Tetapi saya tidak membalasnya di chatbox.
Yalah, siapalah saya untuk berkomentar dengan seseorang yang lebih mengikut alQuran dan alSunnah dalam komen dan chatting facebook. Sedangkan komen dan chatting saya langsung tidak berlandaskan alQuran dan alSunnah melainkan saya hanya menggunakan keduanya untuk kepentingan politik pihak saya sahaja. Pada waktu tertentu dan untuk berhujah sahaja kan.
Sudahlah begitu, saya juga selalu menyerang peribadi orang lain. Selalu pula melukakan orang lain dengan post politik saya. Jadi, saya sebenarnya berasa sungguh malu kepada saudari untuk membalas chatting saudari di Facebook. Lalu saya diamkan diri membisu seribu bahasa sahaja.
Medan amal pun tidak seberapa. Tiadalah pernah turun ke masyarakat.
Saat saya menulis inipun saya berasa sungguh malu. Saya tiada pilihan lain untuk menulis, kerana ini sahajalah ruang yang saya ada.
Kalau tak suka saya, block sahaja saya dari Facebook saudari, kerana saudari berhak mendapatkan rakan yang seribu kali lebih baik dan soleh dari saya. Dan, mungkin rakan yang akan menyokong semua pendapat saudari. ;)
Sekian terima kaseh.
1 ulasan:
Penyarka romentik.
Catat Ulasan