Sabtu, 30 Januari 2010

Salut Mahasiswa Pemberani!

0 komen pembaca
Meneliti kebangkitan mahasiswa sekitar tahun 70-an, isunya berkisar mengenai kebangkitan pelajar membantah ketidak pedulian penguasa kepada segelintir masyrakat marhaen negara ini. Mahasiswa yang cakna dengan isu rakyat turun ke jalanan untuk berdemonstran akibat kebuluran sebilangan penduduk Baling. Antara pemimpin pelajar iaitu Anwar Ibrahim, Hishamuddin Rais dan lain- lain merupakan sosok tubuh yang pernah ditahan ISA kerana membela penduduk yang mati kebuluran. Akibatnya, kerajaan menggubal beberapa dasar untuk meningkatkan ekonomi masyarakat, melayu khususnya.

Walaupun setelah dilaksanakan AUKU pada tahun 1971 kegiatan mahasiswa adalah seperti biasa, malah lebih hebat dari sebelumnya. Selepas akta tersebut dilaksanakan, mereka masih cergas mengadakan demonstrasi serta menimbulkan berbagai isu masyarakat dan politik. Di antaranya yang bersejarah adalah "Demonstrasi Tasik Utara dan Baling" pada tahun 1974.

Ramai pemimpin mahasiswa telah ditangkap termasuk Presiden Persatuan bahasa Melayu UM, Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agong PMUM, Hishamuddin Rais ekoran peristiwa demonstrasi Tasik Utara. Penangkapan pemimpin mahasiswa telah mencetuskan kemarahan mahasiswa Universiti Malaya yang menyebabkan berlakunya rampasan kuasa pentadbiran Universiti Malaya oleh Majlis Tertinggi Sementara (MTS) pada 20hb. September, 1974. Manakala Majlis Tertinggi Nasional (MTN) telah bertindak dan berjaya menyerahkan kembali pentadbiran universiti kepada Naib Canselor.

Pertentangan di antara dua puak yang berlainan pendirian ini telah membuka jalan kepada pihak kerajaan untuk campurtangan. Kerajaan telah bertindak tegas dengan menggantung PMUM. Walaubagaimanapun mahasiswa terus bergiat memperjuangkan hak masyarakat. Kemuncak perjuangan mereka adalah Peristiwa Baling pada bulan November 1974 di mana lebih 4,000 mahasiswa dari beberapa universiti telah bersama petani-petani mengadakan demonstrasi membantah kebuluran yang berlaku di Baling.

Manakala ekoran dari demonstrasi ini, lebih 1,000 mahasiswa daripada beberapa buah universiti telah ditahan dan sebahagiannya dihadapkan ke mahkamah. Gerakan mahasiswa menjadi begitu agresif dan optimis dalam tindakan-tindakan mereka serta mengancam kedudukan pemerintah. Kerajaan telah bertindak dengan meminda akta tersebut pada tahun 1975 supaya kegiatan mahasiswa dapat dikawal. Kerajaan juga telah bertindak mengongkong pergerakan mahasiswa dengan cara mewujudkan sebuah institusi baru yang dinamakan bahagian Hal Ehwal Pelajar untuk mengawal aktiviti mahasiswa.

Perjuangan mahasiswa ketika itu sentiasa bersama dengan penderitaan masyarakat bawahan yang miskin. Sebab itulah setiap kali mahasiswa mengadakan demonstrasi terhadap sesuaru isu penderitaan masyarakat sentiasa mendapat sokongan dan dokongan rakyat. Dua peristiwa terbesar dalam sejarah perjuangan mereka adalah Perisriwa Tasik Utara dan Peristiwa Baling yang berlaku pada penghujung tahun 1974 telah mengakibatkan ramai pemimpin mahasiswa ditangkap dan juga kebebasan berpolitik mahasiswa juga dirampas melalui pindaan AUKU, pada tahun 1975.

Kegiatan mahasiswa selepas pindaan AUKU,1975 jauh berbeza , dengan rakan mereka sebelum akta dikuatkuasakan. Malah ramai pula mahasiswa yang ingin menjadi pemerhati atau pengikut sahaja daripada menjadi pendokong kegiatan kemahasiswaan menyebabkan mereka kekurangan pemimpin yang berwibawa. Ini akan merugikan perkembangan negara di masa akan datang kerana ramai tokoh-tokoh ;politik, kerajaan dan swasta sekarang adalah terdiri dan bekas tokoh-tokoh pemimpin mahasiswa di zaman mereka.

Kalau Peristiwa Baling 1974 menjadi kemuncak perjuangan mahasiswa, tetapi dalam peristiwa Tragedi Memali, Baling pada 19 November 1985 sukar untuk kita mencari suara-suara mahasiswa. Inilah "bahana" Akta Universiti yang berjaya menjajah pemikiran mahasiswa.
Mahasiswa Sudah Mula Berubah?

Pilihan Raya Kampus(PRK) yang menyaksikan Pro- Mahasiswa kalah di dua buah universiti dengan keputusan yang meragukan. 
Sejak malam 29 Jan, suasana tidak berubah tegang sehingga jam 3 pagi: terutamanya di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia, semua yang membaca sejarah maklum, universiti yang menyimpan gah sejarah perjuangan bangsa. Demonstrasi menuntut supaya keputusan undi dikira dengan adil akibat penipuan.

Mereka sudah buta. Buta hati dan fikiran. Mengapa lawan mereka bukan lagi jagoan politik di luar pagar universiti, tetapi beralih kepada mahasiswa mutiara bangsa bagaikan langsung tiada nilai harga. Hari Jumaat 29 Jan, seolah- olah sempurnalah perlakuan biadap mereka terhadap mahasiswa.

Hanya... hanya kerana mereka menuntut sesutu yang menjadi hak mereka, maka mereka dibantai dengan pukulan dan deraan dari anjing- anjing pemerintah. Apakah ini suatu bentuk demokrasi tafsiran 1Malaysia? Negara yang mundur demokrasinya, bahkan kalangan bangsa yang tidak beradab sahaja yang tergamak berterusan menindas mahasiswa sedemikian rupa. Bukan hanya ditakut-takutkan, diugut, diperlekeh, ditangkap, malah ada yang dipukul.

Pemerintah jangan lupa, di bawah universiti tersimpan haba pendam perjuangan nasionalisme bangsa yang akan meledak bila- bila masa.
Pedulikan peruntukan itu, yang utama ialah Seksyen 15 (1), (2), (3) dan (4) yang melarang mahasiswa menganggotai organisasi luar kampus; melarang persatuan mahasiswa bergabung atau bekerjasama dengan organisasi luar; dan melarang mahasiswa atau persatuan mahasiswa menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap organisasi luar. 
Sistem E- Voting, atau E- Undi yang mula diguna pakai adalah asas kepada bantahan kumplan Pro- M. Secanggih mana pun teknologi yang terguna pakai, semestinya, ia terdedah kepada manipulasi manusia.
Asas kepada undi, undi ialah rahsia. Menurut seorang pembangun komputer, melalui E- Voting, sesiapa sahaja dapat dikesan untuk mengundi pihak mana. Jadi, wujud tekanan pihak pemerintah di sini. Berlaku ugutan sana sini, sesiapa yang tidak memenuhi selera penguasa akan dikenakan tindakan.

Bertebaran suara di bawah sana, siapa yang mengundi Pro- M akan dibuang kolej. Misalnya.

Saya tidak tahu kedudukan terkini lima orang mahasiswa yang ditahan. Mohon rakan yang tahu memberi pencerahan. Lima truk FRU diletakkan di tempat kejadian. Apakah ertinya semua ini?

Apapun, salut mahasiswa! Meminjam kata Hasmi Hashim: Anak-anak mahasiswa itu takkan terkalahkan. Saya berikan tunjuk hormat di hadapan mereka.
Rujukan:
Politik Kampus Di Sebalik Tabir, oleh Mohd. Shuhaimi Al Maniri


Isnin, 25 Januari 2010

Izin Bukan Bererti Redha

3 komen pembaca
Untuk kefahaman yang lebih mendalam, sila baca artikel- artikel ini bersama:
 

Izin Bukan Bererti Redha
Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Saya tidak suka terlalu berfalsafah dalam bicara. Tujuan ucapan dan ungkapan adalah untuk difahami oleh pendengar atau pembaca, bukan agar mereka bertambah pening. Pun begitu ada juga beberapa istilah yang perlu diperbetulkan, bukan kerana ingin berfalsafah tetapi kerana ia penting untuk difahami untuk mengelakkan salahfaham antara kaum muslimin.

Antara perkara yang penting untuk dibezakan ialah ungkapan ‘izin’ dan ‘redha’. Kedua-dua perkataan ini berasal dari bahasa Arab. Apa yang kita izinkan bukan semestinya kita redha. Juga apa yang kita redha bukan semestinya kita izinkan. Juga mungkin apa yang kita izinkan itu kita redha, atau sebaliknya juga mungkin apa yang kita redha maka kita izinkan. Mengizinkan bermaksud membolehkan sesuatu itu berlaku (lihat: al-Kafawi, al-Kulliyyat, 72, Beirut: Muassasah al-Risalah). Sementara redha bermaksud suka atau kasih kepada sesuatu. Disebut al-Mahabbah wa al-Ridha atau cinta dan redha (ibid 76).

Kita mungkin memberikan kebenaran atau memboleh sesuatu yang di bawah penguasaan kita berlaku dalam keadaan redha ataupun tidak redha. Apa yang kita izinkan bukanlah semestinya kita redha atau suka. Umpamanya jika seseorang pemerintah muslim mengizinkan bukan muslim membina rumah ibadah mereka, bukanlah semestinya bererti pemerintah tersebut meredhai kekufuran atau penyembahan selain daripada Allah.

Demikian juga apabila pemerintah tertentu mengizinkan mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti minum arak atau berjudi dalam premis mereka, bukanlah bererti pemerintah tersebut telah menghalalkan arak atau judi. Keizinan itu diberikan disebabkan kerana hak-hak mereka sebagai bukan muslim dalam mengamalkan agama dan cara hidup mereka.

Pemerintah mengatur urusan rakyat dengan adil dan saksama. Keizinan atau kelulusan yang diberikan oleh pemerintah bukan menunjukkan akidahnya telah rosak atau dia telah menghalalkan yang haram. Melainkanlah jika perasaan dia itu memang redha atau dia sendiri melakukan perkara-perkara yang menunjukkan dia redha. Ketika itu barulah datang penilaian di sudut akidah.

Apa yang ingin dijelaskan bukan semestinya setiap yang diizinkan itu diredhai oleh seseorang. Saya misalkan, seorang anak yang mendesak ayahnya memberikannya kunci kereta kerana ingin keluar bersama dengan rakan-rakannya. Si ayah enggan memberi kerana bimbang anaknya tidak tahu mengawal diri apabila keluar bersama rakan.

Namun si anak terus mendesak dan bertegang dengan ayahnya sehingga menyebabkan si ayah akhirnya memberikan kunci kepada si anak. Anak ini pun keluar berjumpa dengan rakan-rakannya sambil berkata: “ayahku izinkan aku pakai keretanya malam ini”. Sementara si ayah apabila ditanya berkata: “memang saya izinkan tapi saya tidak redha, sebab dia mendesak dan saya malas bising-bising”.
Keadaan ini menggambarkan bagaimana kadang-kala keizinan diberikan tanpa keredhaan atau kerelaan. Betapa ramai wanita zaman tahu yang mengizinkan bapa mereka mengahwinkan mereka, sedangkan jantung hati mereka tidak redha.

Di samping ada keadaan di mana kita izinkan sesuatu dengan penuh redha. Juga ada keadaan di mana kita meredhai sesuatu tetapi tidak dapat mengizinkannya. Kita tidak izinkan mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu.

Sebab itu dalam al-Quran Allah gunakan perkataan masyiah atau kehendak dan dalam masa yang sama ada perkataan redha. Manusia menjadi beriman dan kufur adalah dengan kehendak atau izin Allah. Jika Allah tidak izin atau kehendak, maka tiada satu perkara pun yang boleh berlaku di alam ini.
Namun bukan semestinya apa yang Allah izinkan berlaku itu, Allah meredhainya. Firman Allah: (maksudnya)
“Maka (fikirkanlah) adakah orang yang dihiaskan kepadanya amalan buruknya (oleh syaitan) lalu dia memandangnya baik, kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah kamu membinasakan dirimu (Wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan” ( Surah al-Fatir, ayat 8).
Allah menyesat sesiapa yang Dia Kehendaki kerana mereka memilih kesesatan, demikian memberikan petunjukNya kepada sesiapa yang ingin memilih petunjuk. Itulah peraturan alam yang Dia Maha Pencipta lagi Maha Adil tetapkan. Dia tidak menzalimi hamba-hambaNya.
Apabila kekufuran atau kemaksiatan atau kesesatan itu berlaku bukanlah Dia redha atau sukakan kekufuran sekalipun berlaku dengan izin atau kehendakNya. FirmanNya: (maksudnya) “Kalaulah kamu kufur akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak memerlukan kamu; dan Dia tidak redha untuk hamba-hambaNya kekufuran; dan jika kamu bersyukur, Dia meredainya untuk kamu..(Surah al-Zumar, ayat 7).

Maha Suci Allah untuk dibandingkan dengan makhluk. Namun untuk mendekatkan faham, demikian insan dalam hidup ini mestilah dibezakan antara keizinan dan keredhaan. Dalam perjanjian Hudaibiyyah Nabi s.a.w dan Musyrikin Quraish Mekah, baginda ingin agar kepala perjanjian itu ditulis dengan Bismillah al-Rahman al-Rahim.

Namun wakil Quraish, Suhail bin ‘Amr tidak bersetuju. Dia mahu supaya ditulis seperti kebiasaan Quraish dalam menulis perjanjian iaitu BismikaAllahumma (Dengan NamaMu Ya Allah). Nabi s.a.w bersetuju dan mengizinkannya, walaupun hakikatnya baginda tidak redha demikian. Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:
“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.
Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut.
Saya jelaskan noktah perbezaan ini untuk mengelakkan tuduh-menuduh sesama umat Islam dalam banyak perkara. Isu nama Allah umpamanya, menjadi tegang dalam kalangan umat Islam sendiri sehingga ada yang tuduh menuduh dengan kufur dan sesat. Ada yang menyatakan pihak yang membiarkan penggunaan nama Allah dalam kalangan bukan Islam bererti telah redha dengan kekufuran. Maka sesiapa yang redha dengan kufur, maka dia pun turut kufur.

Kesimpulan yang seperti itu tidaklah tepat. Kita mungkin berbeza antara satu sama lain, namun jangan membuat kesimpulan yang tidak berlandaskan fakta. Umat Islam yang membiarkan Kristian menggunakan nama Nabi Isa dan Maryam di tempat ibadah mereka bukan bererti selama ini kita meredhai mereka mensyirikkan Allah dan mempergunakan nama Nabi Isa a.s. yang wajib kita imani itu.

Ini bukan soal redha atau tidak, tetapi soalnya apakah kadar hak mereka yang hendak atau boleh kita izinkan. Di situ perbincangannya. Kita mungkin boleh setuju atau tidak setuju mereka guna nama Allah. Saya tidak mahu membincang isu tersebut di sini. Namun saya tidak dapat terima untuk kita cepat mengkafirkan sesama sendiri. Kita tangani perbezaan itu dengan harmoni dan matang, bukan dengan kafir-mengkafir sesama muslim.

Hati-hati wahai pembaca, ramai orang di dunia ini yang sering memutar belitkan ayat dan kalimat orang lain, lalu menyalahtafsirkan mengikut kehendaknya supaya dia dapat menghukum orang yang dimusuhinya. Setiap kita akan berdiri di hadapan Mahkamah Allah di Hari Kiamat, maka bersikap adillah!

Jiwamelayu: Hafal quran tak semestinya sudah cukup untuk mengeluarkan hukum dalam Islam. mesti menguasai ilmu alat dahulu....

Khamis, 21 Januari 2010

Kalimatin Sawa'in

0 komen pembaca
Kali ini saya mahu bercerita tentang filem Ayat- Ayat Cinta.

Saya yakin kebanyakan dari kita pernah menyaksikan filem yang berlatar belakangkan bumi Kinanah ini. Hatta anak kecil sekalipun kenal siapa Fahri, Aisha dan Maria.

Ada satu babak dalam filem ini menarik perhatian saya: tatkala Maria membacakan Surah Maryam kepada Fahri, seorang pelajar al- Azhar asy- Syariff.

Di dalam Islam, Maryam puteri Imran, adalah seorang ahli ibadah yang taat, beliau adalah perawan suci nan abadi, lahir dari keluarga yang mulia, keturunan para Nabi. Hidupnya dihabiskan dalam mihrab di timur Masjidil Aqsa untuk beribadah kepada Allah. Allah memberi apresiasi yang tinggi atas kealiman dan ketaatannya. Dia menjadikan Maryam a.s. 'tanda' kepada segenap manusia dengan kelahiran Isa a.s., seorang rasul yang diajarkan Taurat dan Injil.

Kekuatan imannya setara dengan iman Asiyah isteri firaun. Allah mengangkat darjat Maryam sebagai wanita kedua terhormat dalam sejarah manusia.

وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِلَّذِينَ آمَنُوا امْرَأَتَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِنْدَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِنْ فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِ وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ. وَمَرْيَمَ ابْنَتَ عِمْرَانَ الَّتِي أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا فَنَفَخْنَا فِيهِ مِنْ رُوحِنَا وَصَدَّقَتْ بِكَلِمَاتِ رَبِّهَا وَكُتُبِهِ وَكَانَتْ مِنَ الْقَانِتِينَ
Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: Perihal isteri Firaun, ketika dia berkata: Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim; Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) dia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya dan dia menjadi dari orang-orang yang tetap taat. (Surah At- Tahrim 66: 11& 12)

Sebagaimana Islam memuliakan wanita ini, begitu juga Nasrani telah memuliakan Maryam a.s. Maryam disebut dengan nama Virgin Mary. Yahudi Bani Israel pula telah mencela Maryam dengan menuduh beliau berzina dengan Joseph Pandera.

Tetapi, Nasrani telah melampau dalam memuliakan Maryam. Mereka telah mengangkat Maryam sebagai salah satu Tuhan mereka dalam konsep Trinity.

Titik Persamaan



Pada pengakhiran filem, Maryam bermimpi Virgin Mary datang kepadanya dan menyuruh Maria masuk Islam untuk masuk kedalam syurga. Dalam edisi novel pula diceritakan Maryam terhalang dari memasuki pintu syurga kerana tiada wudhu' dan lafaz syahadah.

Tetapi mengapa Maria mimpikan Maryam a.s. dan bukannya Virgin Mary dalam bentuk pemahaman teologi?

Hakikatnya, Muslim dan Nasrani berkongsi susuk tubuh yang sama untuk dimuliakan dan diambil ibrah darinya tetapi dengan pemahaman teologi yang berbeza.

Apa yang jelasnya, Maria mudah mendapat cahaya Islam kerana titik persamaan yang mana Islam dan Nasrani percaya: Maryam atau Virgin Mary adalah wanita suci di sisi Tuhan.

Secara logiknya, mestilah Maria bermimpi berjumpa Virgin Mary dalam fahaman teologi Nasrani kerana dia ialah seorang Kristian Koptik.

Perkara sebaliknya berlaku. Ia adalah kerana Maria banyak bercampur dengan Muslim, hidup dalam suasana al- Azhar, tertarik kepada akhlak Islamiyyah melalui Fahri dan sebagainya.

Begitu juga dalam hal isu kalimah Allah, Rasulullah mewajarkan Nasrani pada zamannya menggunakan kalimah Allah hatta dalam sumpah wasiat sekalipun.

Ini kerana kita dan mereka berkongsi kalimah yang sama untuk memudahkan mereka menerima Islam. Ini ditegaskan dalam Surah Ali Imran ayat 64:

.....قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani), marilah (berpegang) dengan suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu…”

Itulah dia, kalimatin sawa'in yang disebutkan dalam Al- Quran.

Pada kemuncak kegemilangan Kerajaan Turki Uthmaniyyah, Islam berkembang dengan pesat di Balkan dan kawasan sekitarnya. ia berikutan kelemahan sistem dan penyelewengan yang berlaku dalam Gereja Greeks Orthodoks.

Gereja tidak mampu lagi memainkan peranan. Islam hadir dan menawarkan prinsip keadilan kepada semua manusia. Ramai masuk Islam. Saya beranggapan kerana tentulah ulama- ulama pada zaman itu bersikap terbuka kepada bukan Muslim.

Tempoh masa Kerajaan Turki Uthmaniyyah dan Kerajaan Abbasiyyah bukanlah jauh sangat. Sedia maklum, zaman itu adalah zaman lahirnya ramai ulama' besar termasuk ulama' empat mazhab. Para ulama' terbilang zaman itu tidak pula melarang Nasrani menyebut Allah.

Walhasilnya, Islam tersebar luas ke seluruh dunia.

Islamisasi sedang berlaku. Kerugian dan penyesalan kepada mereka yang menghalang dan tidak mahu turut serta.

Rabu, 13 Januari 2010

Ya Allah!

2 komen pembaca



يَسْأَلُهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ

"Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya.setiap waktu Dia dalam kesibukan" (Surah ar-Rahman 55:29)

Ketika badai mengamuk dan laut terasa ganas, para penumpang perahu akan berteriak, "Ya Allah!".

Ketika penunggang unta dan kafilahnya tersesat di tengah padang pasir, mereka akan berteriak, "Ya Allah!".

Ketika bencana dan malapetaka menimpa, si mangsa akan berteriak. "Ya Allah!".

Ketika pintu-pintu tertutup bagi orang-orang yang mencuba masuk, dan penghalang menutupi orang-orang yang sedang memerlukan, mereka semua berteriak,"Ya Allah!".

Ketika semua rencana berakhir dengan kegagalan, semua harapan hilang, dan jalan pun tertutup, sebutlah, "Ya Allah!".

Ketika bumi, yang sangat luas terasa sempit bagi anda, dan menyebabkan jiwa anda tertekan, maka berteriaklah, "Ya Allah!'.

Kepada Allah lah naik segala kata-kata yang baik, doa yang tulus, air mata orang-orang tidak berdosa, dan rintihan para korban musibah.Tangan dan mata dipanjatkan kepadaNya pada saat kesulitan dan kesusahan melanda.Lidah melantunkan kata, menjerit, dan memanggil namaNya.Hati pun mendapatkan kedamaian, jiwa mendapatkan ketenangan, urat saraf menjadi tenang dan fikiran menjadi bangkit.Semua ini mampu dicapai ketika kita mengingat Allah SWT.Betapa sempurnanya Allah dan hanya Dialah Yang Maha Kuasa.

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ

Allah Maha Lembut tadbirNya(serta melimpah- limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba- hambaNya. Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya(menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa (Surah asy-Syura 42:19)

Isnin, 11 Januari 2010

SEKADAR NASIHAT UNTUK KAUM HAWA

1 komen pembaca
Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berkongsilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
Untuk mendapatkan gerak badan yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, ketahuilah anda tidak akan pernah berjalan bersendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampun.

Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda, apabila anda sudah melakukan semuanya itu,
Ingatlah senantiasa, andai suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.

Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan. Satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan jua pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh

Renungan:

Rasululullah SAW, berkata "Putriku Fatimah adalah bidadari dalam diri manusia." (Al-Sawa'iqul Muhriqah;Is'afur Raghibin, hal.173).

Fatimah adalah keindahan sejati (Nuzhatul Majalis).


Perkataan Ibunda Anas Bin Malik:"Fatimah bak bulan di malam purnamanya, atau matahari yang tak diselaputi awan. Ia putih dengan sentuhan warna mawar di wajahnya, rambutnya hitam dan ia bercirikan keelokan Rasulullah SAW."...

Aisyah berkata:"Aku tak pernah melihat seseorang yang penampilannya, perilaku, gerak-geri dan bicaranya lebih mirip dengan nabi, baik kala duduk, mahupun kala berdiri melainkan pada Fhatimah.(HR.At-Tirmidzi dan Ibnu Abdurrabbih).(Mustadrak al-Hakim).

Ahad, 10 Januari 2010

Hati

0 komen pembaca

Ketika sebongkah ais membungkus jantung
Sebutir bintang memancarkan sinar
Mengalirkan panas
Mencairkan hati yang sekian lama beku
Menghidupkan jiwa yang sekian lama mati

Nyala bintang semakin terang
Pintu hati telah dibuka
Ajak bintang menari di angkasa
Awan langitpun terusir
Kilau hati dan bintang kian mempesona

Tibalah kini di hujung subuh
Bintangpun harus pergi
meninggalkan hati
Haruskah hati mati dan membeku lagi .........

Sabtu, 9 Januari 2010

Jangan Pernah Berhenti Untuk Saling Menasihati

0 komen pembaca
Petang itu matanya kelihatan sembab. Bekas aliran air mata di pipinya tak mampu disembunyikan dari hadapan saya.

Dia menunduk sebentar, mengusap kedua matanya kemudian tersenyum, berpura-pura ceria seakan tak terjadi apa-apa. Tapi dia tak mampu untuk menipu saya. Saya tahu dia sudah kering air mata. Tangis yang terjadi, puncanya, saya tak tahu.

Maka saya tanya dia, “kenapa kau menangis?”.

Dia menjawab”tangis haru mengingat cinta kasih ibunda padaku. Setelah melihat seorang ibu yang memeluk anaknya di taman itu aku rindu ibu, rindu kasih sayangnya, rindu nasihat-nasihatnya”.

Dan Azan maghrib pun mengalun sendu bersama ketakjubanku terhadap lembut hatinya.

Di waktu yang lain, seseorang di antara kita pernah remuk hatinya melihat pengemis kecil yang tidak terurus dan kotor di jalanan yang sebenarnya setiap hari dia lalui.

Dalam batin ia mengandai; Oh, seandainya dunia ini tak menyisakan kepedihan, kenestapaan, seandainya semua orang hidup bahagia. Namun kenyataan menunjukkan sebaliknya dan kita tak boleh mungkirinya. Dia pun faham bahawa sebenarnya inilah kesempatannya untuk bersedekah. Maka ia keluarkan helai- helai not wang kertas dari poketnya. Kali ini bukan hanya wang kecil seperti biasanya. Walaupun dia masih memiliki banyak helaian lain yang lebih mahal warna dan nominalnya.

Sungguh menakjubkan kerana dia baru mengetahui bahwa bersedekah ternyata lebih nikmat daripada membeli hanya sekedar demi kepuasan sendiri!

Kita sendiri pernah melihat bagaimana seorang pemuda yang tenggelam hari-harinya dalam dosa dan kehampaan. Namun suatu ketika sebuah nasihat menusuk kalbunya, mengisi relung-relung jiwanya. Dia tersungkur, dia bertaubat. Dan kini dia adalah seorang penyebar kebaikan dan kasih sayang kepada manusia.

Sebaliknya, kita pernah pula lihat seorang yang keras hatinya. Beribu-ribu nasihat telah melintasi telinganya. Beratus-ratus musibah peringatan telah mengancam perjalanan hari-harinya. Berjuta-juta detik dalam hidupnya telah dipuaskan oleh kegalauan kerana dosa, kederhakaan dan ketidakpedulian kepada Pencipta juga kepada sesama manusia. Namun dia tak juga sedar. Dia tutup matanya, dia sumbat telinganya dia bungkam suara hatinya, dia bunuh nuraninya sendiri.

Hatinya keras bagai batu.

Namun ingat! Batu pun perlahan- lahan dapat terkikis hanya disebabkan titisan air yang lembut. Maka kita ingat akan pepatah

“jangan pernah berhenti untuk saling menasihati,tapi jangan mengeluh!”

Tidak lengkap rasanya tulisan singkat ini jika tanpa pertanyaan yang bagus untuk kita ajukan kepada diri kita sendiri:

Lembut atau keraskah hati kita ini?

Bukankah kita ingin cepat faqih memahami kejadian, merenungi nasihat, memaknai kehidupan, menuju kematian?!

Kita tak ingin jadi orang tuli nurani dan bebal hati. Benar, kan?????

Jumaat, 8 Januari 2010

Menjahilkan Diri Terhadap Musuh: Isu Kalimah Allah

2 komen pembaca
Apabila saya memberi respon kepada isu penggunaan kalimah Allah oleh non- Muslim, saya mendapat respon yang pelbagai dari rakan- rakan Facebook dan rakan- rakan YM. Apabila saya berada di pihak yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh non- Muslim, saya dilihat sebagai menyokong keputusan mahkamah.

Sehinggakan ada yang menuduh saya liberal!(baca: Islam Liberal)

Benarkah begitu? Saya tak boleh berpendirian bahawa "Kalimah Allah hanya untuk umat Islam" kerana ia tidak betul. Syirik hukumnya bila kita mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah taala. Perkara ini jelas dinyatakan oleh Allah SWT menerusi Al-Quran, iaitu firman-Nya;

تَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ
Maksudnya;mereka (ahli Kitab) mengambil paderi-paderi mereka, tok guru-tok guru mereka syirik selain dari Allah"(Surah At-taubah : 31)

Setelah membaca ayat ini, 'Adi bin Hatim (ada baca : Udai) telah datang berjumpa dengan nabi SAW. Ketika itu, Adi masih beragama nasrani. Dia datang dalam keadaan ditengkoknya tergantung salib yang diperbuat daripada perak.

Adi bertanya, "Wahai Muhammad, Ahli kitab tidak menyembah paderi dan tok guru-tok guru mereka."

Jawab nabi SAW;

بلى، إنهم حرموا عليهم الحلال، وأحلوا لهم الحرام، فاتبعوهم، فذلك عبادتهم إياهم
Maksudnya;bahkan, tetapi mereka mengharamkan perkara yang halal dan menghalalkan perkara yang haram. Maka mereka mengikutinya. Maka itu adalah ibadah yang mereka lakukan terhadap mereka (paderi dan tuan guru mereka)

Ketika saya membenarkan, itu bukan bermakna saya menyokong keputusan mahkamah tetapi, saya berpendirian kalimah Allah mesti digunakan dengan betul oleh semua orang, & jangan keruhkan suasana.

Itu sebetulnya.

Kebimbangan.

Ya, kita bimbang anak muda kita murtad. Tetapi, kita sepatutnya lebih bimbang kalau salah faham terhadap Islam lebih meningkat kerana kebodohan kita sendiri.

Semestinya mereka ada agenda dengan meminta izin untuk menggunakan nama Allah. Apabila izin diminta, menjadi hak mereka untuk kita mengizinkan atau kita berlaku zalim dengan hukum Allah. Kalau mereka tidak minta, lebih baik diam.

Mendepani agenda mereka, cukupkah dengan menghalang mereka? Ini adalah tindakan yang paling bodoh yang pernah dilakukan umat Islam abad ini. Sama juga sebagaimana kita menganggap semua yang datang dari Barat sebagai buruk. Majoriti masyarakat kita menganggap semua orientalis adalah jahat, sehinggakan jasa keilmuan orientalis yang ikhlas seperti Arnold Toynbee pun dinafikan. Ini tidak baik.

Kita mungkin dapat mengambil nilai baik dari mereka dengan mencari titik nilai yang serupa dari mereka. Ini kerana semua ideologi yang berasal dari Eropah seperti nasionalisme, sosialisme dan sebagainya berakar dari agama. Mungkin kalau kita menggali khazanah keilmuan mereka, kita dapat memajukan agama kita. Masalahnya kita tak ambil peduli.

Ah, melalut pula...

Tetapi saya nak cerita, dalam mendepani musuh, kita tak boleh bersikap jahil terhadap apa yang dianggap sebagai musuh(seperti orientalis tadi). Jika kita menganggap mereka ada agenda, perlu ada usaha untuk mendepani agenda mereka, tetapi bukan dengan menghalang mereka.

Kalau suatu masa dulu, kita marah apabila ada kafir ingin menghalang kita menggunakan pembesar suara untuk azan, tidak terfikirkah tuan- tuan bahawa mereka juga akan marah apabila kita menafikan apa yang dibenarkan oleh agama mereka?

Terlalu bohong untuk dikatakan apabila mereka tiada agenda bila ingin menggunakan kalimah Allah dalam majalah mereka.

Persoalannya, perkara yang perlu didebatkan adalah bagaimana hendak mendepani cabaran tentang agenda mereka? Bukannya bagaimana hendak menghalang mereka.

Sepatutnya, siasah syariiyah yang tepat buat masa ini, adalah dengan memperhebat usaha dakwah dan memberi kefahaman kepada semua mengenai Islam, bukan dengan menegah. Sudah tentu tindakan menghalang mereka tersasar dari prinsip siasah syariiyah kerana Allah tidak mengizinkan kita mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Antara perkara yang mungkin timbul di benak mereka, Islam adalah agama yang mengongkong, kolot, tidak terbuka dan sebagainya.

Malaysia bukan diperintah oleh Taliban mahupun mengikut rentak Kerajaan Islam Iran.

Tidakkah kita terfikir dengan mengahalang mereka menyebabkan Islamofobia semakin membara

Kita boleh membenarkan mereka untuk menggunakannya tetapi dengan syarat- syarat yang ketat seperi mana yang telah diletakkan oleh Dr MAZA, Ust Wan Ji al- bakistani, Dr Mahathir, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan tokoh- tokoh lain.

Di sebalik hukum Allah, percayalah, pasti terselit hikmah yang tersembunyi....

Selasa, 5 Januari 2010

Paranoid: Isu Kalimah Allah

0 komen pembaca
Assalamu'alaykum...

Hebat benar isu penggunaan kalimah Allah yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi untuk akhbar The Herald sehingga menjadi polemik dalam masyarakat. Hebatnya sampai menenggelamkan isu- isu besar lain seperti kehilangan enjin jet pejuang F-5E dan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen.


Ada yang berdebat dengan saya, katanya beliau tidak mahu membicarakan soal dibenarkan atau tidak menggunakan kalimah Allah untuk bukan Muslim, tetapi beliau mahu membicarakan soal kewajaran dibenarkan penggunaan kalimah Allah untuk penganut bukan Islam.


Jawapan saya mudah sahaja, apa saja yang dibenarkan oleh Al- Quran dan As- Sunnah, maka ianya wajar. Jika ada larangannya, maka tinggalkan. Kita semestinya tidak lebih pandai dari tuan punya agama ini sehinggakan kita mampu membolehkan itu dan mengharamkan ini tanpa dalil syarak yang sah.


Imam Malik ada menyebut sambil mengisyaratkan tangannya ke kubur Nabi SAW dengan kata beliau;

ما من أحد إلا يؤخذ من قوله ويرد إلا قول صاحب هذا القبر

Maksudnya; “Tidak ada pun seseorang itu, bahawa tidak diterima dan ditolak daripada perkataannya, melainkan perkataan daripada tuan kubur ini


Jika ada sandaran dari Al- Quran dan As- Sunnah yang membenarkan sesuatu perkara, lalu kita membenarkan perkara tersebut dalam amalan kita, maka ketahuilah bahawa ian adalah sebaik- baik manhaj dalam beragama. Merujuk kepada isu ini, saya merasa hairan dengan sesetengah ahli politik yang melarang non- muslim menggunakan kalimah Allah untuk agama mereka, seolah- olah mereka terlebih kealiman mereka dari Nabi SAW.

Sepanjang ilmu yang saya punyai (sangat sedikit), saya tidak mengetahui adanya larangan untuk menggunakan nama Allah bagi non- muslim dalam isu ini melainkan yang membenarkannya.
Jika ada, sila tunjukkan dalilnya!


Ketika berlaku perjanjian al-Hudaibiyyah, Nabi SAW telah memanggil Ali bin Abi Talib dan menyuruh menulis surat perjanjian. Kata Nabi SAW;


اكتب: بسم الله الرحمن الرحيم


Maksudnya;
“tulis (wahai Ali), dengan Nama Allah yang pemurah lagi maha penyayang”

Lalu, apabila surat itu dihulur kepada wakil Quraish (tidak beragama Islam) yang bernama Suhail bin Amr, dia berkata;

لا أعرف هذا، ولكن اكتب: باسمك اللهم


Maksudnya;
“Aku tidak mengetahui ini, tetapi tulislah “dengan Nama-Mu Ya Allah”

Lalu, Nabi SAW pun berkata kepada Ali;

اكتب باسمك اللهم


Maksudnya;
“tulislah (wahai Ali) dengan nama-Mu Ya Allah


Dari kisah ini, Suhail bin Amr menyebut kalimah ”Allah” dalam keadaan Nabi SAW tidak menghalang tindakan Suhail bin Amr itu. bahkan, Nabi SAW mengakui dengan menulis seperti yang disuruh oleh Suhail bin Amr.

Dalil Membenarkan Penggunaan Kalimah Allah


Mari kita lihat, dalam isu penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim, apakah ia dibenarkan atau tidak? Apa yang dapat kita perhatikan, banyak nas-nas Al-Quran, dan hadis yang membenarkan penggunaan kalimah Allah, berbanding nas-nas Quran dan Hadis yang melarangnya.

Pertama : Surah Al-Ankabut : 61

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ

Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)”(Surah Al-Ankabut : 61)

Ayat ini, dengan jelas orang bukan Islam menjawab “Allah” dikala ditanya oleh Nabi SAW tentang siapa pencipta langit dan bumi. Selepas menyebut kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini, Allah tidak pernah menyuruh Nabi SAW menyerang atau menghalang mereka daripada menyebut kalimah “Allah” tersebut.

Kedua : Surah Al-Ankabut : 63

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ

Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", Katakanlah: "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya)”(Surah Al-Ankabut : 63)

Sama juga dengan ayat ini, ia mempunyai maksud yang sama dengan ayat di atas. Bahkan, di akhir ayat ini, Allah menyatakan kepada Muhammad agar mengucapkan syukur terhadap apa yang orang bukan Islam sebutkan – iaitu menyebut kalimah Allah. cumanya, Allah memerli mereka dengan alasan mereka tidak menggunakan akal dengan sihat disebalik pengakuan Allah sebagai tuhan yang menurunkan air daripada langit dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan daripada bumi.

Ketiga : Surah Al-Haj : 40

وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا

Maksudnya;
“Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah”(Surah Al-Haj : 40)

Dalam ayat ini, Allah SWT menyebut bahawa rumah-rumah ibadat yang menyebut kalimah Allah ini, bukan hanya digunakan di masjid-masjid sahaja, bahkan digunakan juga di rumah-rumah ibadat agama selain Islam, seperti gereja dan biara yahudi. Ia merupakan satu pengi’tirafan dari Allah, atas keizinan bagi non Muslim menggunakan kalimah Allah dalam peribadatan mereka.

Keempat : Dalam Sahih Muslim, Nabi SAW bersabda;

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِي الْأَرْضِ اللَّهُ اللَّهُ

Maksudnya;
“Tidak akan berlaku kiamat, melainkan tidak ada lagi di bumi orang menyebut, Allah, Allah


Dalam bahasa arab, kalimah ‘assa’ah’ yang diterjemah sebagai ‘kiamat’. Ia juga boleh diterjemah sebagai ‘kebinasaan’. Hal ini merujuk kepada hadis bahawa Nabi SAW bersabda;

فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

Maksudnya;
“apabila amanah dikhianati, maka tunggulah kebinasaan”

Ditanya, ”bagaimana amanah dikhianati?”

”apabila diberikan sesuatu urusan itu kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kebinasaan” Jawab Nabi SAW ringkas tapi padat
.

Daripada ini, kita fahami bahawa kebinasaan akan berlaku, jika tiada lagi manusia yang menyebut kalimah Allah atas muka bumi. Dalam hadis ini, tidak pernah wujud satu pengkhususan bahawa keizinan menyebut kalimah Allah ini hanya khusus kepada orang islam sahaja.

Justeru, dari segala dalil-dalil yang dikemukakan ini, difahami bahawa tidak ada larangan dari Islam bahawa orang bukan islam tidak dibenarkan menyebut kalimah Allah. Bahkan, yang wujudnya adalah, nas sendiri memberikan keizinan untuk disebut kalimah Allah bagi orang bukan Islam.


Bahkan, ini dikuatkan lagi sirah Nabawiyyah, yang mana di awal-awal dakwah Nabi SAW, kalimah Allah sudah digunakan oleh orang-orang quraish ketika itu. apabila kedatangan Islam, nabi SAW tidak pernah menghalang atau melarang orang-orang Quraish daripada menyebut kalimah Allah. Malahan, apa yang dilakukan oleh Nabi SAW adalah, baginda SAW memberi penerangan yang betul terhadap maksud kalimah Allah dari sudut yang betul.

Perlu diingat, Nabi SAW datang ketika itu, bukan menghalang dari mereka memggunakan kalimah Allah, tetapi Nabi SAW datang memberi penerangan yang betul terhadap maksud kalimah Allah itu sendiri. Inilah tugas nabi, yang wajib dicontohi oleh seluruh umat-umatnya.


Biarlah setebal sarang tebuan pun serban seseorang tu, kalau tanpa dalil dan hujjah, dia boleh melarang apa yang sudah Nabi tetapkan, boleh jalan dah...


Paranoid


Berapa jutalah agaknya orang-orang Arab dah masuk Kristian sebab bible mereka gunakan perkataan Allah untuk merujuk kepada God? Rasanya, isu murtad tak meletup-letup sangat pun kat negara- negara Arab, walaupun Arab-Arab bukannya kuat sangat Islamnya macam orang Melayu.

Jikalaulah hanya dengan menggunakan nama
Allah akan menyebabkan orang Melayu ramai masuk Kristian, di manakah silapnya?

Maka layaklah orang Melayu terus TAKUT, TAKUT dan TAKUT...
Dan terus hidup di dalam ketakutan...

Sepatutnya silibus Aqidah di setiap sekolah kena masukkan perbincangan perbandingan agama. Tak cukup sekadar sifat 20 dan Tauhid 3 sahaja...atau itupun kita takut, nanti anak- anak lebih minat kat agama lain? Atau ibu bapa kat kampung akan terus gelabah, panik dan memajalkan pemikiran anak- anak mereka yang telah hilang kekampungannya?


Kita lebih suka hidup dalam paranoia takutkan ancaman semua benda. Jika dilihat ceramah-ceramah organisasi dakwah dan juga harakah Islamiyyah, tajuk "Ancaman Zionis, ancaman Gerakan Kristian, ancaman US, ancaman murtad, bahaya itu, bahaya ini, gejala itu dan gejala ini..."
Kebanyakannya membawa konotasi negatif.Seolah-olah umat Islam ni tak ada kederat, tak mampu, dan di kepung musuh...tiada kekuatan, mati pucuk, lemah...

Jika tidak mampu berhujah, maka undang-undang, kekerasan dan emosi menjadi senjata.
Apakah ini sikap yang diajarkan oleh Rasulullah SAW?

Saya teringat tajuk- tajuk ceramah al- 'Allamah Syeikh Yusuf al-Qaradawi kebanyakannya membawa konotasi yang positif, "Mubasyiraat", "Quwwah", "Tahadiyaat", "Daur" dan sebagainya.


Bilakah agaknya orang Melayu kita nak ada keyakinan diri?


Adakah kita terlalu idealis?


p/s: Mungkin selepas ini kita patut fikirkan hujjah- hujjah untuk menghalang gereja andainya mereka ingin menukar nama Jesus kepada Isa selepas ini?