Pernahkan anda menyaksikan post- post yang tersebar di facebook mengenai hari kiamat?
Ia wujud di SINI dan SINI
Adapun ahlus sunnah wal jamaah, yakni golongan yang selamat memahami nas dari kefahaman para sahabat, tabiin dan tabi' tabiin.
Kita tidak mentakwil nas al- Quran dan hadis sesuka hati kita, tetapi makna nas mestilah diserahkan kepada ahlinya yakni mufassirin dan muhaddisin.
Kesilapan mentakwil nas menggunakan akal, boleh saja menyebabkan kita termasuk dalam hadis Muslim: Nabi SAW bersabda:
مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
"Sesiapa yang berdusta atas nama aku, maka siaplah tempat duduk dia dalam neraka."
Sunnah tidak boleh bercakap untuk memberitahu kehendaknya
Sunnah kekal sehingga ke hari ini di dalam naskah-naskah buku para ulama hadis yang gigih mengumpulkannya. Namun kewujudan sunnah tidak lebih daripada sekadar tulisan-tulisan bahasa arab yang memerlukan kepada seorang fakih, seorang ulama, seorang yang alim dengan ilmu-ilmu islam untuk membacanya, untuk memahaminya, untuk mengajarkannya kepada orang ramai, untuk mengeluarkan hukum-hukum yang terdapat di dalamnya.
Seorang manusia yang boleh bercakap diperlukan untuk menjelaskan maksud sunnah, ajaran sunnah dan panduan daripada sunnah.
Seorang manusia diketahui melakukan kesilapan, memiliki pengetahuan yang terhad, terdedah kepada penafsiran yang berbeza, kefahaman yang berbeza, pendapat yang berbeza dan seorang manusia itu sentiasa tertakluk kepada suatu prinsip alam iaitu akan ada sentiasa orang yang lebih alim daripadanya.
Oleh itu apabila seseorang mengeluarkan sebuah hukum daripada As-sunnah yakni hadis-hadis nabi SAW maka kita perlu menyedari bahawa orang yang bercakap mengatakan hukum ini adalah sebegini dan sebegitu adalah seorang manusia dan bukan hadis itu yang bercakap.
Hukum yang terhasil daripada As-sunnah atau pendapat yang dibina daripada as-sunnah yakni hadis-hadis Nabi SAW ialah dikeluarkan oleh manusia dan seseorang manusia itu tidak boleh mendakwa tafsirannya itu atau pendapatnya itu yang disandarkan kepada hadis sebagai menduduki status sunnah yang wajib ditaati dan diikut oleh orang ramai selama hal tersebut belum menjadi ijmak para ulama dan ianya belum mutlak.
Contohnya, saya pernah terbaca di status Facebook seorang kawan:
Hadis yang dimaksudkan sedikit pun tak kena dengan apa yang ditulis oleh dia! Setelah saya mengkritik ulasan dia, dia membuang saya dari senarai rakannya. Bukankah sudah lama Islam berkembang di barat?Di Timur, islam makin mundur. Penangan sekularisme semakin menampakkan hasilnya. Di Timur, kita berebut untuk maju. Kerana apa? Mengejar standard? Di Barat, islam makin bersinar. Kita boleh menelitinya dengan statistik pengislaman yang begitu pesat dan drastik di Barat. Mengapa? Adakah ini yang dimaksudkan dengan matahari akan terbit di Barat setelah selama ini hanya memihak ke Timur?
Ataupun mentakwil nas al- Quran mengggunakan akal, dilarang dalam hadis Muslim: "Sesiapa yang mentakwil makna Quran menggunakan akal, maka siaplah tempat duduk dia dalam neraka."
Dalam hal hadis fitan, memandai- mandai dalam hal kiamat yakni hal ghaib boleh menyebabkan kita jatuh dalam syirik Akbar.(syirik besar).
Katakanlah: “Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!” [al-Naml 27:65]
See, Nabi SAW sendiri pun tak tahu melainkan sedikit.
Adapun hadis dalam video tu: Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".
Hadis ini adalah munkar. Tidak sahih. Ada dalam kitab al-Fitan oleh Nu'aim bin Hammad. Nu'aim sendiri adalah seorang yang dhaif, macam mana hadis dia kita boleh pakai?
وَهُوَ الْأَثَرُ الْمَشْهُورُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيثٍ يُرَى أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِينَ
Dan ia merupakan atsar yang masyhur dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, Barangsiapa menceritakan hadits dariku, yang mana riwayat itu diduga adalah kebohongan, maka dia (perawi) adalah salah satu dari para pembohong tersebut.(Muslim)
Adapun pasal planet Nibiru dll, ini hanya agakan dan tekaan sahaja, Allah jua yang mengatur segala- galanya. Adapun petanda kiamat kita hanya boleh menjadikan hadis- hadis sahih sebagai pegangan.
Di akhir zaman memang banyak fitnah (huru-hara) dan gempa bumi.. Ini memang tsabit sebagai antara petanda kiamat.
Apakah Rupa Kiamat Sebenarnya?
Apabila Allah Taala memberitakan berkenaan hari kiamat, kita fahami kiamat adalah hari dimusnahkan alam dan dibangkitkan semula makhluk setelah mati, namun bilakah berlakunya kiamat? Bagaimana rupa sebenar kiamat itu? Maka inilah takwilnya yang hanya diketahui oleh Allah Taala. Ini berdasarkan firman Allah Taala:
هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا تَأْوِيلَهُ يَوْمَ يَأْتِي تَأْوِيلُهُ يَقُولُ الَّذِينَ نَسُوهُ مِنْ قَبْلُ قَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ فَهَلْ لَنَا مِنْ شُفَعَاءَ فَيَشْفَعُوا لَنَا أَوْ نُرَدُّ فَنَعْمَلَ غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ قَدْ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ وَضَلَّ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَفْتَرُونَ
Maksudnya: “tidak ada perkara yang mereka tunggu-tunggukan melainkan akibat atau kesudahan (Apa yang telah dijanjikan oleh Allah di Dalam Al-Quran), pada hari datangnya apa yang telah dijanjikan Dalam Al-Quran itu (pada hari kiamat kelak), berkatalah orang-orang yang telah melupakannya (yang tidak menghiraukannya dalam dunia) dahulu: “Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran, maka Adakah untuk Kami pemberi syafaat supaya mereka memberi syafaat bagi Kami atau (bolehkah) kami dikembalikan (ke dunia) supaya kami dapat beramal, lain daripada apa yang kami telah kerjakan?” Sesungguhnya mereka telah merugikan diri mereka sendiri, dan telah lenyaplah dari mereka perkara-perkara yang mereka ada-adakan dahulu.” [al-A’raf: 53].
Ibn Jarir r.h meriwayatkan:
عن ابن عباس أما قوله:”وما يعلم تأويله إلا الله”، يعني تأويله يوم القيامة =”إلا الله”.
Maksudnya: “Daripada Ibn Abbas r.a adapun berkenaan firmanNya (maksud): “dan tiadalah yang mengetahui takwilnya melainkan Allah”, maksud takwilnya adalah hari kiamat (tiada yang mengetahuinya) melainkan Allah jua”. [Tafsir al-Tabari, 6/ 199].
Anda juga boleh merujuk kitab Ashratul Sa'ah Sughra Wal Kubra karangan Al- Wabil untuk mengetahui hadis- hadis yang terpakai untuk bicara soal kiamat.
Allah tahu yang terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan