Klik untuk besarkan. |
Masih ingat Abang Sudin?
Manusia yang dekat dengan perjuangan melawan kezaliman di Malaysia ini pasti kenal siapa Abang Sudin.
Abang Sudin telah dibebaskan semalam. Setelah lapan tahun ditahan tanpa bicara(tahanan ISA paling lama), diceraikan(fasakh) oleh isteri, terpisah dengan kasih sayang seorang bapa dan anak, maruahnya tercalar, akhirnya dibebaskan. Berita yang saya dengar pada waktu sebelum berbuka semalam memang sangar meruntun jiwa saya. Terharu, sebak dan gembira. Saya bertakbir sekuat hati di Lebuhraya KL- Seremban.
Hasil usaha kawan seperjuangan, Ali Abu yang menulis emel kepada KDN dan dibantu oleh kawan- kawan beliau yang tolong share link tersebut di Facebook sangat membantu. Tahniah kepada 1Malaysia!
Inilah bukti suara rakyat suara keramat. Walaupun ada suara sinis yang mengecam sekecil usaha melawan kezaliman, "you can change the whole country with this?" ia bukan pematah semangat bahkan adalah pembakar!
Suara kita suara keramat ! Keberkatan bulan Ramadhan, Allah melembutkan hati Menteri.
Ini bukan kemenangan pertama, dan perjuangan melawan kezaliman tak berhenti di sini.
Walau pun Abang Sudin dibebas kan Akta Zalim ISA ini wajib dihapuskan dan tutup Kem Kemunting. Dah ramai yang sengsara dan punah ranah hidup berkeluarga akibat ditahan Akta Zalim ini. Rakyat kena teruskan tekanan agar ISA dihapuskan sama sekali di bumi Malaysia. Nak buat apa kita teruskan akta peninggalan penjajah ini.
Perjuangan ini takkan selesai selagi ISA tak dihapuskan dari mukabumi Malaysia.
Masih ada 18 orang lagi di dalam sangkar besi tersebut. Sempena aidilfitri, marilah kita menderma kepada keluarga mereka yang ditimpa malang: keluarga tahanan ISA hilan tempat bergantung kerana ketua keluarga ditahan. Untuk lebih mudah bank in derma anda di Maybank 162209939776 atas nama Puan Nashita Md Noor.
Harapan kita, Dato' Seri dapat membebaskan semua tahanan ISA, mereka perlu dibicara jika bersalah, tanpa bukti kerajaan tidak berhak menahan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan