Memaparkan catatan dengan label Belia Benci Rasuah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Belia Benci Rasuah. Papar semua catatan

Selasa, 14 Disember 2010

Anwar Meliwat, Najib Membunuh.

3 komen pembaca
Ada yang mempercayai pendedahan mengenai Anwar dan tidak mahu percaya pendedahan mengenai Najib. Ada yang mempercayai pendedahan mengenai Najib dan tidak mahu percaya pendedahan mengenai Anwar. Ada yang percaya kedua-duanya. Dan, barangkali ramai juga yang tak percaya kedua-duanya. Terpulang. Itu pilihan masing-masing.  
 
Aku sikit pun tak percaya bahawa Anwar meliwat. Berdasarkan sejarah dan fakta pertuduhan yang tak logik sepanjang proses mahkamah berjalan. 

Apapun, Wikileaks adalah ketakutan kepada pemain politik seluruh dunia. Ini pasti.

Oleh Kim Quek

Pendedahan mengejut oleh kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), WikiLeaks menerusi akhbar Australia mengenai politik Malaysia, menimbulkan kemarahan kepada kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

pmKabel Jabatan Negara AS secara eksklusif membuat pendedahan kepada akhbar The Sun Herald di Sydney, iaitu hasil rakaman pendapat pegawai-pegawai Singapura mengenai jirannya, terutama Malaysia.

Pandangan-pandangan yang pedih dan tajam.

Antara yang disentuh ialah pandangan pedas mengenai kes sodomi Anwar Ibrahim dan hentaman terhadap para pemimpin BN, terutamanya ditujukan kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak.  Menteri Luar Singapura, George Yeo, ketika menjawab tidak pula menafikan perkara ini.

Kes fitnah sodomi Anwar 

Mengenai fitnah sodomi Anwar, Sydney Morning Herald (memetik WikiLeaks) melaporkan pada 12 Disember bahawa terdapat "perancangan teratur" yang didalangi oleh musuh-musuh Anwar dan bagaimanapun menolak tuduhan Anwar terlibat dengan sodomi.

Kabel Jabatan Negara AS merujuk kepada maklumat yang diterima dari unit perisikan Pejabat Penilaian Nasional Australia (ONA) yang menerima maklumat yang sama dari para perisik Singapura. Mereka membuat kesimpulan berdasarkan "risikan teknikal" yang tidak diperhalusi atau diselidiki.

Ketika menafikan tuduhan terhadap Anwar ini, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang kelihatan marah, mengaitkan "perisikan teknikal" kepada kerja-kerja yang didalangi oleh Polis Cawangan Khas Malaysia.

Beliau menyoal kenapa Perkhidmatan Risikan Singapura bekerjasama dengan Polis Cawangan Khas Malaysia.  Beliau juga menyoal kenapa Singapura mendedahkan "perisikan teknikal" ini, jika ia hanya merupakan sebuah pendapat.

Bagaimanapun, dalam kenyataan berikutnya, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, menyatakan pendirian parti bahawa komen yang dibuat oleh para pegawai Singapura itu hanya bersifat pendapat peribadi yang tidak disokong oleh fakta.

Tiada terkecuali

Ia harus dilihat dalam konteks kritikan terhadap Malaysia secara umum, tanpa sesiapa yang terkecuali.  Kalau tidak kata Saifuddin "Najib akan menghadapi kesukaran untuk menjelaskan tuduhan yang memburukkan imejnya."

Saifuddin menekankan bahawa hanya satu cara untuk menghadapi serangan seperti ini iaitu dengan cara memberi peluang untuk Anwar menghadapi perbicaraan yang adil dan saksama.

Dalam masa yang sama, beliau mengalu-alukan pendedahan kabel itu sekiranya mempunyai maklumat atau bukti baru yang boleh menjaminkan keadilan.

Sebagai pemerhati politik, saya tidak dapat menafikan bahawa kes sodomi sebagai pendakwaan politik yang palsu merupakan perkara yang diketahui umum berdasarkan taktik yang digunakan terhadap Anwar dan tuduhan sodomi itu tidak berdasarkan fakta dan logik.

Jika pengadu, Saiful Bukhari Mohd Azlan benar-benar diliwat dalam perangkap seks seperti didakwa oleh WikiLeaks, ini tidak munasabah kerana Saiful tidak segera membuat laporan polis.

Saiful diperiksa dua hari kemudian 

Saiful juga tidak menjalani pemeriksaan perubatan untuk memastikan semua bukti sodomi dirakam dan disimpan.  Sebaliknya beliau hanya diperiksa oleh doktor dua hari kemudian.

Jika pihak pendakwaan dan kehakiman berpegang kepada prinsip kebenaran dan mahu melaksankan keadilan, kenapa mereka berhempas pulas menafikan hak asasi fundamental Anwar, seperti termaktub dalam undang-undang Malaysia dan dipraktikkan di negara-negara demokrasi?

Hak asasi beliau untuk akses kepada dokumen asas yang diperlukan untuk tujuan pembelaan, seperti kenyataan polis daripada pengadu, laporan dan nota perubatan yang asal, rakaman video kondominium dan lain-lain.

Jika soalan-soalan ini dapat dijawab dengan memuaskan, pendapat dari perkhidmatan perisikan Singapura tidak bermakna apa-apa kepada orang awam di negara ini.

Kritikan hebat terhadap kepimpinan BN 

Apa yang menarik bagi masyarakat di negara ini ialah pandangan para pemimpin Singapura mengenai para pemimpin Malaysia.  Suatu pandangan yang tidak sepatutnya didedahkan atas nama diplomatik.  Dari sudut ini, WikiLeaks memberi maklumat yang amat berharga.

The Age melaporkan pada 12 Disember (dari WikiLeaks) bahawa ketiga-tiga pegawai Singapura itu – Peter Ho, Bilahari Kausikan dan Tommy Koh – memburukkan imej Malaysia.

Dalam mesyuarat pada September 2008, Kausikan, kini setiausaha tetap di Kementerian Luar, memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS untuk Asia Tenggara, David Sedney bahawa keadaan di negara jiran, Malaysia adalah keliru dan berbahaya".

Beliau mendakwa keadaan ini disemarakkan oleh kemungkinan berlakunya konflik perkauman yang akan menyebabkan orang-orang Cina "lari" dari Malaysia dan "membanjiri" Singapura.

Komen berhubung pemimpin Malaysia yang khusus seperti yang dilaporkan adalah seperti berikut:

Najib Tun Razak (ketika itu timbalan perdana menteri) 

Kausikan berkata pada September 2008, "kekurangan pemimpin yang kompeten merupakan masalah sebenar Malaysia dan "perlunya Najib kekal dalam politik bagi mengelak dari didakwa" berhubung penyiasatan pembunuhan berkait dengan pembantu Najib pada 2006.

Kausikan juga berkata, "Najib meletak tengkuknya untuk dipancung berhubung dengan kes pembunuhan berprofil tinggi."

Peter Ho, ketua perkhidmatan awam pada ketika itu, memberitahu pegawai AS pada Mac 2008 bahawa, "Najib ini……seorang oportunis.

"Walaupun beliau tidak begitu kritikal terhadap Singapura, tetapi beliau tidak akan teragak-agak untuk bertindak demikian jika terpaksa. Masa depan politik Najib terus dihantui oleh ……..skandal pembunuhan."

Dr Mahathir Mohamad (bekas perdana menteri) 

Salah satu kenyataan kritikal dibuat Peter Ho pada Mac 2008, ditujukan kepada Dr Mahathir Mohamad, bekas perdana menteri. Beliau berkata, Dr Mahathir "membaling batu" kepada penggantinya, Abdullah Ahmad Badawi.

Khairy Jamaluddin 

Peter Ho berkata, "Pisau politik sedia untuk menikam menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin, di mana tidak ada sesiapa yang suka kepadanya kerana beliau berada di tempat sekarang ini kerana hubungan kekeluargaan."

Untuk memerhati politik Malaysia, komen di atas sudah pasti bukan menjadi berita, kerana semua orang sudah tahu.  Apa yang lebih penting ialah respon daripada para pemimpin BN dan jangkaan putar belit oleh media arus perdana dari pendedahan yang menggegarkan ini.

Tidak ada pemimpin BN yang memberi respon pada hari yang sama – 12 Disember.  Najib menolak dua kesempatan untuk bercakap kepada media selepas majlis umum. Beliau membatalkan sidang media yang dijadualkan selepas menutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda, bersebelahan Istana Keadilan, Putrajaya.
Selepas itu, beliau juga enggan bercakap kepada para pemberita selepas melancarkan biografi Samy Vellu di The Mines International Exhibition and Convention Centre.

Putar belit The Star 

Mengenai gelagat media arus perdana yang gemar memutar belit berita, The Star dalam muka depan semalam berkata, para pegawai Singapura "menyokong kesimpulan yang dibuat oleh agensi perisikan Australia tentang dakwaan sodomi II terhadap Anwar Ibrahim."

Mengenai masalah Najib, The Star berkata, "mereka menganggap Najib berada dalam keadaan yang sukar tetapi pada masa yang sama yakin Anwar bersalah, di mana mereka juga berkata ini suatu "insiden yang dirancang."

Begitu putar belit media.  Pihak perisikan Singapura menyokong rakan sejawat mereka dari Australia seperti didakwa oleh The Star, tetapi pihak perisikan Australia pula memetik maklumat itu dari Singapura.  Kemudian menghasilkan pandangan mereka terdapat wujudnya "perisikan teknikal" – walau apa pun maksudnya.
Mengenai skandal yang mengaitkan Najib, The Star cuba memperindah serangan itu dengan berkata beliau (Najib) "berada dalam keadaan yang sukar".

Laporan kewartawanan seperti inilah (baca: putar belit) yang menyebabkan rakyat Malaysia hilang keyakinan dan menolak media arus perdana.

Kepada pengkritik kerajaan BN, mereka tentunya berpuas hati memandangkan pandangan para pemimpin Singapura yang selama ini tersembunyi, mencerminkan corak kepimpinan politik Singapura dan agak bersebati dengan pandangan mereka yang memandang rendah terhadap kepimpinan BN.

Sumber : Free Malaysia Today

Khamis, 9 Disember 2010

Protes Kenaikan Harga Minyak dan Gula!

0 komen pembaca
Tarikh : 10 Disember 2010 (Jumaat)
Masa : Selepas Solat Jumaat
Tempat : Masjid Putrajaya
Tema : Hitam


Ayuh mahasiswa, apa digentar pada PM, kita yang melantik mereka berada di atas. Sepatutnya merekalah hamba yang membuat kerja, kita tuan yang sebenar! 

Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda
yang beriman kepada Tuhan mereka
dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.
- Al-Kahfi: 13

Belajar sambil mencabar
Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang
Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin
Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar.
- Prof. Ungku A. Aziz (1973)

Selasa, 7 Disember 2010

Harga Minyak Turun kepada 35 sen Seliter

15 komen pembaca

Tajuk tu tak habis: Harga Minyak Turun kepada 35 sen Seliter di Saudi. Kahkahkah!

Setiap kali harga minyak naik, kerajaan mesti bandingkan dengan harga minyak negara- negara jiran Malaysia. 

Terbaru, RON 97 mencecah RM2.30 seliter. 
"Harga minyak kita masih lagi dalam keadaan terendah berbandig negara-negara ASEAN yang lain."

Bodoh. Kenapa bandingkan dengan negara yang menjadi net importer? Sedangkan Malaysia adalah pengeluar minyak? 650ribu tong sehari dikeluarkan manakala penggunaanya ialah 400ribu tong. Maka sahlah kita adalah negara pengeluar. Sebagai negara pengeluar, keuntungan akan menjadi berbilion- billion dengan kenaikkan setiap dollar pada harga minyak dunia.

Kenapa Malaysia hantar minyak ke luar negara sedangkan rakyat disuruh guna minyak luar yang tak berkualiti? Kenapa tidak pakai sistem 'keluar minyak dari bumi dan terus guna'? kenapa minyak Malaysia dijual keluar dan minyak arab dibawa masuk? kita rakyat bukan minta minyak secara percuma, tetapi biarlah pembayaran setiap liter minyak yang dibeli itu hanya merangkumi harga kos, bukan untuk buat keuntungan. Itu sepatutnya menjadi dasar PETRONAS, iaitu dasar minyak dan gas negara.

Sepatutnya sejak merdeka, satu badan ditubuhkan untuk mengeluarkan minyak dengan satu kos, dan keuntungan itu ditukar menjadi subsidi. Badan itu ialah PETRONAS. Hasil bumi negara ini patut dibahagikan sama-rata, bukan untuk syarikat tertentu sahaja seperti pengeluar tenaga IPP. Diulangi, sepatutnya pengeluaran minyak negara menampung kos. Kos itu ditanggung oleh rakyat melalui kerajaan dan akhirnya minyak itu diberi semula kepada rakyat !!!

Tetapi yang paling bodoh, bila harga minyak naik, harga barang lain akan turut naik. Ini dinamakan 'chain reaction'. Sebab barang- barang yang akan dipasarkan, akan dihantar ke kedai- kedai dari kilang menggunakan kenderaan bermotor. Pasti menggunakan minyak, lainlah kalau hantar pakai sampan. Semua harga barang akan naik disebabkan faktor logistik.

Lepas ni, kementerian yang jaga harga barang sibuk la buat operasi kata harga barang naik. Semua tu lakonan depa saja! Konon- konon pak menteri buat kerja.

Mereka merampas kebahagiaan kita. Masa yang terluang untuk keluarga terpaksa digunakan untuk mencari lebihan wang bagi mencukupkan perbelanjaan bulanan. Anak-anak akan lebih terbiar selepas ini, kes kehilangan anak juga akan meningkat.

Tahukah kita kenapa gejala sosial sekarang telah melampau dan tidak terkawal? Ya, kerana masa ibu bapa untuk membelai anak dan memantau anak telah digunakan sepenuhnya untuk mencari duit belanja dan duit persekolahan anak itu sendiri. Rakyat semua tertekan untuk berebut mencari peluang mendapatkan lebihan wang. jenayah juga akan meningkat berganda. Golongan manakah yang akan menghadapi mimpi ngeri ini? Bukan pemimpin, tetapi rakyat !!

Sampai bila kita harus ditipu oleh bangsat- bangsat negara sebegini?! Rakyat harus bersatu dan melawan kezaliman bersama- sama!

Jumaat, 3 September 2010

Masih Ingat Abang Sudin?

0 komen pembaca
Klik untuk besarkan.

Masih ingat Abang Sudin?

Manusia yang dekat dengan perjuangan melawan kezaliman di Malaysia ini pasti kenal siapa Abang Sudin.

Abang Sudin telah dibebaskan semalam. Setelah lapan tahun ditahan tanpa bicara(tahanan ISA paling lama), diceraikan(fasakh) oleh isteri, terpisah dengan kasih sayang seorang bapa dan anak, maruahnya tercalar, akhirnya dibebaskan. Berita yang saya dengar pada waktu sebelum berbuka semalam memang sangar meruntun jiwa saya. Terharu, sebak dan gembira. Saya bertakbir sekuat hati di Lebuhraya KL- Seremban.
Hasil usaha kawan seperjuangan, Ali Abu yang menulis emel kepada KDN dan dibantu oleh kawan- kawan beliau yang tolong share link tersebut di Facebook sangat membantu. Tahniah kepada 1Malaysia!

Inilah bukti suara rakyat suara keramat. Walaupun ada suara sinis yang mengecam sekecil usaha melawan kezaliman, "you can change the whole country with this?" ia bukan pematah semangat bahkan adalah pembakar!

Suara kita suara keramat ! Keberkatan bulan Ramadhan, Allah melembutkan hati Menteri.

Ini bukan kemenangan pertama, dan perjuangan melawan kezaliman tak berhenti di sini.

Walau pun Abang Sudin dibebas kan Akta Zalim ISA ini wajib dihapuskan dan tutup Kem Kemunting. Dah ramai yang sengsara dan punah ranah hidup berkeluarga akibat ditahan Akta Zalim ini. Rakyat kena teruskan tekanan agar ISA dihapuskan sama sekali di bumi Malaysia. Nak buat apa kita teruskan akta peninggalan penjajah ini.

Perjuangan ini takkan selesai selagi ISA tak dihapuskan dari mukabumi Malaysia.

Masih ada 18 orang lagi di dalam sangkar besi tersebut. Sempena aidilfitri, marilah kita menderma kepada keluarga mereka yang ditimpa malang: keluarga tahanan ISA hilan tempat bergantung kerana ketua keluarga ditahan. Untuk lebih mudah bank in derma anda di Maybank 162209939776 atas nama Puan Nashita Md Noor.

Harapan kita, Dato' Seri dapat membebaskan semua tahanan ISA, mereka perlu dibicara jika bersalah, tanpa bukti kerajaan tidak berhak menahan mereka.

Rabu, 25 Ogos 2010

Hudud: Antara Fikrah UMNO dan DAP

3 komen pembaca

Orang Islam boleh laksana hudud: Seng Giaw

DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud kerana ia adalah perkara yang tidak disenangi oleh orang bukan Islam dan Barisan Nasional (BN) diminta tidak mengeruhkan perhubungan DAP dan Pas berhubung perkara ini.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, orang Islam boleh menggunakan dan melaksanakan hukuman ini, manakala orang bukan Islam mempraktikkan hukuman yang ditetapkan kepada mereka mengikut undang-undang yang dipersetujui bersama.

“Orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hukuman berkenaan hanya dijatuhkan kepada pesalah yang beragama Islam setelah melakukan penyiasatan dengan teliti.

“Hukum hudud adalah isu yang sangat sensitif dan memerlukan perbincangan yang teliti oleh semua pihak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, dalam beberapa dekad ini, hukum hudud disarankan oleh sebahagian individu yang terdapat di dalam parti BN.

Seng Giew berkata, dahulu BN menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan DAP dan Pas. Dan sekarang keadaan kedua-dua parti semakin tenang, kami sudah berjaya mengatasinya.

“Dalam Pakatan Rakyat (PR) isu-isu sensitif dan menyentuh agama dielakkan, umum mengetahui bahawa PR terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan hukum hudud bagi menggantikan undang-undang sivil adalah cara terbaik untuk menangani masalah jenayah dan sosial yang semakin berleluasa. -SH

Komen:

Ya, kenyataan seperti ini yang kita harapakan sebenarnya untuk mengurangkan political damages kepada Pakatan Rakyat. 

Untuk menegakkan Sistem Islam melalui UMNO, kita berhadapan dengan kematian, undang- undang rimba, penderitaan, segala agensi bagi menegakkan Sistem Islam. Dari Memali, Samad Gul, Padang Terap, Operasi Lalang, ISA, Al-Maunah, FRU, akta A to Z, fitnah, adu-domba perkauman dan sebagainya..Melalui PKR dan DAP, kita berhadapan dengan hujah dan laluan liku- liku demokrasi bagi mendapatkan Sistem Islam. Fikirkan.


Cara yang paling baik pada masa ini, pimpinan PR mengadakan dialog tertutup dengan pemimpin- pemimpin PR yang vokal menentang hudud seperi Karpal Singh.

Tak hairan kerana beliau bercakap atas kapasiti sebagai pengamal undang- undang yang dirujuk terus kepada perlembagaan. Menurut Karpal Hudud tidak boleh diperkenalkan di negara ini kerana Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud.

Tak hairan juga, kerana selama ini bukan sekadar bukan Muslim sahaja dikelirukan dengan hudud apabila ungkapan seperti "perlaksanaan hudud akan menyebabkan ramai yang tidak ada tangan", "kalau nak makan sup tangan, sila hadir di Kelantan" dan banyak lagi bahkan Muslim juga turut keliru apabila kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin UMNO yang beragama Islam.


Kalau yang bersuara itu adalah mereka yang tidak beragama Islam, maka itu agak kurang memberi kesan kepada rakyat dalam menolak hukum Islam tersebut. Tetapi, jika hukum Allah SWT itu dipersendakan oleh pemimpin-pemimpin negara yang beragama islam, sudah pasti ia melahirkan seribu satu kekeliruaan. Sama ada yang keliru itu adalah orang Muslim, malahan terlebih terkeliru itu adalah non Muslim.

Tetapi, UMNO, UMNO, dan UMNO yang mengaku beragama Islam itu. UMNO yang memegang kuasa pemerintahan itu, menentang hudud, itu yang kita pelik. Mereka menentang atas dasar apa? Kerana mereka itu pemipin yang korup, menelan duit rakyat dan rasuah!(mereka takut akan dipotong tangan)

Kepada Nik Nazmi, rakyat nasihatkan anda bertaubat kerana kata- kata anda- "mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai" seolah-olah merendahkan usaha perjuangan Islam yang diarahkan oleh Allah dan RasulNya. Ini adalah kenyataan yang jahil.

Mengikut kitab-kitab dari ulama' haraki seperti Said Hawa, Syed Qutb dan Abul A'la Maududi menjelaskan perkataan-perkataan yang meragukan hukum Islam boleh membawa kepada murtad.

Setentunya kesalahannya itu lebih besar lagi. Hampirkan diri dengan ulama' dan al- Quran, jangan melulu wahai Nik Nazmi.


Selamat beribadah, Allah tahu yang terbaik.

Jumaat, 23 April 2010

APC, bukan APCO.

0 komen pembaca


Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa kerajaan bercadang membeli 257 kereta perisai 8X8 (APC) jauh melebihi harga pasaran.

Menurut Pua, kerajaan akan membelanjakan RM31.1 juta bagi setiap kereta perisai itu meskipun terdapat model yang jauh lebih murah dan canggih di pasaran.

"Malah, model terbaik dalam kelas kereta perisai .. M1 Abrams M1A2... boleh didapati kurang daripada RM 20 juta," katanya.

Pua mengulas laporan Kementerian Pertahanan yang telah memeterai surat pernyataan hasrat bernilai RM8 billion dengan Deftech Sdn Bhd, bagi membeli APC berkenaan semasa pameran Defence Service Asia (DSA) 2010 di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Deftech adalah anak syarikat milik penuh DRB Hicom, sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerajaan (GLC).




Komen MN: Lepas ni boleh la guna kereta kebal pulak nak suraikan demonstrasi kuasa rakyat. Rakyat bawa sepanduk, depa bawa kereta perisai. kah kah kah!

Ada seorang tentera yang jadi kenalan saya mengomentar: "Sebenarnya kita punya bnyak lagi pilihan kenderaan APC yg jauh lebih murah,tahan lasak dan bermobiliti tinggi,antaranya: PIRANHA III dan PIRANHA IV keluaran switzerland, BTR-90rusia, BTR-94ukrain.ROSOMAK-poland, BOXER-jerman, CENTAURO-itali, PATRIA AMV-finland dan beberapa lg buah lg kenderaan APC yg jauh lebih murah dan sesuai dgn muka bumi di negara kita berbanding gambar di atas PARS keluaran turki yg kurang sesuai...

Apalah kerajaan Malaysia ni, asal beli benda baru je mesti mau komisyen masuk poket sendiri punya. Undilah kerajaan BN untuk pilihanraya P94 Hulu Selangor supaya rasuah berleluasa dalam negara.