Isnin, 6 Disember 2010

Demo Tuntut Hak Air: Cerita Seorang Ibu Tunggal

Pagi itu, seawal jam sembilan beliau seudah keluar dari rumahnya. Tujuannya hanya satu, untuk mencari dan membela keadilan bagi rakyat marhaen sepertinya. Membela keadilan bagi rakyat miskin dan melarat adalah satu daripada tujuan hidupnya.

Beliau adalah ibu tunggal, bukan kerana diceraikan, bukan juga kerana suaminya mati, tetapi suaminya berada jauh di utara dunia untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga. Maka beliaulah ketua keluarga sekarang kerana anak lelaki sulongnya juga berada di luar negara. Dengan menaiki tren dari Bangi, beliau bersama anak- anaknya menuju ke Masjid Negara.

Apabila sampai di sana, beliau ditahan oleh polis. Lantas beliau memberi alasan : "Nak solat sunat dhuha!"

Sebelum ditembak.

Tengahari. Lautan rakyat diberikan bunga oleh petugas- petugas PKR, kata mereka, ia sebagai hadiah kepada FRU yang bakal menyekat perjalanan himpunan rakyat ini. Diharapkan bunga dapat memberi kesan psikologi kepada para FRU sekalian; supaya mereka berlembut hati.

Ibu tunggal ini begitu bersemangat bersekali. Beliau berada di barisan hadapan bersama dengan mahasiswa dan anak muda. Berada di kiri barisan, sekumpulan dengan kaum hawa.

Tetapi mereka silap. FRU ini berhati binatang. Kesialan mereka tak boleh disangkal lagi. Rakyat berjuang untuk menurunkan harga air, (termasuk untuk mereka sekali kerana mereka adalah rakyat), tetapi anjing kezaliman ini menembak rakyat dengan gas pemedih mata dan water canon.



Provokasi dimulakan apabila seorang lelaki ditumbuk oleh FRU walaupun mereka haya berarak secara aman.
Percayalah, juga ada sesetengah demonstrator(SB menyamar) bertindak luar batasan, itulah kerja SB memprovokasi tindakan yang lebih ganas.

Ada seorang SB membaling batu ke arah polis, berpakaian demontran tetapi bermuka litup. Kena tengking dengan Skuad Unit Amal, padan muka.
Ibu tunggal dan anak- anak beliau terpaksa memanjat pagar berdekatan stesen KTM untuk menyelamatkan diri. Tekak terasa perit, kepala terasa pening kerana ditembak dengan gas pemedih mata. Anak- anak kecil lelakinya, diberi garam oleh rakyat yang prihatin untuk mengurangkan kesan gas. Anak perempuannya mula menangis kerana takut ditangkap polis.

Beliau tidak sampai ke garisan penamat: Istana Negara, tetapi beliau puas! Anak- anak kecil beliau telah diajar dengan erti demokrasi dan hak rakyat sebenar, supaya bila dewasa nanti, anak- anak kecil beliau tidak menjadi dungu seperti kebanyakan mahasiswa hari ini!

Beliau bukan perjuang ternama, tetapi beliau cuma insan kecil yang mahukan keadilan; fitrah. Kerana demokrasi itu, dari rakyat, kerana rakyat, untuk rakyat.

Inilah pengalaman termahal bagi ibu tunggal ini. Ditembak dengan gas kerana mempertahankan hak rakyat.

Ibu tunggal ini adalah Norashikin Shafie, ibu penyayang, kebanggan aku dan keluarga. Pertama kali menyertai demonstrasi. Masih kurang pengalaman, tetapi semangatnya ada walaupun sudah meningkat usia. Semoga Allah terus memberkati umurnya supaya beliau terus bekerja untuk Islam.

1 ulasan:

muzikri berkata...

salam,muiz,ak p smalam, n mmg ada sorg nk lempar batu,tapi smua org tahan,n bnda nie sepatutnya aman ja,xde org pn nk bwat kacau,smua org jus nak berarak,n smalam,yg penting,rmai gler budak2 muda,bagusla,nex yer wil be big,bigger wif participation,itu ikrar,jangan lupa pada perjuangan kita!