Dipendekkan cerita, masa kami tengah dok makan Al- Baik( macam KFC/RFC di Saudi ni), Umayr tak makan roti. Lepastu si bro Yunus ni mengusik dia. "Kalau tak makan roti, tak leh pandai cakap arab". Hua hua hua.
Gambar tiada kaitan.... |
Bagi yang dah sebulan lebih dok tanah arab tapi tak pandai lagi cara Arab boleh cuba cara ni:
1. Kena banyak maki dan mengutuk. (Ha ha ha)
Perkara ni boleh diamalkan kalau kita bersembang dengan foreigner. Contoh macam hang sembang dengan mat Hitam, hang kutuk la mat Rusia yang hang tak puas hati dekat dia. Tak pun, kita boleh try maki pekerja3 atau cikgu(jangan selalu amal, nanti tak berkat ha ha ha) . Bukan apa, kalau setakat bersembang negara aku ada itu dan ini, negara hang ada apa, takat 10 minit habis laa.. Haha. Kalau bab maki orang, pangkah orang, aku rasa dua jam boleh tahan lagi kot.
Tapi kalau hang mengutuk dan maki dengan kawan3 Melayu, baik tak payah.. Tak improove pun Arab hang.
2. Kena pandai bergaduh.
Bila kita bergaduh, otak kita hanya ada dalam kawalan sebanyak 50%. Jadi, masa kita nak balas balik apa yang kawan kita cakap tu, baru kita tau kita ada ke tak vocab dalam kepala otak kita. Sebab nak bergaduh ni kena cepat.
Ketika di kedai, mesti kena bergaduh dengan Arab walaupun benda yang kita nak beli tu adalah 1 Riyal. Mintak jugak kurang. Mula- mula memang macam susah nak susun ayat. Bila dah lama dia jadi automatik. (Perkara ni tak terpakai kepada budak3 Melayu di Mesir yang tak pernah tau hatta 'baqalah' tu benda apa, sebab dok pi beli kat kedai Melayu saja :P)
Lagi best, bergaduh pasai perkara aqidah ka fiqh ka. Bergaduh lagi banyak, lagi banyak tau vocab pasai silibus. Walaupun dia betoi, tetap cakap dia salah. Last3 sekali, cakaplah, "aku tau hang betoi, aku saja nak bergaduh". ( Ha ha ha)
Selamat mencuba. Kalau tak jadi jangan salahkan aku. Sebenarnya, Melayu memang malas dan liat cakap arab. Insha Allah, berjaya kalau cuba.
2 ulasan:
Kita tidak boleh nafikan, setiap kali kalau kita nak belajar bahasa orang, benda pertama kita belajar ialah cara nak mencarut / mengutuk dalam bahsa diorang. Bohonglah kalau cakap korang tak tahu nak memaki dalam B. Cina, India dan Inggeris haha!
Yeah Naqib on my side! Gimme 5!
Catat Ulasan