Dalam sebuah anekdot yang ditulis oleh ulama' terkenal, Ibnu al- Jauzi ada sebuah kisah menarik untuk direnungkan.
Sebelum itu, mari kita kenal sedikit siapa Ibnul Jauzi. Ibnul Jauzi adalah seorang ulama' besar yang bermazhab Maliki. Kepakaran beliau adalah dalam bidang Fiqh dan Sirah.
Diriwayatkan dalam anekdot beliau, ada seorang Badwi telah kehilangan keldainya. Badwi tersebut merasa sangat susah hati lalu beliau bernazar kepada Allah,
"Ya Allah, kalau Engkau menemukan aku dengan keldai aku, maka aku akan berpuasa tujuh hari."
Dengan izin Allah, Badwi tersebut menemukan keldainya semula... Demi menunaikan nazarnya kepada Allah, maka dia pun berpuasa selama tujuh hari.
Habis tempoh tujuh hari Badwi itu berpuasa, ditakdirkan Allah keldai tersebut menemui ajalnya. Lalu Badwi itu berkata,
"Aku akan berpuasa Ramadan pada tahun depan kurang tujuh hari dari sepatutnya kerana aku telah berpuasa sebelum ini."
Maknanya kalau puasa Ramadan selama 30 hari, Badwi tersebut hanya akan berpuasa 23 hari. :P
Itu sebuah kisah mengenai badwi dan puasanya.
Adapun kita, sudah tentulah taraf akal kita lebih baik dari badwi tersebut. Bulan Ramadan yang menjanjikan banyak fadhilat dan keutamaan kalau kita beramal, jangan disiakan.
Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dalam sunannya, sesungguhnya Nabi SAW bersabda:
"Ada empat perkara yang perlu direbut oleh seorang Muslim pada bulan Ramadan, dua perkara tersebut disukai oleh Allah iaitu kita mengucapkan La Ilaha Illa Allah dan memohon keampunan sebanyak- banyaknya."
Mohonlah keampunan sebanyak- banyaknya. Kita diajar dengan sayyidul istighfar. Mohonlah, mohonlah. Inilah peluang yang Allah beri kepada kita
Dua perkara lagi adalah manusia sangat berhajat kepadanya, " Dimasukkan ke dalam syurga Allah dan dijauhkan dari api neraka."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan