Wacana politik revolusi tidak harus terhenti pada penegakan nilai sejagat kemanusiaan yg disepakati seperti memerangi rasuah, kronisme, dsb, ia juga harus mencakupi revolusi kebudayaan.
Meminjam kata- kata Dr Ali Taqi, "Akar setiap revolusi adalah pertamanya memerdekakan diri dan membenci nilai yg ada. Kedua, mencita- citakan nilai atau sistem baharu yang ideal. Revolusi yg kembali kepada tradisi adalah berbumbukan faktor spiritual dan akidah. Revolusi kebudayaan ini hanya akan berjaya jika ada bangkangan keras dari kita sendiri. Juga semangat melawan, menolak dan menentang keras nilai yg ada. "(Perempuan Nan Bercinta)
Revolusi adalah sebuah proses, bukannya hasil. Pengibaran bendera Sang Saka yg memberontak kepada bendera Jalur Gemilang yg ditiru dari bendera rasmi Syarikat Hindia Timur Inggeris, bukanlah satu end product yg sempurna, tetapi hanyalah suatu proses ke arah kesempurnaan yg berterusan. Malang bagi siapa yg memandang Sang Saka sebagai simbol kosong, tanpa menyelami nilai sejarah yg ada padanya untuk mengembalikan nuansa budaya anak bangsa.
Politik reaksioner yg hanya play safe untuk ke Putrajaya boleh jalan, alasan Sang Saka tiada prioriti mengarut, ia tiada tempat di hati anak muda yg mahu revolusi kebudayaan seiring dengan menumbangkan regim!
3 ulasan:
saka lah sangat kau,Nusantara konon..
hahahaha
Antara Jalur Gemilang dan Sang Saka, aku lebih sukakan Jalur Gemilang, tetapi kita tidak boleh abaikan fakta bahawa Sang Saka juga sebahagian dari sejarah.
Aku rasa tiada masalah pun dengan bendera yang seiras, sebab hampir semua negara dalam dunia ni ada bendera yang iras iras dengan negera lain. So chill.
Bendera adalah simbol. Yang penting penerapan jiwa.
Tidak ada agenda kah sehingga sang saka pula jadi punca revolusi? Ades...
Catat Ulasan