Orang Islam boleh laksana hudud: Seng Giaw
DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud kerana ia adalah perkara yang tidak disenangi oleh orang bukan Islam dan Barisan Nasional (BN) diminta tidak mengeruhkan perhubungan DAP dan Pas berhubung perkara ini.
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, orang Islam boleh menggunakan dan melaksanakan hukuman ini, manakala orang bukan Islam mempraktikkan hukuman yang ditetapkan kepada mereka mengikut undang-undang yang dipersetujui bersama.
“Orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hukuman berkenaan hanya dijatuhkan kepada pesalah yang beragama Islam setelah melakukan penyiasatan dengan teliti.
“Hukum hudud adalah isu yang sangat sensitif dan memerlukan perbincangan yang teliti oleh semua pihak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, dalam beberapa dekad ini, hukum hudud disarankan oleh sebahagian individu yang terdapat di dalam parti BN.
Seng Giew berkata, dahulu BN menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan DAP dan Pas. Dan sekarang keadaan kedua-dua parti semakin tenang, kami sudah berjaya mengatasinya.
“Dalam Pakatan Rakyat (PR) isu-isu sensitif dan menyentuh agama dielakkan, umum mengetahui bahawa PR terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya.
Kelmarin, Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan hukum hudud bagi menggantikan undang-undang sivil adalah cara terbaik untuk menangani masalah jenayah dan sosial yang semakin berleluasa. -SH
Komen:
Ya, kenyataan seperti ini yang kita harapakan sebenarnya untuk mengurangkan political damages kepada Pakatan Rakyat.
Untuk menegakkan Sistem Islam melalui UMNO, kita berhadapan dengan kematian, undang- undang rimba, penderitaan, segala agensi bagi menegakkan Sistem Islam. Dari Memali, Samad Gul, Padang Terap, Operasi Lalang, ISA, Al-Maunah, FRU, akta A to Z, fitnah, adu-domba perkauman dan sebagainya..Melalui PKR dan DAP, kita berhadapan dengan hujah dan laluan liku- liku demokrasi bagi mendapatkan Sistem Islam. Fikirkan.
Cara yang paling baik pada masa ini, pimpinan PR mengadakan dialog tertutup dengan pemimpin- pemimpin PR yang vokal menentang hudud seperi Karpal Singh.
Tak hairan kerana beliau bercakap atas kapasiti sebagai pengamal undang- undang yang dirujuk terus kepada perlembagaan. Menurut Karpal Hudud tidak boleh diperkenalkan di negara ini kerana Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud.
Tak hairan juga, kerana selama ini bukan sekadar bukan Muslim sahaja dikelirukan dengan hudud apabila ungkapan seperti "perlaksanaan hudud akan menyebabkan ramai yang tidak ada tangan", "kalau nak makan sup tangan, sila hadir di Kelantan" dan banyak lagi bahkan Muslim juga turut keliru apabila kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin UMNO yang beragama Islam.
Kalau yang bersuara itu adalah mereka yang tidak beragama Islam, maka itu agak kurang memberi kesan kepada rakyat dalam menolak hukum Islam tersebut. Tetapi, jika hukum Allah SWT itu dipersendakan oleh pemimpin-pemimpin negara yang beragama islam, sudah pasti ia melahirkan seribu satu kekeliruaan. Sama ada yang keliru itu adalah orang Muslim, malahan terlebih terkeliru itu adalah non Muslim.
Tetapi, UMNO, UMNO, dan UMNO yang mengaku beragama Islam itu. UMNO yang memegang kuasa pemerintahan itu, menentang hudud, itu yang kita pelik. Mereka menentang atas dasar apa? Kerana mereka itu pemipin yang korup, menelan duit rakyat dan rasuah!(mereka takut akan dipotong tangan)
Kepada Nik Nazmi, rakyat nasihatkan anda bertaubat kerana kata- kata anda- "mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai" seolah-olah merendahkan usaha perjuangan Islam yang diarahkan oleh Allah dan RasulNya. Ini adalah kenyataan yang jahil.
Mengikut kitab-kitab dari ulama' haraki seperti Said Hawa, Syed Qutb dan Abul A'la Maududi menjelaskan perkataan-perkataan yang meragukan hukum Islam boleh membawa kepada murtad.
Setentunya kesalahannya itu lebih besar lagi. Hampirkan diri dengan ulama' dan al- Quran, jangan melulu wahai Nik Nazmi.
Selamat beribadah, Allah tahu yang terbaik.
3 ulasan:
Bagaimana PAS boleh menfatwakan Hudud adalah hukuman kepada orang Islam sahaja (yang mengucap dua kalimah Syahadah) dan mengasingkan dari bukan ISlam. Adakah pada zaman Nabi terdapat dua undang-undang?Fatwa pengasingan hukuman berdasarkan dalil mana(Quran dan Hadis)?
Bagi dua orang yang melakukan kesalahan mencuri.. Setelah disabit kesalahan, pencuri Islam dipotong tangan, manakala pecuri bukan Islam didenda wang atau penjara..
DAP dan orang bukan Islam amat seronok dengan hukuman Hudud PAS ini kerana ia akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam..
Nasihat buat Rindu Perjuangan.. Hidup hanya sementara..
Catat Ulasan