Apabila saya memberi respon kepada isu penggunaan kalimah Allah oleh non- Muslim, saya mendapat respon yang pelbagai dari rakan- rakan Facebook dan rakan- rakan YM. Apabila saya berada di pihak yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh non- Muslim, saya dilihat sebagai menyokong keputusan mahkamah.
Sehinggakan ada yang menuduh saya liberal!(baca: Islam Liberal)
Benarkah begitu? Saya tak boleh berpendirian bahawa "Kalimah Allah hanya untuk umat Islam" kerana ia tidak betul. Syirik hukumnya bila kita mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah taala. Perkara ini jelas dinyatakan oleh Allah SWT menerusi Al-Quran, iaitu firman-Nya;
تَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ
Maksudnya;mereka (ahli Kitab) mengambil paderi-paderi mereka, tok guru-tok guru mereka syirik selain dari Allah"(Surah At-taubah : 31)
Setelah membaca ayat ini, 'Adi bin Hatim (ada baca : Udai) telah datang berjumpa dengan nabi SAW. Ketika itu, Adi masih beragama nasrani. Dia datang dalam keadaan ditengkoknya tergantung salib yang diperbuat daripada perak.
Adi bertanya, "Wahai Muhammad, Ahli kitab tidak menyembah paderi dan tok guru-tok guru mereka."
Jawab nabi SAW;
بلى، إنهم حرموا عليهم الحلال، وأحلوا لهم الحرام، فاتبعوهم، فذلك عبادتهم إياهم
Maksudnya;bahkan, tetapi mereka mengharamkan perkara yang halal dan menghalalkan perkara yang haram. Maka mereka mengikutinya. Maka itu adalah ibadah yang mereka lakukan terhadap mereka (paderi dan tuan guru mereka)
Ketika saya membenarkan, itu bukan bermakna saya menyokong keputusan mahkamah tetapi, saya berpendirian kalimah Allah mesti digunakan dengan betul oleh semua orang, & jangan keruhkan suasana.
Itu sebetulnya.
Kebimbangan.
Ya, kita bimbang anak muda kita murtad. Tetapi, kita sepatutnya lebih bimbang kalau salah faham terhadap Islam lebih meningkat kerana kebodohan kita sendiri.
Semestinya mereka ada agenda dengan meminta izin untuk menggunakan nama Allah. Apabila izin diminta, menjadi hak mereka untuk kita mengizinkan atau kita berlaku zalim dengan hukum Allah. Kalau mereka tidak minta, lebih baik diam.
Kalau mereka jumpa gambar ini, mereka akan berdemo siang malam untuk menghalang non- Muslim mendekati kaktus ini
Mendepani agenda mereka, cukupkah dengan menghalang mereka? Ini adalah tindakan yang paling bodoh yang pernah dilakukan umat Islam abad ini. Sama juga sebagaimana kita menganggap semua yang datang dari Barat sebagai buruk. Majoriti masyarakat kita menganggap semua orientalis adalah jahat, sehinggakan jasa keilmuan orientalis yang ikhlas seperti Arnold Toynbee pun dinafikan. Ini tidak baik.Kita mungkin dapat mengambil nilai baik dari mereka dengan mencari titik nilai yang serupa dari mereka. Ini kerana semua ideologi yang berasal dari Eropah seperti nasionalisme, sosialisme dan sebagainya berakar dari agama. Mungkin kalau kita menggali khazanah keilmuan mereka, kita dapat memajukan agama kita. Masalahnya kita tak ambil peduli.
Ah, melalut pula...
Tetapi saya nak cerita, dalam mendepani musuh, kita tak boleh bersikap jahil terhadap apa yang dianggap sebagai musuh(seperti orientalis tadi). Jika kita menganggap mereka ada agenda, perlu ada usaha untuk mendepani agenda mereka, tetapi bukan dengan menghalang mereka.
Kalau suatu masa dulu, kita marah apabila ada kafir ingin menghalang kita menggunakan pembesar suara untuk azan, tidak terfikirkah tuan- tuan bahawa mereka juga akan marah apabila kita menafikan apa yang dibenarkan oleh agama mereka?
Terlalu bohong untuk dikatakan apabila mereka tiada agenda bila ingin menggunakan kalimah Allah dalam majalah mereka.
Persoalannya, perkara yang perlu didebatkan adalah bagaimana hendak mendepani cabaran tentang agenda mereka? Bukannya bagaimana hendak menghalang mereka.
Sepatutnya, siasah syariiyah yang tepat buat masa ini, adalah dengan memperhebat usaha dakwah dan memberi kefahaman kepada semua mengenai Islam, bukan dengan menegah. Sudah tentu tindakan menghalang mereka tersasar dari prinsip siasah syariiyah kerana Allah tidak mengizinkan kita mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Antara perkara yang mungkin timbul di benak mereka, Islam adalah agama yang mengongkong, kolot, tidak terbuka dan sebagainya.
Malaysia bukan diperintah oleh Taliban mahupun mengikut rentak Kerajaan Islam Iran.
Tidakkah kita terfikir dengan mengahalang mereka menyebabkan Islamofobia semakin membara
Kita boleh membenarkan mereka untuk menggunakannya tetapi dengan syarat- syarat yang ketat seperi mana yang telah diletakkan oleh Dr MAZA, Ust Wan Ji al- bakistani, Dr Mahathir, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan tokoh- tokoh lain.
Di sebalik hukum Allah, percayalah, pasti terselit hikmah yang tersembunyi....
Di sebalik hukum Allah, percayalah, pasti terselit hikmah yang tersembunyi....
2 ulasan:
MasyaAllah, I definitely agree on this. Good! I see ur point of view.
Aku faham kita kena perhebatkan dakwah and all, tapi masalahnya, adakah mereka akan mematuhi garis panduan tersebut? Itu yg musykil bagi aku. Then, how can we assure that they won't misuse the usage of kalimah 'Allah'? Kau tgk tak forum di TV1 Ad-Din tadi? Sometimes, I don't even know I'm at which sides at all. Sepanjang aku membaca pelbagai blog, ada verses Al-Quran yang basically proving that Allah digunakan pd zaman dahulu, dan ada jugak verses Al-Quran yang menunjukkan Allah itu tidak boleh disekutukan. So, I think I might just reserve my judgement for now. Just wait and see......(bgs gak ur writing kali ini yg bagi aku very modest tanpa membabitkan isu politik, coz it's not about that at all) Thanks for enlightening me. ;)
Ayat al- Quran tidak pernah bercanggah antara satu sama lain. Cumanya, cara ia ditafsirkan mestilah bersesuaian dengan waqi' semasa lalu dibentuk siasah syariiyah yang tepat. Siasah syariiyah bertujuan menjaga kemaslahatan dan menolak kemudharatan. Dalam hal ini, kaedah fiqh taghyir telah digunakan untuk menentukan hukum.
Saya quote kata- kata Dr MAZA:
"Peranan penting para sarjana Islam dan para pemimpin umat Islam di Malaysia ialah mempamirkan ketinggian nilai Islam ini. Amat malang jika kita yang hidup dalam multi-religious society sejak sekian lama tetapi gagal untuk memperkenalkan Islam yang sebenar kepada masyarakat bukan Islam sedangkan berbagai peruntukan dan ruang dimiliki oleh kita."
Catat Ulasan