Khamis, 14 Julai 2011

Catatan Kemboja

Aku sudah pulang dari Kemboja. Hanya sekarang aku sempat menulis.

Berat hati pada mulanya untuk meninggalkan rumah kerana hanya baru seminggu bersama keluarga setelah pulang dari Madinah. Tetapi mengenangkan urusan umat yang lebih utama aku gagahkan kaki jua. Terima kaseh kepada sahabat yang mengingatkan, "bantulah agama Allah, Allah akan membantu kamu."

Destinasi utama kami di Kemboja adalah Kampung Soy yang terletak di dalam wilayah Kampung Cham. Fokus utama kami berlapan ke sana adalah untuk melaksanakan program tahsin alQuran kepada anak- anak kampung di sana selain menyampaikan sedikit sumbangan. Setibanya kami di Cambodia Airport kami disambut oleh ikhwah- ikhwah Kemboja.

Makanan pertama di sini yang kami makan adalah nasi ayam Kemboja dan teh tanpa gula.

Perjalanan ke Kampung Soy melalui jalan tanah merah dan van yang kami naiki rasa melambung- lambung. Aku pening bila sampai ke rumah ketua kampung. Setelah berehat dan makan sebentar, aku keluar berjalan di tepian cabang Sungai Mekong pada waktu petang. Sungai Mekong pada waktu itu telah kering. Air mungkin akan naik dalam beberapa hari lagi, kata penduduk di sana.

Sungai Mekong yang kering.


Hari pertama, aku melihat perlawanan tinju kanak- kanak yang diadili oleh seorang dewasa. Walaupun mereka kecil tetapi tubuh mereka sasa. Ramai anak- anak kampung berkumpul di situ. Ia semacam sebuah pesta. Aku anggarkan tidak kurang seratus budak berkumpul melihat tinju. Di Malaysia, sudah tiada suasana seluruh anak kampung berkumpul sama- sama untuk bermain bersama. Ia kenangan silaturrahim yang silam yang aku saksikan semula.

Kami belum memulakan aktiviti lagi pada hari ini. Cukup sekadar berjalan sekitar kampung dan melihat suasana. Kami bermesyuarat pada malam hari dan esok akan bermula tugas kami.

Catatan 28 Jun 2011

3 ulasan:

Muhd Iqbal Samsudin berkata...

Seronoknya pergi sana...

adysuR berkata...

Sungai Mekong. Geografi dan Sejarah.

Qubezo berkata...

Salam. Ikhwan dari sana yang sambut tu jemaah tabligh ke? Kat seksyen 7 ni dulu kerap kali juga jemaah Kemboja datang. Diorang kata usaha sana hidup semua. Tak tahu la sejauh mana kebenaran. Apa2 pun tak sabar nak baca post seterusnya :) Teruskan menulis!