terapung di atas, dia sudah pun keasyikan. Hilang tenggelam dalam dunia bikinan si penulis. Duduklah di sebelahnya. Dia mungkin akan menjeling, kerana perempuan yang membaca tidak suka diganggu ketika membaca. Tanyalah jika dia suka buku yang dibacanya itu.

Belikan dia secawan kopi lagi.

Katakan pada dia apa yang kau fikir tentang Murakami. Lihat sama ada dia sudah melepasi bab pertama Fellowship. Fahami bahawa jika dia katakan yang dia faham Ulyssesnya si James Joyce, itu hanyalah kerana mahu kelihatan cerdik. Tanyakan kalau-kalau dia suka Alice, atau jika dia mahu menjadi Alice.

Alangkah senang bercinta dengan perempuan yang membaca. Hadiahkan dia buku pada hari jadinya, pada Hari Natal dan pada setiap ulangtahun. Hadiahkan padanya hadiah kata-kata, dalam puisi, dalam lagu. Berikan dia Neruda, Pound, Sexton, Cummings. Biar dia mengerti bahawa kau memahami yang kata-kata itu adalah cinta. Fahamilah yang dia sememangnya tahu beza antara dunia buku dan realiti, walau dia bersungguh juga mahu bikin hidupnya seakan buku yang paling dia suka. Bukan salah kau kalaupun di mencuba begitu.

Apa cara pun, dia mesti akan perlu mencuba juga.

Berbohonglah padanya. Jika dia memahami sintaks, dia akan faham keperluan kau untuk berbohong. Di balik kata-kata ada perkara-perkara lain: motivasi, nilai, nuansa, dialog. Tidak akan kiamat lagi dunia, kalau kau bohong padanya.

Kecewakan dia dengan kegagalan. Kerana perempuan yang membaca tahu bahawa kegagalan selalunya membawa kepada klimaks jalan cerita. Kerana perempuan yang membaca faham bahawa tidak semua perkara berakhir begitu sahaja. Masih boleh ditulis sekuelnya. Masih boleh mula semula, lagi dan lagi, dan masih boleh jadi hero. Dia faham bahawa dalam hidup, mesti ada satu dua watak jahat.

Kenapa takutkan segala yang bukan kau? Perempuan yang membaca memahami bahawa manusia, sama juga seperti watak dalam buku, berkembang. Kecuali dalam siri Twilight.

Kalau kau ketemu perempuan yang membaca, janganlah dibiar pergi jauh. Bila kau ketemu dia di tengah malam jam dua pagi sedang memeluk buku ke dadanya dan menangis, buatkanlah dia secawan teh dan peluk dia rapat-rapat. Kau mungkin kehilangan dia untuk seketika, tetapi dia tetap akan kembali pada kau. Dia akan berbicara seolah watak di dalam buku itu hidup, kerana untuk satu ketika, watak-watak itu benar-benar hidup.

Kau akan melamarnya di atas belon udara panas. Atau ketika konsert rock. Atau secara bersahaja bila dia jatuh sakit. Atau melalui Skype.

Kau akan tersenyum sampai telinga dan tertanya-tanya kenapa jantung kau masih belum meletup keluar dari rongga dada. Kau akan menulis kisah hidup kau berdua, punya anak-anak dengan nama pelik-pelik dan selera yang bukan-bukan. Dia akan perkenalkan anak kau kepada Cat in the Hat dan Aslan, barangkali pada hari yang sama. Kau akan berjalan di musim salji bersamanya bila sudah berusia nanti, dan dia akan bacakan Keats dengan nada lembut sambil kau ketis salji dari kasut.

Cintailah perempuan yang membaca kerana kau berhak. Kau berhak untuk dapat seorang perempuan yang boleh memberi kau kehidupan penuh warna. Kalau kau hanya sugul, membosankan dan tidak serius, adalah lebih baik kau bersendirian. Kalau kau mahukan dunia, dan dunia-dunia di sebaliknya, cintailah perempuan yang membaca.

Atau lebih baik, cintailah perempuan yang menulis.

Terjemah dari yang asalnya,
Date a girl who reads. Date a girl who spends her money on books instead of clothes. She has problems with closet space because she has too many books. Date a girl who has a list of books she wants to read, who has had a library card since she was twelve.

Find a girl who reads. You’ll know that she does because she will always have an unread book in her bag.She’s the one lovingly looking over the shelves in the bookstore, the one who quietly cries out when she finds the book she wants. You see the weird chick sniffing the pages of an old book in a second hand book shop? That’s the reader. They can never resist smelling the pages, especially when they are yellow.

She’s the girl reading while waiting in that coffee shop down the street. If you take a peek at her mug, the non-dairy creamer is floating on top because she’s kind of engrossed already. Lost in a world of the author’s making. Sit down. She might give you a glare, as most girls who read do not like to be interrupted. Ask her if she likes the book.

Buy her another cup of coffee.

Let her know what you really think of Murakami. See if she got through the first chapter of Fellowship. Understand that if she says she understood James Joyce’s Ulysses she’s just saying that to sound intelligent. Ask her if she loves Alice or she would like to be Alice.

It’s easy to date a girl who reads. Give her books for her birthday, for Christmas and for anniversaries. Give her the gift of words, in poetry, in song. Give her Neruda, Pound, Sexton, Cummings. Let her know that you understand that words are love. Understand that she knows the difference between books and reality but by god, she’s going to try to make her life a little like her favorite book. It will never be your fault if she does.

She has to give it a shot somehow.

Lie to her. If she understands syntax, she will understand your need to lie. Behind words are other things: motivation, value, nuance, dialogue. It will not be the end of the world.

Fail her. Because a girl who reads knows that failure always leads up to the climax. Because girls who understand that all things will come to end. That you can always write a sequel. That you can begin again and again and still be the hero. That life is meant to have a villain or two.

Why be frightened of everything that you are not? Girls who read understand that people, like characters, develop. Except in the Twilightseries.

If you find a girl who reads, keep her close. When you find her up at 2 AM clutching a book to her chest and weeping, make her a cup of tea and hold her. You may lose her for a couple of hours but she will always come back to you. She’ll talk as if the characters in the book are real, because for a while, they always are.

You will propose on a hot air balloon. Or during a rock concert. Or very casually next time she’s sick. Over Skype.

You will smile so hard you will wonder why your heart hasn’t burst and bled out all over your chest yet. You will write the story of your lives, have kids with strange names and even stranger tastes. She will introduce your children to the Cat in the Hat and Aslan, maybe in the same day. You will walk the winters of your old age together and she will recite Keats under her breath while you shake the snow off your boots.

Date a girl who reads because you deserve it. You deserve a girl who can give you the most colorful life imaginable. If you can only give her monotony, and stale hours and half-baked proposals, then you’re better off alone. If you want the world and the worlds beyond it, date a girl who reads.

Or better yet, date a girl who writes.

via this: http://dotmyeyes.tumblr.com/post/3761615260/date-a-girl-who-reads-date-a-girl-who-spends-her