Sabtu, 30 Januari 2010

Salut Mahasiswa Pemberani!

Meneliti kebangkitan mahasiswa sekitar tahun 70-an, isunya berkisar mengenai kebangkitan pelajar membantah ketidak pedulian penguasa kepada segelintir masyrakat marhaen negara ini. Mahasiswa yang cakna dengan isu rakyat turun ke jalanan untuk berdemonstran akibat kebuluran sebilangan penduduk Baling. Antara pemimpin pelajar iaitu Anwar Ibrahim, Hishamuddin Rais dan lain- lain merupakan sosok tubuh yang pernah ditahan ISA kerana membela penduduk yang mati kebuluran. Akibatnya, kerajaan menggubal beberapa dasar untuk meningkatkan ekonomi masyarakat, melayu khususnya.

Walaupun setelah dilaksanakan AUKU pada tahun 1971 kegiatan mahasiswa adalah seperti biasa, malah lebih hebat dari sebelumnya. Selepas akta tersebut dilaksanakan, mereka masih cergas mengadakan demonstrasi serta menimbulkan berbagai isu masyarakat dan politik. Di antaranya yang bersejarah adalah "Demonstrasi Tasik Utara dan Baling" pada tahun 1974.

Ramai pemimpin mahasiswa telah ditangkap termasuk Presiden Persatuan bahasa Melayu UM, Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agong PMUM, Hishamuddin Rais ekoran peristiwa demonstrasi Tasik Utara. Penangkapan pemimpin mahasiswa telah mencetuskan kemarahan mahasiswa Universiti Malaya yang menyebabkan berlakunya rampasan kuasa pentadbiran Universiti Malaya oleh Majlis Tertinggi Sementara (MTS) pada 20hb. September, 1974. Manakala Majlis Tertinggi Nasional (MTN) telah bertindak dan berjaya menyerahkan kembali pentadbiran universiti kepada Naib Canselor.

Pertentangan di antara dua puak yang berlainan pendirian ini telah membuka jalan kepada pihak kerajaan untuk campurtangan. Kerajaan telah bertindak tegas dengan menggantung PMUM. Walaubagaimanapun mahasiswa terus bergiat memperjuangkan hak masyarakat. Kemuncak perjuangan mereka adalah Peristiwa Baling pada bulan November 1974 di mana lebih 4,000 mahasiswa dari beberapa universiti telah bersama petani-petani mengadakan demonstrasi membantah kebuluran yang berlaku di Baling.

Manakala ekoran dari demonstrasi ini, lebih 1,000 mahasiswa daripada beberapa buah universiti telah ditahan dan sebahagiannya dihadapkan ke mahkamah. Gerakan mahasiswa menjadi begitu agresif dan optimis dalam tindakan-tindakan mereka serta mengancam kedudukan pemerintah. Kerajaan telah bertindak dengan meminda akta tersebut pada tahun 1975 supaya kegiatan mahasiswa dapat dikawal. Kerajaan juga telah bertindak mengongkong pergerakan mahasiswa dengan cara mewujudkan sebuah institusi baru yang dinamakan bahagian Hal Ehwal Pelajar untuk mengawal aktiviti mahasiswa.

Perjuangan mahasiswa ketika itu sentiasa bersama dengan penderitaan masyarakat bawahan yang miskin. Sebab itulah setiap kali mahasiswa mengadakan demonstrasi terhadap sesuaru isu penderitaan masyarakat sentiasa mendapat sokongan dan dokongan rakyat. Dua peristiwa terbesar dalam sejarah perjuangan mereka adalah Perisriwa Tasik Utara dan Peristiwa Baling yang berlaku pada penghujung tahun 1974 telah mengakibatkan ramai pemimpin mahasiswa ditangkap dan juga kebebasan berpolitik mahasiswa juga dirampas melalui pindaan AUKU, pada tahun 1975.

Kegiatan mahasiswa selepas pindaan AUKU,1975 jauh berbeza , dengan rakan mereka sebelum akta dikuatkuasakan. Malah ramai pula mahasiswa yang ingin menjadi pemerhati atau pengikut sahaja daripada menjadi pendokong kegiatan kemahasiswaan menyebabkan mereka kekurangan pemimpin yang berwibawa. Ini akan merugikan perkembangan negara di masa akan datang kerana ramai tokoh-tokoh ;politik, kerajaan dan swasta sekarang adalah terdiri dan bekas tokoh-tokoh pemimpin mahasiswa di zaman mereka.

Kalau Peristiwa Baling 1974 menjadi kemuncak perjuangan mahasiswa, tetapi dalam peristiwa Tragedi Memali, Baling pada 19 November 1985 sukar untuk kita mencari suara-suara mahasiswa. Inilah "bahana" Akta Universiti yang berjaya menjajah pemikiran mahasiswa.
Mahasiswa Sudah Mula Berubah?

Pilihan Raya Kampus(PRK) yang menyaksikan Pro- Mahasiswa kalah di dua buah universiti dengan keputusan yang meragukan. 
Sejak malam 29 Jan, suasana tidak berubah tegang sehingga jam 3 pagi: terutamanya di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia, semua yang membaca sejarah maklum, universiti yang menyimpan gah sejarah perjuangan bangsa. Demonstrasi menuntut supaya keputusan undi dikira dengan adil akibat penipuan.

Mereka sudah buta. Buta hati dan fikiran. Mengapa lawan mereka bukan lagi jagoan politik di luar pagar universiti, tetapi beralih kepada mahasiswa mutiara bangsa bagaikan langsung tiada nilai harga. Hari Jumaat 29 Jan, seolah- olah sempurnalah perlakuan biadap mereka terhadap mahasiswa.

Hanya... hanya kerana mereka menuntut sesutu yang menjadi hak mereka, maka mereka dibantai dengan pukulan dan deraan dari anjing- anjing pemerintah. Apakah ini suatu bentuk demokrasi tafsiran 1Malaysia? Negara yang mundur demokrasinya, bahkan kalangan bangsa yang tidak beradab sahaja yang tergamak berterusan menindas mahasiswa sedemikian rupa. Bukan hanya ditakut-takutkan, diugut, diperlekeh, ditangkap, malah ada yang dipukul.

Pemerintah jangan lupa, di bawah universiti tersimpan haba pendam perjuangan nasionalisme bangsa yang akan meledak bila- bila masa.
Pedulikan peruntukan itu, yang utama ialah Seksyen 15 (1), (2), (3) dan (4) yang melarang mahasiswa menganggotai organisasi luar kampus; melarang persatuan mahasiswa bergabung atau bekerjasama dengan organisasi luar; dan melarang mahasiswa atau persatuan mahasiswa menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap organisasi luar. 
Sistem E- Voting, atau E- Undi yang mula diguna pakai adalah asas kepada bantahan kumplan Pro- M. Secanggih mana pun teknologi yang terguna pakai, semestinya, ia terdedah kepada manipulasi manusia.
Asas kepada undi, undi ialah rahsia. Menurut seorang pembangun komputer, melalui E- Voting, sesiapa sahaja dapat dikesan untuk mengundi pihak mana. Jadi, wujud tekanan pihak pemerintah di sini. Berlaku ugutan sana sini, sesiapa yang tidak memenuhi selera penguasa akan dikenakan tindakan.

Bertebaran suara di bawah sana, siapa yang mengundi Pro- M akan dibuang kolej. Misalnya.

Saya tidak tahu kedudukan terkini lima orang mahasiswa yang ditahan. Mohon rakan yang tahu memberi pencerahan. Lima truk FRU diletakkan di tempat kejadian. Apakah ertinya semua ini?

Apapun, salut mahasiswa! Meminjam kata Hasmi Hashim: Anak-anak mahasiswa itu takkan terkalahkan. Saya berikan tunjuk hormat di hadapan mereka.
Rujukan:
Politik Kampus Di Sebalik Tabir, oleh Mohd. Shuhaimi Al Maniri


Tiada ulasan: